Featured Post

Peringatan Kepada Laman OhMyMedia dan Page-page Hiburan Kaki Copy Paste

Ketika penulis memulakan penulisan di blog kira-kira sembilan tahun yang lalu, ada tiga (3) niat utama yang terlintas di fikiran pen...

Friday, September 18, 2009

Sempadan Sebenar Semenanjung Tanah Melayu

Jika pada hari ini ditanya kepada pelajar sekolah hinggalah kepada ahli politik, kawasan manakah yang dikatakan sebagai semenanjung Tanah Melayu? Pasti jawapannya adalah 11 buah negeri di semenanjung Malaysia kini. Tetapi sempadan semenanjung Tanah Melayu sebenarnya jauh lebih luas, iaitu meliputi daripada pulau Singapura di bahagian selatan hinggalah ke utara di segenting Kra yang di bawah wilayah Negara Thai dan Myanmar pada hari ini.





Pada masa dahulu, semenanjung Tanah Melayu turut meliputi wilayah Segenting Kra yang kini termasuk di dalam wilayah Negara Thai dan Myanmar. Penduduk di Negeri Patani bertutur dalam Bahasa Melayu dialek Kelantan (Yawi) sementara penduduk Melayu daripada wilayah Setul hinggalah ke Rundung dan Pulau Dua (Kawthoung) di dalam wilayah Myanmar pada hari ini bertutur dalam Bahasa Melayu dialek Kedah. Penduduk Melayu di kawasan ini bukanlah pendatang, sebaliknya merupakan kaum pribumi yang telah menduduki kawasan ini sejak zaman berzaman, iaitu warisan daripada Kerajaan Srivijaya dan Langkasuka. Sebahagian daripada maklumat ini boleh dirujuk pada laman sesawang http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/ dan http://patanibook.blogspot.com/.



Binaan di Rundung (Ranong) yang menjelaskan sempadan sebenar bumi Melayu dan Siam


Selepas kejatuhan Kerajaan Siam yang berpusat di Ayuthia pada tahun 1767 akibat serangan Burma, telah bangkit satu kuasa Thai iaitu Kerajaan Thonburi di bawah pemerintahan Raja Taksin. Raja Taksin ini telah menyerang Kerajaan-kerajaan Melayu di Negeri Ligor, Cahaya, Rundung, Terang, Ghraibi, Bukit, Bedalung dan Singgora. Negeri Patani terselamat daripada serangan tersebut. Walaubagaimanapun, benteng terakhir negeri Melayu ini kemudiannya berhadapan dengan serangan demi serangan daripada pihak Thai.

Anglo-Siamese Treaty, 1909, yang dibuat antara British dengan pihak Thailand telah memisahkan sama sekali semenanjung Tanah Melayu kepada dua bahagian. Perjanjian ini dibuat tanpa melibatkan perbincangan dengan Raja-raja Melayu di negeri-negeri yang berkenaan. Wilayah-wilayah milik Melayu daripada Patani, Singgora, Setul hinggalah ke segenting Kra telah diakui British sebagai hak milik Thai.




Ketika era pemerintahan Phibun Songkram, Perdana Menteri Thai pada tahun 1938, dia telah menukar nama Negara Siam kepada Prathet Thai/Thailand. Secara umumnya, Thailand bermaksud “Negara Bagi Orang-orang Bebas”, tetapi secara metaforiknya, ia bermaksud “Tanah Orang-orang Thai”. Phibun Songkram memerintah secara kuku besi dan berhasrat menjadikan Thailand sebuah negara kesatuan berdasarkan kepada budaya Kaum T’ai dan agama Buddha Theravada. Kaum-kaum minoriti termasuklah Melayu telah dipaksa untuk “menjadi Thai” melalui pemaksaan dasar Thai Ratthaniyom.

Selain daripada itu, nama-nama tempat yang berbaur Melayu di kawasan segenting Kra juga telah diubah kepada sebutan dalam Bahasa Thai. Di bawah ini dinyatakan kembali nama sebenar antara sebahagian kawasan-kawasan di bahagian selatan Siam dalam Bahasa Melayu yang telah di’Thai’kan untuk peringatan dan rujukan kita semua serta generasi akan datang khasnya.


