Tuesday, October 13, 2009

Siapa Sultan Sulu Yang Sebenar? -Bahagian 2-




Kecelaruan mengenai pewaris sebenar yang berhak ke atas takhta Kesultanan Sulu bermula dengan kemangkatan Sultan Jamalul Kiram II pada 1936, Sultan Sulu terakhir yang berdaulat tetapi malangnya tidak mewariskan sebarang zuriat. Sejak daripada tarikh tersebut, muncullah berpuluh-puluh individu sama ada dari Sabah mahupun rakyat Filipina yang mengaku sebagai pewaris dan berhak ke atas kekosongan takhta Kesultanan Sulu, terutamanya daripada keturunan keluarga Kiram. Individu yang membuat tuntutan ini termasuklah mereka yang sebenarnya langsung tiada kaitan dengan institusi Kesultanan Sulu ini (Sekadar menyamar). Sebenarnya selepas kemangkatan baginda, takhta sewajarnya dikembalikan semula kepada keluarga Pewaris Kedua iaitu Keluarga Maharajah Adinda. Justeru itu, mari kita lihat terlebih dahulu senarai ‘Sultan Sulu’ selepas kemangkatan Sultan Jamalul Kiram II, biarpun tidak lagi mempunyai kuasa dan tidak berdaulat, untuk memahami punca pertikaian sebelum meneliti senarai individu utama yang menyamar sebagai ‘Sultan Sulu’:


1) Sultan Mawallil Wasit (1936) : Beliau merupakan adik kepada Sultan Jamalul Kiram II. Empat hari selepas kemangkatan abangnya itu, beliau telah ditabalkan oleh Rumah Bichara (Kabinet atau Majlis Diraja Kesultanan Sulu) untuk menggantikan abangnya. Walaubagaimanapun, beliau hanya sempat menjadi ‘Sultan’ untuk tempoh 6 bulan sahaja sebelum meninggal dunia secara mengejut akibat diracun dan dikebumikan di Maimbung. Setahun kemudian, Presiden Filipina, Manuel L. Quezon telah menyatakan melalui Memorandum bertarikh 20 September 1937 bahawa Kerajaan Filipina tidak akan mengiktiraf mana-mana lagi pewaris daripada Sultan Jamalul Kiram II (Keluarga Pewaris Pertama).




2) Sultan Ombra Amilbangsa (1937-1950) : Beliau merupakan suami kepada Dayang-dayang Hajah Piandao. Dayang-dayang Hajah Piandao ini merupakan anak kepada Sultan Badaruddin dan anak saudara kepada Sultan Jamalul Kiram II. Selepas kematian Sultan Mawallil Wasit, Dayang-dayang Hajah Piandao yang ketika itu bertindak sebagai “Sandah” (pemangku pemerintah), telah mengarahkan rakyat Sulu supaya mengisytiharkan suaminya dari Tawi-tawi, Datu Ombra Amilbangsa, sebagai Sultan Sulu dengan gelaran Sultan Amirul Umara II pada Januari 1937. Datu Ombra ini juga pernah dilantik sebagai Gabenor Sulu. Selepas Perang Dunia ke-2, Datu Ombra Amilbangsa telah bertanding sebagai Ahli Kongres Filipina dan memenanginya (Tidakkah bodoh seorang ‘Sultan’ merendahkan martabatnya dengan menjadi sekadar Ahli Kongres di negara bukan Islam yang telah menjajah wilayahnya???).




3) Sultan Esmail Kiram I (1950-1974) : Beliau merupakan putera kepada Sultan Mawallil Wasit. Memandangkan Sultan Ombra Amilbangsa bukanlah waris langsung dari Kesultanan Sulu, maka Sultan Esmail Kiram I ini telah disepakati untuk dilantik sebagai Sultan Sulu yang seterusnya di Jolo pada tahun 1950. Pada tahun 1962, beliau telah menyerahkan wilayah Borneo Utara dan kekuasaan Kesultanan Sulu kepada Republik Filipina iaitu ketika era pemerintahan Presiden Diosdado Macapagal. (lihatlah sendiri perangai Sultan seorang ini. Lebih rela menyerahkan ‘wilayahnya’ kepada pemerintahan Kristian berbanding ditadbir oleh saudara seIslam di Malaysia). Beliau meninggal dunia di Jolo pada tahun 1974.




4) Sultan Muhammad Mahakuttah Kiram (1974-1980) : Beliau merupakan putera sulung melalui isteri kedua kepada Sultan Esmail Kiram I. Beliau dilantik sebagai Sultan Sulu selepas kematian Sultan Esmail Kiram I kerana Datu Pujungan, yang ketika itu merupakan Raja Muda (setaraf Putera Mahkota), melarikan diri ke Sabah akibat kekacauan yang berlaku di Sulu pada masa tersebut. Apa yang menariknya, beliau ini dilantik secara langsung oleh Kerajaan Filipina di Manila yang ketika itu dipimpin oleh Presiden Marcos. Beliau berdiam di Manila, tinggal di Hotel Aurelio di Mabini, dan menerima elaun serta ditanggung kewangannya oleh Presiden Marcos (Fikirkanlah sendiri!!!). Pada tahun 1980, selepas darurat ditamatkan, Raja Muda Punjungan kembali dari Sabah ke Jolo. Sultan Muhammad Mahakuttah Kiram yang ketika itu turut berada di Jolo bersetuju menyerahkan takhtanya kepada pakciknya, Raja Muda Punjungan sebagai Sultan Sulu dengan gelaran Sultan Punjungan Kiram.




5) Sultan Aliuddin-II (1980-2007) : Nama sebenar beliau adalah Datu Aliuddin Haddis Pabila bin Datu Syeikh ibni Maharajah Adinda Sultan Muhammad Aranan Puyo, dan berasal dari Sabah. Ketika era ‘pemerintahan’ Sultan Muhammad Mahakuttah Kiram, telah berlaku satu peristiwa yang cukup penting. Para ahli keluarga pewaris Kedua mula memahami sejarah sebenar dan menyedari hak-hak mereka. Atas jemputan Pehin Dato’ Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri, keluarga Pewaris Kedua yang diketuai oleh Datu Aliuddin Haddis Pabila telah meminta pihak Muzium Brunei untuk menjaga Pulau Janggi pada tahun 1978 (Bagi mengelakkan kepalsuan Pulau Janggi dibuat oleh pihak lain). Pulau Janggi yang diserahkan telah diperiksa dan disahkan ketulenannya oleh pihak Muzium Brunei. Pada masa tersebut, beliau telah disahkan sebagai "Pewaris Sultan Sulu yang sebenar" dan di dalam Surat Penerimaan Pulau Janggi yang dikeluarkan oleh pihak Muzium Brunei, beliau telah diisytiharkan sebagai "Sultan Aliuddin-II".


Sultan Aliuddin II


Dengan pertukaran takhta bagi pewaris Keluarga Pertama oleh Sultan Muhammad Mahakuttah Kiram kepada Sultan Punjungan Kiram yang bukan daripada darah di Raja Kesultanan Sulu, maka sahlah permulaan takhta Kesultanan Sulu dikembalikan kepada keluarga Pewaris Kedua (Maharajah Adinda) melalui Sultan Aliuddin-II ini. Pada 17 Disember 2004, Majlis Diraja Sulu sekali lagi telah mengisytiharkan beliau sebagai "Sultan Sulu", namun Majlis Pertabalan tidak dapat dilaksanakan kerana kekurangan sumber kewangan sehinggalah beliau wafat pada 30 Jun 2007.


Gambar Datu Sharif Abd Rahman (Kiri), Datu Jainal Ali ibni Datu Aliuddin (kedua dari kiri), En.Salam (Kedua dari Kanan) dan Datu Aliuddin Haddis Pabila (Kanan) bersama Pulau Janggi (tengah) sebelum diserahkan ke Muzium Brunei pada tahun 1978.


6) Datu Ali Kuyung (2007-kini) : Pengerusi Majlis di Raja Sulu (Pemangku Sultan Sulu buat sementara waktu). Nama sebenar beliau ialah Datu Muhammidul Ali bin Datu Mahmun bin Datu Halun ibni Maharajah Adinda Sultan Muhammad Aranan Puyo. Merupakan anak saudara kepada Datu Aliuddin Haddis Pabila. Biarpun dari segi kekananan generasi, masih terdapat ramai waris lebih tua yang lebih layak, namun beliau merupakan pewaris yang paling layak untuk ditabal sebagai Sultan Sulu yang seterusnya jika ditinjau dari segi kekananan baginda kerana merupakan cicit lelaki sulung kepada isteri pertama Maharajah Adinda Sultan Muhammad Aranan Puyo. Beliaulah yang meneruskan legasi perjuangan Keluarga Pewaris Kedua Kesultanan Sulu pada masa kini. Tidak memakai gelaran ‘Sultan’ kerana telah disepakati tiada siapa pun yang berhak mendakwa diri sendiri sebagai ‘Sultan Sulu’ pada hari ini selagi kesemua waris yang berhak termasuklah yang telah menabalkan diri masing-masing sebagai Sultan Sulu tidak duduk semeja untuk berbincang dan menabalkan seorang sahaja yang benar-benar paling layak dan berhak untuk menjadi Sultan berdasarkan Tartib di Raja Sulu.


Y.M. Datu Ali Kuyung


Sejarah telah tercipta apabila beliau telah berjaya menyatukan Keluarga Pewaris Pertama dengan Keluarga Pewaris Kedua iaitu melalui anakanda Sultan Muhammad Mahakutta Kiram, iaitu Raja Muda Muedzullail Kiram. Telah disepakati bahawa kedua-dua pewaris Kesultanan Sulu ini tidak akan membuat tuntutan terhadap Sabah, yang akan hanya menguntungkan mainan politik Filipina semata-mata. Kini, masa sahaja yang akan menentukan apakah pengakhiran kepada episod tuntutan tahkta Kesultanan Sulu ini. Namun apa yang pasti, jika beliau berjaya memerdekakan kembali Kesultanan Sulu Darul Jambangan (bukannya sibuk menuntut Sabah dan elaun wang pajakan sebagaimana sesetengah individu yang mendakwa diri sendiri sebagai ‘Sultan Sulu’), tiada keraguan lagi beliaulah yang akan ditabalkan secara rasmi kelak sebagai Sultan Sulu.


Datu Ali Kuyung (waris Maharajah Adinda) di sebelah kiri dan Raja Muda Muedzullail Kiram (waris Kiram) di sebelah kanan berjabat tangan selepas menandatangani Perjanjian Penyatuan keluarga pewaris Di Raja Sulu.


Kini kita lihat pula sekali lalu mengenai senarai Sultan Sulu yang terdiri daripada penyamar dan waris yang tidak berhak :


1) Sultan Rodinood Kiram : Dia ‘menyambung’ perjuangan ayahnya iaitu Sultan Julaspi Kiram, yang mendakwa sebagai satu-satunya zuriat tunggal kepada Sultan Jamalul Kiram II dan berhak ke atas takhta Sultan Sulu. Namun, berdasarkan kepada maklumat daripada pesaing-pesaing 'Sultan Sulu' yang lain di Filipina, Julaspi ini adalah anak kepada Hadjirul, salah seorang pengawal (bodyguard) kepada Sultan Jamalul Kiram II, yang telah jatuh cinta dengan isteri muda Sultan Sulu tersebut. Sultan Sulu tidak menjatuhkan hukuman bunuh sebaliknya memberi pengampunan tetapi mereka berdua dibuang ke Pangutaran. Dari hubungan Hadjirul dan isteri muda Sultan Sulu inilah lahirnya Julaspi, yang kemudiannya menuntut takhta Sultan Sulu. Selepas kematian Julaspi di Kampung Maharlika, Taguig, pada tahun 1998, anak sulungnya, Rodinood, meneruskan tuntutan terhadap takhta Kesultanan Sulu. Inilah sebenarnya individu yang sibuk menjual “pingat dan Darjah Kebesaran Sultan Sulu yang membawa gelaran Datuk” di negara kita!!!




2) Sultan Esmail Kiram II dan Sultan Jamalul Kiram III : Kedua-dua mereka ini adalah adik beradik dan anak kepada Sultan Punjungan Kiram. Dikatakan Punjungan ini merupakan anak kepada Sultan Mawallil Wasit. Realiti yang sebenarnya adalah nenek mereka dari Pulau Simunul, Tawi-Tawai, yang bernama Mora Napsa Laga, telah dirampas untuk dijadikan isteri oleh Sultan Mawallil Wasit dalam keadaan telah pun mengandungkan zuriat suaminya yang sebenar, seorang Imam bernama Amil Hamja! Justeru itu, Punjungan ini sebenarnya hanyalah anak tiri kepada Sultan Mawallil Wasit. Selepas kematian Sultan Punjungan Kiram pada tahun 1983, anak sulungnya iaitu Raja Muda Jamalul Kiram III telah ditabalkan oleh para penyokongnya sebagai Sultan Sulu. Walaubagaimanapun, kerana dia tinggal di Manila dan enggan berdiam di Jolo, bertentangan dengan adat Sulu, maka adiknya, Raja Muda Esmail Kiram II kemudian telah dilantik sebagai Sultan pada tahun 2001. Sultan Jamalul Kiram III ini pernah bertanding dalam pilihanraya negara Filipina. Sementara Sultan Esmail Kiram II inilah ‘Sultan Sulu’ yang pernah mengancam untuk melancarkan ‘Perang Jihad’ kepada Malaysia pada tahun 1993 dan 2001 jika Sabah tidak diserahkan kepadanya. Atau sebagai balasannya, bayar sahaja ganti rugi sebanyak USD 10 Bilion kepadanya. (Dapat baca niat sebenar mereka ini???)









3) Sultan Muhammad Fuad Abdulla Kiram : Dia ini tak lebih sekadar salah satu boneka atau lebih tepat lagi anjing suruhan yang digunakan oleh Pemerintah Filipina untuk menuntut Sabah dari Malaysia. Dia merupakan adik kepada Sultan Muhammad Mahakuttah Kiram. Jika benar takta Kesultanan Sulu masih mahu diwariskan kepada keluarga Pewaris Pertama (Kiram), maka sewajarnya takhta tersebut diserahkan kepada Raja Muda Muedzullail Kiram yang merupakan anak lelaki sulung kepada Sultan Muhammad Mahakuttah Kiram. Tambahan pula, masa yang terlalu lama diambil iaitu hanya pada tahun 2006 untuk mengangkat dirinya sendiri sebagai Sultan Sulu. Sangat suka mengutuk Malaysia yang dianggapnya bersikap kejam dan tidak berlaku adil kerana ‘merampas’ Sabah. Tetapi apa yang peliknya, kata-kata dia sangat lunak apabila menyentuh mengenai hal Kerajaan Filipina yang jelas telah menghapuskan kuasa Kesultanan Sulu yang ingin dipegangnya sendiri, malahan sanggup mempertahankan Filipina dan mencerca Malaysia yang lebih bertanggungjawab membela para rakyat Sulu yang datang ke Sabah. Kedangkalan dan kejahilan dia mengenai sejarah dan Tartib (Protokol) Kesultanan Sulu terserlah apabila tidak mengetahui dan menafikan kewujudan dan peranan Pewaris Kedua Kesultanan Sulu.




