Monday, September 20, 2010

Kebangkitan Raja-raja Melayu di Kalimantan Barat




Tidak banyak perkara menarik yang penulis perolehi semasa melawat Kalimantan Barat (Kalbar) sebelum ini, mungkin kerana tempoh waktu lawatan yang terhad. Penulis telah memilih untuk melawat Kota Pontianak, yang merupakan ibukota Provinsi Kalbar, merangkap pusat salah satu Kesultanan Melayu yang besar di kawasan ini satu ketika dahulu. Terasa jelas perbezaan taraf pembangunan dan kemudahan fasiliti sebaik sahaja bas yang dinaiki melepasi Biawak di sebelah Sarawak dan memasuki Entikong di sebelah Indonesia. Keadaan jalan yang dilalui agak teruk hinggakan tayar bas yang dinaiki pancit beberapa kali menyebabkan penulis tiba di Kota Pontianak semasa hari sudah mulai gelap sedangkan penulis bertolak pada awal pagi!

Keesokan harinya, penulis tidak membuang masa untuk pergi ke Keraton Kadriyah, yang merupakan Istana peninggalan Kesultanan Pontianak. Memudahkan kerja penulis apabila pemandu yang membawa penulis mempunyai hujung pangkal nama Al-Kadri, yang kemudian mengesahkan kepada penulis bahawa beliau sememangnya berketurunan Sultan Pontianak. Sambil berjalan, penulis tidak melepaskan peluang untuk berbual dan bertukar maklumat dengannya mengenai pelbagai perkara terutamanya berkenaan dengan kewujudan Kerajaan (Kingdom) dan Kesultanan Melayu yang pernah wujud di bumi Kalbar ini satu ketika dahulu.





Terdapat hampir 12 buah Kerajaan/Kesultanan Melayu yang pernah berdiri di wilayah ini iaitu Kesultanan Sambas, Kesultanan Pontianak, Kerajaan Mempawah, Kerajaan Landak, Kerajaan Kubu, Kerajaan Matan, Kerajaan Sukadana, Kerajaan Simpang, Kerajaan Sanggau, Kerajaan Sekadau, Kerajaan Tayan, dan Kerajaan Sintang. Berbeza dengan Raja-raja Melayu di Sumatera yang lebih dekat budayanya dengan semenanjung Tanah Melayu, Raja-raja Melayu di Kalbar ini mempunyai pengaruh kuat budaya Jawa dan Dayak tempatan. Justeru itulah, selain daripada gelaran Sultan dan Yang Dipertuan Besar, ramai Raja-raja di sini memakai gelaran Panembahan, sementara kerabat di Raja yang lain tidak memakai gelaran Tengku/Tunku sebaliknya menggunakan gelaran Gusti dan Pangeran (atau Pengiran sebagaimana pemakaian Kerabat Di Raja Melayu di Brunei Darussalam).



Antara bendera dan lambang Kerajaan/Kesultanan Melayu yang pernah wujud di Kalimantan Barat


Walaubagaimanapun, kesemua Raja-raja Melayu di sini telah dibunuh oleh tentera penjajah Jepun sekitar tahun 1944 dalam satu peristiwa menyedihkan yang dikenali sebagai Tragedi Mandor Berdarah. Selepas tamat Perang Dunia Ke-2, Raja-raja Melayu di Kalbar telah bersepakat untuk menubuhkan sebuah persekutuan yang dikenali dengan nama "Daerah Istimewa Kalimantan Barat", yang diketuai oleh Sultan Pontianak ketika itu, iaitu Sultan Abdul Hamid Al-Kadrie II. Walaubagaimanapun, berlaku konflik antara Sultan Abdul Hamid Al-Kadrie dengan tokoh-tokoh kemerdekaan Indonesia yang berpusat di Jawa. Sebabnya hanya satu sahaja, Indonesia bertegas mahukan sebuah negara yang bercorak Kesatuan, sedangkan Sultan Abdul Hamid Al-Kadrie memperjuangkan sebuah negara bercorak Persekutuan (Federalisma), sebagaimana di Malaysia.

