Featured Post

Peringatan Kepada Laman OhMyMedia dan Page-page Hiburan Kaki Copy Paste

Ketika penulis memulakan penulisan di blog kira-kira sembilan tahun yang lalu, ada tiga (3) niat utama yang terlintas di fikiran pen...

Friday, April 15, 2011

Kamek Sayang Sarawak

“Apakah persamaan dan perbezaan Negeri Sarawak dan Pulau Pinang?” Tanya seorang rakan kepada saya. Jawapannya? “Melayu-Islam sama-sama minoriti di Negeri Sarawak dan Pulau Pinang. Bezanya, di Sarawak, jawatan Ketua Menteri disandang oleh minoriti Muslim.” Perbualan bersama seorang rakan kira-kira 3 tahun lalu kembali terimbas tatkala membaca betapa ligatnya para pemimpin sebuah parti Ultra-Kiasu yang datang dari Pulau Pinang begitu agresif sekali berkempen untuk Pilihanraya Negeri Sarawak ke-10 yang akan diadakan pada esok hari.





Untuk makluman, senario di Sabah dan Sarawak, walaupun bersama-sama dalam Malaysia, adalah amat berbeza dengan semenanjung. Sama ada dari segi bahasa, budaya, komposisi kaum mahupun politik. Penulis masih ingat ketika pertama kali menjejakkan kaki ke Bumi Kenyalang ini, seorang rakan mengusik dengan bertanya “Kitak asal sine?”. Penulis sangkakan ia bertanya dalam Bahasa Iban, rupa-rupanya itulah Bahasa Melayu Sarawak yang bermaksud “Awak asal mana?”. Berbanding dengan Bahasa Melayu Sabah yang lebih mudah difahami kerana hanya berbeza dari segi sebutannya yang lebih baku, Bahasa Melayu Sarawak bukanlah satu dialek, tetapi Bahasa Melayu tersendiri yang mempunyai pengaruh Bahasa Dayak yang kuat.

Bercanggah juga dengan persepsi umum terutama dari semenanjung, Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, bukanlah seorang Melayu, tetapi berbangsa Melanau. Kaum Melanau ini hanya berjumlah 5% sahaja daripada keseluruhan penduduk Sarawak yang berjumlah kira-kira 2.07 juta orang. Biarpun budayanya hampir sama dengan kaum Melayu Sarawak, tetapi bezanya terdapat juga kaum Melanau yang beragama Kristian dan ada yang masih mengamalkan fahaman lama tempatan. Bersama-sama kaum Melayu Sarawak yang hanya berjumlah kira-kira 22%, kedua-dua kaum ini dianggap mewakili kumpulan Bumiputera Islam.



Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berpakaian tradisi Melanau merayakan Pesta Kaul, perayaan Kaum Melanau di Bahagian Mukah


Bumiputera bukan Islam pula terdiri daripada kaum Iban (29%), Bidayuh (8%) serta minoriti Dayak lain seperti Kayan, Kenyah, Kelabit, Penan dan Lun Bawang yang dikategorikan secara bersama sebagai Orang Ulu sebanyak 6%. Kaum Cina yang bukan Bumiputera merupakan kaum kedua terbesar di Sarawak selepas Iban iaitu sebanyak 26% daripada populasi keseluruhan penduduk Sarawak.

Realiti inilah yang sering mendatangkan dilema kepada pengundi Bumiputera Islam yang tidak menyokong parti pemerintah di Sarawak. Apatahlagi Ketua Menteri sendiri telah memberi jaminan bahawa beliau akan berundur selepas Pilihanraya Negeri ini. Cakap-cakap politik mengatakan, terdapat tiga tokoh pemimpin Melayu-Islam yang akan menggantikan beliau. Namun begitu, jika Parti Pemerintah kalah dan jatuh di Sarawak, jawatan Ketua Menteri Sarawak sudah pasti akan kembali disandang oleh bukan Islam.





Tidak hairanlah jika ramai rakan-rakan penulis di Sarawak yang memberikan pandangan penglibatan sebuah parti bernamakan Islam dalam Pilihanraya di Negeri ini hanya tidak lebih sebagai pencacai sahaja kepada parti-parti pembangkang lain yang lebih dominan. Dengan hanya bertanding lima buah kerusi dan mengharapkan tuah menang sebuah kerusi, kedudukan parti ini mungkin akan sama seperti apa yang terjadi di Pulau Pinang, mengharapkan ehsan parti-parti lain untuk mendapat jawatan politik seperti Menteri atau Menteri Muda yang belum tentu pun diperolehi. Memandangkan di Pulau Pinang sendiri, Ultra-Kiasu langsung tidak memberi walau sebuah pun jawatan EXCO kepada parti tersebut.

