Featured Post

Peringatan Kepada Laman OhMyMedia dan Page-page Hiburan Kaki Copy Paste

Ketika penulis memulakan penulisan di blog kira-kira sembilan tahun yang lalu, ada tiga (3) niat utama yang terlintas di fikiran pen...

Thursday, September 17, 2009

Siapa Yang Cipta & Bagi Nama Malaysia???

Matapelajaran sejarah yang diajar di sekolah-sekolah negara kita tidak pernah menyatakan asal usul nama negara kita iaitu Malaysia, menyebabkan kebanyakan daripada kita pada hari ini menjadi kabur mengenai siapakah sebenarnya yang mencipta nama Malaysia ini. Jika dibandingkan dengan asal usul nama negara-negara jiran kita, agak jelas bahawa ‘Singapura’ diberi nama oleh Sang Nila Utama yang bermaksud Kota Singa (Pura = Kota), ‘Indonesia’ oleh James Richardson Logan yang bermaksud Kepulauan India (Indo=India, Nesos=pulau), dan ‘Brunei’ sempena nama Sang Aji Berunei, Raja Brunei yang pertama.



Jules Sébastien César Dumont d'Urville (23 Mei 1790 – 8 Mei 1842)


Maklumat terkini yang diperolehi menyatakan bahawa nama Malaysia sebenarnya telah mula-mula diperkenalkan oleh seorang pelayar berbangsa Perancis iaitu Jules Dumont d'Urville. Susulan daripada penjelajahan beliau ke kepulauan pasifik pada tahun 1826, beliau telah memperkenalkan tiga istilah iaitu ‘Malaisia’, ‘Micronesia’ dan ‘Melanesia’ yang membezakannya dengan budaya pulau-pulau di Polynesia. Pada tahun 1831, beliau telah mengemukakan ketiga-tiga istilah tersebut kepada Société de Géographie. Nama ‘Malaisia’ pada pandangan beliau merangkumi keseluruhan kawasan Kepulauan Melayu (Nusantara) yang pada hari ini meliputi kawasan selatan Thailand, Malaysia, Republik Singapura, Brunei Darussalam, Republik Indonesia dan Republik Filipina.





Seperkara lagi yang menarik, George Earl, seorang ahli etnologis berbangsa Inggeris telah memperkenalkan istilah Malayunesia pada tahun 1850 yang merujuk kepada kepulauan Indonesia pada hari ini. Bayangkanlah jika istilah tersebut masih digunakan pada hari ini, sudah tentu Indonesia pada hari ini bernama Republik Malayunesia. Secara psikologinya, nama yang hampir sama bagi kedua-dua buah negara ini sudah tentu mempengaruhi dan meyakinkan penduduknya bahawa mereka adalah dari satu rumpun dan budaya yang sama.

Penggunaan nama Malaysia juga telah direkodkan dalam akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) bertarikh 1 Januari 1889 dalam laporan bertajuk “Geographical Notes in Malaysia and Asia” oleh J.E. Tenison-Woods, mengenai catatan perjalanannya ke semenanjung Tanah Melayu, Labuan, Brunei, Sandakan dan Sulu (Rujuk lampiran). Di Chicago, Amerika Syarikat, peta yang dikeluarkan pada tahun 1914 telah merujuk kawasan kepulauan nusantara ini sebagai “Malaysia”.








Sebuah buku berbahasa Itali pula telah ditulis oleh Emilio Salgari berjudul I Pirati Della Malesia dan telah diterbitkan di Itali pada tahun 1896 . Nico Lorenzutti telah menterjemah buku tersebut ke dalam Bahasa Inggeris dengan judul 'The Pirates of Malaysia'.





TV3 pula pernah menyiarkan satu artikel daripada akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) tetapi bertarikh 1 Julai 1929 mengenai bunga-bungaan di Negeri Sabah yang dirujuk nama kawasan tu sebagai “Malaysia”. Sementara sebuah buku keluaran Mc Millan, New York, yang dikarang oleh Rupert Emerson, dan diterbitkan pada tahun 1937 berkenaan dengan semenanjung Tanah Melayu diberi judul "Malaysia : Direct and Indirect Rule".