Phuket (Bukit). Nama lain ialah Tongkah.
Thalang (Tanjung Salang)
Yala (Jala)
Betong (Betung)
Bannang Sata (Benang Setar)
Raman (Reman)
Kabang (Kabae / Kabe)
Krong Pinang (Kampung Pinang)

Narathiwat (Menara)
Tak Bai (Tabal)
Rueso (Rusa)
Su-ngai Kolok (Sungai Golok)
Su-ngai Padi (Sungai Padi)
Tanyongmat (Tanjung Mas)
Buketa (Bukit Tar)

Pattani (Pantai Ini)
Sai Buri (Selindung Bayu @ Teluban)
Yaring (Jaring)
Krue Sae (Gersik)
Panare (Penarik)
Yarang (Jarang @ Binjai Lima)

Songkhla (Singgora) bermaksud ‘Bandar Singa’
Chana (Chenok)
Na Thawi (Nawi)
Thepha (Tiba)
Saba Yoi (Sebayu)
Ranot (Renut)
Sadao (Sendawa)
Samila Beach (Pantai Bismillah)

Satun (Setul)
Khuan Don (Dusun)

Phang Nga (Pungah). Ada sumber lain mengatakan daripada nama 'Kuala Bunga'.
Ko Similan (Pulau Sembilan)
Ko Panyee (Pulau Panji)
Ko Phi Phi (Pulau Pi Ah Pi)
Takua Pa (Kupa)
Phattalung (Bedalong / Merdelong)

Trang (Terang)

Ranong (Rundung)

Krabi (Ghraibi)

Chaiya (Cahaya)

Nakhon Si Thammarat (Nagara Sri Dharmaraja / Bandar Sri Raja Dharma). Nama lama bagi negeri ini ialah ‘Tambralingga / Ligor’.

Tenasserim (Tanah Seri). Di dalam wilayah negara Myanmar (Burma) pada hari ini.




Pada hari ini, British-Malaya telah merdeka dan bergabung bersama Sabah dan Sarawak untuk membentuk Malaysia. Singapura yang didiami oleh majoriti kaum Cina kemudiannya telah disingkirkan dan membentuk pemerintahan republik sendiri. Daerah Pulau Pinang dan Daerah Seberang Perai, tidak seperti Daerah Dinding yang telah dipulangkan kembali kepada Negeri Perak, tidak dipulangkan semula kepada Negeri Kedah sebaliknya kekal menjadi sebuah negeri berasingan dengan majoriti penduduknya pada hari ini berketurunan Cina.
Sementara nasib kaum Melayu yang di bawah Negara Thai masih tidak jelas. Pada hari ini, Kaum Melayu hanya masih menjadi majoriti di Negeri Setul, empat daerah di Negeri Singgora iaitu Tiba, Chenak, Sebayu dan Nawi serta di Negeri Patani (Hari ini telah dipecahkan kepada Patani, Yala dan Narathiwat). Hanya masyarakat di wilayah-wilayah ini sahaja yang masih mampu bertutur dalam Bahasa Melayu mengikut dialek tempatan. Sementara masyarakat Melayu Islam di wilayah asal Melayu lainnya disebabkan menjadi kaum minoriti, kebanyakannya telah berintegrasi dengan kaum Thai dan tidak mampu lagi untuk bertutur dalam bahasa Melayu. Hanya agama Islam sahaja yang menjadi petunjuk mereka merupakan keturunan Melayu. Walaubagaimanapun, masyarakat Melayu di wilayah Pulau Dua (Kawthoung), Myanmar, masih lagi bertutur dalam Bahasa Melayu dialek Kedah pada hari ini.
Kita di Malaysia pada hari ini sebenarnya hanya mewarisi separuh daripada wilayah asal semenanjung Tanah Melayu.