Sambil berjalan-jalan di sekitar Keraton, penulis terpaku pada satu bingkai kaca yang memaparkan Sultan Abdul Hamid Al-Kadrie sebagai pencipta lambang Garuda, iaitu jata negara Indonesia yang masih digunakan sehingga kini. Kerabat di Raja di Keraton tersebut hanya tersenyum sahaja memandang penulis, namun penulis dapat menyelami perasaan mereka yang mahukan Sultan Abdul Hamid Al-Kadrie diletakkan pada tempat yang sewajarnya, biarpun bukan sebagai Pahlawan Nasional, tetapi sekurang-kurangnya sebagai salah seorang tokoh yang turut memperjuangkan kemerdekaan negara Indonesia. Namun begitu, ‘dosa’ yang membelenggu Almarhum Sultan ini adalah kerana dia memperjuangkan sebuah negara Persekutuan, hingga membayangi sumbangan besarnya sehingga kini.



Sultan Syarif Abdul Hamid Al-Kadrie II, pencipta Lambang Negara Indonesia


Penulis juga dimaklumkan bahawa kini waris-waris Keluarga di Raja di Kalbar kini telah menghidupkan semula institusi Kerajaan/Kesultanan masing-masing. Sebagaimana di Sumatera Timur, pengwujudan semula Kerajaan/Kesultanan ini bukannya untuk menghidupkan semua sistem monarki, tetapi bagi melestarikan warisan sejarah dan budaya setempat.



Pangeran Ratu Muhammad Tarhan Winata Kesuma, Raja Sambas yang masih remaja



Pangeran Ratu Drs. Gusti Suryansah, Raja Landak



Sultan Syarif Abu Bakar bin Syarif Mahmud Al-Kadrie, Raja Pontianak



Dr. Ir. Pangeran Ratu Mardan Adijaya, Raja Mempawah



H. Gusti Arman, Raja Sanggau



Sri Paduka Tuanku Muhammad Ikhsani Shafiuddin ibni al-Marhum Panembahan Muhammad Jamal ud-din, Raja Sintang



Pangeran Ratu Kertanegara Gusti Kamboja, Raja Matan



Sultan Muhammad Jamaluddin II, Raja Simpang



Gusti Muhammad Efendi Bin Sidik Gusti Agung, Raja Sekadau


Oleh kerana waktu yang suntuk, penulis terpaksa melupakan hasrat untuk bertemu dengan Sultan Pontianak. Sambil melihat persekitaran Keraton Kadriah yang usang dengan beberapa ekor kambing berkeliaran di laman Istana, penulis berasa bersyukur dan betapa bertuahnya Raja-raja Melayu di negara kita masih didokong utuh oleh rakyat biarpun kekuasaannya beberapa kali dicabar oleh pihak-pihak tertentu yang berusaha untuk melenyapkan kuasa politik Melayu-Islam.

Dalam perjalanan pulang, penulis kembali menyambung perbualan dengan pemandu. Berkenaan dengan pelbagai isu dari kebanjiran pendatang dari pulau Jawa hingga pernah mencetuskan rusuhan antara kaum Melayu dan Dayak dengan masyarakat Madura, pengusaan ekonomi oleh kaum Tionghua walaupun bilangan mereka yang minoriti, hinggalah kepada kewujudan semula Sultan yang kini hanyalah sebagai simbol tanpa kuasa. Dua perkara tersebut sudah pernah berlaku di negara kita, dan penulis berharap perkara terakhir yang disebutkan tidak terjadi kerana jika runtuh Institusi Raja-raja Melayu di negara kita, akan lenyap jugalah warisan kuasa politik Bumiputera di negara kita. Penulis juga mendengar rungutan pemandu mengenai segelintir pihak yang mempertikaikan kesetiaan Almarhum sultan Abdul Hamid Al-Kadrie kepada pembentukan negara Indonesia. Menurutnya, Almarhum Sultan Abdul Hamid Al-Kadrie pernah ditawarkan oleh Pemerintah Negeri Sarawak, Malaysia. Namun Almarhum Sultan menolaknya kerana setianya baginda kepada Indonesia. Apa yang ditawarkan? Adakah tawaran kepada Daerah Istimewa Kalimantan Barat untuk bersama-sama Sarawak menyertai Malaysia, atau membentuk sebuah negara sendiri? Tidak pula dinyatakan. Penulis hanya mendiamkan diri sahaja kerana menganggap maklumat tersebut adalah maklumat tidak rasmi yang belum tentu kesahihannya. Namun terfikir juga, sejarah pada hari ini mungkin berbeza jika tawaran tersebut diterima.


Nota :

1. Hantu Pontianak di Indonesia di panggil sebagai Kuntilanak @ Sundel Bolong. Tetapi nama Kesultanan Pontianak memang diambil daripada nama hantu tersebut yang pernah ada di kawasan ini sewaktu negeri ini dibuka.

