Sebaliknya teori yang dikemukakan adalah masyarakat Melayu pada dahulu kala yang berhijrah dari Indochina telah sampai ke pantai pulau Borneo terlebih dahulu di mana bangsa dan bahasa masyarakat Malayo-Polinesia ini berkembang. Dari pulau Borneo barulah mereka berhijrah ke Taiwan, Kepulauan Filipina, pulau-pulau di Nusantara hinggalah ke Pasifik dan Madagascar.
Menurut para pengkaji, penduduk asli atau pribumi di Taiwan sebenarnya bukannya orang China, sebaliknya rumpun bangsa Austronesia, kerana pada abad ke-14 Masihi barulah masyarakat Han (China) datang menduduki Taiwan.
Penduduk asli Taiwan terbahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama terdiri daripada sekitar 12 etnik dan tinggal di pedalaman Taiwan. Mereka menolak untuk berasimilasi dengan orang China. Golongan kedua, Pingpu, sekitar 10 etnik telah bercampur baur dengan orang-orang China. Bahasa dan budaya asli mereka telah punah disebabkan mereka tidak lagi menyedari bahawa mereka adalah keturunan pribumi Taiwan.
Antara etnik dari kumpulan pertama adalah Atayal, Paiwan, Rukai, Saisiat, Tsao, Amis, Puyuma, Bunun, dan Yami (Tao). Hasil penelitian para pengkaji mengenai penduduk asli daripada kumpulan pertama itu dapat disimpulkan seperti berikut :
i. Sebahagian besar etnik-etnik ini memiliki adat-istiadat seperti etnik-etnik Dayak di pedalaman Borneo. Sebagai contoh, wujudnya tradisi memburu kepala sebagai bukti keberanian.
ii. Mereka memiliki bahasa yang secara linguistik digolongkan dalam bahasa Austronesia. Meskipun setiap etnik memiliki dialek yang sangat berbeza antara satu sama lain, terdapat sejumlah kosa kata dalam bahasa mereka yang berkaitan dengan rumpun bahasa Melayu-Polinesia, seperti dialek Jawa dan Sunda. Maka dapat digolongkan bahasa mereka dalam rumpun bahasa Melayu.
iii. Beberapa etnik memiliki adat yang sama seperti Adat Perpatih yang diamalkan masyarakat Minangkabau, iaitu pewarisan keluarga melalui kaum wanita, tetapi urusan kemasyarakatan dipegang oleh lelaki.

Kemiripan bahasa masyarakat pribumi di pulau Taiwan dengan berbagai dialek Melayu terutama dialek para pribumi di pulau Jawa (termasuk Sunda, Madura, dan sebagainya) sangat jelas dalam istilah-istilah angka. Sebagai perbandingan :
Melayu : 1-satu, 2-dua, 3-tiga, 4-empat, 5-lima, 6-enam, 7-tujuh,8-lapan, 9-sembilan, 10-sepuluh
Melayu : 1-satu, 2-dua, 3-tiga, 4-empat, 5-lima, 6-enam, 7-tujuh,8-lapan, 9-sembilan, 10-sepuluh
Jawa : 1-siji/sitok, 2-loro, 3-telu, 4-papat, 5-gangsal/limo, 6-enem, 7-pitu,8-wolu, 9-songo, 10-sepuluh
Atayal : 1-kingan, 2-taha, 3-telo, 4-seqpat, 5-lima, 6-matalu, 7-putu,8-meseqpat, 9-mengali, 10-maxen
Paiwan : 1-ita, 2-dusa, 3-chelu, 4-sepat, 5-lima, 6-unem, 7-picu,8-alu, 9-siva, 10-puluq
Puyuma : 1-sa, 2-tua, 3-teli, 4-pat, 5-lima, 6-enem, 7-putu,8-walu, 9-iwa, 10-puluh
Tsou : 1-cihi, 2-roso, 3-turu, 4-septe, 5-rimo, 6-nome, 7-pitu,8-voru, 9-sio, 10-maske
Amis : 1-cecay, 2-tosa, 3-tolo, 4-sepat, 5-lima, 6-enem, 7-pito,8-valo, 9-siwa, 10-poloq
Paiwan : 1-ita, 2-dusa, 3-chelu, 4-sepat, 5-lima, 6-unem, 7-picu,8-alu, 9-siva, 10-puluq
Bunun : 1-tasa, 2-dusa, 3-tau, 4-paat, 5-hima, 6-nuum, 7-pitu,8-vau, 9-siva, 10-macan
Yami : 1-asa, 2-doa, 3-teylo, 4-apat, 5-lima, 6-anem, 7-pito,8-wao, 9-siam, 10-poho
Antara perkataan yang digunakan oleh pribumi Taiwan yang mirip dengan Bahasa Melayu :
Mata : mata (Amis & Bunun), maca (Rukai & Paiwan)
Telinga : tagila (Amis), talinga (Puyuma), calinga (Rukai)
Kaki : kakai (Atayal)
Lidah : lidame (Rukai)
Ekor : ikur (Puyuma)
Api : apoy (Rukai), sapuy (Paiwan), apuy (Puyuma).
Jalan : djalan (Paiwan), dalan (Puyuma) – (Jawa: dalan),lalan (Amis), daan (Bunun)
Makan : mekan (Puyuma), wakane (Rukai).
Menurut para pengkaji lagi, dialek-dialek bagi 12 etnik ini diancam kepupusan memandangkan jumlah penuturnya yang semakin sedikit. Para pengkaji berharap dapat terus melakukan penelitian sebelum unsur-unsur rumpun bahasa Melayu di kalangan pribumi Taiwan ini benar-benar punah disebabkan penggunaan bahasa Mandarin yang meluas khususnya dikalangan generasi muda mereka.
Sila lihat juga artikel lama yang berkaitan :
ha ah la... aku nengok gambar2 tu, baru aku tringat. macam sama ngan psembahan & kostum kaum2 dayak kat kampung budaya sarawak... lama dah aku pegi sarawak dulu...
ReplyDeleteSaya pernah lihat dokumentari pasal masyarakat Asli Taiwan, kalau tak salah di TV 3 atau National Geogrphic. Memang tariannya serupa dengan Bumiputera Sabah / Sarawak. Rupa dan pakaian pun hampir serupa.
ReplyDeletesalam sejahtera..
ReplyDeletenice blog entry....sy org sabah, n sememangnya byk prsamaan antara bangsa2 asli di Taiwan dgn bangsa2 di sabah lepas tgk gmbar2 kat atas tu...xsangka rumpun bangsa nusantara menular smpai ke taiwan...bangga mnjadi sbahagian dri bngsa nusantara~
Terima kasih atas pandangan anon, Encik Prudent Partner & saudara Hailey Francis Thomas Goitom.
ReplyDeleteSebenarnya penjelahan masyarakat rumpun Melayu Nusantara telah mengembara lebih jauh. Hingga ke pulau Madagascar. Insya Allah, jika maklumat telah lengkap, saya akan postingkan artikel tersebut.
Salam hormat,
Suaramirza adakajian menunjukan nenekmoyang melayu dari pergunungan tibet perkataan himalaya dari penduduk situ yang bermigran ke nusantara banyakan selidik yang akhirnya menemui asal dari keturuan nabi ibrahim yang disebut nani jawi terima kasih
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesetuju dgn pengarang. Terima kasih atas pengkongsian maklumat.
ReplyDeletesetuju dgn pengarang. Terima kasih atas pengkongsian maklumat.
ReplyDeleteWow I like it about the Study history
ReplyDelete