4) Sultan Syarif Ibrahim Ajibul Pulalun : Dia ini adalah contoh klasik kepada individu-individu yang langsung tiada kaitan tetapi nak juga menyibuk mendakwa sebagai Sultan Sulu. Dia telah menabalkan dirinya sebagai Sultan Sulu dan Borneo Utara pada 20 November 2005 di Grand Astoria Hotel, Mayor Jordan St. Zamboanga City, Filipina, dan menggunakan nama Sultan Syarif Ibrahim Ajibul Mohammad Pulalun Kabayan Manjanay Syarif Abu Bakar. Sebenarnya, datuk kepada dia ni hanyalah seorang Syarif yang pekerjaannya adalah menempa senjata seperti barung (parang) di daerah Parang, Sulu. Datuk dia sangat terkenal dan menurut penduduk tempatan, datuknya adalah orang “keramat” yang mudah mengenakan “tulah” kepada sesiapa yang bertindak menganiayai beliau. Namun begitu, datuknya ini bukanlah berketurunan Raja Sulu. Kebetulan sahaja nama datuknya ialah Syarif Pulalun, yang hampir sama dengan nama salah seorang Sultan Sulu, iaitu Sultan Muhamad Pulalun. Hanya disebabkan itu, dia telah mengambil kesempatan dengan mendakwa datuknya itu adalah Sultan Muhammad Pulalun, lalu mengangkat dirinya sendiri menjadi Sultan Sulu. Latarbelakangnya telah didedahkan sendiri oleh penduduk-penduduk di sekitar daerah Parang yang sangat mengenali semua anggota keluarganya termasuk datuknya itu. Akibatnya, kini tiada seorang pun penduduk daerah itu yang mengiktiraf beliau sebagai Sultan Sulu. Bagaimanapun, sebelum itu, dia telah berjaya menipu ramai pihak termasuklah Kerajaan Filipina sendiri dan memperdaya wakil kerabat di Raja British iaitu Sir Stanley Brandenburg.




5) Sultan Bantilan Muizzudin II : Nama sebenar beliau ialah Datu Ladjamura bin Datu Wasik. Asalnya beliau dihantar ke Sulu oleh Majlis Di Raja Sulu sebagai wakil jurucakap kepada keluarga Pewaris Kedua untuk memberikan penerangan kepada rakyat Sulu mengenai kewujudan Pewaris Kedua dan hak untuk menghidupkan semula Kesultanan Sulu daripada penindasan dan mainan Kerajaan Filipina. Walaubagaimanapun, beliau akhirnya bekerjasama dengan United Tausug Citizen (UTC) sebelum diangkat oleh organisasi tersebut sebagai Sultan Sulu dengan gelaran Sultan Bantilan Muizzudin II. Tindakan ini sangat mengejutkan dan mengecewakan seluruh ahli keluarga Pewaris Kedua. Justeru itu, tiada siapapun daripada kalangan keluarga Maharajah Adinda yang menyokong perlantikannya. Sebagai maklumat tambahan, UTC inilah dalang yang telah mencetuskan kontroversi apabila mengedarkan Sijil Kelahiran Kesultanan Sulu di Sabah satu ketika dahulu.





Surat Perjanjian dan Perlantikan oleh Y.M. Raja Bongsu II kepada Datu Ladjamura sebagai wakil penerangan Keluarga Maharajah Adinda



6) Sultan Aidal Aliuddin : Dia sebenarnya hanya merupakan anak angkat kepada Datu Aliuddin Haddis Pabila. Mengikut salah seorang waris keluarga Maharajah Adinda iaitu Datu Ali Aman, pada suatu ketika dahulu, rumah kediaman Datu Aidal yang terletak berhampiran dengan rumah beliau di Kampung Likas telah terbakar sehingga ranap pada tahun 70-an. Beliau yang ketika itu tidak mempunyai sebarang keterangan diri telah datang kepada Datu Aliuddin dan merayu untuk mengambilnya sebagai anak angkat dan seterusnya memudahkan beliau mendapat pampasan bagi rumahnya yang terbakar itu serta memudahkannya mendapat kerakyatan di negara ini,


Pada tahun 1980-an, Datu Aliuddin telah menuntut haknya sebagai pewaris kesultanan Sulu dan telah menghantar Pulau Janggi (Sepong Janggi), Cop Mohor dan bukti-bukti lain ke Muzium Negara Brunei. Perjuangan beliau ini telah heboh sehingga sampai ke telinga Datu Aidal dan beliau pula dengan rasa bangga teringin nak menuntut hak itu dengan menunjukkan Pulau Janggih yang kononnya di hantar ke muzium Brunei itu akan tetapi Pulau Janggi nya itu bukanlah yang asal kerana bentuknya yang ganjil dan tidak menyerupai Pulau Janggi yang asli (bentuknya seperti buah jambu batu). Hari demi hari dia menipu dan terus menipu rakyat Sulu dan Rakyat Malaysia dengan menjual "Identity Card" dengan harga yang tinggi semata-mata untuk kepentingan beliau sendiri hingga mencemarkan nama baik Kesultanan Sulu.

Disamping itu, semasa perlantikannya sebagai Sultan, seorang ahli perniagaan (namanya dirahsiakan) di Sulu telah muflis akibat penipuannya yang telah menghutang 5 ekor lembu ternakan yang kononnya di jadikan santapan untuk tetamu yang hadir dan yang lebih memalukan lagi ahli perniagaan tersebut telah meninggal dunia tanpa mendapat bayaran dari hutang lapuk Datu Aidal. Selepas Pelantikannya sebagai Sultan yang tidak berdaulat itu, beliau telah lari ke Sabah untuk melindungi dirinya dari terus diburu akibat penipuannya sendiri. Penipuan beliau terbongkar apabila seorang penduduk(namanya dirahsiakan) dari kampung beliau telah mendedahkan semua butir-butir diri Datu Aidal termasuk ayahnya yang sebenar bernama Wahiddun dan ibunya bernama Milling yang tinggal di Tawi-tawi, Sulu.




7) Sultan Ibrahim Bahjin

Dia ini adalah dari Keluarga Shakiraullah, namun hanya berpangkat "Anak Saudara" kepada waris Sultan dari Keluarga Shakiraullah iaitu Sultan Agimuddin Abirin @ Sultan Pitico ibni Sultan Jamalul Abirin ibni Sultan Zainal Abirin. Ironinya, anak-anak kepada Sultan Agimuddin Abirin ini tiada yang tampil membuat tuntutan ke atas takhta kesultanan Sulu. Agak menggelikan hati apabila Dr. Ibrahim Bahjin ini menggunapakai gelaran "Paramount Ruler". Mungkin ingin mengangkat dirinya sendiri melebihi penuntut-penuntut takhta yang lain.







8. Sultan Mudarasulail Kiram : Dia telah mendapat liputan di dada-dada akhbar tempatan pada tahun lepas selepas memohon dana daripada umum sebanyak RM5 Juta bagi membangunkan semula Istana darul Jambangan bagi Kesultanan Sulu. Walaubagaimanapun, menurut seorang kerabat Kesultanan Sulu daripada waris kedua iaitu Datu Muhammad Al-Fazhir, namanya sebenar individu ini ialah Faisal bin Hassan yang berasal daripada Tawi-Tawi, dan merupakan anak seorang pelarian yang membesar di penempatan UNHCR di Kampung Kinarut, Sabah. Dia pernah menyamar sebagai Rajamuda Datu Muedzullail Kiram dengan berlakon kononnya dia telah di hantar oleh ayahnya iaitu Sultan Muhammad Mahakuttah Kiram ke Sabah semasa Sulu berada dalam keadaan darurat akibat perang. Walaubagaimanapun, penipuan tersebut telah terbongkar apabila Rajamuda Datu Muedzullail Kiram sendiri telah tampil untuk berjumpa dengan pewaris-pewaris Kesultanan Sulu yang lain dan menjelaskan hal yang sebenar. Mungkin kerana malu, dia telah menukar namanya kepada Datu Mudarasulail Kiram dan seterusnya mendakwa sebagai waris yang berhak kepada takhta Kesultanan Sulu.




9. Sultan Shariful Hashim II : Dia adalah individu terbaru yang ditabalkan sebagai Sultan Sulu. Nama sebenarnya ialah Datu Mohd Akjan dia telah di’tabal’kan oleh Datu Albi Ahmad Julkernain dan sebilangan bekas pemimpin United Tausug Citizen (UTC) yang kini telah pun berpecah belah, tetapi dia kemudiannya menyatakan majlis tersebut sebenarnya adalah sebuah kenduri kesyukuran. Menurut kenyataan yang diberikan oleh Datuk Eric Enchin Majimbun di Parlimen, Datu Mohd Akjan telah dibawa oleh bapa saudaranya, Hashirin Sumabud ke Kem Sibaud di Sandakan atas alasan keselamatan pada 11 November 1962 dan kemudiannya menjadi warganegara Malaysia. Dia adalah bekas tahanan ISA kerana dipercayai terlibat dalam sindiket pemalsuan kerakyatan dan pengeluaran Kad Pengenalan palsu.

Agak menghairankan apabila ayah Datu Mohd Akjan dikatakan bernama Sultan Sharif Ali Mohd Pulalun, kerana jika dirujuk dalam sejarah Kesultanan Sulu, cuma tercatat nama "Sultan Sharif Ali @ Sultan Barkat Ali" yang dianggap nenek-moyang kepada Keluarga Diraja Sulu & Brunei yang juga merupakan Sultan Brunei ke-3 yang memerintah sekitar 1400 -1424. Nama "Sultan Muhammad Pulalun @ Mohd. Fadl" pula memerintah Kesultanan Sulu pada tahun 1842-1862. Maka mustahil Sultan-sultan tersebut adalah ayah kepada Datu Akjan.

Kenyataan Datu Albi Ahmad Julkernain yang menyatakan Datu Akjan adalah "Direct-Descendent" kepada Sultan Shariful Hashim (Sultan Sulu Pertama) juga agak menghairankan dan mengelirukan. Mengikut fakta sejarah Kesultanan Sulu, jalur-terus keturunan Sultan Shariful-Hashim (Sultan Sulu Pertama) hanya sehingga Sultan Betarashah Tengah @ Panguilan Tindig ibni Sultan Pangiran Buddiman Ul-Halim. Dan dengan kemangkatan Sultan Betarashah Tengah yang tiada "Waris Lelaki", maka akhirnya anak buahnya yang bernama Pangiran Shahbandar Maharajalela @ Raja Bongsu ibni Sultan Muhammad Hassan di Brunei, telah ditawarkan untuk menaiki takhta kesultanan Sulu, yang kemudianya menjadi Sultan Sulu dengan gelaran Sultan Mawalil-Wasit-I @ Raja Bongsu.






Rujukan :

1) Asreemoro (2007) “Tausug & Kesultanan Sulu” Penerbit Saba

2) Nik Anuar Nik Mahmud (2009) “Tuntutan Filipina ke atas Borneo Utara (Cetakan Kedua)” Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

3) Y.M. Datu Ali Aman @ Raja Muda Bongsu II ibni almarhum Sultan Aliuddin II

4) Julasri bin Hajan (Asreemoro) :
http://tausug-global.blogspot.com/

5) Y.M. Datu Fazhir bin Datu Ali Kuyung : http://datufazhir-p2.blogspot.com

80 comments:

  1. Mengikut Protokol/Tartib Diraja Keluarga Maharajah Adinda, Ranking kelayakan menaiki takhta Sulu adalah seperti di bawah;

    Dengan kewafatan pewaris sah Keluarga Maharajah Adinda pada 30.06.2007, iaitu; DATU ALIUDDIN BIN DATU MOHAMMAD SIE @ SULTAN ALIUDDIN HADDIS PABILA (*telah dilantik menjadi Sultan oleh Majlis Diraja di Barangay Alat, Jolo pada 17.12.2004), Maka ranking urutan kelayakan menaiki takhta adalah seperti di bawah;

    1. Hak diberi kepada Adinda-adinda atau pun sepupu-sepupu baginda yang masih hidup seperti;

    i). DATU ATIK BIN DATU MOHAMMAD SIE/SEH,
    ii).DATU SHARIFUL BIN DATU MOHAMMAD SIE/SEH,
    iii).DATU AMIR BAHAR BIN DATU AMIRUL
    iv). DATU LAJABASSAL BIN DATU LAJA

    2. Hak kemudian turun kepada putera-putera baginda seperti;

    i). DATU ZAINAL ALI BIN DATU ALIUDDIN,
    ii).DATU JAAFAR @ JAMAULUL ALI BIN DATU ALIUDDIN,
    iii).DATU RAJA BONGSU-II BIN DATU ALIUDDIN.

    3. Hak kemudian turun kepada Anak-anak saudara baginda seperti;

    i) DATU ALI KUYUNG BIN DATU MAKMUN
    ii).DATU OMBRA BIN DATU BAHAR
    iii).DATU MUHAMMAD BIN DATU WASIK
    iv).DATU LAJAMURA BIN DATU WASIK
    v).DATU ANJIL BIN DATU WASIK

    Begiulah Turutan Kelayakan menaiki takhta Kesultanan Sulu dari Protokol/Tartib Keluarga Maharajah Adinda.

    Maka, perlantikan seseorang "Sultan" yang tidak mengikut Protokol/Tartib Keluarga Maharajah Adinda adalah "TIDAK DIIKHTIRAF" oleh Keluarga Maharajah Adinda. Itu adalah kehendak mereka & penyokong mereka masing-masing.

    *Setiap Keluarga Diraja di dunia ini terikat dengan Sistem Protokol atau Tartib Diraja masing-masing. Maka sesiapa yang melanggarnya, itu terpulang kepada urusan masing-masing. Yang pentingnya, SISTEM PROTOKOL/TARTIB DIRAJA itu dapat dimaklumi agar dapat dibuat pernilaian sewajarnya.

    ReplyDelete
  2. DATU ALIUDDIN BIN DATU MOHAMMAD SIE/SEH adalah orang yang telah menghantar "Barang Pusaka Diraja Kesultanan Sulu, iaitu PULAU JANGGI atau SEPOH/SEPONG JANGGI" ke Muzium Brunei pada tahun 1978 untuk disimpan dengan selamat di Brunei. Barang tersebut juga telah diuji dan telah disahkan ketulinannya oleh pihak Muzium Brunei pada tahun 1978.

    "Barang Pusaka Diraja Kesultanan Sulu" itu adalah satu-satunya "TANDA" yang MEMBUKTIKAN bahawa Darah Waris Kesultanan Sulu (*Mulai dari SULTAN MAWALIL-WASIT-I @ RAJA BONGSU-I) adalah berasal dari darah Diraja Kesultanan Brunei (SULTAN MOHAMMAD HASSAN, Sultan Brunei ke-9).

    Dan "Barang Pusaka" ini telah turun temurun diamanahkan dijaga & disimpan oleh Keluarga MAHARAJAH ADINDA sahaja (*Bukannya oleh Keluarga Kiram ataupun oleh Keluarga Shakiraullah-Pewaris Pertama), dengan matlamat sebagai "BUKTI" yang PEWARIS KEDUA mempunyai HAK yang sama dalam Kesultanan Sulu.