2. ‘Gusti’ adalah satu gelaran kehormat yang digunapakai oleh Kerabat Di Raja di Indonesia, sebagaimana gelaran ‘Tengku/Tunku’ di negara kita. ‘Gusti’ ini bukanlah seperti ‘World Wrestling Entertainment’. Sukan ‘Wrestling’ di Indonesia dipanggil ‘Gulat’.


Lihat juga catitan lama :

http://ibnurusydi.blogspot.com/2010/03/mengenang-kembali-kejatuhan-kerajaan.html

31 comments:

  1. Tuan,

    tak sangka, rupa2nya banyak lagi raja2 melayu yg wujud/pernah wujud di seluruh nusantara ni. sayangnya, kini yang berkuasa hanya di negara kita dan Brunei sahaja.

    itupun, ada juga orang2 kita sendiri yg menentang raja2 melayu. tak menafikan kelemahan yg wujud kerana raja pun manusia, tapi institusi rajalah yang perlu dijunjung untuk kekalkan kuasa kita sbg orang melayu...

    salam...

    ReplyDelete
  2. sultan pontianak??? ehehehe... pontianak harum sundal malam yg maya karin blakon tu asal dari sana la eh??? =p

    ReplyDelete
  3. tak mustahil pada suatu hari nnt akan ada perubahan sempadan geografi jika simbol institusi raja2 Melayu terus dipelihara..

    ReplyDelete
  4. Kalau terlalu ramai raja...nanti kan timbul penyakit lain.

    ReplyDelete
  5. "RAJA-RAJA MELAYU"..
    benteng perbatasan terakhir Bani 'JAWI'...
    didalam penantian kedatangan 'KHALIFAH' terakhir.

    ReplyDelete
  6. Tahniah tuan di atas maklumat yang dipersembahkan pada kali ini.. Harap terus dibongkar sejarah-sejarah silam ini untuk tatapan dan iktibar ummah Nusantara ini.. Syabas!

    ReplyDelete
  7. kita ptot bersyukur krana smasa jepon membunuh raja2 melayu di sumatra,raja2 di tanah melayu tidak diapa-apakan..

    pasti ada sbab mngapa mata jepun2 itu dibutakan pabila mreka berada di tanah melayu

    ReplyDelete
  8. harap tuan dapat menyingkap tentang kesultanan dan kerajaan Banjar di Kalimantan....!

    ReplyDelete
  9. salam 2 all,

    terima kasih kepada semua yg memberikan pandangan.

    Buat saudara Tungkaran Hati, rakan saya, seorang pengkaji Raja2 di Indonesia memaklumkan, Sultan Banjar yang baru akan dimasyhurkan. Beliau ialah Ir. H. Gusti Khairul Saleh, Bupati Banjarmasin. Bupati jika di negara kita setaraf dengan Residen di Sabah/Sarawak, atau Pegawai Daerah di semenanjung.

    Salam hormat,

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan pejabat banjarmasin tapi pejabat daerah banjar, banjarmasin itu statusnya bukan kabupaten tapi ibu kota wilayah

      Delete
  10. salam tuan...
    my hubby ditawarkan kerja di Banjarmasin...
    selamat ke duk sana

    ReplyDelete
  11. Mohon maaf Puan, saya masih belum berkesempatan ke Banjarmasin lagi. So, tak boleh nak komen. Cuma ada kawan2 pesan, berhati2 jika nak ke Indonesia sekarang ni. Especially ke Jakarta.

    Salam hormat,

    ReplyDelete
  12. Salam,
    tak sangka ada lg raja2 melayu disebelah sana. Ini adalah tanda-tanda yang melayu akan bangkit dan meneraju dunia, insyaallah.

    ReplyDelete
  13. W'salam saudara...

    Memang masih banyak Raja-raja Melayu di Indonesia. Apa yang baru saya paparkan hanya sebahagian sahaja. Tapi mereka ni sebenarnya dah tak ada kuasa. Hanya simbol yang diteruskan oleh waris2 Raja terdahulu untuk melestarikan warisan dan budaya setempat sahaja.

    Tujuan saya paparkn hanya untuk renungan bersama. Indonesia bernasib baik kerana walaupun Raja-raja Melayu dah tak berkuasa, majoriti penduduknya masih dari kalangan rumpun Melayu. Tapi cuba bayangkn jika Raja-raja Melayu di negara kita dicabut kuasanya, apa yg kuasa kita, kaum Bumiputera tinggal? dah la parti2 politik Bumiputera saling bercakaran.

