Featured Post

Peringatan Kepada Laman OhMyMedia dan Page-page Hiburan Kaki Copy Paste

Ketika penulis memulakan penulisan di blog kira-kira sembilan tahun yang lalu, ada tiga (3) niat utama yang terlintas di fikiran pen...

Friday, May 27, 2011

Jejak Warisan Siam

Nota : Seorang pengunjung blog ini, Asri Al-Baker, telah tampil menjelaskan dakwaan yang dibuat oleh blogger TheMalayPress semasa pelancaran ekspedisi Jejak Warisan Jawi 2 di dalam blognya. Encik Asri juga telah memaklumkan bahawa “Majma Budaya dan Warisan Jawi” dan ekspedisi "Jejak Warisan Jawi 2" ini tiada kaitan dengan dakwaan yang dibuat oleh anai-anai. Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas penjelasan beliau dan dengan penuh rendah diri memohon maaf kepada “Majma Budaya dan Warisan Jawi” dan peserta ekspedisi "Jejak Warisan Jawi 2". Penulis harapkan kedua-dua gerakan ini akan terus maju demi memartabatkan agama, bangsa dan negara kita.


Segala-galanya bermula dengan keinginan untuk menuntut takhta dan mengangkat prestij keluarga sendiri. Takhta atau kuasa bisa membuatkan mata dan hati seseorang menjadi ‘buta’. Penulis yang banyak mengkaji mengenai kewujudan sejarah kerajaan di seluruh Nusantara khususnya Kerajaan-kerajaan Melayu sudah lali dengan kes individu tertentu menuntut takhta. Pada pandangan penulis, tak ada banyak beza pun golongan yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Anai-anai’ (sejenis serangga perosak) ini dengan individu yang mengangkat diri mereka sendiri sebagai Sultan Melaka lah, Sultan Sulu lah, siap ada yang tergamak beri gelaran ‘Datuk’ kepada orang lain lagi!

Kewujudan blog sejarahnagarakedah pada awalnya dilihat seolah-olah ikhlas untuk membongkar sejarah negara. Perkara pokok yang penulis bersetuju dengan para penulis blog tersebut adalah banyaknya sejarah negara yang cuba diselindungkan terutamanya sejarah kedatangan Islam ke Nusantara. Itu penulis memang setuju. Nama tokoh besar Islam seperti Syeikh Hussain Jamadil Kubra dan keturunannya yang gigih menyebarkan Islam dan menjadi raja di merata tempat di Nusantara memang tidak dinyatakan langsung dalam buku teks sejarah di sekolah. Sejarahwan negara juga nampaknya sukar untuk menerima fakta bahawa empayar Sriwijaya Mala bermula di tanah semenanjung dan kewujudan Majapahit Barat yang pernah berpusat di pantai timur semenanjung. Mereka lebih senang melihat Sriwijaya dan Majapahit sebagai sejarah Indonesia semata-mata. Malangnya, blog sejarahnagarakedah akhirnya telah tenggelam ke dalam dunia fantasi Siam ciptaan sendiri akibat daripada keghairahan untuk menuntut takhta.

Apa yang dinyatakan oleh blog tersebut hanyalah dakwaan, tidak layak lagi untuk dipanggil sebagai teori pun, apatahlagi fakta. Agak malang pula apabila sebilangan pembaca menganggap apa yang dinyatakan oleh blog tersebut sebagai fakta. Setelah penipuan blog tersebut dibongkar oleh beberapa blogger lain seperti Yadeh (sejarahnagarakedag), Al-Semantani (Melayu Nusantara) dan Srikandi (Mistisfiles), blog tersebut nampaknya tidak lagi ‘laku’. Tetapi para pengikut tegarnya, yang bukanlah berlatarbelakangkan bidang sejarah, terus fanatik untuk memperjuangkan keagungan ‘Siam-Kedah’ yang dicipta oleh blog tersebut. Antaranya, penerbitan digest bulanan ‘Realiti’ (bukan Fantasi?) yang melambakkan kembali dakwaan-dakwaan basi blog sejarahnagarakedah. Biasalah, majalah digest, nak tulis atau dakwa apa pun boleh. Masa pertengahan tahun 90-an dulu, berlambak-lambak majalah digest Melayu ala-ala Mastika diterbitkan, walaupun kebanyakan isi kandungannya sampah semata-mata. Orang yang dakwa datuk dia Hang Tuah pun boleh keluar cerita sampai tiga empat muka surat.

