Friday, October 30, 2009

Siapa Sebenarnya Yang Mula-mula Menduduki Pulau Pinang? -Siri 1-

Mutakhir ini, terdapat usaha untuk menidakkan fakta sejarah bahawa Pulau Pinang atau nama asalnya Pulau Kesatu bukanlah pulau kosong semasa 'dijumpai' oleh Francis Light, sebaliknya telah lama didiami oleh orang-orang Melayu sebelum itu. Fakta palsu yang mengatakan bahawa penempatan asal di Pulau Pinang terdiri daripada orang-orang British serta pendatang dari tanah Besar China amat-amat disokong khususnya oleh para chauvinist bagi meneruskan 'Ketuanan Cina' di pulau tersebut, terutamanya setelah timbul cadangan supaya jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang digilirkan antara kaum-kaum tempatan. Idea untuk menunjukkan bahawa sesebuah kawasan di semenanjung dijumpai oleh British dan kaum-kaum lain termasuk Melayu sebagai pendatang sebenarnya berasal daripada Pemerintah Moden Singapura. Dilema Singapura yang merupakan 'sebuah pulau cina ditengah-tengah kepulauan Melayu' sebagaimana diakui oleh Lee Kuan Yew telah memaksa mereka merombak (atau mengubah?) pelajaran sejarah Singapura di sekolah-sekolah dengan mengatakan bahawa Singapura dijumpai dan dibuka oleh pihak British melalui Stamford Raffless, sementara kaum Cina, Melayu dan India di pulau tersebut semuanya adalah pendatang dari tanah besar masing-masing.

Walaubagaimanapun, penulisan ini bukannya mahu menceritakan mengenai Singapura (mungkin di lain waktu), sebaliknya mengenai pembukaan Pulau Pinang menerusi 2 sumber, yang mungkin tidak akan dipaparkan di media-media massa atas sebab-sebab tertentu. Maklumat alternatif ini tidak boleh dibiarkan untuk disimpan begitu sahaja, sebaliknya perlu dikemukakan supaya masyarakat umum dapat berfikir dan membuat kajian serta penyelidikan sendiri untuk mengesahkan kesahihan fakta-fakta ini yang mungkin telah digelapkan dengan sengaja oleh pihak-pihak yang berkepentingan.




1) Pembukaan Oleh Pembesar Dari Sumatera

Penulisan bagi siri pertama ini akan memfokuskan terlebih dahulu kepada beberapa sumber yang menyatakan bahawa Pulau Pinang telah dibuka oleh beberapa pembesar yang berhijrah dari Sumatera.

Daripada catatan seorang pengembara Inggeris, James Lancaster, menyatakan Pulau Pinang sebelum tahun 1591 didapati tidak berpenghuni, dipenuhi pokok Pinang dan hanya sesekali sahaja dikunjungi anak raja dari Kedah untuk berkelah dan bermain.

Menurut Profesor Dr. Ahmad Murad Merican, seorang pensyarah dari Jabatan Pengurusan dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Petronas, yang telah mengkaji sejarah pembukaan Pulau Pinang sejak akhir tahun 1990-an lagi, berkata seawal abad ke-18 beberapa kawasan di Pulau Pinang, termasuk Batu Uban dan Gelugor sudah diduduki orang Melayu. Katanya, pada awal 1700, Batu Uban dibuka sekumpulan orang Melayu berasal dari Pagar Ruyong, Sumatera diketuai Mohamad Salleh atau lebih dikenali sebagai Nakhoda Intan, manakala di Gelugor pula kawasan seluas kira-kira 40 hektar diterokai Dato’ Jenatun ibni Raja Labu serta pengikutnya yang juga berasal dari Pagar Ruyong sejak tahun 1749. Beliau berkata, tanah seluas kira-kira 40 hektar yang diterokai Dato’ Janatun di Gelugor itu adalah pemberian Sultan Kedah ketika itu, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Shah ll. Bagi menghargai kurniaan Sultan Kedah itu, Dato’ Janatun menghadiahkan pula kepada baginda 10 buah naskah al-Quran bertulisan tangan yang dibawa dari Pagar Ruyong.

Dalam Journal Malayan Branch Royal Asiatic Society (Jambras) Jilid 7 keluaran 1929, ada catatan mengenai orang Melayu yang sudah membuka ribuan hektar tanah di Jelutong, Batu Lancang, Sungai Gelugor, Batu Uban, Sungai Dua dan Sungai Nibong sebagai tempat kediaman serta kawasan pertanian lama sebelum Francis Light tiba.Daripada hasil kajiannya, orang Melayu yang tinggal di Pulau Pinang sebelum tahun 1786 sudah membentuk institusi sosial yang lengkap dan mempunyai ketua serta golongan ulama yang bertindak sebagai pemimpin agama serta kerohanian yang berpusat di masjid.

Dengan bukti-bukti sejarah seperti buku, artikel dan salasilah, Ahmad Murad memberitahu, Dato’ Jenaton berasal dari Pagar Ruyung di Sumatera, Indonesia, sebelum beliau berpindah pula ke Batu Bara yang juga terletak di Sumatera. Menurutnya, pasangan Dato’ Jenaton dengan isteri pertamanya, Ambun Suri dari Pagar Ruyung tidak dikurniakan anak. Apabila beliau berhijrah ke Baru Bara, Dato’ Jenaton berkahwin pula dengan Tuan Gadih atau Cik Puang, anak pembesar di sana dan dikurniakan seorang anak. Selepas berhijrah dan membuka Pulau Pinang pada tahun 1749, Dato' Jenaton melalui perkahwinan ketiganya dengan seorang wanita berketurunan Arab-China, dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.Namun, satu perkara yang dikesalkan Ahmad Murad dan seorang lagi pengkaji sejarah Pulau Pinang serta salasilah Dato’ Jenaton, Fazil Shuhaimi Talib, nama isteri ketiga individu yang membuka Pulau Pinang seperti didakwa mereka itu sehingga kini masih belum ditemui. Namun beliau akan terus mengkaji dan mendapatkan nama isteri ketiga Dato Jenaton itu kerana beliau merupakan asal-usul keturunan Dato’ Jenaton di Malaysia, termasuklah Ahmad Murad dan Fazil sendiri yang merupakan sepupu merangkap waris generasi ke enam Dato' Jenaton.

Pada tahun 2002, sebuah persatuan tidak berdaftar yang dinamakan Jawatankuasa Keluarga Dato' Jenaton telah ditubuhkan. Salasilah keluarga ini juga mencatat beberapa nama besar waris Dato’ Jenaton seperti Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique; Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail; dan Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawan Teh. Rozali merupakan pengerusi jawatankuasa keluarga itu, sementara presidennya pula ialah Rahmah Abdul Aziz. Ahmad Murad serta Fazil merupakan Ahli Jawatankuasa persatuan berkenaan.

Pada bulan November 2008 yang lalu, seramai 30 orang daripada kira-kira 500 ahli persatuan itu di Malaysia telah ke Batu Bara untuk berjumpa dan bermesra dengan waris Dato’ Jenaton di sana. Waris-waris Dato’ Jenaton dari Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur itu juga berkesempatan melawat pusara, bangunan serta tinggalan yang mempunyai kaitan dengan individu itu atau warisnya. Di sana, perancangan perjalanan program lawatan mendapat kerjasama sepenuhnya dengan wakil keluarga Dato’ Jenaton sebelah Indonesia, iaitu Bapak M. Yusuf Morna atau dikenali dengan panggilan Buyung. Fazil dan Buyung bertemu di Kampung Medan, Petaling Jaya, Selangor secara serius pada tahun 2005 selepas Fazil beberapa kali melawat Sumatera untuk mencari waris Dato’ Jenaton di sana.“Setelah kami diperkenalkan melalui seorang kawan, saya dengan Fazil pada awalnya bertengkar membincangkan identiti Dato’ Jenaton. Ini kerana kajian kami (waris Jenaton di Indonesia) mendapati individu yang dimaksudkan bernama Jenan dan bukannya Jenaton seperti didakwa Fazil. Namun kami akhirnya sepakat bahawa individu yang dicari adalah orang yang sama,” jelas Buyung.

Sewaktu rombongan keluarga Dato' Jenaton dari Malaysia melawat ke Batu Bara, Medan, Indonesia, kumpulan ini turut disambut serta dipertemukan dengan Bupati (Pegawai Daerah) Batu Bara, Orang Kaya Arya Zulkarnain dan Ahli Parlimennya, Drs. Syarkowi Hamid. Menariknya, kedua-dua pembesar daerah yang terletak kira-kira 150 kilometer dari ibu negeri Sumatera Utara, Medan itu juga mendakwa mereka merupakan keturunan Dato' Jenaton di Indonesia."Berdasarkan salasilah, catatan dan bukti lain yang dikemukakan, saya isytihar dan akui keluarga Dato' Jenaton dari Indonesia dan Malaysia adalah daripada 'moyang' yang sama. Saya juga percaya melalui perbualan dengan Prof. Murad, Jenaton yang dahulu tiba dan membuka Pulau Pinang," ujar Arya. Menurutnya lagi, penemuan bukti sejarah itu diharap dapat mengeratkan hubungan Malaysia dan Indonesia amnya.

Bagi Ahmad Murad dan Fazil serta seluruh waris Jenaton di sini, sejarah Pulau Pinang yang menyebut ia dibuka oleh Francis Light adalah tidak benar serta memperkecilkan peranan kaum Melayu Nusantara dalam pemerintahan kerajaan tradisional dan moden. Justeru itu, Ahmad Murad meminta kerajaan membantu menyediakan dana untuk kerja-kerja mengumpulkan bukti serta hal berkaitan. Katanya, bukti kukuh mengenai pembukaan Pulau Pinang oleh Dato' Jenaton ialah pusara individu tersebut bersama adiknya, Setia yang terletak di Persiaran Minden 1, Pulau Pinang iaitu di belakang premis Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau mendakwa, kubur luas itu menandakan Dato' Jenaton sebagai seorang pembesar di situ pada masa lalu serta disemadikan di tanah yang dianugerahkan kepadanya oleh Sultan Kedah dahulu."Kini, sejarah pembukaan Pulau Pinang perlu diubah dengan menyebut pembuka asal pulau iaitu Dato' Jenaton sebelum kedatangan Light. Ini penting kerana kebelakangan ini beberapa pihak yang tidak memahami dan malas mengkaji sejarah mengatakan orang Melayu juga adalah pendatang di negara ini. Ini yang perlu diperbetul," katanya. Ketibaan Francis Light sendiri yang mendarat di Tanjung Penaga (sekarang Kota Cornwallis) pada 11 Ogos 1786 telah disambut oleh pengikut Datuk Jannaton. Buktinya, sebelum Francis Light sampai, telah terdapat petempatan Melayu dan kubur lama di sekitar Batu Uban.






