Featured Post

Peringatan Kepada Laman OhMyMedia dan Page-page Hiburan Kaki Copy Paste

Ketika penulis memulakan penulisan di blog kira-kira sembilan tahun yang lalu, ada tiga (3) niat utama yang terlintas di fikiran pen...

Tuesday, January 26, 2010

Gelaran Dato’ Boleh Dipohon di Luar Negara?

Ingat lagi Raja Noor Jan Syah? Individu yang mengemukakan salasilah yang tunggang langgang dan tiba-tiba menabalkan dirinya sendiri sebagai Sultan Melaka ke-44. Baru-baru ini, beliau muncul kembali dengan sebuah blog, http://sultanmelakake44.blogspot.com (hebat sungguh ’Sultan’ yang seorang ni, siap ada blog lagi!). Dan beliau menghebahkan dalam blog tersebut bahawa dirinya telah menerima Darjah Kerabat (D.K.) daripada Paku Buwono XIII, Raja Surakarta / Solo.



Untuk pembaca yang tidak arif, Surakarta merupakan salah sebuah Kerajaan (Kingdom) yang masih lagi wujud di Indonesia iaitu serpihan daripada Kerajaan Mataram yang mengaitkan dengan Kerajaan Majapahit. Walaubagaimanapun, Raja-raja Surakarta, yang memakai gelaran Paku Buwono, tidak seperti sebuah lagi serpihan Kerajaan Mataram iaitu Kerajaan Yogyakarta, yang rajanya secara automatik dilantik menjadi Gabenor Daerah Istimewa Yogyakarta (sebuah propinsi) dengan gelaran Sultan Hamengku Buwono, Raja Surakarta ini tidak lagi mempunyai kuasa pemerintahan eksekutif mahupun memiliki wilayah istimewanya sendiri pada masa sekarang.

Darjah Kerabat (D.K.) pula merupakan Darjah Kebesaran tertinggi di negara kita. Darjah Kebesaran ini hanya dimasyhurkan bagi negeri-negeri Melayu Beraja sahaja (termasuk Brunei) dan biasanya dikurniakan hanya kepada kalangan Raja-raja Melayu dan pewaris terdekatnya serta pemimpin terkanan negara seperti Perdana Menteri dan Menteri Besar.

Apa yang memusykilkan penulis, sejak akhir-akhir ini, semakin ramai rakyat Malaysia mendakwa telah menerima pingat termasuklah Darjah Kebesaran yang membawa gelaran Dato’ daripada Paku Buwono XIII ini. Kemuncaknya adalah apabila si Raja Noor Jan mewar-warkan bahawa telah menerima D.K. daripada Paku Buwono ini yang dianggapnya setaraf dengannya kerana merupakan keturunan Raja Majapahit (Melaka dan Majapahit merupakan dua buah kerajaan besar yang berdaulat di Nusantara pada masa dahulu. Kalau susah nak faham, tonton balik filem Puteri Gunung Ledang). Mungkin Raja Noor Jan ni sedar, susah untuk dirinya menerima D.K. daripada mana-mana Raja-raja Melayu di dalam negara. Oleh yang demikian, untuk mengangkat prestij dirinya sendiri sebagai ’Sultan Melaka’, maka terpaksalah dia menghebohkan dirinya menerima D.K. daripada Raja Surakarta yang separuh atau memang tak berdaulat itu.

Raja Noor Jan bersama penerima lain dari Malaysia
Raja Noor Jan bersama Paku Buwono XIII
Chef Wan turut pernah menerima Pingat Ahli Mangku Negoro Pakubuwono (meniru pingat Ahli Mangku Negara A.M.N oleh Y.D.P. Agong??). Tetapi pingat ini tidak membawa gelaran Dato'.
Chef Wan bersama penerima Darjah Kebesaran dari Malaysia
Penulis telah membuat semakan sendiri dan amat terkejut apabila mendapati terdapat sebuah laman sesawang khusus yang didakwa sebagai utusan daripada Paku Buwono XIII di Malaysia, sila layari sendiri http://www.rajasurakarta.com Laman sesawang ini dikendalikan oleh dua orang berketurunan Cina bergelar Datuk yang mendakwa diri mereka sebagai Setiausaha Sulit kepada Raja Surakarta dan beribupejabat di Negeri Pahang. Oleh sebab itu, jangan terkejut kerana ramai juga rakyat Malaysia berketurunan Cina yang menerima dan menggunapakai gelaran Dato’ daripada Raja Surakarta ini.
Amat menarik apabila orang ramai boleh mengisi borang pencalonan anugerah kebesaran yang disediakan dalam laman sesawang tersebut dengan memohon terlebih dahulu ’username’ dan ’password’ daripada ’Setiausaha Sulit’ Raja Surakarta itu.


Yang menambahkan kehairanan penulis adalah apabila mendapati gelaran dan nama pingat serta Darjah Kebesaran yang dikurniakan oleh Paku Buwono XIII ini saling tak tumpah sebagaimana nama-nama pingat yang digunakan di dalam negara kita. Nama pingat seperti Pingat Pekerti Terpilih, Pingat Gagah Berani, Pingat Jasa Bakti serta gelaran Dato’ Seri Diraja, Dato’ Seri dan Dato’ Paduka adalah sinonim dengan nama dan gelaran yang digunapakai di negara kita.


Cuba bandingkan dengan nama pingat asal yang diberikan oleh Raja Surakarta di Indonesia sebagaimana di bawah. Nama pingat dan Darjah Kebesaran tersebut semuanya berunsur ’Jawa’ dan sama sekali berbeza dengan nama ’Darjah Kebesaran’ yang dikurniakan oleh beliau kepada rakyat negara kita.


Siapakah sebenarnya individu-individu di sebalik semua ini yang sangat ghairah bekerja untuk ’Raja’ dari luar negara ini? Mengapakah Raja Surakarta ini sangat ’bermurah hati’ memberikan pingat dan Darjah Kebesaran kepada rakyat negara ini? Atas dasar dan jasa apa? Logikkah pingat dan Darjah Kebesaran tersebut diberikan secara percuma sahaja? Untuk makluman, Manohara Odelia Pinot, bekas Cik Puan Temenggung Kelantan, yang kemudiannya sibuk memburuk-burukkan negara kita selepas melarikan diri ke Indonesia, turut menerima gelaran daripada Raja Surakarta iaitu Kanjeng Mas Ayu Tumenggung (Temenggung=Tumenggung???). Jika bekas model dan kini sekadar pelakon yang sanggup menghina negara kita dan suaminya sendiri menerusi sebuah sinetron khas pun dimuliakan dan diberikan gelaran Di Raja, adakah mana-mana rakyat negara kita yang sanggup dan tergamak bekerja untuk Raja Surakarta ini?


