Featured Post

Peringatan Kepada Laman OhMyMedia dan Page-page Hiburan Kaki Copy Paste

Ketika penulis memulakan penulisan di blog kira-kira sembilan tahun yang lalu, ada tiga (3) niat utama yang terlintas di fikiran pen...

Wednesday, August 1, 2012

Mitos Kesamarataan Hak di Singapura


Allahyarham Pak Zubir Said, pencipta lagu rasmi 'Majulah Singapura'. Pada tahun 90-an, terdapat desakan agar lirik lagu ini diubah daripada Bahasa Melayu ke bahasa rasmi yang lain


Tanggal 9 Ogos merupakan Hari Nasional yang akan disambut setiap tahun di Singapura. Pada tarikh tersebut 47 tahun dahulu, Republik tersebut telah ditendang keluar dari negara kita setelah mereka memainkan sentimen perkauman yang hampir memusnahkan negara kita yang ketika itu hanya berusia 2 tahun. Mungkin ramai yang menyalahkan tindakan almarhum Tunku Abdul Rahman, tetapi mungkin ramai juga yang tidak sedar bahawa sejak awal lagi, Tunku keberatan untuk menerima Singapura ke dalam Malaysia disebabkan nisbah komposisi kaum penduduk pulau itu serta sosio-politiknya yang berbeza dengan semenanjung Tanah Melayu.


Salah seorang individu yang paling beriya-iya untuk menyertai Malaysia adalah Lee Kuan Yew yang juga pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura. Tindakan tersebut dibuat bagi menyelamatkan kerjaya politiknya yang ketika itu sedang menghadapi tentangan hebat daripada Barisan Sosialis. Walau bagaimanapun, setelah diterima menyertai Malaysia, Lee, yang digambarkan oleh Said Zahari yang telah ditahan ISA selama 17 tahun oleh regim PAP, sebagai mempunyai nafsu dan cita-cita yang besar, cuba menjadi hero masyarakat bukan Melayu di Malaysia, terutamanya kaum Cina, dengan menganjurkan konsep Malaysian Malaysia yang kabur tetapi kelihatan cantik pada luarannya. Lee memainkan polemik kononnya berlaku ketidakadilan dan ketiadaan hak sama rata di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.


Sebelum menyertai Malaysia, Lee sebenarnya sedar akan kewujudan hak istimewa orang Melayu dan beliau tidak pernah mempertikaikannya semasa rundingan pembentukan Malaysia. Malahan dalam kenyataan-kenyataan umum yang dibuat sebelum penyertaan Singapura ke dalam Malaysia, Lee malah menegaskan pendiriannya bahawa Pemerintah PAP Singapura yang dipimpinnya bukan sahaja akan patuh tetapi akan mempertahankan Perlembagaan tersebut. Walaubagaimanapun, keadaan sebaliknya berlaku setelah Singapura diterima menyertai Malaysia.


Sepanjang tempoh kekecohan penyatuan Singapura ke dalam Malaysia, Lee telah beberapa kali mencabar kedudukan dan membesar-besarkan soal hak istimewa orang Melayu yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Lee mengaitkan masyarakat Melayu tempatan yang sebahagiannya mempunyai hubungan darah dengan kepulauan lain di nusantara yang kini membentuk Indonesia sebagai pendatang yang setaraf dengan kaum-kaum imigran lain. Di dalam buku Tunku berjudul ‘Looking Back’, Tunku telah memetik beberapa kenyataan dan ucapan Lee yang jelas anti-Melayu. Antaranya ialah ‘tiada satu pun antara tiga kaum utama –Cina, Melayu dan India, yang berhak menuntut adalah lebih pribumi kepada Malaysia berbanding yang lain, kerana menurutnya, semua nenek moyang mereka datang ke Malaysia tidak lebih daripada 1000 tahun’. Ikrar dan janji-janji inilah yang telah dimungkiri oleh Lee yang disifatkan oleh almarhum Tunku sebagai “orang yang tidak boleh dipercayai” dan kemudiannya mengambil keputusan muktamad untuk menyingkirkan Singapura demi menyelamatkan keutuhan Persekutuan Malaysia daripada terjebak ke dalam konflik perkauman.


