Featured Post

Kenapa Singapura Lebih Maju?

Sudah beberapa hari berlalu sejak negara jiran kita iaitu Singapura menyambut Hari Kemerdekaannya yang ke-50 pada 9 Ogos yang lalu. Nam...

Wednesday, November 27, 2013

Tuntut Kembali Batu Puteh


Isu Batu Puteh kembali hangat baru-baru ini apabila mantan Pengarah Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim mendedahkan wujud sogokan wang yang menyebabkan kekalahan tuntutan negara kita kepada Singapura pada tahun 2007 yang lalu. Pendedahan ini bukanlah bukanlah satu dakwaan kosong kerana ianya dibuat dalam bentuk Akuan Bersumpah (SD) setebal 31 muka surat dan turut dihantar ke Pejabat Perdana Menteri dan beberapa pemimpin kanan negara.

Akuan Bersumpah berkenaan telah mendedahkan salah laku individu yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan kes berkenaan bagi pihak negara kita. Turut dinyatakan maklumat bahawa terdapat wang dalam amaun yang besar telah bertukar tangan dan dipindahkan ke dalam sebuah akaun di Hong Kong.

Penulis memohon supaya pihak-pihak berwajib yang mempunyai kuasa dan masih mempunyai perasaan cinta kepada negara agar membuat siasatan segera dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Perkara ini melibatkan maruah negara dan sekiranya benar dakwaan berkenaan, pengkhianat yang telah menjual kedaulatan negara perlu dihadapkan ke Mahkamah dan dikenakan hukuman yang paling berat. Untuk makluman, cerita mengenai tindakan sabotaj dalaman yang dilakukan oleh agent-agent negara jiran di kalangan rakyat tempatan dalam kes tuntutan Batu Puteh bukanlah perkara baru. Penulis memetik kembali kenyataan Datuk Ruhanie Ahmad di dalam blognya Kuda Kepang pada tahun 2008 yang lalu :

“sebelum menghadiri sessi akhir ICJ mengenai Pulau Batu Puteh di The Hague, Belanda, pertengahan Mei 2008 lalu, saya difahamkan bahawa Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, dipercayai telah menerima daripada Sultan Johor satu scroll dan dokumen sejarah yang sangat penting mengenai pulau tersebut.

Dokumen dan scroll ini dikatakan akan digunakan sebagai “senjata terakhir” dalam perbicaraan ICJ bagi menjamin serta mempertahankan kedaulatan Pulau Puteh terus kekal dimiliki oleh Malaysia.

Berasaskan scroll serta dokumen tersebut, Rais dikatakan telah memberitahu Sultan Johor bahawa kemungkinan besar keputusan ICJ mengenai Pulau Batu Puteh akan memihak kepada Malaysia.

Persoalannya di sini, adakah scroll dan dokumen penting ini telah benar-benar digunakan sebagai “senjata terakhir” Malaysia dalam perbicaraan ICJ? Jika tidak, mengapakah jadi begitu? Kemanakah perginya scroll dan dokumen ini sekarang?”

Sebelum ini, Singapura sentiasa berdolak dalik untuk membawa kes Batu Puteh ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Adalah jelas bahawa Batu Puteh adalah lebih dekat dengan Negeri Johor iaitu hanya 7.7 batu nautikal berbanding dengan jarak dari Singapura yang sejauh 25 batu nautikal. Walaupun negara kita telah mengemukakan tujuh (7) dokumen bertulis bersejarah yang membuktikan pemilikan Negeri Johor ke atas Batu Puteh, ICJ akhirnya memutuskan Batu Puteh menjadi milik Singapura hanya kerana sekeping surat yang dikirimkan oleh pemangku Setiausaha Kerajaan Johor (bukan Setiausaha Kerajaan Johor sendiri!) kepada Setiausaha Koloni British di Singapura (bukan kepada Republik Singapura!) pada 21 September 1953. Batuan Tengah pula disahkan milik negara sementara status Tubir Selatan masih tidak jelas, tidak pula diketahui keputusan akhir Jawatankuasa Teknikal Bersama yang ditubuhkan Malaysia dan Singapura.