Bagaimanapun, menurut seorang pensyarah lain dari Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Mahani Musa, yang telah menjalankan kajian sejarah Pulau Pinang sejak tiga tahun lalu menemui satu jurnal karangan seorang pengkaji Inggeris yang ditulis pada tahun 1795, Menurut catatan jurnal tersebut, Pulau Pinang telah dibuka olah seorang ilmuan Islam dari Acheh bergelar Dato' Keramat pada 1705 dan membuka perkampungan Melayu di Datuk Keramat yang diambil sempena nama ilmuan Aceh tersebut. Malah catatan Francis Light sendiri menyatakan bahawa selepas empat hari beliau mendarat di Pulau Pinang, terdapat 30 penduduk Melayu yang memanggil tempat ini sebagai Tanjung Penaga. Menurut Dr. Mahani, kajian secara terperinci perlu dilakukan bagi memperbetulkan tanggapan umum setelah ada penyelidik sejarah berjaya membuktikan bahawa Pulau Pinang sudah pun diterokai oleh orang Melayu sebelum kedatangan Francis Light.

Kesimpulan

Penerangan daripada kedua-dua sumber tersebut jelas menunjukkan bahawa orang Melayu memang telah lama membuka dan menduduki Pulau Pinang sebelum kehadiran Francis Light. Adalah satu penghinaan apabila mengatakan Pulau Pinang dibuka oleh pihak British seolah-olah orang Melayu di tanah besar Semenanjung tidak menyedari kewujudan pulau tersebut, sedangkan sejak zaman Srivijaya lagi, pelaut Melayu telah belayar hingga ke pantai timur Afrika dan menjumpai Pulau Madagaskar (hingga kini keturunan mereka masih ada di sana dan dikenali sebagai orang Merina), tetapi logikkah sebuah pulau yang terbentang di hadapan mata tidak disedari atau diterokai?

Selepas kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957, Pulau Pinang sebagai salah satu wilayah Negeri Selat, tidak seperti Dinding yang dipulangkan semula kepada Negeri Perak, diberikan status sebagai sebuah negeri tersendiri, biarpun masyarakat Melayu tidak lagi menjadi kaum majoriti di pulau tersebut. Ada pendapat yang mengatakan Pulau Pinang dibiarkan menjadi sebuah negeri yang tersendiri atas pertimbangan Perdana Menteri ketika itu, iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, atas sebab komposisi penduduk Pulau Pinang yang lebih ramai bukan Bumiputera, dibimbangi akan menjejaskan keseimbangan penduduk di Negeri Kedah. Adakah Pulau Pinang akan dipulangkan kembali menjadi sebahagian daripada wilayah Negeri Kedah Darul Aman pada masa hadapan? Hanya masa sahaja yang akan menentukannya.




Sumber :

1) Berita Harian, 8 Ogos 2007
2) Utusan Malaysia, 26 Disember 2008

Monday, October 26, 2009

Sokong Kemerdekaan / Autonomi Kepada Patani Darul Makrif

Sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-15 yang diadakan di Hua Hin, Thailand, pada 26 Oktober 2009, Perdana Menteri kita, Y.A.B. Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak ketika ditemuramah oleh akhbar berbahasa Inggeris, Nation dan Bangkok Post, menyatakan tuntutan kemerdekaan oleh kumpulan pemisah di kawasan selatan Thailand adalah tidak wajar. Namun begitu, Thailand seharusnya menawarkan tahap tertentu autonomi kepada wilayah yang majoritinya didiami oleh orang Islam. Perdana Menteri berkata, tuntutan bagi mendapatkan kemerdekaan atau pemisahan tidak boleh diterima sama sekali.

Perdana Menteri berkata, beberapa bentuk autonomi tertentu boleh menjadi penyelesaian bagi menamatkan keganasan dan kerajaan Thailand boleh menawarkan kebebasan tertentu bagi penduduk di kawasan itu yang dirasakan amat penting buat penduduk tempatan, umpamanya pemilihan pemimpin tempatan, pekerjaan, agama dan pendidikan.
Penulis memahami kewajaran kenyataan tersebut dibuat memandangkan sebagai rakan dalam ASEAN, prinsip “tidak campur tangan” dalam urusan negara tetangga perlu sentiasa dipegang oleh pemerintah negara kita. Tetapi pada masa yang sama, kita juga merasa simpati di atas penindasan serta diskriminasi yang telah dialami oleh saudara mara kita yang sama-sama beragama Islam serta berketurunan Melayu di kawasan tersebut.

Walaubagaimanapun, penulis merasa sangsi sama ada pihak pemerintah Thailand bersedia untuk memberikan status autonomi kepada wilayah di selatan Thai ini, khususnya bagi kawasan yang merangkumi wilayah asal Kesultanan Melayu Patani. Malahan, keganasan dikawasan tersebut yang didakwa didalangi oleh kumpulan pemisah sebenarnya juga boleh dipertikaikan. Secara ringkasnya, kaum Melayu di selatan Thai menjadi mangsa permainan politik kumpulan-kumpulan di Thailand, terutamanya kumpulan Merah (pro-Thaksin) serta kumpulan kuning (pro-Abhisit). Kekalutan yang berlaku turut diambil kesempatan oleh golongan lain seperti pengedar dadah, tentera, politikus tempatan dan sebagainya demi kepentingan sendiri dengan menjadikan ‘kumpulan pemisah’ yang entah wujud atau tidak sebagai kambing hitam atas setiap insiden yang terjadi. Salah satu blog masyarakat Thai-Buddha di negara kita turut menyokong kemerdekaan wilayah selatan Thai jika itulah jalan terbaik untuk menamatkan tragedi kemanusiaan yang telah lama berlaku tanpa pembelaan sewajarnya. Sila layari http://sejarahnagarakedag.blogspot.com/2009/06/krisis-selatan-thailand-penyelesaiannya.html untuk bacaan lanjut.






Isu di selatan Thai sebenarnya tidak akan selesai jika pihak pemerintah Thailand masih berkeras dengan dasarnya selama ini. Pihak Thailand berpegang kepada dasar asimilasi daripada integrasi. Semenjak Kerajaan Sukhotai menyerang pusat pentadbiran Siam-Islam di Ayuthia dan menawan negeri-negeri Melayu di segenting Kra, dasar asimilasi telah dilaksanakan dengan menghakis identiti kemelayuan penduduk tempatan. Tindakan ini diperhebatkan lagi semasa era Phibun Songkram yang memperkenalkan Dasar Rattaniyom yang bertujuan untuk meng’Thai’kan semua suku kaum di sana, termasuklah Kaum Melayu yang ditukar menjadi ‘Thai Muslim’. Oleh yang demikian, janganlah dihairankan apabila kebanyakan kaum Melayu di segenting Kra (kecuali di wilayah Patani, Yala dan Narathiwat) pada hari ini kebanyakannya mempunyai nama berunsur Thai dan tidak lagi mampu bertutur dalam Bahasa Melayu. Hanya agama Islam sahaja yang menjadi petunjuk bahawa mereka mempunyai darah berketurunan Melayu. Penduduk Melayu di wilayah Bukit (Phuket), Phattalung (Bedelong), Satun (Setul), Songhkla (Singgora), Krabi (Ghraibi), Trang (Terang), Ranong (Rundung), Surattani/Chaiya (Cahaya) dan Ligor/Nakorn Sithammarat (Negara Sri Dharmaraja) kebanyakannya berasimilasi menjadi “Orang Thai yang beragama Islam”, sedangkan penduduk di wilayah Patani masih kuat dengan bahasa dan budaya Melayu mereka dan menolak proses asimilasi yang berbaur Thai.

Walaubagaimanapun, penulis tetap optimis pemerintah Thailand di bawah pentadbiran Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva akan memberi ruang dan kelonggaran terhadap cadangan yang diutarakan oleh Y.A.B. Perdana Menteri kita. Pihak Thailand boleh menjadikan Wilayah Autonomi Muslim Mindanau (ARMM) yang telah dibentuk oleh pemerintah Filipina hasil kerjasama dengan pejuang di wilayah terbabit untuk dijadikan contoh. Sebagai jalan penyelesaian, pemerintah Thailand boleh mencadangkan penubuhan sebuah Wilayah Autonomi Patani Darussalam yang merangkumi wilayah Satun (Setul), Patani, Yala (Jala), Narathiwat (Menara) serta empat buah daerah dalam wilayah Songkhla (Singgora) iaitu Thepha (Tiba), Chenak, Saba Yoi (Sebayu) dan Na Thawi (Nawi), yang merupakan wilayah yang dihuni majoriti masyarakat Melayu-Islam untuk disatukan dibawah satu bumbung. Berhubung dengan perkara pokok yang perlu diutamakan bagi penubuhan wilayah autonomi ini, tuntutan bekas pejuang Patani iaitu Allahyarham Haji Sulong Abdul Kadir (Nama Thai : Sulong Tohmeena) bolehlah kembali dijadikan rujukan iaitu :

i) Perlantikan seorang anak Melayu-Islam tempatan melalui pemilihan umum yang akan mengetuai keseluruhan empat wilayah di selatan Thai ini.
ii) 80% penjawat awam di wilayah ini mestilah dikalangan Melayu-Islam, sesuai dengan demografi kawasan ini.
iii) Bahasa Melayu dan Bahasa Thai sama-sama digunakan dan dijadikan bahasa rasmi.
iv) Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah.
v) Semua hasil dan pendapatan yang diperolehi daripada wilayah ini perlu dibelanjakan bagi pembangunan wilayah ini sendiri.
vi) Pemerintah pusat perlu membenarkan penubuhan Majlis Agama Islam bagi menguatkuasakan undang-undang berdasarkan adat dan budaya tempatan dengan persetujuan pihak berkuasa.
vii) Pemerintah perlu mengasingkan Mahkamah Syariah daripada Mahkamah Sivil bagi membicarakan kes-kes yang berkaitan.


