Featured Post

Peringatan Kepada Laman OhMyMedia dan Page-page Hiburan Kaki Copy Paste

Ketika penulis memulakan penulisan di blog kira-kira sembilan tahun yang lalu, ada tiga (3) niat utama yang terlintas di fikiran pen...

Monday, March 28, 2011

Kerajaan & Kesultanan Melayu di Kalimantan Timur




Di Provinsi Kalimantan Timur, Indonesia, pernah berdiri beberapa buah negeri Melayu, yang terdiri daripada Kesultanan Bulungan, Kesultanan Berau (kemudian berpecah kepada dua iaitu Kesultanan Gunung Tabur dan Kesultanan Sambaliung), Kerajaan Kutai Kertanegara Ing Martadipura dan Kesultanan Pasir (nama lainnya Balengkong / Sadurangas). Daripada keseluruhan Kesultanan Melayu terbabit, terdapat dua buah Kesultanan yang paling menarik minat penulis, iaitu Kesultanan Kutai dan Kesultanan Bulungan.



Peta Kesultanan Melayu di Kalimantan Timur



Lambang dan bendera Kesultanan Melayu di Kalimantan Timur


Kesultanan Kutai dianggap oleh sejarahwan Indonesia sebagai Kerajaan (Kingdom) tertua yang pernah wujud di Indonesia. Perkara ini dibuktikan dengan penemuan Yupa / Prasasti yang dikatakan berasal dari abad ke-4 Masihi. Melalui Yupa tersebut, dapat diketahui bahawa Raja Kutai ketika itu bernama Mulawarman, yang merupakan anak kepada Aswawarman dan cucu kepada Kundungga. Jika nama Mulawarman dan Aswawarman mempunyai pengarah Bahasa Sanskrit, sejarahwan Indonesia menganggap nama Kundungga adalah nama asli tempatan. Dan Kundungga ini dikatakan datang dari Champa (Indochina). Nama Kutai juga ada disebut di dalam sastera kuno Jawa iaitu Negarakertagama. Sebelum abad ke-16, negeri ini terbahagi kepada dua iaitu Kutai Kertanegara dan Kutai Martadipura. Ia telah disatukan oleh Raja Aji Pangeran Sinum Panji Mendapa dari Kerajaan Kutai Kertanegara yang kemudiannya menamakan gabungan kedua-dua Kerajaan ini sebagai Kutai Kertanegara Ing Martadipura. Hanya pada abad ke-17, barulah Kerajaan ini menjadi sebuah Kesultanan Islam dan Raja-raja Kutai mulai memakai gelaran Sultan.



Yupa yang dijumpai di Kutai



Ketopong atau Mahkota Sultan Kutai yang bersalut emas


Bagi Kesultanan Bulungan pula, namanya bergema di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) apabila pihak Republik Indonesia menjadikannya sebagai hujah apabila mendakwa Pulau Sipadan dan Ligitan yang menjadi rebutan antara Malaysia dan Indonesia merupakan sebahagian daripada wilayah taklukan Kesultanan Bulungan, yang kini berstatus Kabupaten Bulungan di dalam Republik Indonesia. Ironinya, sewaktu era kemerdekaan Indonesia dahulu, tentera-tentera Indonesia jugalah yang telah menjarah dan membakar istana serta membunuh sebahagian kerabat Di Raja Bulungan pada 23-24 Julai 1964, dan seterusnya menghapuskan sama sekali kuasa dan kedaulatan Kesultanan Bulungan. Apa sebabnya? Sultan Bulungan dituduh mahu membawa keluar Negeri Bulungan dari Indonesia yang merupakan sebuah negara Republik dan menyertai Malaysia yang masih mengekalkan kuasa dan kedaulatan Raja-raja Melayu, biarpun tuduhan ini kemudiannya dinafikan oleh kerabat Kesultanan Bulungan. Sebagai buktinya, foto bersejarah di bawah ini memaparkan Sultan Bulungan memimpin perkibaran bendera Indonesia di hadapan Istana dalam sebuah upacara rasmi pada 17 Ogos 1949, yang merupakan tarikh pengisytiharan kemerdekaan Indonesia oleh Presiden Soekarno.





