Featured Post

Kenapa Singapura Lebih Maju?

Sudah beberapa hari berlalu sejak negara jiran kita iaitu Singapura menyambut Hari Kemerdekaannya yang ke-50 pada 9 Ogos yang lalu. Nam...

Thursday, September 2, 2010

Rasiskah Kita? -Siri 2-

Penulis mohon maaf jika penulis kurang menulis artikel berkenaan sejarah Melayu (sebagaimana komen beberapa pembaca dalam emel) akhir-akhir ini. Namun begitu, penulis ingin jelaskan blog ini membicarakan berkenaan dengan sejarah dan politik Melayu, khususnya bagi memberi penjelasan kepada beberapa isu yang dilihat menghentam bangsa dan Agama Islam. Terutamanya apabila penulis melihat terdapat ramai blogger yang tidak mampu mematahkan hujah daripada puak-puak Ultra-Kiasu yang bertindak menyerang Melayu dan Islam berdasarkan fakta-fakta yang dirasakan tepat oleh mereka.

Kali ini, penulis ingin berbicara pula mengenai usaha puak-puak Ultra-Kiasu untuk menunjukkan keadilan berdasarkan prinsip kesamarataan dalam hal berkaitan isu papan tanda jalan. Mungkin isu ini sudah dianggap lapuk, tetapi penting bagi penulis untuk menyiarkannya bagi memberikan gambaran realiti sikap bertolak ansur yang telah lama diamalkan di negara kita sebelum diporakperandakan oleh puak-puak Ultra-Kiasu ini.





Bagi puak Ultra-Kiasu, meletakkan tulisan Jawi pada papan tanda jalan merupakan satu diskriminasi kerana hanya menonjolkan imej Melayu. Selaras dengan prinsip kesamarataan yang diperjuangkan mereka, maka tulisan Mandarin dan Tamil perlu disertakan dalam papan tanda jalan bagi menggambarkan kepelbagaian kaum yang wujud di semenanjung Malaysia.





Komen penulis, dalam Islam, keadilan bukanlah semata-mata berkaitan dengan kesamarataan. Keadilan bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya (bagi pembaca yang arif tentang agama, pohon betulkan jika penulis tersilap). Orang-orang Melayu telah membuat pengorbanan besar dengan menggunapakai tulisan rumi disamping tulisan Jawi bagi pengunaan bahasa Melayu yang diharap dapat dijadikan sebagai faktor perpaduan seluruh rakyat negara kita. Namun begitu, tulisan jawi masih dikekalkan pada papan tanda jalan kerana sewaktu awal kemerdekaan, masih ramai Orang Melayu membaca dalam tulisan Jawi, disamping faktor warisan sejarah yang penulis rasakan tidak ada salahnya untuk dikekalkan.

Jika meletakkan tulisan Jawi pada papan tanda jalan pun dianggap rasis, maka mari penulis bawa para pembaca termasuklah puak-puak Ultra-Kiasu ini ke Bandar Sibu di Sarawak. Cuba lihat papan-papan tanda jalan di seluruh bandar ini, dan lihat tulisan dalam bahasa apakah yang terpampang di papan-papan tanda jalan ini. Mengapakah puak Ultra-Kiasu selepas memenangi pilihanraya Bandar Sibu tidak pula sibuk untuk mengecam papan-papan tanda jalan di Bandar ini sebagaimana di semenanjung? Pernah satu komen dari puak Ultra-Kiasu yang mempertikaikan adakah selepas berpuluh tahun merdeka, masyarakat Melayu masih tidak pandai membaca tulisan rumi hingga terpaksa meletakkan tulisan jawi pada papan tanda jalan di semenanjung. Maka di sini, penulis ingin pulangkan kembali soalan ini kepada komentar Ultra-Kiasu tersebut berhubung dengan papan tanda jalan di Bandar Sibu ini.