    Salam hormat,

    ReplyDelete
  14. kuasa tu tak penting, yang pentingnya darah keturunan baginda raja/sultan...mereka masih mempunyai kuasa/daulat yg tersendiri....kalau tidak masakan berani mereka menagaku raja/sultan..bukan sebarang orang jadi raja ni...lagi pun bila kita fikir kenapa mereka masih mengaku raja walaupun tahu tiada kawasan untuk diperintah?..ini bermakna mereka TAK NAK KUASA atau glamer, tapi ada sebab-sebab lain...

    ReplyDelete
  15. pendedahan saudara membangkitkan jati diri dan kebanggaan terhadap sejarah dan bangsa kita. saya tinggi di sarawak merasakan amat dekatnya raja-raja ini dengan saya. sepengetahuan saya orang melayu sarawak memang ramai yang berasal dari sambas. malah kerajaan brunei pun memang ada kaitan dengan kerajaan sambas seperti yang saya baca di muzium negeri sarawak. cuma ada satu lagi fakta baru yang saya baca daripada blog sangtawal bahawa kerjaan brunei mempunyai kaitan dengan kerajaan kelantan.

    saya amat suka dan mencintai sejarah bangsa kita tetapi bukanlah seorang pengkaji. anda saudara dapat menceritakan perkaitan kelantan - brunei - sambas, amatlah seronok bagi saya.

    walaupun sarawak kini tiada sultan, tapi di lubuk hati saya sultan brunei itulah sultan kami.

    seperkara lagi yang menarik perhatian saya ialah kajian dr. zafarina dari usm yang menunjukkan pergerakan orang melayu adalah dari borneo, kemudian ke jawa, sumetera dan seterusnya ke semenanjung dan ke indo-china berdasarkan dna. kalau saudara ada maklumat lebih tentang ini saya sangat gembira sekali andai kata perkara ini dikaji dan dibentangkan di blog ini.

    salam persaudaraan

    melayu sarawak

    ReplyDelete
  16. Kedatangan Islam mulai dari tanah Acheh, adakah kesultanan Acheh telah lenyap atau masih ada waris nya ?

    Mungkin di Sumatra itu banyak Sultan-sultan, mana wari mereka ya ?

    Yg ingin tahu.

    Nani PJ

    ReplyDelete
  17. pernah dulu, nenek cerita tentang asal usul kami..
    dari kalimantan. nenek ada bagtahu kami adalah generasi ketiga yang tggal di malaysia... masa di kalimantan, moyang terpaksa lari ke semenanjung atas beberapa sebab. tapi saya tak tahu kesahihan cerita neneak saya....

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum & salam sejahtera,

    Buat saudara Ali, terima kasih atas pandangan. Ya, jika saya ada maklumat berkaitan, Insya Allah akan dipaparkan dalam blog ini.

    Buat saudari Nani PJ, Kesultanan Acheh masih ada warisnya. Artikel tentang Kesultanan Melayu di Sumatera Timur telah saya terbitkan sebelum ini. Boleh cek artikel2 terdahulu saya.

    Buat saudara Tukang Taip, boleh saya tahu suku kaum saudara? kalau dari Kalimantan, boleh jadi suku Banjar, suku Kutai, suku Sambas dsb. Dari situ boleh cek kembali sejarah keturunan saudara.

    Salam hormat,

    ReplyDelete
  19. jikalau saudara tahu, mungkin ada bae'nya juga mengulas jatuhnya "kesultanan Melayu Bulungan" yang ada di kalimantan timur, menurut cerita 3 buah istana bulungan di hancurkan karena di duga atau lebih tepatnya di fitnah komunis berhubungan rapat dengan malaysia, sehingga istana kena serbu dan banyak bangsawannya hilang semasa itu, termasuklah harta benda dan bahan pustaka yang penting di istana (tahun 1964), bahkan TUN Abdurazak sendiri pernah menggambarkan derita kejatuhan istana bulungan dalam memoarnya. terimaksih.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum..satu kajian yang baik.

