Featured Post

Kenapa Singapura Lebih Maju?

Sudah beberapa hari berlalu sejak negara jiran kita iaitu Singapura menyambut Hari Kemerdekaannya yang ke-50 pada 9 Ogos yang lalu. Nam...

Wednesday, April 13, 2011

Hubungan Kekerabatan dan Persaudaraan di Kepulauan Nusantara


“Ia menggambarkan bahawa orang Cina, orang India adalah pendatang. Dan orang Melayu adalah tuan tanah di dalam err... err... Malaysia ini. Kerana sebenarnya, ramainya err... er... Melayu pun adalah datang dari err... luar Malaysia. Yang betul-betul orang asal di sini ialah Orang Asli”

Itulah yang diungkapkan oleh Ahli Parlimen Ultra-Kiasu dari Bukit Mertajam pada 24 Mac 2011 yang lalu semasa dia mengulas mengenai isu novel Interlok. Sama ada dia ini memang buta sejarah dan geografi, atau memang sengaja membutakan mata dan hatinya tentang hakikat wilayah Nusantara ini yang serumpun. Sudahlah nak bercakap bahasa Kebangsaan pun dengan gagap dan tunggang-langgangnya (diingatkan semula si Ultra-Kiasu ini bertaraf Ahli Parlimen!). Penulis tidak berhasrat untuk mengulas panjang tentang apa yang telah diutarakan oleh si Ultra-Kiasu ini. Rasanya artikel terdahulu http://ibnurusydi.blogspot.com/2011/02/melayu-dituduh-pendatang.html telah cukup untuk menghuraikan mengenai perkara tersebut.


Apa yang ingin dikongsikan di sini adalah hakikat mengenai hubungan kekerabatan dan persaudaraan yang telah lama terjalin antara penduduk di wilayah Nusantara ini. Sudah tentu beberapa contoh yang dipaparkan ini adalah sejarah Raja-raja di Nusantara ini, memandangkan golongan Ultra-Kiasu sering memomokkan bahawa Parameswara dan orang Melayu yang mengasaskan Kesultanan Melaka adalah ‘pendatang yang datang dari Indonesia’.




1. Di Acheh, selepas kemangkatan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam pada tahun 1637, yang menggantikan baginda sebagai Sultan Acheh adalah menantu baginda iaitu Sultan Iskandar Tsani. Apa yang menariknya, Sultan Iskandar Tsani ini berasal dari semenanjung Tanah Melayu kerana baginda adalah putera Sultan Pahang. Pernah ditanya kepada Sultan Iskandar Tsani ini lebih kurang begini, "Kamu ini orang Pahang atau orang Acheh". Apa jawapan baginda? "Aku orang Melayu". Agak-agaklah kan, boleh tak seorang Ultra-Kiasu berketurunan Sino-Tibetan bukan Islam yang datang dari tanah besar China tiba-tiba diangkat menjadi Sultan di Acheh ini?




2. Di Kalimantan Barat, Kesultanan Sambas didirikan oleh Sultan Muhammad Shafiuddin I yang merupakan anak Sultan Sarawak iaitu Sultan Tengah pada sekitar tahun 1675 Masihi. Sultan Sarawak ini pula adalah anak kepada Sultan Brunei. Mesti pening kepala si Ultra-Kiasu bagaimana pendatang dari Negara Brunei boleh menjadi Raja di Malaysia (Sarawak), dan kemudiannya keturunan pendatang dari Malaysia ini menjadi Raja pula di Indonesia (Sambas).




3. Di selatan pulau Mindanao, Kesultanan Sulu diasaskan oleh seorang ulama Melayu-Arab yang datang dari Negeri Johor iaitu Shari'ful Hashem Syed Abu Bakar pada tahun 1457, sementara Kesultanan Maguindanao juga diasaskan oleh seorang Melayu dari Johor iaitu Shariff Mohammed Kabungsuwan sekitar tahun 1203 hingga 1205. Ye Ultra-Kiasu, ada juga pendatang dari Malaysia yang menjadi Raja di Republik Filipina.




4. Di Sumatera, Sultan Indragiri yang pertama iaitu Raja Kecik Mambang @ Raja Merlang I yang memerintah sekitar tahun 1298 – 1337 merupakan anak kepada Sultan Melaka yang berpusat di semenanjung Tanah Melayu. Pelikkan Ultra-Kiasu, macam mana anak rakyat Malaysia boleh menjadi Raja di Indonesia pula?




5. Di selatan segenting Kra, bermula pada sekitar tahun 1688, Kesultanan Patani telah diperintah oleh Dinasti Raja-raja yang berasal dari Kelantan. Ha, jangan main-main ye Ultra-Kiasu, ada juga pendatang dari Malaysia yang menjadi Raja di Provinsi Pattani, Thailand.