Selepas Singapura disingkirkan dari Malaysia, peluang kini terbentang luas kepada para pemimpin PAP Singapura untuk membuktikan dan mengimplementasikan dasar ‘Singaporean Singapore’ kepada rakyat mereka berdasarkan falsafah keadilan dan hak sama rata kepada semua terutamanya kepada kaum minoriti sebagaimana yang diperjuangkan semasa mereka masih menyertai Malaysia. Tetapi adakah perkara tersebut benar-benar berlaku? Realitinya setelah mendapat kuasa, Pemerintah Singapura telah menjilat kembali ludah mereka dan secara konsisten menindas hak kaum minoriti Melayu yang juga merupakan pribumi asal Pulau Singapura. Beberapa contoh yang dapat dilihat adalah seperti berikut :


1) Ketenteraan : Masyarakat Melayu Singapura selama hampir 20 tahun secara sengaja telah disisihkan daripada menjalani latihan wajib Khidmat Negara yang bertujuan untuk memberikan latihan ketenteraan kepada belia negara tersebut. Pada awal tahun 1970-an, apabila angkatan tentera British berundur dari Singapura, ramai bekas pekerja Melayu yang berkhidmat dengan angkatan tentera British sukar untuk diterima bekerja di dalam Angkatan Tentera Singapura (SAF). Bagi orang Melayu yang dibenarkan menyertai SAF, menjadi satu rahsia yang diketahui umum bahawa mereka dinafikan hak daripada menyertai ‘Unit Sensitif’ di dalam SAF walaupun mereka memiliki kelayakan tinggi. Malahan Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Singapura pada hari ini, di dalam akhbar Straits Times bertarikh 20 Julai 1987 telah mengesahkan bahawa jawatan tertentu di dalam SAF telah ditutup kepada orang Melayu atas alasan ‘keselamatan negara’ kerana kesetiaan mereka terhadap negara sentiasa diragui oleh Pemerintah Singapura.


Seorang tentera Singapura secara terbuka menyokong Israel di Facebook-nya



2) Kerjaya : Golongan berpendidikan tinggi dan profesional dari etnik minoriti sukar mendapatkan kerja berjawatan tinggi dan kenaikan pangkat walaupun mempunyai kelayakan akademik. Kesukaran yang dihadapi oleh profesional Melayu di Singapura terutamanya ketika mencari kerja di firma Cina tempatan menjadi punca ramai diantara mereka lebih memilih untuk bekerja di dalam syarikat Multinasional Barat. Kajian yang dibuat oleh Dr. Lily Zubaidah Ibrahim telah mendedahkan ramai profesional dari kumpulan minoriti mula mempersoalkan dengan serius tentang apa sebenarnya yang diamalkan dalam konsep berbilang kaum dan meritokrasi yang ideal dalam bidang pekerjaan sebagaimana yang diwar-warkan oleh Pemerintah Singapura.


3) Pendidikan : Sebagaimana kuota penduduk etnik di kawasan perumahan, pelajar Melayu di setiap sekolah sejak tahun 1988 dicadangkan supaya tidak melebihi 25% daripada bilangan pelajar kaum lain bertujuan untuk mengurangkan bilangan pelajar Melayu di sekolah tertentu atas alasan menghina iaitu untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar dan sekolah walaupun tida kajian ilmiah yang terperinci dibuat untuk mewajarkan pelaksanaan dasar kuota tersebut.


Seorang ahli PAP, Jason Neo, memuat naik gambar kanak-kanak tadika Melayu-Islam di Facebook-nya dengan ayat "Bus filled with young ter**rist trainees"



4) Politik : Walaupun hampir 14% penduduk Singapura terdiri daripada masyarakat Melayu dan merupakan kaum kedua terbesar, tetapi jumlah perwakilan masyarakat Melayu di Parlimen Singapura telah menjunam teruk hingga ke tahap 9.8% sahaja pada tahun 1991. Pernah dalam satu masa iaitu dari Bulan Disember 1980 hingga Januari 1985, tidak ada seorang pun Melayu dilantik sebagai Menteri Kabinet, hanya ada seorang Melayu iaitu Dr. Mattar berkhidmat itu pun hanya sebagai pemangku Menteri. Menjelang tahun 1990-an, hanya ada seorang wakil Melayu yang dilantik sebagai Menteri Kabinet Singapura. Sebagaimana di dalam tentera, Menteri Kabinet Melayu juga disisihkan daripada memegang portfolio penting disebalik alasan menghina kononnya mereka kurang berkelayakan. Walaupun Kabinet Singapura mempunyai dua orang Timbalan Perdana Menteri, jawatan tersebut hanya diisi oleh kaum Cina dan India sahaja dan tidak pernah diisi oleh kaum Melayu. (Bayangkan tuntutan Ultra-Kiasu yang mahukan negara kita mempunyai dua jawatan TPM. Siapakah yang mereka mahukan untuk mengisi jawatan TPM-2 itu?).