Manohara ketika menerima gelaran di Kraton Solo
Bagi penulis, pangkat dan kebesaran hanyalah di dunia. Di sisi Allah, hanya amalan yang akan dinilai. Untuk maklumat lain, sila layari juga posting http://ibnurusydi.blogspot.com/2009/10/siapa-sultan-sulu-yang-sebenarnya.html
mengenai rakyat Filipina bernama Rodinood Julaspi Kiram yang menyamar mengaku sebagai Sultan Sulu dan turut menganugerahkan gelaran Dato’ kepada rakyat negara kita.

p/s : Untuk makluman, Kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf pingat dan gelaran Dato’ yang dianugerahkan oleh Raja Surakarta ini serta gelaran Dato’ oleh Rodinood Julaspi Kiram, seorang rakyat Filipina yang menyamar mengaku sebagai Sultan Sulu.

65 comments:

  1. Salam,

    Kasihan juga dengan mereka yang memburu gelaran dan pangkat ini.Lebih baik tumpu pada amal ibadat dari memburu pangkat dan darjat.Yang dimusykilkan,bagaimana selepas Sultan Perak sekarang boleh memandai selitkan nama beliau sebagai Sultan Perak seterusnya dan sekaligus Sultan Melaka?Anak Sultan Perakkah?Pelik...pelik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya kau pun tumpukan kepada amalan akhirat, jangan pertikaikan urusan dunia - biarlah siapa menyamar Sultan Perak ke, jangan nak menyamar jadi Najib sudah le.. Rosak negara

      Delete
  2. asalamualaikum saudara.... kalau saudara ingin berkongsi maklumat dengan saya... hantarkan saja ke email datufazhir_p2@yahoo.com atau kol sy saja d nombor 0178635835....

    ReplyDelete
  3. agaknya betul la orang nita ni semua gile pangkat & gelaran. tak dapat kat dalam negeri, beli kat luar negeri pun jadik lah...

    apa nak jadik lah agaknya... taubatlah semua, kiamat dah makin dekat... =(

    ReplyDelete
  4. kerajaan tak iktiraf pun, ramai yg berebut2 dapatkn datuk dari sultan indonesia ni???

    pelik2x...

    ReplyDelete
  5. Salam saudara ibnu,

    tahniah atas usaha yang baik mengembalikan kegemilangan sejarah tanah air dan nusantara. gaya penulisan yang baik dan banyak research. well done dan harap saudara teruskan usaha murni ini kerana dewasa ini amat kurang orang Melayu yang pakar dalam sejarah.

    Saya ingin tahu, saya rasa saudara ini murid kepada dr srikandi (MO). Maaf jika tersilap agak. Cara penulisan saudara juga baik dan menunjukkan saudara seorang yang mahir dan terpelajar dalam jurusan sejarah.

    Walau apa pun, saya ucapkan selamat maju jaya.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam.. Saudara Abatasa,

    Terima kasih byk2 atas komen yang diberi. Saya juga selalu mgikuti artikel2 dalam blog saudara juga sebenarnya...

    Semoga Allah sama2 berikan kita rahmat dan keupayaan untuk terus menulis. Insya Allah..

    Salam hormat,

    ReplyDelete
  7. Bagus utk informasi dan penilaian orang ramai tp jangan membuat judgement terlebih dahulu. Kajian mendalam perlu dilakukan kerana banyak kesalahan fakta. Rujuk kepada Kementerian Kebudayaan Indonesia tentang sejarah sebenar Kesultanan Surakarta. Contoh kesalahan fakta adalah Sultan Haemangkubuwono di Yogyakarta tidak dilantik secara otomatik menjadi Gabenor di Jogja. Ini adalah tidak benar. Beliau menyertai Parti Golkar utk dicalonkan sebagai Gabenor dan menang dalam pilihanraya Gabenor. Kemenangan beliau adalah kerana pengaruh kuat keturunan diraja beliau yg masih menjadi panutan rakyat di Jogja sejak beratus tahun. Lain pula dgn Sultan Paku Buwono XIII yg menolak utk menyertai politik. Memang beliau tidak memerintah Surakarta sekarang sejak Indonesia menjadi republik tetapi Tuanku adalah Ketua Adat Istiadat dan Kebudayaan di Surakarta. Kedaulatan Kesultanan ini diakui oleh pemerintah Indonesia sebagai Kerajaan Kesultanan dan disebabkan itu jugalah tradisi penganugerahan darjah kebesaran dan pingat sejak beratus tahun ini masih diteruskan sampai skrg dan diakui oleh pemerintah Indonesia. Ramai org2 kenamaan Indonesia termasuk Presiden Suharto, SBY dan byk lagi hadir di Keraton utk menerima gelar dan darjah dr kerajaan kesultanan Surakarta atas jasa2 mereka dan mereka hadir utk menerimanya di Keraton dgn penuh adat istiadat Kesultanan Kerajaan Mataram Jawa serta seperti layaknya seorang pembesar mengadap Sultan di Malaysia. Jadi di sini tidak timbul isu samada Kesultanan ini wujud secara sah atau tidak. Kita masih bertuah kerana kesultanan Melayu kita masih dpt dipertahankan oleh Perlembagaan ttp kite lupa yg negara Indonesia ini adalah negara republik sewaktu penubuhannya dulu yg mana telah melenyapkan kuasa pemerintahan para sultan di negeri2 bahagian di Indonesia tetapi ini tidak bermakna kedaulatan dan keturunan kesultanan ini juga turut lenyap. Mengenai gelaran yg diberikan kpd individu dr Malaysia itu pula, bergantung lah kpd individu tersebut utk memakainya atau tidak.....Allahualam.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas teguran saudara anon 8:08..