    *Perlu diingat yang Kesultanan Sulu dipunyai oleh "DUA PEWARIS" (*PEWARIS PERTAMA-Lambang Keris dan PEWARIS KEDUA-Lambang Tombak/Bujjak dalam Bendera Kesultanan Sulu). Ini bermakna, sekiranya pun pewaris pertama telah MENANDATANGANI sebarang Perjanjian penyerahan Kuasa atau Wilayah Kesultanan Sulu pada masa lalu, ianya masih boleh dianggap "TIDAK SAH", kerana satu pemiliknya (PEWARIS KEDUA) tidak terlibat menandatangani (Initial) penyerahan tersebut. Inilah niat para Sultan-sultan Kesultanan Sulu, agar pada masa hadapan KESULTANAN SULU tidak akan HILANG DI DUNIA.

    ReplyDelete
  3. Pewaris Kesultanan Sulu sebenarnya terbahagi kepada 4 Keluarga yang akan bersatu tidak lama lagi-KIRAM,ARANAN,HARUN AR-RASYID DAN SHAKIRULLAH.

    ReplyDelete
  4. Bersatulah kamu wahai,waris waris keturunan sultan sultan SULU.demi masa depan bangsa TAUSUG.

    ReplyDelete
  5. Sangat cantiklah sekiranya 4 pihak Keluarga Diraja Sulu itu bersatu (Kiram, Aranan, Harun Ar-Rasyid & Shakiraullah), ibarat membina Rumah, dengan "4 buah Tiang", rumah akan dapat didirikan dengan lebih "Kukuh & Stabil". Cuma saja biarlah ke-empat-empat tiang itu adalah yang "Asli" atau yang selayaknya mengikut protokol ranking Keluarga Diraja masing-masing. Kerana, jika yang bukan "Asli" atau yang tidak selayaknya diangkat mewakili kerusi-kerusi diraja tersebut, ditakuti pada masa akan datang ianya tidak akan dapat bertahan lama, Mereput & akhirnya patah & boleh membawa tumbang kepada rumah yang telah dibina tersebut. Maka kita semua juga yang akan Rugi nanti.

    Dan seharusnya diingat, untuk menjadi seorang "Sultan", tanggungjawabnya adalah dari Dunia sampai ke Akhirat. Pengadilan dipadang Mashyar ke atas seorang "Sultan" di atas pentadbiranya & ke atas rakyatnya akan diperhitungkan secara terperinci. Maka, jika kita faham & maklum, bukanlah satu yang "Mudah" untuk menjadi seorang "Sultan" itu....."Takutlah dengan soal-jawab di Mashyar"!!!

    ReplyDelete
  6. Assalamulaikum kepada semua bagi yang mahu mendapatkan kebenaran!!

    Terima kasih kepada tuan punya blog yang berusaha menyiarkan isu kesultanan Sulu.

    Setelah membaca keterangan di atas termasuk kandungan utama blog saya dapati banyak pendapat dan pandangan dari keluarga Aranan iaitu Datu Ali Aman (Kuala Lumpur) dan Datu Ali Kuyung (Sandakan) kerana "dakwaan" mereka terhadap hak PEWARISAN Kesultanan Sulu yang kalau kita perhalusi jelas terkandung "kesilapan bercampur baur dengan sedikit kebenaran".

    Blog saya http://tausug-global.blogspot.com/ kerapkali saya jelaskan bahawa tiada siapa pun yang berhak terhadap takhta Sulu samada keluarga kiram, aranan, shakirullah mahu pun harun Arrasyid. Yang berhak terhadap takhta ialah rakyat jelata Tausug bukannya "kerabat" bekas Sultan Sulu seperti yang disebut.

    Protokol kenaikan takhta Sulu berlaku dan berfungsi sepenuhnya setelah deklarasi kemerdekaan Sulu bulan 17 Nov 2010 nanti di Jolo, Sulu. Selagi kemerdekaan belum dicapai maka selagi itu tiada PROTOKOL. Rakyat boleh mentadbir tanpa Sultan, tetapi Sultan tidak mungkin naik takhta tanpa rakyat. Rakyat SUlu sekarang menamakan diri mereka United Tausug Citizens (UTC.

    Rakyat yang akan mendeklarasikannya setelah itu barulah "memilih" Datu Diraja yang layak diangkat menjadi Sultan mereka. Kelayakan bergantung atas "kerja keras" berlapar dahaga dalam perjuangan bersama rakyat disamping punya salasilah yang benar yang diperakui oleh Council of Royal Datus. Para Datu yang hanya mahu dilantik jadi sultan tetapi hanya duduk di Kuala Lumpur dan Sandakan tidak layak "memimpin Rakyat". Mereka perlu buktikannya dengan turun padang seperti YM Datu Ladjamura bin Datu Wasik.

    Sekian terima kasih, Wassalam

    ReplyDelete
  7. Sedikit Pembetulan.

    Mengikut ranking kekananan keluarga Maharajah Adinda kini, Datu Ali Kuyung adalah lebih berhak menduduki taktha Sulu. Menafikan atau tidak, beliau sememangnya berhak.

    Kita tidak boleh menafikan hak diraja mereka. Sememangnya rakyat juga ada Hak, tapi hak Diraja perlu tetap dipatuhi & diikuti. Menafikan Hak mereka, berarti kita Mengkhianati Hak Keluarga Diraja Sulu.

    Contohnya; Jika kuasa pemilihan seseorang Raja atau Pemimpin Sistem Monarki (Kerajaan Beraja) itu terletak semata-mata di atas tangan rakyatnya & tidak perlu mengikut Protokol Diraja, maka bolehlah rakyat Britain atau rakyat Jepun memilih & menukar "Raja" mereka sesuka hati. Namun itu tidak pernah dibenarkan, kerana tiada Undang-undang kuasa rakyat lebih berkuasa dari Undang-Undang Protokol Diraja untuk suatu Sistem Monarki.

    Berkenaan dengan Datu Ali Aman, dia sememangnya tidak berkeinginan atau berhajat untuk mahu menduduki takhta Sulu. Yang beliau usahakan dahulu, adalah usaha untuk mahu melihat Bangsa Sulu dimartabatkan & boleh menikmati hidup yang lebih baik pada masa akan datang, sepertimana bangsa lain di muka bumi ini. Beliau kini lebih senang mahu hidup seperti Orang Kebanyakan saja, maka tidak perlu baginya menyakitkan kepalanya memikirkan hal-hal tausug kerana telah ada orang lain yang beriya-iya dgn berfikiran lebih Arif dalam mahu menguruskan hal-hal Taosug & Kesultanan Sulu. Maka usah libatkan beliau lagi dalam perkara tersebut.

    Perkara Sulu beliau telah serahkan sepenuhnya kepada sepupu beliau, Datu Lajamura untuk menguruskannya.

    Wassalam.


    P/S: Jika melihat Bintang di langit, jangan lupa rumput di bumi".

    ReplyDelete
  8. penulis tanpa nama di atas berkata,

    "Contohnya; Jika kuasa pemilihan seseorang Raja atau Pemimpin Sistem Monarki (Kerajaan Beraja) itu terletak semata-mata di atas tangan rakyatnya & tidak perlu mengikut Protokol Diraja, maka bolehlah rakyat Britain atau rakyat Jepun memilih & menukar "Raja" mereka sesuka hati. Namun itu tidak pernah dibenarkan, kerana tiada Undang-undang kuasa rakyat lebih berkuasa dari Undang-Undang Protokol Diraja untuk suatu Sistem Monarki".


    Anda tidak memahami hirarki pentadbiran, merujuk Britain dan Jepun adalah contoh yang benar tetapi tidak tepat kerana Britain dan Jepun sudah memang menjalankan pentadbiran pemerintahan. Bayangkan Sulu hari ini, yang masih duduk dalam "defacto" Filipina. Sulu telah kehilangan pentadbiran dan pemerintahan tidak seperti jepun dan Britain.

    Untuk mengembalikannya semula mesti mengulangi sejarah Syariful Hashim iaitu berdakwah dahulu atau berkempen untuk menyatukan Sulu dibawah Al-Quran dan Sunnah. Bukankah selepas itu beliau diangkat oleh rakyat Buranun dan Taguimaha jadi Sultan tetapi beliau enggan?

    Mengapa rakyat tidak mahukan anak Raja Baguinda menjadi Sultan Sulu tetapi mahukan Syariful Hasyim @ Sayyid Abu bakar? Ini bermakna rakyat yang punya kuasa untuk menentukan siapa yang perlu mereka jadikan pemimpin.

    Sebab itu Sulu perlukan formula yang sama dengan Syariful Hasyim. Bukan formula Britain dan Jepun yang sudah memang melaksanakan kedaulatannya. Rakyat akan melantik protokol yang ditadbir para Datu sebagai majlis pemilihan Sultan. Setelah itu dimasa-masa akan datang Protokol itulah yang akan melantik, rakyat tidak perlu campur tangan.

    Maasalam

    A/K anda: Sebelum memakai baju, pastikan diukur muat di badan sendiri dahulu.

    Asreesulu 0163472849

    ReplyDelete
  9. Tersenyum sahaja saya membaca komen saudara Asreemoro (yang kini telah bertukar kepada Asreesulu pula).

    Kadang2, hairan juga saya. Bagaimana persahabatan beliau dengan Datu Ali Aman & Datu Ali Kuyung kini boleh hancur berkecai? Kata2nya pun dah macam ahli politik, boleh bertukar2 pula sekarang. Walhal, apa yang dibangkangnya kini itulah yang ditulis dalam buku yang dikeluarkan sebelumnya.

    Pada saya, artikel di atas agak seimbang, malahan penulisnya dengan jelas turut menulis yang maklumatnya turut diambil dari blog dan buku tulisan Asreemoro.

    Komen saya mengenai hujah Asreemoro :

    1) Siapa berhak jadi Sultan? - Jika rakyat semata-mata yang boleh melantik Sultan, maka tak perlu susah payah tulis berjuang untuk mengembalikan Kesultanan Sulu. Tulis sahaja UTC perjuangkan penubuhan Republik Tausug. Itu lebih tepat! 'Kunci' utama bagi kemerdekaan semula Sulu adalah terletak pada Sultannya, memandangkan gerakan UTC tidak disertai dengan kekuatan ketenteraan ataupun pemimpin yang memiliki kepakaran perundangan ataupun hubungan antarabangsa. Disebabkan itulah, amat penting untuk memilih pewaris yang benar2 berhak dan layak. dengan itu, perlantikannya kelak tidak akan dipertikaikan dan pengisytiharan kemerdekaan Sulu tak akan diragui oleh mana-mana pihak.

    Kenyataan bahawa tiada siapa pada hari ini yang berhak sebagai Sultan Sulu sebenarnya kenyataan yang memakan diri. Kerana secara tak langsung, mengesahkan bahawa Kesultanan Sulu telah termansuh dengan sendirinya sejak kemangkatan Almarhum Sultan Jamalul Kiram II, dan menyukarkan lagi pembangunan semula institusi Kesultanan Sulu.

    2) Rujuk Blog Tausug-Global? - Blog milik penuh Asreemoro ni yang disuruh menjadi rujukan utama? Blog ni tak ubah macam blog sejarahnagarakedah. Jika blog sejarahnagarakedah, semua benda nak di'Siam'kannya, maka samalah macam blog Tausug-Global ni, semua benda pun nak di'Tausug'kan atau di'Sulu'kannya. Sampai Queen Elizabeth, Hang Jebat dll pun dikatanya orang Tausug. Isu sempadan Limbang pun dikatakan terletak pada Kesultanan Sulu. Almaklumlah, penulisnya yang kini berjawatan Datu Paduka Wazir ni dulu sekadar pelukis jalanan, maka maklumat dan hujahnya pun tahap 'tepi jalan' ajelah...

    ReplyDelete
  10. 3) Jawatan berdasarkan siapa yang duduk di Sulu/Mindanao? - Jika inilah yang diperjuangkan, maka sama sahajalah perjuangan UTC dengan MNLF yang selalu dikutuknya. Aku yang susah payah, maka akulah yang berhak jadi Sultan. aku yang selalu pergi Sulu atau Zamboanga, maka akulah yang berhak jadi Perdana Menteri ke, Datu PAduka Wazir ke. Perjuangan semata-mata kerana nama dan pangkat. Jangan terkejut jika perjuangan UTC ni akhirnya sama nasib dengan MNLF yang selalu dikutuk itu. Penuh dengan rasuah, sesama ahli berebut title 'Datu', pemimpin yang tak berkebolehan untuk mentadbir, dan paling teruk, institusi pewarisan Sultan yang ikut pilihan terbanyak (dapat bayangkan???). Jangan ingat siapa yang duduk di Sabah atau KL tak berjuang. Nilai kembali siapa yang terawal mempelopori gerakan Kesultanan Sulu ni kalau tidak usaha dan susah payah Datu Ali Aman dan Datu Ali Kuyung.

    Jika benar berjuang kerana Allah dan Islam, jawatan dan gelaran adalah nombor dua. Lihat contoh semasa Nelson Mandela dari Afrika Selatan. Dipenjara bertahun2, tapi tak ada sibuk nak jadik Presiden bila era Aparthied berakhir. Tapi akhirnya tetap menjadi Presiden kulit hitam pertama. ataupun rujuk sejarah Scotland, yang bersusah payah berjuang untuk kemerdekaan adalah William Wallace. Apa kesudahannya? dia mati dibunuh kerat empat. yang menjadi raja adalah Edward the Bruce. Tapi kini siapa yang lebih disanjung & selalu disebut2 sebagai pejuang tulen? William Wallace!!!

    Banyak lagi yang saya nak komen mengenai Asreemoro ini. Tapi rasanya cukuplah buat sementara waktu. Banyak lagi kojo den kena setelkan nih!

    ReplyDelete
  11. Para Pemimpin UTC & Co menyatakan bahawa "People Power" (Kuasa Rakyat) yang akan boleh MEMERDEKAKAN wilayah Sulu. Tapi bukan kah pada masa perjuangan MNLF & Nur Misuari "People Power" mereka pada masa itu adalah lebih power & lebih Kuat dari "People Power" UTC & Co sekarang ini?! Namun, mengapa MNLF & Nur MIsuari GAGAL Memerdekakan wilyah yang mereka tuntut itu??.....Fikirkan MENGAPA??? Kerana yang menuntut itu sekadar KUMPULAN (GROUP) & Bukan Tuan Punya Tanah (Sultan). Maka perjuangan UTC & Co. seakan mengikut jejak MNLF yang pasti akan Kecundang akhirnya, kerana MENAFIKAN yang Empunya Hak!

    Manusia perlu belajar dari sejarah, agar tidak leka & melakukan kesilapan yang berulang-ulang.

    Perlu diingat, Tanah Wilayah Sulu & Mindanao telah dicatatkan & direkodkan sebagai milik "KESULTANAN", maka hanya "Sultan & para Waris" nya saja yang BERHAK menuntut tanah Wilayah tersebut, bukan rakyatnya atau kumpulan-kumpulan tertentu.

    Para Kumpulan & Rakyat Sulu yang cuba menafikan Hak KETUANAN mereka boleh dianggap sebagai Mengkhianat Hak ketuanan mereka & hak Ahlul-Bait di Wilayah Kesultanan Sulu.

    Memusuhi Hak Alul-Bait itu, ibarat memusuhi hak Rasulullah SAW & memusuhi Rasulullah SAW itu ibarat memusuhi Allah SWT.

    LU pikirlah sendiri!

