Featured Post

Peringatan Kepada Laman OhMyMedia dan Page-page Hiburan Kaki Copy Paste

Ketika penulis memulakan penulisan di blog kira-kira sembilan tahun yang lalu, ada tiga (3) niat utama yang terlintas di fikiran pen...

Friday, November 1, 2013

Prestij Darjah Kebesaran Dato’ Johor

Darjah Dato' Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ)


Ketika penulis bersembang dengan beberapa orang rakan baru-baru ini, seorang rakan telah menimbulkan isu berkenaan dengan penganugerahan terlalu banyak Darjah Kebesaran yang membawa gelaran Dato’/Datuk kepada terlalu ramai orang pada masa ini. Penulis dimaklumkan, kesan penganugerahan yang terlalu banyak ini telah menyebabkan masyarakat umum memandang sinis kepada penerima anugerah berkenaan, dengan tempiasnya turut terkena kepada penerima yang benar-benar telah banyak menyumbangkan jasa kepada masyarakat dan negara.

Penulis memberitahu kepada rakan berkenaan, penganugerahan Darjah Kebesaran termasuk yang membawa gelaran Dato’/Datuk adalah hak pemerintah setiap Negeri atas pertimbangan terhadap jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh setiap penerimanya. Justeru itu, penulis tidak berhasrat untuk mengulas panjang mengenai isu berkenaan. Jika dilihat dari sudut sejarah, penggunaan gelaran kebesaran ‘Datuk’ ini telah wujud sejak zaman Kerajaan Srivijaya lagi. Namun begitu, kewujudan Darjah Kebesaran yang membawa gelaran Dato’ telah dimulakan oleh Kesultanan Johor Moden iaitu bermula pada era pemerintahan almarhum Sultan Abu Bakar.

Seperti yang diketahui, almarhum Sultan Abu Bakar bercita-cita untuk memodenkan sistem pentadbiran Negeri Johor Darul Takzim. Justeru itu, baginda banyak mengadakan lawatan ke negara-negara asing. Di dalam lawatan berkenaan, baginda telah menerima banyak anugerah kebesaran dari Ketua-ketua Negara Asing yang dilawatinya. Justeru itu, salah satu sebab mengapa baginda memperkenalkan Darjah Kebesaran di Johor adalah bertujuan untuk membalas pemberian anugerah kebesaran yang telah diterima kepada Ketua-ketua Negara Asing.

Darjah Dato' Paduka Mahkota Johor (DPMJ)

Sehingga kini, anugerah Darjah Kebesaran Negeri Johor telah diiktiraf sebagai anugerah yang tertua dan memiliki prestijnya yang tersendiri. Tidak seperti di Negeri lain, pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Johor yang membawa gelaran Dato’ adalah hak mutlak DYMM Sultan Johor dan secara puratanya, hanya dua atau tiga individu sahaja yang akan dikurniakan Darjah Kebesaran tersebut sewaktu Istiadat Sambutan Ulang Tahun Keputeraan baginda. Walau bagaimanapun, Darjah Kebesaran ini juga turut boleh dikurniakan pada bila-bila masa mengikut perkenan baginda. Pencalonan untuk penerima Darjah Kebesaran ini melalui proses yang amat ketat dan dikurniakan dalam jumlah yang amat terhad. Berikut merupakan maklumat lain yang berkaitan :

1) Darjah Kebesaran Negeri Johor iaitu Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati dan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia telah diperkenalkan pada tahun 1886. Disebabkan itulah, Darjah Kebesaran Negeri ini dianggap paling kanan dan tertua sekali di negara kita. Hanya selepas 30 tahun, barulah Negeri-negeri lain mengikut jejak langkah Negeri Johor dengan memperkenalkan Darjah Kebesaran Negeri masing-masing.

2) Mengikut artikel yang ditulis oleh Allahyarham Hakim Tan Sri Harun Hashim di akhbar New Straits Times pada 24 Ogos 2003, Darjah Kebesaran Dato’ Johor adalah salah satu daripada dua Darjah Kebesaran Dato’ di negara kita (selain Kelantan) yang diiktiraf oleh Court of St. James di England dan setaraf dengan British Knighthood.

