Featured Post

Peringatan Kepada Laman OhMyMedia dan Page-page Hiburan Kaki Copy Paste

Ketika penulis memulakan penulisan di blog kira-kira sembilan tahun yang lalu, ada tiga (3) niat utama yang terlintas di fikiran pen...

Monday, April 18, 2011

Bermula Dengan Isu Songkok...




Bilakah orang Melayu mula bersongkok? Agak sukar juga untuk penulis memberikan jawapan. Walaubagaimanapun, berdasarkan penelitian penulis, orang Melayu mula bersongkok mungkin mulai abad ke-19. Dari mana pula asal-usul songkok? Ini adalah satu lagi persoalan yang timbul apabila membicarakan asal usul pemakaian songkok oleh orang Melayu. Terdapat pelbagai pendapat dan pandangan diberikan mengenai asal kehadiran songkok di alam Melayu ini. Ada yang mendakwa, ia berasal dari Turki. Ada yang mengatakan ia berasal dari Parsi (Iran). Ada juga mengatakan ia mungkin berasal dari benua Hindi (India). Apa yang menarik juga untuk diperhatikan, menjelang awal abad ke-20, terdapat ramai Raja-raja Melayu dirakamkan tidak memakai tengkolok, tetapi memakai perhiasan kepala seakan-akan songkok.





Adakah songkok melambangkan Islam? Tidak juga. Jika para pembaca pernah ke Indonesia, ada juga penduduk beragama Kristian yang memakai songkok (juga dipanggil Peci di sana) untuk ke Gereja pada hari Ahad. Songkok kini dianggap sebagai lambang Nasional di Malaysia, Republik Indonesia dan Negara Brunei Darussalam serta dipakai oleh Raja-raja Melayu, kerabat serta pembesar negara semasa majlis-majlis rasmi. Di negara kita, songkok merupakan sebahagian daripada pakaian kebangsaan (Baju Melayu) serta turut menjadi sebahagian daripada pakaian rasmi bagi Ahli Parlimen / Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN).



Sultan Brunei (kiri) bersama Yang Dipertuan Agong Malaysia (kanan)


Apa yang peliknya, semasa era tahun 1990-an dahulu, sudah kedengaran suara-suara sumbang daripada puak-puak Ultra-Kiasu yang menentang ‘pemaksaan’ pemakaian songkok kepada mereka yang terpilih untuk ke Parlimen mahupun DUN. Pemakaian songkok seolah-olah memaksa simbol Islam dikenakan kepada diri mereka. Yang sebenarnya adalah Melayu itu sinonim dengan Islam, dan masyarakat Melayu di Malaysia amnya dan di semenanjung khususnya memakai songkok untuk bersembahyang di masjid dan bagi menghadiri majlis-majlis bercorak keagamaan. Secara tidak langsung, puak-puak Ultra-Kiasu ini melihat songkok itu seolah-olah merupakan sebahagian lambang agama Islam.

Kemuncaknya adalah apabila puak-puak Ultra-Kiasu ini memenangi kerusi dalam jumlah yang besar pada Pilihanraya Umum dan Negeri yang lalu. Daripada isu tidak mahu memakai songkok, mereka mula menunjukkan belang yang sebenar dengan tidak mahu langsung memakai pakaian istiadat di DUN terutamanya semasa majlis pembukaan oleh Raja/Yang Dipertua Negeri. Paling jelas dilihat adalah semasa pembukaan DUN Pulau Pinang yang telah dikuasai oleh puak-puak Ultra-kiasu ini. Malahan Tuan Speaker dan para Melayu dari pakatan yang sama juga langsung tidak berani menegur perbuatan rakan-rakan mereka. Alasan yang remeh serta kelakar dinyatakan, bahawa pakaian yang mereka pakai juga kemas dan tidak melanggar peraturan dewan.