Lain-lain fakta menarik :

1) Malaysia sepatutnya diisytiharkan pada 31 Ogos 1963. Tetapi disebabkan bantahan daripada negara jiran (Indonesia dan Filipina), ia terpaksa ditunda kepada 16 September 1963. Atas pertimbangan bahawa tarikh 31 Ogos 1957 merupakan tarikh asas kepada penubuhan sebuah negara persekutuan dan tarikh 16 September merupakan tarikh tundaan yang ditetapkan disebabkan tekanan yang timbul daripada negara luar, jadi Hari Kebangsaan masih lagi ditetapkan & disambut pada 31 Ogos setiap tahun, iaitu sebagaimana Amerika Syarikat menyambut hari kebangsaan mereka pada 4 Julai setiap tahun, walaupun tarikh kemerdekaan adalah berbeza-beza bagi negeri-negeri dalam Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun, tarikh 16 September pada hari ini telah diisytiharkan sebagai Hari Malaysia dan dijadikan cuti umum.

2) Filipina pernah bercadang untuk menukar nama negara mereka kepada Malaysia, tetapi hasrat tersebut terpaksa dibatalkan selepas penubuhan Malaysia yang merangkumi Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak diisytiharkan secara rasmi pada 16 September 1963.

3) Menurut maklumat tidak rasmi, antara nama-nama alternatif yang turut dipertimbangkan untuk digunakan sebagai nama negara Persekutuan yang merangkumi Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak ialah ‘Langkasuka’, iaitu bersempena sebuah nama Kerajaan Melayu purba yang pernah menguasai kawasan utara tanah air kita.

4) Menurut maklumat tidak rasmi, selain Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak, pihak British juga menawarkan kawasan selatan Siam iaitu Patani, Jala (Yala), Menara (Narathiwat), Singgora (Songkhla) dan Setul (Satun) untuk sama-sama bergabung dan merdeka dalam Malaysia sebagaimana permintaan pemimpin dan pejuang Melayu di kawasan tersebut, memandangkan kawasan tersebut juga masih dihuni oleh majoriti penduduknya dari Bangsa Melayu. Tetapi telah ditolak oleh Tunku Abdul Rahman ketika itu untuk tidak menambah bantahan sebuah lagi negara jiran terhadap cadangan penubuhan Malaysia iaitu Thailand.

5) Di bawah ini pula merupakan antara cadangan rekabentuk bendera-bendera yang termasuk dalam senarai akhir untuk dipilih menjadi bendera Malaya dalam tahun 1949 dahulu, sebelum dibuat sedikit pengubahsuaian dan seterusnya digunakan sehingga kini apabila Negara Persekutuan Malaysia diisytiharkan :











28 comments:

  1. salam.

    menarik.teruskan usaha anda.

    wassalam

    ReplyDelete
  2. Menariknya Semenenjung kita tak termasuk dalam peta Malaysia pada masa tu.... Wassalam.

    ReplyDelete
  3. ternyata penulisan saudara telah membawa saya kesatu lg tahap betapa masyarakat kita terlalu dip[erbodohkan bukan sekadar pihak luar bahkan orang yang selama ini disanjung....
    tahniah kerana telah menyedarkan saya.....

    ReplyDelete
  4. salam, nampak gayanya tulisan - tulisan saudara telah membangkitkan semangat saya untuk memerdekakan tanah melayu kita di Selatan Thailand,..pada zaman khalifah ar rasyidin,mereka memerdekakan bangsa arab pagan di bawah jajahan byzantine lalu mengislamkan mereka inikan pula bangsa melayu islam kita,ayuh!!! apa lagi kita mara ke hadapan !! kita takluk kembali tanah yang memang kita punya yang dianugerahkan Allah SWT kepada kita ALLAH HU AKBAR !!!!

    ReplyDelete
  5. sedikit pembetula. singa pura bermaksud kota singa. pura bermaksud kota. sama juga dengan pushpapura. yang ebrmaksud kota bunga. pushpa=bunga, pura=kota. ia adalah bahasa sanskrit jawa kuno.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas teguran saudara Kerk...

    ReplyDelete
  7. Salam....
    Minta maaf saya memberi komen kpd blog ni.... Saya cuma nak tanya, adakah kalian benar2 memahami sejarah Malaysia?

    Baiklah, mmg bendera ni org Melayu yg lukis, tpi siapa yg edit smpai jadi bendera Jalur Gemilang? Sape yg memberi perkenan kepada bendera tu? BRITISH jugak... siapa yg menggubal Perlembagaan Malaysia? Suruhanjaya Reid...SIapa itu Lord Reid? Seorang YAHUDI...

    British pernah cakap, mereka takkan merdekakan suatu negara itu, sekiranya negara itu tidak mempunyai pengganti untuk terus menjajah negara itu.

