Wednesday, September 1, 2010

Kerana Definisi Perkataan ‘Melayu’ dan ‘Asli’

Apa sebenarnya punca masalah yang terus menghantui hubungan penduduk Malaysia dan Indonesia? Itulah yang terus berlegar di fikiran penulis saat membaca akhbar harian mengenai sikap segelintir penduduk Republik itu yang tidak henti-henti terus mencanangkan semboyan ‘Ganyang Malaysia’. Malaysia dan Indonesia, walaupun serumpun dan nampak seperti sama, kedua-dua Bangsa ini sebenarnya memiliki perbezaan yang ketara. Salah satunya adalah dari segi perkataan. Terdapat sejumlah perkataan yang berbeza membawa maksud yang sama. Sebagai contoh, basikal dalam Bahasa Melayu dipanggil sebagai ‘Sepeda’ dalam Bahasa Indonesia, ataupun Akaun dalam Bahasa Melayu dipanggil sebagai ‘Rekening’ dalam Bahasa Indonesia. Tapi yang menjadi masalah adalah apabila perkataan yang sama membawa maksud yang berbeza bagi kedua-dua Bahasa ini.

Yang paling jelas, adalah mengenai ‘Melayu’. Definisi ‘Melayu’ di Malaysia adalah berbeza dengan definisi ‘Melayu’ di Indonesia. Di Malaysia, maksud ‘Melayu’ dinyatakan dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu berketurunan Melayu, bertutur dalam Bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu, serta beragama Islam. Apa yang lebih penting, definisi ‘Melayu’ di Malaysia adalah dalam konteks yang lebih luas, iaitu sebagai ‘Ras’ (Race), bukannya terhad kepada etnik. Justeru itulah, kita dapat lihat selain daripada Melayu Anak Negeri seperti Melayu Kedah, Melayu Kelantan, Melayu Pahang dan sebagainya yang memang berasal dari tanah Semenanjung, kumpulan-kumpulan Melayu Anak Dagang yang berasal dari seluruh kepulauan Nusantara tetapi berhijrah ke semenanjung seperti Jawa, Bugis, Rawa, Minang, Acheh, dan sebagainya juga dipanggil sebagai ‘Melayu’. Namun begitu, disebabkan Perlembagaan Persekutuan telah mengikat Melayu itu mesti beragama Islam, maka beberapa rumpun Melayu lain seperti Orang Asli, Melanau, Iban, Dusun, dan sebagainya tidak ditakrifkan sebagai ‘Melayu’ di negara kita.

Berbeza pula di Indonesia, definisi ‘Melayu’ adalah lebih sempit, iaitu tidak lebih dari sekadar salah satu etnik (atau ‘Suku’ dalam Bahasa Indonesia) daripada puluhan kumpulan etnik di Republik itu. ‘Melayu’ dalam konteks Indonesia tidak lebih sebagai penduduk pribumi di sepanjang kawasan pantai timur Pulau Sumatera dan pantai barat Kalimantan Barat, seperti Deli, Riau, Jambi, Pontianak, dan sebagainya. Etnik lain, walaupun beragama Islam, seperti Jawa, Sunda, Madura, Acheh, Minang, Batak, Lampung, dan sebagainya, tidak ditakrifkan sebagai ‘Melayu’, tetapi menggunapakai nama etnik mereka sendiri. Justeru itulah, sebagai contoh, apabila Kerajaan cuba menonjolkan tarian ‘Barongan’ yang dimainkan oleh masyarakat Melayu berketurunan Jawa sejak ratusan tahun di negeri Johor sebagai ikon tarikan pelancongan, berlaku kekeliruan di pihak Indonesia kerana tarian Barongan di Malaysia merupakan versi lain kepada tarian ‘Reog Ponorogo’ yang dimainkan di tanah Jawa oleh penduduk tempatan. Mereka tidak faham bagaimana masyarakat ‘Melayu’ di Malaysia boleh memainkan tarian ‘Jawa’ dan kemudian mendakwa ia merupakan tarian ‘Asli’ Negeri Johor. Mereka tidak faham mengapa kartun Upin Ipin yang bernuansa ‘Melayu’ boleh menyelitkan masakan rendang kerana pada mereka, Rendang adalah masakan suku Minang. Walhal Orang Minang telah lama menetap di semenanjung, malahan mempunyai sebuah negeri di sini!

