Featured Post

Peringatan Kepada Laman OhMyMedia dan Page-page Hiburan Kaki Copy Paste

Ketika penulis memulakan penulisan di blog kira-kira sembilan tahun yang lalu, ada tiga (3) niat utama yang terlintas di fikiran pen...

Wednesday, November 18, 2009

Zainal Al-Johan Gigih Kumpul Artifak Melayu

Diolah semula daripada laporan asal oleh wartawan Mohd. Shukri Mohd. Ariff dalam Dewan Masyarakat keluaran November 2009

Tentu pelik pada zaman moden ini melihat seseorang berpakaian seperti pahlawan Melayu dahulukala. Siap dengan lilitan pontoh dan keris panjang tersisip di pinggang. Insan unik ini boleh dijumpai di Kampung Tanjung Sena Hulu, Rembau, Negeri Sembilan. Empunya diri bernama Zainal Al-Johan. Insan ini bukanlah calang-calang orang. Beliau merupakan cucu kepada Dato’ Putih Haji Mohd Yusof bin Abdul Hamid, pembantu khas Dato’ Abdullah Haji Dahan (Undang Luak Rembau). Beliau pernah menuntut di Akademi Marin di California, Amerika Syarikat dan pernah berkhidmat sebagai Komandan Kem Tentera di Kubang Pasu, ketika era Tun. Dr. Mahathir Mohamad masih menjadi Perdana Menteri.

Menariknya, Zainal ini sering membawa Keris Tempa Melaka yang pernah digunakan oleh Hang Tuah ke mana-mana sahaja. Keris Tempa Melaka ini merupakan keris kedua Hang Tuah selepas Keris Taming Sari. Keris ini dibuat daripada 21 jenis besi dan mempunyai 21 lok merupakan hadiah Sultan Melaka kepada Hang Tuah dan kini berusia hampir 600 tahun.

Zainal Al-Johan merupakan seorang pengumpul artifak Melayu. Minat tersebut mula timbul selepas bertemu dengan rakannya, Allahyarham Prof. Norhalim Haji Ibrahim, pengkaji sejarah, bekas pensyarah Universiti Putra Malaysia dan bekas kurator Muzium Adat Negeri Sembilan yang mengeluh kerana hanya mampu menulis berkenaan dengan sejarah kegemilangan tamadun Melayu Melaka tanpa mempunyai artifak bagi membuktikan kebenaran faktanya.

Keluhan tersebut memberikan kesan yang mendalam kepada Zainal. Beliau mula berbincang dengan beberapa orang rakannya dan kemudiannya tertubuhlah Teraju Istiadat Sdn. Bhd. yang beribu pejabat di Rembau. Syarikat ini tidak bermotifkan keuntungan tetapi mengkhususkan kepada aktiviti carigali dan mengumpulkan artifak Melayu. Kos operasi bagi carigali yang menjangkau ratusan ribu ringgit diperuntukkan oleh Ahli Lembaga Pengarah Teraju Istiadat sendiri.
Teraju Istiadat mendapat kerjasama yang cukup baik daripada Muzium Adat Negeri Sembilan dan Muzium Negeri. Setiap aktiviti carigali yang dilaksanakan hanya dijalankan selepas mendapat kelulusan dan permit daripada pihak muzium. Dan setakat ini, Teraju Istiadat dibenarkan untuk menyimpan artifak yang dijumpai.


Usaha untuk mendapatkan artifak Melayu yang hampir pupus ini bukanlah mudah. Teraju Istiadat terpaksa melibatkan ramai tenaga pakar daripada pelbagai agensi dan melibatkan dua kaedah proses pencarian iaitu kaedah saintifik dan kaedah spiritual. Kebanyakan artifak yang ditemui berada di dasar laut dengan kedalaman melebihi 100 meter. Gabungan kaedah saintifik dan spiritual ini menghasilkan kejayaan hampir 100 peratus.

Maklumat mengenai sesuatu artifak biasanya disampaikan oleh informan di seluruh Malaysia dan akan diteliti dengan terperinci oleh pihak Teraju Istiadat sebelum memulakan kerja pencarian. Informan kemudian akan dibayar mengikut harga artifak yang ditemui. Semua artifak ini disimpan di rumah ibu Zainal di Rembau.






Teraju Istiadat kini sudah menyimpan hampir 200 buah artifak Melayu. Antaranya adalah sekeping dinar emas zaman Parameswara, yang harga pasaran semasanya 25 juta Euro (RM126 juta), dan cawan Puteri Hang Li Po yang dihadiahkan kepada Sultan Melaka, harga pasarannya tidak kurang 5 juta Euro (RM25 juta).