    Saya percaya, keadaan politik di Malaysia sekarang memang sudah lama dirancang British. Mereka sengaja meletakkan perkara2 yg kabur, seperti kebebasan beragama dsb utk memecahkan perpaduan kaum, dan supaya melemahkan Islam. Mereka sengaja membawa masuk kaum Cina dan India, supaya berlaku masalah komposisi kaum dan politik. Akhirnya, kita tidak sedar kita sendiri telah terjajah.

    Saya tidak mewakili mana2 parti politik, ini pandangan peribadi yg telus. -Aman-

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas pandangan saudara. Moga dapat dijadikn panduan buat kita bersama...

    ReplyDelete
  9. memang benar lord reid yang mengetuai Penggubalan Perlembagaan....namun begitu, kita perlu melihat siapakah yang menganggotai panel tersebut :-

    1. Lord William Reid - Pengerusi
    2. Sir Ivor Jenning - Britain
    3. Sir Wilian Mc Kell - Australia
    4. Hakim B. Malik - India (Islam)
    5. Hakim Abdul Hamid - Pakistan (Islam)

    Hakim Malik dan Abdul Hamid diambil kerana mengambilkira majoriti penduduk Tanah Melayu adalah Islam dan ketika itu tidak ada seorang pun orang Melayu Islam yang menjadi Hakim di Tanah Melayu.

    Suruhanjaya Reid bertemu dan bermesyuarat sebanyak 118 kali dn menerima memorandum sebanyak 131 dari individu-individu dan organisasi.

    a. Draf pertama diserahkan kepada Majlis Raja-raja untuk disahkan.

    b. Parlimen British meluluskan pada Jun 1957 dan dikembalikan semula Majlis Raja-raja untuk diperkenankan (bagi memastikan tiada perubahan telah dibuat ketika dibawa kepada Parlimen British)

    c. Majlis Perundangan Persekutuan meluluskan dan dikuatkuasakan pada 27 Ogos 1957.


    Sekadar untuk perkongsian.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita sume jelas sultan2 dulu banyak berhutang dgn inggeris jadi senang2 saja nak luluskan perlembagaan hasil titik peluh lord reid. Yang mengherankan kenapa tiada usaha untuk menggubal sendiri perlembagaan tu. Bagaimana masih rasa terjajah sebab perlembagaan itu bukan menurut peribumi disini. Sekalipun ada hasil kerja dari orang Islam, itu tidak ada makna apa-apa pada Bumiputera disini yang jelas akidahnya

      Delete
  10. saya tahu kamu usaha dengan baik mencari info ini.tapi info kamu dtg dari keluaran mereka juga.hati2 dlm permainan mereka atau permainan yg kamu juga bayangkan kecuali kamu sendiri ada pada masa berlaku semua itu.

    ReplyDelete
  11. bagus hasil tulisan saudara. namun, untuk lebih meyakinkan dan mengukuhkan hujah saudara lebih elok rasa nya jika saudara attachkan bersama dari masa sumber tersebut diperolehi. sebagai cnth, reka bentuk bndera atau gmbr buku tu. sekurang2nya dapat membantu rakan2 yg sedang membuat research.

    ReplyDelete
  12. suka saya komen saudara Anonymous (patut kenalkan id anda sebenar barulah ada jiwa)yg bertarikh August 30, 2010 10:16 PM.

    Bangsa India dan Cina telah pun d bawa masuk lamaaaa sebelum Portugis datang menawan Melaka, dan pekerja cina telah dibawa masuk juga sebelum Sir Francis Light menipu Sultan Kedah untuk merampas P. Pinang dan Seberang Prai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada versi lain.juga ni..selatan thai,wilayah.melayu tu..british bagi.ke siam..sbg upah siam.untuk.menampan pengaruh komunis..negara siam kan penampan pengaruh komunis yg sampai ke vietnam dan kambuja

      Delete
  13. mana ada umat islam, disitulah mereka (musuh islam) akan memastikan supaya tidak tertegaknya hukum Syariah. sekarang tak wujud lagi sistem khalifah..perancangan mereka sedang berjalan..

    ReplyDelete
  14. spe yg reka cipta reka bentuk bendera malaysia?