Sumber : http://patanibook.blogspot.com/
Buku Patani : Behind The Accidental Border, tulisan saudara Kijangmas Perkasa

Wednesday, October 14, 2009

Konfrontasi Indonesia Terhadap Malaysia : Antara Peranan “Hidden Hand” dan Kebebalan Chauvinist

Hari ini, 14 Oktober 2009, Malaysia masih lagi aman. Kalau diikutkan pernyataan yang dibuat oleh segelintir chauvinist (pelampau) Indonesia yang menggelarkan diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA), hari ini adalah tarikh sepatutnya mereka sampai ke Malaysia untuk berperang setelah ‘bertolak’ pada 8 Oktober yang lalu. Sebelum ini, kumpulan ini telah mempamerkan latihan mereka termasuklah ilmu kebal dan bersenjatakan parang dan buluh runcing selain mengumpulkan sukarelawan sebagai persediaan untuk melancarkan perang terhadap malaysia. Pengisytiharan untuk menyerang Malaysia dibuat selepas beberapa hari mereka membuat sekatan di Jalan Diponegoro, Menteng, Jakarta, kononnya untuk menyapu (sweeping) rakyat Malaysia dari Indonesia. Apa yang melucukan, dalam tempoh sejam aktiviti itu dilakukan, tiada seorang pun rakyat Malaysia dijumpai. Mungkin puak-puak Indon yang kurang akal ni perlu berjalan-jalan di kotaraya Kuala Lumpur dan saksikan sendiri berapa ramai rakyat mereka termasuk yang berstatus pendatang haram merayau-rayau dan melepak di sana. Tak perlu satu jam, satu minit pun pasti berjumpa seorang.




Penulis sebelum ini tidak pernah mempunyai sentimen negatif terhadap Indonesia. Apatah lagi, penulis masih mempunyai saudara mara di negara seberang itu terutamanya di Jakarta dan Banten. Namun, peristiwa yang berlaku akhir-akhir ini membuatkan kata-kata seorang senior kepada penulis kembali teringang-ingang iaitu “Never trust Indonesian”.





Ganyang Malaysia???

Penulis tidak pernah menyangka kempen di atas akan kembali bergema di negara seberang selepas puluhan tahun ia dilancarkan dan kemudiannya mati. Jika ditinjau dari sudut sejarah, permulaan hubungan Malaysia-Indonesia bermula dengan sangat buruk. Cadangan penubuhan sebuah Persekutuan yang melibatkan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Brunei dan Sabah nyata telah memusnahkan sama sekali ‘impian’ Presiden pertama republik itu iaitu Soekarno untuk menubuhkan sebuah kesatuan Indonesia Raya yang menggabungkan bekas jajahan Belanda dan British di Nusantara. Negara kita bernasib baik kerana tidak menyertai gagasan tersebut kerana jika tidak, kita di semenanjung dan wilayah utara Borneo pada hari ini mungkin sama sahaja nasib menjadi ‘jajahan’ bergelar propinsi kepada pemerintahan chauvinist Jawa yang berpusat di Jakarta yang mengawal dan menguasai segala hal termasuk sumber kekayaan alam semulajadi.

Soekarno melakukan pelbagai perkara untuk menghina negara kita, termasuklah memburuk-burukkan gagasan Malaysia di luar negara hinggalah tindakan ekstrim menghantar tentera untuk menyerang Malaysia. Walaubagaimanapun, Indonesia tewas dalam serangan tersebut, walaupun kelengkapan tentera Malaysia pada masa itu jauh lebih kurang berbanding dengan kelengkapan tentera Indonesia. Soekarno akhirnya dijatuhkan oleh Jeneral Soeharto yang kemudian menjadi Presiden Indonesia kedua. Apa yang menarik, kempen ganyang Malaysia ini kembali bergemas selepas puteri kepada Soekarno iaitu Megawati tewas dalam perebutan untuk kembali menjadi Presiden Indonesia.


Malaysia Mencuri Pulau???

Apa yang pasti, sentimen negatif rakyat Indonesia mula diapi-apikan sebaik sahaja Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan Pulau Sipadan dan Ligitan adalah sah milik negara kita. Penulis tidak berminat untuk mengulas mengenai hujah dan sejarah mengenai kedua-dua pulau ini. Sudah pasti pihak Indonesia yang membaca artikel ini juga akan membalas dan mengemukakan semua ‘hujah’ mereka. Apa yang ingin penulis tekankan di sini adalah, sebelum sesuatu kes atau perbalahan di bawa ke ICJ, persetujuan kedua-dua negara atau pihak-pihak yang terlibat mestilah diperolehi. DIULANGI!!! kedua-dua negara perlu bersetuju untuk membawa kes tersebut untuk diadili oleh hakim antarabangsa yang berkecuali, bukannya negara kita bertindak unilateral untuk membawa kes tersebut. Semasa perbicaraan, wakil kedua-dua negara telah diberi peluang sama rata untuk mengemukakan hujah dan bukti atas tuntutan kedua-dua pulau tersebut. Dan pihak hakim kemudian membuat keputusan muktamad bahawa kedua-dua pulau tersebut sah milik negara kita. Jadi, kenapakah segelintir puak chauvinist Indon ini terlalu susah untuk menerima hakikat tersebut? Apa jenis bangsa Indon ini yang mengaku sebagai berdaulat dan merdeka, tetapi tak dapat menerima keputusan pengadilan yang mereka sendiri setuju bawa untuk diketengahkan dan diputuskan oleh pihak berkecuali? Apakah semua kes antarabangsa yang diputuskan perlu mereka menangi, baru mereka menerima keputusan mahkamah?




Negara kita juga pernah kalah dalam tuntutan wilayah seperti Pulau Batu Puteh yang dituntut oleh Singapura sebagai Pedra Branca, juga diputuskan oleh pihak ICJ. Biarpun pulau tersebut jelas milik kita dan termasuk dalam wilayah negara kita, rakyat Malaysia akur dengan keputusan tersebut biarpun terlalu pedih untuk diterima. Rakyat Malaysia terutamanya anak Johor seperti penulis tidak pula bertindak mengancam rakyat Singapura yang setiap hari membawa kenderaan macam ‘Anak Haram’ dan berlagak tak tentu hala di jalan-jalan raya di Johor Bahru, sebaliknya menyokong titah DYMM Baginda Sultan Johor untuk mengumpul dan mencari bukti baru bagi mengemukakannya semula di ICJ. Inilah perbezaan mentaliti rakyat kita yang lebih berpelajaran jika dibandingkan dengan rakyat negara seberang.


Amah Indon Didera dan Dibunuh???

Kes-kes pembantu rumah warga Indonesia di dera ini bukanlah hanya berlaku di negara kita, malahan berlaku juga di negara-negara lain seperti Singapura dan Arab Saudi. Namun, berita tentang amah Indon ini didera di negara lain tidaklah terlalu ‘panas’ dan boleh ‘dijual’ di koran (akhbar) jika dibandingkan kes tersebut berlaku di negara kita. Media massa dan media cetak negara tersebut akan terus mencanangkan perkara tersebut ke seluruh pelosok negara itu, seolah-olah semua rakyat Malaysia kejam dan tidak berperikemanusiaan. Sedangkan kes-kes ini adalah terpencil dan kebanyakannya berlaku dikalangan majikan Cina yang mempunyai amah beragama Islam (Ironinya, masyarakat cina terus menolak kehadiran pembantu rumah dari China dan Vietnam) dan semua rakyat negara kita membantah penderaan tersebut dan yang bersalah telah menjalani hukuman. Puak-puak chauvinist Indon ini cuba melemparkan imej bahawa amah-amah dan pekerja mereka disini sentiasa diancam bahaya dan berlaku pembunuhan pada setiap bulan. Tetapi nampaknya propaganda mereka itu boleh dikatakan gagal apabila ribuan amah baru masih menunggu dan berharap untuk bekerja di negara kita, termasuklah yang masih dan terus datang secara haram.




Apa yang ingin ditekankan disini, media massa dan media cetak disana tidak pernah mahu menyiarkan mengenai kes-kes jenayah yang dilakukan oleh para Indon di negara kita, terutamanya yang masuk secara haram. Mungkin rakyat Indon yang tidak berpelajaran dan singkat akalnya tidak pernah membaca berita dua rakyatnya yang masuk secara sah, DIULANGI, masuk secara sah!!!, ditembak mati apabila cuba merompak rumah penyanyi ‘terkenal’ Malaysia iaitu Mawi, sementara dua yang lain pula diburu Polis. Itu belum ditambah dengan sikap segelintir amah Indon di sini yang bertindak mendera anak majikan, mencuri harta benda majikan, menggunakan telefon dan melarikan diri dengan pacar dan pelbagai lagi kes jenayah dan sosial. Adakah mereka ingat semua rakyat mereka disini baik-baik dan bersopan santun belaka? Adakah rakyat Indonesia sedar perkara ini dan bersediakah media massa kamu menyiarkan semua berita ini?


Tarian Pendet

Ada banyak lagi isu yang boleh diceritakan, namun, para “Hidden Hand” yang berpangkalan di Singapura bijak mengambil kesempatan semasa sentimen kebencian rakyat Indonesia terhadap Malaysia sedang memuncak naik. Secara tiba-tiba, kecoh apabila Discovery Channel yang berpangkalan di Singapura menyiarkan secara lintasan beberapa saat sahaja Tarian Pendet dalam iklan pelancongan negara kita. Dalam sekelip mata, media massa Indonesia mendapat maklumat tersebut dan terus sebagaimana biasa, tanpa semakan dan usul periksa, menyebarkan fitnah mendakwa Tarian Pendet dicuri Malaysia seterusnya mengapi-apikan perasaan rakyat Indonesia, terutamanya yang berpendidikan rendah.




