Featured Post

Kenapa Singapura Lebih Maju?

Sudah beberapa hari berlalu sejak negara jiran kita iaitu Singapura menyambut Hari Kemerdekaannya yang ke-50 pada 9 Ogos yang lalu. Nam...

Friday, April 16, 2010

Dan Malayu : Sempadan Sebenar Bumi Melayu dan Siam




Tidak ramai yang tahu di dalam wilayah Ranong (Rundung), Thailand, terdapat sebuah Batu Tanda yang amat penting kerana menyimpan satu lipatan sejarah besar yang berkaitan dengan masyarakat Melayu dan Siam di zaman silam. Batu Tanda tersebut (sebagaimana gambar di atas) dinamakan sebagai Ban Malayu di Thailand yang bermaksud sempadan Melayu. Ia merupakan tempat yang paling sempit antara bahagian timur dengan bahagian barat Segenting Kera, iaitu kira-kira 45 kilometer sahaja. Soalannya, bagaimanakah tanda sempadan Melayu ini boleh didirikan ratusan kilometer daripada wilayah sempadan Malaysia-Thailand pada hari ini?

Jawapannya boleh dirujuk kepada maklumat sejarah di zaman silam. Jika dirujuk kepada sejarah, wilayah Segenting Kera merupakan sebuah kawasan yang amat penting kerana menjadi saksi kepada kemunculan dan perkembangan awal tamadun Melayu menerusi beberapa buah Kerajaan utama seperti Langkasuka dan Sri Wijaya (Sri Wijaya sebenarnya berasal dari tanah Semenanjung, akan diterangkan dalam penulisan yang akan datang). Wilayah ini juga menjadi pertembungan beberapa siri peperangan dan perebutan wilayah antara orang-orang Melayu dengan pendatang T’ai yang berhijrah dari Yunnan, China, secara berterusan iaitu sejak dari era Kerajaan Sukothai, Ayutthaya, hinggalah kepada Dinasti Chakri pada hari ini.

Pencerobohan pertama pendatang T’ai terhadap Segenting Kera bermula pada kurun ke-13 dan 14 dimana gerakan ketenteraan Bangsa T’ai ini telah bertembung dengan tentangan daripada beberapa buah negeri Melayu pasca-Sri Wijaya, termasuklah Grahi (Kra), Negara Sri Dharmaraja (Nakhon Si Tammarat), dan Cahaya (Ch’aiya). Pertempuran demi pertempuran telah dicatatkan dalam “Yuan-Shih”, sejarah rasmi bagi Dinasti Yuan di China. Yuan-Shih telah mencatatkan dalam Titah Diraja (Imperial Decree) pada tahun 1295 yang mengarahkan gencatan senjata antara Hsien (Siam) dengan Ma-li-yu-erh (Melayu). Bagi mengecam orang T’ai, titah tersebut menyatakan “Memandangkan kamu Hsien telah menimbulkan peperangan dengan Ma-li-yu-erh selama ini, kini kamu mesti mematuhi titah ini dan berjanji tidak akan mengganggu Ma-li-yu-erh lagi”. Hsien (Siam) telah diharamkan daripada memasuki sempadan alam Melayu yang ditetapkan oleh Maharaja Dinasti Yuan pada garisan Petchburi-Ratchburi, berdekatan dengan kota Bangkok pada masa sekarang.





Kejatuhan Kerajaan Sukothai dan digantikan dengan Kerajaan Ayutthaya terus membawa bencana apabila dasar perluasan kuasa terhadap Segenting Kra diteruskan oleh Raja-raja Ayutthaya. Antara Raja-raja Ayutthaya yang agresif membuat serangan terhadap negeri-negeri Melayu di Segenting Kra ialah Ramadhiraja, Naresuan, Maha Chakrapat, Prasat Thong, Narai dan Petra Raja. Peperangan yang paling terkenal antara Melayu dengan Siam semasa era Ayutthaya ini sudah tentu mengenai Sultan Muzaffar Syah (Raja Patani 1530-64) yang berjaya menewaskan tentera Siam di tempat sendiri dan menawan istana dan singgahsana Raja Maha Chakrapat (Raja Ayutthaya 1548-68). Dan diteruskan dengan peperangan antara Raja Ungu binti almarhum Sultan Mansur Syah (watak utama dalam filem Queen of Langkasuka) dengan Raja Prasat Thong. Ketika inilah meriam terbesar di Nusantara iaitu Sri Negara, Sri Patani dan Mahalela dibuat yang berakhir dengan kemenangan di pihak Melayu menewaskan armada Siam.