    ReplyDelete
  15. (Malayu Language Based Nation Idea by Raffles)
    "I cannot but consider the Malayu nation as one people,speaking one language,though spread over so wide a space,preserving their character and customs...."
    -Raffles,One the Malayu Nation,'Asiatic Researches,12 (1816) : 103

    ReplyDelete
  16. Musuh Islam amat takut dengan kebangkitan Melayu. Sebabnya, bangsa Melayu yang unik ini sangat menakutkan mereka akan membangkitkan kembali kegemilangan Islam.
    MEREKA TAHU, bangsa Melayu sukar ditewaskan atau dipecahbelahkan, cth ketika isu Malayan Union. Melayu bangkit, mereka mengalah. Jadi operasi memecahbelahkan org Melayu kini berlaku dengan liciknya menggunakan orang Melayu sendiri, malah menggunakan Islam sebagai sandaran. Kita tak tahu.
    Mereka tahu, bangsa Melayu lahirnya adalah Islam. Tiada bangsa lain didunia ini yang lahirnya Islam kecuali bangsa Melayu & Maldives sahaja. Jadi itu yang mereka takut kerana asas Islam untuk orang Melayu sebenarnya amat kuat kerana didikan dari kecil. Sebab itu sukatan pelajaran yang mereka cipta dan tinggalkan untuk kita tidak menekankan Islam. Kita tak tahu.
    Mereka tahu, uniknya bangsa Melayu ni adalah ianya satu bangsa kombinasi dari pengembangan bangsa dari Utara, Selatan, Timur & Barat mukabumi ini. Cuba lihat bangsa cina, kita dapat bezakan, India kita dapat bezakan....Melayu??...ada yang berjambang, kulit cerah, mata kecil/besar, tinggi rendah, dsbnya. Mereka takut bangsa Melayu inilah yang akan jadi bangsa terkuat kerana hasil gabungan bangsa seluruh dunia ini, yang beragama Islam akan bangkit dan menguasai dunia. Malah, walaupun bangsa Melayu ini hasil kombinasi bangsa, mereka inilah bangsa selain bangsa Arab yang paling tepat sebutannya bila berbahasa Arab iaitu bahasa Al-Quran. Kita tak tahu.
    ..............dan banyak lagi.........

    Demi Agama, Bangsa & Negara

    Wiraless

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam.. saya sangat-sangat percaya apa yang anda katakana.. kerana Tanah melayu merupakan benteng terakhir kita.. Daulat Tuanku.. In sya allah berkat doa orang-orang alim dan kebangkitan islam disini akan berlaku apa yang dijanjikan.. bersiap sedialah kita..

      Delete
  17. Assalamualaikum, saya percaya tulisan awak, kepada yang nak mengetahui lebih lanjut sila baca http://ilmuwanshattirs.blogspot.com/2010/09/agenda-disebalik-penubuhan-malaysia.html

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum, sya percaya dengan apa yang di bincangkan tentang nama malaysia sudah diraancang dri tahun 1889,http://ilmuwanshattirs.blogspot.com/2010/09/agenda-disebalik-penubuhan-malaysia.html

    ReplyDelete
  19. Adoi. British dah ofter tuk selatan Thai tuh. Andai kte TAR trime selatan thai jd part of malaysia. Xd lah pnduduk sane jd mangsa kkejmn.

    ReplyDelete
  20. salam. tumpang tanya, mengapa cuti di malaysia berbeza mengikut negeri? mohon penjelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Merujuk kepada cuti hujung minggu, iaitu Sabtu dan Ahad di sesetengah negeri, Jumaat dan sabtu di sesetengah negeri, ia adalah warisan Zaman British. Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Pahang dan negeri Sembilan). Negeri-negeri Selat (P.Pinang dan Melaka) serta Sabah dan Sarawak menggunakan cuti Sabtu dan Ahad sejak zaman British lagi kerana pengaruh undang-undang British agak kuat di negeri-negeri ini.

      Manakala Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu, pengaruh undang-undang British kurang kuat, maka cuti dibuat Jumaat Sabtu kerana menghormati Jumaat sebagai hari Solat Jumaat

      Delete
    2. Walau bagaimanapun, cuti di Perlis dan Johor pernah diubah dari Jumaat Sabtu ke Sabtu Ahad oleh pemimpin kita (zaman Muhyiddin jadi MB johor n Shahidan jadi MB Perlis kalu x silap). Di Johor sahaja diubah balik ke Jumaat Sabtu atas titah Sultan Johor sekarang ini.

      Delete
  21. Lambang keris bersilang itu adalah lambang yang bersejarah kerana matawang-matawang zaman Melaka menggunakan lambang tersebut. Boleh rujuk di
    http://buygoldcoinonline1.blogspot.my/2009/09/melaka-coinage-malacca-sultanate-tin.html#.V414W_l96Uk

    ReplyDelete