Tidak pernah terdetik dalam hati masyarakat pribumi di Bandar Sibu ini, sama ada Dayak, Melanau, mahupun Melayu, untuk mempertikaikan tulisan Cina yang dipaparkan dalam papan tanda jalan di Bandar ini. Kerana mereka menghormati realiti bandar ini yang majoriti penduduknya berketurunan Cina Foochow, biarpun merekalah sebenarnya penduduk asal yang telah menetap jauh lebih lama sebelum kehadiran kaum Cina Foochow di sini. Tapi adakah mereka menghormati sikap bertolak ansur yang telah ditunjukkan oleh kaum-kaum pribumi di sini? Selepas puak Ultra-Kiasu memenangi kerusi Parlimen Sibu, United Chinese Association (UCA) di Sibu telah memulakan usaha untuk menukar nama Sibu kepada nama Cina iaitu Shi Wu, sedangkan nama Sibu diambil daripada nama sejenis buah iaitu buah Sibau yang dikenali oleh penduduk pribumi tempatan dan telah digunakan sejak ratusan tahun dahulu.

Kecuali beberapa nama jalan yang mengabadikan nama tokoh penjajah di Ibukota serta beberapa nama tempat yang membawa maksud tidak baik di seluruh negara, tidak pernah Kerajaan, sama ada BN mahupun PAS, terdetik untuk menukar nama-nama bandar utama di negara kita kepada nama berunsur keMelayuan. Lihat sahaja Georgetown dan Cameron Highland sebagai contoh. Jadi, apakah faktor yang menyebabkan puak-puak Ultra-Kiasu ini bersungguh-sungguh mahu menukar nama Bandar yang dihuni majoriti penduduk Tionghua kepada nama Cina biarpun membawa maksud yang tidak baik?

Penulis juga tidak mahu ketinggalan untuk mengucapkan tahniah kepada pihak Polis Di Raja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri kerana seperti biasa, melepaskan individu yang telah terang-terangan menghina Melayu dan ajaran Islam. Maka hasilnya amat memberansangkan. Kita kita tidak lagi sukar untuk menemui penduduk tempatan yang secara terus terang bukan setakat berani mencaci Melayu, malahan menghina Allah (Nauzubillah).














Kepada segelintir pembaca yang masih terkongkong dengan sentimen UMNO-PAS-PKR, teruskanlah perselisihan kalian. Tak perlu ambil peduli tentang penghinaan kepada Islam ini. Kerana jika dibuat laporan polis pun, mereka akan dilepaskan atas alasan masih tidak matang. Lebih baik kalian sibuk mencari kesalahan parti lawan yang sebangsa dan seagama seperti biasa.

26 comments:

  1. nampak cam kecewa jek artikel ni? hmm... tapi saya pun sbnrnya dah bosan gak dgn org2 yg tlalu fanatik ngan parti umno-pas nih. baca komen kat MF pun dah cukup mmenatkn... =/

    ReplyDelete
  2. owner blog nih memang anti-cina eh? ko ingat kat akhirat esok, hal ko org melayu ke, cina ke, india ke, akan bbangkit ke?

    ReplyDelete
  3. kepada sahabat semua,tenang dan sabarkanlah diri kita,tawakkal dan serahkan pada "sang pencipta" semata.ada rahsia besar disebalk semua ini, percayalah!biarlah mereka sepuas-puasnya..dan lagi..dan lagi,tempoh mereka sudah hampir sampai..
    kwn pernah terdengar dari mereka yang agak kanan dalam bab ini,13 mei insyaallah akan berulang. jika itu yang mereka inginkan.kerana sabar kita ada hadnya.teguhkan pegangan,buat masa ini beraksilah seperti biasa..dan bila waktu itu tiba,bangkitlah wahai sekalian "macan galak".

    ReplyDelete
  4. Kalaulah dahulu,bukan disebabkan ayahnda baginda sultan Ibrahim menyembah sujud dikaki para........mungkin separuh leher cina di tanah melayu dan singapura ni dah habis kene tebas...itu pun masih tak nak mengenang dan tak faham-faham lagi.tak taulah apa yang majoriti bangsa cina ni nakkan lagi????...(",)hmmmm..