Di sebalik semua penindasan dan diskriminasi yang telah dilakukan oleh Pemerintah PAP Singapura terhadap masyarakat Melayu tempatan disebabkan tanggapan negatif mengenai tahap kesetiaan mereka terhadap negara, kajian yang dibuat oleh Chew Sock Foon (1987) telah membuktikan sebaliknya iaitu orang Melayu Singapura yang juga Bumiputera di pulau tersebut adalah masyarakat yang paling patriotik jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain di Singapura. Hasil kajiannya di dalam “Ethnicity and Nationality in Singapore” terbitan Centre for International Studies, Ohio University, mendapati orang Melayu mempunyai tahap jati diri kebangsaan tertinggi (86-98%) berbanding India (85-90%) dan Cina (69-95%), sementara orang Melayu Singapura yang berbangga menjadi rakyat Singapura adalah pada tahap 69-95%, berbanding dengan 54-74% bagi masyarakat Cina.



Fandi Ahmad, pemain lagenda Bola sepak Singapura menjulang Piala Malaysia pada tahun 1994



Apa yang menyedihkan, di negara kita pada hari ini, laungan kesamarataan hak kembali didendangkan oleh para chauvinist yang berselindung di sebalik topeng perjuangan hak asasi manusia. Maka timbullah slogan-slogan dan ideologi seperti ‘Malaysian First, Malay Second’, ‘Middle Malaysia’, ‘Saya Anak Bangsa Malaysia’ dan sebagainya yang kononnya mempelopori gerakan supaya diutamakan kepentingan nasional sementara hak Bumiputera dan Islam perlu diletakkan pada tangga kedua. Anehnya, apabila timbul isu yang menyentuh kepentingan kaum mereka seperti cadangan pengwujudan satu sistem sekolah tunggal bagi menggantikan Sekolah Jenis Kebangsaan, mereka bermatian-matian pula mempertahankan apa yang dipanggil hak kaum mereka dan keperluan untuk menghormati kepelbagaian budaya di Malaysia. Anak-anak muda Melayu yang baru menggenggam ijazah dari Universiti yang diperjuangkan oleh nenek moyang mereka merasakan mereka sudah menjadi terlalu bijak pandai lalu menyertai parti Ultra-Kiasu kononnya kerana tidak mahu dicop sebagai Rasis. Seorang apek yang dahulunya mempersendakan kalimah azan dan meminta orang Melayu pulang ke hutan dan hidup seperti orang Sakai tersengih lebar apabila filem terbaru terbitannya dijayakan oleh puluhan bintang filem Melayu. ‘Peduli apa Islam dihina, janji duit masuk’, mungkin itulah yang ada difikiran para pelakon Melayu ini. Maka tanpa ada rasa bersalah, para pelakon Melayu-Islam ini bersungguh-sungguh membantu mempromosikan filem terbaru apek Rasis tersebut agar orang Melayu menyedekahkan duit demi menjayakan filem tersebut dan menyuruh orang Melayu-Islam supaya berbondong-bondong untuk membuang masa dengan menonton filem tersebut yang akan dilancarkan pada pertengahan bulan Ramadhan yang mulia ini. Maka janganlah ditangisi sekiranya apa yang telah berlaku di Singapura 47 tahun dahulu berulang semula di negara kita.


Lihat juga catatan lama :

Pilihanraya Singapura : Kuasa Politik Pribumi dan Isu Pendatang

48 comments:

  1. One FUCK! for lee kuan yew.
    The stupid,dumbest,pig shit ever....
    lee kuan yew...the great PIG eater!

    ReplyDelete
  2. Benar, hamba sependapat dengan Ibnu Rusydi... Selamat menulis kembali... setelah sekian lama menghilang...

    ReplyDelete
  3. Mendalam maknanya..walaupun saya bersifat neutral bila menyentuh bab politik..kadang2 fakta sebegini yang sering dianggap maklumat klise dan paranoid orang2 Pr kepada orang2 Umno,sebenarnya ada kebenarannya.

    Kafir tak akan pernah rela kepada orang islam..saya tertunggu2 sampai bila Umat Melayu Malaysia boleh bersatu kerana selagi Umat melayu malaysia tidak bersatu selagi itulah saya akan berada di pihak Neutral.

    ReplyDelete
  4. saya bersetuju dgn apa yang tuan katakan..

    tapi bila kita perjuangkan hal ini,penyokong pr akan kata kita nie sobiyah...

    sikap semulajadi bangsa cina,diorang mmg kurang percaya dgn bangsa bukan cina.kesetian cina utk keluarga dan kedua masyarakat cina.....

    malim demam

    ReplyDelete
  5. dgn jd neutral la things will get worst. sama ada bn or pr je skrg ni. aku pun dah disilusioned dgn demokrasi ni buat pertama kali kaum majoriti kena berkorban lg agama bangsa tanah air sbb nk sgt undi kaum2 lain. pilihan sama ada setan atau lautan dlm. memandangkan devil musuh kamu yg paling nyata jd deep BLUE sea jd pilihan aku.