6. Di Sulawesi Tenggara, Negeri Buton telah didirikan oleh oleh empat orang bangsawan yang disebut sebagai Mia Patamiana yang datang dari semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-13 Masihi. Menurut sumber sejarah lisan Buton, nama keempat-empat individu terbabit ialah Sipanjonga, Simalui, Sitamanajo dan Sijawangkati. Keempat-empat individu ini berserta para pengikutnya telah meninggalkan tanah asal di semenanjung Tanah Melayu menuju ke kawasan timur dengan menggunakan sebuah perahu palolang pada bulan Syaban 634 Hijriyah (1236 M) dan akhirnya sampai di Buton. Kemudian mereka mengibarkan bendera Kerajaan Melayu yang disebut sebagai bendera Longa-Longa. Ketika Kerajaan Buton didirikan, bendera Longa-Longa ini dipakai sebagai bendera rasmi kerajaan Buton. Ya Ultra-Kiasu, pendatang dari Malaysia ini telah belayar hingga sejauh penghujung pulau Sulawesi dan yang peliknya, diangkat pula menjadi Raja di Indonesia.


Apa yang dipaparkan di atas ini hanyalah sebahagian contoh kecil mengenai hubungan yang terjalin antara penduduk di seluruh Nusantara ini biarpun dipisahkan oleh beberapa pulau besar dan beribu-ribu lagi kepulauan kecil. Bagaimanakah para ‘pendatang’ dari semenanjung Malaysia ini boleh menjadi Raja dengan mudah di Indonesia, Thailand dan Filipina ye Ultra-Kiasu? Jawapannya mudah, mereka bukannya pendatang! Mereka adalah saudara serumpun dan kebanyakannya seagama. Para bangsawan mahupun rakyat biasa bebas untuk berhijrah dan menetap di mana-mana kawasan pun di dalam lingkungan alam Nusantara ini yang terbentang dari Acheh di barat hinggalah Maluku dan Papua di timur, dari selatan pulau Singapura hinggalah Champa di utara Indochina. Justeru itu, janganlah dihairankan jika terdapat juga anak cucu orang Melayu di Malaysia pada hari ini yang ayah atau datuk mereka berasal dari Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, dan hatta sejauh Vietnam dan Kemboja sekalipun. Kerana pada masa dahulu, nenek moyang mereka sendiri mungkin berasal dari Tanah Melayu dan mereka bebas 'berkeliaran’ dan menjelajah di seluruh Nusantara untuk mendirikan Kerajaan/Negeri baru. Dan perlu diingat, pada masa tersebut, tidak wujud sempadan politik sebagaimana yang ada pada hari ini.

Sebelum tamat, penulis ingin bertanya dua soalan kepada Y.B. (Yang Bongok) Chong Eng sebagai Ahli Parlimen yang bertanggungjawab untuk berdebat dalam menggubal undang-undang negara kita di Parlimen, “Bila Malaysia ditubuhkan?” dan “bila orang Melayu mula datang ke semenanjung tanah Melayu?”

15 comments:

  1. Elok ditanyakan pada dia kalau cina dari Beijing berhijrah ke Shanghai..adakah dikirakan mereka sebagai pendatang juga?

    ReplyDelete
  2. pernah kawan terdengar dr seorg ustaz yg pergi ke Indonesia dimana salah seorg saudara kita disana berkata

    kenapa spesimen Ultra kiasu diMalaysia terlalu diberi muka

    inilah hakikatnya diantara negara Asean Kita sebenarnya yg paling bertolak ansur dgn mrk sampai org luar pun naik jelak dgn kelaku mrk.

    ReplyDelete
  3. cina yang datang ke taiwan, turkestan timur & tibet kira pendatang jugak ke?
    hehehehe

    ReplyDelete
  4. tak lama lagi mungkin ada la komen2 dari Pak Janggoat ngan puak2 reformasin yg akan backing kenyataan si ultra-kiasu nih... =)

    weh, mana ko Hafzach? lama x dgr criter?

    ReplyDelete
  5. spisis sepet ni dicipta untuk menjadi binatang SENBELIHAN agaknya..
    di tanah asal pun cukup2 kene kitai dgn PKC..
    dtg sini disambut dan ditatang,beri apa semuanya dapat..berterimakasih tidak,memijak kepala lagi!
    kpd sepet! sabar aku ada hadnya..
    pada-padalah selepas ini.

    ReplyDelete
  6. sayangnya hubungan nusantara ini sudah terbelah dengan keIndonan pekat yg enggak bisa dilunturkan lg..

    ReplyDelete
  7. JANGGUT2 JANGAN MAIN LA..ITU SUNNAH NABI..MANA TINDAKAN BETUL KITA SOKONG, MANA SALAH KITA SANGGAH.

    ReplyDelete
  8. Saya nampak parti pak janggoat tu walau tidak menjadikan Melayu sebagai dasar perjuangannya, kadang-kadang kelihatan lebih Melayu dari parti Melayu sendiri.