Penulis memuji ketegasan DUN Johor yang menghalau keluar Gwee Tong Hiang yang enggan memakai pakaian rasmi DUN Johor pada tahun 2008 yang lalu. Malahan dalam satu majlis pada tahun yang sama, Almarhum Sultan Johor dengan tegas juga secara terus terang mengkritik sikap ADUN tersebut. Malangnya pada tahun ini, perkara remeh ini kembali berulang. Sidang DUN Perak pada bulan ini menyaksikan Nga Kor Ming bukan sahaja tidak memakai pakaian istiadat, malahan memakai suit berwarna kelabu sedangkan yang dibenarkan adalah suit berwarna hitam. Speaker Perak yang dilantik kelihatan begitu lembik sekali dengan provokasi yang sengaja dibuat oleh Ultra-Kiasu ini. Mungkin kerana takut dikutuk oleh Speaker terdahulu yang turut berada di dalam DUN tersebut, atau parti pemerintah takut kehilangan undi Cina kerana takut dilabel sebagai perkauman. Melihat ‘kejayaan’ rakan mereka di Perak, perkara ini diulangi oleh rakan mereka di Pahang apabila dua Ultra-Kiasu di DUN Pahang, Leong Ngah Ngah dan Choong Siew Onn turut tidak memakai pakaian istiadat tersebut.








Bagi kebanyakan orang termasuk sesetengah orang Melayu, isu ini adalah isu remeh kerana menurut mereka, yang paling penting ialah para ADUN tersebut menyampaikan suara hati rakyat di DUN. Bagi penulis pula, perkara ini adalah berkaitan dengan disiplin, adab sopan, common-sense, prinsip menghormati majlis dan pemerintah, serta menyerlahkan sifat sebenar seseorang itu termasuklah sifat sombong dan bongkak. Tidakkah mereka terfikir secara halusnya, mereka ini telah berjaya menunjukkan penentangan terhadap kedaulatan Raja-raja Melayu sebagai pelindung agama Islam serta budaya Melayu yang menjadi teras kepada budaya Malaysia? Memandangkan perbuatan para Ultra-Kiasu ini tidak berani ditegur dan dikritik secara lantang oleh Speaker mahupun ADUN yang lain, maka penulis memberi jaminan perkara ini akan berulang di sidang DUN Negeri lain (kecuali Johor), termasuklah mungkin di Sarawak, dimana 15 kerusi DUN baru-baru ini telah berjaya dirampas oleh pihak pembangkang.

Apa pun, para Ultra-Kiasu ini telah memberi contoh yang cukup 'baik' kepada para anak bangsa kita agar berani melanggar peraturan. Selepas ini, adik-adik Melayu mahupun Cina sendiri yang belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina tidaklah perlu memakai pakaian seragam sekolah ataupun pakaian sukan yang telah ditetapkan. Pakai sahaja apa pun pakaian yang dimahukan, asalkan kemas. Kerana yang penting, kita datang sekolah untuk menuntut ilmu duniawi sahaja, bukannya untuk belajar adab sopan dan mematuhi peraturan sebagaimana yang dianuti oleh puak Ultra-Kiasu ini.


Nota : Penulis ada juga berjumpa segelintir Melayu pada hari ini yang berfikiran politik sempit enggan memakai songkok kerana dikatakan melambangkan parti keris. Apa pun, perkara ini juga bukanlah satu kesalahan yang mendatangkan dosa. Tidak kira songkok, kopiah atau ketayap, semoga kita mendapat pahala kerana mengamalkan sunnah. Cuma diharapkan janganlah disempitkan pemikiran semata-mata kerana politik.

17 comments:

  1. PAS & PKR takkan berani tegur DAP, sebabnya semua orang pun tahu. DAP lah yang lead & tunjang Pakatan Rakyat...

    ReplyDelete
  2. DAP ini sengaja nak musnahkan adat orang Melayu termasuk raja2 Melayu....tengoklah cara mereka bersalam...tak ada tunduk hormat....salam macam org biasa2....

    Walhal kalau kita nak mengadap sultan kenalah ada adap dan sopan tanda hormat...

    Orang macam ni ke nak kita jadikan pemimpin pada orang melayu yang penuh dengan adap dan sopan? DAP memang bawa budaya samseng

    ReplyDelete
  3. Ya tuan, DAP musuh no 1 Melayu. Berkiblatkan Perjuangan Komunis Malaya - Bintang Tiga, dalam pakaian demokrasi. Inilah kelebihan sistem demokrasi. Melayu Islam menjadi musuh mereka sejak dari zaman kemerdekaan lagi, dahulu tak berani menunjukkannya tetapi kini atas kehendak Allah mereka membuka pekung sendiri. Dendam kekalahan pejuang komunis tahun 1950an.

