Tuesday, November 10, 2009

Cerita Lama : Filem Queen of Langkasuka dan Drama Raja Kuning dari Thailand

Queen of Langkasuka merupakan sebuah filem bajet tinggi dari Thailand yang telah ditayangkan pada tahun 2008. Filem ini asalnya berjudul Queen of Pattani, tetapi telah diubah judulnya akibat daripada kekacauan yang berlaku di kawasan selatan Thai (kebetulan merupakan bekas wilayah Kesultanan Patani) pada masa tersebut.



Filem ini menarik perhatian penonton di negara kita kerana ia memaparkan salah satu daripada lipatan penting dalam sejarah Melayu. Mengapakah pihak Thailand yang berbudaya Thai pula yang sibuk hendak menerbitkan filem mengenai sejarah Melayu? Inilah yang perlu kita renungkan bersama, kerana jawapannya ada pada kita.















Adegan perkahwinan Putera Pahang dengan Raja Ungu Patani






Selama ini, di sekolah, subjek Sejarah yang diajar hanya dalam ruang lingkup sempadan wilayah Malaysia yang ada pada hari ini. Justeru itu, kita hanya menumpukan kepada sejarah keagungan Kerajaan Melaka semata-mata dan tidak mengambil berat mengenai keagungan sejarah Kerajaan-kerajaan Melayu lainnya yang terlebih dahulu wujud kerana kebanyakannya kini terletak dalam sempadan wilayah negara Thailand. Justeru itu, tidak hairanlah tidak ramai yang mengambil tahu mengenai sejarah Patani kerana dianggap sebagai sejarah Thailand, walhal ianya adalah sebahagian daripada sejarah Melayu, sejarah kita! Maka jadilah filem Queen of Langkasuka ini filem berbudaya Melayu yang berbahasa Thai! Disebabkan terlalu fokus kepada sejarah Melaka lah, ramai orang Melayu tidak dapat menjawab apabila dituduh sebagai pendatang di Tanah Melayu, disebabkan versi sejarah penjajah menyatakan Parameswa Hindu datang dari Sumatera. Seolah-olah Tanah Melayu ini asalnya tidak berpenghuni dan hanya diduduki beramai-ramai selepas kedatangan Parameswara. Sedangkan realitinya, beratus-ratus atau mungkin ribuan tahun sebelumnya, telah wujud Kerajaan Melayu seperti Srivijaya dan Kedah Tua di tanah semenanjung.




Berbalik kepada filem Queen of Langkasuka, filem ini tidaklah boleh dijadikan sebagai rujukan utama sejarah kerana fakta yang dikemukakan bercampur baur dengan maklumat yang tidak diketahui (mungkin fantasi). Sebagai contoh, watak pahlawan seperti Lord Jarang dan Pari (diambil daripada nama ikan) tidak ada dinyatakan dalam hikayat sejarah kita. Malah, filem ini asalnya didasari daripada fakta mengenai penciptaan meriam gergasi oleh Raja Perempuan Patani dalam perang saudara dengan Kerajaan Siam yang berpusat di Ayuthia pada masa tersebut, tetapi diubah kepada Langkasuka menentang lanun-lanun yang bekerjasama dengan seorang putera yang memberontak. Sebabnya? Sudah tentu produser filem ini tidak mahu filemnya dilihat menjadi inspirasi kepada pejuang Melayu di kawasan selatan Siam untuk bangun menentang pemerintahan pusat di Bangkok.





Watak Sultan Sulaiman dari Singgora (kini Songkla) turut dipaparkan secara sepintas lalu. Sultan Sulaiman adalah Raja Bersiong.