    ReplyDelete
  12. Sy lihat perjuangan skrg ni bkn pjuangan sejati... sy no komen, blog sy pn sy hentikn smentara bg mberi laluan kpd isu2 hgt yg di dalangi oleh org2 politik belah buluh yg mcampuri urusan di raja...

    sy mwakili kluarga di raja sulu hanya dpat bdoa smoga sulu dpat di bgnkn dgn aman dan damai tnpa sebarang psengketaan... apa yg saudara asree cuba katakan itu adalah btul... rkyat sulu juga ble bdiri d tapak kaki sndiri, tp hruslah d jln yg btul... kluarga d raja juga tidak harus di nafikan hak nya... kerana pmimpin adalah yg utama

    harus diingat negara sulu bkn demokrasi tetapi adalah monarki... rakyat tiada hak mmilih slagi plembagaan sulu blum di bentang dgn rasmi dan menentukan plembagaan itu samada demokrasi atau monarki...

    kami juga kluarga di raja sulu sntiasa bharap dan mdoakan pjuangn saudara asree dgn UTC yg cuba mmerdekakan sulu pd thun ini akn tcapai... sy sgt hmpa jika skiranya tarikh2 kmerdekaan yg d tentukan UTC sntiasa tidak d berkati... sy hrp kali ni dapatla d berkati...

    InsyaAllah...

    ReplyDelete
  13. Adakah rakyat yang duduk di LUPAH SUG boleh menerima sistem Kesultanan. Tanah adalah milik rakyat,Sultan cuma Pentadbir..

    Telah lama menanti Perkembangan Positif Pewaris kedua, Tapi sayang sudah muncul pula pewaris sebenar sebenar dan mungkin lepas sebenar benar pula..

    ReplyDelete
  14. jangan tuduh dan fitnah orang sembarangan,rakyat sabah semuanya mengakui bahwa sultan mereka sebenarnya ialah sultan rodinood julaspi kiram kerana dia berani datang ke sabah kota-kinabalu dan buat tuntutan minta pampasan usd 20 billion kepada kerajaan malaysia sekiranya mahu sabah dalam malaysia dan selepas itu dia mengatakan adalah sabah lebih baik dari petadbiran malaysia daripada kerajaan filipina.skrg sultan sulu rodinood ni sedang berurusan mengambil emas2 sultan sulu jamalul kiram yg di bawa oleh marcos yg disimpan di luar negara.dan rakyat sabah hanya mengiktriraf sultan sulu rodinood julaspi kiram sebagai sultan mereka..hidup bapa sabah! allahuakbar!

    ReplyDelete
  15. Komen:

    1. Kalau UTC & kompeninya berpegang kepada konsep People Power, persoalannya, Mengapa pula Council of Reagent nya (Datu Albi) bersusah payah datang ke Kuala Lumpur mahu berjumpa dengan Keluarga Diraja Sulu di KL? Kenapa mesti mahu libatkan nama "Kesultanan Sulu" dalam kempen2 mereka jika mereka fikir People Power yang lebih Layak untuk bangun menuntut Kemerdekaan Sulu. Tuntutlah cara sendiri dgn mencipta atau menggunakan Logo & Bendera sendiri (Mcm MNLF) kerana Bendera & Logo yg UTC gunakan sekarang adalah kepunyaan Keluarga Maharaja Adinda.

    2. Sultan Roodinood bin Sultan Julaspi Bin HAJIRUL. *HAJIRUL adalah salah seorang penjaga Kuda Sultan Jamalul Kiram II yang menjalinkan hubungan dengan isteri muda Sultan Jamalul Kiram II. Skandal mereka ini telah diketahui oleh Sultan Jamalul Kiram II. Namun daripada menghukum pancung kedua mereka, Sultan Jamalul Kiram II telah mengusir mereka ke Pangutaran. Selepas 3 bulan dalam buangan, maka lahirlah Datu Julaspi yang merupakan ayah kepada Sultan Roodinood ini. Orang lain mungkin boleh ditipu oleh beliau ini. Namun Keluarga Diraja Sulu, Ahli sejarah seperti NIcholas Tarling & Rakyat Sulu yang tahu cerita sebenar mereka ini, tidak akan boleh ditipu oleh beliau ini. Di USA juga ada dokumen & rekod sahih akan penyataan Sultan Jamlul Kiram II, Bahawa walaupun beliau mempunyai ramai isteri, tetapi beliau tiada pun mempunyai zuriat.

    ReplyDelete
  16. Saya pun sebenarnya masih kabur dengan misi menuntut Kemerdekaan Sulu oleh UTC & kuncu-kuncu nya.

    Nak tuntut Merdeka. Siapa yamng akan Mengikhtiraf tuntutan mereka itu? ICJ, UN atau badan Dunia?

    Kalau mereka diberi Kemerdekaan oleh badan Dunia....atas Dasar Apa?

    1. Adakah atas Dasar Kuatnya gerakan Kumpulan UTC? Jika kerana itu, mengapa pula Badan Dunia tidak memberikan Kemerdekaan kepada Kumpulan MNLF yang berjuang lebih awal?

    2. Ataw kah pihak UTC berpegang bahawa Waris Sultan Sulu yang ada dalam kumpulan mereka sekarang ini adalah waris Kesultanan Sulu yang benar-benar Layak menuntut? PASTI KAH MEREKA akan hal ini?

    3. Memang gerakan UTC & para penyokong mereka ini kelihatanya berjuang boleh sampai ke Bulan. Banyak menggunakan nama Keluarga Maharaja Adinda. Sedangkan kebanyakan Keluarga Maharaja Adinda tidak 100% menyokong perjuangan mereka ini. Apa lagi dalam isu-isu membuat kutipan Kewangan dari rakyat Sulu, yang mana Keluarga Maharaja Adinda tidak terlibat sama sekali. INI HARAP DIMAKLUMI!

    Betul juga kata Datu Albi, kini banyak orang yang mahu jadi DATU, walaupun mereka itu bukan DATU!

    ReplyDelete
  17. anonymous :

    Komen yang anda utarakan memg btul, byk psoalan yg akn timbul thadap UTC ini. dan sy skrg sedg mnunggu dan mlihat pada apa yg akn blaku di dlm pjuangn mreka ini.

    ReplyDelete
  18. Bagi saya;

    saudara asree dan konco2nya tu hanya mengarut saja dlam misi2nya..beliau ni pada mulanya langsung tak tahu menahu satu habuk pun pasal kesultanan sulu n kerabat2nya..datang ke rumah Datu Ali aman merayu2 untk diperjelaskan tntang segalanya mengenai isu tersebut..yg meyebabkannya berjaya menulis buku nya itu..tetapi akhirnya,smua duit jualan dimakan seorang2..beliau ni BUKAN berdarah TAUSUG.tapi bngsa YAKAN..daripada bapanya..tapi mengaku pejuang tausug konon..

    cubala lihat betapa jahilnya beliau menerusi kenyataannya,yang cuba berlagak pandai memandai memberi komen dan menafikan hak orang.sedangkan rekod yang tercatat di UNITED NATION adalah keluarga pewaris kedua yg berhak membawa kemerdekaan sulu.Demikian juga di public office of London dan muzeum brunei,tiada ssiapa yang mampu menyelamatkan kerajaan sulu,melainkan keluarga pewaris kedua..akan tetapi,sy tak faham apa suda jadi kepada kepala UTC ni,mungkin inilah tandanya mereka telah 'ketulahan' oleh sultan Sulu kerana sifat tamak harta dan pangkat..

    Saya difahamkan beliau ni telah memasukkn nama keluarga beliau kedalam GENEOLOGY kesultanan sulu dari keluarga Aranan,sedangkan beliau ni ntah sapala punya zuriat.Tergamak untuk melakukan perkara memalukan itu demi kerana ingin dipanggil pewaris kesultanan SULU..MASYALLAH...!!

    Pada pendapat saya,gerakan mereka ini bukan sahaja akan mendapat kegagalan,akan tetapi,juga akn merosakkan profil dan imej orang2 tausug dan kesultanan sulu khussnya pewaris kedua..semua orang bakal menghina mereka ini kerana kebodohan sendiri yang berjuang tanpa menggunakan otak..Hany menunggu untuk ditertawakan oleh smua pihak.

    Mereka tidak pernah melihat dan menoleh ke belakang betapa pejuang2 MNLF yang termahsyur dan disegani masyarakat seluruh dunia tetapi akhirnya menemui kegagalan kerana pemimpinnya telah memisahkan perjuangan dengan Kesultanan Sulu sebagai 'TITTLE OF THE LAND"....
    LAYAKKAH beliau untuk mempertikaikan kewibawaan para professsor,sejarahwan dunia dan para pemimpin dunia serta anggota2 PBB yang sudah pun mngiktiraf hanya kesultanan sulu sah boleh menerima kemerdekaan???

    untuk pengetahuan semua...
    beliau ini juga adalah seorang yg pembohong,apa yang dicakapkannya semua dusta!!kenyataan beliau berbunyi,"rakyat sulu hanya mahukan Datu Ladjamura!",yang lain tidak diperlukan...walhal saya di sulu meninjau keadaan,smua org disana mengejek mereka & CO sebagai penipu besar bersama "sultan" mereka itu..Orang2 Sulu juga mengugut utk memenggal kepala mereka seandainya melihat kelibat mereka disana nanti..jadi mcm mana mahu isytiharkan keerdekaan disana pulaaa???

    saya mohon maaf kepada saudara pemilik blog atas kata2 yang agak ksar sedikit..saya juga adlh salah seorang pewaris Kesultanan SULU dari keluarga Kedua teramat kecewa dengan apa yang telah terjadi masa kini dimana ianya seolah2 sudah diluar kawalan akibat daripada perbuatan syaitan2 bernama asree dan konco2nya ini..

    Apa yang paling dikesali,sudah sedikit kesimpulan boleh diambil dimana pihak yang akan mendapat malu adalah kesultanan sulu juga..lain yang makan cili lain yang terasa pedas..saya harap kalian ambillah iktibar dari komen ini..semuanya hanya sia2..Bukankah Asree ni sudah pun tebal muka dahulu??bukankah tarikh yang mereka sudah rancang utk pengisytiharan kemerdekaan sulu adalah pada 10 May 2010??sekarang mana suda??kalau kesilapan itu boleh berlaku dahulu,kalian ingatla ia pasti sama sahaja pada 17november nanti..
    wassalam..

    ReplyDelete
  19. Bagi saya;

    saudara asree dan konco2nya tu hanya mengarut saja dlam misi2nya..beliau ni pada mulanya langsung tak tahu menahu satu habuk pun pasal kesultanan sulu n kerabat2nya..datang ke rumah Datu Ali aman merayu2 untk diperjelaskan tntang segalanya mengenai isu tersebut..yg meyebabkannya berjaya menulis buku nya itu..tetapi akhirnya,smua duit jualan dimakan seorang2..beliau ni BUKAN berdarah TAUSUG.tapi bngsa YAKAN..daripada bapanya..tapi mengaku pejuang tausug konon..

    cubala lihat betapa jahilnya beliau menerusi kenyataannya,yang cuba berlagak pandai memandai memberi komen dan menafikan hak orang.sedangkan rekod yang tercatat di UNITED NATION adalah keluarga pewaris kedua yg berhak membawa kemerdekaan sulu.Demikian juga di public office of London dan muzeum brunei,tiada ssiapa yang mampu menyelamatkan kerajaan sulu,melainkan keluarga pewaris kedua..akan tetapi,sy tak faham apa suda jadi kepada kepala UTC ni,mungkin inilah tandanya mereka telah 'ketulahan' oleh sultan Sulu kerana sifat tamak harta dan pangkat..

    Saya difahamkan beliau ni telah memasukkn nama keluarga beliau kedalam GENEOLOGY kesultanan sulu dari keluarga Aranan,sedangkan beliau ni ntah sapala punya zuriat.Tergamak untuk melakukan perkara memalukan itu demi kerana ingin dipanggil pewaris kesultanan SULU..MASYALLAH...!!

    Pada pendapat saya,gerakan mereka ini bukan sahaja akan mendapat kegagalan,akan tetapi,juga akn merosakkan profil dan imej orang2 tausug dan kesultanan sulu khussnya pewaris kedua..semua orang bakal menghina mereka ini kerana kebodohan sendiri yang berjuang tanpa menggunakan otak..Hany menunggu untuk ditertawakan oleh smua pihak.

    Mereka tidak pernah melihat dan menoleh ke belakang betapa pejuang2 MNLF yang termahsyur dan disegani masyarakat seluruh dunia tetapi akhirnya menemui kegagalan kerana pemimpinnya telah memisahkan perjuangan dengan Kesultanan Sulu sebagai 'TITTLE OF THE LAND"....
    LAYAKKAH beliau untuk mempertikaikan kewibawaan para professsor,sejarahwan dunia dan para pemimpin dunia serta anggota2 PBB yang sudah pun mngiktiraf hanya kesultanan sulu sah boleh menerima kemerdekaan???

    untuk pengetahuan semua...
    beliau ini juga adalah seorang yg pembohong,apa yang dicakapkannya semua dusta!!kenyataan beliau berbunyi,"rakyat sulu hanya mahukan Datu Ladjamura!",yang lain tidak diperlukan...walhal saya di sulu meninjau keadaan,smua org disana mengejek mereka & CO sebagai penipu besar bersama "sultan" mereka itu..Orang2 Sulu juga mengugut utk memenggal kepala mereka seandainya melihat kelibat mereka disana nanti..jadi mcm mana mahu isytiharkan keerdekaan disana pulaaa???

    saya mohon maaf kepada saudara pemilik blog atas kata2 yang agak ksar sedikit..saya juga adlh salah seorang pewaris Kesultanan SULU dari keluarga Kedua teramat kecewa dengan apa yang telah terjadi masa kini dimana ianya seolah2 sudah diluar kawalan akibat daripada perbuatan syaitan2 bernama asree dan konco2nya ini..

    Apa yang paling dikesali,sudah sedikit kesimpulan boleh diambil dimana pihak yang akan mendapat malu adalah kesultanan sulu juga..lain yang makan cili lain yang terasa pedas..saya harap kalian ambillah iktibar dari komen ini..semuanya hanya sia2..Bukankah Asree ni sudah pun tebal muka dahulu??bukankah tarikh yang mereka sudah rancang utk pengisytiharan kemerdekaan sulu adalah pada 10 May 2010??sekarang mana suda??kalau kesilapan itu boleh berlaku dahulu,kalian ingatla ia pasti sama sahaja pada 17november nanti..
    wassalam..

    ReplyDelete
  20. Bagi saya;

    saudara asree dan konco2nya tu hanya mengarut saja dlam misi2nya..beliau ni pada mulanya langsung tak tahu menahu satu habuk pun pasal kesultanan sulu n kerabat2nya..datang ke rumah Datu Ali aman merayu2 untk diperjelaskan tntang segalanya mengenai isu tersebut..yg meyebabkannya berjaya menulis buku nya itu..tetapi akhirnya,smua duit jualan dimakan seorang2..beliau ni BUKAN berdarah TAUSUG.tapi bngsa YAKAN..daripada bapanya..tapi mengaku pejuang tausug konon..

    cubala lihat betapa jahilnya beliau menerusi kenyataannya,yang cuba berlagak pandai memandai memberi komen dan menafikan hak orang.sedangkan rekod yang tercatat di UNITED NATION adalah keluarga pewaris kedua yg berhak membawa kemerdekaan sulu.Demikian juga di public office of London dan muzeum brunei,tiada ssiapa yang mampu menyelamatkan kerajaan sulu,melainkan keluarga pewaris kedua..akan tetapi,sy tak faham apa suda jadi kepada kepala UTC ni,mungkin inilah tandanya mereka telah 'ketulahan' oleh sultan Sulu kerana sifat tamak harta dan pangkat..