    Salam hormat,

    ReplyDelete
  9. Kerajaan Malaysia iktiraf ataupun tidak pingat kebesaran ini drpd pakoe boewono XIII??

    ReplyDelete
  10. Salam saudara Anon 12:04,

    Setakat yang saya maklum, Kerajaan tak mengiktiraf gelaran "Datuk" @ "Dato'" yang diberikan oleh Keraton Solo mahupun individu yang mengaku sebagai "Sultan Sulu". Saudara boleh refer kepada Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri (JPM) jika inginkan pengesahan.

    ReplyDelete
  11. Saya berkesempatan untuk melihat buku jadual program Istiadat penganugerahan darjah kebesaran Raja Surakarta sebelum membaca blog ini mahupun mengetahui kewujudan Raja Surakarta ini.

    Oleh itu pemerhatian saya di bawah ini adalah berdasarkan pendapat seorang 'layman':

    1. Gelaran spt Dato' dan Dato' Sri adalah sama seperti kita di Malaysia. Adalah aneh bagi pendapat saya gelaran ini digunapakai di negara jiran kita iaitu Indonesia. Sedangkan di negara jiran Brunei pun menggunapakai gelaran yang lain.
    2. Nama anugerah seperti 'Pingat Jasa Kebaktian' dan 'Ahli Mangku Negara' seperti tidak kena dengan Bahasa Indonesia itu sendiri, kerana lebih menjerumus kepada Bahasa Malaysia.
    3. Terdapat yuran keahlian bagi menganggotai 'Persatuan Penerima Darjah Kebesaran di Malaysia' ini iaitu RM1000 dan RM500; mengikut jenis pingat/gelaran yang diterima.
    4. Jadual program pula mengatakan bahawa calon-calon penerima darjah kebesaran akan berkumpul dahulu di LCCT untuk bertolak ke Indonesia. Amat aneh sekali, sebagai penerima anugerah untuk berkumpul di LCCT. Mengapa tidak di terminal utama KLIA? (Bukan tujuan saya untuk merendahkan LCCT).
    5. Dalam setahun, ada 3 atau 4 kali istiadat pengurniaan kebesaran. Mengapa perlu begitu banyak kali istiadat diadakan dalam masa setahun.
    6. Seingat saya, darjah bergelar yang diiktiraf di negara kita hanya dari Sultan-sultan Melayu dan Ratu Inggeris sahaja. Yang lain-lain hanya sekadar pingat sahaja dan gelaran tidak diiktiraf. (Dari negara jiran Brunei saya tidak pasti).

    Yang membimbangkan saya adalah berkemungkinan kurnia anugerah ini adalah ikhlas dan hak Raja Surakarta tetapi disalahgunakan (manipulasi) pihak tertentu di negara kita Malaysia.

    Sekian.
    HANIF
    Presint Diplomatik, Putrajaya

    ReplyDelete
  12. Saudara Hanif; 5:44;
    Saya merupakan salah seorang penerima Darjah tersebut dan saya merasakan apa yang anda nyatakan di sini semuanya palsu tanpa berusaha men ari kebenaran. 
    1) Darjah gelaran TIDAK SAMA dengan Malaysia di mana ianya adalah DKRT (Dato Kanjeng Raden Temenggung) dan membawa gelar Dato', tidak mungkin utk menyebut sepenuhnya kan. Spt di Malaysia byk darjah yg bermcm2 dan membawa gelar Dato atau Datuk. Darjah DKRT ini diberikan pingat dan sijil yang  ditandatangani oleh Raja Surakarta sendiri.
    2) mengenai berkumpul di LCCT, saya kira encik langsung tidak peka bahawa hanya Air Asia sahaja yg terbang ke Surakarta!
    3) Yuran yg dikatakan itu adalah FITNAH semata2 kerana kami memberi derma secara sukarela dan TIADA YURAN yang dikenakan. Wang derma tersebut digunakan pihak istana untuk membeli hamper dan diberikan kpd fakir Miskin di sana, dan kami juga berpeluang utk menyampaikan hamper2 tersebut!
    Samada gelar itu diterima atau tidak saya dapati ramai kakitangan kerajaan juga menggunakan gelaran yang sama termasuk Mantan Timb Menteri Kesihatan, setiausaha sulit menteri, senator2 dll kerana Raja Surakarta diakui dan diterima kerana beliau pernah terima DK Negeri Sembilan pada tahun 2001 bersama2 Sultan Mizan. Sekian

    Dato' K

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaaa dato k sudahlah citer panjang lebor tuuuu dato alex tuh yg nguruskan jual beli dgn website tersedia lg mau tegakkan benang basah ke

      Delete
  13. One thing about Malaysians they just love to criticise..without knowing the truth. Why must you care in the first place? The most important thing the title given is genuine. To me the title is not to be respected but it's more for appreciation. So those without any please don't be like a sour grape..

    ReplyDelete
    Replies
    1. its not abt sour grape its abt being scammed , dont u get it? it isnt the practice of previous sultanate to confer titles to comonners, it existed only in these recent years. dont u think its fishy? well bcoz it is :)

      Delete
  14. En Hanif... Lain kali biar siasat dulu jangan main hentam kromo je.. Skarang sapa yang malu? Ni la dikatakan ibarat tepuk dulang tepercik muka sendiri..kalau betul title tu RM1000, aku pun mampu... Bikin naik bisnis aku! Tapi aku sekadar PE jual burger tak layak la gelaran tu... Tapi aku tak la pulak nak kutok mika2 yang dapat! Rezeki masing2 kan yang koma2 sibuk tahap gaban ni apa dapat? Adakah sbb koma2 ni tak dapat so jadi mcm apa omputih kata.. Hah! Sour grape apa?..ni la org melayu suka menjatuhkan bangsa sendiri.. Daripada dok menjaga pasai title orang ni kan lagi baik pi pikir Hal lain.. Antaranya nasib melayu Akan datang... Cuba fikirkan brader!