Majoriti rakyat Malaysia terpinga-pinga dengan dakwaan tersebut, malahan saya percaya mungkin ini kali pertama kita mendengar mengenai Tarian Pendet. Setelah semakan dibuat, didapati ‘kesilapan’ tersebut telah dilakukan oleh pihak Discovery Channel (tak tahu sengaja atau tidak sengaja!), dan langsung tidak melibatkan Pemerintah Malaysia. Malahan, turut dinyatakan bahawa iklan yang sama pernah disiarkan sebelum ini dan pernah memenangi satu festival yang diadakan di Bali (di Indonesia sendiri!). Kenyataan maaf kemudian dibuat oleh pihak Discovery Channel dan telah dimajukan kepada Pemerintah Malaysia dan Indonesia. Walaubagaimanapun, media massa Indon yang sememangnya diketahui pekak dan tiada budi pekerti, terus memainkan isu tersebut sehingga kini dan diambil kesempatan oleh segelintir politikus untuk mempergunakan rakyat bawahan mereka yang sememangnya mudah dipengaruhi dengan sentimen kebencian ini. Pihak Discovery Channel pula hanya mendiamkan diri membiarkan pihak Malaysia terkebil-kebil apabila dicemuh suku sakat Indon yang kurang akal dan telah mengenai jerat yang mereka pasang.

Apa yang kelakar, mereka cuba memprovokasikan rakyat negara kita dengan panggilan Malingsia (Maling bermaksud pencuri), sedangkan perkataan ‘Maling’ itu sendiri amat asing bagi rakyat negara kita hinggakan tiada siapapun ambil peduli dengan panggilan tersebut. Begitu juga apabila mereka membalas panggilan ‘Indon’ yang diberikan dengan memanggil rakyat kita sebagai ‘Malay’, sedangkan tiada yang rasa terhina dengan panggilan itu, terutama jika individu itu sendiri sememangnya Melayu. Jika puak-puak chauvinist Indon ini tidak mahu mengaku merekalah sebenarnya bangsa penciplak, cuba dengarkan lagu-lagu pop terbaru mereka. Penulis ambil contoh, dengarkan lagu Tobat Maksiat dari Wali Band dan bandingan dengan lagu Demam dari Candy AF5 (Malaysia). Belum cukup? Dengar lagu-lagu band Vierrea dan bandingkan beberapa lagu oleh Lost Prophet, Ayumi Hamasaki dan Westlife. Ataupun lagu-lagu band D’Masive dengan lagu daripada Switchfoot, My Chemical Romance dan Incubus. Dengar dan nilaikan sendiri!!!





Apa Akhirnya???

Negara kita dan Indonesia sama-sama rugi dalam hal ini. Sekalung ‘tahniah’ untuk para “Hidden Hand” yang berpangkalan di Singapura yang telah “bersusah payah” selama ini untuk terus mengapi-apikan sentimen kebencian diantara rakyat kedua-dua negara ini, termasuk ‘membeli’ media massa negara seberang. Biarpun hubungan secara amnya masih baik terutama bagi kebanyakan rakyat kedua-dua negara yang masih lagi mampu berfikir dengan waras, tetapi perangkap yang dipasang oleh para penggerak “Hidden Hand” ini telah mengena apabila sedikit sebanyak, perasaan curiga dan syak wasangka telah berjaya menyelinap dalam diri masing-masing, termasuklah penulis sendiri (amat sedih sebenarnya). Pastinya banyak perjanjian dan kerjasama yang telah dirangka sebelum ini akan terjejas, atau lebih teruk lagi dibatalkan. Kerjasama Indonesia yang merupakan negara yang mempunyai umat Islam paling ramai dengan pihak Malaysia yang mempunyai potensi dan kepakaran tinggi (belum dicampur dengan Brunei yang mempunyai kekayaan sumber), sangat menakutkan Singapura, yang menjalin kerjasama ketenteraan dengan Israel, kerana sedikit sebanyak ia akan tersepit di tengah-tengah. Mereka tidak pernah melihat Malaysia/Brunei sebagai negara Melayu sementara Indonesia sebagai negara Jawa, sebaliknya melihat kedua-dua buah negara ini sama sahaja iaitu negara majoriti umat Islam yang tidak boleh dibiarkan terlalu rapat dan mesra demi survival mereka sendiri, terutamanya bagi tujuan sumber air dan belian tanah untuk memperbesarkan lagi wilayah mereka yang sememangnya terhad. Indonesia telah memulakan api, “Hidden Hand” ini hanya menunggu masa kita menyambutnya dengan menyimbah minyak bagi memulakan satu lagi perang saudara, sebagaimana Korea Utara-Selatan dan China-Taiwan. Alhamdulillah, rata-rata rakyat negara kita masih lagi mampu berfikiran waras dan bertindak rasional.




Bagi segelintir chauvinist Indon pula, mereka telah berjaya melahirkan satu generasi baru yang telah dipupuk bersama sentimen kebencian terhadap Malaysia. Oleh yang demikian, tidaklah pupus generasi lama yang dibentuk oleh Soekarno pada masa melancarkan konfrontasi Ganyang Malaysia pada awal pra-kemerdekaan dahulu. Kita mungkin merasa pelik apabila melihat puak Bendera yang tak cukup akal ini sibuk mengisytiharkan perang di saat rakyat senegara mereka di Padang terjejas dilanda gempa bumi. Tetapi bagi penulis, bukanlah sesuatu yang pelik kerana tidak seperti di Malaysia, segelintir mereka di seberang masih lagi fanatik dengan suku (etnik) masing-masing. Disebabkan bencana yang terjadi berlaku di wilayah yang majoritinya suku Melayu Minangkabau, segelintir chauvinist Jawa merasakan perkara ini tidaklah berkaitan sangat dengan mereka. Apatahlagi, wilayah Sumatera Barat ini pernah melancarkan negara mereka sendiri iaitu Pemerintah Revolusioner Republik Indonesia (PRRI) pada tahun 1958 untuk mencabar pemerintahan yang dikuasai chauvinist Jawa berpusat di Jakarta, dan berakhir dengan peristiwa berdarah bagi kebanyakan rakyat setempat. Tidak menghairankan rakyat negara kita lebih bersimpati dengan nasib yang menimpa mereka apabila masih terus menghulur bantuan dan menghantar sukarelawan untuk membantu. Apatahlagi negara kita juga mempunyai ramai rakyat berketurunan Minangkabau terutamanya di Negeri Sembilan yang bersaudara dengan rakyat Minangkabau di Sumatera Barat. Bagi media massa tempatan terutamanya di Jakarta, lebih baik mengeluarkan fitnah Malaysia membawa bahan makanan yang telah luput tarikh supaya akhbar terus dapat dijual dan berita terus ditonton.

Tiada siapa yang dapat mengubah sikap dan mentaliti segelintir chauvinist Indon ini daripada terus membenci Malaysia yang dianggap negara adik, tetapi telah ‘Melawan Taukey’ apabila terbukti lebih maju daripada mereka pada hari ini. Apa yang berlaku pada hari ini seolah-olah gambaran ketika para pendatang Jawa di wilayah Sumatera Timur pada tahun 1940-an merasa cemburu dengan kekayaan dan kesejahteraan Kesultanan-kesultanan Melayu di sana. Mereka tergamak berbohong dengan pengatakan berlaku kebangkitan rakyat yang menolak feudalisma, sedangkan realiti yang berlaku adalah keinginan untuk merampas kekayaan setempat, merogol dan membunuh para Raja dan kerabat Kesultanan Melayu Deli, Langkat, Serdang, Asahan, dan lain-lain supaya tidak memberontak terhadap pemerintahan pusat di Jawa, kemudiannya menghapuskan pengaruh kekuasaan Melayu sama sekali dengan menggabungkan Sumatera Timur dengan wilayah Tapanuli yang majoritinya berketurunan Batak menjadi Sumatera Utara. Begitulah juga pandangan mereka terhadap kemakmuran Malaysia dan Raja-raja Melayu yang memerintah di negara kita. Pada mereka, institusi Di Raja inilah yang menjadikan kita kolot dan mundur berbanding mereka (yakah?), sedangkan jelas hipokrasi mereka, apabila masih juga mengekalkan kuasa dan wilayah dua Raja Jawa iaitu Yogyakarta dan Surakarta. Yang sebenarnya, mereka ingin memusnahkan tiang asas kekuatan bangsa kita.

Oleh yang demikian, usahlah dilayan provokasi yang ditimbulkan kerana segelintir chauvinist Indon ini akan terus berfikiran dan bersikap seperti ini. Jika sukar untuk memahami mereka, lihat sahaja di saat satu demi satu bencana menimpa negara mereka, mereka masih sibuk menjemput bintang lucah iaitu Maria Ozawa @ Miyabi untuk membintangi filem terbaru mereka.