    Percayalah selepas ini, melayu akan semakin lembik dan takut kepada komunis ini. Yang herannya ada segelintir kalangan Melayu yang memuji komunis ini katanya lebih baik dari UMNO... Kebodohan memakan diri Melayu sendiri, jadi boneka Cina. PKR? apa ada pada mereka? Hanya jadi pencacai pengangkat najis Cina sahaja. Orang Sarawak menolak PKR dan PAS. Tentu ada sebabnya. Cina semakin berani memberontak kerana DAP mendapat sokongan PAP sebagai inspirasi... menuju Malaysia Baru diperintah oleh Cina. Pak Kadok Melayu akan gigit jari menangis malu nanti. UMNO perlu bangkit, buang sesiapa sahaja yang pentingkan diri, yang tidak ikhlas dan korap dalam menjalankan kewajipan sebagai "WAKIL" kepada rakyat. Mesti berani kalau mahu menyelamat Malaysia dari pemerintahan Cina..... a.k.a. Yahudi timur ini.

    Maaf jika menyentuh peribadi anda. Wassalam.

    ReplyDelete
  4. janganlah marah sgt... baju derang basah tu... mak diorg lupa nak basuhkan... tak sempat nak sidai...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum

    Untuk Makluman Semua

    Imam Imran Hossein telah berada di Malaysia untuk siri ceramah jelajahanya disekitar Kuala Lumpur bermula dari 15 April 2011 hingga 6 Mei 2011. Jika ada yang berkelapangan sila-sila hadir ceramah beliau. Kalau ada sahabat-sahabat kita yang hadir ceramah tersebut harap dapat rakam video ceramah beliau dan sebarkan di Internet.

    untuk maklumat lanjut boleh rujuk disini

    http://www.imranhosein.org/blog/270-sh-imran-hosein-malaysia-lecture-tour.html


    Harap Maklum

    ReplyDelete
  6. betullah korang cakap jahat tul DAP . UMNO , MCA dan MIC tu baik . .... yang menghancurkan tulisan jawi biar saya teka mesti DAP kan ..... yang nak buangkan nama ISLAM mesti DAP , yang menjual tanah melayu kepada tauke cina pun mesti DAP yang meluluskan akta AUKU mesti DAP yang membuat TAUKE CINA kaya raya mesti DAP . PENDEK KATA SEMUALAH DAP ..... OH LUPA YANG MEMERINTAH MALAYSIA DARI DULU HINGGA SEKARANG MESTI DAP KAN ......

    KESIAN MELAYU ..... ASYIK LAH KENA TINDAS DENGAN DAP ..... MIC , UMNO DAN MCA TAKDE KUASA NAK MENGHALANG DAP ..... OH LUPA YANG MENGULINGKAN KERAJAAN PR KAT PERAK MESTI DAP,DAP ,DAP , DAP SEMUA DAP .

    BAGUS TUL .... TU YANG SAYA SAYANG KAT UMNO TU

    HIDUP UMNO!
    HIDUP UMNO!
    HIDUP UMNO!

    BAIK LAH KORANG FIKIRKAN CARA AJAR PEMIMPIN YANG ZALIM MACAM DAP TU SUKA HATI SAJE NAIKKAN HARGA MINYAK , BARANG2 KEPERLUAN TAK PERNAH FIKIRKAN PUN FASAL RAKYAT MALAYSIA ......