Kini, terdapat pula gerakan bernama “Majma Budaya dan Warisan Jawi” yang melancarkan Ekspedisi Jejak Warisan Jawi 2 secara besar-besaran pada kali ini. (Mungkin malu nak guna nama ‘Melayu’ sebab dulu mereka kata ‘Melayu’ ini ciptaan penjajah British). Maaf, dari awal ekspedisi pertama pun penulis tak berapa ghairah sangat dengan ‘tujuan’ ekspedisi ini yang kononnya hendak membongkar sejarah realiti negara. Melihat kepada senarai destinasi pun dah jelas ianya sangat terpengaruh dengan dakwaan golongan anai-anai ini. Kata empayar Siam-Kedah ini luas, pemimpinnya tahap Maharaja, siap pakai gelaran khalifah, kekuasaan sampai ke Australia lah, Albania lah. Tapi kenapa setiap artikel balik-balik pusing kat area Kedah, Perak, dan selatan segenting Kra sahaja? Kenapa tak ada pun cerita yang menyentuh tentang Kerajaan Ternate (Maluku), Goa (Sulawesi), Banjar (Kalimantan) atau Banten (pulau Jawa) misalnya. Kata empayar Siam-Kedah itu mencakupi seluruh Nusantara?

Lagi satu, seorang lagi blogger yang sentiasa sakit hati kalau komentar blog orang lain lebih banyak dari blog dia. Dah tahu macam itu, kenapa takut hendak open comment blog sendiri? Sebab takut nak berhujah? Salah satu ciri-ciri blog pengikut tegar fahaman sejarah Siam-Kedah seperti theSiampress (melawak aje, theMalaypress) dan kedahcybersyburi adalah mereka akan block atau delete terus komen-komen yang tidak menyenangkan mereka. Mari kita lihat apa komen Megat apabila membaca blog sejarah fantasi ciptaan orang lain yang mencerminkan dirinya sendiri.





Megat Al-Jefri baca blog Asreemoro rasa loya. Orang lain baca blog Megat termuntah terus! Megat nak kutuk penulis? No hal buddy, silakan (^_^) Nak terbitkan satu artikel khas untuk caci maki blog Ibnurusydi pun boleh. Tarak hal punya.





Ini pula kenyataan terbaru dari blog theSiampress bertajuk Ayuthia Adalah Kerajaan Islam Melayu :





Untuk Herman Abdullah, tak ada pun akhbar Utusan Malaysia keluarkan tajuk dan kenyataan macam di atas tu? “Fikir dengan kritis”? Soalan lama penulis pun masih masih tak berjawab-jawab lagi, nak kritis macam mana tu? Pengkaji mana pula yang ‘segan’ nak paparkan namanya sendiri? Pengkaji dalam bidang seni universiti tempatan ka? Kalau betul dakwaan pengkaji bergelar Dr. itu, penulis tak ada masalah. Boleh berikan nama dan nombor telefon pengkaji tersebut kepada penulis, dan penulis sendiri akan menghubunginya untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang dakwaannya tentang ‘fakta terbaru’ itu!





Akhir kata, untuk Herman Abdullah dan Megat Al-Jefri, sila tatap screen di bawah :





Aisehmen, anai-anai tok guru korang yang korang selalu kutip dakwaan fantasi dia tu pun follow blog aku daa.... Nak menyombong lagi ke?

29 comments:

  1. tak abis2 puak siam anai2 neh. kejap mgaku melayu, kejap tukar jadik siam. then sume benda pon disiamkannya. crite lame yg dah basi dok diulang2. bosan!

    ReplyDelete
  2. saya dah buat kajian tentang sejarah siam-kedah ini. ada beberapa fakta yang mungkin masuk akal, tetapi ada juga yang pelik...

    contoh :
    Portugis datang ke Melaka adalah Islam dan dikenali sebagai Bugis. Pelik??? Memangla Orang Bugis ni putih, tetapi setahu saya orang Bugis ni dari Makasar, dan Portugis yang datang ni terang-terang Kristian.

    ReplyDelete
  3. Ye la,dia tak nak paparkan nama Dr. itu (saya panggil Dr. Kangkung).Beranila bro...apa takut?Biar saya attack Dr. Kangkung itu kalau benar dia wujud.Dia buat present pun depan beberapa ahli ekspedisi fantasi tu.Buatlah depan ahli sejarah dan pengkaji.Biar senang orang kritik depan-depan.

    ~andatahusiapasaya

    ReplyDelete
  4. To saudara Radin87 : Bugis dan Makasar adalah dua etnik yang berbeza, tetapi kedua2nya dari selatan pulau Sulawesi. Jangan keliru. Macam Kerajaan Gowa tu adalah Makasar, jadik Dato' Sri Najib tu sebenarnya adalah keturunan Makasar, bukan Bugis. Kerajaan Bugis seperti Bone, Soppeng dsb.

    Dakwaan Portugis yang menyerang Melaka tu adalah Islam memang mengarut. Habis tu, kenapa Portugis yang dikatanya Bugis ini bermati-matian menyebarkan dakyah Kristian kepada penduduk Melaka ketika itu?

    To Srikandi : Hehehehe... =) hanya jauhari mengenal manikam.

    Salam hormat,

    IBNU RUSYDI

    ReplyDelete
  5. Hanya ada satu keturunan Portugis Islam sahaja di Nusantara iaitu di Acheh.Walau bagaimanapun mereka bukan tentera Portugis Islam seperti dakwaan Anai-anai. Mereka ialah tentera Portugis Kristian yang ditawan dan kemudian diislamkan. Ikuti petikan dari blog di bawah.

