Featured Post

Peringatan Kepada Laman OhMyMedia dan Page-page Hiburan Kaki Copy Paste

Ketika penulis memulakan penulisan di blog kira-kira sembilan tahun yang lalu, ada tiga (3) niat utama yang terlintas di fikiran pen...

Monday, September 28, 2009

Wasiat Raja-raja Melayu


Gambar atas : Raja-raja Melayu bergambar bersama Wakil Ratu Britain.

Hubaya-hubaya bangsa, bahawa pada tarikh 5 Ogos 1957, Duli-duli Yang Maha Mulia sembilan orang Raja-raja Melayu sebagai raja pemerintah dari empat buah “Negeri Melayu Bersekutu” dan lima buah “Negeri Melayu Tidak Bersekutu” memberikan perkenan menurunkan tandatangan persetujuan kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan memahat tujuh wasiat Raja-raja Melayu yang berbunyi :

Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kami bersatu padu dan berpegang teguh padanya, selama itulah kamu akan aman dan damai dan selamat sejahtera. Tujuh perkara itu ialah :


1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu

2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain

3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara

4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan Raja-raja Melayu memerintah negara ini

5. Kami isytiharkan Islam sebagai agama Pesekutuan

6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain


Sila baca dan fahami wasiat di atas tanpa prejudis perkauman dan politik sempit, khususnya kepada segelintir chauvinist yang masih lagi wujud di negara kita selepas hampir setengah abad merdeka.



DAULAT TUANKU!!!!

3 comments:

  1. ..aaa..perkara 1 dan 2..rasa nya dah di langgar dek 'pejuang Melayu' sendiri..tak nampak dah kesan cerobohnya..Sultan suma dh buta tuli..
    ..perkara 5 dan 6..'pejuang Melayu' dalam usaha sama dengan beberapa petualang lain dah mula mencarikkan sedikit demi sedikit kertas wasiat tuh..pun masih Sultan buat2 buta tuli..
    ..perkara 4 dan 7..alahai..keturunan diorg nih ada sesetengahnya dah bercampur2 ngan bangsa2 penjajah..kot mana laa agaknya pengganti2 diorang nih kelak mampu mempertahankan wasiat moyang2nyee..dulu wktu nk nikah kwin pompuan luar..gaknye diorg dah buta tuli dek cinta..
    ..hal 3 je le yang mungkin mampu dipertahankan..tpi tu pun bukan sebab wasiat diorg yang nk pertahankan kita..hujung2 kita le aka rakyat yang akan kena kerah pertahankan kedudukan diorg kelak..dan wktu tu kelak..rakyat kini laa yg dh buta dan tuli..
    ..huhuhuhuhuhu..

    ReplyDelete
  2. Sultan adalah tonggak penyatuan semula MELAYU, sultan yang haq pasti akan dinaikkan semula. Mereka ini pilihan Allah di muka bumi tanah Nusantara sebagai Ketua Agama Islam.

    kecelaruan identiti bangsa Melayu disebabkan kesan penjajahan kafirun sehingga kita terlupa identiti dan jati diri bangsa Melayu.

    Sejarah akan berputar semula, Tanah Nusantara ini khusus Tanah Melayu akan bangkit semula..inilah wawasan akhir zaman yang Allah rancangkan...

    kembalilah kita kepada usul bangsa Melayu, mari kita sedarkan saudara kita yang masih tidur atau buta...bersatu dalam perjuangan MELAYU yang suci.
    bangsa mim lam alif yaa wou adalah bangsa ciptaan Allah yang terakhir...jangan sampai kita diperkotak katik oleh bangsa kafirun yang dipimpin dajal.

    ReplyDelete
  3. sedar atau tidak, memang darah kita melayu tapi pola fikir kita banyak condong ke arah barat. Terlalu banyak kita membaratkan kehidupan kita. Kita tak nafi teknologi dan sains buatan barat cuma ramai anak melayu kita masih fikir diri ini masih inferior dibanding dengan penjajahnya sendiri

    tak tau la apa fungsi wakil ratu British tu

    selamat menuju 2020 buatan penjajah

    ReplyDelete