Tuesday, October 13, 2009

Siapa Sultan Sulu Yang Sebenar? -Bahagian 2-




Kecelaruan mengenai pewaris sebenar yang berhak ke atas takhta Kesultanan Sulu bermula dengan kemangkatan Sultan Jamalul Kiram II pada 1936, Sultan Sulu terakhir yang berdaulat tetapi malangnya tidak mewariskan sebarang zuriat. Sejak daripada tarikh tersebut, muncullah berpuluh-puluh individu sama ada dari Sabah mahupun rakyat Filipina yang mengaku sebagai pewaris dan berhak ke atas kekosongan takhta Kesultanan Sulu, terutamanya daripada keturunan keluarga Kiram. Individu yang membuat tuntutan ini termasuklah mereka yang sebenarnya langsung tiada kaitan dengan institusi Kesultanan Sulu ini (Sekadar menyamar). Sebenarnya selepas kemangkatan baginda, takhta sewajarnya dikembalikan semula kepada keluarga Pewaris Kedua iaitu Keluarga Maharajah Adinda. Justeru itu, mari kita lihat terlebih dahulu senarai ‘Sultan Sulu’ selepas kemangkatan Sultan Jamalul Kiram II, biarpun tidak lagi mempunyai kuasa dan tidak berdaulat, untuk memahami punca pertikaian sebelum meneliti senarai individu utama yang menyamar sebagai ‘Sultan Sulu’:


1) Sultan Mawallil Wasit (1936) : Beliau merupakan adik kepada Sultan Jamalul Kiram II. Empat hari selepas kemangkatan abangnya itu, beliau telah ditabalkan oleh Rumah Bichara (Kabinet atau Majlis Diraja Kesultanan Sulu) untuk menggantikan abangnya. Walaubagaimanapun, beliau hanya sempat menjadi ‘Sultan’ untuk tempoh 6 bulan sahaja sebelum meninggal dunia secara mengejut akibat diracun dan dikebumikan di Maimbung. Setahun kemudian, Presiden Filipina, Manuel L. Quezon telah menyatakan melalui Memorandum bertarikh 20 September 1937 bahawa Kerajaan Filipina tidak akan mengiktiraf mana-mana lagi pewaris daripada Sultan Jamalul Kiram II (Keluarga Pewaris Pertama).




2) Sultan Ombra Amilbangsa (1937-1950) : Beliau merupakan suami kepada Dayang-dayang Hajah Piandao. Dayang-dayang Hajah Piandao ini merupakan anak kepada Sultan Badaruddin dan anak saudara kepada Sultan Jamalul Kiram II. Selepas kematian Sultan Mawallil Wasit, Dayang-dayang Hajah Piandao yang ketika itu bertindak sebagai “Sandah” (pemangku pemerintah), telah mengarahkan rakyat Sulu supaya mengisytiharkan suaminya dari Tawi-tawi, Datu Ombra Amilbangsa, sebagai Sultan Sulu dengan gelaran Sultan Amirul Umara II pada Januari 1937. Datu Ombra ini juga pernah dilantik sebagai Gabenor Sulu. Selepas Perang Dunia ke-2, Datu Ombra Amilbangsa telah bertanding sebagai Ahli Kongres Filipina dan memenanginya (Tidakkah bodoh seorang ‘Sultan’ merendahkan martabatnya dengan menjadi sekadar Ahli Kongres di negara bukan Islam yang telah menjajah wilayahnya???).




3) Sultan Esmail Kiram I (1950-1974) : Beliau merupakan putera kepada Sultan Mawallil Wasit. Memandangkan Sultan Ombra Amilbangsa bukanlah waris langsung dari Kesultanan Sulu, maka Sultan Esmail Kiram I ini telah disepakati untuk dilantik sebagai Sultan Sulu yang seterusnya di Jolo pada tahun 1950. Pada tahun 1962, beliau telah menyerahkan wilayah Borneo Utara dan kekuasaan Kesultanan Sulu kepada Republik Filipina iaitu ketika era pemerintahan Presiden Diosdado Macapagal. (lihatlah sendiri perangai Sultan seorang ini. Lebih rela menyerahkan ‘wilayahnya’ kepada pemerintahan Kristian berbanding ditadbir oleh saudara seIslam di Malaysia). Beliau meninggal dunia di Jolo pada tahun 1974.




4) Sultan Muhammad Mahakuttah Kiram (1974-1980) : Beliau merupakan putera sulung melalui isteri kedua kepada Sultan Esmail Kiram I. Beliau dilantik sebagai Sultan Sulu selepas kematian Sultan Esmail Kiram I kerana Datu Pujungan, yang ketika itu merupakan Raja Muda (setaraf Putera Mahkota), melarikan diri ke Sabah akibat kekacauan yang berlaku di Sulu pada masa tersebut. Apa yang menariknya, beliau ini dilantik secara langsung oleh Kerajaan Filipina di Manila yang ketika itu dipimpin oleh Presiden Marcos. Beliau berdiam di Manila, tinggal di Hotel Aurelio di Mabini, dan menerima elaun serta ditanggung kewangannya oleh Presiden Marcos (Fikirkanlah sendiri!!!). Pada tahun 1980, selepas darurat ditamatkan, Raja Muda Punjungan kembali dari Sabah ke Jolo. Sultan Muhammad Mahakuttah Kiram yang ketika itu turut berada di Jolo bersetuju menyerahkan takhtanya kepada pakciknya, Raja Muda Punjungan sebagai Sultan Sulu dengan gelaran Sultan Punjungan Kiram.




5) Sultan Aliuddin-II (1980-2007) : Nama sebenar beliau adalah Datu Aliuddin Haddis Pabila bin Datu Syeikh ibni Maharajah Adinda Sultan Muhammad Aranan Puyo, dan berasal dari Sabah. Ketika era ‘pemerintahan’ Sultan Muhammad Mahakuttah Kiram, telah berlaku satu peristiwa yang cukup penting. Para ahli keluarga pewaris Kedua mula memahami sejarah sebenar dan menyedari hak-hak mereka. Atas jemputan Pehin Dato’ Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri, keluarga Pewaris Kedua yang diketuai oleh Datu Aliuddin Haddis Pabila telah meminta pihak Muzium Brunei untuk menjaga Pulau Janggi pada tahun 1978 (Bagi mengelakkan kepalsuan Pulau Janggi dibuat oleh pihak lain). Pulau Janggi yang diserahkan telah diperiksa dan disahkan ketulenannya oleh pihak Muzium Brunei. Pada masa tersebut, beliau telah disahkan sebagai "Pewaris Sultan Sulu yang sebenar" dan di dalam Surat Penerimaan Pulau Janggi yang dikeluarkan oleh pihak Muzium Brunei, beliau telah diisytiharkan sebagai "Sultan Aliuddin-II".


Sultan Aliuddin II


Dengan pertukaran takhta bagi pewaris Keluarga Pertama oleh Sultan Muhammad Mahakuttah Kiram kepada Sultan Punjungan Kiram yang bukan daripada darah di Raja Kesultanan Sulu, maka sahlah permulaan takhta Kesultanan Sulu dikembalikan kepada keluarga Pewaris Kedua (Maharajah Adinda) melalui Sultan Aliuddin-II ini. Pada 17 Disember 2004, Majlis Diraja Sulu sekali lagi telah mengisytiharkan beliau sebagai "Sultan Sulu", namun Majlis Pertabalan tidak dapat dilaksanakan kerana kekurangan sumber kewangan sehinggalah beliau wafat pada 30 Jun 2007.


Gambar Datu Sharif Abd Rahman (Kiri), Datu Jainal Ali ibni Datu Aliuddin (kedua dari kiri), En.Salam (Kedua dari Kanan) dan Datu Aliuddin Haddis Pabila (Kanan) bersama Pulau Janggi (tengah) sebelum diserahkan ke Muzium Brunei pada tahun 1978.


6) Datu Ali Kuyung (2007-kini) : Pengerusi Majlis di Raja Sulu (Pemangku Sultan Sulu buat sementara waktu). Nama sebenar beliau ialah Datu Muhammidul Ali bin Datu Mahmun bin Datu Halun ibni Maharajah Adinda Sultan Muhammad Aranan Puyo. Merupakan anak saudara kepada Datu Aliuddin Haddis Pabila. Biarpun dari segi kekananan generasi, masih terdapat ramai waris lebih tua yang lebih layak, namun beliau merupakan pewaris yang paling layak untuk ditabal sebagai Sultan Sulu yang seterusnya jika ditinjau dari segi kekananan baginda kerana merupakan cicit lelaki sulung kepada isteri pertama Maharajah Adinda Sultan Muhammad Aranan Puyo. Beliaulah yang meneruskan legasi perjuangan Keluarga Pewaris Kedua Kesultanan Sulu pada masa kini. Tidak memakai gelaran ‘Sultan’ kerana telah disepakati tiada siapa pun yang berhak mendakwa diri sendiri sebagai ‘Sultan Sulu’ pada hari ini selagi kesemua waris yang berhak termasuklah yang telah menabalkan diri masing-masing sebagai Sultan Sulu tidak duduk semeja untuk berbincang dan menabalkan seorang sahaja yang benar-benar paling layak dan berhak untuk menjadi Sultan berdasarkan Tartib di Raja Sulu.


Y.M. Datu Ali Kuyung


Sejarah telah tercipta apabila beliau telah berjaya menyatukan Keluarga Pewaris Pertama dengan Keluarga Pewaris Kedua iaitu melalui anakanda Sultan Muhammad Mahakutta Kiram, iaitu Raja Muda Muedzullail Kiram. Telah disepakati bahawa kedua-dua pewaris Kesultanan Sulu ini tidak akan membuat tuntutan terhadap Sabah, yang akan hanya menguntungkan mainan politik Filipina semata-mata. Kini, masa sahaja yang akan menentukan apakah pengakhiran kepada episod tuntutan tahkta Kesultanan Sulu ini. Namun apa yang pasti, jika beliau berjaya memerdekakan kembali Kesultanan Sulu Darul Jambangan (bukannya sibuk menuntut Sabah dan elaun wang pajakan sebagaimana sesetengah individu yang mendakwa diri sendiri sebagai ‘Sultan Sulu’), tiada keraguan lagi beliaulah yang akan ditabalkan secara rasmi kelak sebagai Sultan Sulu.


Datu Ali Kuyung (waris Maharajah Adinda) di sebelah kiri dan Raja Muda Muedzullail Kiram (waris Kiram) di sebelah kanan berjabat tangan selepas menandatangani Perjanjian Penyatuan keluarga pewaris Di Raja Sulu.