3) Rekabentuk Darjah Kebesaran Negeri Johor pada asalnya ditempah daripada Syarikat J.W. Benson, London, pada tahun 1885 sebelum bertukar pula kepada Syarikat Garrard of London pada tahun 1960 sebelum diambil alih sebuah syarikat tempatan. Dan sehingga kini, reka bentuk, ukuran dan warnanya kekal tidak berubah sebagaimana Darjah Kebesaran yang mula ditempah pada tahun 1885 dahulu. Begitu juga dengan reka bentuk dan kandungan surat Watikah yang akan disertakan bersama-sama dengan Darjah Kebesaran yang masih sama sejak tahun 1886.

4) Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia mempunyai tiga pangkat iaitu Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ), Dato’ Paduka Mahkota Johor (DPMJ) dan Setia Mahkota Johor (SMJ). Walau bagaimanapun, hanya penerima pangkat pertama dan kedua sahaja yang berhak memakai gelaran Dato’. Pada asalnya, gelaran Dato’ Sri digunapakai kepada penerima SPMJ pada tahun 1886. Tetapi gelaran ini kemudian tidak lagi digunakan dan hanya dikekalkan gelaran Dato’ kerana almarhum Sultan Abu Bakar tidak mahu membeza-bezakan antara ahli pangkat pertama dan kedua.

5) Hanya penerima Dato’ Johor sahaja satu-satunya di negara kita yang perlu didahului dengan panggilan Yang Berhormat, tidak seperti penerima anugerah Dato’ lain yang didahului dengan panggilan Yang Berbahagia atau Yang Hormat (bagi Negeri Pahang). Panggilan Yang Berhormat Dato’ ini perlu disebut sepenuhnya di dalam majlis rasmi dan tidak boleh disingkatkan menjadi YB bagi membezakannya dengan panggilan Yang Berhormat (YB) bagi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

6) Mulai 30 Mac 1986, ahli-ahli wanita yang menerima SPMJ dan DPMJ akan memakai gelaran Datin Paduka dan tidak lagi gelaran Dato’. Perkara ini adalah selari dengan protokol di Britain yang mana wanita yang menerima Darjah Kebesaran tidak memakai gelaran ‘Sir’ tetapi bergelar ‘Dame’. Negeri Selangor juga mempunyai protokol yang sama iaitu penerima Darjah Bergelar bagi wanita memakai gelaran Datin Paduka dan bukannya Dato’.

7) Di Negeri Johor, isteri kepada suami yang bergelar Dato’ tidak boleh mamakai gelaran Datin dihadapan namanya kerana mengikut protokol di Johor, hanya suaminya sahaja yang menerima Darjah Kebesaran dan gelaran tersebut. Isteri seorang Dato’ di Johor perlu dipanggil dengan gelaran Datin Dato’ ...(nama suaminya)....

8) Menurut maklumat yang diterima penulis, selain daripada Kerabat Diraja Johor, hanya individu yang berumur lebih daripada 40 tahun dan ke atas sahaja boleh dipertimbangkan untuk menerima Darjah Kebesaran yang membawa gelaran Dato’. Sekiranya individu tersebut berumur di bawah 40 tahun, beliau hanya boleh dikurniakan SMJ.


Setia Mahkota Johor (SMJ)

 
9) Sekiranya bakal penerima Darjah Kebesaran di Johor merupakan seorang yang beragama Islam, beliau dikehendaki menyempurnakan solat sunat dua rakaat dan mengangkat sumpah Syarie di hadapan Mufti dan disaksikan oleh dua orang Ahli Penasihat Jumaah Majlis Diraja. Sumpah Syarie yang dilafazkan mengandungi ikrar taat setia kepada perintah-perintah Allah SWT dan taat setia kepada Raja dan kerajaan.

10) Mengikut Fasal 13 Undang-undang dan Peraturan Darjah, DYMM Sultan Johor berhak memecat Ahli Darjah (Dato’) sekiranya didapati menderhaka atau membuat kesalahan yang mendatangkan sifat kehinaan kepada orang baik-baik. Mereka yang ditarik balik gelaran perlu memulangkan semula bintang kebesaran serta surat watikah dan pembatalan mereka sebagai Ahli Darjah akan turut diwartakan. Chua Jui Meng, mantan Menteri Kesihatan adalah antara Ahli Darjah yang telah ditarik balik gelaran Dato’ oleh DYMM Sultan Johor.