    Saya difahamkan beliau ni telah memasukkn nama keluarga beliau kedalam GENEOLOGY kesultanan sulu dari keluarga Aranan,sedangkan beliau ni ntah sapala punya zuriat.Tergamak untuk melakukan perkara memalukan itu demi kerana ingin dipanggil pewaris kesultanan SULU..MASYALLAH...!!

    Pada pendapat saya,gerakan mereka ini bukan sahaja akan mendapat kegagalan,akan tetapi,juga akn merosakkan profil dan imej orang2 tausug dan kesultanan sulu khussnya pewaris kedua..semua orang bakal menghina mereka ini kerana kebodohan sendiri yang berjuang tanpa menggunakan otak..Hany menunggu untuk ditertawakan oleh smua pihak.

    Mereka tidak pernah melihat dan menoleh ke belakang betapa pejuang2 MNLF yang termahsyur dan disegani masyarakat seluruh dunia tetapi akhirnya menemui kegagalan kerana pemimpinnya telah memisahkan perjuangan dengan Kesultanan Sulu sebagai 'TITTLE OF THE LAND"....
    LAYAKKAH beliau untuk mempertikaikan kewibawaan para professsor,sejarahwan dunia dan para pemimpin dunia serta anggota2 PBB yang sudah pun mngiktiraf hanya kesultanan sulu sah boleh menerima kemerdekaan???

    untuk pengetahuan semua...
    beliau ini juga adalah seorang yg pembohong,apa yang dicakapkannya semua dusta!!kenyataan beliau berbunyi,"rakyat sulu hanya mahukan Datu Ladjamura!",yang lain tidak diperlukan...walhal saya di sulu meninjau keadaan,smua org disana mengejek mereka & CO sebagai penipu besar bersama "sultan" mereka itu..Orang2 Sulu juga mengugut utk memenggal kepala mereka seandainya melihat kelibat mereka disana nanti..jadi mcm mana mahu isytiharkan keerdekaan disana pulaaa???

    saya mohon maaf kepada saudara pemilik blog atas kata2 yang agak ksar sedikit..saya juga adlh salah seorang pewaris Kesultanan SULU dari keluarga Kedua teramat kecewa dengan apa yang telah terjadi masa kini dimana ianya seolah2 sudah diluar kawalan akibat daripada perbuatan syaitan2 bernama asree dan konco2nya ini..

    Apa yang paling dikesali,sudah sedikit kesimpulan boleh diambil dimana pihak yang akan mendapat malu adalah kesultanan sulu juga..lain yang makan cili lain yang terasa pedas..saya harap kalian ambillah iktibar dari komen ini..semuanya hanya sia2..Bukankah Asree ni sudah pun tebal muka dahulu??bukankah tarikh yang mereka sudah rancang utk pengisytiharan kemerdekaan sulu adalah pada 10 May 2010??sekarang mana suda??kalau kesilapan itu boleh berlaku dahulu,kalian ingatla ia pasti sama sahaja pada 17november nanti..
    wassalam..

    ReplyDelete
  21. Bagi saya;

    saudara asree dan konco2nya tu hanya mengarut saja dlam misi2nya..beliau ni pada mulanya langsung tak tahu menahu satu habuk pun pasal kesultanan sulu n kerabat2nya..datang ke rumah Datu Ali aman merayu2 untk diperjelaskan tntang segalanya mengenai isu tersebut..yg meyebabkannya berjaya menulis buku nya itu..tetapi akhirnya,smua duit jualan dimakan seorang2..beliau ni BUKAN berdarah TAUSUG.tapi bngsa YAKAN..daripada bapanya..tapi mengaku pejuang tausug konon..

    cubala lihat betapa jahilnya beliau menerusi kenyataannya,yang cuba berlagak pandai memandai memberi komen dan menafikan hak orang.sedangkan rekod yang tercatat di UNITED NATION adalah keluarga pewaris kedua yg berhak membawa kemerdekaan sulu.Demikian juga di public office of London dan muzeum brunei,tiada ssiapa yang mampu menyelamatkan kerajaan sulu,melainkan keluarga pewaris kedua..akan tetapi,sy tak faham apa suda jadi kepada kepala UTC ni,mungkin inilah tandanya mereka telah 'ketulahan' oleh sultan Sulu kerana sifat tamak harta dan pangkat..

    Saya difahamkan beliau ni telah memasukkn nama keluarga beliau kedalam GENEOLOGY kesultanan sulu dari keluarga Aranan,sedangkan beliau ni ntah sapala punya zuriat.Tergamak untuk melakukan perkara memalukan itu demi kerana ingin dipanggil pewaris kesultanan SULU..MASYALLAH...!!

    Pada pendapat saya,gerakan mereka ini bukan sahaja akan mendapat kegagalan,akan tetapi,juga akn merosakkan profil dan imej orang2 tausug dan kesultanan sulu khussnya pewaris kedua..semua orang bakal menghina mereka ini kerana kebodohan sendiri yang berjuang tanpa menggunakan otak..Hany menunggu untuk ditertawakan oleh smua pihak.

    Mereka tidak pernah melihat dan menoleh ke belakang betapa pejuang2 MNLF yang termahsyur dan disegani masyarakat seluruh dunia tetapi akhirnya menemui kegagalan kerana pemimpinnya telah memisahkan perjuangan dengan Kesultanan Sulu sebagai 'TITTLE OF THE LAND"....
    LAYAKKAH beliau untuk mempertikaikan kewibawaan para professsor,sejarahwan dunia dan para pemimpin dunia serta anggota2 PBB yang sudah pun mngiktiraf hanya kesultanan sulu sah boleh menerima kemerdekaan???

    untuk pengetahuan semua...
    beliau ini juga adalah seorang yg pembohong,apa yang dicakapkannya semua dusta!!kenyataan beliau berbunyi,"rakyat sulu hanya mahukan Datu Ladjamura!",yang lain tidak diperlukan...walhal saya di sulu meninjau keadaan,smua org disana mengejek mereka & CO sebagai penipu besar bersama "sultan" mereka itu..Orang2 Sulu juga mengugut utk memenggal kepala mereka seandainya melihat kelibat mereka disana nanti..jadi mcm mana mahu isytiharkan keerdekaan disana pulaaa???

    saya mohon maaf kepada saudara pemilik blog atas kata2 yang agak ksar sedikit..saya juga adlh salah seorang pewaris Kesultanan SULU dari keluarga Kedua teramat kecewa dengan apa yang telah terjadi masa kini dimana ianya seolah2 sudah diluar kawalan akibat daripada perbuatan syaitan2 bernama asree dan konco2nya ini..

    Apa yang paling dikesali,sudah sedikit kesimpulan boleh diambil dimana pihak yang akan mendapat malu adalah kesultanan sulu juga..lain yang makan cili lain yang terasa pedas..saya harap kalian ambillah iktibar dari komen ini..semuanya hanya sia2..Bukankah Asree ni sudah pun tebal muka dahulu??bukankah tarikh yang mereka sudah rancang utk pengisytiharan kemerdekaan sulu adalah pada 10 May 2010??sekarang mana suda??kalau kesilapan itu boleh berlaku dahulu,kalian ingatla ia pasti sama sahaja pada 17november nanti..
    wassalam..

    ReplyDelete
  22. Dalam suatu perkara, urusan "HAK" adalah suatu perkara yang serius. Orang mungkin boleh mengambil Harta-harta Kesultanan Sulu & menafikan Hak mereka, namun ingatlah Hukum mengambil apa lagi Memakan Hak kesultanan Sulu akan diperhitungkan juga di Padang Mashyar nanti.

    Mengambil atau memakan Hak orang lain itu, akan menyebabkan badan mereka dibakar hangus di neraka nanti.

    Tidak kisah lah samada Kesultanan Sulu akan kembali atau tidak Namun sebagai seorang Muslim yang sejati, kita patut "Memberikan yang berhak akan Haknya", agar diri kita terbebas dari Hukum perbicaraan ke atasnya di Mahsyar nanti. Sepertimana firman Allah Swt. dalam Surah Al-Baqarah "Hendaklah kamu menyerahkan Hak kepada yang empunya Hak". Urusan Hak ini banyak lagi difirmankan oleh Allah Swt. dalam Al-Quraan.

    Maka Fikir2 kan lah!

    ReplyDelete
  23. Sultan Roodinood bin Sultan Julaspi Bin HAJIRUL. *HAJIRUL adalah salah seorang penjaga Kuda Sultan Jamalul Kiram II yang menjalinkan hubungan dengan isteri muda Sultan Jamalul Kiram II.<-- tidak ada orang yg berani nak berzina dgn isteri sultan.sultan sulu jamalul kiram menyuruh si penjaga kudanya hajirul utk membawa lari isterinya sarip masnuna dari kejahatan dayang2 piandao kerana waktu itu dayang piandao mengetahui yg sarip masnuna isteri sultan jamalul kiram sedang hamil muda sewaktu pergi berhaji ke mekah bersama sultan jamalul kiram.dayang piandao tidak mahu sultan jamalul kiram ada keturunan,oleh itu apabila setiap kali sultan jamalul kiram berlayar ke luar negeri, dayang piandao akan membuat angkara jahat iaitu mengugurkan kandungan setiap isteri2 sultan jamalul kiram yg sedang hamil.apabila sultan jamalul kiram mendapat tahu tentang perangai anak buahnya maka dia serba salah nak menghukum sebab dia telah berjanji kepada abgnya sultan badarudin sebelum meninggal dunia supaya menjaga anak buahnya dayang2 piandao seperti anaknya sendiri, maka di suruhnya penjaga kuda hajirul membawa lari isterinya dari istana darul jambangan ke pengutaran jolo demi menyelamatkan anaknya sultan julaspi.sultan julaspi adalah ayah kepada sultan rodinood julaspi kiram,satu2nya anak sultan jamalul kiram11.adapun penyamar2 yg mengakui mereka ini kiram sebenarnya hanya A.K.A alias kiram.gunalah nama moyang mereka tapi jgn guna nama kiram kerana hanya yg berhak mengguna nama kiram iaitu sultan rodinood julaspi kiram ibni almarhum sultan jamalul kiram11 sultan sulu terakhir yg mangkat pada tahun 1936.

    ReplyDelete
  24. yg ko ni tak abes2 nak backing si rodinood ni apehal? dia ada bagi pingat datuk kat ko ke?? ni zaman sains & teknologi la dowh. kalau ko nak tau, bapak aku la anak sebenar sultan sulu yg last tu, buknannya rodinood. so, secara automatiknya, aku lah sultan sulu yg sebenar! =p

    sesapa pun boleh reka cerita ape2 je bah! anak si anu lah, cucu sebenar si polan lah. cuba tunjuk hasil ujian DNA dari makmal yg diiktiraf kalau betul2 keturunan sultan sulu, then baru la orang percaya. baru la boleh cerita panjang... dah 2,3 blog aku jumpa orang mengaku dia anak cucu sultan sulu. muak!

    lagi satu, kepada semua keturunan sultan sulu nih, tak kira la kiram ke, waris keluarga kedua ke, kelapan ke, jangan nak menyibuk kaitkn orang Sabah dgn masalah korg. bila masa pulak kami rakyat Sabah iktiraf sultan sulu tu as Sultan Sabah??! Sabah belong to Sabahan! nak termuntah aku baca ada org mengaku rakyat Sabah iktiraf dia as Sultan. perasan!

    ReplyDelete
  25. lawa lah anon Jan 12,2011...aku sukung ckpmu tuh walaupun nda ku kenal kau tp aku Sabahan. Muntah jak tidak nengok ckp2 durang mau merdekakan kesultanan Sulu tp tidak berada di Jolo pun...bg rakyat Sulu di Jolo,kalau sda manusia mn pun nda dpt iktiraf kesultanan Sulu ni,maka ada baiknya baliklah pd Allah...kerana dunia ini Dia yg empunya! Kita hanya hamba yg hina...
    peace no war! ku hanya ingatkan diri sendiri...

    ReplyDelete
  26. sibuk angkat sumpah di sabah, napa x buat di sulu?? takut kena penggal kepala ka wei?? cuba baca sejarah, mcmana sulu ni dapat sabah dr brunei..psl perang saudara kan? tp masa brunei bg sabah ngan kesultanan sulu tu ada surat perjanjian ker atau main 'ckp mulut' jak..klu aku la, yg aku salahkan bukan sesapa,,tp org yg punya angkara ni bermula daripada SULTAN MUHYIDIN dari BRUNEI yg menderhaka pada SULTAN ABDUL HAKKUL MUBIN! baca sejarah balik wei!!!!!!!!

    ReplyDelete
  27. Apa kata jika semua Pewaris Kesultanan Sulu (Kiram,Aranan,Shakirullah dan Harun Ar-Rashid)bermuafakat dan bersatu sebagai Pewaris yang bersungguh sungguh memperjuangkan kembali kemerdekaan dan Kedaulatan Negara Sulu dari cengkaman Filipina.Kumpulkan segala dokumen dan bukti bukti untuk di bawa ke muka pengadilan di Mahkamah antarabangsa ICJ,Belanda.Hanya keputusan ICJ ini sahaja yang akan menentukan samada Kerajaan Kesultanan Sulu boleh merdeka kembali atau terus berada di bawa pemerintahan Kerajaan Filipina.Kerajaan Kesultanan Sulu buat masa kini masih dalam keadaan "PENDING".Negara masih belum diiktiraf merdeka tetapi telah ada yang menggelar diri mereka sebagai Sultan...

    ReplyDelete
  28. Sistem Pemerintahan "Menyampaikan Amanat Allah SWT" adalah Sistem pemerintahan yang sepatutnya bagi sesebuah Negara Islam. Inilah Sistem yang dipanggil "Sistem Khalifah", iaitu sistem Warisan penyambung Sistem Pemerintahan Rasulullah SAW. Maka sistem Kerajaan Beraja, adalah satu contoh Sistem kesinambungan warisan Kerajaan Rasulullah SAW. Kerana "Raja/Sultan" adalah bayangan Allah dimukabumi ini.

    Manakala sistem yang dipanggil "Menyampaikan Amanat Rakyat" (seperti kebanyakan Sistem yang diamalkan didunia sekarang), bukanlah Sistem Pemerintahan yang sesuai bagi Umat Islam. Dan ianya bukanlah satu Sistem Warisan Sistem Pemerintahan Rasulullah SAW.

    Jangan terkeliru untuk mendirikan Sistem pemerintahan. Fahami Sistem "Menyampaikan Amanat Allah", BUKAN sistem "Menyampaikan Amanat Rakyat".

    Maka, kata-kata "People Power" lebih didahulukan melebihi dari "Hak Diraja", adalah suatu yang tidak afdal bagi Orang Islam.

    Dan dalam "Hak Diraja" yang TEGAS-TELUS & TULUS", keadilan seseorang adalah mengikut Keadilannya mengikut "Sistem Ketertiban Kesultanan" di mana telah termaktub "Yang Tua" lebih berhak dari "Yang Muda". "Yang Muda" perlu Menghormati "Yang Tua".