Apa pun, jika ditanya kepada rakyat Malaysia dan Indonesia, sudah tentu masing-masing akan mengeluarkan hujah bagi menyokong dakwaan bahawa Pulau Sipadan dan Ligitan adalah dibawah kedaulatan negara masing-masing. Bagi penulis pula, Kerajaan Malaysia dan Pemerintah Indonesia telah sama-sama telah bersetuju untuk membawa pertikaian ini ke ICJ dan kedua-dua belah pihak telah diberi peluang dan keadilan yang sama rata untuk mengemukakan hujah masing-masing. Dan ICJ telah memutuskan bahawa kedua-dua pulau terbabit adalah milik Malaysia. Keputusan yang sudah tentu pahit untuk diterima oleh Indonesia, sebagaimana peritnya Malaysia apabila ICJ memutuskan bahawa Pulau Batu Putih adalah milik Singapura. Apapun, keputusan ICJ ini perlu dihormati oleh semua pihak yang terlibat.

Sebagaimana di Kalimantan Barat, Kesultanan-kesultanan Melayu di Kalimantan Timur juga telah bergabung selepas pasca Perang Dunia ke-2 untuk membentuk Federasi Kalimantan Timur, sebagai salah satu komponen dalam Republik Indonesia Serikat. Walaubagaimanapun, pada awal tahun 1960, akhirnya kedaulatan kesemua Kesultanan Melayu di Kalimantan Timur ini dihapuskan dan para Raja dan Kerabatnya kemudian menjalani kehidupan sebagai rakyat biasa. Walaubagaimanapun, sebagaimana pewaris Raja-raja Melayu di Sumatera Timur dan Kalimantan Barat, pewaris Raja-raja Melayu di Kalimantan Timur juga pada hari ini telah kembali melestarikan takhta dan budaya Kesultanan masing-masing, walaupun pada sesetengah Kesultanan seperti Bulungan dan Pasir, masih terdapat pertikaian tentang siapa yang paling berhak untuk ditabalkan sebagai Sultan yang akan berperanan menjadi pemangku Adat.



Datu Maulana Mamun ibni almarhum Sultan Maulana Muhammad Djalaluddin, antara kerabat kanan Kesultanan Bulungan bersama isteri-isterinya



Sultan Haji Aji Muhammad Salehuddin II, Raja Kutai



Datu Fachruddin ibni almarhum Sultan Mohammad Aminuddin, Raja Sambaliung, bersama ahli keluarganya



Raja Muda H. Aji Bahrul Hadi, Pemangku-Raja Gunung Tabur


Nota :

Terdapat sesetengah Kerabat Di Raja di Kalimantan Timur seperti kerabat Kutai dan Pasir menggunapakai gelaran Aji (kadang kala dieja juga sebagai Adji, Adjie dan sebagainya). Ia merupakan gelaran kehormat Di Raja sebagaimana gelaran Tengku, Pangeran, Gusti dan sebagainya. Ia tidak sama dengan gelaran ‘Haji’ yang digunakan apabila seseorang individu telah sempurna menunaikan rukun fardhu Haji di Mekah.

48 comments:

  1. cuba tuan check, ada juga keturunan Sultan Bulungan di Negeri Sabah. tapi x tahu betul atau x dakwaannnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka di kudat..mereka cucu Djalaluddin

      Delete
    2. maaf kami x akan datang selagi raja muda x datang melawat kami.

      Delete
    3. keturunan Sultan Bulungan memang betul ada di sabah,tawau bukti nya ada sama kami.... tapi tu pun kalau org percaya lah bab susah org mahu percaya sekarang ni......

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
    5. This comment has been removed by the author.

      Delete
    6. en. darpi ialah sepupu dato mamun kini dia sudah pun meninggal.tp x ingat tahun nya meninggal.anak anak nya 6 lelaki 5 perempuan. kini ada di sabah separuh lagi ada di kuala lumpur 5 org ada di tawau sabah 6 org lagi ada di kuala lumpur.