Banyak koleksi artifak yang ditemui menggambarkan tamadun Melayu pada masa dahulu, sama ada dari sudut teknologi, sistem pemerintahan, pembangunan bandar dan sebagainya. Namun, Zainal percaya artifak yang telah beliau temui hanya menggambarkan sebahagian kecil keagungan tamadun Melayu silam yang kebanyakannya masih belum ditemui.

Sebagai contoh, keris Tempa Melaka yang digunakan oleh Zainal. Menurut beliau, antara senjata tradisi dunia yang dianggap terhebat pernah dicipta ialah Pedang Samurai yang digunakan pada era kegemilangan Shogun Tokugawa di Jepun. Pedang Samurai terhebat pernah dicipta menggunakan 12 jenis besi. Tetapi, beberapa pengkaji Jepun yang meneliti keris Tempa Melaka yang dicipta oleh seorang Melayu bernama Sang Guna terperanjat apabila mendapati ia dicipta menggunakan lebih 21 jenis besi.


Begitu juga dengan manusia pertama yang belayar mengelilingi dunia iaitu Panglima Awang pada era 1400-1500. Beliau tidak menggunakan kompas sebaliknya menggunakan Cakera Alam yang menggunakan lima buah cakera yang bukan sahaja mampu memberikan petunjuk arah, malahan juga maklumat bintang, tiupan angin, pasang surut air, dan pelbagai lagi.

Selain, itu, kita pada hari ini kagum dengan penciptaan mancis oleh orang Eropah. Namun sebenarnya, sudah lebih 600 tahun orang Melayu mencipta pemetik api yang sistemnya hampir sama dengan pemetik api moden dari segi saiz dan kegunaan. Pemetik api purba ini dibuat daripada tanduk dan bahan bakarnya pula menggunakan ”selubuk”, sejenis serbuk berwarna putih yang diperolehi daripada pohon Enau. Selubuk ini bertindak seperti kerosin dan apabila dimasukkan ke dalam pemetik api dan diketuk, akan mengeluarkan api berwarna biru.

Zainal Al-Johan juga menunjukkan kunci mangga yang dicipta oleh orang Portugis kira-kira 600 tahun dahulu. Kunci mangga ini sama seperti kunci mangga pada masa sekarang. Tetapi Zainal turut menunjukkan kunci mangga yang dicipta orang Melayu kira-kira 2000 tahun dahulu, tiga kali ganda lebih tua daripada kunci mangga ciptaan orang Portugis. Kunci mangga ini seperti kunci mangga sekarang dan menggunakan besi tembaga. Uniknya, lubang kunci berbentuk ”I”, manakala keratan rentas anak kuncinya berbentuk ”T”. Mengikut logik akal, mustahil anak kunci ini boleh dimasukkan ke dalam lubang mangganya. Tetapi orang Melayu pada 2000 tahun dahulu sudah berfikir menggunakan hukum fizik bagi membolehkan kunci mangga ini dibuka dengan mudah.

Alatan muzik tradisional Melayu juga cukup mengagumkan. Misalnya, sebuah alat muzik yang dikenali sebagai ”Tangtuang” diperbuat daripada tanduk kerbau dan berbentuk seperti trompet digunakan untuk berburu dan memulakan peperangan. Yang menariknya, bahagian dalamnya kosong tanpa ada apa-apa elemen yang boleh membantunya mengeluarkan bunyi. Wartawan ini cuba meniupnya dan sehingga berubah muka menjadi merah pun, tiada bunyi yang terhasil. Zainal menjelaskan cara meniupnya menggunakan pengetahuan prinsip bunyi dalam sains iaitu getaran, dengungan dan ruang (rekabentuk). Apabila beliau menggunakan tiga elemen tersebut ketika meniupnya, Tangtuang mengeluarkan bunyi yang sangat kuat dan menggerunkan, sama seperti bunyi serombong kapal!


Rata-rata usia artifak yang disimpan oleh Zainal menjangkau usia ratusan tahun. Namun, kebijaksanaan dan pengetahuan orang Melayu yang menciptanya amat mengagumkan. Secara logik, amat mustahil satu bangsa yang dilabelkan oleh penjajah sebagai pemalas, tidak inovatif, dan kolot, mampu mencipta artifak sehebat itu.