    ReplyDelete
  15. Ibnu Rusydi,

    Kalau dibahaskan perkataan Temenggung dengan Tumenggung dah jelas la Bahasa Malaysia dan Indonesia ada sedikit perbezaan (Malaysia) atau perbedaan (Indonesia); Malaysia cakap, Indonesian Bilang...Sama juga dengan perkataan Boleh dan Bisa...pusing dan putar.. Bukan ke saudara Abatasa kata anda penulis yang baik; bagi saya penulisan yang baik harus disertakan dengan FAKTA yang betul.. Sekian

    Dato' K

    ReplyDelete
  16. Apa punya citer daa... Cer cakap apa yg ko dapat dengan membahaskan benda remeh ni kat sini? Dia org dpt title suka ati lantak lah.. Yg ko nak mempetikai kan plak apa hal? Ko da kurang keje agaknyer ni.....

    ReplyDelete
  17. saya juga penerima anugerah yang sama yang membawa gelaran datuk..sepatutnya kita menghargai apa yang orang beri bukan hentam membabi buta..inilah sikap orang melayu suka memeperlekehkan bangsa sendiri..malu bila ada mat saleh ...hentam encik hanif...nasihat saya untuk encik hanif masuk libry buat kajian ,,banyakkan membaca ok.....terima kasih.
    "DATUK A"

    ReplyDelete
  18. kepada Datuk K dan encik yang jual burger saya menghormati kenyataan anda yang tahu menilai dan menghargai apa yang diberikan oleh seseorang kepada kita...yang sebaiknya kita patut merasa bangsa kerana ada rakyat kita yang diiktirah oleh kerajaan luar....tahniah kepada penerima darjah kebangsawanan istana surakarta.

    ReplyDelete
  19. Salam....
    Saya salah seorang yang ingin mendapatkan gelaran dato itu, memang betul nak pingat dan darjah kebesaran dari surakarta memang kena bayar untuk DKRT tu saya pernah ditawarkan RM 25K dari Dato'Dr, nama takyah sebut paham-paham sudah............

    ReplyDelete
  20. Salam...

    Pada mulanya bila saya dengar gelaran dato dari negara jiran indonesia saya rasa mengarutlah..sehinggalah kawan saya sendiri yang mendapat gelaran dato dari sana..yg membuatkan saya yakin ialah beliau menunjukkan lesen memandu, kad pengenalan n lain-lain pekenalan diri dengan gelaran dato di depan nama beliau..bila di fikir semula kalau gelaran dato ini tidak di iktiraf kenapa boleh lulus di negara kita malaysia...so terpulanglah pada semua..dan satu perkara lg beliau tidak membayar apa-apa untuk mendapat gelaran kecuali derma seikhlas hati..saya rasa jika ada yang minta bayaran itu adalah sendiket..hati-hati jangan sampai tertipu..

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum..saya salah seorang penerima Dato seri di sana,memang benar disana wujud istana lama,Dahulu pemerintahnya adalah Raja..bukan skrg..masyarakat disana masih menghormati sultan,Apabila menerima gelaran disana,saya dibuat lesen jpj bergelar Dato'dan suatu hari saya ke jpj untuk melihat nombor pendaftaran saman kereta saya,rupanya tidak ada di dalam sistem jpj,hanyalah dicetak..saya berasa curiga lalu saya membawa watikah ke jabatan pendaftaran negara untuk memasukan nama Dato di dalam kad pengesahan nama,rupanya tidak dapat,kerana tidak diiktiraf,saya ke balai polis untuk pengesahan nyata benar skali kerajaan tidak iktiraf...mana2 yg dapat Dapat gelaran Dato dari sana pun bolih pakai di malaysia,tetapi skadar nak gelemour dan bangga apabila orng memanggil Dato'tetapi tidak dapat apa2 keistimewaan seperti Dato' malaysia yang diiktiraf,ibarat kata polis indonesia datang ke malaysia apa yang dapat dia buat..hanya skadar dia seorang polis,,dia tidak bolih menjalankan tugas sperti polis d malaysia..seorang memakai jam rolex orignal seorang lagi memakai jam rolex tidak orignal,,itulah yng beza,,seseorang mendapat gelaran Datuk malaysia akan terasa sperti anugrah dari Tuhan melalui Raja..sesuai dgan maksud ayatNYA terpulang kepadaku untuk mengakat DArjat seseorang...stakat.nak bergaya nak suruh org panggil dato'bagi bsnes kard'bolihlah,,tapi bila masuk mahkamah,projek kerajaan memang tak bolih pakai..saya pun tak pakai Dato seri sana,hanya dlm bsnes kard letak sinkatan anugrah dibawah saja..DPMP,SPMP..cuma kalau kita perhatikan Dato2 yang hebat semuanya Dato'malaysia,,ada juga yang dah ambil disana tetapi bila trasa tidak selesa,bila ditanya dapat dato dari mana?macam macam dihentam pahang johore,atau cerita yg sbetulnya dari indonesia,dan kebanyakan yang sedar akan brusha mndapatkan anugrah di malaysia,untuk membetulkan keadaan,,anak2,saudara mara,kaum keluarga,,semuanya akan Tahu kita mendapat Dato'so kita ingin gelaran itu untuk apa?menunjuk,bermegah,nak dapat projek juta,dihormati,disanjungi,,kejarlah pangkat dari tuhan yang paling penting HAJI mabrul,ingat kesombongan itu selendang Allah,,Dan Allah paling tidak suka org yng bermegah2..Bagi yng menerima dato datuk seri disana bolih pakai,,tapi tak kemana pun skdar Datuk tak diiktiraf dimalaysia,tak direstu oleh malaysia,,cuma kerajaan tak mengeluarkan akta haram je lagi...mungkin bila terlalu ramai Datuk sebegini kerajaan akan berusha kearah tu...pakailah jenama orignal,,jangan pakai yang tidak orignal..
    Yang benar Datuk irwan

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya bersetuju datuk irwan, kalau awak seorang yang Dato' yang iktiraf dari luar negara,
      Dato' title nya hanya boleh guna kat kad business dan bukan mahkamah,projek kerajaan memang tak boleh dipakai kerana ia tidak iktiraf by malaysia

      Delete
  22. Dah tahu malaysia tak iktiraf pakai buat apa?tujuan nak nama Dato nak dapat keistemewaan di negara kita sendiri,,Dah pergilah duduk indonesia..

