Featured Post

Peringatan Kepada Laman OhMyMedia dan Page-page Hiburan Kaki Copy Paste

Ketika penulis memulakan penulisan di blog kira-kira sembilan tahun yang lalu, ada tiga (3) niat utama yang terlintas di fikiran pen...

Tuesday, January 26, 2010

Gelaran Dato’ Boleh Dipohon di Luar Negara?

Ingat lagi Raja Noor Jan Syah? Individu yang mengemukakan salasilah yang tunggang langgang dan tiba-tiba menabalkan dirinya sendiri sebagai Sultan Melaka ke-44. Baru-baru ini, beliau muncul kembali dengan sebuah blog, http://sultanmelakake44.blogspot.com (hebat sungguh ’Sultan’ yang seorang ni, siap ada blog lagi!). Dan beliau menghebahkan dalam blog tersebut bahawa dirinya telah menerima Darjah Kerabat (D.K.) daripada Paku Buwono XIII, Raja Surakarta / Solo.



Untuk pembaca yang tidak arif, Surakarta merupakan salah sebuah Kerajaan (Kingdom) yang masih lagi wujud di Indonesia iaitu serpihan daripada Kerajaan Mataram yang mengaitkan dengan Kerajaan Majapahit. Walaubagaimanapun, Raja-raja Surakarta, yang memakai gelaran Paku Buwono, tidak seperti sebuah lagi serpihan Kerajaan Mataram iaitu Kerajaan Yogyakarta, yang rajanya secara automatik dilantik menjadi Gabenor Daerah Istimewa Yogyakarta (sebuah propinsi) dengan gelaran Sultan Hamengku Buwono, Raja Surakarta ini tidak lagi mempunyai kuasa pemerintahan eksekutif mahupun memiliki wilayah istimewanya sendiri pada masa sekarang.

Darjah Kerabat (D.K.) pula merupakan Darjah Kebesaran tertinggi di negara kita. Darjah Kebesaran ini hanya dimasyhurkan bagi negeri-negeri Melayu Beraja sahaja (termasuk Brunei) dan biasanya dikurniakan hanya kepada kalangan Raja-raja Melayu dan pewaris terdekatnya serta pemimpin terkanan negara seperti Perdana Menteri dan Menteri Besar.

Apa yang memusykilkan penulis, sejak akhir-akhir ini, semakin ramai rakyat Malaysia mendakwa telah menerima pingat termasuklah Darjah Kebesaran yang membawa gelaran Dato’ daripada Paku Buwono XIII ini. Kemuncaknya adalah apabila si Raja Noor Jan mewar-warkan bahawa telah menerima D.K. daripada Paku Buwono ini yang dianggapnya setaraf dengannya kerana merupakan keturunan Raja Majapahit (Melaka dan Majapahit merupakan dua buah kerajaan besar yang berdaulat di Nusantara pada masa dahulu. Kalau susah nak faham, tonton balik filem Puteri Gunung Ledang). Mungkin Raja Noor Jan ni sedar, susah untuk dirinya menerima D.K. daripada mana-mana Raja-raja Melayu di dalam negara. Oleh yang demikian, untuk mengangkat prestij dirinya sendiri sebagai ’Sultan Melaka’, maka terpaksalah dia menghebohkan dirinya menerima D.K. daripada Raja Surakarta yang separuh atau memang tak berdaulat itu.

Raja Noor Jan bersama penerima lain dari Malaysia
Raja Noor Jan bersama Paku Buwono XIII
Chef Wan turut pernah menerima Pingat Ahli Mangku Negoro Pakubuwono (meniru pingat Ahli Mangku Negara A.M.N oleh Y.D.P. Agong??). Tetapi pingat ini tidak membawa gelaran Dato'.
Chef Wan bersama penerima Darjah Kebesaran dari Malaysia
Penulis telah membuat semakan sendiri dan amat terkejut apabila mendapati terdapat sebuah laman sesawang khusus yang didakwa sebagai utusan daripada Paku Buwono XIII di Malaysia, sila layari sendiri http://www.rajasurakarta.com Laman sesawang ini dikendalikan oleh dua orang berketurunan Cina bergelar Datuk yang mendakwa diri mereka sebagai Setiausaha Sulit kepada Raja Surakarta dan beribupejabat di Negeri Pahang. Oleh sebab itu, jangan terkejut kerana ramai juga rakyat Malaysia berketurunan Cina yang menerima dan menggunapakai gelaran Dato’ daripada Raja Surakarta ini.
Amat menarik apabila orang ramai boleh mengisi borang pencalonan anugerah kebesaran yang disediakan dalam laman sesawang tersebut dengan memohon terlebih dahulu ’username’ dan ’password’ daripada ’Setiausaha Sulit’ Raja Surakarta itu.