Akhirnya, kejatuhan Kerajaan Ayutthaya dan naiknya Raja Thaksin dan diikuti oleh Dinasti Chakri membawa petaka yang paling besar apabila satu demi satu negeri-negeri Melayu di Segenting Kera jatuh ke tangan Siam. Negeri terakhir yang jatuh ke tangan Siam adalah Patani yang dianggap sebagai kejayaan yang maha gemilang berdasarkan kepada tentangan hebat yang diterima oleh pihak Siam daripada negeri tersebut selama ini. Pertembungan antara Melayu dengan Siam berakhir pada tahun 1909 menerusi perjanjian berat sebelah yang hanya melibatkan pihak British dan Siam menerusi Anglo-Siamese Treaty yang membahagi-bahagikan semananjung Tanah Melayu sesuka hati mereka seumpama memotong-motong kek harijadi. Masyarakat Melayu-Patani di selatan daerah Legeh dan Reman bernasib baik apabila wilayah mereka dimasukkan sebagai sebahagian daripada Negeri Perak dan kini dikenali sebagai daerah Hulu Perak. Namun, malang bagi nasib masyarakat Melayu-Kelantan di daerah Tabal (Tak Bai) apabila mereka kini termasuk ke dalam wilayah Narathiwat, Thailand.






Semenanjung Tanah Melayu terus mengecut apabila pada tahun 1965, akibat daripada kesilapan sendiri, pulau Singapura diserahkan untuk diperintah oleh puak Ultra-Kiasu menerusi pemerintahan Republik yang bersifat autokratik sehingga ke hari ini. Justeru itu, jika para pembaca ada melalui sempadan Malaysia-Thailand pada hari ini menerusi Bukit Kayu Hitam ataupun Sungai Golok, ingatlah sesungguhnya sempadan wilayah milik kita sebenarnya menganjur jauh hingga ke utara Segenting Kra pada masa dahulu.









Untuk makluman lain, sila rujuk juga artikel lama http://ibnurusydi.blogspot.com/2009/09/sempadan-sebenar-semenanjung-melaka.html


Rujukan :

1) Kijang Mas Perkasa “Patani : Behind the Accidental Border”

2) Abdul Razak Mahmud (2005) “Ikhtisar Sejarah Kelantan” Pustaka Aman Press

21 comments:

  1. menarik! & aku jugak lega sebab tak ada unsur2 siam ayuthia-islam kedah pasai-ma dalam artikel ni. kalau tak, mati mood aku nak baca. mesti bcelaru jadiknya... =(

    ReplyDelete
  2. penang pun kena jaga2 jugak. sama jek spesis ngan kiasu singapore tuh. senang jek nak tipu pencacai2 yang tak ada otak nih, cakap jek nak jadik macam khalifah umar abdul aziz, pastu ucapan selitkan sikit2 pkataan arab, bsoraklah para keldai2 yang pakai kopiah tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepala hotak hang! Najib kebas RM2.6 bilion tu duit sapa?

      Delete
  3. Lihat gambar Batu Peringatan .Kra Isthmus Segenting Kra...Teringat....masa tu saya ada sekali gambar tu penulis dari majalah pengasuh kelantan kalau tak salah ..kalau tak salah ..kami menyertai rombongan anjuran persatuan sejarah kedah dalam misi "Den Melayu"..bersama Pak Wan (Dato Wan Samsudin)..teringat ketika kemuncak Pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II merupakan Sultan yang memerintah negeri Kedah,pada tahun 1710 hingga 1778[1].....Empayar Kedah ketika itu meliputi Segenting Kra hingga ke Pulau Pangkor ,Perak ...dari Pulau Sembilan(Ko Samilan).Tanah Seri(Tenasserim)turun hingga ke Rundung(Ranong)
    ,Salang,Bukit(Phuket),Punggah(Phangnga),Ghraibi(Krabi),Trang,Setoi(Satun),Perlis,Kedah,P.Pinang/S.Perai,Perak Persisiran Krian-Taiping,Pantai Remis,P.Pangkor dan Pulau Sembilan.....indah ya..menariknya Sultan Muhammad Jiwa sendiri sentiasa dibimbing dan dinasihati ulama sejak sebelum jadi Sultan lagi....hingga baginda ini merantau mencari Ilmu ke Sumatera,India..hingga gurunya sendiri tak tahu bahawa beliau adalah putera Raja.....

    ReplyDelete
  4. Saudara,

    Sudah sememangnya orang Melayu tahu bangsa mereka adalah bernama 'Melayu' sejak dari dahulu lagi,bukannya ciptaan istilah Jawa (kononnya bermakna 'lari'),ciptaan British atau sebagainya.

    Mo-lo-yu,Ma-li-yu-er,Malai-yuer dan sebagainya ada dijumpai dalam prasasti,rekod diraja dan manuskrip purba.Jadi bagaimana ada pihak yang mendakwa nama 'Melayu' ini adalah ciptaan Inggeris atau nama bahasa sahaja.Memang mengarut.

    Ibnu Rusydi,salam persahabatan dari saya.