    Rujuk : http://www.ibnuhasyim.com/2010/02/aceh-pesona-mata-biru-di-lamno-yang.html
    ---------------------------------------------
    "Bekas Kerajaan Daya ini terdapat beberapa desa.. Apa bekasnya? Kesan penduduknya hingga kini bermata biru.. Berkulit putih.. berambut pirang, hidung mancung dengan tubuh profil Eropah. Mereka adalah warga asli Lamno yang menurut sejarah adalah keturunan bangsa Portugis." Cerita kawan Din kepada kami.

    "Sebuah kapal perang Portugis yang kalah perang dengan Belanda di Melaka dan Singapura... Dalam pelayarannya dari Singapura ke negaranya telah mengalami kerosakan dan terdampar di daratan Kerajaan Daya, pada abad ke-15. " Sambungnya. "Raja Daya tidak mahu biarkan kapal itu lari atau bersembunyi tanpa izin di daratan buminya. Tentera Daya menembak kapal itu dengan meriam-merian besar hingga tenggelam!"

    Menurutnya lagi, semua awak kapal dan tentara Portugis itu menyerah diri, minta perlindungan darinya sehingga datangnya bantuan kapal Portugis dari negerinya menjemput mereka. Mereka disimpan dalam suatu kawasan berpagar tinggi. Mereka terus menunggu bantuan dan pertolongan dari ibu negaranya hari ke hari tetapi tidak kunjung datang. Akhirnya mereka menyerah bukan sahaja kepada Raja Daya, tetapi juga menyerah diri kepada Allah SWT dengan menyatakan masuk agama Islam.

    Begitulah, Islam tidak membiarkan penghambaan dan tawanan sesama manusia, maka mereka pun dibebaskan. Bahkan diajar pula berdiri sendiri. Diajar bertani, diajar bahasa, adat istiadat dan kebudayaan Aceh, dan belajar menjadi orang Aceh. Maka jadilah mereka penduduk Aceh hingga sekarang.
    -----------------------------------------------

    Anai-anai dan bloger Siam mencipta sejarah 'rekaan' untuk menggelapkan kebenaran yang telah ditutup oleh pihak British. Satu kesinambungan penjajah.

    ReplyDelete
  6. I like this quote :

    "Megat Al-Jefri baca blog Asreemoro rasa loya. Orang lain baca blog Megat termuntah terus!"

    KAH KAH KAH!!!!

    ReplyDelete
  7. Baguih artikel kali ni tuan. Teruskan usaha menyedarkan mereka ini. buat ~andatahusiapasaya rasanya saya tahu siapa anda :)

    ReplyDelete
  8. Saya ada hantar komen pada Megat Jefri tu kat Malaypress sebab tag nama saya (diubahsuai kepada 'makcik srikandi manjalara')di artikel terbaru tu.Herman Malaypress tak lepaskan komen saya...hai takut ke?Apasal takut dikritik?Berani macam sayalah.Buat malu kaum lelaki jer sampai delete2 komen ni.

    ;)

    Mungkin Megat Jefri yang tak bagi lepas sebab saya dah tau latarbelakang dia.

    ~andatahusiapasaya

    ReplyDelete
  9. dakwaan mereka ttg Portugis Islam tu sememangnya tak berasas. saya suka tgk perbandingan yg simple je.. kita ambil contoh keturunan Portugis peranakan di Melaka, kenapa ramai lagi dikalangan mereka yg masih lagi beragama Kristian, kalau betul la nenek moyang mereka dahulunya Islam yang tinggal di sebuah negara Islam?? Apakah mereka ini murtad beramai-ramai?? Apa yang didakwa kumpulan pro-Siam ni hanyalah semata-mata untuk membuatkan kita percaya Portugis dahulunya adalah hamba kepada Siam ciptaan mereka... mereka tidak dapat terima hakikat orang melayu pernah dijajah. malah mereka juga tidak mahu menerima hakikat orang Melayu ini dahulunya bukannya Islam. Mereka sepertimana golongan ahli politik yg cuba menggunakan agama sebagai medan perjuangan mereka. lebih teruk lagi apabila semuanya cuba disiamkan.

    Saya telah meneliti tulisan blog megat al-jefri dan sejarahnagarakedah. mereka kata seluruh pemerintah semenanjung melaka adalah dari keturunan mereka (saya ambil rujukan kecil saja. kalau yg kecil pon x betul, apatah lagi yg besar). tetapi malangnya, saya tidak ketemui hatta 1 pon hubungkait seperti mana yg mereka reka. malah kisah kekuasaan keturunan merong di kedah juga ternyata berbeza. apatah lagi hendak dikaitkan dengan Acheh, Hang Tuah dan sebagainya. ternyata fantasi mereka ini cukup hebat. boleh buat drama cereka bersiri terpanjang.