Menurut Zainal, pihaknya berhasrat untuk mendirikan sebuah kompleks Melayu di Kompleks Kristal, Rembau, untuk mempamerkan artifak pupus yang telah dikumpulkan. Kompleks ini diterajui sendiri oleh Teraju Istiadat dan Persatuan Sejarah Malaysia (Kawasan Rembau) serta mendapat sokongan Yayasan Negeri Sembilan.

37 comments:

  1. syabas admin..
    artikel yg ini memang menarik..
    teruskan usaha..

    ReplyDelete
  2. salam admin...sgt2 menarik!! teruskan menulis..sedarkan bangsa kita adalah bangsa ultra terhebat bukan pemalas!

    ReplyDelete
  3. aku menyokong usaha en zainal mencari dan menyimpan khazanah2 ketamadunan melayu untuk tatapan,renungan dan ilmu untuk generasi muda,agar mereka sedar betapa bangsa melayu ini mempunyai sejarah yg cukup bernilai..dan agar mereka sedar betapa bangsa melayu ini sebenarnya telah di sembunyikan segala sejarahnya untuk tujuan melemahkan bangsa melayu..ketahuilah sejarah ketamadunan bangsa melayu ini berkait rapat dengan ketamadunan islam..keagungan melayu seiring dengan keagungan islam kerana orang melayu itu merupakan seorang muslim/muslimah yg sejati islamnya.....

    ReplyDelete
  4. To Anon 5:50, Pencinta Kebenaran & Anon 11:56,

    terima kasih banyak2. Sbnrnya artikelnya agak panjang. Kalian boleh dapatkan Dewan Masyarakat November kalau nak tahun cerita sepenuhnya. Yang disiarkan disini hanya sebahagian sahaja untuk makluman dan pengetahuan bersama.

    Salam perkenalan & terima kasih.

    ReplyDelete
  5. salam bro..thx coz mengumpulkan kembali segala artifak kegemilangan bangsa kita satu masa dahulu..

    MELAYU bangsa yg MULIA dan DIHORMATI..tamadun kita suatu masa dahulu semamangnya terbukti sudah menjangkaui masa..kite sememangnye hebat dari segi TEKNOLOGI dan sebagainya..kite tewas adalah kerana byk sangat berlakunya rasuah yg disuapkan oleh penjajah kite..sedihnya

    akan tetapi ada satu sumber yg boleh dipercayai di internet mengatakan segala artifak2, ilmu manuskrip lame mengenai TEKNOLOGI org MELAYu sudah diopindahkan semasa penjajah menjajah kite..

    segalanya disimpan dengan rapi DI VATICAN CITY,ITALY..puak yahudi semamngya tidak mahu kita menjadi bangsa yg hebat kerana kite semamngya bangsa yg KUAT suatu masa dahulu..

    ...

    ...

    ...

    ~HIDUP MELAYU & ISLAM~

    ReplyDelete
  6. dia tau dimana keris taming sari disimpan

    tq

    -ed

    ReplyDelete
  7. abang is:di mana ek? saya jugak terigin sangat nak tengok senjata yg hebat ini. Kebal sebab keris di jaga khadam atau memang besi2 ramuan itu punyai kuasa membuat pemegangnya kebal atau amalan dari panglima hang tuah sendiri?

    ReplyDelete
  8. Sangat menarik artikel ini. Usaha tuan sgt2 dihargai dan dikagumi...bestnya bangsa Melayu ini....Hebatnya bangsa Melayu ini.

    ReplyDelete
  9. Salam.. artikel dan usaha yang sungguh menarik untuk dibaca dan diteladani oleh masyarakat melayu kita hari ini. Sedih bila kita dilebel sebagai masyarakat yang malas, kurang cerdik dan masyarakat subsidi. Kepada en.zainal, terima kasih diatas inisiatif untuk mendapatkan bukti yang kita bukan seperti yang di fikirkan oleh masyarakat luar sana. HIDUP MELAYU.....

    ReplyDelete
  10. Salam...saya mengenali Saudara Zainal bahkan pernah ke rumahnya di Rembau untuk melihat sendiri semua artifak tersebut..memang mengagumkan..Saya dipelawa oleh ayah saya untuk melawat saudara Zainal dan mendengar sendiri cerita keagungan bangsa melayu darinya..pada mulanya saya kurang berminat dan sekadar menurut untuk menjaga hati ayah namun setelah berada di sana dan mendengar sejarah kegemilangan bangsa melayu dari mulut saudara Zainal sendiri,saya merasa sgt bangga dilahirkan sebagai seoranng melayu. Usaha saudara Zainal patut mendapat sokongan semua pihak.