    ReplyDelete
  5. bukan ati cina tapi ko tu yang anti melayu

    ReplyDelete
  6. Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini. Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal musuh dalam selimut yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-

    (a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
    (b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
    (c) Jom Kenali Dr Maza & Co
    (d) Ahlul Bait Yang Dicerca
    (e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
    (f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
    (g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

    FAKEH KHALIFAH SAKA

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum
    depa ni sebenarnya takut...tu yg kalut sangat tu ,semua benda nak ubah ikut depa suka...org kita pulak sibuk dengan parti dari agama sendiri dah pecah belah....kita duk dalam demokrasi ciptaan dajjal...anon no.2tue baca biag habis baru hang kata dia anti china ke dak ni macam terejah ja hang ni....TT ni tunjuk bukti takkan hang tak nampak....gambag dah jelas tue...bukan dia kata tak bagi orang china duk sini pun atau semua kaum lain kena tunduk kalau jumpa orang melayu dak pun ....hang baca elok2...

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. apala bodo sngt anon no.2 ni? ni la contoh pencacai kapitan cina dan tukang ampu babi2 DAP. cina tu smpai kutuk tuhan, kutuk ALLAH,tuhan yg kita smbh dari lahir smpai kita mati tu pun kau nak defend tuan kau ke (tu pun kalau kau anon no.2 masih lagi syg dan mengaku ALLAH tu tuhan kau).

    kalau anjing betina lim ni ckp kat tuhan yg aku syg sngt2 ni dpn muka aku, mmg aku sesah-sesah anjing betina ni smpai hancur badan. jadi apa pun jadi la !!!!

    ReplyDelete
  10. Salam...

    Macamana dengan peng komen Melayu Islam tu pulak??? nampak se'angkatan' jer dengan yang bukan Islam...haha

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. korg ni lain aku cakap, lain pulak yg korg tafsir. nak marah2 aku pulak.

    aku cuma tanya, owner blog nih anti-cina ke? ada ke aku sentuh pasal org yg hina Islam???

    nak kutuk2 sgt org lain, abis tu umno@sarkis pjuangkn sgt ke Islam??? jawab3x....

    ReplyDelete
  13. Assalam'kum kpd sahbat semua.ada sesape yang boleh sampaikan,sdikit pun jadilah tentang peristiwa yang berlaku pada tahun 1965/69 kalau tak silap,Kiai Panglima Salleh dan para sahbatnya memburu pengganas komunis(BANGSA CINA) di Batu Pahat.sekian terimakasih.

    ReplyDelete
  14. owner blog nih memang anti-cina eh? ko ingat kat akhirat esok, hal ko org melayu ke, cina ke, india ke, akan bbangkit ke?

    -------------

    komen paling jahil penah aku tawu..
    wahai manusia,

    kalau hatta, kambing sondol kambing pun boleh jadi isu dalam mahkamah Allah kelak

    ini pulak pasal politik, konspirasi dunia, masalah Dajjal al masih, tipu daya Lucifer, dan macam2 lagi.

    kalau sekecil2 atom/zarah pon Allah pandang..
    ini pula masalah bangsa, pergaduhan kaum dan pelbagai lagi masalah lain.

    ingat, Allah maha adil
    tidak satu isu pun kelak di jUdgement day, Allah tak sentuh..

    harap sesiapa yang mempercayai kewujudan Akhirat.
    berpegangla pada hakikat ini.

    jadi kat dunia, buatla yang terbaik,
    setiap apa yang dibuat. hatta komen dalam blogger ni pun allah akan soal.

    dan cina jahil tu pun akan dapat rewardnya, atas kebodohan dia menghina Allah,

    ReplyDelete
  15. cuba senyap dan fokus seketika,titikkan dengan teliti.."PAWN OF GAME".. dan perhatikanlah akan mereka yang dibelakang tabir..perasan?