Sejak 1886 hingga 2011, jumlah individu yang bergelar Dato’ Johor adalah terlalu kecil iaitu hanya 763 orang. Berbalik kepada isu penganugerahan terlalu banyak Darjah Kebesaran yang membawa gelaran Dato’/Datuk kepada terlalu ramai orang pada masa ini, mungkin wasiat daripada almarhum Sultan Abu Bakar, Raja Melayu pertama yang memperkenalkan Darjah Kebesaran Moden, dan amanat ini turut dicatat di dalam Fasal 53 Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Negeri Johor, boleh dijadikan panduan dan renungan bersama :

“Janganlah diperbuat, dijadi dan diadakan sesuatu Darjah lain dengan sebab semata-mata hendak membanyakkan dan menambahkan bilangan darjah sahaja dengan tidak difikirkan dengan cermat dan baik adakah berguna dan berkehendak dijadikan yang baru kerana banyak bilangan dan terlalu banyak kelihatan dalam Negeri akan menjadikan kurang mutu dan kurang harga semuanya.”

16 comments:

  1. TQ atas artikel. & kepada sesapa yang kemaruk sangat nak title Dato', dijemput beli dari overseas. Ada Dato' dari Sulu, Surakarta & Palembang pun ada.

    Ada aku kesah??

    Nape??? Ko butthurt??!!

    ReplyDelete
  2. keh keh keh...

    Asyik guna nama "anonymous" je...

    Gaya tulisan macam nak bagitau "akulah manusia paling berani seantero malaya"...

    Sekali tengok nick name dia "anonymous"...

    Ceh! Sia-sia terbuang masa berharga aku nampaknya...

    Akupun boleh jadi butthurt sebab ko tak brani guna nama sendiri macam ni!

    ReplyDelete
  3. hahaha!!!! butthurt ko yek? maklumlah kemaruk sangat nak title Dato' kan? Dato' mana yang ko beli? Palembang?? Sulu?? HAHAHAHA!!!!!

    ReplyDelete
  4. Dato pun Mati maa..malaikat maut tak kenal pangkat cukup masa cabut nyawa..

    * Dato cina yg aku pelik camna boleh diaorang dapat gelaran tu,

    ReplyDelete
  5. Malaikat Izrail mmg x mgenal darjat cabut nyawa manusia. Masalahnya ramai yg x ingat mati, sanggup abis berpuluh ribu utk dpt gelaran Datuk. Kan bagus duit tu sedekah buat amal.

    Apa nak heran cina byk dpt Datuk? Tu Datuk Palembang tu pun ramai Cina yg dapat.. Padahal x diiktiraf pun..

    ReplyDelete
  6. tapi sultan johor yg skrg ni berdarah temenggung aka penyamun... bkn berdarah sultan yg asli pun... tp poyo je lebih, terutama tmj yg berlagak & kerek nk mampos

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayoyo...nanti geng mistik pile(fail@file) marah ooo hang kata itu sultan tak asli..ahli sejarah yg tak tau sejarah..
      Soklan cepu emas siapa tahu perjajian lahanat british dgn tungku abdul rahman heheh..puak british(baca dajjal) dah warning siap2 kat tunku dan mereka dah didik sejak zaman sekolah lagi sbb tu depa taja tungku p belajar kat negara depa..bila kepala sudah rosak badan dan ekor habis rosak..umat islam gangga ajelah dan tunggu sampai kiamat tk mampu nak buat apa,.buat gelak oleh orang2 kapir je lihatlah apa yang ada pada orang islam hari ni?.

      Delete
    2. Mistisfiles lah bodoh! bukan mistik pile. eja pun x reti ada hati nak cerita byk. Bodoh piang!

      Delete
    3. Orang yang pakai nama Anonymous komen tarikh 2 haribulan November,pukul 3.49 petang ni....

      Sebenarnya....Sulta Poyonistan,Bapak segala poyoo

      Delete
  7. hehe..
    kesian dgn korang sumo..
    berkokok ajo yg boleh didendang..
    tajuk sudah sangat cantek..tapi berbalik kepada pemahaman korang masing2 apa macam???
    apo tujuan hidup korang?
    tarikh x-pired korang dah dapat ko bolom?
    lokasi korang x-pired dah dapat jawapan bocor ke bolom??
    cukup tak cukup supply yg dapat korang bawak balik nanti??
    tompek pulang korang dah comfirm cantek??
    pado siapo korang nak balik nanti??
    amcam..ada okey ka aku punya bunyik nih?
    hehe..

