Secara
peribadi, penulis menghormatinya. Dia merupakan seorang penulis bukan Melayu
yang menguasai Bahasa Melayu dengan baik sekali. Satu contoh yang perlu dijadikan
ikutan khususnya kepada golongan yang beriya-iya mendakwa diri mereka ‘Malaysian
First’ kononnya tetapi nak bercakap dalam Bahasa Kebangsaan sendiri
tunggang-langgang! Namun begitu, apa yang penulis tidak bersetuju ialah apabila
dia dengan mudah seringkali memesongkan sejarah Melayu yang bukan bidang dia dan dia sendiri tidak faham apabila menyentuh sesuatu perkara. Boleh rujuk terlebih
dahulu artikel dia sebelum ini seperti di bawah ini :
serta jawapan yang telah diberikan di bawah tetapi masih belum diulas kembali olehnya :
Terbaru,
sekali lagi dia cuba menimbulkan kekeliruan di dalam artikelnya seperti di bawah :
Dilema Melayu, Cina, India
Secara ringkas, penulis melihat isu utama yang cuba diutarakan olehnya adalah berkenaan dengan kekeliruan istilah-istilah ‘Keturunan’, ‘Kaum’, ‘Etnik’, ‘Ras’ dan ‘Bangsa’ yang perlu diisi pada borang-borang rasmi. Namun begitu, daripada memfokuskan kepada topik perbincangan yang dia sendiri utarakan dan memberikan cadangan penyelesaian yang sewajarnya, dia menerawang dengan ‘menyerang’ sejarah dan kewujudan Bangsa Melayu hanya bersandarkan semata-mata kepada pendapat seorang penulis buku yang tidak dikenali.
Dilema Melayu, Cina, India
Secara ringkas, penulis melihat isu utama yang cuba diutarakan olehnya adalah berkenaan dengan kekeliruan istilah-istilah ‘Keturunan’, ‘Kaum’, ‘Etnik’, ‘Ras’ dan ‘Bangsa’ yang perlu diisi pada borang-borang rasmi. Namun begitu, daripada memfokuskan kepada topik perbincangan yang dia sendiri utarakan dan memberikan cadangan penyelesaian yang sewajarnya, dia menerawang dengan ‘menyerang’ sejarah dan kewujudan Bangsa Melayu hanya bersandarkan semata-mata kepada pendapat seorang penulis buku yang tidak dikenali.
Bagi
meringkaskan cerita dan menjimatkan ruang, disini penulis memberi ulasan dan jawapan terhadap artikel tulisannya :
1.
Pada pandangan penulis, istilah ‘Keturunan’, ‘Kaum’ dan ‘Etnik’ pada
borang-borang rasmi perlu disatukan menjadi ‘Suku Kaum’ atau ‘Etnik’ sahaja
bagi mengelakkan kekeliruan.
2.
Memandangkan istilah Bangsa mempunyai dua definisi yang berbeza, iaitu merujuk
kepada ‘Kaum’ dan juga ‘Rakyat Bagi Sesebuah Negara’, maka boleh dicadangkan
agar istilah ‘Bangsa’ pada borang rasmi diselaraskan merujuk kepada kaum
sahaja.
3.
Jika ‘Bangsa Melayu’ didakwa tidak wujud kerana tidak ada sebuah negara bernama
‘Melayu’ mengikut logik di dalam artikelnya, adakah boleh dikatakan (contoh
sahaja) bahawa kaum Malayali (keturunan dia) juga sebenarnya tidak wujud kerana
yang ada hanyalah Negeri Kerala di India, bukannya Negeri Malayalam?
4.
Untuk makluman juga, sebelum Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak bergabung
membentuk Malaysia, negara Malaya (dalam Bahasa Inggeris) dipanggil sebagai ‘Persekutuan
Tanah Melayu’ dalam Bahasa Melayu!
5.
Jika dia mengimpikan utopia di mana
rakyat Malaysia yang berbeza bahasa Ibunda, budaya serta agama tidak ditanya
tentang kaum dan keturunan mereka, maka lebih baik dia memulakan kempen
menyokong penggunaan satu bahasa tunggal bagi memulakan kelahiran tulen Bangsa
Malaysia. Sebagai permulaan, dia boleh membuat penulisan mencadangkan kempen
1 Sekolah Kebangsaan untuk semua murid dan pelajar.
6.
‘Malay Race’ atau dalam Bahasa Melayunya ‘Ras Melayu’ adalah istilah yang
dicipta oleh seorang saintis Jerman iaitu Johann Friedrich Blumenbach merujuk secara
umum kepada kumpulan manusia berkulit coklat dan diberi nama berkenaan berdasarkan
kepada kesamaan Bahasa Melayu yang digunakan. Bahasa Melayu adalah lingua franca di kepulauan Asia Tenggara
dan berasal daripada bahasa yang dipertuturkan oleh Bangsa Melayu di
semenanjung Tanah Melayu, Sumatera dan Borneo. Oleh itu, jelas bahawa Melayu bukannya sekadar bahasa!