    ReplyDelete
  6. hahaha... lu dah kena kencing awal2 ngan British... Kafir takkan rela membiarkan lu merdeka kalau tak ikut cara dia orang..... so kemerdekaan dah dapat tapi tak semudah itu... semua cara hidup dan perudangan ikut dia org... kekeke... penyambung hayat kafir adalah UMNO... british tau UMNO akan ikut semua perlembagaan dan cara hidup dia org.. cara hidup memisahkan agama dgn kehidupan.. Sultan pegang agama.. PM tandbir negara.. kan dah terpisah tu... kena kencing selamanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habis tu PR boleh jamin ke kita tak akan ikut dah semua WARISAN KAFIR BRITISH ni bila dah memerintah esok?

      Konpius? soal hudud dalam PR pun tungang langgang lagi.

      Delete
    2. "Sebelum menyertai Malaysia, Lee sebenarnya sedar akan kewujudan hak istimewa orang Melayu dan beliau tidak pernah mempertikaikannya semasa rundingan pembentukan Malaysia. Malahan dalam kenyataan-kenyataan umum yang dibuat sebelum penyertaan Singapura ke dalam Malaysia, Lee malah menegaskan pendiriannya bahawa Pemerintah PAP Singapura yang dipimpinnya bukan sahaja akan patuh tetapi akan mempertahankan Perlembagaan tersebut. Walaubagaimanapun, keadaan sebaliknya berlaku setelah Singapura diterima menyertai Malaysia"..

      Perkara sama jg berlaku kat Malaysia.. Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim n Haji Hadi siap tandatangan persefahaman akan pertahankan Perlembagaan skg.. tp tgk lahh apa dah jadi... belum apa2 lagi dah nak guna kalimah ALLAH dalam bible melayu... tuh baru satu hal...

      Delete
    3. Betul tu..malayu skrg ni pentgkan diri..sokong sesuatu sbb nak dptkan hak kepentgan diri sendiri..sume benda nak free..klu xnak bagi xnak undi..sok lusa negara tergadai...satu benda free pon da xdpt masih x sedar agaknya

      Delete
    4. kih kih kih...

      bro, macam mana la melayu tak jadi macam tu...

      kalau melayu tak mintak tak ada satu pemimpin melayu pun yang hingin nak bagi...

      tapi kalau kaum cha...

      tak payah mintak semua pemimpin melayu terhegeh-hegeh nak bagi free.

      Delete
  7. Salam bro,
    lama menghilang?
    selamat kembali berjuang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam,

      Tak menghilang, berehat sekejap dari menulis...

      Delete
  8. Anon 11.19 AM,

    kena kencing selamanya? aku rasa kau tu yg dah terminum..eh bukan terminum tp dah kenyang dengan air kencing DAPIG kot sbb tu dah tak boleh bezakan mana yg hak mana yg batil. Cuba tgk DAPIG kat pulau pinang. apa dia dia buat? Takkan nak kata tugu arak tu photoshop?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, tgk saja pulau pinang..siapa yg majority,melayu kat sana semua brapa kerat ja..yg hanya tinggal di kampung2 pendalaman..tolong la..

      Delete
  9. welcome back


    Penduga Arus

    ReplyDelete
  10. kat malaysia pun org bkn melayu yg berjaya x diberi peluang tp diberikan kpd org melayu shja. dlm islam kata kene ade kesamarataan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas komen saudara.

      Cuma saya nak nyatakan, dalam Islam kena ada Keadilan. Adil dalam Islam adalah meletakkan sesuatu pada yang hak, tak semestinya bermaksud kesamarataan.

      Dalam konteks negara kita, at least Kerajaan kita tak hipokrit dengan dasar yang kita amalkan. Kita terima keadaan realiti sebenar negara kita yang berbilang kaum. Bukannya macam di seberang tambak, dah la orang Melayu-Islam ketinggalan dalam politik, ekonomi & sosial, kena diskriminasi pula lagi. Mana ciri2 meritokrasi yang dilaungkan Pemerintah Singapura?

      Benar, ada peluang yang diberikan kepada Melayu sahaja. Dalam konteks ekonomi, kerana orang kita masih ketinggalan berbanding kaum lain. Positive discrimination bak kata TDM, untuk susun semula jurang ekonomi antara kaum. Itu pun perlahan2 Kerajaan dah tarik balik under GDP.