    Saya juga meneliti surat tuntutan mereka. ternyata didalam surat tuntutan mereka itu menyimpang dari apa yg mereka selalu dakwa dalam blog. Mereka membuat rujukan dari risalah sejarah melayu tulisan tun sri lanang yang pada hemat mereka adalah tulisan dari pengkhianat Siam ciptaan mereka. Mereka merujuk kepada Melayu dan bukannya Siam sebagaimana yg mereka selalu laungkan. Apa kejadahnya dalam blog cerita lain, dalam surat tuntutan cerita lain. lidah bercabang betul la spesis ni.

    saya sendiri sebagai salah seorang keturunan sultan kedah ketika bersemayam di Kota Seputeh, Kodiang amat malu dengan dakwaan mereka kerana ia secara peribadinya melibatkan diri saya dan keluarga juga tetapi buat apa nak dilayan, biarkan saja mereka berkokok. lama-lama diam juga.

    ReplyDelete
  10. salam ibnu rusydi,

    perihal anai-anai, megat aljefri dan seangkatan dengannya sememangnya telah lama saya ikuti. ada perkara yg saya setuju dan ada perkara yg tidak saya setuju.

    apa yg saya ragukan ialah konsistensi mereka. lihat saja pada gelaran yg mereka gunakan kepada raja-raja agung mereka. sekejap sultan, sekejap maharaja, sekejap pula menjadi yamtuan, sekejapan lagi menjadi yang di pertuan.

    kalau anai-anai dia lebih gemar menonjolkan siamnya hinggakan semuanya disiamkan. ada raja siam islam monggol, ada raja siam islam funan, portugis islam, dan sebagainya. lebih ketara nama tempat dan beberapa perkataan disiamkan. ini bertujuan untuk menonjolkan siamnya.

    megat pula dengan karakter ahlul-bait (rasanya dia sendiri terpengaruh dengan beberapa bahan bacaan mengenai kebangkitan Islam dari nasab Rasulullah). semunya ingin di ahlulbaitkan tanpa meneliti prioriti terhadap sesuatu. main tibai je la senang kata. dia lebih selesa mengkafirkan individu tertentu. peribadi biasa bg golongan PAS. tp dimana kiblat politik megat ini saya tak pasti. Yang penting dia lebih selesa mengkapir dan meyahudikan seseorang bagi menonjolkan ahlulbait dari keturunan dia.

    the malaypress pula lebih bertoleransi... dia lebih selesa dengna bicara melayu tetapi dalam beberapa hal, terselit juga ideologi siam anai-anai.

    oleh kerana tiadanya konsistensi dan chemistry sesama mereka inilah yg saya rasakan dakwaan mereka lebih terarah kepada fantasi. mungkin apa yg mereka katakan ada betulnya tetapi oleh kerana mungkin berlaku penambahan dan pengurangan mengikut acuan idea masing2, ianya kelihatan berlopak dan kabur. apa yg semakin jelas adalah mereka ingin mendapatkan takhta Yang Di-Pertuan Agung. apa yg bagusnya jadi Agung ni saya pon tak tahu. yang saya tahu surat tuntutan yang dihantar kepada sultan kedah dan perdana menteri serta merta terjelopok kedalam bakul sampah.

    ReplyDelete
  11. ADIK,BERAPA RIBU PUAK MANJALARA BAYAR KEPADA ADIK,ADIK BOLEH BUAT DUITLA...ANUAR TOLONG BAYAR KOT....DULU DIAM JER...DAPAT LEBIH MULA SERANG LEBIH LEBIH....TAK MENGAPA MINTA LEBIH...SEBAB TANAH DIAORANG PERAID HAK ORANG LAIN BUBUH NAMA MEREKA...CONTOH TANAH DI KAWASAN YAN...RAMPAS HAK ORANG LAIN BUBUH KAT MANJALARA....SAMA BEZA MAKAN DUIT HARAM TOTO MAGNUM....MAKAN MAKAN RUSHDI ,BIAR PERUT BUNCIT....KALAU KENA SAMAN TRAFIK,SURUH ANNUAR SETTLE K....NAK ENJOY NGAN PUAK MANJALARA ,DEPA PUN ADA BETINA YANG MEROKOK,BOLEH AJAK DISCO...AKU KENAL MEREKA DAN ENGKAU LA....

    ReplyDelete
  12. ASSALAMUALAIKUM..TENGKU KASSIM MANJALARA.INGAT TAK LAGI PADAKU,DAHULU SEMASA NAI DIN PERNAH KAMU TUMPANGKAN KETIKA SAYA BERDIRI DI TEPI JALAN MENUNGGU BAS SEKOLAH,KAMU BERHENTI DENGAN KEMBARA.KAMU TUMPANGKAN AKU KE SEKOLAH WALAUPUN AKU TIDAK MAHU IKUT KAMU.KAMU BERKATA,CUBA TANYA MAK KAMU SIAPA SAYA..MASA TU SAYA TAK KENAL KAMU,KAMU DISANA ADA 1 RUMAH DIBELAKANG KEDAI KAYU JLN KUALA KEDAH.. BERHAMPIRAN KG SEMATANG..RUPA RUPANYA TOK NENEK KAMULAH YANG TELAH MENGHALAU DAN MEMBUNUH DATUK NENEKKU...AKU AMAT MARAH SEKALI DENGAN KAMU SEHINGGA TIBA BERITA KENDERAAN KAMU TERLIBAT KEMALANGAN DIHADAPAN KILANG RACUN DI BATU 6..ORANG KATA NI,ANAK MENAKAN HALIM..EX CDEN...AKU AMAT SANJUNG PADA KAMU SUATU KETIKA...SEBAB DAHULU AKU TIDAK TAHU....SEKARANG MINTA MAAF...WARIS KAMU ADALAH MUSUH KAMI SELAMANYA...