Yang menambahkan kehairanan penulis adalah apabila mendapati gelaran dan nama pingat serta Darjah Kebesaran yang dikurniakan oleh Paku Buwono XIII ini saling tak tumpah sebagaimana nama-nama pingat yang digunakan di dalam negara kita. Nama pingat seperti Pingat Pekerti Terpilih, Pingat Gagah Berani, Pingat Jasa Bakti serta gelaran Dato’ Seri Diraja, Dato’ Seri dan Dato’ Paduka adalah sinonim dengan nama dan gelaran yang digunapakai di negara kita.


Cuba bandingkan dengan nama pingat asal yang diberikan oleh Raja Surakarta di Indonesia sebagaimana di bawah. Nama pingat dan Darjah Kebesaran tersebut semuanya berunsur ’Jawa’ dan sama sekali berbeza dengan nama ’Darjah Kebesaran’ yang dikurniakan oleh beliau kepada rakyat negara kita.


Siapakah sebenarnya individu-individu di sebalik semua ini yang sangat ghairah bekerja untuk ’Raja’ dari luar negara ini? Mengapakah Raja Surakarta ini sangat ’bermurah hati’ memberikan pingat dan Darjah Kebesaran kepada rakyat negara ini? Atas dasar dan jasa apa? Logikkah pingat dan Darjah Kebesaran tersebut diberikan secara percuma sahaja? Untuk makluman, Manohara Odelia Pinot, bekas Cik Puan Temenggung Kelantan, yang kemudiannya sibuk memburuk-burukkan negara kita selepas melarikan diri ke Indonesia, turut menerima gelaran daripada Raja Surakarta iaitu Kanjeng Mas Ayu Tumenggung (Temenggung=Tumenggung???). Jika bekas model dan kini sekadar pelakon yang sanggup menghina negara kita dan suaminya sendiri menerusi sebuah sinetron khas pun dimuliakan dan diberikan gelaran Di Raja, adakah mana-mana rakyat negara kita yang sanggup dan tergamak bekerja untuk Raja Surakarta ini?


Manohara ketika menerima gelaran di Kraton Solo
Bagi penulis, pangkat dan kebesaran hanyalah di dunia. Di sisi Allah, hanya amalan yang akan dinilai. Untuk maklumat lain, sila layari juga posting http://ibnurusydi.blogspot.com/2009/10/siapa-sultan-sulu-yang-sebenarnya.html
mengenai rakyat Filipina bernama Rodinood Julaspi Kiram yang menyamar mengaku sebagai Sultan Sulu dan turut menganugerahkan gelaran Dato’ kepada rakyat negara kita.

p/s : Untuk makluman, Kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf pingat dan gelaran Dato’ yang dianugerahkan oleh Raja Surakarta ini serta gelaran Dato’ oleh Rodinood Julaspi Kiram, seorang rakyat Filipina yang menyamar mengaku sebagai Sultan Sulu.

Monday, January 4, 2010

Lawan Kembali Dengan Hikmah dan Bijaksana

Dari awal lagi, penulis sudah tidak berpuas hati dengan tindakan Gereja Katholik yang diketuai oleh Murphy Pakiam (tarik balik gelaran Tan Sri kerana tidak menghormati Yang Dipertuan Agong selaku Ketua Agama Islam!!!) yang berkeras juga hendak menggunakan nama Allah sebagai terjemahan bagi perkataan ’God’. Biarpun Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa bahawa nama Allah adalah hak eksklusif untuk umat Islam, tetapi mereka tidak sedikit pun menghormatinya sebaliknya tetap memfailkan permohonan ke Mahkamah bagi mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang melarang mereka menggunapakai nama Allah dalam tabloid harian mereka, Herald-The Catholic Weekly.



