Featured Post

Kenapa Singapura Lebih Maju?

Sudah beberapa hari berlalu sejak negara jiran kita iaitu Singapura menyambut Hari Kemerdekaannya yang ke-50 pada 9 Ogos yang lalu. Nam...

Monday, August 30, 2010

Bendera Punya Cerita




"Orang Malay maling (Pencuri)! Bendera pun dijiplak (ditiru) dari bendera Amerika Serikat" Itulah kecaman yang penulis terima semasa sedang berbicara dengan seorang rakyat Indonesia di laman maya. "Waduh, hal bendera pun Bapak (Encik) bisa (boleh) ributkan? (Kecohkan). Kok gitu (Kalau begitu), Bangsa Indonesia pun bisa saya dakwa sebagai penjiplak yang maha besar. Ambil saja bendera Monako (Monaco) tanpa ubahsuai langsung. Ataupun terbalikkan bendera Polandia (Poland) untuk menjadi Sang Saka Merah Putih (nama bendera Indonesia)" Begitulah lebih kurang jawapan saya yang menyebabkan teman Indonesia itu terdiam. Ya, mengenai hal bendera.

Sebenarnya panjang lagi isu yang saya debatkan dengan orang Indonesia tersebut, tapi saya tak berminat untuk ulas di sini. Apatah lagi, saya mendapat maklumat dari teman perisik bahawa ramai forumer sama ada dari Indonesia mahupun Malaysia yang mengapi-apikan isu sensitif antara kedua negara ini sebenarnya adalah dari satu kaum/keturunan yang sama. Apakah kaum mereka & apa tujuan mereka mengadu domba dua bangsa serumpun ini? Pembaca teka & carilah sendiri. Cuma penulis mohon agar pembaca berhati-hati semasa membaca thread yang cuba mengapi-apikan hubungan Malaysia-Indonesia ini.

Cuma apa yang jelas, orang Indonesia memang mudah diprovokasi. Segelintir daripada mereka telah bersikap sangat biadap apabila membakar bendera negara dan cuba merempuh masuk kedutaan kita di Jakarta dengan isu-isu yang sengaja diapi-apikan. Isu ini juga penulis sudah malas hendak debatkan kerana sebelum ini, penulis sudah pernah menerbitkan artikel mengenai sikap segelintir penduduk Indonesia ini.

Jadi, daripada membuang masa membicarakan isu tersebut, penulis lebih berminat untuk 'highlight'kan mengenai jasa seorang warga tempatan yang jarang diwarwarkan iaitu Encik Mohamed bin Hamzah. Asing sungguh kan namanya? Bagi yang tidak tahu, beliau merupakan seorang arkitek di Jabatan Kerja Raya Johor dan beliaulah yang telah mereka bentuk bendera negara kita melalui beberapa pengubahsuaian sebelum digunapakai hingga ke hari ini.





Daripada 3 rekabentuk bendera yang disenarai pendek (boleh rujuk artikel lama http://ibnurusydi.blogspot.com/2009/09/siapa-yang-cipta-bagi-nama-malaysia.html), rekaan Encik Mohamed Hamzah yang telah terpilih dengan sedikit pengubahsuaian. Iaitu warna kuning bagi bulan sabit dan bintang, bintang ditukar berbucu sebelas, dan jalur ditukar menjadi merah dan putih. Selepas pembentukan Malaysia, bucu bintang dan jalur ditambah menjadi empat belas, melambangkan Negara Persekutuan kita dibentuk oleh 14 buah negeri (11 buah negeri di Semenanjung bersama Sabah, Sarawak dan Singapura). Pada 31 Ogos 1997, barulah bendera negara di beri nama "Jalur Gemilang".

Terdapat banyak blog yang telah menyiarkan mengenai sejarah bendera negara kita secara lengkap, termasuklah di Wikipedia. Namun, penulis berminat untuk membicarakan mengenai warna Merah Putih yang pernah dianggap sebagai warna rasmi Nusantara. Putih melambangkan kesucian, sementara Merah melambangkan keberanian.

Bangsa Indonesia menggunapakai warna Merah-Putih kerana warna tersebut digunapakai oleh sebuah Kerajaan yang sangat dibanggakan oleh mereka iaitu Kerajaan Majapahit (Memandangkan lebih satu pertiga rakyat Indonesia dari etnik Jawa). Namun begitu, sewaktu zaman pra kemerdekaan dahulu, pengaruh bendera Merah-Putih ini juga sebenarnya sudah tersebar ke kawasan yang di bawah pengaruh British dan Thailand.