    ReplyDelete
  16. minda masyarakat sekarang ni tengah 'sakit' bukan setakat sakit biasa tapi kronik.Kalau antara pemimpin sendiri pun berbalah apatah lagi kalau rakyat biasa? heh kalau isu papan tanda yang menjadi persoalan nak menunjukkan kononnya 'racism' sedang berlaku, baik lucut jawatan sahaja sebab menunjukkan kelemahan akal pemimpin ultra-kiasu ni.sebab banyak lagi isu lain yang boleh dibangkitkan untuk kesejahteraan bersama.terima kasih atas post ini. harap dapat dikongsi bersama.

    ReplyDelete
  17. betul sdr Ibnu Rusydi.... kita (mereka yg berpolitik) sering lebih mengutamakan mencari kelemahan parti lawan.... Allah dihina (nauzubillah) pun buat dekk lagi....

    bagi yg rasa tersedar peristiwa 13 mei nak berlaku, rajin2 la bangun malam, berlatih dan mengasah ilmu... kalau kurang cari.

    kalau 'mereka' adh ada beribau/berjuta senjata sorokan, kita nak pakai apa? pisau sayur? nak harap parang terbang, sapa yg layak sekarang?

    ini bukan masalah anti cina / racist, ini melibatkan penghinaan. kalau kita duk buat tak tahu, ingat Allah leh miss look ke?

    ReplyDelete
  18. Kepada sahabat semua,salam bahagia.Sesungguhnya ALLAH MAHA BESAR..MAHA KAYA..MAHA AGUNG..MAHA KUASA..MAHA BIJAKSANA.
    Senjata yang dicari itu sebenarnya sudah ada didalam "diri" kita,sudah sempurna dan cantik "sifat"nya.
    Tidak kurang,tidak perlu dicari,tidak perlu diasah pun sebenarnya,cuma perlulah di"kenali".
    Rapatkan "saf"..rapatkan (jika terasa regang)diri kita dengan "sang pencipta".
    Teguhkan kalimah "hak" didalam "diri",mantapkan percaya hati pada "YANG MAHA ESA" nanti...
    tiada apa yang boleh dikatakan 'mustahil' akan terjadi..Insyaallah dan PERCAYALAH!

    ReplyDelete
  19. Kalau orang katakan bahawa memadam tulisan Jawi di papan tanda tidak jejaskan apa-apa, saya fikir itu silap besar. Di Palestin hari ini semua papan tanda telah di padam tulisan Arabnya dan di gantikan dengan tulisan Hebrew dengan alasan pelancong tidak faham bahasa Arab.

    Saya hanya kurang bersetuju dengan dakwaan bahasa orang Melayu mengorbankan Jawi dan menggunakan tulisan Rumi. Tidak begitu jelas di situ. Hari ini, berapa ramaikah orang Melayu yang masih tahu membaca Jawi? Akhbar tulisan Jawi tidak mampu bertahan dan di tutup. Bangsa kita sendiri yang tidak tahu menghargai dan menjaga bahasanya sendiri.

    Berkaitan penghinaan Islam, bukan semua Cina menghina Islam. Malah, ada juga orang Islam yang menghina mereka. Tidak banyak bezanya. Semua manusia sama. Bagi saya, jika mereka menghina menghina kita dan kita membalasnya dengan menghina agama mereka - tiada beza kita dengan mereka.

    ReplyDelete
  20. sya muhammad fakhruddin fazil(((((http://www.facebook.com/group.php?gid=151499338207808&v=wall#!/?ref=home))))

    to fakeh

    saya xfham knapa anda sabitkan wahabi dengan musuh bangsa??? wahabi pon islam gak kan...takyah la gaduh2,k....

    dr.asri pon kena juga...xbek wat camtu tau..kamu pn xfaham apa 2 wahabi,nak sibuk2 tuduh orag wat pa...hermmm..