Yang menambahkan kemarahan di hati adalah ada pula segelintir bendul yang memiliki gelaran Ir, Dr, Prof. dan sebagainya dan mengaku Muslim tetapi menyokong tindakan tersebut. Antaranya, Yang Bodoh (YB) Khalid Samad. Penulis faham segala hujah-hujah ’akademik’ yang dikemukakan oleh individu-individu seperti Khalid Samad ini, tetapi adakah masyarakat umum, khususnya anak-anak muda kita, yang kini lebih sibuk dengan Yuna, Bunkface dan bermacam-macam lagi hiburan yang melalaikan akan faham dan sedar dengan implikasi yang akan terjadi kesan sekiranya nama Allah ini diizinkan digunapakai oleh agama selain daripada Islam di negara kita ini?




Perlu diingat, perundangan negara kita menceduk sistem yang digunapakai di negara Barat. Keputusan yang dibuat oleh Mahkamah akan mengikat keputusan-keputusan yang perlu dibuat oleh Hakim-hakim yang lain bagi kes-kes yang bersamaan selepasnya. Tidak mustahil selepas ini, agama-agama lain juga akan meniru tindakan pihak Katholik ini untuk menggunapakai nama Allah sebagai terjemahan ’God’ dalam usaha menarik individu Muslim untuk murtad. Apa yang susah, sebarkan sahaja dakyah bahawa walaupun bertukar agama (murtad), kamu masih lagi menyembah tuhan yang sama iaitu Allah (Nauzubillah!!!). Ini baru salah satu sahaja dakyah yang boleh digunapakai. Adakah individu-individu seperti Yang Bongok Khalid Samad ini tidak pernah terfikir tentang strategi serta pelbagai kaedah propaganda halus yang digunapakai oleh kumpulan-kumpulan bukan Islam ini untuk memurtadkan umat Muslim? Kebodohan individu-individu sebegini sangat menjengkelkan penulis.




Dalam hal ini, penulis bersetuju dengan saranan Yang Berhormat Tuan Zulkifli Nordin (YB terbaik di Parlimen yang sentiasa mengemukakan hujah tanpa berdasarkan sentimen kepartian dan sentiasa mengutamakan Islam), bahawa semua kes-kes yang berkaitan Islam perlu dirujuk kepada Mahkamah Syariah, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Perlukah umat Islam bertolak ansur lagi dengan dipaksa menghormati keputusan yang dibuat oleh Lau Bee Lan, Hakim Mahkamah Tinggi berketurunan Cina bukan Islam, yang sudah pasti tidak memahami dengan mendalam aspek perundangan Islam. Perlukan kita bertoleransi dengan minoriti penganut Katolik yang berjumlah kurang dari 9.1% daripada jumlah penduduk Malaysia? Sedangkan mereka sedikitpun tidak menghormati keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, keputusan kabinet pada 1986 yang menetapkan empat istilah, iaitu Allah, Baitullah, Kaabah dan solat diharamkan dalam penerbitan atau digunakan agama lain, serta perundangan yang paling tinggi iaitu Islam sebagai agama Rasmi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. Yang lebih penting, mereka langsung tidak mahu penjaga perasaan umat Islam yang merupakan majoriti di negara ini berjumlah 60.4%, yang selama ini telah banyak beralah dengan penganut agama lain demi menjaga keharmonian negara kita selama ini.

Penulis merayu supaya semua umat Islam di Malaysia supaya bersatu hati dalam hal ini. Selain daripada itu, penulis juga menyarankan agar method dakwah kita selama ini diubah. Ambil pendekatan yang digunakan oleh missionary Kristian untuk melawan mereka kembali dengan cara yang berhikmah. Amat penting untuk ditonjolkan bahawa Islam adalah untuk semua, dan masuk Islam bukan bererti masuk Melayu. Pengalaman penulis yang pernah tinggal di Malaysia Timur mendedahkan realiti segelintir muallaf yang dihina sebagai Masuk Melayu kerana menukar nama menjadi Kemelayuan (Sila bezakan nama berunsur Melayu dengan nama Arab yang mempunyai maksud tertentu), serta meninggalkan bahasa dan kebudayaan asal kaum mereka.

