Featured Post

Kenapa Singapura Lebih Maju?

Sudah beberapa hari berlalu sejak negara jiran kita iaitu Singapura menyambut Hari Kemerdekaannya yang ke-50 pada 9 Ogos yang lalu. Nam...

Monday, August 9, 2010

Ulamak Nusantara Terdahulu Yang Dilupakan

Siapa Sayyid Hussain Jamadil Kubra? Tidak ramai daripada kita pada hari ini yang mengenali tokoh tersebut, sedangkan beliau merupakan tokoh yang telah mencorakkan sejarah yang amat besar di alam Nusantara, khususnya dalam hal penyebaran syiar Islam. Penulis dapat mengagak, disebabkan sumbangan penting beliau itulah, pihak penjajah baik British mahupun Belanda berusaha keras memadamkan nama beliau daripada lipatan sejarah, hinggakan pada hari ini, nama beliau kurang disebut terutamanya sejarah arus perdana berkenaan dengan penyebaran Islam di bumi nusantara ini.

Sayyif Hussain Jamadil Kubra merupakan ahlul-bait dari keturunan Rasulullah S.A.W. Nama penuh beliau ialah Sayyid Hussain bin Sayyid Ahmad Shah Jalal al-Khan bin Sayyid Abdullah Khan bin Sayyid Abdul Malik al-Azhamat Khan bin Sayyid Alawi bin Sayyid Muhammad Sahib al-Mirbat bin Sayyid Ali Khali’ Qasam bin Sayyid Alawi bin Sayyid Muhammad bin Sayyid Alawi bin Sayyid Ubaidillah bin Sayyid Ahmad al-Muhajir bin Sayyid Isa al-Rumi bin Sayyid Muhammad al-Naqib bin Sayyid Ali al-Uraidhi bin Imam Jaafar al-Sadiq bin Imam Muhammad al-Baqir bin Imam Ali Zainul Abidin bin Sayyidina Hussain bin Sayyidina Ali.

Ayahanda beliau iaitu Sayyid Ahmad Shah Jalal merupakan bekas Gabenor Kesultanan Delhi yang kemudian berkuasa di wilayah Deccan (India Selatan). Sayyid Hussain Jamadil Kubra dikhabarkan tiba di Kelantan dalam tahun 1349M bersama adinda beliau, Sayyid Thana’ullah, atau dikenali juga sebagai Syeikh Saman, anak murid kepada Imam Ibnu Hajar. Kelantan pada waktu tersebut adalah di bawah kuasa Empayar Chermin, yang merupakan sebuah persekutuan meliputi negeri Langkasuka/Majapahit Barat, Samudera-Pasai di utara Sumatera serta Champa di Vietnam pada hari ini. Ibukotanya bernama ‘Jeddah’ (bermaksud Permata) yang terletak 3 batu dari Bukit Panau, Kelantan, pada hari ini.

Sepanjang misi dakwahnya, Saiyid Hussein sempat mengawini tiga puteri keluarga Diraja Empayar Chermin. Dari isterinya yang pertama iaitu Puteri Linang Cahaya, yang merupakan adik kepada Cik Siti Wan Kembang, beliau mendapat dua orang anak iaitu Maulana Malik Ibrahim (pelopor Wali Songo) dan Siti Aisyah. Perkahwinan Saiyid Hussein Jamadil Kubra dengan Ramawati, yang merupakan puteri kepada Raja Champa, Sultan Zainal Abidin (Che Bo Nga) dan Permaisuri Siti Zubaidah pula melahirkan Ibrahim Asmaro, yang melahirkan pula titisan generasi yang tersenarai di dalam kumpulan Wali Songo.