Tiada rakyat Malaysia terutamanya Bangsa Johor yang menerima kenyataan bahawa keputusan ICJ tersebut adalah win-win situation. Malahan Almarhum Sultan Iskandar semasa merasmikan pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri Johor pada 19 Jun 2008 dengan tegas telah bertitah :

"Suka beta ingatkan bahawa beta tidak lupa pada Pulau Batu Puteh. Pulau Batu Puteh bukan hak Singapura tetapi hak milik Johor. Sampai bila pun beta akan cari ikhtiar untuk mendapatkan semula pulau milik Johor itu,"

Namun begitu, malang sekali negara ketika itu dipimpin oleh regim yang dikuasai oleh anak menantu langsung tidak ada usaha untuk menyokong titah almarhum Sultan Iskandar untuk terus menuntut Batu Puteh. Sama sahaja seperti sikap mereka sebelum itu yang sesuka hati menyalahkan rakyat Johor untuk membatalkan pembinaan jambatan bengkok atas alasan tidak masuk akal bahawa rakyat Johor tidak bersetuju dengan pertukaran untuk menjual pasir ke Singapura dan kebenaran pesawat SAF untuk memasuki ruang udara negara.

Negara kita hanya mempunyai tempoh lebih kurang empat (4) tahun sahaja lagi untuk mengemukakan rayuan kepada ICJ berhubung keputusan ke atas Pulau Batu Puteh. Bukti yang wajib untuk dicarigali dengan bersungguh-sungguh oleh Arkib Negara, Jabatan Warisan, Muzium Diraja atau mana-mana sahaja agensi yang berkaitan adalah surat tahun 1844 yang telah dikirimkan oleh Gabenor Negeri-negeri Selat, William John Butterworth, kepada Sultan Johor (Sultan Ali, Sultan Johor terakhir dari keturunan Bendahara yang akhirnya hanya memerintah Muar) dan Temenggong Johor (Temenggong Abdul Rahman Tun Abdul Jamil, datuk kepada almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan Johor). Kandungan surat berkenaan adalah mengenai permohonan British untuk meminta izin daripada pihak Kesultanan Johor untuk membina sebuah rumah api di atas pulau tersebut, seterusnya membuktikan bahawa pulau tersebut sememangnya milik sah Negeri Johor. Surat berkenaan tidak dapat dijumpai di dalam arkib negara, tetapi dipercayai masih berada dalam simpanan arkib negara jiran.

24 comments:

  1. aku cadangkan, para komando ATM yg pernah 'tawan' istana Malacanang psl isu Sabah dulu train komando2 baru untuk dptkn surat Lord Butterworth dari arkib jiran kita tu.

    Tapi tu pun kalau PM sekarang ada teluq & berani macam Tun M dulu lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tun m banyak main wayang..bermuka-muka..bagai bara dlm sekam..wat ape ko nak puji melangit???
      PM sekarang laa yg ada telor real punya..
      sampai mat salleh dtg hegeh2 nak pinjam duit..
      hehe..
      den tak luppo laie.

      Delete
    2. lantak pi lah time Tun M dia bermuka2 pun. janji time dia PM, kdaulatn negara tpelihara. sipadan ligitan pun sah milik kita.

      yg hang dok puji melangit lim guan eng, apa sumbangan dia pd negara??!

      Delete
    3. kedaulatan negara terpelihara kepala otak hang!!
      pi bukak kitab sejarah
      punyalah halus sandiwara mamak
      melayu dipinggir secara sistematik
      hasilnya...sekarang baru nyata.
      lain yg buat taik lain pula yg dapat busuk!

      lge?? itu olang standard lubang jamban..apa mau heeran??

      Delete
    4. aku tak kesah pun dia Mamak. Aku bukannya racist perkauman macam ko. Dalam Islam, takde pun Allah melebihkan mana-mana kaum. Melainkan ko ni memang keturunan Yahudi lah benci Mamak...

      Delete
    5. 'aku tak kesah pun dia Mamak...'kata2 biasa aku dengar dari puak kari..
      setelah senang dalam mencari peluang di tanah melayu ini..tapi kebanyakan puak kari ni agak sedikit sombong..sonang ko cuma pinjaman laa beb.hehe..
      'Dalam Islam, takde pun Allah melebihkan mana-mana kaum'...statement paling jamban selalu aku dengar.
      pesan org2 tua...nak berbunyik biarlah dengan ilmu..kalau ko dah khatam quran belasan kali..cuba2lah khatam tafsirnya walu sekali.
      ko pi carik kata "mala-u" didalam tafsir quran..itu pun kalau ko nak amik port laa.

      Delete
    6. ko nak hina Tun M tu puak kari ke, apa ke, tu masalah ko. esok kat akhirat ko jawab sendiri. nak buat macam mana, dah memang dasar racist macam ko ni. tapi yang aku heran, mata sepet tu boleh pulak ye ko angkat jadik khalifah? disanjung2 pulak tu.

      then putar belit lagi ayat Al-Quran. patut la ko bole senang hati jek kristian nak guna kalimah Allah kan?