Salah satu lagi perkataan yang sering menimbulkan salah faham adalah ‘Asli’. Di Malaysia, ‘Asli’ dirujuk sebagai sesuatu yang tradisional. Sebagai contoh, Tarian ‘Asli’, masakan ‘Asli’, dan sebagainya. Sedangkan di Indonesia, perkataan ‘Asli’ merujuk kepada sesuatu yang berasal dari tempatnya. Sebagai contoh, Tarian Barongan merupakan tarian ‘asli’ di Negeri Johor, bermaksud tarian ini adalah tarian tradisional yang dimainkan di negeri ini. Apabila masyarakat Indonesia membaca kenyataan tersebut, pada pemahaman mereka, Malaysia mendakwa tarian tersebut berasal dari Negeri Johor sedangkan umum tahu ianya berasal dari Pulau Jawa.



Tarian Barongan oleh masyarakat Melayu keturunan Jawa di Johor



Tarian Reog Ponorogo di Pulau Jawa


‘The Hidden Hand’ yang memang berniat memecahbelahkan kedua-dua bangsa serumpun dan seagama ini amat-amat memahami perkara inilah. Mereka juga tahu kelemahan Bangsa Indonesia yang amat mudah diprovokasi kerana sebahagian besarnya berpendidikan rendah dan berfikiran tertutup. Justeru itulah, amat mudah bagi mereka memercikkan api permusuhan dengan mengubahsuai iklan pelancongan Malaysia didalangi oleh Discovery Channel yang berpusat di Singapura dengan menyelitkan Tarian Pendet yang berasal dari Bali. Mereka tahu, masyarakat Bali yang beragama Hindu tidak terdapat di Malaysia dan Malaysia tidak akan dapat dapat memberi penjelasan sebagaimana isu persamaan tarian Barongan dengan Reog Ponorogo. Akhbar-akhbar dan media massa di Republik itu yang sentiasa dahagakan isu-isu hangat tidak ada masa untuk membuat semakan dan siasatan mengenai kesahihan iklan tersebut sebaliknya mengejar rating berdasarkan sentimen semasa rakyat Republik itu yang masih terkesan dengan kehilangan Pulau Sipadan dan Ligitan yang didakwa kononnya sebagai milik mereka warisan dari Kesultanan Bulungan (walhal Pemerintah mereka jugalah yang sibuk menghapuskan sebahagian besar Kesultanan dan Kerajaan semasa Republik itu mahukan kemerdekaan).





Agaknya mereka terlupa bahawa kawasan selatan Thailand, Malaysia, Singapura, Brunei, selatan Filipina dan Indonesia dihuni oleh Bangsa yang serumpun. Idea mengenai ‘serumpun’ ini tidak laku kepada segelintir rakyat Indonesia yang telah tertutup mata dan hati mereka. Persoalan penulis, mengapa mereka tidak menghentam Singapura yang mempromosikan masakan masyarakat Melayu di Republik tersebut seperti Rendang dan Satay dalam pelancongan ‘Uniquely Singapore’? Mengapa mereka tidak pula bertindak seperti beruk untuk mencerca Brunei yang turut memakai Baju Batik? Atau lebih jauh, mengapa mereka tidak menghentam negara Surinam dan New Caledonia apabila masyarakat Jawa di negara tersebut masih mengamalkan adat istiadat Jawa dan memakan masakan Jawa?


SEBAB APA??? KERANA BAHASA DAN BUDAYA ADALAH MILIK BANGSA!!! BUKANNYA MILIK SESUATU NEGARA!!!