Sewaktu umurnya hampir 80 tahun, beliau telah dipertemukan jodoh dengan Puteri Selindung Bulan atau Siti Syahirah, yang merupakan cucu saudara kepada isterinya yang pertama, Puteri Linang Cahaya, dan beroleh seorang anak lelaki bernama Ali Nurul Alam, yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri Majapahit Barat yang berpusat di Kelantan dengan gelaran Patih Aria Gajah Mada. Para isterinya dikahwininya selepas tiap-tiap seorang daripadanya meninggal dunia.

Sayyid Hussain Jamadil Kubra telah menghantar anak-anaknya untuk menyambung usaha dakwah beliau dan keluarganya di beberapa kawasan di Nusantara, dan kemudiannya disambung pula oleh cucu cicitnya hingga agama Islam menjadi agama anutan terbesar penduduk di seluruh Kepulauan Nusantara pada hari ini, serta tertubuhnya beberapa Kesultanan Islam yang gigih mempertahankan bumi Nusantara ini daripada serangan penjajah kafir. Dari keturunan Maulana Malik Ibrahim dan Sayyid Ali Nurul Alam inilah lahirnya para Wali Songo seperti Sunan Ampel, Sunan Bonang, Sunan Gunung Jati, Sunan Kalijaga, Sunan Giri, Sunan Drajat, Sunan Kudus dan Sunan Muria yang gigih menyebarkan Islam di Pulau Jawa.



Dan seperti biasa juga, sejarah kebesaran dan kejayaan penyebaran syiar Islam ini juga cuba dikaburi dengan fakta-fakta merapu oleh musuh-musuh Islam yang cuba mahu mengelirukan generasi pada hari ini. Amat pelik sekali apabila tuduhan dangkal bahawa Wali Songo merupakan bekas Sami-sami Shaolin dari China yang melarikan diri dari kuil dan memeluk Islam disambut pula oleh beberapa umat Islam yang cetek pengetahuannya mengenai sejarah realiti (ingat mengenai tuduhan Hang Tuah adalah Cina yang turut ghairah disebarkan secara melulu oleh segelintir masyarakat Melayu/Islam?). Kumpulan yang berpegang kuat pada teori mengarut Siam-Kedah pula tergamak menyebarkan fitnah dan menghina Wali Songo kononnya mereka dihantar oleh Maharaja Ayutthaya untuk menyebarkan Islam, sedangkan realitinya Maharaja Ayutthaya adalah beragama Buddha yang kuat menentang Kerajaan-kerajaan Islam disekitarnya!!! Di Indonesia pula, sebilangan chauvinist Jawa amat sukar menerima fakta bahawa Wali Songo mempunyai pertalian yang kuat dengan Champa dan Kelantan, sudah tentu kerana perasaan asabiyah melampau mereka yang terasa tercabar untuk mengatakan Islam disebarkan di Pulau Jawa menerusi semenanjung Tanah Melayu.

Apa yang menyedihkan penulis, bukan ulamak terdahulu sahaja yang dipinggirkan, golongan ulamak pada hari ini juga tergamak dicaci dan dimaki oleh segelintir individu di media massa mahupun di alam maya termasuk digelar sebagai “pelacur” hanya kerana perbezaan isu politik. Penulis dengan rendah hati memohon dan mengingatkan diri sendiri, tidak kira apa juga pegangan politik kita, sama ada keris, sabit mahupun bulan, jangan sesekali kita melampaui batas dalam mengkritik pandangan yang dikemukakan oleh alim ulamak kita. Ingatlah dalam perbezaan fahaman politik kita, kita semua masih berpegang kepada agama yang sama. Ingatlah sabda Rasullah S.A.W., bahawa sesungguhnya ulamak ialah pewaris nabi.





Oleh yang demikian, dikesempatan kedatangan bulan Ramadhan 1431 Hijrah yang penuh dengan keberkatan ini, penulis ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga kita sama-sama dapat memanfaatkan bulan Ramadhan pada tahun ini dengan beribadat dengan semaksimum mungkin dan dapat mencari keberkatan malam Lailatulqadar...