    ReplyDelete
  23. Orang bodoh baru beli Dato lebih - lebih lagi beli Dato yang palsu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukit Aman akan mngambil tindakan tegas keatas2 Datuk2 palsu ini..Sekiranya ada maklumat dibuat pihak polis akan membuat penagkapan.

      Delete
    2. Dato'Hj ir azman baharunJuly 29, 2012 at 3:51 AM

      Sungguhpun negara indonesia dulu mempunyai pemerintahan Diraja..tetapi skrg tidak lagi..kerajaan..perdana menteri diberi kuasa penuh...cuba lihat. ada ke kita pernah baca nama Datuk suharto..menteri2 perdana menteri tidak ada seorang pun mnggunakan pangkat Dato' Datuk ni..sdangkan merekalah yang paling penting dan wajib...ni rakyat malaysia yang trhuyung2 nak dpat gelaran Datuk...Tolonglah yang dah pakai tu..kejarlah Pangkat Haji..Bayar jee budak tamat spm pun bolih dapat...itulah yg sangat kecewa..Datuk2 sebeginilah merosakn nama gelaran Datuk orignal di malaysia..Bertaubatlah..insaflah..Sebelum ada seseorang membuat report polis...

      Delete
    3. sokong sttmt dato atas ni....mmg dato malaysia yg genuine akan menyampah dgn dato2 celop ni

      Delete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. kalau kata iktiraf Malaysia
    ada ramai orang tak memuas hati

    kerana seperti berikut:

    kawan saya telah mengambil belajar di Korea dalam bidang Doktor , dia mendapat Master dalam Bidang Doktor Perubatan, sama juga, Kerajaan Malaysia Tidak akan mengiktirafkan Sijil tersebut tetapi yang nyatanya dia telah belajar dan layak untuk bergelar dan menggunakan title Dr.
    Akhirnya dia memilih keluar singapore kerja tetapi singapore pulak bagi iktiraf title Dr. dia


    Yang penting dato' sendiri
    jangan guna nama title dato' menbuat kesalahan
    walaupun dato' malaysia sendiri ada buat kesalahan , polis diraja malaysia kami pun akan mengambil tindakan.

    Dato' is just a title, Dont be take so serious

    ReplyDelete
  27. Beberapa waktu yang lalu saya mendapat tawaran mendapat anugerah Dato' dari sebuah negeri di Malaysia,dan saya terima.Alhamdulillah.Saya warganegara Malaysia yang telah tinggal di Indonesia untuk tempoh 15 Tahun dan banyak membantu Malaysia secara diam2.Isteri saya warga negara Indonesia dan sekarang beliau bergelar Datin,istri banyak mendampingi istri istri pembesar Malaysia yang datang ke Indonesia,wajar beliau mendapat gelaran Datin.Sri Sultan Hamengku Buwono X(Gubernur DIY Sekarang) adalah teman baik saya begitu juga Paku Alam.Untuk membetulkan kesilapan di atas:Gubernur DIY dilantik secara otomatis(Tidak melalui Pemilu)kerana itu dinamakan Daerah Istimewa Yogjakarta.Gelaran gelaran yang diterima dari surakarta(solo)salah satu bertujuan untuk memperkenalkan budaya Jawa oleh penerima anugerah.Jadi silakan penerima anugerah memperkenalkan budaya jawa di Malaysia.Penerima gelaran dari surakarta tiada yang membawa gelaran Dato,Dato Seri dan sebagainya walaupun setiap tahun kumpulan yang mempromosikan gelaran gelaran itu di Malaysia menghantar senarai penerima keKedutaan Malaysia di Jakarta.Tetap tidak boleh di itirafkan.Saya tidak mempertikaikan penerima2 gelaran tersebut.Saya pernah ditanya oleh Paku Alam mengenai gelaran Dato tersebut,saya cuma menjawab"saya tidak tahu pak".Gubernur DIY pernah meminta saya untuk melihat warga warga Yogjakarta yang bekerja sebagai Tenaga Kerja Di Malaysia,dan saya lakukan kerna permintaan seorang teman.Saya pernah ditawarkan oleh beliau dan juga Paku Alam gelaran gelaran,saya dan isteri menolak dengan baik dan saya katakan"saya boleh kenalkan beberapa teman warga Indonesia yang banyak berjasa".Saya akan tetap berterima kasih yang sebesarnya kepada DYMM Sultan dan Malaysia kerana menganugerahkan saya serta isteri Gelaran Dato' dan Datin'.Dengan tersebut saya yang tinggal di Indonesia akan terus mempertahan citra Malaysia di mata Indonesia.di sini saya akan tetap dipanggil "Bapak",dan isteri "Ibu"

    ReplyDelete
  28. Saya bertemu dengan seorang teman lama beberapa tahun yang lalu,beliau menulis buku mengenai keturunan kesultanan Riau,dan didalam buku tersebut mengandungi data data dan maklumat yang menurut beliau hasil dari menyelidikan beliau sendiri mengenai beliau keturunan kesultanan Riau.Dan di Johor juga ada beberapa yang mengklaim mereka keturunan kesultanan Riau.Pihak pihak ini menjalinkan hubungan dengan keturunan kesultanan Riau di Provinsi Riau,saya tidak tahu banyak hal ini,tapi mempunyai ramai teman daripada Riau yang terdiri daripada ahli DPR RI(ahli Parlimen RI)DPRD (Adun adun di Riau)dan juga ahli sejarah dari beberapa Universitas di Riau.Sah sah saja kalau kita di Malaysia menelusuri salasilah keturunan kita.Tapi jangan terlalu cepat mengklaim seseorang keturunan langsung dari kesultanan Riau.Teman teman pembaca tau bahawa saya telah memanggil beberapa orang yang arif dengan keturunan kesultanan Riau dan kata mereka"Bapak,kami banyak mendengar cerita cerita begini,mengklaim begitu,keturunan kesultanan Riau memang ada dan banyak di Malaysia keranan sejarah membuktikan tapi kalau mengklaim mereka ada waris langsung dari kesutanan Riau itu sudah berlebihan"Dan pembaca tahu bahawa waris keturunan Sultan Riau sekarang menganugerahkan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk,itu langsung dari waris kesultanan Riau.Dan anugerah itu boleh sesiapa yang mendapat gunakan nama Datuk.tidak saperti di surakarta yang memberi gelaran yang tidak membawa gelaran Datuk.Jadi sesiapa yang merasakan dia keturunan Kesultanan Riau,silakan lah cuba cuba dapat Datuk Riau.Tapi untuk makluman pembaca gelaran Datuk Riau tidak semudah itu dan tidak boleh di beli.Catatan saya sebelum ini saperti di atas bertanggal 19 January.

