Barking Magpie (blogger)
Bagi
anak muda yang sememangnya diketahui berdarah panas, waktu muda merupakan
tempoh masa yang amat mencabar kerana di ketika inilah, mereka tercari-cari
identiti diri mereka. Sifat anak muda, mereka sentiasa inginkan perhatian dan
suara hati mereka didengari. Mereka suka melawan arus perdana dan mencabar
kewajaran atau kerelevenan sesuatu perkara yang dianggap sudah lapuk. Emosi hati
kerap kali mengatasi kewarasan minda mereka.
Anak
muda juga mudah tertarik kepada sesuatu yang mereka anggap sebagai ‘cool’ dan ‘trendy’. Dalam mencari-cari identiti diri, ramai yang memilih
mengikut trend atau gaya yang dibawa oleh pemuzik tertentu seperti Metal, Hip
Hop, atau yang terkini K-Pop. Ketika era sewaktu penulis muda dahulu, ramai
rakan-rakan yang tertarik dan mengikut 'perjuangan' Skinhead. Mereka sentiasa
menyebut-nyebut mengenai anti-racism
dan working class walaupun
mereka sebenarnya sepatah haram pun tak faham tentang perkara yang selalu disebut-sebutkan
itu. Mereka hanya seronok untuk menyertai 'perjuangan' yang mereka rasakan 'cool' dan bergaya kerana merasakan diri mereka mendapat perhatian oleh masyarakat awam.
Dewasa
ini, sering dihebahkan mengenai kemasukan golongan muda Melayu menyertai DAP. Maka
sesetengah cendekiawan Melayu pun mula bersuara agar dibuat kajian mengapa
golongan muda Melayu lebih tertarik menyertai DAP yang diketahui sebuah Parti
Chauvinist.
Sebenarnya
jawapan kepada persoalan tersebut adalah sangat mudah. Tak perlulah para
Melayu-Melayu muda ini membuang masa kononnya “Kami sertai DAP kerana
perjuangkan bla bla bla...”. Sebenarnya mereka hanyalah opportunis yang mahukan
perhatian dan sambutan, itu sahaja. Cuba fikirkan sejenak, adakah cerita
seorang perempuan muda bertudung bernama Shefura Othman atau nama
manjanya Rara (yaks!) menyertai PAS akan menjadi tajuk yang dibincangkan secara
meluas di blog-blog? Atau adakah cerita seorang perempuan freehair lulusan UiTM bernama Dyana Sofya menyertai UMNO akan
menjadi tajuk-tajuk headlines di akhbar-akhbar perdana dan TV? Jawapannya sudah
tentu TIDAK.
Walaupun
ibu-ibu mereka adalah pejuang PAS dan UMNO yang merupakan dua parti
Melayu-Islam yang dominan di negara kita, tetapi mereka sedar, penglibatan
mereka di dalam parti-parti siasah berkenaan tidak akan sama dengan sambutan
yang akan diterima sekiranya mereka menyertai DAP. Tuan Guru Abdul Hadi Awang
tidak akan terhegeh-hegeh untuk turun hanya semata-mata hendak menerima
sekeping borang permohonan keahlian PAS dari seorang perempuan muda bernama
Shefura Othman yang tidak dikenali. Perdana Menteri Najib Razak tidak akan
mengadakan satu majlis khas yang diliputi oleh media-media utama seperti RTM, TV3 atau
Utusan Malaysia hanya kerana seorang perempuan bernama Dyana Sofya hendak
menyertai UMNO.
Tapi
dengan menyertai DAP, para Melayu-Melayu ini diberikan sambutan luar biasa dan disertai dengan sesi
perkenalan yang dihadiri oleh para pemimpin kanan parti chauvinist tersebut.
Malahan menerima ucapan tahniah pula daripada para pemimpin parti
chavinist tersebut di segenap peringkat walaupun sebenarnya tiada sebarang pencapaian pun yang mereka telah capai. Paling membanggakan diri mereka, mereka berpeluang untuk terus dicalonkan sebagai ADUN atau
Ahli Parlimen walaupun tidak berkelayakan kerana masih 'mentah'. Sesuatu yang para opportunis muda ini tak akan
capai sekiranya mereka menyertai Parti siasah Melayu-Islam kerana mereka hanya akan menjadi seorang ahli biasa yang tidak berpengaruh .