    ReplyDelete
  21. Saya sedih bila baca isu ini.
    Walaupun saya masih di bangku sekolah, tetapi saya dpt terasa tempiasnya.
    Kutuk mengutuk sesama kaum tu dah macam makan nasi.
    Terlampau biasa.
    Adakah Malaysia akan jatuh hnya kerana bnda bodoh yg kita gelar racism?

    Saya tertarik membaca komen di facebook mengatakn org Melayu tidak boleh bangkit tanpa org Cina.
    Walaupun ada kebenarannya, kita tgk di mana China ketika Melayu di puncak dunia.
    Alhamdullillah, saya dilahirkan sebagai orang Melayu yg beragama Islam kerana jika saya dilahirkan sebagai orang Cina yg tidak sah status agamanya, saya yakin saya juga akan sentiasa bersikap racist.

    Bagi kaum Ultra-Kiasu di luar sana, banggakah anda jika org lain jatuh hanya kerana sikap kebudak-budakkan yg hnya layak ada pada bdk 12 bulan..?


    Saya tahu, no one give a damn to nobody.
    Sesungguhnya saya hanyala seorg yg sgt kerdil dan lemah di dunia ini.
    Jika saya ada menyinggung sesiapa, saya minta maaf.

    Salam Aidilfitri 1431

    ReplyDelete
  22. "13 MEI",
    teliti,dalami,fahami,dan jangan sesekali lupa.
    Jangan alpa.Dapat!?..

    ReplyDelete
  23. Salam,

    Tulisan jawi memang sepatutnya kita pertahankan, bukan diperlekehkan. Apan yang nak diherankan sangat bila mereka berketak. Tulisan jawi sudah mmg sinonim dengan melayu, takkan cina atau india. Negara kita pun namanya Malaysia, asasnya malay, bukanya chinasia atau indiasia sebab cina dah ada China , india ada India.
    Patutnya diorang kenalah ikut kita, takkan kita yang kena ikut diorang. Kenapa perlu dengki sangat.

    ReplyDelete
  24. akum sume.

    pernah aku bertemu dng seorang tua..
    didalam bebicara dia menyata..
    "mencari ilmu dunia..carilah setinggi mana pun..tetapi semua itu tidak bernilai jika kita tidak mengenal Alif...Baa..Taa.."
    cukup pendek dan padat kata-katanya....

    ReplyDelete
  25. Hmmmm..
    Pelik juga permasalahan disana. Sahabat saya disanapun mengeluhkan hal itu. Penggantian nama jalan dg penambahan nama yang anda sebutkan tadi. Mungkin disitulah letak kelainan kita, antara Malaysia dan Indonesia.
    Kebijakannya berbeda-beda. Sebab masa lalu, identiti seperti Cina sudah tidak ketara seperti disana.

    Salam kenal dari saya

    ReplyDelete
  26. Masih ingat tak lagi seorang YDP di Pulau Pinang yang enggan melayan pertanyaan wartawan Melayu yang bertanya dalam bahasa Inggeris? Terpaksalah wartawan Melayu itu bertanya kepada wartawan Nang Yang Siang Pau.

    Masih ingat tak suatu masa dulu, apabila terdapat rungutan mengenai tulisan cina hingga terdapat suara supaya tulisan cina dimansuhkan.

    Senang je Cina cakap, "Tulisan Cina ada Ong".

    Melayu pun bertolak-ansur bagi lagi tulisan Cina dengan syarat saiz tulisan Cina ada 1/2 daripada tulisan Bahasa Kebangsaan.

    Tapi sekarang cuba ukur tulisan Bahasa Kebangsaan dengan tulisan cina - ada ikut piawaian? Tu pun kalau kita ke Penang - tulisan cina sahaja. Nasib baik sikit ada tulisan omputeh yang boleh kita faham.

    Tu belum lagi kita lihat di pembalut-pembalut pelbagai produk. Ada yg tulisan cina di atas, tulisan melayu di bawah. Langsung tidak menghormati Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

    Jangan kita pelik suatu hari nanti perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri menggunakan Bahasa Mandarin.

    ReplyDelete