    Jika perkara ASAS Ketertiban Diraja ini SUKAR diikuti, maka bagaimana mereka BOLEH mengikuti Ketertiban Sistem Diraja & Pemerintahan Kesultanan Islam?! Fikir2kan lah!

    "Biar Diam Berilmu...Bukan Bising tapi hilang tapak untuk berdiri!

    ReplyDelete
  29. Salam..baca sejarah memang seronok..kita orang luar hanya melihat..saya tak pasti bagaimana pejuang pejuang ni nak merdeka kan tanah airnya..sedang saya lihat rakyat diselatan lebih terpengaruh dengan budaya ala filipina amerika, rakyat hidup miskin apatah lagi pembelajaran..hidup mungkin kerana nak mendapatkan wang untuk terus hidup..macamana nak mederka kalau pemikiran masih dijajah..malas nak cakap..berapa kerat yang sedar..yang lain ada agenda sendiri..kesian

    ReplyDelete
  30. Back to the basic. Check your interest! Berzikirlah banyak-banyak supaya ada Ilham yang baik dari Tuhan. Setakat berhujah disini apa kamu semua dapat? ....Bersihkan irihati, tipu muslihat, keegoan, kelalaian dengan sabar, iman, syukur. Sultanate of Sulu bukan hak kamu..tetpi hak rakyat Tausug atau Tausug Citizens.

    ReplyDelete
  31. Bagi saya, tidak kiralah ianya perjuangan Kerabat Diraja Sulu ke, UTC, UTP atau sesiapa pun, jika ianya menuju kesatu Jalan yang membawa perubahan "KEBAIKAN" kepada Seluruh Rakyat Sulu & ianya boleh "MEMERDEKAKAN" Wilayah Sulu dari cengkaman Filipina, saya akan SOKONG. -A2M

    ReplyDelete
  32. Kepada para Pejuang Sulu atau Penuntut takhta Sulu. Sebelum kamu melaksanakan apa yang kamu "Hajatkan" perlulah kamu Fokuskan dahulu, kemanakah ARAH Tujuan & Maksud perjuangan kamu? Janganlah kamu hanya memperkatakan perjuangan, akan tetapi tidak tahu Maksud & Tujuannya.

    Apa yang dpt diperhatikan ramai yang berlumba-lumba mahu jadi PEMIMPIN & Berkuasa. Sedangkan dalam Al-Quran (Kalau sy tak silap!) ada menerangkan bahawa, "Dan IA (Kepimpinan) itu akan menjadi suatu PENYESALAN di Padang Masyhar nanti, bagi mereka yang tidak melaksanakan yang HAK".

    Persoalannya lagi, apakah yang para pejuang Sulu sekarang lakukan berada dilandasan yang betul (Maksudnya mengikut yang HAK atau mengikut Aturan/Tartib yang sepatutnya?" Kerana melanggar yang HAK (walau sekecil zarah akan diperhitungkan!) itu adalah suatu KEZALIMAN & DOSA. Sanggupkah anda semua menanggung & menjawabnya dihadapan ALLAH SWT di padang Masyhar nanti?

    Dari Hadis Nabi SAW, Riwayat Al Adi Uqaili & Al Hakim, bahawa "Sesungguhnya Nabi SAW bersada; Sesiapa yang mengikuti seseorang (Menjadikannya Pemimpin), pada hal dia mengetahui dikalangan nya ada orang lain yang lebih Layak (Jadi Pemimpin-Mengikut Aturan/Tartibnya), maka sesungguhnya dia telah KHIANAT kepada ALLAH SWT, RASULnya dan Seluruh Umat Islam"
    (Renung-renungkanlah Hadis dia atas).

    Untuk kesinambungan & Kebangkitan semula Bangsa Sulu, Surah Al-Araf, ayat 96, perlulah dihayati oleh para pejuang Sulu.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  33. Wah!! bukan main pandai betul berhujah dengan dalil-dalilnya,betullah kamu urang semua,cuma ada yang kamu terlupa dalam barisan kesultanan sulu...ia itu Sultan Tajulmuluk....siapa dia dan cucu-cucunya yang hilang itu anak siapa??? kita semak sedikit barulah kita tahu sedikit fakta ini...iaitu Sultan Muhammad Pulalun adalah anak Sultan Jamalul Kiram 1...(pewaris pertama)anaknya kahwin sama Datuk Jamalul Alam@ azam yang bernama Datu Muluk Mandarasa,kemanakan Sultan Aranan Puyo..( pewaris kedua)..ada anak Sultan Badaruddin 11,Sultan Jamalul Kiram 11,dan Sultan Muwallil Wasit...ketiga-tiga anak lelaki ini adalah cucu daripada pewaris pertama dan kedua...jadi maksudnya..mana-mana daripada keturunan ini adalah layak...mewarisi pertama dan kedua.....dan kesah cucu-cucu sultan tajulmuluk enam orang yang hilang itu adalah anak siapa????? jawab...jawab....komputerku......kalau kita temui jawapan ini maka jelas waris mana yang layak menuntut hak.....kita di fahamkan kumpulan/keturunan ini sudah mencecah 500 orang tidak termasuk cucu dan cicit....dan mereka ini di fahamkan sudah tidak berminat ketakhta mana-manapun....Tun Mustapha pernah meminta keturunan ini di takhta kerajaan negeri tetapi tak mahu lagi...tak minat....dan ikut cerita yang bercampur-campurpun salah satu sebab mereka lari itu adalah tidak mahu duduk di takhta kesultanan sulu....bye....dan isu hak negeri sabah ini telahpun dikeluarkan dari filipina dan di hak milik peribadikan oleh Sultan Hj.Muhammad Jamalul Kiram 11, ini adalah untuk anak-anaknya.............byee!!!!!!! utupun atas perkenan Brunei sahaja kalau tidak tidak ada lah apa=apa tinggal kita berangan-angan sahaja........

    ReplyDelete
  34. Allahyerham Tun Mustapha meminta Datu Panglima Laja,duduk ditakhta kerajaan negeri sekitar tahun 1973/4/ semasa kerajaan USNO sudah mulai ada krisis,dan yang paling parah apabila persahabatan antara Tun Mustapha dengan Tun Razak mulai renggang...dan Tun Mustapha mahu Datu Panglima Laja duduk ditakhta dan menandatangani pengeluaran negeri sabah..dari Malaysia...itulah nenek laja tidak mahu duduk.....kami tahu sebab nenek-nenek kami,jadi maksudnya kami keturunannya rugi tetapi yang untung adalah rakyat negeri sabah dan negara Malaysia...baik kan !!!! nenek kami itu...itulah waris Tajulmuluk ini di cari sebab baik orang-orangnya....betulkah tidak!!!! samada mahu di bunuh atau di hapuskan keturunannya sehingga kucing-kucingnya...tapi tak mengapa kami masih hidup lagi...Dan kepada Datuk Seri Najib,Datuk Seri Musa Hj.Aman dan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin,Yang Dipertuan Agong, kami bagi pihak keturunan ini mohon maaflah hari itu, kerana kami hanya test sahaja sumpahan nenek-nenek ini masih mujarabkah tidak...akan berlaku sunami di negeri Sabah!!!! hari itu dari Jepun hingga ke sabah...dan dalam hati kami mudah-mudahan tak jadi........jadi kami mohon maaf sekali lagi.......syabas teruskan perjuangan.............

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, mungkin sudah terlambat ni balas komen ko. nenek datu laja ni anak waris dari siapa antara enam anak sultan jamalul kiram 11 yang hilang tu?

      Delete
  35. Kepada para penulis-penulis blog.para pengkaji sejarah atau mana-mana individu adalah dipersilakan membuat kajian termasuk ujian DNA jika ada kemampuan tentang keturunan ini sekali lagi kerana keturunan ini telahpun dikaji sekitar pertengahan tahun 80an, yang mengesahkan kitab tajulmuluk yang sama juga amalannya dengan ahli sunnahwaljamaah dan siapa TajulMuluk sebenarnya..
    dan bolehlah rujuk sedikit blog.http:/www.keturunantajulmuluk.blogspot.com disini ada jawapan di beri kepada beberapa persoalan.pertama.benarkah sultan Jamalul kiram itu tidak ada anak ? kedua.Cucu-Cucu Tajulmuluk yang hilang itu anak siapa ???ketiga.dimanakah makam Sultan Jamalul Kiram ll ??? keempat makam puteri sulu di pulau sipadan itu siapa ?? yang membawa kemenangan kepada perbicaraan Malaysia di ICJ!!!!!

    ReplyDelete
  36. Oleh itu kepada saudara-saudara tausug teruskan perjuangan anda kami sokong,hai!!! kita ini bersaudara bah ini...cuma kita di pisahkan oleh sistem pemerintahan dan perpecahan beberapa buah negara hanyalah kerana anutan politik ciptaan manusia...dan kami berdoa semoga negara tausug wujud di muka bumi ini...sesungguhnya tiada sesuatu bangsa yang boleh mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali..bangsa itu sendiri...dan kepada abang Datu Omar Ali Saifuddin,terima kasihlah kerana sanggup membelanjakkan kami pada hari itu tahun 2006 bersama Datu dan kesultanan dari sulu..Sultan Ismail Dalus Kiram...Datu Lajjamura Agbimuddin kiram...dan saudara-saudara Datu Bahang,Datu Syed Abubakar...Datu Maik... yang konvoi negeri sabah dulu...harapan kami semoga kita berjumpa lagi...dan semoga kita sihat-sihat semua sekalian....kami juga mohon maaf kepada semua warga keturunan ini kerana sejak sekian lama kami baru timbul selama ini...apa boleh buat..kami sebenarnya telah di hilangkan dakam masyarakat oleh nenek-nenek kami, dan kami telahpun di tukar bangsa daripada suluk kepada bajau suluk,kerana arahan Tun Mustapha ketika dulu kerana suluk bukan bumiputera dahulu ...so bagaimanapun tausug tetap tausug...untuk makluman saudara Timbalan kita daripada pengurusan keturunan ini ialah ..bernama Datu Punjungan Bin Datu Sambutu.cucu-cucu nenek Laja...dan ibunya bernama Ambo Dayang Sitti Najila binti Datu Dakula...adalah anak bungsu daripada empat orang adek beradek..anak Datu Sambutu Bin Datu Panglima Laja..pertama ialah 1.Dayang Putli Jahala Binti Datu Sambutu.kedua ialah Dayang Sitti Raddah binti Datu Sambutu ketiga ialah Datu Omrah Bin Datu Sambutu mangkat di sulu... dan yang akhir ialah Datu Punjungan Bin Datu Sambutu ambil nama sempena saudara nenek-nenek dahulu...beliau mempunyai lapan orang anak lelaki.....dan saya ialah ..hem!!..Abdul Maid bin Hamzani anak kedua dan cucu Datu Panglima Juani..bertindak sebagai pengerusi dan bertanggungjawab pada pengurusan keturunan ini, apabuli buatlah saya lah satu-satunya sampai pendidikan ke universiti dan hanya tahu jalan dalam pengurusan ini,sebab itulah kami baru timbul...kerana semuanya takut menyebarkan maklumat pada semua...saya dari perempuan ibu saya adalah anak bungsu Datu Panglima Juani...sementara ayah saya Datu Hamzani Bin Datu Halsi...adalah keturunan Lajja Kebungsuan..Raja Bungsu..yang anaknya Sultan Jamalul Kiram l/waris pertama...dan anaknya Sultan Muhammad Pulalun...dan anak-anak Muhammad Pulalun...tak jadi Sultan.....dan yang jadi sultan adalah abang ipar mereka...Datu Muluk Mandarasa...yang bergelar sultan Jamalul Alam@Azam...dan makciknya Dayang Raiyarah, embo/nenek Endaha...adalah isteri terakhir Sultan Jamalul Kiram ll...dan ada anak..empat orang..Datu Mukhaddam,Dayang Maipura,Datu Alimuddin dan yang akhir Datu Dawila...semuanya sudah mangkat......dan Datu Dawila ada dua anak iaitu Datu Omra juga namanya dan Datu Amirhamza.... wah !!!balik-balik sahaja nama ini....ini baru sedikit keluarga dan banyak lagi......dengan itu teruskan kajian dan kami sedia memberi maklumat sedikit-sedikit....sekian....

    ReplyDelete
  37. assalammualaikum.....terdetik rasa hati ini apabila ayah saya menceritakan salahsilah keluarga beliau yang asal usul nya dari kerajaan tidung dahulu kala,katanya dia berasal dari keturunan raja singa laut,dan juga apa kaitan nya dangan sultan sulu.....dan hanya pewaris2 tertentu sahaja yang tahu apa nama lain nya pewaris sebenar.tidak pernah bosan ayah saya menceritakan sehingga 1 hari saya mencari maklumat susun atur beliau.akhirnya banyak fakta yg saya temui cuma kesahihan maklumat waulahualam betul atau tidak yg di terbitkan,saya pun memaklum kan kepada ayah saya segala apa yg pernah di ceritakan kepada saya.saya bacakan di hadapan nya,dia hanya mampu tersenyum dan ada berkata pewaris sebenar pun tidak mahu mengaku,tapi berebut2 org nak mengaku mereka adalah pewaris,sebelum ibunya (nenek saya)meninggal sempat lagi berpesan.jangan lupa asal usul,dan martabatkan agama,suku dan keturunan.-AKU CUCU CICITNYA-

    ReplyDelete
  38. Salam.!!!..memang betul,biasalah manusia selalunya
    pening kepala apabila ada tanda sesuatu kebenaran yang akan muncul, tapi tak ngapa,itulah namanya lumrah dalam dunia ini,telahpun dipelawa sesiapa sahaja yang berminat untuk meneruskan kajian,dipersilakan kami senantiasa memberi kerjasama untuk mengesahkan kesahihannya,beberapa maklumat telah di hantar keseluruh istana di Malaysia dan Brunei...juga termasuk kumpulan Sultan Ismail Dalus Kiram..juga Datu Omar Ali Saifiddin..PM,KM sabah..Prof.Dr.Khoo Key Kim,DBP dll.... dalam beberapa petikan/Firman..." tiada yang boleh mengubah nasib sesuatu bangsa itu kecuali daripada mereka sendiri"...dan Mana-mana kaum yang tidak kenal akan keturunannya maka ia senantiasa bertelaga...Nabi Muhammad S.A.W. sendiri terpaksa berhijrah dari Mekah ke Madina,kerana masyarakat jahilliah tak dapat menerima hakikat dan tak percaya apa yang hendak disampaikannya..kesian!!! ia...berhubung dengan isu waris-waris kesultanan sulu...kalu kita kaji agak benar bahawa masyarakat di nusantara ini adalah bersaudara...terutama sekali melalui perkahwinan dan sebagainya...apa lagi dalam islam memang konform bersaudara,apa lagi yang disebut bani adam...sebab itulah agak aneh !!! kalau ada manusia yang masih tak percaya...itu jahil namanya...saya ingat semasa dulu saya mengajar murid-murid saya...ini huruf a,b,c....
    berapa lama dia tidak faham dan tidak percaya bahawa itu huruf a,b,c.......adui!!!..tapi tak mengapa saya terus juga ajar dia sehingga dia tahu dan faham apa itu huruf-huruf a,b,c....