      Salam hormat,

      Delete
    2. kalo dah tak puas hati kononnya Malaysia ni tak adil... org cina n india yg bukan Islam leh blah dari kepulauan melayu nih.. g balik tanah besar cina atau india... tgk laa apa yg korang akan dapat kat sana...

      aloo...sebelum nak komen.. tgk keadaan sekeliling... pegi ke Cambodia.. amalan beragama tak da paksaan tapi adakah kerajaan BUDDHA CAMBODIA nak biaya bina MASJID utk org ISLAM kat sana??? NO WAY brother... kene carik duit sendiri... tuh pun boleh buat kat pinggir2 bandar jer...
      Tgk laa tokong cina n kuil hindu kat Malaysia ni... bersepah kat tgh bandar...
      Paling best masyarakat hindu kat malaysia nih... mula2 buat kuil kecik kat pokok atau busut... pas tuh makin lama makin besar... pas tuh claim dah berusia ratusan tahun.. owh indahnya hidup korang...dah la hina Islam memanjang.. menipu lagi tuh...

      Delete
    3. Betul tu..klu nak sgat hak kesamarataan tu..ko bole kua la dri malaysia..try minx kat negara lain..ko ingt ko bole dapat..sama dlm malaysia..tok moyang melayu bukak..ko sedap je nak jual kat bangsa lain..masih dikekalkan hak untik kita cucu cicit..supaya..sok lusa anak korang senang...tapi skrg...nuat rusuhan kat tmpat mengundi..jarak 500 meter dri tempat undi dilawan...melawan polis kat situ..so.. orang camni ke yang kita harapkan jadi puak kepimpinan baru...orang yang bergerak secara agresif...mgkin suda lama membangkang...jd lupa bersifat positive

      Delete
  11. Islam la sgt ko tu anonymous

    ReplyDelete
  12. sesungguhnya rakyat malaysia masih beruntung....kalo dilihat di negara china,anak kena seorang sahaja,sewa rumah sampai berpuluh ribu,anak baru 6bulan dah x bleh pakai pampers..artis singapura dtg malaysia cari makan...nampak sgt,kalau dah darah kominis,tetap kominis!!!!!!!!!!!bangkit la bangsa ku...betapa untungnya kamu di bumi bertuah MALAYSIA ini??!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sokong anda.. marilah kita bersama-sama pertahankan benteng terakhir Negara Melayu ini.. kerana melayulah semua bangsa dapat hidup harmoni disini... Sinonim dengan melayu itu islam dan agama rasmi Negara.. berkat doa orang2 alim dan kebangkitan sekolah2 ugama dan pondok diserata pelusuk membuktikan.. sesuatu janji akan bangkitan semangat alter bangsa melayu..

      Delete
  13. Assalamu`alaikum.

    Bagus sekali kajian Pak Cik ni, betul-betul kajian yang nyata dan tak terbantahkan.

    Teruskan perjuangan ni, Pak Cik. Saya mendukung dengan sepenuh hati.

    Salam...

    ReplyDelete
  14. isu dan polemik yg sama......dikatakan berlaku di malaysia, dan dilakukan oleh kerajaan melayu malaysia terhadap cina dan india > adakah ianya benar....sejauh itu juga kebenaran itu pada artikel ini

    ReplyDelete
  15. aku dok pi singapore dah 2 3 kali pon dok tgk ok ja..aku bleh ckp imigresen majoriti melayu..polis lebey kurang ja melayu n cina..tu sektor gomen..dlm sektor swasta plak..medic side byk melayu dari India n Cina..ni hospital private tau..

    nak buat mcm mana melayu singapore suka cina perintah..dan mereka selesa diberikan keutamaan apabila melibatkan sesetengah isu seperti tanah..UMNO pernah tanding di kawasan majority melayu..tapi dibelasah teruk oleh org melayu jugak..UMNO yg memulakan krisis setelah perjanjian dicapai..patut x dak sapa langgar kawasan sapa..tapi UMNO yg memulakan dulu..

    Jd sapa yg memungkiri janji dulu..bagi aku kedudukan melayu singapore dari dulu smpi la sama ja..cuma yes aku akui..kekuatan politik yg makin megendur..sebabnya melayu singapore itu sendiri..mereka begitu selesa dan bangga menjadi singaporean...

    Cuma satu permasalahan sebenar melayu singapore yg tidak dihighlightkan ialah agama dan jati diri..habeh..hancus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas pandangan,

      Ya, saya tak nafikan pasukan polis Singapore ramai orang Melayu yang join. Time saya balik kampung (bandar?) pun, banyak juga Melayu yang jaga imigresen masa nak masuk Singapore. Tapi cuba saudara check, berapa ramai Melayu yang berjaya menjawat jawatan tinggi dalam Pasukan Polis atau Imigresen Singapura walaupun ada kelayakan?