Adakah
perkara ini menjadi bukti bahawa DAP benar-benar telah berubah menjadi parti
pelbagai kaum? Tidak. Parti tersebut terpaksa melakukan semua ini untuk menutup
wajah chauvinist yang telah dizahirkan menerusi pemilihan CEC mereka sebelum
ini. Cubaan untuk menonjolkan Zairil Khir Johari yang berwajah Cina sebagai
Melayu di dalam DAP sebelum ini ternyata gagal. Dengan keyakinan bahawa undi Cina adalah teguh dibelakang mereka, DAP memerlukan beberapa salesgirl Melayu untuk memecah dan menarik sebahagian daripada undi masyarakat Melayu yang merupakan kaum majoriti untuk mendapatkan kuasa penuh. Sebagaimana lembu, para Melayu-Melayu
muda yang menyertai DAP buat masa ini akan diternak dengan cukup baik. Mereka
akan dijaga rapi dan diberi makan lalang dan rumput dengan secukupnya agar
sentiasa gemuk dan sihat. Tetapi apabila masanya sudah tiba dan mereka telah mendapat kuasa penuh, bersedialah untuk
dikorbankan. Memang itulah nasib orang Melayu sebagaimana yang telah terjadi di
Singapura dan selatan Thailand.
Jika
dibicara soal perjuangan, sepatutnya akal waras para Melayu-Melayu muda ini
belajar daripada sejarah dan memikirkan amaran yang telah diberikan oleh mantan Timbalan Pengerusi DAP iaitu
Tunku Abdul Aziz Ibrahim yang telah merasai sendiri hipokrasi dan penipuan
parti yang selama ini dipuja dan dipercayainya sebagai bersih dan amat demokratik
(konon!). Mata mereka sepatutnya dibuka seluas-luasnya untuk melihat nasib Ahmad
Ton yang setelah berdekad-dekad lamanya berjuang dan setia di dalam DAP, masih gagal dan akan terus gagal untuk
menduduki kerusi CEC kerana beliau seorang Melayu berbanding dengan Cina yang
baru setahun jagung menyertai politik tetapi terus diberi kepercayaan oleh DAP.
Belum lagi kisah-kisah lain seperti nasib Mohamed Razali Abd Rahman yang telah
dipecat serta merta dari DAP hanya kerana membuat laporan Polis mengenai perhimpunan
yang dihadirinya mengandungi rancangan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara
Kristian.
Tetapi
malangnya, para Melayu-Melayu muda ini lebih rela memilih untuk terus
bersolek dan ber'posing' di bawah pancaran publisiti umpama seorang peserta Akademi Fantasia atau Dewi Remaja berbanding melihat dengan mata hati realiti perjuangan sebenar. Teruskanlah
kalian tersenyum gembira dengan segala kehidupan glamour yang hanya sementara pada hari ini, tetapi jangan pula ditangisi nasib yang bakal menimpa apabila harinya telah tiba kelak. Kerana kesan buruknya bukan hanya kepada diri kalian sahaja, tetapi melibatkan untung nasib anak cucu kita semua juga nanti.
nope...but the really 'pretty ugly 'stinky' pig shit...
ReplyDeletedamm...
They are not look like pejuang. They are more like cikaro-type girl who like to selfie & look beauty all the time. Luckily DAP need a malay salesgirl..
ReplyDeletebersedia utk dibongkar segala2 luar dan dalam kain..taktik DAP bagi melaga2kan org melayu/Islam...kalau kalah pun takpe asalkan melayu goyang...
ReplyDeleteMelayu memang suka cari jalan mudah utk 'senang',dulu mereka sanggup jadi 'alibaba' dalam perniagaan,hasilnya habis projek dan lesen yg di keluarkan oleh kerajaan dalam usaha utk membangunkan orang Melayu 'tergadai'.Sekarang mereka menjadi 'alibaba' dalam politik pula,kalai ini tentulah kuasa Melayu yg akan mereka gadai,lebih besarlah bahananya.
ReplyDeleteramadhan... Islam lagi tinggi dari perasaan perkauman... kita semua Anak ADAM... tidak dinafikan perasaan perkauman wujud dalam setiap kite...tetapi sebagai seorang muslim kite kene faham bende ni salah.