    ReplyDelete
  8. nasib baik shah rukh khan dapat dato kat melaka...kalu dapat johor punya..alamak nilainya lagi besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu masa ali rustam bertanding jawatan naib presiden umno, habis semua ketua2 bahagian umno yg belum ada Dato diberi pingat Datuk Melaka DMSM. sampai dlm setahun hampir 100 orang dpt Datuk Melaka.

      Beza sungguh masa Ghafar Baba jadi KM Melaka. Masih dipanggil En. Ghafar dlm tempoh yg lama. Allahyarham x gilakn gelaran utk diri sendiri or merasuah org dgn darjah kbesarn utk kpentingn sendiri..

      Delete
  9. Sultan Johor berasal dari Dinasti Temenggung..yang juga berasal dari kerabat bangsawan Daeng Bugis.....untuk pengetahuan,Bugis bukannya lanun..yang lanunnya ialah Portugis dan Belanda yang senang hati ja minta tanah dan monopoli barang mentah ikut suka hati dia ja.....

    Sultan tu tak poyo....tapi orang yang komen pakai anonymous ni biasanya POYO lagikan FUYU..... >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah!!! (y) wa sokong lu...

      Delete
  10. Jika benar apa yg ditulis di atas mengenai gelaran pangkat yg diperkenal oleh Sultan Abu Bakar utk Johor Riau dan Lingga, aku nk tanya di negeri mana Sultan Abu Bakar yg sebenar itu mangkat? Mmg keturunan yg bertahta di atas bukit itu perampas kuasa sultan.

    ReplyDelete
  11. As Salam semua....hmmmm Raja yg adil,Raja "diberi hOrmat Di Raja" (takut disalah anggap jika saya nyatakan "disembah"...Raja yg zalim Raja disanggah....
    Kita selalu mendengar org2 tua dahulu selalu menceritakan yg:- i-Raja & Sultan adalah waris keturunan Nabi S.A.W...
    ii-ada segelintir Raja & Sultan dahulu yg sngt zalim & kejam terhadap rakyat jelata..
    Pada pendapat saYa , yg dpt saya simpulkan ialah:- Raja & Sultan Melayu yg dikatakan berdarah Ahlul-Bait Nabi S.A.W.adalah Raja & Sultan yg adil & memerintah bpandukan Al-Quran & ajaran Islam hinggakan menghukum bunuh putera sendiri jika didapati salah melakukan dosa2 besar spt bunuh,zina dll...Raja & Sultan ini juga tidak sesekali kejam & zalim kpd rakyat dgn cukai yg dikenakan mgikut zakat2 dlm Islam...
    Manakala Raja & Sultan yg dikatakan zalim & kejam serta gemar melakukan dosa dgn berjudi spt cerita Pak Belalang...adalah mereka yg menaiki taktha kerajaan dgn cara mengulingkan waris sebenar Raja & Sultan yg dari keturunan Nabi S.A.W. kerana mahu dilantik menjadi Raja boneka & kekayaan dgn sanggup berpakat dgn penjajah2 kafir Eropah yg membawa semangat Perang Salib di Eropah, ke nusantara mahu hancurkan Kesultanan Melayu Islam Nusantara yg sngt kuat Islamnya pd waktu itu...selepas meruntuhkan Andalusia Islam ,Sepanyol Kristian dtg ke Filipina & Brunei yg diperintah kesultanan Melayu Islam ,Sultan Sulu & Sultan Brunei...Belanda hancurkan kesultanan Islam Acheh Langkat, dll di Indonesia,France hancurkan kesultanan Islam Champa,manakala British yg menjadi ketua penjaJah Eropah kerana menghancurkan semenanjung Melaka (nama lama sblm ditukar kpd Tanah Melayu) dimana Syah Alam Yang Maha Mulia, Khalifah @ Maharaja Islam Nusantara iaitu Raja Besar kpd seluruh raja-raja kecil berada disini.....

    ReplyDelete