    ReplyDelete
  39. Untuk makluman tuan-tuan individu mahupun kerajaan Malaysia bahawa" kami adalah dalam projek memelihara warisan keturunan ini,bukannya bangga,bukannya egoh dan bukannya angkuh...jauh sama sekali...cuma kita berbalik dalam projek pemeliharaan atau pemuliharaan keluarga dan keturunan,kerana asasnya untuk menjadikan modal insan yang baik itu adalah bermula daripada keluarga asas...sebagai rakyat kita sahutlah seruan kerajaan...walaupun terdapat sedikit perbezaan dari segi kaedah atau cara...kerana kerajaan mahu menjadikan modal insan itu memamui pendidikan,tapi kita bermula daripada keluarga asas...yang sepatutnya kerajaan memberi sedikit bantuan daripada projek ini...tetapi yang peliknya kerajaan memberi bantuan dan dana yang begitu besar kepada pertanian,nelayan,ternakan,pemuliharaan hutan,hidupan liar dll,ekosistem yang ada di negara kita ini...tapi bolehkan benda-benda ini...menjadikan modal insan yang baik!!!bolehkah mengundi!!...he..he...he...dan sebegini rupa..rakyat Malaysia kini sudah mulai tidak boleh di kawal..melalui peraturan dan undang-undang...kerana sudah cerdik pandai konon..tapi...soal.moral,sosial..disiplin dan sebagainya!!!..macamana boleh melahirkan modal insan yang baik!!!...mungkin kerajaan terlepas pandang kut..atau tak dapat di adaptasikan/diaplikasikan..dalam projek pembangunan insan...sepatutnya projek pemuliharaan keturunan yang menjadi asas untuk melahirkan modal insan yang baik...jadi bagilah bantuan..dalam projek yang baik ini...supaya kesemuanya rakyat Malaysia ini baik-baik belaka...dan kerajaan tetap stabil pemerintahannya.....anam dan makmor....ehhh!!!!!

    ReplyDelete
  40. Beberapa perkataan perlu di sunting/dibetulkan....berikut adalah sedikit penerangan mengenai "HUBUNGAN KEKELUARGAAN DENGAN KELUARGA TUN MUSTAPHA"....
    DATU PANGLIMA JUANI..kahwin kali ke dua dengan sepupu Tun Mustapha,bernama Dg.Maagunna, kakak Datu Sahirani..tempat tinggal di Millau/kg.Limau-limauan Kudat.tetapi mereka hidup di semporna sekitar tahun 1950an...ada anak;1.Dg.Nurisam ( si Malanu ).2.Datu Ajah Bin Datu Panglima Juani dan Dg.Maruraini bt.Datu Panglima Juani...
    Berikut mengenai latarbelakang pengerusi pada keturunan ini.Nama : Abdul Maid Hamzah,cucu-cucu Datu Juani..kahwin sama Puan.Jahara Bte Awang.Awang bin Ingkung dan neneknya sebelah bapa ialah Ingkung Bin Titingan adek-beradek dengan Abubakar Titingan...Awang Ingkung hidup di Sandakan...dan anak-anaknya ialah ...Jalil Awang,Rahmat Awang,Norkassim bin Awang.Muhammad @Si Dino Bin Awang,Buang bin Awang,kak keling.kak Mira,Dg.Damit..Jahara Bte Awang.mereka ini adalah sepupu dua kali dengan Datuk Ahmad Baharom,Datuk Taufik,Datuk Nizam dan lain-lain...sementara Isteri Awang Ingkung ialah;Dg.Ranah Binti Muhammad dan Muhammad Bin Pangeran Hashim dari Brunei,juga salah satu kerabat di raja Brunei yang lari dari Brunei keraja merajuk, baginda di laporkan mangkat di Sabah...beginilah suku-sakat/kerabat kekeluargaan atau susurgalur keturunan ini serba sedikit....

    ReplyDelete
  41. Minta Maaf, baru sy terbaca dlm komen disini, ada Keluarga Kesultanan Sulu dipanggil Keluarga "TAJUL MULUK". Apa yg sy ketahui di Sulu "Datuk Tajul Muluk" adalah satu Jawatan dlm kabinet Sultan Sulu yg bertindak sbg "Pegawai Ahlil Nujum" (Mcm dlm cerita P.Ramlee, cerita si Belalang tu!)

    Ingin juga sy jelaskin di sini, bahawa sesiapa pun zuriat Sultan Sulu yg dtgnya dari SULTAN AZIMUDDIN/ALIMUDDIN-I @ DATU LAGASAN IBNI SULTAN BADRUDDIN-I, (*ibunya Org Bugis dari Soopeng, Sulawesi) seperti;

    1. Keluarga Kiram -dari Sultan Alimuddin-III
    2. Keluarga Shakiraullah -dari Sultan Sharafuddin
    3. Keluarga Harun Al-Rashid -dari Datu Potong
    4. Keluarga Tajul Muluk -dari Sultan Pulalon

    Semuanya adalah keturunan "PEWARIS PERTAMA" yg dilambangkan dgn lambang "Keris Sundang Sulu" dlm Bendera Sultan Sulu abad ke 18.

    Manakala, sesiapa juga pewaris Sultan Sulu yg berasal dari zuriat keturunan SULTAN BANTILAN MUIZUDDIN @ PANGIRAN BANTILAN IBNI SULTAN BADARUDDIN-I (*Ibunya adalah Puteri Kerajaan Tidong di North Borneo), mereka2 itu adalah keturunan "PEWARIS KEDUA", yang dilambangkan dengan lambang "Tombak" dlm Bendera Kesultanan Sulu Abad ke 18.

    Maka, jgnlah kita mempertikaikan "Siapa Waris Sebenar Sultan Sulu?, Semua adalah Pewaris, jika mereka tetap tahu susur-galur keturunan mereka. Dan takhta Sulu itu bukanlah sesuatu yg perlu DIREBUT oleh para pewarisnya. Apa yg penting adalah memikirkan bagaimana mengubah hidup rakyat Sulu kepada yg lebih baik mcm Bangsa lain & Tidak menjadi BEBANAN kepada Org lain. Ini perkara yg lebih utama untuk difikirkan bersama.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  42. Tentang susut-galur keturunan DATU MUSTAFA BIN DATU HARUN (Bapa Kemerdekaan Sabah). JIka dirujuk pada Salasilahnya yg terdpt di Brunei, Beliau itu sebenarnya adalah dari susurgalur "PEWARIS KEDUA" kesultanan Sulu. Dimana, Moyangnya yg bernama DATU KAMALUDDIN, adalah bersaudara-kandung dengan DATU ARANAN (MAHARAJA ADINDA SULTAN MOHAMMAD ARANAN/ ADANAN PUYO). kerana Ayahanda mereka adalah RAJA MUDA DATU BANTILAN @ RAJA MUDA DATU MOHD. BADARUDDIN IBNI SULTAN AZIMUDDIN/ALIMUDDIN-II IBNI SULTAN BANTILAN MUIZUDDIN IBNI SULTAN BADARUDDIN-I.

    (*Sila Rujuk buku TARSILAH BRUNEI-Pehin Dr. Mohd. Jamil Al-Sufri, Lampiran No. 251).

    Salasilahnya seperti dibawah;

    RAJA MUDA BANTILAN @ RAJA MUDA DATU MOHD. BADARUDDIN
    |
    DATU KAMALUDDIN & DATU ARANAN/ ADANAN PUYO
    | |
    DATU NASRUDDIN DATU MOHAMMAD SHEIKH @ SIE
    | |
    DATU HARUN DATU ALIUDDIN HADDIS PABILA
    | |
    DATU MUSTAPHA DATU ZAINAL ALI (*Anak Sulong)

    ReplyDelete
  43. Maaf, susunan susurgalurnya seperti yg berikut;

    (Datu Mustafa)
    Raja Muda Datu Bantilan @ Raja Muda Datu Mohd. Badruddin-Datu Kamluddin-Datu Nasruddin-Datu Harun- Datu Mustafa.

    (Datu Aliuddin)
    Raja Mudaa Datu Bantilan @Raja Muda Datu Mohd. Badruddin-Datu Aranan/Adanan-Datu Mohammad Sheikh @ Sie-Datu Aliuddin Haddis Pabila-Datu Zainal Ali.

    Jika diikut dari susunan salasilah di atas, DATU MUSTAFA itu adalah berpangkat "Anak Saudara" kepada DATU ALIUDDIN HADDIS PABILA.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  44. ahhh semua mereka itu angan-angan sahaja sebabkan kan kesultanan sulu sudah tidak wujud serta mereka semua cakap angin saja

    ReplyDelete
  45. waris masih ada cuma berpegang pada janji dan sumpah dari moyang kami yang di larikan oleh guru mengajinya atas arahan ayahnya sendiri kerana rebutan kuasa.moyang kami dilarikan ke sabah kudat..disini biarla kesultanan sulu ghaib..daripada berlakunya pertumpahan darah

    ReplyDelete
  46. sebelum berkata waris sebenar......dimanakah cop mohor......itu yang penting......

    ReplyDelete
  47. keturunan sultan gila!!!!! percayalah hak pemerintahan dunia dari Allah jgn sangkut paut kan keturunan rasulullah yang mulia dengan keturunan sultan sakit mental ini dengan keluarga ahlul bait malu saya mendengarnya meluat pun ada. Allah tak nak tengok dia orang ni memerintahlah maka Allah cabut kekuasaan mereka. Keturunan Tajul Muluk ni lagik bodoh ingat ada power ke nak sumpah2 orang Nabi pun tak pernah sumpah umat ni dia pulak nak lebih dari Nabi dan nak lebih dari Allah bertaubatlah.... kalau masih nak sumpah juga maka saya pun nak sumpah juga saya berdoa semoga Allah lenyapkan terus keseluruhan pemerintahan Raja Sulu Amin...Ya Rabbal Alamin.....daulat Sultan Malaysia semoga Allah merahmati anda sekelian!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  48. SALAM.. Sultan Ombra Amilbangsa (1937-1968) : Beliau merupakan suami kepada Dayang-dayang Hajah Piandao. Dayang-dayang Hajah Piandao ini merupakan anak kepada Sultan Badaruddin dan anak saudara kepada Sultan Jamalul Kiram II. Selepas kematian Sultan Mawallil Wasit, Dayang-dayang Hajah Piandao yang ketika itu bertindak sebagai “Sandah” (pemangku pemerintah), telah mengarahkan rakyat Sulu supaya mengisytiharkan suaminya dari Tawi-tawi, Datu Ombra Amilbangsa, sebagai Sultan Sulu dengan gelaran Sultan Amirul Umara II pada Januari 1937. Datu Ombra ini juga pernah dilantik sebagai Gabenor Sulu S'SUDAH COMENWELTH. Selepas Perang Dunia ke-2, Datu Ombra Amilbangsa telah bertanding sebagai Ahli Kongres Filipina KERANA KERAJAAN REPUBLIC PHILIPINA telah menghapuskan KEDAULATAN SULTAN DI SULU, tetapi d'wujudkan oleh republic philipina oleh kerana tuntutan SABAH, maka yang TERAKHIR SULTAN SULU sebelum philipina MENJADI republic philipina ialah SULTAN AMIRUL OMRAH dan pada tahun 1967, Sultan Amirul Ombrah ingin ke SABAH untuk MEMPERTAHANKAN SABAH daripada tuntutan Republic Philipina tetapi Beliau mengalami sakit tenat sehinggakan OVERDOSE ubat agar tidak dapat ke SABAH dan MANGKAT pada februari tahun 1968. Setelah kemangkatan beliau, kerajaan philipina telah MEMFITNAH beliau.."Sultan Amirul Ombra Amilbangsa II yang mencadangkan bahawa LATIHAN berperang bagi org-org suluk untuk menyerang SABAH(kumpulan Jabidah)"=Kenyataan Republik pilipin....Perkara ini DIKENALPASTI sebagai satu FITNAH untuk MEMBURUKKAN NAMA SULTAN AMIRUL OMBRA kepada kerajaan MALAYSIA kerana pada masa MELATIH PAKATAN JABIDAH (tanpa pengetahuan oleh parti PEMBANGKAN KERAJAAN PHILIPINA) Sultan Ombra telah MANGKAT pada masa LATIHAN TERSEBUT BELUM DIADAKAN.. panjang critanya....... sya bkn cuma dgr crita, tp juga nmpak segala bukti yg ada... nma SULTAN OMBRA dan SULTAN JAMALUL KIRAM TERCATIT DI PACKING LIST PENTAGON WASHINGTON (iaitu WANG pungutan daripada list tersebut digunakan untuk COMMONWEALTH OF THE PHILIPPINES (JUNIOR U.S DOLAR))... dan juga tercatit di BAWAH BENDERA LUNETA PARK PHILIPPINA iaitu salah satu SUARA SULU untuk kemerdekaan PHILIPPINA.. nma yg tercatit d'sana ialah DATU OMBRA AMILBANGSA dan sepatutnya pada masa itulah dia adalah SULTAN SULU YANG dan antara yang BERSUARA UNTUK KEMERDEKAAN PHILIPINA kerana sempadan SULU telah termasuk kedalam PHILIPINA akibat sempadan yg d'buat oleh penjajah Amerika dan British.. panjang critanya.. ssh untuk d'terangkan... ada banyak lagi.. Inipun, hanya sedikit info yg sya beri.. minta maaf jika kenyataan ini menyinggung mana-mana pihak... sekiranya terdapat kesalahan, cuba kita bincangkan..

    ReplyDelete
  49. terdapat kesalahan ejaan dan kekurangan perkataan saya buat d'atas.. harap faham...

    ReplyDelete
  50. gila,banyak betul la Sultan2 palsu zaman sekarang ne....ntah tiba2 muncul dari planet mana...... =P

    ReplyDelete
  51. pelik...macamana buleh2 sultan sulu dan kesultanan Brunei ada perkaitan....sedangkan dari segi bahasa pun langsung tiada persamaan......jauh panggang dari api....

    ReplyDelete
  52. ya..... pnyebab rebutan gelaran sultan nie bkn apa la.. cuma bubut harta... btol tak???

    ReplyDelete
  53. mcmana klu negeri sabahni miskin mcm di selatan filipina?adakah mereka2 yg mengaku keturunan sultan2ni mahu menuntut sabah?saya tidaklah..perlu di ingt sultan yg pertamatu cabang dia dr mna(cabang rasullulah)jadi mana2 yg mengaku sultan atau waristu fikir2lah klu kamu rasa kamu mau jadi sultan atas dasar kekayaan bermakna kamu kena tulah,tpi klu kamu rasa kamu mau jadi pewaris sultan atas nama Allah selamat hidup kamu,aku tingu mcm hidup2 kamu yg mengaku waris2 sultan suluni mcm kena tulah,yalah mana tidaknya asyik2 mau menuntut sabah ja...ini pesan dr waris keris sinagar..ingatlah wahai umat AllAH..

    ReplyDelete
  54. banyak kenyataan sejarah yg diputarbelitkan...Go to Arkib Brunei dan London..pasti semua dapat jawapanny...