      Saya tak berapa setuju saudara kata Melayu Singapore suka Cina memerintah. Boleh saudara jelaskan dimana Pemerintah Singapura bagi keutamaan kepada Melayu dalam isu tanah? Yup, UMNO kalah teruk masa join dengan Singapore Alliance dalam election sekitar tahun 1960-an di kawasan majoriti Melayu sprt Geylang. Strategi Lee Kuan Yew masa tu adalah tunjukkan konon2 pro-Melayu dengan perbanyakkan calon bangsa Melayu dari PAP. Tapi bila dah berkuasa? Sendiri tengoklah...

      Anyway, PAP pun sama langgar janji dengan bertanding di Malaya, tapi hanya menang satu kerusi. 2X5... Tapi pewarisnya DAP sampai sekarang hidup subur di negara kita sedangkan PKMS di Singapura dah jadi mayat hidup, hidup segan mati tak mahu...

      Tidakkah saudara sedar agama & jati diri Melayu di Singapura makin luntur adalah disebabkan Pemerintah Singapura menekan habis-habisan mereka dari segi politik, ekonomi & sosial masyarakat Melayu? Dulu pernah ada seorang calon Melayu pembangkang di Singapura ucap 'Insya Allah' dalam kempennya, terus dituduh ekstrimist...

      Delete
    2. sy tak berapa setuju dgn pandangan ini. yg dinampakkan ramainyer jer. tapi jawatan eksekutif atau tertinggi spt pengarah, memang tak ada. Dlm army pun sama, paling tinggi pangkat major cabuk. dalam polis takyah citer.

      kalo student nak pegi overseas dulu, visa utk anak2 melayu setiap 6bulan kena balik, alasan kena national service, tapi utk cina singapore, boleh sampai habiskan dulu blaja.

      banyak tekanan dilakukan kpd org melayu spore tapi mereka tak ada media utk paparkan kpd umum.

      Perniagaan pun begitu, mereka akan buat sedaya upaya sehingga org melayu go bust atau dikenakan cukai yg tak masuk akal dan kalo tak bayar tax, kena masuk penjara.

      im not biased, its a known fact.

      Delete
  16. Saya 95% setuju dengan artikel yang ditulis oleh Tuan Ibnu Rusyd ini. Secara tak nampak, Melayu Singapura ditindas dan diketepikan. Memang benar, jawatan tinggi dalam kerajaan dan sektor2 yg menjadi aset negara tidak dijawat oleh orang Melayu kita walaupun ada yang berpendidikan lebih baik dari bangsa lain. Adakalanya, saya merasa marah dan geram memikirkan keadaan ini, tetapi bila difikir semula, saya berasa syukur juga. Mungkin kerana ini, masyarakat Melayu di Singapura boleh dikatakan sangat bersatu. Bila ada isu yang menghina Melayu atau Islam, masyarakat Melayu secara keseluruhan bersuara agar tindakan yang sewajarnya diambil.

    Kejatuhan PKMS disebabkan internal conflict sesama sendiri. Semua mahukan kuasa, sebab itu mereka bertelingkah dan bergaduh sesama sendiri, akhirnya apa jua niat dan matlamat yang mereka inginkan, terbengkalai begitu saja. PKMS hanya tinggal huruf dan bangunan saja tanpa pemimpin dan hala tuju.

    Kalau dilihat secara keseluruhan, keIslaman masyarakat Singapura masih lagi kuat dan semakin bertambah baik. Para asatizah dan ulama telah memainkan peranan yang penting dan utama dalam mendidik masyarakat secara menyeluruh. Isu azan tidak boleh dilaungkan di luar masjid atau memakai tudung di sekolah sekular adalah satu isu yg kita tidak harus pebesarkan. Masyarakat Islam masih lagi dapat kebebasan mengamalkan Islam tanpa ada halangan. Kita mestilah faham bahawa Singapura bukanlah negera pemerintahan Islam jadi secara semulajadi tidak akan mengikut perundangan atau syariat Islam. Bagi mereka yg inginkan anak mereka agar dapat memakai tudung, bolehlah menghantar anak mereka ke madrasah sepenuh masa. Kita masih diberi pilihan dan apabila sudah tamat peringkat sekolah menengah, boleh buat pilihan sama ada mahu ke kolej (yang masih lagi berpakaian seragam, hanya boleh bertudung sebelum dan selepas waktu sekolah) ataupun politeknik (berpakaian awam dan boleh bertudung sepanjang waktu).

    ReplyDelete
  17. Hampir setahun saya tunggu update dalam blog ni. Teruskan menulis.

    ReplyDelete
  18. Saya setuju dalam banyak perkara dalam tulisan saudara. dan untuk catatan ini, saya mahu tambah sedikit info yang tidak saudara nyatakan. Untuk pengetahuan, Singapura dalam beberapa tahun terakhir telah membenarkan warga Malaysia keturunan Cina menjawat jawatan di sektor awam di negara itu dalam usaha mereka mengekalkan peratusan 80% keturunan Cina di republik itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih diatas perkongsian...