Tarian Kuda Kepang yang dimainkan oleh etnik Jawa di Negara Surinam


Orang-orang etnik Han yang berhijrah ke Taiwan, Malaysia, atau kemana-mana sahaja masih membawa bersama bahasa dan budaya Cina kerana itu adalah hak mereka. Pernahkah kita dengar Republik Rakyat China menghentam Taiwan sebagai pencuri kerana persamaan budaya mereka??!! Pernahkah Jepun mencerca Korea dan China kerana mereka turut menggunakan Chopstik semasa makan??!! Pernahkah Kerajaan India mengentam Malaysia kerana menonjolkan tarian etnik Tamil dalam iklan perlancongan Malaysia??!! Tidak sama sekali bukan??!!


KEKECOHAN MENGENAI ISU SIAPA PEMILIK SEBENAR BUDAYA BAGI SATU BANGSA SERUMPUN HANYA DITIMBULKAN OLEH KAUM YANG TIDAK BERTAMADUN DAN BERPELAJARAN RENDAH!!!




Dua perkataan di atas adalah sekadar contoh bagi menjelaskan perbezaan yang wujud antara kedua-dua negara ini yang sebenarnya, hanyalah perkara remeh disebabkan salah faham yang boleh diselesaikan melalui perbincangan secara baik. Namun begitu, perkara pokok sebenarnya adalah sentimen rakyat Republik tersebut bahawa Indonesia merupakan ‘Abang besar’ dan Malaysia adalah ‘Adik kecil’ yang perlu sentiasa beralah. Mereka tidak dapat menerima hakikat apabila Malaysia yang masih ketinggalan semasa merdeka dahulu kini telah jauh meninggalkan mereka dari segi kemajuan dan kemodenan. Mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa kartun Upin Ipin telah berjaya menarik minat anak-anak kecil mereka hinggakan mereka tergocoh gacah menerbitkan kartun sendiri tetapi tidak berjaya mencipta fenomena sebagaimana Upin Ipin.



Upin & Ipin bersama Susanti, watak anak dari Jakarta, Indonesia, yang diwujudkan bagi memberi gambaran keharmonian dua Bangsa serumpun


Malaysia bukanlah adik kepada Indonesia, walaupun negara kita agak lewat merdeka, lebih sedikit penduduk, dan lebih kecil saiz keluasannya. Malaysia adalah negara berdaulat yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Indonesia. Selagi perasaan hormat kepada Malaysia tidak ditanamkan kepada penduduk Indonesia, selagi itulah isu-isu remeh temeh seperti siapa pemilik sebenar Rendang, Batik, dan sebagainya akan terus menghantui hubungan baik kedua-dua negara.

18 comments:

  1. artikel yang ringkas tapi padat dgn info. thakns ibnu rusydi. ayat yang paling menarik minat saya

    "Bahasa & Budaya adalah milik Bangsa, bukan Negara"

    saya amat2 setuju.

    teruskan menulis saudara!

    ReplyDelete
  2. setuju dengan pandangan sdr.

    amat menyedihkan sdr di Indonesia yg amat gopoh dalam penilaian dan sentiasa mencari ruang untuk konfrontasi dengan marhaen kita.... :(

    -abuhakeem-

    ReplyDelete
  3. Salam..

    baguslah kalau anggap bersaudara, tapi takkan hati tak mendidih kalau dihina sebegitu cara? kita takde maruah ker? maruah kita dah di'hidden hand'kan ker?

    bagi saya, apa yang mereka buat, adalah diatas niat dan kehendak mereka..samada muslim atau bukan, sama saja..

    ReplyDelete
  4. pehal lak tunjuk orang kg aku (Batu Pahat) kat artikel nih? Hehehe....

    Aku akui aku keturunan Jawa. Tapi dgn bangganya jugak aku isytihar bahawa aku berbangsa MELAYU, beragama ISLAM, dan rakyat MALAYSIA. Tanah semenanjung inilah tanah airku.

    Jika terjadi sesuatu yg buruk, aku tak akan teragak2 untuk bunuh tentera2 Jawa Indon yg tak habis2 carik pasal dgn negara kita!!!