    ReplyDelete
  13. to Srikandi : biasalah, blog TheSiamPress tu.. =) tagline blog dia 'Fikir Dengan Kritis'. Apabendanya kritis tu? Kritis tu maksudnya sila delete komen2 yang anda tak boleh jawab ke? =)

    to Wan Zahir : many thanks for your comment. golongan anai2 ni cakap buku Sejarah Melayu tu rekaan penjajah lah, ditulis oleh pengkhianat Siam-Kedah lah, tapi yang peliknya, Herman TheSiamPress tu sanjung sangat pulak buku The Real Malay tulisan Frank Swettenham. =)

    to Anon 1:28 AM : Tak tahulah kalau dengan ijazah pengajian Islam dan dakwah tabligh yang Megat selalu buat tu menyebabkan dia rasa dia sentiasa betul & orang lain jahil. apa yang saya tak suka, dia memandai2 dakwa golongan tertentu sebagai Ahlul-bait tanpa merujuk kepada pihak yang berhak. dia tak sedar ke tindakan dia tu seolah2 mempersendakan junjungan besar kita semua?

    Salam hormat,

    IBNU RUSYDI

    ReplyDelete
  14. yang ni sape pulak la dok crite benda2 neh? ko nak cakap ngan sape neh sebenarnya?

    How can u simply called me 'Adik'? Do u think im younger than you? tetiba pulak cerita pasal Anwar lah, disko lah. nak buat maksiat, pergi buat sorang2. tak ingin aku nak bersubahat.

    pulak dah... ni cerita pasal tengku kasim pulak, nai din lah... cerita accident lah. ko ni nak cerita pasal apa sebenarnya? do you really know who I am? ko ni mental eh?

    Im not interested to involve in your family conflict. its up to you..


    IBNU RUSYDI

    ReplyDelete
  15. shalom,

    1. Ada beberapa perkara yang aku nak jelaskan berkenaan posting ni.

    2. Aku nak jelaskan berkenaan dakwaan Herman Malaypress dalam posting beliau yang terbaru berkenaan ekspedisi Jejak Warisan Jawi 2.

    3. Aku berada dalam majlis pelancaran tersebut. Aku bukan ahli ekspedisi. Aku adalah seorang Melayu uang meminati sejarah bangsaku.

    4. Disini lebihkurang :
    - Presentation oleh Dr. tersebut bukan tertutup, ia telah diwar-warkan kepada orang ramai. Tetapi kehadiran orang ramai mendukacitakan. Sebab itulah ia hanya didengar oleh peserta ekspedisi sahaja. Bukan seorang, tetapi 2 org professor yg hadir dan membentangkan serba sedikit mengenai kajian mereka.
    - Herman hanya mengambil "quote" dan publish kata-kata professor tersebut yang selari dengan fahaman dia yang taksub itu.
    - Professor tersebut juga menyatakan kepada Herman bahawa dakwaan Anai-anai tidak berasas kerana hanya bersandarkan wasiat dan tiada fakta serta bukti ilmiah (tidak disebut pun oleh Herman dalam blognya).
    - Professor itu juga menyatakan bahawa beliau telah mencuba untuk menghubungi dan berjumpa dengan Anai-anai tetapi Anai-anai mengelak. Disini, Herman cuba menelefon Anai-anai dan mengajak Prof tersebut untuk berdebat. (kelakuan yg sgt tidak professional).
    - Kajian yang dijalankan oleh prof ini dan rakan-rakannya dari universiti-universiti seluruh Malaysia, adalah untuk menjawab satu kenyataan dr Singapura mengenai "bangsa Melayu itu tidak Wujud".
    - Prof dan rakan-rakannya menjalankan kajian dan mendapati bahawa Melayu telah wujud, lama sebelum Jepun, Cina, dan sebagainya. Ia akan dibukukan dan dijilidkan.
    - antara kandungan kajian tersebut ialah kajian carbon-dating serta DNA, yang dibuat oleh HuGO, mengenai DNA manusia serta DNA lain seperti DNA padi, yang menunjukkan DNA padi di Malaysia lebih tua dari DNA padi Siam, Jepun dan sebagainya.

    5. Aku juga nak menyatakan disini bahawa Majma, dan projek JWJ2 tiada kena mengena dgn teori Siam Anai-anai. Ramai yang mengikuti ekspedisi tersebut yg terdiri dari pengkaji sejarah bebas dan tidak terpengaruh dengan teori tersebut.