    SAYA SUKA UMNO SEBAB

    UMNO CINTAKAN ISLAM
    UMNO TEGAKKAN HUKUM ISLAM
    UMNO MENGHORMATI ULAMAK ISLAM
    UMNO MENJADIKAN ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP

    CUKUP TAK AKU PUJI KAT UMNO NIE ?
    KALAU TAK CUKUP CAKAP BOLEH AKU PUJI LAGI NIE ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro lu perli ke mengejek...hahahah terbaik

      Delete
  7. Assalamualaikum,

    to saudara Fenomena zaman : many thanks for d info. anyway, sayangnya saya tak ada di Malaysia time tu... =/

    to saudara Amer : thanx juga atas komen saudara. but ur attitude ni very typical malay minded. ada ke dalam artikel ni saya sentuh pasal isu UMNO-PAS-PKR? bukan ke saya tegur pasal sikap golongan Ultra Kiasu tu? tak kira la dari MCA ke, MIC ke, HINDRAF ke, DAP ke. dan saya sentuh juga sikap pengecut Speaker DUN yang langsung tak berani tegur...

    kesian kat golongan Melayu macam ni. bermati-matian defend golongan Ultra-Kiasu ni. Macam dia pulak yang terkena. padahal kalau Melayu yang kena, tak kira la PAS, PKR atau UMNO, takde pun puak Ultra-Kiasu ni nak defend.

    Tak ubah macam saya pergi ke Sarawak masa election lepas. Bersungguh2 orang PAS berkempen untuk DAP kat Miri & etc. Malangnya, takde pun DAP nak bantu kempen PAS macam kat Beting Maro.

    Malang sungguh nasib orang kita ni Melayu-Islam & Bumiputera. Tak abis2 dipergunakan. Kepada saudara Amer, marilah kita terus bercakaran pasal kes UMNO-PAS ni ye... terus bergaduh biar sampai hancur semua orang UMNO ngan PAS kat Malaysia nih...

    I hate this type of Meleiz.... =(

    ReplyDelete
  8. ko kat Sarawak ke? aku pun kat Sarawak masa election ari tu. nak tau apesal SUPP kalah? pasal DAP tawarkan benda yang SUPP tak boleh bagi. apa yg DAP tawarkan? kalau baca paper The Star, kononnya masyarakat Cina nakkan Kerajaan yang bersih & result oriented. Ye ke? bersih sangat ke Kerajaan DAP kat Penang & Selangor? berjaya sangat ke DAP mentadbir?

    yang sebetulnya, dalam kempen2 DAP, termasuklah yang dibantu oleh ahli2 PAS, mereka tawarkan KUASA PEMERINTAHAN! bukannya satu rahsia Chong Chen Jien tu diwar2kan sebagai CM Cina pertama di Sarawak. Kalaupun Baru Bian naik jadi CM, de facto CM yang sebenarnya tetap akan dipegang oleh DAP. senang cerita, macam puppet Nizar Jamaludin yang jadi MB PAS Perak, tapi MB sebenarnya ialah Ngeh Koo Ham.

    Apa pasal taktik MCA menakut-nakutkan pengundi Cina tentang negara Islam PAS tak laku lagi? sebab orang Cina dah boleh terima dakwah PAS (jawapan bodoh dari puak2 PAS). Sebenarnya orang Cina bijak berpolitik dari Melayu. Diorg tau PAS ni hanya pencacai dalam Pakatan Rakyat, takde kuasa & pengaruh langsung dalam buat keputusan. Yang lead PR adalah DAP, paling banyak dapat keuntungan. Diorg banyak belajar masa kegagalan Barisan Alternatif dulu..

    Kesimpulan aku, orang Cina amat bijak berpolitik. bukannya membabi buta macam Amer kat atas tu...

    ReplyDelete
  9. aku SOKONG penuh apa yang Amer cakap kat atas tu..

    memang DAP lah yang menghancurkan tulisan jawi! Tengok usaha gigih Teresa Kok menghentam tulisan Jawi dah membuahkan hasil di Penang.

    memang DAP yang nak buangkan nama ISLAM! Betapa bangganya Jeff Oi kat Penang meminta diharamkan Jamaah Islah Malaysia (JIM)...

    memang DAP yang menjual tanah melayu kepada tauke cina. Tengok apa nasib Kampung2 Melayu macam kat Tanjong Tokong? siap kariah PAS nak bantu robohkan lagi (PAS = anjing DAP).

    HIDUP UMNO!
    HIDUP UMNO!
    HIDUP UMNO!

    memang DAP yang sesuka hati naikkan tariff air & cukai tanah kat Penang. Hang orang tanjung ka Amer??