    ReplyDelete
  5. salam ibnu rusydi.....
    sy sering mengikuti blg saudara....cuma kai ini sy ingin menegur sedikit kesilapan yg mungkin saudara terlepas pandang. pada artikel ini ada mennyebut :

    'Walhal Orang Minang telah lama menetap di semenanjung, malahan mempunyai sebuah negeri di sini!'

    mmg benar org minang telah lama menetap di semenanjung tetapi bukan membuka sebuah negeri. jika tuan maksudkan negeri sembilan, fakta tersebut amatlah bersalahan sama sekali kerana negeri sembilan merupakan batu asas kepada penubuhan negeri yang majmuk, bukan bersandarkan kepada satu2 suku atau kaum. pemerintahnya juga tidak ada kuasa mutlak terhadap seluruh negeri seperti mana negeri2 lain yg terdapat di semenanjung. maaf jika ada teguran sy ini terkesan pada saudara kerana hakikat n9 ini amatlah tidak difahami oleh org n9 sendiri apatah lagi oleh org yg bukan dr n9 ini. akhir kata salam ramadhan dan selamat menyambut syawal yg menjelma. sekian..

    ReplyDelete
  6. W'salam saudara Jmazli.

    Terima kasih atas teguran saudara. saya tidak ada masalah jika ada sesiapa ingin mengkritik tulisan saya... =) Apa yg ditulis sekadar untuk berkongsi maklumat bersama blogger yg lain. Jika ada kesilapan, saya mengalu2kan pandangan daripada rakan2 yg lain.

    Oh ya, saudara org nogori kah? Selamat Hari Raya jugak...

    Salam hormat,

    ReplyDelete
  7. Salam,aku anak JAWA bangsa MELAYU.Sebelah emak melayu menghala ARAB,bapak pula melayu menghala JAWA..ALLAH itu tuhan aku zahir batin,ADAM & HAWA itu atok aku,NABI MUHAMMAD itu nabi & rasulku,bumi ALLAH ini tanah air aku,"MIM" itu bangsa asalku...so..ada sape-sape yg tak puas hati dgn aku????...baik yg ko hantar,baiklah yg ko dapat..buruk yg ko hantar,buruk jugalah yg ko dapat..cara aku senang je.naga kecik.

    ReplyDelete
  8. http://bos-sulap.blogspot.com/2010/02/negeri-sembilan-malaysia-didirikan-oleh.html

    -------------
    sdra Jmazli,
    orang minang memang menetap di kawasan negeri sembilan. negeri mereka adalah negeri sembilan.

    negeri sembilan tu memang banyak suku2 yang bergabung membentuk negerinya.

    tapi perlu diketahui, kesemua suku2 tersebut adalah berdarah minangkabau.
    jadi betul la kalau kita panggil negeri sembilan itu negeri bagi orang minang. bahkan raja melewar, (orang minang) pernah memerintah negeri sembilan, sebelum wafat dan negeri sembilan setelah itu kehilangan pemerintah.

    banyak peristiwa yang berlaku setelah ketiadaan pemerintah di n9 lama. suku2 berpecah.

    kemudian, terjadinya peristiwa sungai ujong, dan kedatangan british yang sangat tamak tapi bagus.

    british, menjadikan n9 kembali bersatu dalam konsep satu residen.
    isu, negeri sembilan negeri orang minang. betul atau tak.

    sejarah dah bagitau.
    raja melewar iaitu orang minang pernah memerintah n9 lama. suku2 minang pernah bergabung dalam satu pemerintahan minang.

    jadi betul la kalau n9 tu adalah tapak negeri orang minang bukan?
    (perbetulkan sekiranya saya salah~)