      Delete
  2. Assalamualaikum Saudara penulis,

    Satu Cerita yang menarik,saya memohon maaf atas kelewatan memberi balasan email saudara. saya sudah pun membalas email saudara mengenai pertanyaan saudara tempoh hari, semoga ianya dapat memberi penjelasan yang berguna.

    tentang kesultanan bulungan, saya ada berhubung dengan Pengerusi FSKN YM Raja Kusumodiningrat mengenai status kesultanan bulungan yang mempunyai sedikit kesulitan dalam pemilihan sultan di bulungan. saya berharap ianya dapat di atasi dengan segera serta secara adil dan saksama. semoga keluarga kerabat kesultanan bulungan dapat memelihara adat istiadat serta serta warisan.

    sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nabi S.A.W pernah ditanya berkenaan dengannya seperti hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Khalid:
      عن زَيْدَ بْنَ خَالِدٍ الْجُهَنِيَّ،صَاحِبَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَنِ اللُّقَطَةِ الذَّهَبِ أَوِ الْوَرِقِ فَقَالَ ‏"‏ اعْرِفْ وِكَاءَهَا وَعِفَاصَهَا ثُمَّ عَرِّفْهَا سَنَةً فَإِنْ لَمْ تَعْرِفْ فَاسْتَنْفِقْهَا وَلْتَكُنْ وَدِيعَةً عِنْدَكَ فَإِنْ جَاءَ طَالِبُهَا يَوْمًا مِنَ الدَّهْرِ فَأَدِّهَا إِلَيْهِ ‏"‏

      Maksudnya: Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhani,merupakan sahabat Rasullullah S.A.W telah berkata, Nabi S.A.W ditanya oleh seseorang yang tidak dikenali berkenaan harta Al-Luqatah (harta yang dijumpai) daripada emas atau perak. Sabda Nabi S.A.W “kenalilah pengikatnya dan bungkusannya kemudian umumkan ia selama satu tahun sekiranya tidak dijumpai (pemiliknya) maka bolehlah mengambil manfaat daripadanya sekiranya ia dituntut kembali maka kembalikanlah kepadanya.

      (Hadis riwayat Muslim: 1722)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    to Datu Fazhir : Terima kasih atas penjelasan saudara. sangat2 berguna dan jelas.

    to Hafidin : kalau Kesultanan/Kerajaan Jawa, ada 4, Yogyakarta, Surakarta, Mangkunegaran 7 Pakualaman. Datuk saudara mungkin kerabat salah sebuah Kerajaan tersebut. Insya Allah, jika ada maklumat kelak, akan dipaparkan.

    Salam hormat,

    ReplyDelete
  5. kawan aku lulusan law yg keja gomen pernah bgtau, salah satu sebab kenapa Indonesia fail untuk tuntut Sipadan & Ligitan adalah kerana derang tak ada dokumen kukuh untuk buktikan pemilikan atas kedua2 pulau tu bbanding ngan negara kita.

    bila baca artikel kat atas, aku terfikir, camnelah dokumen nak cukup, dah derang pegi bakar istana sultan yang kata ada hakmilik atas pulau tu. maybe dokumen2 tu dah hangus sekali. so, padan muka! hukum karma Tuhan kpd org yg dizalimi dah pun terbalas.

    apa pun, yg sedihnya, kita kalah Pulau Batu Putih kpd sinkapore atas sebab sama, tak jumpa dokumen perjanjian antara Sultan Johor ngan British. tapi ada yg cakap, dokumen tu sengaja disembunyikan oleh gomen Sinkapore...

    ReplyDelete
  6. assalaamualaikum

    adakah mereka sebenar raja-raja dari etnik Melayu memandangkan kedudukan mereka jauh dari paksi Melayu iaitu Tanah Melayu, Sumatra, Riau dan pesisiran barat Kalimantan?

    ReplyDelete
  7. Waalaikumussalam,

    Ya, mereka masih Melayu, Melayu Kalimantan, yang tinggal di sepanjang persisiran pantai pulau Borneo. Melayu Kalimantan dibezakan dengan Dayak kerana Melayu beragama Islam. tetapi Banjar dan Melayu Kalimantan, walaupun sama2 Islam di Borneo, tetapi dianggap dua etnik yang berbeza. Tapi sekarang, ada juga etnik Melayu Kalimantan yang menggunakan identiti lebih spesifik, macam Sambas, Kutai dsb. Brunei juga jauh dari 'paksi Melayu', tetapi mereka lebih 'Kemelayuannya' berbanding Malaysia... =)

    Di Sumatera pun, hanya kawasan sepanjang persisiran pantai timur yang dianggap Melayu. Dari Temiang hinggalah ke Palembang. Di sebelah utara, etnik Acheh. Di sebelah pantai Barat, etnik2 Batak, Minang, Rejang, Bengkulu, Orang Asli dan Lampung, tak dianggap sebagai etnik Melayu. Harap dapat membantu.