ReplyDeleteorang yang memperjuangkan perkauman ni ade di semua kaum(melayu, china , india dll).. tapi depa ni cuma segelintir dari kesemua rakyat Malaysia.
kita lebih baik dari mereka sebab kita perjuangkan Islam... memperjuangkan rahmatan lil alamin(rahmat ke semua kaum)....
betul saudara..Islam lagi tinggi..Islam larang perkauman tetapi kita sedang berhadapan dengan bangsa yang sedang menunggu masa utk merobek kita umat melayu dan sekaligus Islam yg kita amalkan di Malaysia..jgn kerana salah faham maksud hadis rasulullah ulamak2 kita ada yg sanggup berpeluk pelukan dengan kafir ini dan berperang sesama kita...amat menyedihkan dan kebodohan yg amat nyata...
DeleteReleks aa bro...
DeleteNabi s.a.w. sendiri sayang bangsanya sehinggakan sesiapa yang menghina bangsa Arab dianggap menghina Nabi s.a.w. kerana Nabi s.a.w. sendiri berbangsa Arab...
Buruk bagaimanapun perangai seseorang atau sekelompok dari kalangan Bangsa Arab jangan sesekali kita hina mereka sebagai satu bangsa...
Keburukan mahupun kesalahan seseorang tertanggung ke atas diri masing-masing...
Tidak sepatutnya dikaitkan dengan bangsanya apatah lagi keturunannaya...
Dengan mengasihi bangsanya, Nabi s.a.w. mengamalkan perkaumankah?
Nabi s.a.w. ada melarang assobiah...
Nabi s.a.w. tak pernah kata kasihkan bangsa sendiri sebagai assobiah...
Assobiah ialah kamu bertolong-tolongan sama sebangsa dalam perkara-perkara mungkar...
Hari ini kita Bangsa Malayu sebut je nak bela nasib Bangsa Malayu terus dituduh perkauman,,,
Apek kena jerkah sikit je dengan Malayu terus dituduh perkauman...
Betulkah istilah perkauman tu?
Ke berlaku salahguna istilah?
itu tandanya cina-cina dan sedikit tamil dah mula sedar mereka boleh membuat negara di tanah melayu ni,dgn mempergunakan orang melayu tu sendiri!!!!kalau melayu buat bising itu perkauman!!!kalau bangsa yang dibawa british tu melolong itu tandanya kebebasan bersuara!!!!fikir-fikirlah Negara Melayu Champa memang lenyap!!!Malaysia mungkin ker!!!!
DeleteAku terbaca artikel ni.. ter..
ReplyDeleteTak paham.. Ko terbaca.. ter.. So?
DeleteSetuju sangat dgn apa tuan blogger tulis. Mmg depa ni attention-seekers. Saya ingat dlm prk teluk intan baru2 ni, puteri di was touted as beauty with brains. Entah lah. The Asian version of dumb blonde ada lah. Quite shallow really. Tetapi sebab dia on the other side, make berjela2 lah portal saperti MI, Mkini, memuja.
ReplyDeleteSaya puas dah perhati, on the whole saya tengok Malay youth lah yg paling impressionable. Sedih.
Marilah kita tegur menegur dengan kebenaran, kesabaran dan kasih sayang...
ReplyDeleteMereka muda remaja sebaya dengan adik-adik / anak-anak kita...
Melabel mereka sebagai lembu atau "salesgirl" takkan mampu menarik mereka ke pangkal jalan...
Mereka akan semakin menjauhkan diri dan semakin kental keazamannya...
Anak-anak muda yang lain pula akan rasa bosan melihat lambakan label-label negatif tersebut bila label-label negatif tersebut mula digunakan oleh orang lain yang tak lebih baik dari mereka yang dicemuh tadi...
Ingatlah, sasaran utama kita ialah supaya anak-anak muda yang lain tidak terpengaruh dengan tindakan mereka menyertai dap...
Kepada merekalah kebenaran, kesabaran dan kasih sayang tadi ditujukan...
Ambillah pengajaran dari kisah dakwah Nabi Musa a.s. kepada Firaun...
Ketika Musa a.s. berdialog dengan Firaun, Allah s.w.t. perintahkan supaya Musa a.s. berdialog dengan lemah lembut walaupun Firaun ketika itu mengaku dirinya sebagai tuhan...
Akhirnya apabila kebenaran sampai maka hancurlah kepalsuan...
Walaupun Firaun dan tenteranya mati tenggelam di dalam Sungai Nil, tetapi orang di sekelilingnya yang tidak ikut serta mengejar Musa a.s. dan pengikutnya terselamat.
Zaman dahulu, Melayu cari Cina untuk dijadikan 'Cina Buta'.
ReplyDeleteKeadaan dah berubah, sekarang Cina cari Melayu untuk dijadikan 'Melayu Buta'.