30 comments:

  1. Salam saudara,
    Satu artikel yg menarik utk dibaca. sedikit sebanyak membantu mendedahkan sejarah realiti yg sedang diperjuangkan sekarang.

    Saya juga salah seorang pembaca setia kpd blog sejarah kedah tersebut. Cuma yg ingin saya berkongsi dr pembacaan saya disana, kalau tak silap Thaksin yg saudara sebutkan sebagai raja Thai dari kerajaan Thonburi itu sebenarnya adalah seorang panglima tentera kpd kerajaan Ayuthia.

    Diriwayatkan bahawa beliau sebenarnya bernama Mokhtar Hussein(panggilan nama kpdnya Sin) dan diberi kuasa sebagai pemerintah di wilayah "Thak'. Maka dgn itu beliau dipanggil dgn gelar "Thaksin" iaitu Hussein si penguasa di wilayah Thak.

    Diriwayatkan juga kemudiannya beliau murtad dan menganut agama Buddha seterusnya membantu dgn memberi kerjasama kepada org2 Thai yg pada masa itu sudah mula berkerajaan di Myanmar dan ingin menakluk Ayuthia setelah mereka menguasai Mandalay.

    Adakah dia ini dr rumpun Siam atau rumpun Mon atau Thai itu tidak pula disebutkan. Dan dimana pula wilayah Thak itu hari ini mungkin saudara boleh kaji.

    Sekadar berkongsi...wslm..

    ReplyDelete
  2. Salam saudara,
    sungguh menarik kupasan saudara
    tertarek sgguh pada nama2 Melayu yg telah diSiamkan itu..

    Salah ziarah dari saya, Adi Atsauri

    ReplyDelete
  3. Terima kasih, saudara Adi Atsauri...

    ReplyDelete
  4. salam tuan,,sesuatu yang menarik utk dikongsi,,mmg betui,,semasa kami menjelajah sehingga ke ranong(RUNDUNG)iaitu sempadan burma selatan...sebelum perjalanan ke kwantung,burma memang ramai penduduk sekitarnya rata2 beragama islam dan ada yang bertutur loghat melayu kedah...mmg sah kerajaan kedah dulu sampai ke rundung.....tapi apa kan daya.....

    ReplyDelete
  5. mohon share dalam blog saya, tuan =)
    saya akan letakkan link site ini sebagai rujukan dan kredit.bulan lepas, hampir sebulan saya tersebut-sebut tentang segenting kra.sampai saya mencar-cari dalam internet tentang tempat ini, dah sejauh mana yang saya jumpa adalah wilayah dari segenting kra ke bawah adalah wilayah yang digelar sebagai semenanjung tanah melayu.nama ini bukan kurniaan british, namun memang sudah turun temurun lagi.

    ReplyDelete
  6. Indah sungguh nama asal Chaiya iaitu Cahaya, jika negeri-negeri ni masih berdaulat hingga sekarang, bagaimana rupanya jika join Malaysia. Mungkin wujudnya Negeri Cahaya, Negeri Singgora atau Negeri Tanah Sari.
    Mungkin juga Negeri Kelantan tidak pernah terpisah daripada Patani membentuk Negeri Besar Patani Darul Salam.
    Mungkin wujud artis2 Malaysia dari Negeri2 berdaulat ni..lokasi drama/filem pon mungkin banyak di kawasan sini sebab geografinya sgt cantik.
    ATAU
    Mungkin wujudnya Negara Baru jika Siam tak pernah tawan dari Kra Isthmus ke Pattani, Negara Langkasuka, mungkin Muang Patani ibu negaranya.
    Mungkin juga Negara Langkasuka akan melindungi adiknya iaitu Negara Malaysia ;)
    Mungkin kah negeri2 bekas Melayu akan BEBAS dan kembali BERDAULAT spt dulu?
    Mungkin juga bila Allah akan tentukan..Insya-Allah.