Apa pun, kepada rakan-rakan di Sarawak, penulis mengucapkan selamat mengundi dan jangan lupa menunaikan hak masing-masing. Di sudut hati ini terfikir juga, mampukah Melayu-Islam sebagai Bumiputera akan menjadi Ketua Menteri di Pulau Pinang pada masa akan datang?

13 comments:

  1. Abis tu masa parti cap dacing memerintah, org Melayu ke KM dia?.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Terima kasih kepada komen saudara. Tak pun, semua KM Penang adalah dari Gerakan & skrg DAP.

    Sebab itulah bila saya terfikirkan Sarawak, saya rasa kita perlu ikut strategi mereka. Sebagai minoriti, tak ada gunanya buat parti hanya khas dalam lingkungan komuniti sendiri. So, PAS & UMNO sama2 tak relevan.

    Sama ada semua ahli PAS Penang join PKR, ataupun semua ahli UMNO Penang join Gerakan.

    Just my 5 cent opinion....

    ReplyDelete
  3. jwpn kepada anon 3.46,,

    dlu masa cap dacing memerintah.. takdela kampung kena roboh & kedai kena evicted..

    sekarang ni apa jadi?? yg berkembang di PP bkn ekonomi.. tapi aktiviti clubbing makin menjadi2..

    ReplyDelete
  4. nampak nya posting sdr ini ujud retrospeksi realiti ari ini di p.pinang.
    apa pun rakyat pribumi bumi kenyalang perlu ambik iktibar posting ini meningkatkn lagi seperkatan demi menumpul asakan kaum ultrakiasu.

    ReplyDelete
  5. hapuskan Pakatan syaitan di bumi malaysia ini

    ReplyDelete
  6. orang Sarawak masih sayangkan BN.. Sama seperti orang-orang tua Semenanjung yang sayangkan UMNO.Kalau bagi pada DAP, jadilah seperti PP. dah macam Singapore dah aku tengok. Orang Melayu terpinggir apatah lagi orang India. Hah undilah depa lagi.

    ReplyDelete
  7. Orang Melayu terpinggir di semua tempat terutama dalam bandar.

    ReplyDelete
  8. Samada BN atau pembangkang memerintah orang Melayu tetap terpinggir. Kepada Umno, gunakan kesempatan yang ada ini untuk membela anak bangsa. Jangan selepas satu-satu negeri terlepas ke tangan pembangkang barulah sibuk menyalahkan kerajaan baru tersebut meminggirkan orang Melayu.

    ReplyDelete
  9. Sarawak harus diserah kembali kepada bangsa majoriti iaitu Dayak Iban. Berilah peluang untuk bangsa ini membangun dan menjadi bangsa yang dihormati, dan bukannya miskin dan mundur seperti sekarang. Nak dapat kerja kerajaan persekutuan pun bukan main susah, apa lagi kontrak kerja dan tender kerajaan. Jangan sampai tidak terkawal seperti yang terjadi di antara Dayak & Madura di Kalimantan. Hampir pupus Madura di Kalimantan masa tu. Macam mana perasaan orang Melayu bila bangsa lain nak 'control' dia orang di tanahnya sendiri di Tanah Melayu, mesti marah; begitu juga perasaan orang Dayak bila Melayu UMNO nak 'control' bangsa Dayak di tanahnya sendiri di Sarawak. Renung-renung kan lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila masa sarawak tu milik asal kaum iban sahaja? Habis tu, bidayuh, orang ulu & melanau kau mahu letak di mana?

      Delete
    2. Ada saya bagi statement kata Sarawak tu milik kaum Iban? Saya kata beri peluang bangsa majoriti yang memerintah.. sama seperti di tanah Melayu, sama seperti di Brunei, sama seperti di Singapore.. Sekarang ni seolah-olah bangsa Dayak di Sarawak tidak diiktiraf dan dianggap setinggan di tanah sendiri..Kalau di tanah Melayu semangat kemelayuannya cukup kuat sebab dia anggap dirinya superior, kenapa di Sarawak semangat KeDayakan di anggap racist??

      Delete
    3. sokonglah DAP! Kami merupakan sebuah parti pelbagai kaum yang utama di Malaysia. Kami berjanji akan menjadikan kaum Dayak Iban sebagai kaum terkaya dan termaju sekali di Malaysia hinggakan tak ada seorang pun yang akan miskin lagi.

      Delete
  10. Muhammad Mirza marry Aliya sial

    ReplyDelete