Perkara lain yang turut menarik perhatian dalam filem ini adalah apabila ia menggambarkan kebesaran tamadun dan teknologi orang Melayu. Gambaran mengenai Kota Langkasuka, penggunaan senjata pistol oleh Putera Negeri Pahang, pemakaian baju besi serta penggunaan meriam ketika perang cukup menarik untuk difikirkan bersama. Menurut Prof Datuk Dr Siti Hawa Salleh dalam "Forum Sejarah Realiti Kedah" yang telah diadakan pada 13 September 2006 yang lalu, masih terdapat banyak lagi manuskrip bertulisan jawi tersimpan di dalam bilik kebal Raja Thailand hari ini, dan pembuat filem sejarah Thailand perlu merujuk kepada mereka terlebih dahulu supaya jalan cerita sejarah bersamaan dengan kehendak mereka. Adakah masyarakat Melayu pada masa dahulu telah mencapai tingkat teknologi yang tinggi tetapi tidak diketahui oleh kita kerana bahan-bahan sejarah telah disembunyikan dan digelapkan? Benarkah persepsi umum yang mengatakan tentera-tentera Kerajaan Melayu pada masa dulu hanya berkeris dan bertombak sahaja ketika berperang? Atau apakah yang dipaparkan dalam filem tersebut hanyalah semata-mata imaginasi pengarahnya? Terpulang kepada persepsi pembaca untuk menilainya.
















Apa pun, pembikinan cerita berbudaya Melayu di Thailand tidak terhenti selepas filem Queen of Langkasuka. Sebaliknya turut terbit drama mengenai Raja Kuning yang dilakonkan oleh Nikallaya Abdul Dulaya, seorang Melayu yang juga mantan Ratu Thailand/Dunia 2004 yang berasal dari wilayah Jala (Yala), selatan Siam. Walaubagaimanapun, drama ini tidak disiarkan di stesen televisyen negara kita. Adakah selepas ini, sejarah dan budaya Melayu Patani akan kekal dirampas dan menjadi milik Thailand?




12 comments:

  1. sedih mengenangkan sejarah kita diabaikan dan dikotori tgn2 pencacai dajjal.

    -AbuHakeem-

    ReplyDelete
  2. Salam..

    setujukah jika saya katakan THH dan Pecacainya begitu gerunkan Melayu sehingga hampir kesemua bahan sejarah dihapus/dihilangkan/disimpan hingga manusia melayu itu jatuh tertiarap dan tak kenal diri sendiri..

    ibarat cerita.. who am i?..

    ReplyDelete
  3. teruk mmg teruk...

    ahli2 politik kat mesia melayu khususnyer xambik berat lansung sejarah melayu, malang sekali..

    namun ade yg kate hanya islam sj patut diketahui adalah sesuatu yg pendek akal..

    ed

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum & salam perkenalan.. =)

    Sorry late reply. Quit busy lately...

    to Abu Hakeem : memang banyak sejarah yang diputar belit. Bak kata pepatah, Sejarah ditulis oleh orang yang menang.

    to Keris : banyak tinggalan fizikal seperti istana yang dimusnahkan. Bahan2 bertulis pula dibawa lari untuk disimpan oleh mereka. Mungkin ada sesuatu maklumat atau ilmu yang 'berharga' yang tidak kita ketahui.

    to Ed : disebabkan tak tahu sejarah lah, ahli2 politik baik pemerintah mahupun pembangkang tunggang langgang bila nak menjawab isu2 berkaitan hubungan antara kaum. Tak salah kalau kita ada sedikit rasa kecintaan kepada bangsa, asalkan saja tak mendatangkan sifat Asabiah dalam diri kita... Kaki kanan menjunjung Agama, kaki kiri menjunjung bangsa...

    ReplyDelete
  5. kt mane nk donlop cite raja kuning ni? mcm best je....