      Delete
    7. iyo ko apo yang ekao kato tuu???
      dep poduli apo..

      sokali dongar bunyiknye ekao nih cam ceredik..
      duo kali dongar cam boddoh bertingkek-tingkek..

      yg ponting bg den..
      bangkit molayu bangsoku
      gomilang islam agamoku..
      komilau ekonomi bangsoku...

      hehe..

      Delete
  2. 'win-win situation'...kepala bapaq hang laa rais.
    wat malu org johhor aje!!!

    ReplyDelete
  3. saya memohon kpd Gani Patail, kalau dakwaan Mat Zain ni adalah fitnah, sila saman dia & bersihkn nama anda selaku Peguam Negara.

    Jika tidak, PM perlu btindak segera kerana inilah pengkhianat negara sbnr, bukannya dok marah rakyat yg tak byr cukai sbg pengkhianat! dah tu duit cukai dok abis pd rosmah utk naik jet??!

    ReplyDelete
  4. Malaysia sepatutnya jadikan alasan kehilangan Pulau Batu Puteh sebagai azam untuk mengembalikan Singapura semula ke Malaysia! Bila Singapura "dimasukkan semula" ke Malaysia, selesailah masalah Pulau Batu Puteh. Sebab Pulau Batu Puteh dalam Singapura! Hahaha! Apa yang nak susah hati sangat?

    M_M

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'OTP'
      sedang berjalan...

      Delete
    2. OTP? ko ni ejen ke tau OTP sdg berjalan?

      Delete
    3. DiRaja pada 28 Nov bukan sebenar...

      M_M

      Delete
  5. inilah padahnya bila Kerajaan membiarkan warisan2 sejarah itu & tak nak ambik tahu berkaitan hal sejarah.. sebab satu dokumen saja.. pulau batu putih hilang.. esokni malaysia jugak boleh hilang sebab dah xdak warisan sejarah yg dijaga oleh kerajaan sendiri.. lihatlah sendiri warisan istana raja bersiong yg dibiarkan.. langsung tak ambik tau.. bangang punya kerajaan,.. lembab nak mampos.!

    ReplyDelete
  6. Harap kerajaan dapat kemukakan balik rayuan untuk Pulau Batu Putih yg mmg hak kita beserta bukti yg kukuh ...ini soal maruah negara kita ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada pandangan aku tidak perlu. Sebab jika usul itu berjaya diubah keputusannya oleh ICJ bagi kali kedua, Indonesia bakal bersungguh-sungguh mengusulkan hak ke atas Ambalat! Malaysia hanya perlu merancang dan menggerakkan usaha secara senyap2 dan juga terang2 untuk mengembalikan Singapura ke dalam Persekutuan Malaysia.

      M_M

      Delete
    2. lepas tu biar si mata sepet menjadi majoriti di bumi melayu ni? cenggitu? sebelum proses tu mesti pastikan DEMOKRASI berkubur di Tanah Melayu & kuasa MUTLAK diserahkan kepada pemerintah yg sebenar iaitu Sultan2 kita.

      Delete
    3. Ha3! Mana mungkin Melayu sebodoh itu untuk membenarkan mereka menguasai kita dengan kembalinya Singapura? Sudah tentu kita perlu menang sebelum bermain. Bagaimana? Itu urusan penguasa Melayu. Kita? Memilih penguasa Melayu yang betul atau yang hampir kepada betul.

      M_M

      Delete
  7. Relax la, sabar, Melayu itu tinggi sabarnya sampai sekarang, berdiam, klu dah Haq kita, takkan lepas jua akhirnya. Sabor ye wook.

    aa

    ReplyDelete
  8. kwn dengar,org che..bakal menangis tak lama lagi..
    sebagaimana datang dulu menyembah kita begitu jugalah sedikit waktu yg mendatang nanti.mana yg jadi saudara kita merdekalah dia org..tetapi mana2 yg 'ungkel'..(bahasa kuno yg paling sedap digunakan) meranalah jiwa dan badan.
    raja kita pun dah mula main akal ng dia org nih???
    tn admin,ada komen...

    ReplyDelete
  9. Hehe...
    ade rusuhan belaku di kote singe
    hehe..

    ReplyDelete
  10. Sebelum kes ini naik ke ICJ, aku ada rmail pd rais yatim mngatakan yg ayahnda aku masih simpan mohor diraja pemberian queen victoria mengesahkan kedaulatan johor riau lingga yg mana spura dibawah pentadbiran johor. Tapi malangnya email dan panggilan telepon aku ke rais yatim tak dilayan dan
    diperlekehkan.

    ReplyDelete
  11. salam persaudaraan dari bumi nusantara...

    ReplyDelete