    SAYA SUKA UMNO SEBAB

    UMNO CINTAKAN ISLAM
    UMNO TEGAKKAN HUKUM ISLAM
    UMNO MENGHORMATI ULAMAK ISLAM
    UMNO MENJADIKAN ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP

    Di bawah UMNO :

    Tak ada pun imam masjid yang tergamak mendoakan seorang pemimpin KRISTIAN macam Lim Guan Eng dalam solat jumaat gantikan nama Yang Dipertuan Agong sebagai pemimpin umat Islam!

    Tak ada pun pemimpin Kristian yang boleh tungggang langggang baca & putarkan ayat Al-Quran ikut sesedap hati dia macam Nga Kor Ming tapi disambut dengan tepukan & sorakan oleh puak2 PAS!

    Tak ada pun pemimpin Kristian yang sibuk nak gunakan nama Allah dalam rujukan Bible untuk kegunaan di semenanjung Malaysia sebagaimana di Sabah & Sarawak.

    Tak ada pun pemimpin Kristian perempuan tak tutup aurat macam Teo Nee Ching yang berani masuk masjid pijak sejadah tempat kita sujud kepada Allah.

    Tak ada pun pemimpin Kristian macam Teresa Kok yang berani minta diperlahankan azan.

    Masih tak cukup lagi ko puji UMNO ni Amer. aku cakap neh... ko tolong PUJI LAGI Amer....

    ReplyDelete
  10. Pas, Pkr, Dap sama saja dengan Umno,Mca dan Mic

    ReplyDelete
  11. Setahu saya parti yang paling dominan dalam kerajaan ialah Umno tapi kenapa Umno tidak menggunakan peluang yang ada untuk benar-benar membela anak bangsa dan memelihara agama? Kenapa takut bertindak menutup kedai-kedai judi haram yang berlambak-lambak dan terus marosakkan orang-orang Melayu ini?

    ReplyDelete
  12. Baru sedikit dapat untung judi, dah mendabik dada. Tau tak demokrasi ni macam judi ler.... Terpadam semua keparat DAP yang nyata2 menghina agama, sanggup puji lebih lebih... DAP buat tak per. Umno Melayu buat semua tak betol. geli ehhh.

    Belum tau lagi bila DAP dominan mengangkat PKR jadi PM, rasuah akan lenyap. Sila siasat apa dah jadi dengan Selangor... Siapa yang benar2 berkuasa? Sama jerr.. selagi guna demokrasi selagi itulah Islam akan rugi, dunia akhirat. Jangan sombong... amir and the gang

    ReplyDelete
  13. Terimakasih atas perkongsian. Anak saya yang memakai songkok ke kelas tusyen telah diarahkan membuka songkoknya oleh guru sikh yang memakai turban. Ternyata mereka sangat berani mencabar bilamana kita masuk dalam ruang lingkup mereka.

    ReplyDelete
  14. itulah dia muka realiti politik yg pahit ditelan faktanya. politik takkan kenal baik buruk janji kemenangan berpihak padanya. hal sini ialah pemakaian songkok dlm urusan majlis rasmi, dah elok dah tu. mujur tak disuruh pakai destar atau tengkolok hah itu betul2 jadi melayu pulak! jika pakai kot budaya barat dijunjung & dipuja sampai mati, kenapa ada segelintir rakyat menghina resam pakai rasmi spt dlm persidangan DUN. Apa yg saya faham ialah mungkin juga songkok melambangkan Islam jadi mereka enggan lalu menzahirkan perwatakan sendiri, sedang dirinya jahil dalam beradab mulia mematuhi peraturan yg telah ditetapkan - bagai murid sekolah yg hadir memakai selipar atas alasan itu ialah kebiasaan dirinya. Bagi saya hal itu ialah sombong dan takabbur.

    ReplyDelete
  15. amno gampang, pas laknat, pkr pukimak, dap cilakepantekbabilancau

    ReplyDelete
  16. Muhammad Mirza marry Aina not slid fikry sial kotol Aku bohay Alfie fikry sial

    ReplyDelete