    -farah bt ku fauzi-

    ReplyDelete
  11. Salam.

    sedikit demi sedikit terbongkar..

    mengapa mereka melenyapkan sejarah kita?.. sedangkan Andalusia dan Islambul masih terlihat kesannya.. Kota Melaka hanya tinggal gerbang..

    begitu benci mereka pada Melayu dan Islam di Nusantara..

    sehingga hilang jati diri anak bangsa..

    kita takkan mengalah. bangkit menyusun langkah.

    ReplyDelete
  12. Mungkinkah kerana kita ada kekuatan yang ditakuti mereka?
    Melayu perlu bangkit. Benar-benar bangkit, perubahan pada diri sendiri dahulu, baru boleh mengubah dunia.
    Insyaallah..

    ReplyDelete
  13. sebelum mkaji apa yg dia temui
    kaji dulu siapa dia
    jgn mudah pcaya apa yg dicakap
    selagi tak kaji
    siapa zainal al johan sebenarnya

    ReplyDelete
  14. kan best kalu setiap ari jumaat aku pakai pakaian mcm en. zainal g ke pejabat..

    malu mmg malu buat kali pertama..

    tp aku ingat kalu 4-5 org boleh sehati sejiwa dgn selamba pakai.. nak je aku join..

    setidaknya paling koman pun.. dpt aku berbangga dgn Melayu dan tunjukkan pada melayu lain supaya mereka pun terbakar sama..

    kita kena bangkit.

    ReplyDelete
  15. Boleh tak kalau saya buat satu hipotesis yang tembok kota A Famosa sebenarnya adalah binaan daripada kubu kota Melaka? Takkanlah Portugis boleh memusnahkan segala binaan batu dalam kota Melaka (kota Melaka digambarkan oleh penulis waktu itu sebagai sangat hebat. Takkan le hanya dibuat daripada kayu-kayan). Mungkin ada binaan yang digunakan semula dan diubahsuai sehingga kita menyangka semua binaan batu purba yang terdapat di Melaka sekarang adalah dibina oleh Portugis dan Belanda. Satu lagi, macam mana kerajaan Melaka sekarang boleh membina semula replika kincir air kesultanan Melaka, mana dapat maklumat tentang kincir air tu? Itu salah satu teknologi Melayu yang disembunyikan; belum masuk lagi bab meriam dan senjata api.

    ReplyDelete
  16. Mat saleh ni suma dah ambik kitab2 lama kita dan diubah ikut selera dia org. sebenarnya mat2 saleh ni dia org jauh ketingalan pada masa tu. Apabila dia cuba tawan satu tempat tu yang pertama dia akan musnahkan naskah2 lama dulu supaya kita takda rujukan utk generasi baru. Sekarang ni kita sedang mngalami kesan dari kehilangan naskah2 tu.

    ReplyDelete
  17. tersedar dari lamunan...terima kasih...

    mohon izin link di fb...;)

    ReplyDelete
  18. Di dalam aku tercari-cari asal usul keturunan ku (Melayu) aku diketemukan dengan En Zainal.... mulanya aku terperanjat dengan penampilannya seolah seorang pendekar zaman silam.. tetapi aku kagum dengan prinsip yang dipegangnya...

    ReplyDelete
  19. Saya sokong ape yang tuan punye blog ini tulis.

    Artikel mengenai melayu harus diperbanyakan lagi penulisannya ibarat bak kata pepatah "mata pena lebih tajam daripada mata pedang".


    salam ziarah,

    http://www.gadismelayuboleh.com

    ReplyDelete
  20. Saya bukan dari kalanga orang melayu tapi apabila baca semua artikel di atas baru saya tahu tentang keunikan orang melayu. Saya sungguh tertarik dengan keistimewaan yang ada pada orang melayu pada zaman dulu kala. sungguh tak disangka.

    ReplyDelete
  21. aku ingat kementerian pelajaran mesti menitik beratkan soal sejarah melayu dan malaysia.klu tak bangsa yg ada di mlaysia ni akan punah ranah sebab tak kenal sejarah asal usul mereka.HARAP kementerian pelajaranmeletak kan SEJARAH sebagai subjek utama dalam jadual dan kertas peperiksaan semua sijil di malaysia.kalau tak lulus subjek ni gagal dalam peperisaan itu KERAJAAN MUSTI MENITIK BERATKAN SOAL SEJARAH NI.JADIKAN SUBJEK UTAMA DARI DARJAH 1 HINGGA KE PUSAT PENGAJIAN TINGGI.SEBARLAH BANGSA KITA TELAH BUTA SEJARAH.SEGERA AMBIL TINDAKAN!!!!!!