Pengalaman penulis semasa pelajar juga mendedahkan ramai rakan berketurunan Cina dan India (terutamanya dari Kasta Rendah) berbondong-bondong memeluk agama Kristian (sama ada mereka mengamalkan ajaran agama mereka selepas memeluk Kristian adalah perkara lain). Walaupun mereka meletakkan pangkal nama dengan nama-nama Barat seperti Elizabeth, John, David, dan sebagainya, tetapi mereka tidak pula seolah-olah bertukar menjadi Orang Inggeris. Sebaliknya mereka masih dapat dan mengekalkan nama keluarga/keturunan mereka dan budaya kaum mereka (sangat penting bagi sesetengah kaum). Malahan, walaupun agama Kristian terbahagi kepada pelbagai Mazhab (Katholik, Protestan, Anglican dan sebagainya), namun mereka berjaya menyampaikan dakyah mereka dengan berkesan kerana menggunapakai bahasa tempatan serta para Paderi juga terdiri daripada kaum mereka juga.




Usahlah kita memberatkan saudara baru kita dengan hal remeh temeh seperti dipaksa membuang sama sekali nama asal (yang melibatkan nama keturunan mereka) serta bersikap taksub tak tentu pasal apabila ada cadangan untuk membuka Masjid baru berasaskan kaum tertentu. Janganlah menjadi bodoh melihat cadangan pembinaan Masjid Cina akan menyemarakkan semangat perkauman dikalangan sesama Muslim, sebaliknya lihatlah perkara yang positif iaitu dakwah Islam akan dapat disampaikan dengan lebih menarik dan berkesan kerana menggunapakai bahasa bakal pemeluk itu sendiri. Kita sudah ada Masjid India dan Masjid Cina, kita perlu perbanyakkan lagi Masjid Siam, Masjid Portugis, Masjid Iban, Masjid Bidayuh, Masjid Kadazan-Dusun dan sebagainya. Tak perlulah setiap Mualaf ditonjolkan kemestian untuk memakai songkok bagi menunjukkan mereka telah memeluk Islam, sebaliknya kita perlu benar-benar menonjolkan sebagai contoh, komuniti Cina-Muslim, komuniti India-Muslim dan sebagainya dengan bahasa dan budaya mereka sendiri (selagi tidak melanggar ajaran Islam) di negara kita bagi menunjukkan Islam itu universal. Kenapa setiap kali saudara baru kita melangsungkan perkahwinan dengan saudara baru yang lain, ditonjolkan adat & budaya Melayu? Bukannya budaya asal kaum mereka sendiri? Memang perkara itu tidak salah, tetapi bukankah kita sendiri yang silap memberi persepsi negatif bahawa memeluk Islam seolah-olah menjadi masuk Melayu? Lihat sahaja saudara Ann Wan Seng, biarpun masih mengekalkan namanya yang asal dan jarang dilihat memakai songkok (yang sinonim dengan masyarakat Melayu), tetapi beliaulah yang bersusah payah menulis buku Murtad, Jangan Pandang Sebelah Mata, khusus untuk renungan kita semua.





Penulis juga menghargai usaha untuk menerbitkan tafsir Al-Quran dalam Bahasa Iban baru-baru ini, dan diharapkan ia dapat diperluaskan kepada bahasa-bahasa suku kaum lain di negara kita. Dan diharapkan jika pihak Kristian berdegil untuk membuat tuntutan pelajaran Kefahaman Kristian sebagai subjek pilihan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kita jangan melatah, sebaliknya para Ustaz di Sekolah Menengah perlu pro-aktif untuk mentelaah dan menerangkan bagaimana Paulus mengubah-suai dan menyesatkan ajaran asal oleh Nabi Isa menjadi agama Kristian sebagaimana hari ini, dan jadikan buku "Dialog Islam-Kristian : Paderi Bertanya, Pelajar Islam Menjawab", tulisan Abdul Muta'al As Sa'idy, sebagai rujukan utama untuk menjelaskan semua serangan Missionari terhadap Islam serta menelanjangkan kembali ajaran sesat oleh mereka.