7.
Menyanggah rujukannya terhadap pendapat penulis buku bernama AB Sulaiman, Bangsa Melayu
sememangnya mementingkan aspek peraturan dan undang-undang. Jika tidak,
bagaimana wujud peraturan sebagaimana di dalam Adat Perpatih dan Adat
Temenggung yang diamalkan dan diwarisi turun temurun sejak ratusan tahun
dahulu? Bagaimana Kerajaan dan Kesultanan Melayu menulis Hukum dan
Undang-undang negeri mereka seperti Undang-undang Kedah jika mereka tidak
mementingkan aspek peraturan?
8.
Jika Melayu dikatakan enggan menerima
perubahan, bagaimana tulisan di dalam Bahasa Melayu boleh mengalami
transformasi daripada tulisan Kawi ke tulisan Jawi dan kini dalam tulisan Rumi?
9.
Jika Melayu dikatakan hanya berpusatkan kelompok sendiri, bagaimana pribumi
Melayu di semenanjung sanggup menerima jutaan imigran dari China dan India
sebagai rakyat dan saudara mereka di dalam Negara Malaya yang merdeka hinggakan
demografi bangsa mereka sendiri jatuh mendadak hanya dalam satu malam sahaja?
10.
Melayu telah wujud di semenanjung lebih awal dari kewujudan Kerajaan Langkasuka
lagi. Justeru itu, memang benar ada orang Melayu di Malaysia yang nenek moyang mereka
bukan dari wilayah kepulauan Nusantara (Indonesia) berbanding sesetengah Melayu Anak Dagang yang lain.
11.
Penyempitan definisi ‘Melayu’ di dalam Perlembagaan Malaysia yang mengikat
Melayu dengan agama Islam adalah keputusan politik tetapi tidak menafikan mengenai kewujudan Bangsa Melayu itu sendiri dari
sudut sejarah. Malahan, bukannya paksaan jika terdapat Mualaf bukan Melayu yang baru
memeluk Islam secara sukarela ingin mengamalkan adat budaya dan Bahasa Melayu
sepenuhnya.
12.
Hang Tuah kononnya keturunan Cina
hanyalah dakwaan tanpa bukti segelintir cybertroopers bukan Melayu, bukannya teori pun!
13.
Berbalik kepada topik asal, jika istilah ‘India’ yang diisi pada borang rasmi
dirasakan tidak tepat, maka boleh dicadangkan istilah lain, sebagai contoh ‘Dravidia’,
untuk digunakan sebagai jalan penyelesaian. Habis cerita, tak perlu panjang
lebar untuk putar belit tentang sejarah Melayu.
Sebagai
penutup, sekali lagi penulis nyatakan, penulis amat-amat menghormati dia yang
juga seorang penulis blog. Namun perlu ditegaskan, ini tidak bermakna penulis
hanya akan mendiamkan diri apabila dia dengan mudah menyebarkan fakta yang
tidak betul mengenai sejarah dan bangsa penulis. Kepada dia, jangan mudah
melabel dan memperlekehkan pembaca yang berani menyanggah kenyataan anda! Orang
Melayu tidak keliru pun dengan sejarah mereka. Yang ada dilema sebenarnya adalah anda sendiri! Jika di
dalam penulisan blog anda, anda seringkali menyatakan bahawa anda anti golongan rasis,
maka lebih baik anda benar-benar bersikap demikian dan jujur terhadap sejarah dan
kewujudan Bangsa Melayu.
Para pembaca juga boleh merujuk kepada jawapan balas oleh Helmy Effendy (The Patriot) yang sehingga kini masih belum diulas kembali juga oleh dia.
Bangsa Melayu Itu Tidak Wujud - Uthaya Sankar SB
Para pembaca juga boleh merujuk kepada jawapan balas oleh Helmy Effendy (The Patriot) yang sehingga kini masih belum diulas kembali juga oleh dia.
Bangsa Melayu Itu Tidak Wujud - Uthaya Sankar SB
salam tuan,
ReplyDeletesekadar idea kosong lagi dangkal,
-hi-malaya...
-bintang melayu sirus...
aku dah meluat dgn kaum2 lain yg suka sgt kacau org Melayu dan Islam. kita tak kacau pun mereka. kita tak pernah ungkit sejarah bangsa dan nenek moyang mereka. kita tak pernah hina agama mereka. tapi mereka bebas berkata apa saja terhadap kita... siapa yg rasis?
ReplyDeletekata-kata imam Syafie: " Aku mampu berhujjah dengan 10 orang berilmu, tetapi aku akan kalah atau tewas dengan seseorang yang jahil kerana dia tidak mengetahui akan landasan-landasan ilmu."
ReplyDeleteDia kata kita merapu, emosional pulak.
ReplyDeletehttp://uthayasb.blogspot.com/2014/04/dilema-sekelompok-melayu.html
Mari kita pakat komen.
Great post thaank you
ReplyDelete