Kini kita lihat pula sekali lalu mengenai senarai Sultan Sulu yang terdiri daripada penyamar dan waris yang tidak berhak :


1) Sultan Rodinood Kiram : Dia ‘menyambung’ perjuangan ayahnya iaitu Sultan Julaspi Kiram, yang mendakwa sebagai satu-satunya zuriat tunggal kepada Sultan Jamalul Kiram II dan berhak ke atas takhta Sultan Sulu. Namun, berdasarkan kepada maklumat daripada pesaing-pesaing 'Sultan Sulu' yang lain di Filipina, Julaspi ini adalah anak kepada Hadjirul, salah seorang pengawal (bodyguard) kepada Sultan Jamalul Kiram II, yang telah jatuh cinta dengan isteri muda Sultan Sulu tersebut. Sultan Sulu tidak menjatuhkan hukuman bunuh sebaliknya memberi pengampunan tetapi mereka berdua dibuang ke Pangutaran. Dari hubungan Hadjirul dan isteri muda Sultan Sulu inilah lahirnya Julaspi, yang kemudiannya menuntut takhta Sultan Sulu. Selepas kematian Julaspi di Kampung Maharlika, Taguig, pada tahun 1998, anak sulungnya, Rodinood, meneruskan tuntutan terhadap takhta Kesultanan Sulu. Inilah sebenarnya individu yang sibuk menjual “pingat dan Darjah Kebesaran Sultan Sulu yang membawa gelaran Datuk” di negara kita!!!




2) Sultan Esmail Kiram II dan Sultan Jamalul Kiram III : Kedua-dua mereka ini adalah adik beradik dan anak kepada Sultan Punjungan Kiram. Dikatakan Punjungan ini merupakan anak kepada Sultan Mawallil Wasit. Realiti yang sebenarnya adalah nenek mereka dari Pulau Simunul, Tawi-Tawai, yang bernama Mora Napsa Laga, telah dirampas untuk dijadikan isteri oleh Sultan Mawallil Wasit dalam keadaan telah pun mengandungkan zuriat suaminya yang sebenar, seorang Imam bernama Amil Hamja! Justeru itu, Punjungan ini sebenarnya hanyalah anak tiri kepada Sultan Mawallil Wasit. Selepas kematian Sultan Punjungan Kiram pada tahun 1983, anak sulungnya iaitu Raja Muda Jamalul Kiram III telah ditabalkan oleh para penyokongnya sebagai Sultan Sulu. Walaubagaimanapun, kerana dia tinggal di Manila dan enggan berdiam di Jolo, bertentangan dengan adat Sulu, maka adiknya, Raja Muda Esmail Kiram II kemudian telah dilantik sebagai Sultan pada tahun 2001. Sultan Jamalul Kiram III ini pernah bertanding dalam pilihanraya negara Filipina. Sementara Sultan Esmail Kiram II inilah ‘Sultan Sulu’ yang pernah mengancam untuk melancarkan ‘Perang Jihad’ kepada Malaysia pada tahun 1993 dan 2001 jika Sabah tidak diserahkan kepadanya. Atau sebagai balasannya, bayar sahaja ganti rugi sebanyak USD 10 Bilion kepadanya. (Dapat baca niat sebenar mereka ini???)









3) Sultan Muhammad Fuad Abdulla Kiram : Dia ini tak lebih sekadar salah satu boneka atau lebih tepat lagi anjing suruhan yang digunakan oleh Pemerintah Filipina untuk menuntut Sabah dari Malaysia. Dia merupakan adik kepada Sultan Muhammad Mahakuttah Kiram. Jika benar takta Kesultanan Sulu masih mahu diwariskan kepada keluarga Pewaris Pertama (Kiram), maka sewajarnya takhta tersebut diserahkan kepada Raja Muda Muedzullail Kiram yang merupakan anak lelaki sulung kepada Sultan Muhammad Mahakuttah Kiram. Tambahan pula, masa yang terlalu lama diambil iaitu hanya pada tahun 2006 untuk mengangkat dirinya sendiri sebagai Sultan Sulu. Sangat suka mengutuk Malaysia yang dianggapnya bersikap kejam dan tidak berlaku adil kerana ‘merampas’ Sabah. Tetapi apa yang peliknya, kata-kata dia sangat lunak apabila menyentuh mengenai hal Kerajaan Filipina yang jelas telah menghapuskan kuasa Kesultanan Sulu yang ingin dipegangnya sendiri, malahan sanggup mempertahankan Filipina dan mencerca Malaysia yang lebih bertanggungjawab membela para rakyat Sulu yang datang ke Sabah. Kedangkalan dan kejahilan dia mengenai sejarah dan Tartib (Protokol) Kesultanan Sulu terserlah apabila tidak mengetahui dan menafikan kewujudan dan peranan Pewaris Kedua Kesultanan Sulu.




4) Sultan Syarif Ibrahim Ajibul Pulalun : Dia ini adalah contoh klasik kepada individu-individu yang langsung tiada kaitan tetapi nak juga menyibuk mendakwa sebagai Sultan Sulu. Dia telah menabalkan dirinya sebagai Sultan Sulu dan Borneo Utara pada 20 November 2005 di Grand Astoria Hotel, Mayor Jordan St. Zamboanga City, Filipina, dan menggunakan nama Sultan Syarif Ibrahim Ajibul Mohammad Pulalun Kabayan Manjanay Syarif Abu Bakar. Sebenarnya, datuk kepada dia ni hanyalah seorang Syarif yang pekerjaannya adalah menempa senjata seperti barung (parang) di daerah Parang, Sulu. Datuk dia sangat terkenal dan menurut penduduk tempatan, datuknya adalah orang “keramat” yang mudah mengenakan “tulah” kepada sesiapa yang bertindak menganiayai beliau. Namun begitu, datuknya ini bukanlah berketurunan Raja Sulu. Kebetulan sahaja nama datuknya ialah Syarif Pulalun, yang hampir sama dengan nama salah seorang Sultan Sulu, iaitu Sultan Muhamad Pulalun. Hanya disebabkan itu, dia telah mengambil kesempatan dengan mendakwa datuknya itu adalah Sultan Muhammad Pulalun, lalu mengangkat dirinya sendiri menjadi Sultan Sulu. Latarbelakangnya telah didedahkan sendiri oleh penduduk-penduduk di sekitar daerah Parang yang sangat mengenali semua anggota keluarganya termasuk datuknya itu. Akibatnya, kini tiada seorang pun penduduk daerah itu yang mengiktiraf beliau sebagai Sultan Sulu. Bagaimanapun, sebelum itu, dia telah berjaya menipu ramai pihak termasuklah Kerajaan Filipina sendiri dan memperdaya wakil kerabat di Raja British iaitu Sir Stanley Brandenburg.




5) Sultan Bantilan Muizzudin II : Nama sebenar beliau ialah Datu Ladjamura bin Datu Wasik. Asalnya beliau dihantar ke Sulu oleh Majlis Di Raja Sulu sebagai wakil jurucakap kepada keluarga Pewaris Kedua untuk memberikan penerangan kepada rakyat Sulu mengenai kewujudan Pewaris Kedua dan hak untuk menghidupkan semula Kesultanan Sulu daripada penindasan dan mainan Kerajaan Filipina. Walaubagaimanapun, beliau akhirnya bekerjasama dengan United Tausug Citizen (UTC) sebelum diangkat oleh organisasi tersebut sebagai Sultan Sulu dengan gelaran Sultan Bantilan Muizzudin II. Tindakan ini sangat mengejutkan dan mengecewakan seluruh ahli keluarga Pewaris Kedua. Justeru itu, tiada siapapun daripada kalangan keluarga Maharajah Adinda yang menyokong perlantikannya. Sebagai maklumat tambahan, UTC inilah dalang yang telah mencetuskan kontroversi apabila mengedarkan Sijil Kelahiran Kesultanan Sulu di Sabah satu ketika dahulu.





Surat Perjanjian dan Perlantikan oleh Y.M. Raja Bongsu II kepada Datu Ladjamura sebagai wakil penerangan Keluarga Maharajah Adinda



6) Sultan Aidal Aliuddin : Dia sebenarnya hanya merupakan anak angkat kepada Datu Aliuddin Haddis Pabila. Mengikut salah seorang waris keluarga Maharajah Adinda iaitu Datu Ali Aman, pada suatu ketika dahulu, rumah kediaman Datu Aidal yang terletak berhampiran dengan rumah beliau di Kampung Likas telah terbakar sehingga ranap pada tahun 70-an. Beliau yang ketika itu tidak mempunyai sebarang keterangan diri telah datang kepada Datu Aliuddin dan merayu untuk mengambilnya sebagai anak angkat dan seterusnya memudahkan beliau mendapat pampasan bagi rumahnya yang terbakar itu serta memudahkannya mendapat kerakyatan di negara ini,


Pada tahun 1980-an, Datu Aliuddin telah menuntut haknya sebagai pewaris kesultanan Sulu dan telah menghantar Pulau Janggi (Sepong Janggi), Cop Mohor dan bukti-bukti lain ke Muzium Negara Brunei. Perjuangan beliau ini telah heboh sehingga sampai ke telinga Datu Aidal dan beliau pula dengan rasa bangga teringin nak menuntut hak itu dengan menunjukkan Pulau Janggih yang kononnya di hantar ke muzium Brunei itu akan tetapi Pulau Janggi nya itu bukanlah yang asal kerana bentuknya yang ganjil dan tidak menyerupai Pulau Janggi yang asli (bentuknya seperti buah jambu batu). Hari demi hari dia menipu dan terus menipu rakyat Sulu dan Rakyat Malaysia dengan menjual "Identity Card" dengan harga yang tinggi semata-mata untuk kepentingan beliau sendiri hingga mencemarkan nama baik Kesultanan Sulu.

Disamping itu, semasa perlantikannya sebagai Sultan, seorang ahli perniagaan (namanya dirahsiakan) di Sulu telah muflis akibat penipuannya yang telah menghutang 5 ekor lembu ternakan yang kononnya di jadikan santapan untuk tetamu yang hadir dan yang lebih memalukan lagi ahli perniagaan tersebut telah meninggal dunia tanpa mendapat bayaran dari hutang lapuk Datu Aidal. Selepas Pelantikannya sebagai Sultan yang tidak berdaulat itu, beliau telah lari ke Sabah untuk melindungi dirinya dari terus diburu akibat penipuannya sendiri. Penipuan beliau terbongkar apabila seorang penduduk(namanya dirahsiakan) dari kampung beliau telah mendedahkan semua butir-butir diri Datu Aidal termasuk ayahnya yang sebenar bernama Wahiddun dan ibunya bernama Milling yang tinggal di Tawi-tawi, Sulu.