    6. Banyak lagi yang aku nak tulis tapi takpelah. Aku rasa terpanggil untuk berkongsi kerana kelihatan Saudara Ibnu Rusydi hentam kromo mengenai usaha JWJ2 disini tanpa usul periksa.

    yang ikhlas,

    Asri al-Baker
    +60.16.900.3747

    ReplyDelete
  16. to saudara Asri Al-Baker,

    Many thanks for your info. Tak ada masalah, saya bukan maksum, dan tak akan membuta tuli mempertahankan sesuatu yang batil. Jika ada kenyataan saya sebelum ini termasuklah artikel ini mungkin jelas tersilap atau salah faham, saya secara terbuka dan rendah diri meminta maaf kepada pihak saudara.

    Tahun lepas, saya banyak ikuti siri JWJ yang dipaparkan di dalam Berita Minggu, dan ada juga sesekali cerita dikeluarkan dalam digest Realiti. Dan banyak tulisan yang dipaparkan dinyatakan berkaitan dengan dakwaan anai2. Itu yang menyebabkan saya agak skeptikal dgn JWJ siri 2 ini.

    Jika benar JWJ siri 2 ini tidak berkaitan dengan fahaman karut anai2 ini, saya harap pihak saudara dan JWJ pantas bertindak untuk membidas pihak2 berkepentingan seperti Herman Abdullah @ TheMalayPress yang menggunakan JWJ siri 2 ini untuk kepentingan sendiri termasuk memutarbelitkan fakta gerakan ini.

    Saya gembira untuk memberi kerjasama, dan tiada masalah untuk membantu mempromosi JWJ di blog saya pada masa akan datang. Kerana akhirnya, niat saya dan anda sama sahaja, untuk sama2 membongkar rahsia sebenar bangsa kita, dan membangkitkan kembali kekuatan demi agama Islam, bangsa dan negara Malaysia tercinta ini.

    Salam hormat,

    IBNU RUSYDI

    ReplyDelete
  17. Sdr Ibnu Rusydi,

    1. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membalas komen aku. Tidak perlu saudara memohon ma'af sebenarnya kerana seperti yang saudara nyatakan, niat kita adalah sama :-)

    2. Begini saudara, usaha JWJ bukanlah mudah, kerana tiada sokongan dari masyarakat dalam segala segi. Kewangan, spiritual, logistik, semuanya bukan mudah. Untuk itu, JWJ mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk menyumbang bersama. Dalam hal ini, terutamanya untuk membuka mata masyarakat, tidak banyak pendedahan yang telah berjaya dilakukan dalam JWJ1 kerana tiada lidah rasmi atau media rasmi.

    3. Disitulah apabila majalah Realiti tampil, dan bekerjasama, hanya cerita atau isi yang berkaitan dengan ideologi mereka sahaja yang ditampilkan.

    4. Dalam JWJ2, pihak pengurusan telah mengambil langkah lebih berhati-hati dan ada usaha serta sokongan dari pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) untuk membantu. Kali ini, JWJ2 turut membawa media rasmi serta media jemputan yang lebih professional.

    5. Berkenaan dengan lokasi/destinasi yang saudara katakan mengikut ataupun mengambil acuan teori Siam Anai-anai, begini yang saya boleh nyatakan : Untuk mengkaji Melayu, tidak dapat tidak, Indo China memanglah antara tempatnya. Kajian tidak akan lengkap tanpa lokasi-lokasi tersebut.

    6. JWJ2 juga mengambil kira pendapat dan saranan dari golongan cendikiawan yang telah memberikan sokongan padu bagi mencerahkan umat Melayu berkenaan sejarah kita. Bukan untuk memenuhi agenda atau kepentingan mana-mana pihak.

    7. Untuk memastikan JWJ2 dapat dijadikan satu rujukan, pihak JWJ2 membawa krew-krew rakaman professional supaya perjalanan dan penemuan dapat didokumentasikan. Bukan sahaja untuk rujukan, tetapi supaya dapat menjelaskan apa sebenarnya JWJ dan juga untuk menangkis pendapat-pendapat piak-pihak lain. Ini akan dijalankan apabila ekspedisi ini selesai kelak. Insya Allah.

    ikhlas

    Asri al-Baker

    ReplyDelete
  18. Terima kasih atas maklumbalas saudara.

    "- Kajian yang dijalankan oleh prof ini dan rakan-rakannya dari universiti-universiti seluruh Malaysia, adalah untuk menjawab satu kenyataan dr Singapura mengenai "bangsa Melayu itu tidak Wujud."

    Adakah yang dinyatakan oleh saudara di atas ini ada berkaitan dengan buku 'Contesting Malayness' yang dikeluarkan oleh NUS?

    saya juga berharap selepas ini golongan anai-anai khususnya Herman Abdullah @ The'Siam'Press tidak akan memandai2 menjual nama Majma' dan JWJ untuk kepentingan ideologi sesatnya, sama ada di dalam blognya mahupun dalam digest 'Fantasi'nya.