      Delete
  19. saya juga bersetuju dgn pendapat Ibnu Rusydi.

    ReplyDelete
  20. Saya anak kelahiran singapura. Kini rakyat Malaysia. Aruah Bapak Polis pencen Singapura. Pencen hanya RM80 sebulan. Memang dulu orang2 Melayu dalm linkungan 40-45%. Kini dengan kemasukan rakyat PRC dan taiwan atas dasar meritokrasi adalah semata2 untuk mempertahankan pengaruh Cina sebagai majoriti. La ni rakyat merekapun dah bising tak dak kerja. Kalau kaum cina pun tak dak kerja, kaum melayu teruk lagi. Sistem meritokrasi Singapura adalah sistem diskriminasi sistematik untuk PAP dan kaum China.Anon 110pm tu mata buta atau hati buta sebab obses dengan lidah Pembangkang. Yang staf polis dan askar memang ada banyak Melayu tapi bawahan aje. Yang Bos semua China, melayu sebagai bahasa kebangsaan pun tak tahu cakap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Strategi juga sama akan dilakukan oleh DAP jika Pakatan Rakyat yang diteraju oleh DAP dapat memerintah selepas PRU13. Mereka juga saperti PAP Singapura akan membawa masuk seramai Cina dari PRC dan Taiwan untuk meramaikan rakyat bangsa Cina melebihi rakyat bangsa Melayu di Malaysia. Ketika itu mereka tidak perlu lagi sokongan rakan politik bodoh saperti PAS dan PKR untuk memerintah negara secara bersendirian. Dan mereka akan menukar corak pemerintahan negara kepada republik supaya mereka boleh ada Presiden berbangsa Cina. Raja raja Melayu akan dipencenkan sebagaimana terjadi kepada raja raja di India dan Indonesia.

      Delete
  21. Salam tuan,
    Mungkin agak lambat utk mencelah.
    Kami org2 johor dah lama tau melayu singapura tidak diberikan hak yg sepatutnya. Bayangkan kalau askar pangkat mejer hanya layak sbg penjaga stor apatah lagi yg lain2 pangkat.
    Seingat saya dekad 80-an kerap kali kedengaran lagu stand up for singapore lebih byk dinyanyikan berbanding majulah singapura. Sehingga ada desas-desus lagu ini akan ditukar menjadi lagu kebangsaan mereka. Namun ia menjadi rumit sebab terpaksa merungkai semula perlembagaan.
    Tambahan pula kepimpinan lee kuan yew yg penuh arrogant maka beliau memandang jiran serantau sebagai miskin dan tidak membangun. Lee kuan yew berpandangan bahawa utk singapura nmpk maju perlu 20 tahun kehadapan berbanding negara jiran.
    Tapi kene ingat lee kuan yew bukan tuhan ... Masa berlalu negara2 jiran melangkah lebih maju terutama Malaysia di bawah TDM. Sebab itulah hingga skrg lee kuan yew masih memegang jawatan menteri kanan kerana tak percaya kpd pengganti2nya.

    Siapa kata nak menukar perlembagaan mudah? Setakat nak tukar lagu kebangsaan pun tak lepas... Sekurang2nya berpegang la pada rukun iman keenam. Perlembagaan bukankah kontrak sosial yang telah dipersetujui? Bolehke diubah sesuka hati?

    Akhir kalam byk dasar Singapura yg jadi senjata makan tuan. Terutama bab menyekat kelahiran penduduk. So taSalam tuan,
    Mungkin agak lambat utk mencelah.
    Kami org2 johor dah lama tau melayu singapura tidak diberikan hak yg sepatutnya. Bayangkan kalau askar pangkat mejer hanya layak sbg penjaga stor apatah lagi yg lain2 pangkat.
    Seingat saya dekad 80-an kerap kali kedengaran lagu stand up for singapore lebih byk dinyanyikan berbanding majulah singapura. Sehingga ada desas-desus lagu ini akan ditukar menjadi lagu kebangsaan mereka. Namun ia menjadi rumit sebab terpaksa merungkai semula perlembagaan.
    Tambahan pula kepimpinan lee kuan yew yg penuh arrogant maka beliau memandang jiran serantau sebagai miskin dan tidak membangun. Lee kuan yew berpandangan bahawa utk singapura nmpk maju perlu 20 tahun kehadapan berbanding negara jiran.
    Tapi kene ingat lee kuan yew bukan tuhan ... Masa berlalu negara2 jiran melangkah lebih maju terutama Malaysia di bawah TDM. Sebab itulah hingga skrg lee kuan yew masih memegang jawatan menteri kanan kerana tak percaya kpd pengganti2nya.