    Bila tgk filem thai Muay Thai Chaiya atau Queen of Langkasuka/Patani, tgk pelakon lelaki cam hensem & gedebe..perempuan CUN..boleh menang ABP Berita Harian ni kalau join Malaysia hahaah

    Tony Ja pon semirip muka melayu ;)

    ReplyDelete
  7. demi Allah dan Rasul....sekarang ini melayu sedang mencari identiti mereka...melayu jati cara melayu jati,jawa cara jawa,banjar cara banjar,minang cara minang dan lain-lain rumpun melayu sedang mencari identiti....satu masa melayu akan bangkit....tiada lagi suku-suku...kita melayu darul islam...sabarlah saudaraku di pattani dan moro...penyatuan melayu akan berlaku

    ReplyDelete
  8. Satu sejarah yg betul2 tersembunyi... maklumat di atas menyuluh sedikit kegelapan yg terselubung.

    ReplyDelete
  9. yes. dusun , bajau , iban , murut dan lain2 semuanya rumpun melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dusun,bajau,iban,murut bukan melayu tapi dayak bossku

      Delete
  10. yes. dusun , bajau , iban , murut dan lain2 semuanya rumpun melayu

    ReplyDelete
  11. bangsa melayu memang berasal dari tanah melayu..mengikut kajian sejarah mana sekalipun,tanah besar akan membuka penempatan ke pulau-pulau...adakah kita bangga mengatakan asal usul dari indonesia??TANAH BESAR YANG AKAN MEMBUKA PENEMPATAN KE PULAU-PULAU..harap yang kaji sejarah buka mata..bukan pulau yang akan buka penempatan ke tanah besar...

    ReplyDelete
  12. Sangat menarik kupasan dari saudara Ibn Rusyd (Y)

    ReplyDelete
  13. Ibu saya dari koh panyee,kami 100 percent muslim.mengikut cerita org tua2,asal keturunan keluarga kami dari jawa dan langkawi iaitu dari mahsuri.ada kaitan kah?

    ReplyDelete
  14. Andai kerajaan kerajaan melayu di masa silam sama-sama bersatu , tanpa perpecahan sesama bangsa, mungkin sehingga kini wilayah rundung dan wilayah2 sekitarnya masih bertuankan melayu.. menjadi ikhtibar kepada kita agar tidak mengulangi kesilapan seperti itu kelak.. bersatu kita teguh, bercerai kita roboh..

    ReplyDelete
  15. Harap selepas perang dunia ke-3, langkap geografi segenting kra akan berubah wajah. Tanah tanah melayu akan kembali bersatu. sempadam Melayu hingga ke tanag sari patut dikembalikan.

    ReplyDelete
  16. Harap selepas perang dunia ke-3, langkap geografi segenting kra akan berubah wajah. Tanah tanah melayu akan kembali bersatu. sempadam Melayu hingga ke tanag sari patut dikembalikan.

    ReplyDelete
  17. -Dengan berbagai puak/suku yang berlainan di indonesia mengapa tetiba bahasa melayu juga yang diangkat menjadi bahasa resmi. Cuma ditukar label jadi 'bahasa indonesia'.
    -siapa tahu haplogroup(dna) bangsa melayu dalam kumpulan mana. Salah satu mungkin N 21 tapi ada yang lain lain juga.
    Satu hari nanti aku rasa akan ada 'parti dna melayu' cawangan malaysia sekurang kurangnya ditubuhkan. Parti macam ini mungkin mukriz boleh join sebab dia 50% dna melayu tapi mahathir tak bolehla sebab dia bukan dna melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum,saya rasa awak perlu perbetul kenyataan awak,adalah lebih baik kita kaji,
      sy juga pernah ada pendapat serta pandangan yg negative terhadap tun,namun tahun ini ,di beri hidayah untuk berhijrah dan mula sedar...syukur kepada tuhan yang esa,tiada tandingan lain buat nya.
      sesungguhnya aku brani memberikan bukti yg diri ku telah kaji menerusi sumber2 sahih,bahawa sa nya beliau telah kian lama menjadi antara yang cuba untuk mempertahankan agama serta negara.
      walaupun beliau ada keturunan dari india,nanum jgn anda lupa tentang kerajaan mungol yg hebat suatu ketika itu.
      jadi islam itu bukan pada bangsa,
      islam itu dtg memajukan, memuliakan serta menaikan sesuatu kerajaan.
      maaf niat penulisan saya bukan untuk bermusuh atau bersengketa.
      namun pada pandangan peribadi saya,
      saya di beri petunjuk untuk mencari ilmu,
      maka saya juga harus amanah serta jujur pada ilmu yg diperolehi.
      antara nya,
      saya juga harus betulkan jikalau ada kekilafan,
      namun bukan niat utk menguris hati ,namun atas niat ingin berkongsi.