Penulis pernah terbaca dalam sebuah buku tulisan Lee Kuan Yew (The Singapore Story jika tidak silap) bahawa beliau terpaksa tunduk kepada kemahuan masyarakat Melayu di pulau tersebut yang mahukan warna Merah-Putih sebagai lambang Bangsa Melayu dan Bulan sabit dan Bintang sebagai lambang agama Islam diletakkan pada Bendera Singapura.





Salah sebuah kumpulan yang memperjuangkan kemerdekaan dan penubuhan sebuah Republik Islam Patani yang diketuai oleh Haji Sulong juga turut mengabadikan warna Merah-Putih pada bendera mereka dengan ditambah dengan warna hijau dan Bulan Sabit dan Bintang sebagai lambang agama Islam pada bendera mereka.





Begitu juga dengan dengan "Bendera Rakyat" yang digunapakai oleh kumpulan berhaluan kiri Putera-AMCJA semasa zaman pra-kemerdekaan negara kita dahulu. Bendera ini berwarna Merah-Putih dan disertakan dengan 12 buah bintang berwarna kuning yang melambangkan 11 buah negeri semenanjung bersama-sama Singapura.





Seperkara lagi yang menarik, warna Merah-Putih juga diabadikan pada bendera-bendera parti politik yang ditunjangi oleh kaum Pribumi/Bumiputera di negara kita iaitu UMNO, PAS, PBB dan USNO (kini tidak lagi wujud).



Bendera Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang bergelar "Sang Saka Bangsa" turut diletakkan Keris sebagai lambang Bangsa Melayu



Salah satu bendera yang pernah digunakan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Kini PAS lebih banyak menggunapakai bendera Hijau berlambangkan bulan putih sebagai bendera rasmi mereka.



Bendera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Sarawak. PBB merupakan gabungan Parti Pesaka milik kaum Dayak dengan Parti Bumiputera yang ditunjangi oleh kaum Melayu-Melanau Islam.



Bendera Merah-Putih yang terdapat pada lambang United Sabah National Organisation (USNO), sebuah parti politik di Sabah yang kini tidak lagi aktif.


Dan sudah pasti, warna yang melambangkan kesucian dan keberanian ini turut diabadikan pada Bendera Kebangsaan Negara kita. Oleh yang demikian, penulis ingin mengajak pembaca semua untuk menyokong dan mengibarkan Jalur Gemilang sempena 53 tahun kemerdekaan negara dan ulangtahun ke-47 pembentukan Malaysia.




DIRGAHAYU NEGARAKU MALAYSIA!!!

7 comments:

  1. aku nak komen satu benda jek,

    ORANG JOHOR MEMANG TERER!!!!!

    huahahaha...

    ReplyDelete
  2. huhu..terrer yea..kita tengok la bila dah naik WPI ke mana org2 terer ni akan dihalau....ke temasik?hahaha

    ReplyDelete
  3. dah2, jangan nak gaduh pasal hal negeri pulak. dalam politik dah berpecah, la ni hampa nak bpecah ikut negeri pulak?

    p/s: papehal pun, Kedah ngan Pahang seri, ada 2 PM. tapi kira org utara lagi terer la if campur PM dari Penang. Just kidding k... =)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum
    aku rasa malaysia la bendera paling menarik ,pasai ada bulan dengan bintang lain2 negara takat bintang atau matahari ja,kita dua 2 ada,nasib tak buh matahari skali hahahaha...lawak ja hihihhi...satu lagi org indon ni kalu demontrasi kat duta us ka israel ka singapore ka xberani buat macam kat kita....renung2kan ada puak yg melampau kat situ...

    ReplyDelete
  5. percaya tak kalau aku cakap, singapore lah dalang yg dok mgapi2kan sentimen konfrontasi nih? malangnya, hanya laku kat Indon, pasai org Indon ni otak singkat, tak bpelajaran. mudah sangat diprovok... =(

    ReplyDelete
  6. lawang agung aljamal pasih baningsun......


    bendera yang berwarnakan MERAH PUTIH, sudah lama di gunakan di nusantara, terutama jawa.....

    merah putih telah di gunakan oleh kerajaan majapahit, jadi kalau malaysia banayak merah putih, berati mereka menginginkan keberkahan dari warna bendera majapahit dengan umbul2 tersebut yang pernah menguasai dataran asia, afrika, oceania/ samudera.....

    sebelumnya di ponorogo terdapat warana MERAH HITAM, namun setelah mengikuti majapahit hitam diganti putih, sebagai kesucian...

    ReplyDelete
  7. mahu tahu suatu perkara?
    aku dah dpt tau yg bendera rasmi keluarga Bendahara adalah hitam dan pernah digunakan Kesultanan Johor suatu ketika dulu

    aku dah merungkai mende nie
    lambat laun sesape pewaris aku yg masih pegang adat akan kembalikan panji hitam tersebut kepada Al Mahdi

    insyaAllah!

    ReplyDelete