    Siapa kata nak menukar perlembagaan mudah? Setakat nak tukar lagu kebangsaan pun tak lepas... Sekurang2nya berpegang la pada rukun iman keenam. Perlembagaan bukankah kontrak sosial yang telah dipersetujui? Bolehke diubah sesuka hati?

    Akhir kalam byk dasar Singapura yg jadi senjata makan tuan. Terutama bab menyekat kelahiran penduduk. So tak payahlah nak bangga sangat dengannya. Kekadang apabila bertemu dgn cina singapura yg agak berumur mereka akan berkata ... lebih untung jadi rakyat Malaysia!

    -anak watan johor-

    ReplyDelete
  22. Hak Melayu sebagai pribumi Singapura? Kalau dah ultrakiasu perintah, macam tu juga.

    http://merahsilu.blogspot.com/2011/02/isi-perlembagaan-singapura-yang-bakal.html

    ReplyDelete
  23. 'Military of malaysia'...silalah singgah.
    Santai untuk minda perperangan bani jawi.

    ReplyDelete
  24. Saya rasa sy boleh faham apa perasaan LKY pada org melayu Malaysia waktu tu..kesnya sama seperti sekarang la.Pendatang dari myanmar dan Indonesia diberikan kerakyatan dinegara kita walaupun merka punyai keluarga di seberang..sedangkan banyak penduduk di negara ni dah dok lama tapi xdpt lagi IC dan hak pendatang ni adalah sama dgn bumiputera kerana kesamaan agama iaitu islam sedangkan cina dan India dah lama dok sini pon xdpt status bumiputera. Melayu waktu itu ramai yg dtg dr seberang itu tdak boleh dinafikan. Setiap dari kita bukanlah anak jati tanah ini sebaliknya penghijrah dari tanah luar terutama skali dari negara tetangga Indonesia. Jadi tindakan memberi kerakyatan dan keistimewaan kpd melayu luar ni membuatkan LKY berasa seperti dia dan kerabat golongan 'pendatang' klas rendah..tu la yg buat dia marah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam mana dengan perasaan orang melayu singapura yang ditindas oleh sistem LKY? anda faham tak masalah yang dihadapi mereka?

      tidak semua orang melayu malaysia hari ini berasal dari indonesia. kerajaan2 purba melayu telah wujud sejak sebelum kedatangan islam lagi. nampaknya anda ini membuat kesimpulan umum yang salah kerana tertelan dakyah DAP. dakyah utama DAP ialah memomokkan kononnya semua melayu dia malaysia asal dari indonesia. jangan jadi bodoh dan kaji sejarah semenanjung.

      Delete
  25. Camne pon memang salah tunku sebab gadaikan kedaulatan singapura kat cina.. Patutnya kalu kuan yeuw macam2 sangat masa tu, kita antar je sniper gi tembak kepala dia.

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum..
    saya sokong sokong ibnu rushdi sepenuh hati..
    saya berdoa kepada Allah SWT anda diberi kekuatan menulis kebenaran..
    HIDUP MELAYU ISLAM PRIBUMI!!!

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum..

    "berbeza org yg tahu dan tidak tahu... lebih berbeza orang yang merasa dan tidak merasa.."

    Aku rasa, artikel ni bukan nak menghentam, cuma nak membentang.. bagus kan.

    Macam mana kita nak terima pembentangan ni, terpulanglah, pilihan masing-masing.

    Terima kasih tuan atas artikel ni.

    ReplyDelete
  28. Oleh kerana melemahan politik msia kami rakyat spura terpaksa dipisahkan. Pdhal tunku abd rahman ada kuasa utk menahan lky. Malangnya tunku tdk bijak utk menggunakannya ke atas lky sebagai pengacau keamanan negeri. Lky membuat kami melayu spura seperti anak tiri dibumi sendiri. Janji lky hanya janji konon akan mempertahankan org2 melayu dispura tapi setelah berkuasa dia terus menindas tampa belas. Seharusnya org2 melayu dimsia sambut dan layan org melayu spura sama dg org dimsia. Jgn disamakan dg org2 cina spura utk mendpt sedikit kemudahan yg diberikan pd rakyat msia. Pdhal kalau di ikutkan "The Formation of Malaysia" spura adalah sebahagian rakyat msia sama seperti sabah & serawak. Seandai salah satu negeri tarek diri "The Formation of Msia" tdk sah berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dtg la ke bumi Malaysia bertuah ni mencari rezeki..kami sentiasa berbesar hati menerima kehadiran anda..bnyk dah anak melayu singapura berjaya kat Malaysia ni..salah satunyer Aaron Aziz hehe..

      Delete
  29. Ku hunus keris ke perut babi sebelum ke perut ular senduk.

    ReplyDelete