      di pikirkan kita dapat bersahabat dikemudian hari ...
      salam maaf dari saya.

      Delete
  18. Just an oversight on the author's part. Sebenarnya nama Tanah Melayu tidak wujud sebelum kedatangan Orang British ke tanah ini. jadi bagaimanakah pengarang boleh mengatakan sejarah Tanah Melayu. Sebenarnya nama asal Tanah Melayu ini ialah Barr Chin (mengikut peta lama Arab). Jadi pemilik lama sebenar tanah ini bukan orang melayu tetapi orang China.

    http://www.malaysia-today.net/the-great-tanah-melayu-debate/

    http://joechelliah.blogspot.co.id/2012/11/tanah-melayu-formerly-named-barr-chin.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear idiot,

      Yeah I know about it. Yang sebarkan info tentang Barr Chin ni anonymous yang guna nama Michael Chick. Kadang2 dia guna nama John Doe. Around 2009 or 2010. The same person yang buat kenyataan bodoh kata one Institute di US sahkan Hang Tuah bukan Melayu. The institution is not even exist.

      Macam mana orang kita boleh jadi cukup bodoh simply percaya benda2 macam ni?

      Delete
    2. Agak2 la nk membongak,cina dibawa masuk oleh british,sebelum ini mereka berdagang di melaka semasa zaman kesultanan melayu melaka,boleh pulak dia reka teori bangang bebal..

      Delete
    3. Ish ish....who are u? So innocent

      Delete

  19. Perkataan "Melayu" yang tertua direkodkan dalam sejarah dicatatkan dalam buku atlas Geōgraphikḕ Hyphḗgēsis yang dilukis oleh seorang Greek bernama Claudius Ptolemius pada sekitar tahun 150 AD.
    Dalam peta Aurea Chersonese (diterjemahkan sebagai Semenanjung Emas) yang terdapat dalam atlas tersebut, anda akan menemui perkataan yang disebut sebagai Maleu-kolon atau Malaiu-kolon di mana menurut pendapat Gerolamo Emilio Gerini, kawasan yang dilabelkan sebagai Maleu-kolon itu terletak di sebuah tempat bernama Tanjung Kuantan di Semenanjung Tanah Melayu (Malay Peninsula) kini.

    https://2.bp.blogspot.com/-0WSJyk0wTBA/WDomZaKNEgI/AAAAAAAAE9U/KleRY_58IbYphC4rrOOzxC6UkDcayp7zQCLcB/s1600/Ptolemy_Asia_malayukolon.jpg

    ReplyDelete
  20. Terima kasih atas info..apakan daya..Negeri2 melayu Selatan Thai hanya tinggal sejarah

    ReplyDelete
  21. Saya walaupun seorang yang muda umurnya, sangat berharap wilayah Tanah Melayu yang sebenarnya seperti dalam peta di atas dapat direalisasikan semula pada masa akan datang. Walaupun ini terlihat bagai angan-angan mat jenin, saya masih menaruh harapan dan percaya suatu hari pasti impian ini akan dilaksana. Saya akan terus berusaha dalam menjadikan impian ini satu kenyataan biarpun usaha yang dilakukan dilihat kecil.

    Salam Satu Impian Kepada Semua.

    ReplyDelete
  22. Susah bahkan mustshil kesian bangsaku melayu

    ReplyDelete