    ReplyDelete
  6. apa2 pung filem queens of langkasuka ni lagi best dari puteri gunung gendang...

    filem2 thai boleh dikatakan lebih bermutu dari filem2 melayu zaman skang.. bagi aku dari aku tgk filem melayu era 90an dan skang baik aku tgk filem melayu era 80an kebawah nak2 filem p. ramlee and the geng lagi best.. filem melayu skang yg aku respek filem budak kelantan, bukan sebab aku org kelantan(org pahang) tp sebab filem tu mmg best..

    org filem malaysia kena belajar atau tiru siam buat filem.. terutama filem2 aksi contoh ong bak, selepas era eman manan, filem aksi seni silat melayu cam hampess, nak2 yg rusdi ramli berlakon citer silat hong kong lagi laa hampess...

    malu laa weh siam buat cerita epik sejarah melayu(walaupon ada unsur rekaan) tp lagi best dr melayu sendiri..

    ReplyDelete
  7. Saya setuju pendapat saudara tentang filem Queen of Langkasuka, ini tidak boleh dijadikan sebagai rujukan utama sejarah kerana fakta yang dikemukakan bercampur baur dengan maklumat yang tidak diketahui (mungkin fantasi). Sebenarnya tidak ada Raja Perempuan yang memerintah langkasuka kecuali semasa Kerajaan Patani.

    Kerajaan Langksuka ketika itu tidak ujud setelah Patani dibuka oleh Sultan Suleiman Syah (Raja Bersiong). Ia bagi menggantikan Langkasuka yang tidak sebagai entrpot kerana terlalu jauh dari pantai. Ramai penduduk Langkasuka telah berpindah ke Patani yang berpusat di teluk Singgora (Songkla). Namun, apa yang menarik tentang filem ini ialah setting dan custom pelakun yang nampak rela mewakili zamannya.

    ReplyDelete
  8. Pada pandangan saya kemungkinan filem-filem ini adalah cetusan idea mungkin dari orang-orang Thai Islam yang sememangnya berasal dari bangsa Melayu Patani.Kebaikan bangsa Thai dengan anak negeri jajahan ialah mereka tidah "erase" sejarah asal 100 persen, cuma sebutannya di ubah mengikut loghat thai, contohnya Songhla (Singora, Narathiwat (Menara/Nara) Sungai dan banyak lagi. Jika mahu di banding Bangsa Annam (Vietnam) yang menghakis terus wilayah Melayu Campa dan hari ini dalam buku-buku sejarah mereka telah mendidik anak-anak mereka dengan mengatakan saki baki orang Champa yang ada di Vietnam adalah pendatang dari Nusantara.

    ReplyDelete
  9. do you know where is the Warrior Flag of Sulu.
    I can found who is the one holding the original
    (9(he warrior Flag of Sulu), holding with the original Flag Sulatan of Sulu, this the originsl Sultan of Sulu. because most of them Sultan of SULU for Name ONLY or by money. Any body want to know, here the email address
    mhussah@yahoo.com/mhussah@live.com

    ReplyDelete
  10. nak perbetulkan skit ayat Ibnu rusydi

    Kaki kanan menjunjung Agama, kaki kiri menjunjung bangsa...

    takkan lah kaki menjunjung.... sewajarnya tangan yang menjunjung....

    mungkin Ibnu Rusydi nak perangkap pembaca kot...

    apa pon diucapkan semuga berjaya dan teruskan usaha untuk memperbetulkan sejarah melayu yang telah dipesongkan...

    ReplyDelete
  11. saya sgt kagum dgn tamadun kita namun ianya digelapkan oleh sejarah sehinggakan bangsa kita sendiri tidak kagum dgn kehebatan tamadun kita...kenepa?kerana kita tiada bukti cthnya dimana letaknya istsna Melaka?adakah hanya dibuat dr kayu???sedangkan tamadun Melaka hebat sehinggakan berkali kali portugis menyerang kalah....jadi dimana hilangnya bukti kukuh tamadun kita....sangat sedih...

    ReplyDelete
  12. saya setuju dgn Ibnu rusydi, banyk fakta sejarah yang di putar-putar....[di putar belit]. cthnya, nama asal Hang Tuah adalah Daeng Mempawah [dari Bugis-Makassar]-rujukan A.Samad Ahmad [ sulalatus salatin]. bukannya dari tanah Melaka.

    ReplyDelete