7) Sultan Ibrahim Bahjin

Dia ini adalah dari Keluarga Shakiraullah, namun hanya berpangkat "Anak Saudara" kepada waris Sultan dari Keluarga Shakiraullah iaitu Sultan Agimuddin Abirin @ Sultan Pitico ibni Sultan Jamalul Abirin ibni Sultan Zainal Abirin. Ironinya, anak-anak kepada Sultan Agimuddin Abirin ini tiada yang tampil membuat tuntutan ke atas takhta kesultanan Sulu. Agak menggelikan hati apabila Dr. Ibrahim Bahjin ini menggunapakai gelaran "Paramount Ruler". Mungkin ingin mengangkat dirinya sendiri melebihi penuntut-penuntut takhta yang lain.







8. Sultan Mudarasulail Kiram : Dia telah mendapat liputan di dada-dada akhbar tempatan pada tahun lepas selepas memohon dana daripada umum sebanyak RM5 Juta bagi membangunkan semula Istana darul Jambangan bagi Kesultanan Sulu. Walaubagaimanapun, menurut seorang kerabat Kesultanan Sulu daripada waris kedua iaitu Datu Muhammad Al-Fazhir, namanya sebenar individu ini ialah Faisal bin Hassan yang berasal daripada Tawi-Tawi, dan merupakan anak seorang pelarian yang membesar di penempatan UNHCR di Kampung Kinarut, Sabah. Dia pernah menyamar sebagai Rajamuda Datu Muedzullail Kiram dengan berlakon kononnya dia telah di hantar oleh ayahnya iaitu Sultan Muhammad Mahakuttah Kiram ke Sabah semasa Sulu berada dalam keadaan darurat akibat perang. Walaubagaimanapun, penipuan tersebut telah terbongkar apabila Rajamuda Datu Muedzullail Kiram sendiri telah tampil untuk berjumpa dengan pewaris-pewaris Kesultanan Sulu yang lain dan menjelaskan hal yang sebenar. Mungkin kerana malu, dia telah menukar namanya kepada Datu Mudarasulail Kiram dan seterusnya mendakwa sebagai waris yang berhak kepada takhta Kesultanan Sulu.




9. Sultan Shariful Hashim II : Dia adalah individu terbaru yang ditabalkan sebagai Sultan Sulu. Nama sebenarnya ialah Datu Mohd Akjan dia telah di’tabal’kan oleh Datu Albi Ahmad Julkernain dan sebilangan bekas pemimpin United Tausug Citizen (UTC) yang kini telah pun berpecah belah, tetapi dia kemudiannya menyatakan majlis tersebut sebenarnya adalah sebuah kenduri kesyukuran. Menurut kenyataan yang diberikan oleh Datuk Eric Enchin Majimbun di Parlimen, Datu Mohd Akjan telah dibawa oleh bapa saudaranya, Hashirin Sumabud ke Kem Sibaud di Sandakan atas alasan keselamatan pada 11 November 1962 dan kemudiannya menjadi warganegara Malaysia. Dia adalah bekas tahanan ISA kerana dipercayai terlibat dalam sindiket pemalsuan kerakyatan dan pengeluaran Kad Pengenalan palsu.

Agak menghairankan apabila ayah Datu Mohd Akjan dikatakan bernama Sultan Sharif Ali Mohd Pulalun, kerana jika dirujuk dalam sejarah Kesultanan Sulu, cuma tercatat nama "Sultan Sharif Ali @ Sultan Barkat Ali" yang dianggap nenek-moyang kepada Keluarga Diraja Sulu & Brunei yang juga merupakan Sultan Brunei ke-3 yang memerintah sekitar 1400 -1424. Nama "Sultan Muhammad Pulalun @ Mohd. Fadl" pula memerintah Kesultanan Sulu pada tahun 1842-1862. Maka mustahil Sultan-sultan tersebut adalah ayah kepada Datu Akjan.

Kenyataan Datu Albi Ahmad Julkernain yang menyatakan Datu Akjan adalah "Direct-Descendent" kepada Sultan Shariful Hashim (Sultan Sulu Pertama) juga agak menghairankan dan mengelirukan. Mengikut fakta sejarah Kesultanan Sulu, jalur-terus keturunan Sultan Shariful-Hashim (Sultan Sulu Pertama) hanya sehingga Sultan Betarashah Tengah @ Panguilan Tindig ibni Sultan Pangiran Buddiman Ul-Halim. Dan dengan kemangkatan Sultan Betarashah Tengah yang tiada "Waris Lelaki", maka akhirnya anak buahnya yang bernama Pangiran Shahbandar Maharajalela @ Raja Bongsu ibni Sultan Muhammad Hassan di Brunei, telah ditawarkan untuk menaiki takhta kesultanan Sulu, yang kemudianya menjadi Sultan Sulu dengan gelaran Sultan Mawalil-Wasit-I @ Raja Bongsu.






Rujukan :

1) Asreemoro (2007) “Tausug & Kesultanan Sulu” Penerbit Saba

2) Nik Anuar Nik Mahmud (2009) “Tuntutan Filipina ke atas Borneo Utara (Cetakan Kedua)” Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

3) Y.M. Datu Ali Aman @ Raja Muda Bongsu II ibni almarhum Sultan Aliuddin II

4) Julasri bin Hajan (Asreemoro) :
http://tausug-global.blogspot.com/

5) Y.M. Datu Fazhir bin Datu Ali Kuyung : http://datufazhir-p2.blogspot.com

Friday, October 2, 2009

Siapa Sultan Sulu Yang Sebenar? -Bahagian 1-

Pada 4 April 2009 yang lalu, negara kita telah dikejutkan dengan satu tindakan kurang ajar dan biadap apabila seorang lelaki berketurunan Suluk, Datu Abdul Razak Datu Aliuddin, bersama 11 orang pengikutnya telah mengadakan perhimpunan haram dan bertindak membakar enam bendera Sabah di hadapan Pasaraya Milimewa dan Pasar Rakyat, Lahad Datu sekitar jam 8.30 pagi (Sabtu). Kesemua mereka adalah wargananegara Malaysia kerana memiliki mykad berumur antara 18 hingga 41 tahun yang tinggal di sekitar daerah Lahad Datu.
Datu Abdul Razak sebelum ini mengaku sebagai 'Sultan Sabah' yang berkuasa penuh ke atas negeri ini dan menggunakan cop mohor dan bendera Kesultanan Sulu telah beberapa kali mendapat liputan media masa tempatan sebelum kejadian ini.



Gambar menunjukkan bendera bergambar Singa yang digunakan Datu Abdul Razak kononnya adalah simbol yang digunakan oleh Kesultanan Sulu

Sultan Sulu???

Datu Abdul Razak sebenarnya bukanlah satu-satunya individu yang mengaku sebagai Sultan Sulu. Malah menurut satu sumber, terdapat 97 individu yang mengaku sebagai Sultan Sulu, terutamanya dari selatan negara Filipina. Malahan, terdapat beberapa ‘Sultan Sulu’ yang telah membina laman sesawangnya sendiri bagi menarik perhatian umum. Secara umumnya, para penyamar Sultan ini menggunakan gelaran Sultan of Sulu & North Borneo (Sabah), satu nama yang menunjukkan kebangangan mereka sendiri kerana secara tidak langsung, mereka mengakui Sulu dan Sabah sememangnya dua buah entiti yang berbeza. Jika mereka bijak sedikit, sudah pasti mereka menggunakan nama Sultan of Sulu Darul Jambangan, bagi menunjukkan keseluruhan wilayah Sultan Sulu yang meliputi Pulau Sulu, Basilan, Tawi-tawi, Selatan Palawan dan sebahagian Jambangan (Zamboanga). Kebanyakan 'Sultan' ini hanya menumpukan dua perkara semata-mata, iaitu hendak menuntut Negeri Sabah, serta mendapatkan wang pajakan dari Kerajaan Malaysia. Malangnya, jarang kedengaran 'Sultan Sulu' yang berjuang hendak memerdekakan kembali wilayah Kesultanan Sulu. Malahan, mereka sendiri sebenarnya tidak berkuasa langsung dalam aspek pemerintahan di 'wilayah' mereka di selatan Filipina, termasuklah 'Sultan Sulu' yang diiktiraf oleh Pemerintah Filipina!

"Pejabat Di-Raja" salah seorang penyamar Sultan Sulu di Filipina


Pingat & Darjah Kebesaran Sultan Sulu???

Antara sekian banyaknya ‘Sultan Sulu’, yang paling menarik perhatian sudah tentu Sultan Rodinood Julaspi Kiram, apabila tersebarnya berita dia telah menganugerahkan “Darjah Kebesaran Kesultanan Sulu” kepada beberapa orang rakyat Malaysia. Antaranya ialah enam artis Malaysia yang menerima pingat Seri Pengiran Diraja Sulu (SPDS) yang membawa gelaran Datuk Seri Pengiran iaitu kepada penyanyi 1960-an Jeffrey Din dan L Ramli, pelakon Mat Sentul dan penyanyi popular 1980-an, Azizul Khamis, Sheqal dan Salwa Abdul Rahman. Mantan isteri penyanyi Nash Lefthanded, Sosilawati Lawiya yang juga pengasas produk kecantikan Nouvelles Visage didakwa menerima Pingat Paduka Diraja Sulu (PPDK) yang membawa gelaran Datuk Paduka.