    ReplyDelete
  22. Salam,

    Orang Melayu sepatutnya memang kena belajar sejarah sebab makin dikaji makin banyaklah perkara yang kita tidak tahu. Berbeza dengan rakan2 kita yang lain, sejarah mungkin tidak enak untuk mereka ketahui.
    Memang seronok kalau dapt dihidupkan sepenuhnya kebudayaan melayu dari kita dok mengadaptasikan budaya rojak yang entah apa2 sekarang ni.

    darah panglima melayu.

    ReplyDelete
  23. Anonymous xreti bahasa, Anonymous bodoh! hidup melayu!!!!

    ReplyDelete
  24. salam saudara dan saudari
    bagi sesiapa yang mengenal saudara zainal,sememangnya beliau biasa memakai pakaian warisan melayu dimana sahaja.walau ke pasar sekalipun.bagi saudara yang ingin mengetahui asal usul melayu silalah berjumpa dengan beliau.memang ramah orangnya,sekilas pandang bak pendekar, sekali pandang bagai terpegun,kata seindah bahasa budi lagak melayu dahulu kala. melayu kebanggaan diangkat disanjung ..jangan sampai tersungkur menjadi layu..usaha saudara zainal perlu disokong..takkan melayu hilang di dunia..Hidup lah bangsa TA-MIM..wasalam

    ReplyDelete
  25. KENAPA TIDAK DI KETAHUI TENTANG ARTIRAK MELAYU INI.....DIMANA RUANG PAMERANNNYA?
    SEMACAM TIDAK DIGEMBAR GEMBURKAN....SEHARUSNYA ADA KESINAMBUNGAN......

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum..
    Alhamdulillah, kekalkan warisan lama agar tidak ditengelami arus kemodenan, semoga usaha penerbitan khazana-khazana lama ini menjadi 1 sejarah yang diingati dan di pelajari oleh golongan generasi masa kini dan yang akan datang.. Segala warisan nenek moyang warisan tidak dilupakan.. di sini saya mencadangkan, rancangan "Artifak Pupus" diubah tajuk yg lebih sesuai, perkataan "Pupus" itu sangat menyedihkan bagi ahli sejarah..

    cadangan saya, agar rancangan "Artifak Pupus" disiarkan pada waktu yang amat sesuai di mana boleh menarik perhatian masyarakat kini, saya amat la tidak setuju rancangan di siarkan waktu2 lewat, "malam2 buta", semua orang sudah pun lena di buai mimpi.. sedih!

    Saya doakan agar segala usaha Tuan membuahkan hasil yang mampu membuka hati dan minda generasi masa kini dan akan datang.. semoga wujudnya cinta pada warisan lama dan cinta pada sejarah..
    akhir kata, saya bangga..

    assalamualaikum~

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum
    Saya amat tertarik dengan penampilan saudara yang bersahaja, mengagumkan.

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum...
    Faham dan tahu sesuatu perkara akan wujudkan keyakinan diri yang tinggi yang tidak mungkin tergugat lagi walau berhadapan sindirian liar..

    ReplyDelete
  29. bongkarkan teknologi Tamadun Melayu yg setaraf tamadun Chin,India,Mesir dan Iraq

    ReplyDelete
  30. Jutaan tahniah buat tuanhamba kerana memertabatkan bangsa melayu!tanpa tuanhamba,pasti ramai lagi orang2 melayu di butakan mata oleh SANG PEJAJAH! SYABAS!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  31. HEBAT DAN MENAKJUBKAN!!! SYABAS... SEPATUTNYA IA DI KETENGAHKAN UNTUK TONTONAN UMUM SEPERTI DISIARKAN DI MAJALAH 3 ATAU MANA2 TV TEMPATAN.

    ReplyDelete
  32. Sy ada dinar emas sultan kesultanan melayu melaka.. en. Zainal nk beli x? 01123452813

    ReplyDelete
  33. Sy ada dinar emas sultan kesultanan melayu melaka.. en. Zainal nk beli x? 01123452813

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum wbt. Sewaktu berkhidmat di DBP, saya mengenali Tn. Zainal. Sekarang saya sudah bersara dan terputus hubungan dengan beliau. Sekian lama saya berusaha untuk berhubung semula tetapi malangnya nombor telefon bimbit beliau tidak dapat dikesan. Saya amat berharap sekiranya tuan dapat memberikan nombor telefon beliau agar silaturrahim yang terputus dapat disambung semula. Terima kasih.

    ReplyDelete