Featured Post

Kenapa Singapura Lebih Maju?

Sudah beberapa hari berlalu sejak negara jiran kita iaitu Singapura menyambut Hari Kemerdekaannya yang ke-50 pada 9 Ogos yang lalu. Nam...

Friday, September 18, 2009

Kaum Utsul di Pulau Hainan

Kaum Utsul merupakan salah satu kumpulan etnik kecil yang tinggal di pulau Hainan, Republik Rakyat China. Mereka berdiam di hujung selatan Pulau Hainan iaitu berhampiran dengan bandar Sanya.





Apa pula kaitan Kaum Utsul ini dengan Kaum Melayu di Malaysia? Kaum Utsul ini merupakan keturunan pelarian Cham yang melarikan diri dari tanah air mereka iaitu di Negara Melayu Champa (sekarang terletak di selatan Vietnam) untuk melarikan diri daripada serangan kaum Vietnam yang datang dari arah utara. Jika ditinjau dari sudut sejarah, selepas kemangkatan Raja Champa yang bernama Indrawarman IV, takhta kerajaan telah dirampas oleh seorang Vietnam bernama Luu Ky-Tong pada tahun 986 Masihi. Tindakan ini telah ditentang oleh penduduk Champa tetapi mereka tidak sanggup menentang orang Vietnam yang jauh lebih ramai dan kuat. Justeru itu, ramai daripada mereka telah berhijrah ke Hainan dan Canton di tenggara China. Pada tahun 986 Masihi, beberapa ratus orang Champa telah berhijrah ke Hainan di bawah pimpinan Pu Lo E. Dan pada tahun 987 dan 988 Masihi, dua rombongan lagi telah sampai di Canton dan memohon perlindungan China. Rombongan tahun 987 Masihi dipimpin oleh Li Nian Bing sementara rombongan tahun 988 Masihi dipimpin oleh Hu Xuan, yang merupakan pelat sebutan Cina untuk “Hussain”. Ketiga-tiga tokoh terbabit merupakan orang Islam.

Pelarian Cham yang melarikan diri ke kawasan sebelah utara iaitu di Pulau Hainan ini merupakan golongan dari kelas perniagaan sementara sebahagian besar pelarian Cham yang lain telah melarikan diri ke negara jiran iaitu Kemboja dan sebahagian kecil ke semenanjung Tanah Melayu. Sehingga ke hari ini, masih tidak diketahui bagaimana nama kaum mereka iaitu Champa boleh berubah menjadi nama Utsul di Pulau Hainan.







Kerajaan China mendefinisikan Kaum Utsul ini sekelas dengan Kaum ‘Hui’, memandangkan Kaum Utsul ini sebagaimana Kaum Hui menganut agama Islam. Walaubagaimanapun, daripada laporan oleh Hans Stübel, seorang ahli Etnografi dari Jerman yang "menemui" mereka sekitar tahun 1930-an dahulu, memaklumkan bahasa yang digunakan oleh Kaum Utsul ini sama sekali tidak berkaitan dengan mana-mana bahasa lain yang dituturkan di daratan besar China. Masyarakat etnik Utsul ini bertutur dalam Bahasa Tsat, yang merupakan salah satu daripada segelintir Bahasa daripada kelas Malayo-Polynesia yang menggunakan tonal (nahu). Pada hari ini, bilangan masyarakat etnik Utsul hanya sekitar 5,000 orang sahaja.











7 comments:

  1. they don't look very much like MAlayu to me. Malayus dn't have slanted eyes, do they? these are mongoloid...

    ReplyDelete
    Replies
    1. it's it same face like malay patani..there eyes are the same

      Delete
  2. If they are Mongoliod, how can their language categorised under Malayo-Polinesia? This is because of intermarriage between Utsul and local people

    ReplyDelete
  3. Dalam perenggan ke-4 dan baris ke-10, istilah 'tonal' telah diterjemahkan dalam kurungan sebagai 'nahu' dalam bahasa Melayu.

    Ini adalah salah dari segi terjemahan. 'Tonal' bermaksud 'bersifat nada/tone' atau dalam konteks itu, 'tonal language' = bahasa yang mana kosa kata (vocabulary/words) dibezakan melalui tinggi, sederhana, atau rendah nadanya ketika pertuturan.

    Bahasa Utsul ialah bahasa yang tergolong dalam keluarga Austronesia yang telah dipengaruhi oleh bahasa Cina yang merupakan 'tonal language'.

    Shah.
    Pemerhati Bahasa.

    ReplyDelete
  4. Oh ya, maksud 'nahu' dalam bahasa Melayu ialah 'tatabahasa' atau 'grammar' dalam bahasa Inggeris.

    Shah.
    Pemerhati Bahasa.

    ReplyDelete
  5. i have seen those same face in northern side of aceh,
    even not so many with those characteristic...

    ReplyDelete
  6. Isteri saya adalah waris Hainan. datuk dan nenek sebelah ibu mertua adalah org Hainan. Behijrah ke Tanah Melayu.

    ReplyDelete