    ReplyDelete
  29. mcm mana seseorang boleh mendapat gelaran datuk seri sedangkan orang itu hanya pegawai tentera biasa sahaja.

    ReplyDelete
  30. Salam Sejahtera Semua. sya telah menerima cadangan penganugrahan DMP yang membawa gelaran Datuk oleh Utusan Khas Diraja di Malaysia.Sebagai kakitangan kerajaan saya telah memohon penjelasan dari Bhg Istiadat JPM dan mereka mengeluarkan surat rasmi menyenaraikan anugrah yang diiktiraf.saya berbelah bahagi kerana pada masa yng sama ada kakitangan kerajaan yng menggunakan gelaran dari DYMM sultan Susuhunan ini termasuk prof prof di universiti awam..

    ReplyDelete
  31. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  32. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  33. Sedikit info..jika mahu kesahihan gelaran yang diterima itu diiktiraf atau tidak..anda boleh memohon KAD PENGESAHAN NAMA daripada Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya. Anda perlu membawa watikah asal penganugerahan pingat untuk disemak oleh pegawai JPN samaada anugerah itu diiktiraf atau tidak di Malaysia.Jika tiada sebarang masalah..pihak JPN akan mengeluarkan KAD PENGESAHAN NAMA yang Ada tertera Nama dan Gelaran anda didalam kad tersebut. Kad tersebut berwarna biru muda ditandatangani oleh Ketua Pengarah JPN.Bentuk fizikal kad tersebut adalah seperti lesen memandu.Isteri juga boleh memohon Kad Tersebut bagi gelaran Datin dan sebagainya.. Saya baru menerima KAD PENGESAHAN NAMA tersebut pada minggu lepas..alhamdulilah..tiada masalah kerana anugerah yang saya terima adalah dari Sultan di Malaysia..tujuan saya memohon Kad tersebut kerana ada individu yang berjenaka mengatakan gelaran yang saya terima mungkin dari negeri pasir dua butir (cerita p ramlee).. Dengan adanya kad tersebut maka saya dapat membuktikan kesahihan gelaran saya tanpa membawa pingat Dan watikah yang besar kemana2... Ini hanya info Dari saya..selebihnya rujukla kepada Jabatan Pendaftaran Negara PUTRAJAYA..terima kasih semua..

    ReplyDelete
  34. orang Melayu kita ni memang hati busuk..mana boleh tengok orang lain lebih sikit..anugerah dato datuk dalam negeri di Malaysia ni berbayar sampai 300 000..paling rendah pon 200 000...paling mudah nak dapat dari Pahang , kelantan dan TYT melaka .. bayar ratus ratus ribu dapatlah..lepas tu setiap majlis keramaian kena habiskan duit untuk sultan sultan di malaysia hari ini yang belum tentu keturunan asal dan betul betul berdaulat..tapi tak semua orang cerdik di Malaysia ni yang tahu kisah sebenar..bila ada yang lebih sedikit pada mereka .. mulalah nak pertikai..kalau kita tak mampu .. jangan busuk hati dengki bila orang lain mampu..inilah sikap phd dalam orang melayu dari dulu lagi..sebab tu melayu sentiasa mundur hingga ke hari ini berbanding orang lain..phd

    ReplyDelete
    Replies
    1. PANGERAN HISYAM AL-HAJDecember 15, 2023 at 4:01 PM

      DK boleh DM saya? 0189701486

      Delete
  35. Assalamulaikum wbt Salam Sejahtera, Saya berketurunan Jawa+Bugis..berpendapat tak salah sesiapa sahaja nak bagi gelaran asalkan yang punya diri merasakan dia layak..anatarnya mulut mau manis ...hati mau baik...bukan pencuri..bukan lanun...yang baik-baik aje...orang kata ikhlas...rujuk la kitab sikit...ini dunia...akhirat jawab masing-masing ...tahniah kepada penerima dato dari mana-mana kerajaan atau sultan sekalipun kerajaan langit...pokok akarnya dia fikir layak..kat situ kan ada keterangan diri penerima ...kalu setuju amek je...klu tak setuju...tolak je...ini bukan pilihanraya ini gelaran...ape ko ingat dato kat malaysia tu bagus semua ada manyak kes-kes terlindung...aku tak tuduh ...baca makrifat la..wassalam...aku akan terima gelaran datuk ...DSKS....datuk juga amin Datuk Awal

    ReplyDelete
  36. Alahai senang shj klik www.istiadat.gov.my,selainnya xdiiktiraf di malaysia,sapa2 pakai ianya agak memalukanlah...passport,id,lesen boleh dibuat,sdgkan ic palsupun ada sindikitnya,utk pengetahuan anda dato' paku buwono surakarta,mana ada dato' kat sana,ianya hanya ditukarkan nama cthnnya dr kanjen kpd dato' hahaha,lepastu lg darjah paduka mahkota palembang ( dpmp)pun ada,tp kat perlispun ada..jd sesapa yg pakai dpmp,perlu tnya adakah mereka palembang atau perlis,kalu dia ckp palembang,kita boleh ketawa sakan dkt mereka.