19 comments:

  1. selamat berpuasa saudara.....semoga artikel2 sebegini dpt diterbitkan lagi untuk perkongsian ilmiah insya allah

    ReplyDelete
  2. Salam ramadhan juga buat saudara Jmazli. Insya Allah, jika ada kelapangan, akan diterbitkan lagi artikel berkenaan dengan ulama' Nusantara dan sejarah Islam di rantau ini yang digelapkan oleh penjajah...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. mai menyemak pulak dah si keparat mahadaya ni kat laman ibnu rusydi. Tak serik-serik jugak.. Islam itu syumul, jelas diturunkan kepada umat manusia keseluruhannya melalui junjungan Rasulullah SAW.. lebik baik hang pi taubat .. pi!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  5. Salam..tahniah saudara sungguh terbuka, tidak seperti blogger lain yang kuat fahaman politiknya..juga mistisfiles telah terkena jangkitan anti perpaduan ini..Tahniah, selamat berpuasa kepada semua muslimin muslimah..

    ReplyDelete
  6. apa pulak mahadakyah ni,merapu kat sini pulak.tak habis2 dengan dakyah merapu tahap gaban nya tu.tak matang langsung,cam budak2.ko ni sunat ke belum.shoh!shoh! pergi main jauh-jauh..

    ReplyDelete
  7. Aku bagi amaran kat ko mahadaya, jangan sesekali ko send lagi apa2 komen merapu pasal ajaran sesat ko tu!!!

    Aku akan hantar report ke JAKIM pasal dakyah sesat ko tu!!!

    ReplyDelete
  8. Nak Tanya Syeikh Siti Jenar pun anggota Wali ( jugak ke?

    Kalau tak salah dia pun ahlul bait jugak...

    ReplyDelete
  9. sesetengah orang memasukkan Syeikh Siti Jenar dalam senarai Wali Songo. Namun secara umumnya, dia tak termasuk dalam senarai Wali Songo disebabkan fahaman Wahdatul Wujud yang diamalkannya.

    Malahan, ada juga pendapat yang mengatakan Syeikh Siti Jenar itu sendiri sebenarnya tidak wujud. Hanya gambaran kepada Al-Hallaj.

    Cuba tanya kepada Ustaz yang lebih mahir.

    Sekian,

    ReplyDelete
  10. Buat saudra Ano 12/8,

    ni nasab Siti Jenar yg aku jumpa...

    Nasab Syekh Siti Jenar Bersambung Sampai ke Rasulullah diakui oleh Robithoh Azmatkhan

    Abdul Jalil Syeikh Siti Jenar bin

    1. Datuk Shaleh bin

    2. Sayyid Abdul Malik bin

    3. Sayyid Syaikh Husain Jamaluddin @ Jumadil Qubro @ Jamaluddin Akbar Al-Khan (Gujarat, India) bin

    4. Sayyid Ahmad Shah Jalal @ Ahmad Jalaludin Al-Khan bin

    5. Sayyid Abdullah AzhmatKhan (India) bin

    6. Sayyid Amir ‘Abdul Malik Al-Muhajir AzhmatKhan (Nasrabad) bin

    7. Sayyid Alawi Ammil Faqih (Hadhramaut, Yaman) bin

    8. Muhammad Sohib Mirbath (lahir di Hadhramaut, Yaman dimakamkan di Oman) bin

    9. Sayyid Ali Kholi’ Qosim bin

    10. Sayyid Alawi Ats-Tsani bin

    11. Sayyid Muhammad Sohibus Saumi’ah bin

    12. Sayyid Alawi Awwal bin

    13. Sayyid Al-Imam ‘Ubaidillah bin

    14. Ahmad al-Muhajir (Hadhramaut, Yaman ) bin

    15. Sayyid ‘Isa Naqib Ar-Rumi (Basrah, Iraq) bin

    16. Sayyid Muhammad An-Naqib bin

    17. Sayyid Al-Imam Ali Uradhi bin

    18. Sayyidina Ja’far As-Sodiq (Madinah, Saudi Arabia) bin

    19. Sayyidina Muhammad Al Baqir bin

    20. Sayyidina ‘Ali Zainal ‘Abidin {menikah dengan (34.a) Fathimah binti (35.a) Sayyidina Hasan bin Ali bin Abi Tholib, kakak Imam Hussain} bin