    Sarawak memang sudah ada sultan dahulu kala..Sultan Tengah...anak sulung Sultan Tengah dengan Puteri Sultan Sukadana...adalah Sultan Sambas yang pertama.

    memang betul orang melayu sarawak terutamanya di selatan sarawak banyak datang dari kalbar dan majoriti dari Sambas, Sanggau dan Pontianak. Tetapi pada hemat saya, majoriti datang dari Sambas dan Sanggau. Nenek-moyang saya datang dari Pontianak dan mungkin disebabkan itu bahasa melayu sarawak saya menggunakan bunyi hujung 'e' dan bukannya 'a'. Lagipun Bahasa Melayu Pontianak sangat hampir dengan Bahasa Melayu Sarawak..cuma buat masa ini belum ada kajian khas untuk mengkaji persamaannya. Arwah nenek saya pernah memberitahu yang ada seorang pakciknya yang tidak berhijrah ke Sarawak dan kekal di Pontianak. Dan dia pernah memberitahu yang kami ada saudara mara dekat di Pontianak dan Mempawah. lagipun nama keluarga kami adalah sama dengan kerabat sultan pontianak. seperkara yang masih menjadi tanda tanya ialah..kenapa nenek-moyang saya berhijrah ke Sarawak.

    ReplyDelete
  21. indonesia dah buat yang terbaik untuk rakyat depa...habiskan kuasa raja2 dan jadi republik, kalau dak ntah ler, bukan dapat apa2 pun menghabiskan boreh jer..

    ReplyDelete
  22. luar biasa, termasuk satu diantaranya dari foto saya.. salam hormat

    ReplyDelete
  23. disebabkan itu...Raja2 mesti menjadi contoh pada rakyat dan mengamalkan islam sepenuhnya...bukan setakat raja malah kaum kerabat mereka juga....tidak amalkan Riba',makan dan minum yg HALAL,berjemaah di masjid....dan byk lagi etika2 Rasulullah yg boleh di contohi..

    ReplyDelete
  24. Bukan nya saya sukuisme atau apa aj lah sebetun nya, tapi saya lihat setiap cerita tentang kalbar yg berhubungan tentang kerajaan, terlalu bnyak fakta yang di gelapkan, di setiap kerajaan tidak ada unsur dayak sedikit pun, yang di bahas hanya unsur melayu nya saja, kenapa tidak di paparkan semua raja dari pertama berdiri nya kerajaan. Kerejaan di anggap berdiri setelah pemimpin nya melayu, sedangkan raja2 dayak sebelum nya yang memimpin tidak pernah di singgung sama sekali, seolah - olah mereka tidak pernah ada, dan sejarah2 dayak sudah mulai di kaburkan, dan kami dayak siap memberontak untuk itu. salam damai saudara.

    ReplyDelete
  25. alhamdulillah,di Indonesia sejarah mengenai kerajaan-kerajaan melayu memang tidak terlalu terbuka dan banyak hal yang masih di tutupi,seperti halnya kasus Sultan Hamid II,
    saya senang bahwa penulis mau berbagi cerita tentang sejarah kami,
    salam dari bandar raya pontianak,

    ReplyDelete
  26. saya dari Palembang. Saya mau tanya apakah di sumatera selatan hanya ada satu kerajaan Melayu Kesultanan Palembang sajakah? Atau ada sultan sultan yang lain yang sengaja dihapus oleh kolonial? terima kasih. mohon informasinya

    ReplyDelete
  27. Raja-raja Melayu masih dihormati secara rasmi dan berkerajaan di tanah Malaysia.
    Kini I baru tahu mengenai masih punyai kerabat diraja melayu di tanah indonesia tidak dapat dihormati secara rasmi oleh kerajaan Indonesia.

    ReplyDelete
  28. kini merekalah yang mempertahankan identity orang melayu di kalimantan barat.
    saya mau minta tolong kepada pemilik blog untuk memposting peranan keturunan arab pada kesultanan melayu di nusantara (indonesia/malaysia)

    ReplyDelete
  29. jangan lupa. di selatan filipina iaitu di SULU dan MINDANAO juga pernah wujud kesultanan melayu iaitu KESULTANAN SULU dan KESULTANAN MAGUINDANAO.. huhu, sejarah ini yg paling hilang tau. hohoho. waris2nya sampai sekarang masih berjuang utk mengembalikan semula kesultanan tersebut dan memisahkan negara islam mereka dari negara filipina yg kafir. hoho,

    ReplyDelete
  30. ade juak blog dari negri tetangga yg menulis tentang negriku sambas...makaseh jak...aku urang sambas asli..moyangku adalah :Panglima Awang Tandi (Lawang
    Tandi)...iye(itu) nenek dgn atok aku yg .madahkan(bagitau)...tpi aku .ndak tau ade ikatan ape dgn keraj'an sambas.....

    ReplyDelete