    ReplyDelete
  37. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  38. Xkan nk ambik darjah dato dr raja paku buwono,aritu kes ribut di surakarta xabis lg,kes tu plak melibatkan benda yg memalukan.. No.2 xkan nak ambik dr palembang,sdgkan setiausaha sulitnya bukan islam bahkan org siam

    ReplyDelete
  39. Maaflah bagi dato' dr sulu,palembang dan surakarta krn terpaksa memanggil tuan2 hatta dato' seri sekalipun..sbb kita yg dibodohkan skrg ni mmg padan dgn muka,xtaula bg yg menceduk income dr sana,pastinya dikatakan busuk hati bg yg komplain,walhal apa yg terjadi mereka sendiri melanggar perlembagaan dan akta negara yg telah digasetkan...sy bermohon maaf diatas komentar yg kurg enak

    ReplyDelete
  40. Dan 1 lagi bidang dato' ni bukan seperti kita nak dptkan pengiktirasan doktor yg diiktiraf atau xdiiktiraf dkt malaysia sbb sememangnya darjah dato ni hanya digunapakai di malaysia shj sebagai pengurniaan dr sultan,ianya xdak alaun khas mcm doktor,ianya lambang kebudayaan sbg pembesar atau bangsawan di malaysia,nak tahu kenapa perlu disebutkan di malaysia,sbb malaysialah yg mengamalkan sistem negara yg berperlembagaan beraja ,haaa dkt situ sekaligus raja mempunyai kuasa eksekutif jgk,kalo di indonesia mmg ada,tp xdak kuasa bahkan paling teruj di palembang sendiri,driver teksinyapun xkenal dimana istana sultan palembang...kenapa bapak2 gabenurnya xpakai gelaran dato' mcm kat tempat kita? Kenapa presidennya xpakai pangeran mcm kat tempat kita? Sy berckp dr sudut skop indonesia skrg ni

    ReplyDelete
  41. Ingt di indonesia skrg sultan yg sedia ada skrg hanyalah keturunan dan penerus adat kesultanan,bukan sultan yg diiktiraf spt di malaysia,bahkan salah jika kita pakai dan jika ditangkap 5 tahun penjara,jika tidak beranikan diri anda berkumpul dan buat press media dimana anda mengaku yg diri anda dr majlis dato2 indonesia,sy nak tgk sekali,xkiralah anda dr ahli politik atau menteri atau mantan menteri,atau yg pernah memberi darjah kpd org lainpun,sbb ini dah dikatogorikan sbg sindikit,sbb semasa sy xtahu ,sypun memberi pandangan spt anda semua,tp apabila sy tahu,ianya amat memalukan..dan disini sy sarankan harga dato perlu ditingkatkan ke rm 5 juta utk malaysia,sbb yg nk membeli dato nipun biasanya mempunyai niat tertentu utk kepentingan mereka..apa pentingnya dato jika diri sendiri tdk pernah membuat jasa kpd masyarakat atau negara.jgn ingt semua dato malaysia dpt dibeli,ianya salah dan menderhaka kpd tuanku jika berckp gitu,sememangnya tuanku menerima hasil utk tabung bg rakyat jelata dr darjah tersebut,kalo xdak bukti xpyh mencari pasal.pergi dptkan maklumat dan info dgn baik,masih ramai lg yg xjadi dato tapi berjaya didlm hidup,kalo nk jadi dato buatlah bakti kpd negara,itupun xpyhlah duk mengharap sgt.dpt darjah dato dgn cara bakti pastinya tdk dibayar,sy pernah dgr dato'2 indonesia ckp wlu apapun terjadi kena byr,tpi sy ckp yg berbakti xpyh byr,maybe dato' indon ni pernah tidur sebantal dgn sultan sbbtulah ulasan mereka lebih tahu dr sultan.laporkan shj pd press itu menandakan anda telus utk mempertahankan kebenaran anda tuan2

    ReplyDelete
  42. Tp kan yg lg shonk..ada sorg ni dia xbyr satu senpun,dan xpernah dpt darjah dr mnr2 sultan,tp dpt kad privilage hotel bergelar dato', jpjpun boleh buat cayalah,lebih2 lg dr paku buwono..ianya xmendatangkan apa2 kesan terhadap akta ,ianya ttp tdk diiktiraf...ianya dah termaktub.sapa2 nk dptkan info yg lebih telus sy boleh copy paste dr sumber yg benar utk mengelakkan kekeliruan,kita pertahankan kedaulatan raja2 melayu

    ReplyDelete
  43. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  44. CERITA NI DAH LAMA DAH SEBENARNYA...TAPI Tuan2 dan puan2 ...sila berhati2 dgn penipuan darjah dato palsu yg pastinya tidak diiktiraf di Malaysia dimana sindikit ini pada hari ini kian menjadi meningkat,antara darjah yg di highlight kan skrg adlh :

    1) Palembang Indonesia
    2) Solo surakarta Indonesia
    3) Sulu
    4) sultan yg tidak ditabalkan di Malaysia .

    Hukuman Yang Ramai Orang Tak Tahu Tentang Ini :

    1) boleh dikenakan 5 tahun penjara jika ada pihak yg disabitkan kesalahan menggunakan darjah2 yg tdk diiktiraf di Malaysia

    2) Pelaksaan hukuman itu tertakluk di bawah Akta Nama dan Lambang (Pencegahan Salah Laku) 1963.

    3) Dapatkan info melalui :
    www.istiadat.gov.my

    Antara tektik yg selalu mereka gunakan adalah dgn cara :-

    1) menyatakan tidak diiktiraf tetapi mereka akn katakan boleh digunapakai untuk perniagaan atau ingin mendapatkan projek

    2) memberi gelaran kepada vvip secara percuma / mengenakan harga murah kpd vvip spt exco,menteri,mantan menteri,pembesar kehormat ,selebriti,artis..di malaysia ( vvip yg xtahu aktapun ada) supaya mereka dpt menjaja nama vvip tersebut sekaligus sindiket mereka boleh diteruskan dgn lebih rancak lg ..Senang cerita sbg ikon utk diletakkan kedlm katalog mereka utk senang nak tarik perhatian pembeli darjah

    3) darjah tersebut perlu dibeli dan penerima tiada had umur asalkan berduit antara RM 30k - RM 120k

    4) sindiket meletakkan gelaran dato pada lesen memandu,lesen perniagaan SSM, kad privilage dan kredit kad, passport dan crest kereta

    5) mereka akn berkempen/ mempromosikan kpd sesiapa shj tntg kelebihan darjah dato' berserta mengelirukan masyarakat dgn mengadakan kursus khas di Malaysia dan indonesia

    6) mengadakan istiadat di hotel2 di malaysia dan indonesia dgn meniru gaya istiadat raja2 melayu di malaysia.