    Salam hormat,

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Kontek Malaysia... Melayu adalah bangsa yang didalamnya Orang Kedah, Kelantan, Bugis, Minang dll.
      2. Kontek Indonesia... Melayu adalah suku etnik
      3. Kontek global... orang luar melebalkan orang berbahasa Melayu/Indonesia, beragama Islam, dan berkulit sawo-matang itu Malay(Melayu).
      Pandangan...

      Delete
  8. Assalaamualaikum

    terima kasih atas penerangan tuan dan saya menerima dengan sangkaan yang baik. sekarang ini terdapat ramai penulis yang memelayukan berbagai etnik di Asia Tenggara yang mana telah menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan etnik yang terlibat. saya secara peribadi tidak setuju jika mereka mahu memelayukan etnik yang tidak mahu di melayukan. serumpun atau apa saja.

    Salam 1Melayu
    orang tak hendak
    kita pun tak ingin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk pengatuan... suku-suku Melayu memang ada di serata Asia Tenggara. Ada yang majoriti atau minoriti di suatu kawasan. kebayakannya tinggal di pendalaman dan kurang mendapat pendidikan, kemudahan apatah lagi akses internet. Sesetengahnya mengaku sebagai keturunan MELAYU dan ada yang tak kisah sangat digelar apa pun. Suara yang
      menentang keras gelaran MELAYU ini dipercayai adalah golongan anti-melayu yang menjadi dominin disuatu kawasan.

      Delete
  9. Assalam saudara karabat...
    Saya mau tanya apa kah hubongan kait Kerajaan Brunei dengan Kesultanan di Kalimantan dimana satu makan anakda kesultanan Brunei terdapat di sana.
    Mohon kiranya ad sumber sajarah.
    Wassalam
    Dato Godam
    Brunei

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, Salah satu Putri Sultan Brunei yaitu Aji Ratu Rubia Binti Sultan Datuk Seri Begawan dari Brunei Darussalam menikah dengan Sultan Aji Muhammad Sulaiman dari Kesultanan Kutai Kertanegara Ing Martadipura. Makam Aji Ratu Rubia berada di Makam Para Raja-Raja Kutai Kartanegara di Tenggarong, Provinsi Kalimantan Timur, Indonesia.

      Delete
  10. Untuk makluman saudara Kowloon, kadangkala terdapat penulis yang menggunakan istilah 'Melayu' untuk merujuk kepada ras, bukannya etnik. Untuk tidak menimbulkan salah faham, saya lebih suka menggunakan istilah moden iaitu 'Austronesian'. Insya Allah, saya akan sentiasa ingat agar tak menjadi seperti kawan2 kita yang fanatik dengan suku masing-masing.

    Kepada Dato Godam, harap tuan dapat lebih detilkan maklumat tersebut.

    Salam hormat,

    ReplyDelete
  11. apa yang terjadi di bulungan memang ironis, Kesultanan Bulungan memiliki hubungan yang erat dengan raja-raja melayu, terkhusus lagi dengan Brunei Darussalam, sebab pendiri dari keluarga raja-raja Bulungan adalah Datuk Mancang yang tak lain adalah bangsawan Brunei.

    nama kesultanan Bulungan digunakan untuk menjadi dasar dan hujah untuk dalam kasus Simpadan Ligitan, namun istanan dan kerajaannya sendiri sudah hancur, pelakunya tak lain adalah tentara bangsa sendiri. ironis bukan.

    Jatuhnya istana Bulungan membuat sebagian kerabat dan rakyat bulungan hijrah ke Sabah, itu faktanya. sesejurnya saat kisah hancurnya istnan Bulungan ditutup oleh pers, di malaysia informasi itu sudah diketahui oleh kalangan petinggi pemerintah malaysia, bahakan Tun Abdul Razak menyinggung insiden 1964 itu dalam otobiografinya.

    saya ucapkan terimaksih pada penulis yang menyinggung permasalahan ini, ohya gambar yang anda cantumkan itu adalah satu dari tiga istana Bulungan yang terbakar.

    salam takzim dari saya.