    ~Srikandi
    Guadalajara.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kepada anon-anon yang memberikan pandangan.

    untuk Tuan Dahalan Fazil, ya, gambar di atas adalah koleksi Encik Abdul Razak Mahmud. Saya ambil dari buku beliau. Dan sememangnya wilayah negeri Kedah pada masa silam meliputi pantai barat segenting Kra pada hari ini.

    Untuk Dr. Srikandi, terima kasih atas maklumbalas. Tak sabar saya nak tunggu artikel terkini dari Dr. Untuk kumpulan yang masih nak menegakkan benang basah tentang apa yang didakwa 'sejarah realiti' tu, terpulanglah. Ni masalah orang yang ada krisis identiti. Terlalu fanatik dengan Siam, sebab tu mereka sampai sekarang tak nak guna nama-nama Melayu bagi tempat di Segenting Kra. Sebab pada mereka, nama-nama tempat kat semenanjung Tanah Melayu berasal dari perkataan Siam. Sedangkan realitinya, nama-nama tu adalah sebaliknya, perkataan Melayu yang di'Siam'kan...

    Itu baru dari segi nama tempat. Selagi mereka tak keluar dari fantasi ciptaan sendiri, selagi itulah realiti yang mereka cari takkan sampai bila2 pun temui...

    Salam hormat,

    ReplyDelete
  6. Kebangkitan semula Empayar Melayu Malaka http://1asalama.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. mmm....boleh tuan penulis blog terangkan kenapa Maharaja China menitahkan 'Imperial Decree' bagi melaksanakan gencatan senjata antara Melayu dan Thai..mesti ada kaitan yg perlu diterangkan....itu saja...baru nak mengenal sejarah Melayu yang hilang....sekian

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum saudara Zan,

    Untuk lebih tepat, sebenarnya bukan Maharaja Cina, tetapi Monggol yang menguasai tanah besar China ketika itu.

    Pada masa tersebut, empayar Monggol termasuk Dinasti Yuan sangat berpengaruh dan memiliki wilayah yang amat luas.

    Ringkasnya, bayangkan seperti kuasa Amerika pada hari ini yang keputusannya boleh mempengaruhi negara lain untuk mematuhinya.

    Salam hormat.

    ReplyDelete
  9. Salam,

    Akhirnya terjumpa blog yg benar realitinya dan di sepadankan dengan sejarah tamadun dunia. Saya turut rimas dgn reliti siam-islam-ayuthiya. apakah hina melayu ini sampai tidak diakui asal-usulnya.

    Salam....

    ReplyDelete
  10. W'salam anon 12:01,

    memang pelik apabila tiba2 nama Melayu itu seolah2 menjadi terlalu hina pada pandangan puak2 sejarah fantasi Siam-Ayutthaya ini. Pada mereka, Melayu ini adalah ciptaan Inggeris. Kesultanan Melayu Melaka yang beragama Islam tiba2 dipandang sebagai pesalah sementara Siam-Ayutthaya yang beragama Buddha yang tak henti2 menyerang orang2 Melayu sehingga kini diangkat pula sebagai wira.

    Apakah ini sebahagian daripada mainan 'Hidden-Hand' yang ingin mengelirukan umat Islam di rantau Nusantara terutamanya Melayu yang amat kuat dengan Islam? Tidak mustahil selepas ini, mungkin Kerajaan Byzantin pula dikatakan Islam sementara Kesultanan Turki Uthmaniyyah pula sekadar Raja Daerah yang bersekongkol dengan penjajah? Apa sebenarnya motif mereka ini? sama2 kita renungkan...

    ReplyDelete
  11. teruskan menulis Tuan , semoga memberi lmu pada mereka yang hendak mencari ilmu , memberi manfaat pada mereka yang belajar ,

    kebenaran harus ditegakkan biar seribu rintangan menanti , hakikat tidak akan mampu dilenyapkan dari sejarah ,
    kegemilangan Melayu silam harus dijadikan rujukan dan panduan , jangan sampai sejarah berulang , kita tdk mampu lagi menerima sebuah negara ,

    ReplyDelete
  12. Nampaknya saya memang keturunan Melayu Semenanjung sebab bapa saya berasal dari Baling, Kedah dimana loghat Baling berbeza dengan loghat Kedah biasa yang lain kerana ia hampir menyerupai loghat Kelantan dan Pattani.

    Arwah datuk saya menurunkan cerita secara lisan kepada saya mengenai keturunan kami adalah keturunan hulubalang Kedah iaitu 'Mekong' Abdul Rahman Misai Baik. 'Mekong' bermaksud ketua dalam Bahasa Siam (perkataan 'Mekong' itu betul atau tidak saya kurang pasti). Arwah datuk saya menceritakan bahawa Abdul Rahman Misai Baik seorang hulubalang yang kebal tetapi akhirnya syahid akibat ditembak peluru berantai emas oleh pihak tentera Siam (wallahualam). Kejadian ini mengingatkan saya kepada kisah dalam buku 'Musuh Bisik' iaitu kisah perang Siam dan Kedah.