    Tentang senarai destinasi, saya maklum tentang sejarah silam Melayu di Indochina. Salah faham mungkin timbul kerana puak anai2 terlalu mewarwarkan lawatan ke Ayutthaya.. =)

    Akhir kata, jika ada makluman menarik yang ingin dikongsikan dalam lawatan tersebut, harap tidak ragu2 untuk maklumkan kepada saya. Boleh dipertimbangkan untuk dikongsi bersama dalam blog ini (^_^)

    Salam hormat,

    IBNU RUSYDI

    ReplyDelete
  19. 1. Ya.

    2. Tepat sekali. "Contesting Malayness" :-)

    3. Insya Allah :-)

    4. Kebanyakan pihak meletakkan banyak sempadan terhadap kajian sejarah Melayu. Ada yang meletakkan sempadan geografi, ada yang meletakkan sempadan agama, ada yang meletakkan sempadan bahasa.

    5. Walhal, jika ingin mengetahui kebenaran Melayu, tiada sempadan sebenarnya.

    6. Tetapi sejarah telah ditulis oleh mereka yang menang (History was written by the victor). Nenek moyang dan saudara mara kita terlalu ramai yang dibunuh. Bayangkan, sewaktu kedatangan penjarah Eropah ke benua Amerika selatan, lebih 16 juta penduduknya dibunuh habis begitu sahaja. Mereka ini adalah juga termasuk dalam bangsa kita sebenarnya. Etnic cleansing dalam sejarah kita amat sedih untuk dibicarakan. Itu belum bukak cerita yang di Kuala Lumpur...

    Wallahu A'alam

    Asri al-Baker

    ReplyDelete
  20. Apa cerita ini Encik Herman?Nampak tak profesional kalau ikutkan cerita dari Encik Asri ini...hai...
    Kenapa suka menipu dan putarbelit cerita?Saya benar-benar hairan.Takkanlah nak kejar dunia bangkai ni sampai 'downgrade'kan kredibiliti sendiri?

    Berani kerana benar,takut kerana salah.

    :D


    ~andatahusiapasaya

    ReplyDelete
  21. "peribadi biasa bg golongan PAS. tp dimana kiblat politik megat ini saya tak pasti. "

    Ada kiblat rupanya politik ni.. sembah politik yer? hahaha

    yer saya tahu awk akn ckp itu kiasan.. haha

    ReplyDelete
  22. tak sangka pula Herman TheMalayPress tergamak memutarbelitkan artikel sampai nampak Prof. tu seolah2 menyebelahi dakwaan anai-anai.

    Anyway, Srikandi tak terlibat ke dgn kumpulan lecturer yang nak menangkis dakwaan buku contesting malayness tu? =)

    IBNU RUSYDI

    ReplyDelete
  23. Saya ada teori saya sendiri mengenai Srikandi ni kerana melalui rakan-rakan di beberapa IPTA tempatan, seperti UM, UIA dan UiTM, saya dapat menghubungkan beberapa titik...

    Tetapi ini hanya teori. Yang sebenar-benarnya, Hanya Allah dan Srikandi sendiri yang tahu.

    Kata kuncinya adalah... bunga... :-)

    Kan Srikandi kan?...

    Asri al-Baker

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum

    terima kasih kepada rakan2 sejarawan dan sejarawati, sdr ibu rusydi, cik srikandi n d gang kerana memberi input yg sgt berguna dikala minda kita, sejarah kita serta jati diri kita diserang bertubi2 dr dalam dan luar negara.
    isu siam belum habis lagi sudah timbul isu contesting malayness pula.
    dari sudut positif, ia amat 'sihat' dan diperlukan utk mengetuk2 pintu minda kita ttg kenapa 'tiba-tiba' org sebuk berkata dan mempertikaikan ttg bangsa kita.
    Allah SWT jadikan sst itu ada hikmah tersendiri.
    'leteran' srikandi yg 'panjang berjela' secara ringkasnya adalah utk menerangkan makna peribahasa BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA. bahasa melayu sudah pasti dipertuturkan oleh bangsa melayu.titik.

    tapi satu perkara yg saya nak kongsi ialah - hanya petang tadi baru hati kecil saya berdetik dan berkata serta mengiyakan bahawa 'aku ini orang melayu rupa2nya....' he..he..he
    entahlah, agaknya dah terlalu lama sangat hidup dikelilingi oleh bangsa tionghua, maka nya saya hampir terlupa 'root' bangsa saya sendiri. nak cuba tiru kerajinan mereka, tapi tak jugak menjadi sebab rupa2nya bangsa melayu ni ada keistimewaanya tersendiri yg perlu saya cari dan gilap.
    kita pun tak nak hidup rajin macam robot hingga melupakan asal kejadian diri dan kemana kita akan pergi akhirnya.
    orang nampak bangsa melayu ini macam tak wujud sebab disini adalah tanah nenek moyang seperti yg srikandi selalu sebutkan.
    kod rahsianya ialah - disini ia bermula dan disini ia AKAN BERAKHIR. thh giat mencari pewaris nenek moyang yg BAKAL menhancurkan mereka. maka ditakdirkan sejarah dan cerita ttg 'bangsa' melayu itu kabur dan amat mengelirukan.
    teruskan perjuangan kalian!