    ReplyDelete
  12. assalam.....wrwb..

    saya slah satu keturunan kesultanan bulungan..
    jd dari apa yang diuraikan diatas,,dapat diketahui bahwa sejak dulu hanya ada bebrapa kerajaan besar di borneo...yaitu bulungan,sambaliung,gunung tabur,pasir belengkong dan kutai kartanegara ing martadipura..jd ihwal mengenai kerajaan didalam kerajaan saya kurang begitu mengetahuinya,,wilayah kesultanan bulungan meliputi wilayah utara pulau borneo yaitu tarakan dan pulau2 kecil lainnya sampai tawau pun masuk wilayah bulungan yang dibebaskan laksmana radja muda ni' dari perompak solok(sulu).....kepada ibnu trema kasih dah mengggunakan bendera kesultanan bulungan tu, kebetulan creatornye saya..salam takjim
    wassalam..wr.wb

    keturunan sultan khalifatul alam mohamad adil.

    ReplyDelete
  13. kebanyakan keturunan sultan bulungan, sultan gunung tabur dan sambaliung berasal dari keturunan sultan sulu jadi kiranya ketiga-tiga kesultanan ini berasal dari kesultanan sulu

    ReplyDelete
  14. saya mempercayai kewujudan keturunan bulungan... cuma sangsi btulkah yg memerintah skrg btul2 dari keturunan sebenar bulungan? sebenarnya ada ramai yg berketurunan bulungan cuma tidak di war2 kan.... saya difahamkan tidak boleh mendedahkan identiti bulungan sebenar sbb hal2 tertentu.... tqvm... hamba allah...

    ReplyDelete
  15. ass.....salam.sya berketurunan pangeran agong amir hassanuhdin,dari keturunan nibung tunggal dan biray sawat dari betayau..kenapa sampai sekarang kesultanan belungan tidak ada lagi?

    ReplyDelete
  16. mungkin bnyak lgi sjrah betayau yg tak perna kedengaran adik beradik pangeran agong nibung tungal dan biray sawat,sebab kerajaan belanda perna dtang ke betayau untuk menjajak d betayau,tpi niat mereka tidak ke smpaian sebab pangeran agong nibung tunggal dan biray sawat telah mengusir pergi dri betayau,masi ada lgi kesan tapak langdasang kerata api,dan byak lgi peralatan yg msih tngal d betayau,kenapa kesultanan belungan tidak dpat menjajak betayau,sebab palawan2 kesultanan belungan tidak boleh mengalahkan pangeran agong nibung tunggal dan biray sawat,sebab kesaktian pangeran agong,kesultanan belungan perna berjumpa pangeran agong nibung tunggal dan biray sawat secara bersendrian meminta tolong supaya bergabung tenaga,dan mau mengankat pangeran agong menjdi sultan,tapi pangeran agong menolak permintaanya,tapi pangeran agong berkata sekira kesultanan belungan meminta bantuan dari pangeran agong,pangeran agong sedia membantu,sejara mutiara naga yg perna pangeran agong miliki,yg bernama gumala naga,dulu kesultaan belungan mau mengambil ya,tpi pangeran agong nibung tunggal dan biray sawat tidak mau menberi ya,kesultanan belungan menghantar beribu bala tentera dan palawan untuk merebut mutiara naga yg ada,tapi xda 1 org pun bala tentera dari keslutanan belungan tak dapat menyentuhnya,selepas kejadian itu,mutiara naga itu berkata jangan la kamu bertumpahan darah d sebabkan ku,pangeran agong nibung tungal dan biray sawat menbuat keputusan untuk meletak mutiara naga itu d tengah2 sempadan laut antara kesultanan belungan dan pangeran agong betayau,sejarah perahu naga yg tidak ada pengayong,hanya pangeran agong nibung tungal dan biray sawat yang berdiri di depan dan belakang perahu itu,perahu naga yg manpu pergi kemana sahaja pangeran agong mau pergi dlam masa berapa minit sahaja akan sampai tempat yang mereka pergi,pangeran agong nibung tungal dan biray sawat selalu mencabar,di mana adanya palawan yg hebat2,pangeran agong akan dtangi untuk berlawan,perahu naga 2 akan menbawa pangeran agong tempat yg d tuju,akhirnya pangeran agong berkata kepada perahu naga itu dunia sdah aman pergi la perahu naga,perahu naga x mau pergi berpisah dengan pangeran agong,akhirnya perahu naga itu tengelam di muara sungai betayau dan berkata ku akan menjaga semua keturunan pangeran agong dan harta pertingalan yg ada d betayau ni,pangeran agong berkata setiap bulan berkembang penuh hari ke15 perahu naga akan timbul berjumpa dengan keturunanku,yang sampai sekarang x ada sesiapa pun yg berani menlalui muara sungai betayau takut bala bencana berlaku,kecuali keturunanya dari pangeran agong yg boleh lalui d sungai itu,sejarah kerbau tidak mau naik ke langding kapal kesultanan belungan d melinau,banyak sudah palawan2 hebat yang cuba menaikan kerbau itu tapi tidak berjaya,akhirnya mereka mencari atuk sya yg bergelar pangeran tua haji raden cucuk cicik pangeran agong nibung tungal dan bira sawat,pangeran tua haji raden berkata mana org2 hebat d melinau ni,akhirnya pangeran tua haji raden pergi ke kapal dan melihat kerbau itu,pangeran tua haji raden hanya menyapuk kepala kerbau itu,dan memukul belakang kerbau itu,lalu kerbau itu naik ke kepal itu,