    ReplyDelete
  9. org2 cina berasal dari pasangan sindrome down (mongoloid) yg disisihkan beribu2 tahun dulu...mereka kahwin sama sendiri dan lama2 jadi cina...mereka ni tak pandai cakap, sebab tu pelat macam lidah down syndrome ..mereka ni otak singkat , yg mereka tau adalalh duit duit duit..mereka peduli hapa dunia akhirat yg penting duit

    ReplyDelete
  10. Aku Melayu milik Nusantara RayaJuly 29, 2011 at 10:58 AM

    setelah sekian lama terpecah oleh pulau2 nusantara disatukan oleh pendahulu kita raja sriwijaya yang ada di sumatra....., saat itu orang kita memang gemar mengarung samudra yang oleh dick-read mereka juga membangun pemukiman dan tambang emas pada abad 5M di zanj (daerah tanzania) sampai sepanjang laut timur afrika bahasa daerah meraka mirip dengan bahasa orang kita,
    saat itu emas dari zanj dibawa ke sriwijaya sehingga daerah sumatra pada saat itu disebut pulau emas, pada saat itu banyak berdatangan orang arab, orang cina ke nusantara yang menjadi pusat perdagangan dunia....
    pelaut nusantara juga menjadi guru dalam pembuatan kapal di cina.... (kapal jung)
    kemungkinan warga melayu juga mendirikan pemukiman di daerah himalaya.... sesuai dengan namanya hi-malaya
    menurut kitab sejarah yang masih tersimpan di Bali nusantara disatukan kembali oleh Raja majapahit dari Jawadwipa.....
    seandainya kita tidak dijajah oleh orang eropa... kemungkinan Nusantara tetap menjadi satu negara selamanya dan tidak terpecahbelah seperti saat ini....
    kekuatan persaudaraan nusantara masih tetap terlihat ketika inggris mau membentuk negara federasi malaysia...(yang terdiri dari orang cina, melayu,india dll) seperti tidak rela saudara serumpun mereka dijadikan sebagai orang asing di negeri sendiri,, bung karno mengirimkan tentara indonesia KKO untuk menaklukkan inggris,
    serta beliau juga meminta rakyat indonesia (dari sumatra, jawa, kalimantan, sulawesi dll) untuk dengan rela pergi kemalaysia dengan imbalan perkebunan dari raja malaysia(pada waktu itu rakyat melayu menjadi minoritas diantara orang cina, india dll)
    hal itu dilakukan bung karno dengan tujuan agar nusantara tetap milik kita... dan orang melayu bisa tetap menjadi tuan di tanah malaysia bukan orang pendatang dari negara seberang...

    ReplyDelete
  11. So who were the people who live here before the 1400?

    ReplyDelete
  12. The answer is the Malays.....Malays and the Orang Asli are the natives of this land.Before Melaka,we have several Malays kingdom like Sriwjaya,Singapura,Langkasuka,Kedah Tua and Chih Tu(Raktaramatrikka).............

    If you want to say that Malays came here around 1400,it is wrong because the Malays had settled down in the Peninsular about 20 millions years ago....within Orang Asli,which is also known as Proto-Mala(the nowadays Malays was called Deutro-Mala)......

    BTW,the Malacca Sultanate was not been established in 1400,but around 1262....So,get your facts right.Malays and the Orang Asli are the real natives of the land.

    ReplyDelete
  13. Bismillahirahmanirahim...... Wahai khalifah di muka bumi ini yang di utuskan oleh maha pencipta sekalian alam (Allah S.W.T)....sesungguhnya Manusia ni sama saja.....masing-masing ada kelebihan dan kelemahan (di dalam diri,kaum & bangsa)...bezanya kita hanya pada hati (mahmudah dan mazmumah) kita dijadikan berbagai dan berbilang kaum,bangsa supaya kita sedar yang akhirnya kita akan kembali kepada yang satu sang pencipta (Allah SWT) sebenarnya kita saling bergantung di antara satu sama lain.. Ambil tauladan kisah lidi..Akhir sekali kita akan bersatu kerana LA'ILAHHAILALLAH MUHAMMADARRASULALLAH...pecayalah kebenaran pasti menang..kerana Allah itu Benar..Rasulallah dan nabi itu benar, malaikat itu benar,AL-QURAN (panduan hidup) itu benar, hari kiamat itu benar dan ketentuan Allah itu benar................

    Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).

    ReplyDelete
  14. Mereka itu tahu sejarah kita. Itu propesor kim tu kan kaji sejarah. Lebih banyak tahu dari melayu yang kelabu.
    Cumanya dalam suasana yang ada dimalaysia ini mereka nampak ada peluang nak buat serangan. Mereka tahu orang melayu kuat melatah bila dicocok. Jadi jangan cepat melatah ye.

    ReplyDelete
  15. Best article ni..

    ReplyDelete