Seorang lelaki yang mendakwa sebagai Setiausaha Eksekutif dan Penyimpan Mohor Besar Diraja Sultan Sulu dan Borneo Utara, Putra Eddy T Sulaiman, mendakwa anugerah berkenaan diberikan berdasarkan sumbangan mereka dalam bidang hiburan. Beliau mendakwa, setiap penerima anugerah itu diberikan kad pengenalan khas yang membuktikan pengurniaan darjah kebesaran Kesultanan Sulu dan pemilihan penerima pingat itu dibuat secara teliti oleh jawatankuasa khas berdasarkan sumbangan mereka dalam bidang masing-masing. Sultan Sulu bercadang memberikan anugerah darjah kebesaran baginda kepada pengamal media di negara ini seperti wartawan dan jurugambar. Apa tujuan niat dan motif sebenar mereka memberi ‘Darjah Kebesaran’ kepada penyanyi dan akan datang, kepada wartawan ni, hanya Allah sahajalah yang tahu. Mungkin meniru idea sebuah negeri yang mengurniakan pingat ‘Datuk’ kepada seorang pelakon antarabangsa atas alasan ia dapat membantu mempromosikan sektor pelancongan negeri tersebut.





Apa yang menambahkan panas kepada berita tersebut adalah apabila seorang lelaki yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, Datu Mudarasulail Kiram, mengatakan terdapat pihak tertentu yang menyebarkan risalah mengenai penganjuran ‘Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran Kesultanan Sulu’ dan disertakan dengan borang permohonan untuk memiliki darjah kebesaran tersebut lengkap dengan senarai harga bagi setiap anugerah. Penganjur majlis berkenaan didakwa menetapkan ‘harga’ bagi bayaran darjah Datuk Seri Panglima Diraja Sulu (SPDS) adalah RM220,000, selain Datuk Bendahara Diraja Sulu (DBDS) (RM150,000), Datuk Paduka Diraja Sulu (DPDS) (RM120,000), Datuk Pangeran Sultan Sulu (DPSS) (RM80,000) dan Datin Seri Sultan Sulu (DSSS) (RM80,000).




Penyelesaian???

Kesultanan Sulu mempunyai Tartib (Protokol) yang tersendiri termasuk dalam hal pewarisan takhta. Merujuk kembali kepada sejarah dan adat Kesultanan ini, Kesultanan Sulu sebenarnya mempunyai dua pewaris (digambarkan dalam bendera Sulu) seperti berikut :

i. Pewaris Pertama - iaitu dari zuriat keturunan Sultan Azimuddin / Alimuddin I ibni Sultan Badaruddin I dari isterinya gadis Bugis dari Soopeng, Sulawesi. Digambarkan dalam bendera Sulu dengan Lambang Keris. Terbahagi kepada dua keluarga :
a) Keluarga Kiram
b) Keluarga Shakiraullah

ii. Pewaris Kedua - iaitu dari zuriat keturunan Sultan Bantilan Muizzuddin ibni Sultan Badruddin I, dari isterinya seorang Puteri anak pemerintah Puak Tidung di Kalimantan Timur, dikenali sebagai Keluarga Maharajah Adinda. Digambarkan dalam bendera Sulu dengan Lambang Tombak.


Bendera asal Kesultanan Sulu


Bendera Kesultanan Sulu yang digunakan sejak Abad ke-17 bagi menggambarkan kewujudan dua Keluarga Pewaris




Kesultanan Sulu mewujudkan Pewaris Kedua sebagai "Penyelamat dan Penyambung" kepada Kesultanan Sulu, iaitu sekiranya hak Kesultanan Sulu berakhir di tangan Pewaris Pertama. Sejarah perkara ini perlu dilihat kembali kepada semasa pemerintahan Sultan Badaruddin-I ibni Sultan Salahuddin-Karamat yang memerintah sekitar tahun 1718 sehingga 1732. Putera sulung Sultan Badaruddin-I yang bernama Datu Lagasan menaiki takhta Kesultanan Sulu dengan gelaran Sultan Azimuddin @ Alimuddin I. Tetapi selepas pembaptisan baginda oleh para paderi Sepanyol di Manila sekitar tahun 1750, baginda telah menggunakan nama Don Fernando de Alimuddin (The Christian Sultan of Jolo). Jika mengikut hukum undang-undang kerajaan kesultanan Islam, hak Sultan Azimuddin / Alimuddin @ Don Fernando de Alimuddin dan keturunannya ini telah termansuh lantaran Pembaptisan baginda itu ke agama Kristian.

Sekitar tahun 1748, telah berlaku perbalahan di antara dua bersaudara ini. Oleh kerana Sultan Azimuddin @ Alimuddin-I telah memberikan kebenaran kepada para Jesuit dan Mubaligh Kristian Spanyol untuk menyebarkan doktrin agama Kristian di Sulu, maka perkara tersebut telah mendatangkan kemarahan kepada saudaranya, Raja Muda Datu Bantilan, yang merupakan putera Sultan Badaruddin I yang kedua. Bagi mengelakkkan perbalahan itu berpanjangan, akhirnya Sultan Azimuddin-I bersama putera dan puteri serta beberapa orang pengikutnya yang setia telah bertolak ke Zamboanga, dan kemudiannya ke Manila dan diberi sambutan dan layanan yang baik oleh para pegawai Sepanyol dan para Jesuit Kristian. Semasa ketiadaan Sultan Azimuddin @ Alimuddin I di Sulu, beberapa ahli Majlis Diraja Sulu dan rakyat Sulu telah bersetuju melantik Raja Muda Datu Bantilan menaiki takhta Sulu dan menjadi Sultan Sulu dengan gelaran sebagai Sultan Bantilan Muizzuddin. Baginda memerintah dari tahun 1748 sehingga 1763.

Takhta kesultanan Sulu kemudianya digilirkan antara beberapa pewaris daripada Keluarga Pertama dan Kedua ini. Hinggalah kepada Sultan Sulu yang terakhir daripada Keluarga Kedua iaitu Maharajah Adinda Sultan Muhammad Aranan Puyo. Namun, memandangkan usia beliau yang telah lanjut dan tua, beliau kemudian menyerahkan takhtanya kepada seorang pewaris daripada Keluarga Pertama iaitu Sultan Jamalul Azam. Takhta Sultan Sulu kemudiannya dimonopoli sepenuhnya oleh Keluarga Pertama yang kemudiannya dikenali dengan nama keluarga 'Kiram'. Memandangkan tempoh Maharajah Adinda Sultan Muhammad Aranan Puyo menaiki takhta tidak sampai seminggu, nama baginda sering digugurkan dalam senarai salasilah Sultan-sultan Sulu hingga menyebabkan hak keturunan Keluarga Kedua dinafikan dan tidak diketahui oleh para pewaris daripada Keluarga Pertama pada hari ini. Waris daripada Keluarga Kedua ini kemudian dikenali dengan nama keluarga 'Maharajah Adinda' dan mereka masih mempunyai hak untuk menuntut takhta Kesultanan Sulu jika ia termansuh disebabkan oleh tindakan daripada Keluarga Kiram ini.

Petunjuk daripada Geran Pajakan Penyerahan Kekal Sabah

Dalam geran yang ditandatangani bagi pajakan secara kekal bagi wilayah Sabah, dinyatakan sebanyak empat kali perkataan "Pewaris dan Penyambung" atau dalam Bahasa Inggerisnya "The Heir and Successor". "Pewaris" yang dimaksudkan disini ialah Keluarga Kiram yang ketika itu memonopoli jawatan Sultan Sulu, sementara "Penyambung" yang dimaksudkan ialah Keluarga Maharajah Adinda, yang berhak untuk menuntut kembali takhta Kesultanan Sulu sekiranya terjadi apa-apa perkara yang menyebabkan ianya termansuh oleh Keluarga Kiram. Pajakan yang dikurniakan oleh Sultan Sulu dahulu merupakan penyerahan secara kekal sebagaimana yang dinyatakan dalam perjanjian tersebut "selagi ada bintang dan cakerawala". Disebabkan itulah, mana-mana waris Kesultanan Sulu pada hari ini tidak boleh lagi mempersoalkan apatahlagi menuntut kekuasaan terhadap Negeri Sabah. Kuasa yang boleh dipohon oleh para waris Sultan Sulu yang benar-benar berhak hanya dari segi tuntutan wang pajakan semata-mata.


Pulau / Sepoh Janggi
Keturunan Waris Kesultanan Sulu merupakan saudara kepada Kesultanan Brunei. Sultan Mohammmad Hassan, Sultan Brunei ke-9, telah menyerahkan satu "Lambang Pusaka”, iaitu belahan biji benih Coco De Mer, yang dipanggil di Sulu sebagai "Pulau Janggi", dan di Brunei sebagai "Sepong/Sepoh Janggi". Pulau Janggi ini telah diberikan kepada Putera Bongsu / Pangiran Shahbandar Maharajalela, yang telah dihantar untuk menjadi Sultan Sulu sekitar tahun 1600 dengan gelaran Sultan Mawalil Wasit I.

Pulau Janggi @ Sepoh Janggi (Coco de Mer) ini hanya diamanahkan kepada Keluarga Maharaja Adinda, bukan kepada Keluarga Kiram atau Shakiraullah". Ini bertujuan sebagai bukti akan kesahihan hak pewaris kedua sebagai pewaris dan penyambung kepada Kesultanan Sulu (The Heirs and Successors). Juga merupakan pewaris yang sememangnya berkelayakan sepenuhnya untuk menuntut hak ke atas Wilayah dan Harta Milik Kesultanan Sulu iaitu sekiranya apa-apa perkara yang tidak diingini terjadi kepada Sultan Sulu daripada “Pewaris Pertama”.
Pulau Janggi @ Sepoh Janggi ini telah dipulangkan ke Muzium Brunei oleh Pewaris Maharajah Adinda yang bernama Datu Aliuddin Haddis Pabila bin Datu Syeikh pada 4 Mei 1978 dan telah disahkan kebenarannya oleh Pengarah Muzium Brunei pada masa itu. Pihak Muzium Brunei telah mengesahkan ketulenan Barang Pusaka tersebut dan mengesahkan hanya “Pewaris Kedua” sahaja yang berhak untuk menuntut takhta Kesultanan Sulu yang telah kosong pada hari ini.



Bersambung...