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum saudara saya jd serbasalah berkaitan bangsa bulungan di sabah ni bukankah mereka ni berasal daripada berau kerana ada sebutan nama menggunakan ulai dan berketurunan temenggung pemakaian gelaran aji dan orang tua2 selalu bercerita pasal kisah raja tua. Sebab mereka merahsiakan identiti mereka kerana ditakutkan oleh masyarakat bulungan itu sendiri kononnya mereka di cari tentera belanda. Saya sendiri masih kabur tentang pencarian saya berkaitan bulungan ada yg kata bulungan tu suku tidung jadi bagaimana pula bangsa bulungan di tawau adakah berasal daripada berau tolong jelaskan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam
      Awalmulanya itu dari kerajaan sambaliung berau, dan ada salah 1 anaknya mendirikan kerajaan gunung tabur, kalo gk salah itu karena cemburu atas kekuasaan, dan ada lagi anak dari kerajaan gunung tabur hijrah ke bulungan dan mendirikan kerajaan bulungan.
      Jadi sambaliung itu sebenarnya kerajaan tertua di kalimantan.
      Wasalam

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    3. Anonymous coll saya..0183123469 ali bin Akuk

      Delete
  18. assalamualaikum wr wb..
    salam saudara sebangsa serumpun melayu..
    saya adalah keturunan kesultanan bulungan..saye nak jelaskan bahwasanya kesultanan bulungan adalah kesultanan melayu yang menguasai wilayah utara borneo..termasuk tarakan, pulau kecil di sekitarnya, selain itu ada juga wilayah tawau yang menjadi daulat bulungan ketika laksmana radja muda ni' di titahkan oleh sultan alimoeddin untuk meumpas lanun lanun yang selalu merompak diperairan bulungan, sedangkan pulau sipadan ligitan adalah pulau yang di kenal sebagai " pulau sepot" oleh orang bulungan. sedangkan nenek moyang orang bulungan adalah Datu mancang yang berasal dari Brunei darussalam,, untuk sejarah bulungan masih banyak yang tersimpan rapi..tinggal tunggu masanya tuk di angkat dan di perbincangkan lagi..Bendera bulungan itu saye creatornye berdasarkan sejarah dan peninggalan yang saye tanyakan kepada org org tua..

    salam saya.
    Datu Isa Ansari,S.Pd
    ( keturunan sultan khalifatul alam mohamad adil 1873-1875)

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum wr wb..
      Datu. Saya mau nanya ni.
      Nama kakek saya uning muhammad dan nenek sawiyah nama bapaknya Seman.
      Yg saya mau tanya adakah dari saudara2 dikolom ini yg tau silsila dari kerajaan sambaliung berau dan kerajaan gunung tabur
      Tolong informasinya
      Terimakasih
      Wasalam

      Delete
  19. salam.