    21. Al-Imam Sayyidina Hussain bin

    (22.a) Imam Ali bin (23.a)Abu Tholib dan (22.b) Fatimah Az-Zahro binti (23.b) Muhammad SAW

    Tentang Silsilah ke-atas dr Syeikh Siti Jenar dan para walisongo lainnya sudah diakui oleh para ulama nasab dari Yaman, Malaysia dan Thailand..para sayyid dan kalangan habaib yg memahami ilmu nasab banyak yg mencantumkannya di bawah nama fam. Azmatkhan, dan sudah menulis beberapa kitab mengenai ini, dan diakui Robithoh Alawiyah, Naqobatul Asyrof dan Robithoh Azmatkhan ..(Tentunya disini tidak ada nama tokoh pewayangan) untuk keterangan lebih lanjut bisa buka situs www.azmatkhanalhusaini.com dan bisa tanya jawab dengan Kyai Ali bin Badri selaku pengurusnya …wassalam

    ReplyDelete
  11. tentang Siti Jenar sebagai anggota Wali 9,memang benar tetapi selepas di singkirkan kerana pembawaan aliran sufi falsafatnya dia di ganti dgn Sunan Gunung Jati.

    kalau nilai sejarah ajarannya' terdapat pembunuhan karektor yg amat sangat bukan saja dari Wali2 sendiri tetapi penjajah Belanda yg mencari peluang.

    tu sebabnya ramai yg kata dia tak pernah wujud.ttp keturunannya ada kena mengena dgn akhir zaman.tu tak yah cerita lah.nak tau lanjut research lah sendiri.

    wallahualam.

    ReplyDelete
  12. mengarut ar korg ni. setau aku, wali songo tu sume laki2. mana ada wali pompuan???

    ReplyDelete
  13. Untuk makluman saudara Anon 7:33, Syeikh Siti Jenar itu adalah seorang lelaki. Walaupun nama dia ada 'Siti', tapi dia bukanlah seorang perempuan macam Siti Nurhaliza atau Siti Sarah... =)

    Siapa kata tak ada wali perempuan?? bagaimana dengan Rabiatul Adawiyah?? =)

    Fikirkan bersama...

    Salam hormat,

    ReplyDelete
  14. wali perempuan yg paling dekat dgn kita adalah ibu kita sendiri....

    ReplyDelete
  15. Salam. Tahniah Ibnu Rusydi di atas usaha anda berkongsi ilmu yg dpt membuka minda,hati & mata semua & membangkitkan jiwa..

    Teruskan usaha anda berkongsi ilmu yg dpt memanfaatkan semua pihak..

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah,

    terima kasih atas sokongan. Namun sebenarnya, perkara yang baik datang dari Allah.

    Kita ni cuma hambanya yang serba lemah...

    ReplyDelete
  17. Salam, terima kasih atas maklumat yang sangat berharga ini. hati kita bagai orang sawang takfaham tercari cari yang dekatnya dihati.. inilah alasanya.. bukanlah pakhamba yang asal minang itu.

    Salam Ukhuwah semoga sudi menerima kita kerana kita tak menegrti hati taktercari ini.

    SalamHormat.

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum.. sy mahu bertanya,bagaimanakah sayyid hussin boleh berdakwah hingga ke nusantara? adakah beliau diperintahkan untk menyebarkan dakwah ke nusantara atau atas kehendaknya sendiri..? mohon penjelasan.. tq

    ReplyDelete
  19. Assalam.. Ada sesiapa tahu tentang kiyai mukmin dan keturunannya

    ReplyDelete