    7) menggunakan nama2 kerabat2 diraja di Malaysia secara rakus supaya org yakin ttpi kerabat itupun xtahu apa2

    8) Mengadakan even2 kebudayaan antara Malaysia - Indonesia untuk menarik perhatian masyarakat dimana mereka akn mengajak menteri2 di Malaysia ,walhal event itu tiada kena mengena dgn penjualan darjah mereka ..sesudah itu mereka akn menunjukkan gambar2 event tersebut dimnr mereka akn menyatakan yg kononnya sindikit mereka seolah2 sah digunapakai.

    9) membuat promosi tntg kebesaran kesultanan mereka walhal disebaliknya mereka ingin menarik perhatian masyarakat melalui akhbar dan radio supaya mendekati mereka lalu menawarkan darjah mereka

    10) Mereka mengadakan sistem bonus bagi sesiapa yg mempromosikan darjah kesultanan mereka,maka individu itu akan mendapatkan pakej harga berserta business penjualan dato' dan pangkat yg istimewa disisi kesultanan mereka

    * Badan2 NGO sedang mendesak kerajaan untuk memperkasakan akta bagi mengenakan tindakan terhadap pihak tidak bertanggungjawab ini

    * Kerajaan sedang memperkasakan undang2 untuk memperkukuhkan akta bagi menyiasat sindikit2 penjualan darjah palsu/ tidak diiktiraf kepada orang awam yg terpedaya dgn tipu muslihat ini.

    * ''Kadang-kadang terdapat ramai yang guna kad bisnes tertera sesuatu gelaran. Jika mereka tidak mendapat anugerah seperti Datuk atau Datuk Seri dan sebagainya, mereka tidak boleh menggunakan gelaran itu. Sekiranya disalah guna, mereka boleh diambil tindakan undang-undang," katanya.

    * Dasar berhubung pengurniaan darjah kebesaran dijelaskan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri iaitu pengurniaannya adalah hak prerogatif raja-raja Melayu dan hanya boleh dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong, raja dan Yang Dipertua Negeri sahaja," .

    ANDA TIDAK PERLU PERSOALKAN DAN BUAT APA2 PERBANDINGAN MELALUI AKAL SENDIRI SBB AKTA DAH SEDIA ADA SEJAK SEBELUM ANDA MENERIMA DARJAH LAGI ..ANDA AKN MENAFIKANNYA SBB SEMUA INI AKN MENYEKAT KEUNTUNGAN KANTUNG ANDA ..BAGI YG TELAH TERPEDAYA,APAKAN DAYA ANDA TIDAK PERIHATIN DAN MENGKAJI TNTG PERKARA YG DAH TERMAKTUB DIDALAM NEGARA KITA ...TAK PERLULAH ANDA PERTHNKAN PERKARA YG MELANGGAR PERUNDANGAN NEGARA..

    JIKA ADA JUGA LAPORKAN KEPADA PIHAK POLIS DAN KDN...

    ReplyDelete
    Replies
    1. G Joe,

      Dalam komen anda diatas, anda mengatakan kesemua anugerah dari Indonesia tersebut termasuk Solo Surakarta, adalah menjadi satu kesalahan jika di guna pakai diMalaysia.? Bolih saudara nyatakan dimanakah bukti yang tentang kenyataan saudara????

      Delete
    2. Tolong jelaskan secara terperinci kerana untuk dijadikan panduan kepada saudara supaya tidak terjerat sama dalam sindiket ini. Thanks.

      Delete
    3. Tak di iktiraf di Msia krn Msia tidak yakin pd kekuatan sendiri. Msia sll memandang rendah negara lain. Tp bila Indonesia buat pembakaran besar2an tak pula Msia berani tegur.
      Apakah Dato dr Msia yg diberikan pd SRK, Rossa di iktiraf oleh negara lain? Msia juga beri anugerah dgn ada sebab menumpang nama ai polan.
      Bekas penagih pun dpt Dato dr Pahang...so? Anugerah Solo di iktiraf oleh 149 negara!
      Ini rezeki. Buruk baik pemegang anugerah terletak pd niat.

      Delete
  45. kak ipag ngan abg ipaq aku sampai la nie x tunjuk pingat yg depa dpt. bila tanya kata blm dpt. gambaq terima pingat pun x da. dah nak dekat 2 thn rupa pingat tu pun x nampak. Duit habih byk last2 pingat ke mana title pun x laku...

    ReplyDelete
  46. Tolong jelaskan secara terperinci mengenai sindiket ini semuga ianya bolih dijadikan panduan kepada sesiapa sahaja yang buta dalam soal ini. Thanks.

    ReplyDelete
  47. Untuk maklumat GJoe, sya pun bakal masuk ke perangkap ini bolih mintak nasihat serta pendapat GJoe tak???

    ReplyDelete
  48. Kebiasaan gelaran diberi jika sesorang itu berjasa kpd nagara..masalahnya sultan luar nagara sibuk2 beri gelaran kpd rakyat kita sedangkan apa jasa pun tak disumbangkan kpd negara mereka... jadi andaian anugerah tersebut diberi hanya untuk dapatkan duit mungkin benar

    ReplyDelete
  49. KALAU FREE SAYAPUN MAHU JUGA ANUGERAH PALSU

    ReplyDelete
  50. Baru-baru ini, saya terima gambar-gambar dari "Dato Sri Cina" yang menunjukkan member-member menerima macam-macam geraran dari Solo Indonesia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehkah saya upload gambar-gambar di sini?

      Delete
  51. Sepatutnya Kesultanan Melaka perlu dihidupkan kembali oleh wakilnya yang sah - Raja Noorjan bagi mengenang kembali sejarah Kerajaan Tanah Melayu Melaka agar tidak dilupakan begitu saja. Jika ini tidak dilakukan, Kerajaan Melayu Melaka dianggap sebagai dongengan atau kisah hayalan seperti cerita penglipurlara - Pak Kadok atau Pak Pandir saja, tiada bukti nyata.

    ReplyDelete
  52. Nak gelaran Datuk? Yang di ikhtiraf seluruh dunia? Suruh anak lelaki/anak perempuan anda berkahwin bila mereka dapat anak nanti, automatik anda bergelar DATUK. Tidak ada seorang polis pun di dunia ini akan menangkap anda jika anda menggunakan gelaran DATUK ini.

    ReplyDelete
  53. Do u hv list for 2015 frm malaysia. If so, pls publish

    ReplyDelete