    keberadaan dan kewujudan kesultanan bulungan memang tidak dibisa sangkal di rantau nusantara ini. pihak belanda dan warisnya saja yang benar dapat merungkaikanya kembali sejarahnya. walau pertabalan sultan sudah dinobatkan tapi kenapa harta milik kesultanan ini masih gagal untuk dinikmati oleh rakyatnya wilayah kesultanan menjadi persoalan. jika klaim Indonesia bahawa Kesultanan ini mengibarkan bendera Indonesia sebagai tanda setuju berada dalam Negera Kesatuan Republik Indonesia (NKRI) tapi mengapa pihak tentera membakar, menjarah isi istana, malah membunuh kerabat bangsawan serta keluarga mereka dengan tanpa rasa kemanusiaan.Jika Indonesi di pihak yang benar kenapa royaliti minyak yang tertangguh sejak sebelum perang dunia ke-2 tidak dapat di miliki oleh Indonesia. kenapa pihak belanda masih membekukan aset kekayaan kesultanan ini masih menjadi tanda tanya. Benarlah kekayaan kesultanan bulungan ini bukanlah sejarah lisan yang diperturunkan dari generasi ke generasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembakaran yang terjadi mungkin lebih disebabkan keinginan pribadi daripada seorang pejabat tentra bernama haryo kecik untuk merampas serta menjarah harta benda kesultanan yang tentu saja untuk kenikmatan duniawinya,dan Indonesia mempercayai tipu muslihat beliau yang mengatakan bahwa akan terjadi makar atas kesultanan Bulungan yang hendak bersatu dengan Kerajaan2 melayu di Malaysia. Dan pada masa tu ramai propaganda untuk menolak Kemerdekaan Malaysia di Indonesia, sehingga kesempadipergunakan oleh orang tak bertanggung jawab ini untuk menjatuhkan Kesultanan Bulungan.

      Delete
    2. Klo mau tahu lagi tentang keturunan sultan bulungan dan sultan sulu coll saya.. inshAAllah dengan izin Allah.. 0183123469 Ali bin Akuk

      Delete
    3. No Wa ada kah Ali Bin Akuk.

      Delete
  20. Dahulu kala kakekku merantau dari pulau Adonara (Flores)ke Bulungan. Menikah dengan kerabat sultan bernama Halimah anak dari Dato' Balembong. Kakekku bernama Nuwo. Anak mereka satu-satunya adalah perempuan bernama Sura, yang menjadi ibuku. Nenekku Halimah dan ibuku Sura wafat di Tawau-Sabah. Kakekku Nuwo wafat di kampung halamanya di Adonara-Flores. Saya sering mendengar cerita dari kakek soal sulatan Bulungan ini. Tapi apa mau dibilang kita sekarang tercerai berai...putus tali silaturahim. Saya sekarang tingal dan bekerja di Dili-TimorLeste. Namun aku selalu merasa diri kalau dalam darahku ada mengalir darah Melayu, walau aku orang Adonara Flores.

    ReplyDelete
  21. Cuma Hati yang ikhlas dapat menyatukan keluarga besar ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya berharap jika tuan hambah dapat menghubungi saya.0183123469 Ali bin Akuk

      Delete
  22. Askm... nun kabor ikam... tahu jawob.. sah kana ulun bulungon

    ReplyDelete
  23. Askm... nun kabor ikam... tahu jawob.. sah kana ulun bulungon

    ReplyDelete
  24. wah, seru juga ya kalau cerita tentang sejarah. Tapi sayang, saya tak tahu banyak tentang sejarah suku suku di indonesia. Tapi saya bangga dengan perbedaan, karena orang tua ayah saya (kakek saya dari kalimantan timur & nenek saya jawa tengah), kemudian orang tua ibu saya (kakek saya dari ibu, suku mandailing, sumatera utara dan nenek dari ibu saya suku jawa banten). saya bangga dengan keberagaman ini

    ReplyDelete
  25. Saudara ibnu rusydi nama sultan sekalimantan timur masih kurang satu dan kurang satu lambang dan benderanya yaitu Kesultanan Sambaliung nama sultannya adalah Sultan Muhammad Aminuddin dan kami Kesultanan tertua dikabupaten Berau sebelum kesultanan gunung tabur tolong di revisi kembali dan gali informasi yang lebih jelas sekarang bulungan sudah menjadi provinsi sendiri menjadi kalimantan utara terima kasih...

    ReplyDelete
  26. Saya sebagai orang Melayu dari Kedah,Malaysia bersimpati dengan peristiwa pembantaian saudara sebangsaku di Bulungan. Moga suatu masa nanti saya dapat berkunjung ke sana,insya allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya banga saudara dari kedah mengaku sekeluarga dengan kita. smemangnya melayu ditanah melayu tidak kurang tuanya..

      Delete
  27. Saya nak tau sapa Raja kaiman dalam keturunan sultan bolongan yg lari ke Tawau Sabah tlg jelaskan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita sependapat dengan soalan yang sama....siapakah raja Kaiman

      Delete