    ReplyDelete
  25. Asri,good try...

    Tetapi anda tidak akan berjaya jumpa saya.Saya berani jamin.Tetapi kuasa Allah melebihi segaa-galanya,kan?

    :)

    Satu 'clue',saya tidak pernah dedahkan facebook saya.Jadi,jangan gembira terlalu awal :D

    Kawan-kawan saya di IPT pun tidak akan menyangka saya ialah Srikandi.Huhuhu...pandai makan,pandai simpan lah...

    :D


    ~andatahusiapasaya

    ReplyDelete
  26. Salam,
    mohon jasa baik Ibnu Rusydi membenarkan post ini menumpang disini. Kepada sesiapa yang mempunyai akaun facebook, marilah LIKE page ini http://www.facebook.com/pages/Melayu-Islam-Dunia-Konspirasi/215164655181053
    page yang mengumpulkan semua artikel2 yang terbaik.
    terima kasih

    ReplyDelete
  27. Tak ada masalah, terima kasih atas penghargaan saudara Kumpekon... =)

    Salam hormat,

    IBNU RUSYDI

    ReplyDelete
  28. to sah dilayanlah siamese tu.....aku tanya member aku yg berdarah siam pun menafikan tuntuttannya.

    sebabnya keturunan yg ada sekarang dah lama terputus salasilah keturunan bila berlaku peperangan dengan bangsa tai sendiri.apa yang mereka percaya ialah datang dari saki baki bangsa myammar yg lari menyelamatkan diri dari di perangi bangsa tai.bangsa mayammar ni terpecah dua satu yang ada dan terperangkap dengan politik keagamaan myammar sekarang(buddha vs islam) dan satu lagi yng bergelar siam.

    jangan tak percaya orang mayamar pun ramai juga Islamnya.zaman dulu bangsa tai asyik berperang memanjang dengan bangsa mayamar.ada masa tim myammar menang ada masa tai sampai berpecah belah.tu sebab org siam sendiri tercari-cari asal usul diri... ada kata keturunan china,ada kata keturunan Melayu,sanggup kata keturunan Nabi SAW pula.sejak bila orang arab jadi siam ni(sambil kawan siam aku tu ketawa terkekekekek).

    kalau siam ihklas nak cari asal usul, to sah lihat di arah timur tapi carilah arah myammar pasti akan jumpa.tu sebab salasilah asyik terputus bila di kaitkan ke timur.

    keturunan Nabi berhijrah kesini sekitar 700-800 tahun lalu, sebelum dari itu dah ada perdagang Parsi bawa Islam kesini iaitu sekitar 30Hijrah dizaman Syd Osman RA jadi khalifah umat Islam,(fakta ini tercatat olih ahlul bait sendiri)

    nanti kita katakan mereka berasal dari asli myammar marah pula.cuba kaji kebudayaan Hoabinhian,pasti mereka akan jumpa susur galur mereka semula.kebudayaan hoabhinhian ni banyak meninggalkan tanda2 artifak dikawasan sempadan thailand dan myammar.siam tak mungkin dari tai dan siam tak mungkin dari komboja/china (arah timur),yang amat pasti mereka dari mayammar.

    itulah serba sedikit cerita member siam aku tu.yang dia tak setuju ada kumpulan yang sesuka kaitkan dengan ahlul bait.macamlah salasilah keturunan ahlul bait tak terjaga.ada yang nak minta jadi khalifah ganti Agung, macamlah Agung kita tu bukan berdarah ahlul bait.

    semua keturunan Nabi SAW akan berkumpul pada telaga Nabi SAW/telaga Al Haudh....kalau anda klaim sebagai ahlul bait adakah anda sudah berkumpul di telaga itu?...ahlul bait berhijrah kesini tahun berapa,merong mahawangsa dengan hikayat garuda dan mitos jentayunya cerita tahun berapa?

    Kalau merong berasal dari china apa kena mengena dengan kami orang2 Melayu,buat apa kami nak berajakan orang China.nak membangunkan khalifah akhir zaman bukan di Malaysia,pergilah balik ke arab bukan kah itu yang hadis perintah dan ceritakan tu pada panji2 hitam.

    apakah bakal/calon raja yg ingin anda tabalkan sebagai khalifah itu adalah Imam Mahdi? mana mungkin wujud 2 kekhalifahan umat islam...(kalau ikut lojik mereka ,,,satu di arab satu di nusantara pula)

    salam...
    (itulah coloteh member siam aku tadi,dia bangga kalau berasal dari myammar kerana org myammar berasal usul dari raja-raja Islam monggol yg hebat dan datang dari campuran keturunan aryan/asoka)

    wallahualam...semoga bermanfaat.
    ***saja aku kongsikan. :)

    (harap maklum,aku bukan Ibnu Rusydi)

    ReplyDelete