    ReplyDelete
  9. sdr minang celup

    mmg benar org minang ramai berhijrah ke n9 tetapi utk menyatakan bahawa ia didominasi oleh org minang adalah tdk benar kerana n9 diperintah mengikut luak dan bukan sacara total oleh mana2 pihak. kalau dilihat 4 luak yg utama tdk didominan oleh org minang kecuali luak seri menanti. sebagai contoh luak sg ujong suku luak pemerintahnya adalah dr biduanda jakun manakala di rembau dari suku jawa dan biduanda jakun jua. seperti yg telah saya tulis sebelum ini, n9 merupakan asas penubuhan negeri bersekutu. bermakna bukannya asas mutlak mana2 suku ataupun kaum kerana sistem adat, suku kaum antara luak amatlah berbeza perlaksanaannya. sedangkan or minang bukan shj bermastautin di n9 malahan beberapa begeri lain seperti di pahang, terengganu, selangor dan perak. jadi n9 bukanlah tapak negeri minang cuma sebagai satu tempat penghijrahan utama mereka. 'meminangkan' n9 secara keseluruhan adalah tdk menggambarkan n9 sebenarnya.

    ReplyDelete
  10. Saudara jmazli, saya yakin saudara adalah warga jati Negeri Sembilan kerana berjaya memberi gambaran sebenar salasilah orang-orang Negeri Sembilan. Sebagai guru sejarah saya telah memberi cerita yang tidak tepat tentang N( kepada anak-anak didik saya kerna kefahaman saya selama ini meempercayai 99% orang Minang dan yang lain2 tu orang-orang Jakun. Terima kasih saudara Jmazli

    ReplyDelete
  11. salam saudara msarbinio9

    jika saudara berkesempatan ke muzium negeri sembilan...saudara boleh mendapat info ttg pribumi yg menghuni n9...antara yg sy dpt senaraikan di sini ialah dari suku asli terdiri dari jakun, temuan dan sakai. dari rumpun lain termasuk jawa, minang, bugis, rawa, acheh, mendahiling dll. kalau x silap sy ada lebih dr 10 suku kaum dari rumpun melayu yg bermastautin di n9 dan menjadi batu asas sebuah persekutuan.

    ReplyDelete
  12. InsyaAllah jmazli dan terima kasih sekali lagi

    ReplyDelete
  13. Interesting article. But, even in the idea of "bangsa", there could be a similar manifestation of "nation", an imagined community that holds a certain socio-political, cultural value. I wouldn't look too highly on both the idea of "nation" and "bangsa". I realised that these definitions bear inclusionary and exclusionary meaning, which separates people more so than unite, and that has always been my issue with 1Malaysia, it seemed to me - in Fanon's word - an "abstract populism". And we can witness that through the ethnic relation in Malaysia, politicians are convenient with those definitions and imposed labels.

    Saying that though, politics is an aspect of human, we couldn't really detach education, social institutions from politics, it's part of a whole. What we can do is to be aware of others' opinions and social upbringing, and instead of attempting to change or criticise those that we despise, I would try to change the way I understand them.

    ReplyDelete
  14. bagai mana pula sekiranya melayu itu sendiri tidak mengaku melayu tetapi islam...bukankah ia maksud yang same????atau ia berasal dari beberape rumpun yang tak diiktiraf melayu,padahal memang berasal keturunan makan sambal petai n kentut busuk...........

    ReplyDelete
  15. Salam,
    Cukup menarik. Namun ada satu pembetulan. Bendera PAS yang saudara katakan itu MASIH LAGI BENDERA PAS berdasarkan perlembagaan PAS dan tidak berubah lagi. Adapaun Hijau Putih itu LAMBANG PAS , BUKAN bendera PAS. Ia selalu digunapakai kerana ia lambang yang diguna dalam kertas undi. Harap maklum.

    ReplyDelete
  16. asslmm..ape ke hal gaduh2.. melayu berasal drp agama Islam sebab itu lah melayu dan islam tidak dpt dipisahkan.. rujuk lanjut. wargamelayu.blogspot, abjadmalaysia.blogspot

    ReplyDelete
  17. Anonymous said, "melayu berasal drp agama Islam sebab itu lah melayu dan islam tidak dpt dipisahkan.. rujuk lanjut.." <> apa hal kalau nanti kebanyakan Melayu sudah murtad.. adakah maseh Melayu itu Islam?

    ReplyDelete