    Saya ada cuba mencari siapakah Abdul Rahman Misai Baik ini tapi masih belum jumpa dari mana - mana sumber walaubagaimanapun saya menganggap ia sebagai info sejarah untuk dijadikan iktibar menunjukkan bahawa orang Melayu berhempas pulas menentang penjajahan tak kira siapa pun yang ingin merampas tanahair kita.

    ReplyDelete
  13. Terima kasih kepada Rinandamku.

    Buat saudara Fadzuan, Insya Allah, jika saya jumpa maklumat tersebut, saya akan maklumkan kemudian.


    Salam hormat,

    ReplyDelete
  14. Saya sokong ape yang tuan punye blog ini tulis.

    Artikel mengenai melayu harus diperbanyakan lagi penulisannya ibarat bak kata pepatah "mata pena lebih tajam daripada mata pedang".


    salam ziarah,

    http://www.gadismelayuboleh.com

    ReplyDelete
  15. Salam Tuan Ibnu Rusydi,
    sebagai anak jati kedah saya terpanggil untuk beri sedikit nukilan dimana saya berterima kasih dengan artikel2 ini. Saya juga dalam rangka kerja mencatat kisah perang Musuh Bisik dan Perang Fisabilillah di kedah menentang Siam.Mungkin saudara boleh bantu jika terdapat info2 berkaitan. Scop saya adalah mencari susurgalur pahlawan2 yg ada disebutkan terlibat dalam perang tersebut. Kemudian buat cross cheking dgn universiti, buku rujukan dll untuk melihat keserasian.

    Berkenaan dakwaan melayu kedah rata2 siam ni saya nak sangkal habis-habisan la sebab siam di kedah selalunya banyak dijumpai di kawasan2 sempadan Thai-Selatan Thai sekarang. Di sebelah tengah etniknya kebanyakan melayu nusantara campuran, saya berdarah Minang, Arab & Siam disebelah Ayah serta sebelah Ibu Melayu kedah. Saya ada sahabat berketurunan SIAM Islam dan mereka berkata mereka bukan melayu...mereka SIAM walaupon mereka Islam. Jadi jika dikatan melayu ini dulunya siam saya sangkal 100%. Tetapi dlm blog tersebut ada kisah2 yang perlu kita rungkai dan kaji kerana ada point2 yg jelas dan logik.

    Orang tua-tua dulunya sebut SIAM perut hijau, semua depa bunuh tak kira pompuan ka budak2 ka. Jadi terfikir kenapa mereka tak kata Thai or Khmer or whatever istilah bangsa yg serang kedah walhal dizaman itu bukannya kolot dan bodoh2 belaka orang melayu ni. Kita ambil yang baik dan kaji serta buang setiap prasangka untuk jernihkan hati sendiri. wallahualam

    ReplyDelete
  16. Salam saudara Anon 1:42,

    Saya tidaklah pula memfokuskan kepada perang Kedah-Siam itu. Tapi Insya Allah, jika saya ketemu maklumat tersebut, akan saya paparkan secepat mungkin.

    Salam hormat,

    ReplyDelete
  17. Salam sejahtera, mungkin saudara boleh bekerjasama dengan Puan Zaharah Sulaiman mengenai sejarah melayu sila rujuk http://youtu.be/qQreBYu8AoM

    ReplyDelete
  18. Asalamualaikum, upon the history of this, i wish to know more about the story on how the malay and singapore government took away our place. Ibu saya bernama Tengku... (...........) dulunya tinggal di Istana Kampung Glam dan saya sebagai anak nya yang berumur 19 tahun ingin tahu lebih tentang keturununan ibu saya.

    ReplyDelete
  19. Banyak tanah milik Bangsa Melayu jatuh ketangan Thailand/Siam(iaitu Kerajaan Patani) akibat kejahatan Inggeris berpakat dengan Siam & Cina(Singapore) akibat kelalaian Bangsa Melayu semasa baru merdeka. Ada baiknya tanah2 milik Melayu itu dirampas kembali melalui apa saja samada melalui tindakan politik atau kekerasan

    ReplyDelete
  20. "Peperangan yang paling terkenal antara Melayu dengan Siam semasa era Ayutthaya ini sudah tentu mengenai Sultan Muzaffar Syah (Raja Patani 1530-64) yang berjaya menewaskan tentera Siam di tempat sendiri dan menawan istana dan singgahsana Raja Maha Chakrapat (Raja Ayutthaya 1548-68)."

    Maksudnya apa? Patani menakluk Bangkok?

    ReplyDelete