Selesai urusan di UK,
penulis kemudian menaiki feri untuk ke Netherland. Perjalanan menerusi feri ini
akan melalui Harwich di sebelah UK dan menyeberang selat Inggeris sebelum tiba
di Rotterdam di sebelah Netherland. Rotterdam merupakan antara kota pelabuhan
yang terbesar di Eropah. Perjalanan menaiki feri ini mengambil masa yang
panjang iaitu hampir 8 jam dan tidak disyorkan untuk pengembara yang mempunyai
kekangan masa.
Di atas feri menuju ke Rotterdam, Netherland
Netherland lebih
dikenali dengan nama Belanda di Nusantara. Kadang kala juga disebut juga
sebagai Holland. Tetapi mana satu nama yang tepat, Netherland atau Holland? Penulis
dimaklumkan Holland sebenarnya merujuk kepada 2 buah wilayah yang terdapat di
dalam negara Netherland iaitu North Holland dan South Holland. Sebelum
tertubuhnya United Kingdom of Netherlands sekitar tahun 1815, Napoleon
Boneparte, Maharaja Perancis telah menubuhkan Kingdom of Holland, sebuah
kerajaan boneka yang diperintah oleh adiknya iaitu Louis Boneparte. Nama kerajaan
tersebut diambil dari nama wilayah utama kaum Belanda iaitu Holland. Namun pada
hari ini, nama negara yang tepat yang sepatutnya digunakan adalah Netherland.
Replika kapal Belanda di Amsterdam
Penulis turut dimaklumkan
bahawa muka bumi Netherland sebenarnya adalah rendah dengan sebahagian
wilayahnya berada di bawah permukaan laut. Terdapat nama-nama bandar yang
diasaskan berdasarkan nama empangan sungai seperti Rotterdam (Rotte river+Dam) dan Amsterdam (Amstel river+dam). Walaupun mempunyai
kekurangan dari segi bentuk muka bumi, tetapi mereka bijak memanfaatkan sumber
tenaga semula jadi murah yang dapat dijana menerusi windmill (kincir angin). Dengan menggunakan kepakaran mereka
sebagai pelayar dan pembuat peta, bangsa Dutch mula membuat sendiri hubungan
dagang dengan timur jauh menerusi penubuhan Dutch East India Company,
memonopoli perdagangan rempah yang amat menguntungkan yang diperoleh dari
wilayah Nusantara hingga mereka mampu mencapai satu era emas yang dikenali
sebagai ‘Dutch Golden Age’.
Windmill (Kincir Angin) yang terdapat di Zaanse Schaan)
Walaupun membina sebuah
empayar besar dengan memiliki tanah jajahannya sendiri di Amerika Selatan, Afrika dan Asia, namun
mereka juga pernah melalui zaman gelap terutamanya sewaktu Perang Dunia ke-2.
Ketika di Rotterdam, penulis dimaklumkan bandar tersebut pernah hampir musnah diratakan
keseluruhannya akibat di bom oleh tentera Nazi German. Namun perkara yang perlu
dipelajari adalah disiplin dan motivasi tinggi masyarakatnya yang mampu untuk
membina semula negara mereka. Hari ini, bandar Rotterdam kembali pesat
membangun.
Setelah hampir 3 hari
di Rotterdam, termasuk sempat singgah sebentar di kota bersejarah Delft,
barulah penulis bertolak ke Amsterdam. Selaras dengan kedudukan Belanda yang
pernah menjajah Melaka dan Nusantara, terdapat banyak peninggalan dari
Nusantara yang boleh diterokai dari muzium-muzium yang terdapat di ibu kota negara
Belanda ini. Memandangkan penulis mempunyai kekangan masa, hanya Tropen Museum
yang dipilih untuk dilawati memandangkan muzium tersebut menempatkan paling
banyak artifak-artifak peninggalan dari Nusantara yang pernah mereka jajahi.
Aktiviti melibatkan kanak-kanak yang dijalankan di dalam Muzium Tropen
Menariknya di kota
Amsterdam ini juga, terdapat sebuah restoren yang menempatkan masakan Malaysia,
dimiliki oleh seorang rakyat negara kita yang berketurunan Cina. Restoren ini
terletak tidak jauh dari Amsterdam Central. Penulis berasa amat seronok dapat
menikmati masakan ala Malaysia serta dapat berbual dengan rakan senegara di
bumi asing ini biarpun berlainan keturunan.
Amsterdam Central yang menjadi tumpuan pengangkutan awam terletak di tengah-tengah bandar Amsterdam
Untuk catatan
bergambar lain, sila rujuk pautan di FB :
1. Masjid
Fatih Amsterdam : Dulu Gereja, Kini Masjid
2. Keris
Tertua di Dunia, Ada di Tropen Museum, Netherland
3. Tropen Museum IV
4. Tropen
Museum III
5. Tropen
Museum II
6. Tropen
Museum I
7. Delft
City, Netherland
8. Rotterdam
City, Netherland
Akan datang, Catatan
Perjalanan : Belgium
Saya ibu EVA FIORENTINA APRILA dari palembang mengucap syukur kepada allah,karna melalui bantuan dari aki abdul jamal yg sebesar 20m kini saya sudah bisa menjalankan usaha saya lagi.Puji syukur saya panjatkan kepada Allah yang telah mempertemukan saya dengan Aki Abdul Jamal dan melalui bantun pesugihan putih beliau yang sebar 5M inilah yang saya gunakan untuk membuka usaha selama ini,makanya saya sengaja memposting pesang sinkat ini biar semua orang tau kalau Aki Abdul Jamal bisa membantuh kita mengenai masalah ekonomi dengan bantuan pesugihan putihnya yang tampa tumbal karna saya juga tampa sengaja menemukan postingan orang diinternet jadi saya lansun menhubungi beliau dan dengan senang hati beliau mau membantuh saya,,jadi bagi teman teman yang mempunyai keluhan jangan anda ragu untuk menghubungi beliau di No Wa 085-254-384-488- rasa senang ini tidak bisa diunkapkan dengan kata kata makanya saya menulis pesan ini biar
ReplyDeleteSemua orang tau,ini sebuah kisa nyata dari saya dan tidak ada rekayasa sedikit pun yang saya tulis ini,sekali lagi terimah kasih banyak ya Aki dan insya allah suatu hari nanti saya akan berkunjun ke kediaman Aki untuk silaturahmi.Wassalam dari saya ibu Sartika dan untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Aki disini PESUGIHAN UANG GAIB TANPA TUMBAL