    ReplyDelete
  55. Mga Tausug iban mga Royal. Ayaw na kamu maglugat sin palkala dih maka ra Karayawan pa bangsa natuh. Ingata niyu, ha waktu in Manila masih pa "small sattlement", in Jolo na hinang na city. In maksud in bangsa natuh nakauna na Civilized dain ha mga tau Luzon iban visayas. Sa maita bihayaon na baliskuat. In bangsa ta na hinang bangsa hina duljana? Mara'i kalna sin sifat kaul peel natuh amin biya sipat sin tau Jahilliyah. Jari halaum palkala ini, unu in ubat niya? In Ubat niya amuna "KASIH LASA, HULMAT MANGHULMAT iban DUMUNGUG HA PALKALA KARAYAWAN MAG MUSYAWARAH".

    ReplyDelete
  56. In mga Tausug dugaing subay tattap HULMAT pa mga Royal families sin Lupah Sug. Ayaw ma biya kita niyu ma biya groupo sin "Groupo Tau Syiah", amin hat hulmat pa familya hi Saidina Ali r.a (Ahlul Bait), sah umiggil pa Ahlul-Bait dugaing amin bukun supportun nila. Ingatun ta in Groupo Syiah ini amuna Groupo Bida'ah, ibadah nila ini Tiyulak. Amin important bihayaon, subay pikilun natuh DAN duma karayawan pa bangsa natuh. CUKUP na in paglugat natuh. In ummul natuh ini haupu da. Pikilun natuh in Nasib sin mga Anak-Apo natuh ha susungan.

    -Wassalam.

    ReplyDelete
  57. Jawapan kepada Anonymous 23 May.

    Hubungan Darah Kesultanan Sulu dengan Kesultanan Brunei melalui, 1. Sultan Pangeran Buddiman Ul-Halim @ Raja Xolo & 2. Melalui Sultan Pangeran Sahbandar Maharajalela @ Raja Bongsu @ Sultan Mawalil-Wasit-I Ibni Sultan Muhammad Hassan (Sultan Brunei ke-9)-Sila Rujuk buku "Raja Bongsu of Sulu tulisan Robert Nicholl. Bukti Raja Bongsu @ Pangiran Shahbandar Maharajalela itu adalah putera kepada Sultan Hassan adalah dengan adanya Lambang Diraja yang dibawa oleh Raja Bongsu ke Sulu sekitar tahun 1610, iaitu "PULAU JANGGI" (Sila Rujuk ke Muzium Brunei untuk pengesahan lanjut). Dan dari 3 Keluarga Diraja Sulu (Kiram, Shakiraullah & Maharaja Adinda), Lambang Pusaka ini telah turun temurun diamanahkan dijaga oleh "Keluarga Maharaja Adinda - Pewaris Kedua Kesultanan Sulu". Ini adalah kerana mengikut firasat para Sultan-sultan Sulu, dimana sekiranya Hak Kesultanan Sulu terlepas ditangan "Pewaris Pertama" (Kiram atau Shakiraullah), Namun Kesultanan Sulu masih boleh diselamatkan kembali oleh "Pewaris Kedua- Keluarga Maharaja Adinda". Perlu diingat juga, mereka2 yang mengaku sebagai keturunan dari Sultan Pulalon, Sultan Harun Al-Rasid, Kiram & Shakiraullah, mereka semua itu adalah dari Keluarga Pewaris Pertama Kesultanan Sulu dari Zuriat DATU LAGASAN @ SULTAN AZIMUDDIN / ALIMUDDIN-I IBNI SULTAN BADARUDDIN.

    -Harap infonya bermanfaat! -Wassalam

    ReplyDelete
  58. Ini infos yang diperolehi dari KERABAT KESULTANAN SULU:

    Yang dimaklumi tentang Barangan Pusaka PULAU JANGGI kesultanan Sulu itu, ianya mempunyai MUKJIZAT yang sukar dijelaskan secara saintifik. Dimana, barang pusaka itu bukan semudahnya untuk diambil gambarnya. Pada tahun 1970'an, dua Kamera di dua studio gambar cina di Sabah rosak & tidak dapat menangkap gambar PULAU JANGGI tersebut. Ianya cuma berjaya ditangkap gambarnya setelah Keluarga yang diamanahkan menjaga barangan pusaka tersebut BERDOA memohon perkenan Daulat Kesultanan Sulu. Sehingga kini mukjizat barangan tersebut masih sedemikian. Mungkin tiada masalah untuk mengambil gambar sambil duduk atau berdiri di tepi Pulau Janggi, tapi TIDAK SEMUA orang boleh BERJAYA mengambil gambar sambil MEMEGANG Pulau Janggi tersebut. Hanya WARIS SAH atau mereka2 yang berhati IKHLAS sahaja yang boleh mengambil gambar dengan Pulau Janggi tersebut. -Waallahualam bissawab.

    ReplyDelete
  59. Sambungan.........

    Jika nak melawat untuk mahu melihat Pulau Janggi tersebut di Muzium Brunei, perlu melepasi 2 Tapisan.

    Pertama: Perlu melepasi tapisan dari Jabatan Muzium Brunei. Kerana bukan semua orang akan dibenarkan untuk melihatnya.

    Kedua: Jika mendapat kebenaran untuk melihat Pulau Janggi tersebut & dibenarkan menggambil gambar bersamanya, tidak semestinya akan boleh ditangkap sambil memegang Pulau Janggi tersebut. Biasanya gambar akan "Terbakar" & tiada imej akan kelihatan pada kamera. Jika inginkan kepastian......Cuba lah sendiri!!!.

    Ada juga pihak2 yang mengaku bahawa merekalah yang Empunya Pulau Janggi tersebut & bukannya Keluarga Maharaja Adinda. JIka benar dakwaan mereka, mereka mestilah mampu menunjukkan kebenaran mereka dengan menunjukkan mereka ada Gambar sambil memegang Pulau Janggi tersebut. JIka tidak, kenyataan mereka itu hanya Dusta belaka. -Kebenaran perlu ditegakkan.

    ReplyDelete
  60. Astaghfirullah Al Azim...

    ReplyDelete
  61. sabah mau pulang kepada sulu?

    tidak perlu fikir perang, tidak perlu ke icj atau mana2.

    tanya sendiri rakyat sabah yang asli,
    mereka mau kemana?

    ke Philippine?
    ke Sulu (selepas Sulu merdeka),
    kekal di Malaysia,
    Gabung sama Brunei?
    Gabung bersama Borneo-Indonesia

    silah tanyakan rakyat sabah sendiri... anda sendri juga pasti sudah tahu jawaban bagi rakyat Sabah...

    :) peace no war

    ReplyDelete
  62. Mmm..kisah sebegini sebenarnya banyak berlaku pada zaman dulu esp raja raja. Racun, curi isteri, gundik adalah perkara biasa.

    ReplyDelete
  63. WTF?? like if u still read this in 2013

    ReplyDelete
  64. makanya sekarang apa yanjg berlaku? sahkah pencerobohan tentera kesultanan sulu ke atas sabah?

    ReplyDelete
  65. adakah penceroboh itu di undang atau ada perjanjian dengan pihak tertentu

    ReplyDelete
  66. budu ini org raja sulu...nampak sgt mahu minta duit dari malaysia..ckpla sama kerajaan malaysia yg ko x mampu beli tongkat ali pastu ko minta sedekah sama prisiden pilipin,,org sabah sdiripun x mo ada raja coz meyusahkan je..kita boleh menilai sesuatu kebaikan dan keburukan melalui agama bukan melalui pendapat raja sulu makngkuk hayun korang poraaa yangeporengeeee

    ReplyDelete
  67. Bila meninggal kain kapan sama putih, tempat baru kita di dalam tanah kubur. Keturunan tak melambangkan apa2 tapi kebaikan yang dibawa bersama. Perkara ini takkan selesai jika kita terus berebut takhta, pangkat dan harta...rakyat perlu sama-sama majukan sulu yang mundur dan hidup susah. Kita ini Islam pada nama tapi perbuatan tak sedikitpun mencerminkan Islam yang diajar nabi Muhammad s.a.w...sebab itulah segala konflik tidak pernah selesai.

    ReplyDelete
  68. sya berbangsa suluk malaysia amat la kesal dgn tindak tanduk bangsa kita ni..kenapa baru skrg mau menuntut??setelah kemajuan suda di lihat baru nk tuntut ka??
    sya amat kesal jua ttg prihal kesultann ni.sna sni nk mgaku sultan..cuba la pikir utk memajukn bangsa kita ni..
    skrg ni suda nmpk suda masalh bangsa suluk suda d lvlkn sbg penceroboh dan penganas..
    macam mn la keadaan kami yg baru setahun jagung ni utk mneruskn kehidupn skrnya d lvlkn mcm ni..
    bayangkn la anak2 suluk yg suda bejaya smpi ke menara gading yg memohon perkerjaan dan yg baru mcri kehidupan di tolak mentah2 oleh sektor perkerjaan d sbb kn lvl tersebut..mcm mn la nasib mereka..
    cuba la berpikir dan mecari penyelesaian utk hal ni kerana lebih baik dari pada memkirkn siapa yg waris sebenar la..
    sabah d bawa naungn malaysia pn da cukup baik suda kerana hidup aman dan bersatu padu...
    sejarah tetap sejarah..yg da lepas biarkn la brlalu..
    PIKIR LA UTK MEMAJUKN BANGSA SULUK
    JGN LA MAU PORAK PERANDAHKN UTK KEPENTINGN SEDIRI..BERPIKIR UTK ORG LAIN JUA..HIDUP KITA NI PINJAMN SAJA TAK KITA PANGKAT TINGGI @ RENDAH, SULTAN @ RAKYAT BIASA SEMUANYA AKN MATI DAN D HISABKN MGIKUT AMALNYA..

    jd peringtkn diri sndiri dan yg lain..
    dari saya
    anak Tausug yg baru nk mencari hala tuju

    ReplyDelete
  69. sejaranagarakedah=semua benda nak disiamkan.

    tausug-global=semua benda nak ditausugkan.

    kekekeke...ada benda yg boleh dhadam. ada benda yg patut buang. tapi klu semua benda nak campur sekali. mmg patut buang semua.

    umpama secalit taek ayam dlm sepinggan nasi.

    ReplyDelete
  70. nama-nama pun bikin pening.jgn risau jgn digundah.setiap kita pasti mengetahui benar atau salah.iaitu setelah mati.perbanyakkan amal soleh.dunia darul fitnah dan tiada berharga pun disisi Allah.

    ReplyDelete
  71. Gagasan Kerajaan di masa kini adalah gagasan yang kurang bisa diterima oleh masyarakat modern,kecuali berbentuk Kerajaan yang cenderung"Konstituinal"seperti Kerajaan Inggris/British dan Kesultanan Sulu ini cenderung Absolut. Masalah Besar yang akan dihadapi oleh Kesultanan Sulu jika mereka bisa menguasai Sabah adalah penolakan kebanyakan Rakyat Sabah,khususnya Suku Bangsa Kadazan yang adalah Puak terbanyak di Sabah. Penolakan pada Kerajaan itu akan picu Revolusi Sosial (sila pelajari Peristiwa Revolusi Sosial di Sumatera Timur pada tahun 1946)dan dibelakang Sultan Jamalul Kiram adalah sebuah negeri yang cenderung tak bersahabat pada orang-orang Islam,ingatlah orang-orang Islam diperlakukan layaknya Warga Negara/Kerajaan kelas dua di Pilipina. Dalam kekuasaan Kerajaan Malaysia,Negeri Sabah telah menjadi sebuah Negeri yang Makmur dan Damai sangat berbeda dengan Pilipina Selatan. Pada dasarnya Muslim diperlakukan lebih baik di Malaysia daripada di Pilipina. Pertanyaannya jika Sabah bukan sebuah Negeri yang Makmur dan Damai,akankah Beliau/Sultan Jamalul Kiram menuntutnya? Apa Beliau lupa perlakuan Pemeritah Pilipna selama ini pada Rakyatnya? Apa Beliau lupa Lembaga Kesultanan dan semua Warisan Bangsa rumpun Melayu dilindunggi di Malaysia? Seharusnya Beliau membandingkan semua ini dan mempertimbangkan lagi tuntutannya yang hanya akan memecah belah Bangsa-Bangsa Melayu Islam.

    ReplyDelete
  72. kesultanan sulu telah nyata lenyap....sulu tausug perlu memerdekakan Tanah mereka daripada Filipina...Malaysia Negara yg paling sesuai untuk bersekutu....dapatkan kemerdekaan dan masuk Malaysia....kita usaha untuk bangun bersama-sama kerana kita satu rumpun dan satu agama....

    ReplyDelete
  73. Datu Ombra Amilbangsa menjadi ahli kongres sebab utk mentadbir wilayahnya yang memandangkan filipina sudah tidak mahu lagi gelaran sultan digunakan di filipin. Ini demi menyelamatkan rakyatnya. Dia tidak bertindak bodoh tapi sebaliknya bijak.Disebabkan dia tahu dia akan hilang kuasa maka dia menjadi ahli kongres dan memenangi wilayahnya kembali agar boleh ditadbir. Jangan cakap ikut mulut dan menyatakan seseorang itu bodoh tanpa soal selidik. And oi orang sabah tidak tahu malu . Sabah hanya ditadbir oleh Malaysia. Tetapi tanah sabah adalah hak milik kesultanan sulu . Tidak salah kalau dia mahu berbincang tentang tuntutan sebab dia mempunyai hak! And diharap malu la oranbg Sabah specially orang kadazan yang berasal dari tibet china mengaku orang bumiputera. Bodoh punya Orang! Sudahla tinggal atas tanah orang betemberang lagi ! Puiik!!

    ReplyDelete
  74. CUBA BINCANG MCM MANA NAK BANGUNKAN SULU LAGI BAGUS ATAU PUN BUAT PETITION JOINT MALAYSIA DAPAT SHARE KEKAYAN YANG ADA REZEKI NI SEMUA DARI ALLAH BETUL BETUL.

    ReplyDelete
  75. Pada dasarnya kita semua adalah Satu Akar dan Bersaudara,Bangsa-Bangsa rumpun Melayu adalah Bangsa Besar dan Pelaut Ulung,Musibah di antara kita muncul setelah kedatangan Bangsa-Bangsa Penjajah dari Eropa,mereka pecah belah kita dan mereka membuat kita lupa,pada sejarah kita. Dan Memang Bangsa-Bangsa rumpun Melayu mudah "Lupa".

    ReplyDelete
  76. Silah bandingkanlah kemiripan Bahasa yang kita pergunakan di Blog ini,dengan yang ini http://tunogngtagalog.blogspot.com/2013/09/paghahambing-ang-mga-wika-tausug-at.html

    ReplyDelete
  77. Sultan Sulu & Sabah yg sebenarnya ialah Sultan Sariful Eric .B.S (Sultan) Ombra Amilbangsa (sila lihat paspot filipinannya no.H691657-nama tertera spt di atas).Lihat juga no.paspotnya(H26856249) d Malaysia n KPT(511006-12-5491)nama baginda sultan Bin S (Sultan) Ombra.Baginda Sultan juga tlh menandatangani ikrar mmbatalkan tuntutan Filipina ke Sabah(zaman PM DS Abdullah Ahmad Badawi).Ayahandanya(Sultan Ombra) dsyaki mati d racun oleh Presiden Marcos krn ayahandanya ingin memasukkan Sulu ke dalam Malaysia.Jadi sudah terang lagi bersuluh siapa Sultan Sulu n Sabah yang sebenarnya.Anda!Wassalam

    ReplyDelete