Featured Post

Peringatan Kepada Laman OhMyMedia dan Page-page Hiburan Kaki Copy Paste

Ketika penulis memulakan penulisan di blog kira-kira sembilan tahun yang lalu, ada tiga (3) niat utama yang terlintas di fikiran pen...

Friday, April 9, 2010

Pribumi di Taiwan : Rumpun Melayu Yang Dilupakan

Terdapat maklumat menarik yang ingin dikongsikan hasil daripada kajian yang telah dijalankan oleh Dr. Zafarina Zainuddin dari Sekolah Sains Kesihatan dan Pergigian, Universiti Sains Malaysia bermula pada tahun 2005 yang lalu. Berdasarkan kajian tersebut, saintis telah merumuskan bahawa teori Bangsa Melayu (Malay Race) berhijrah dari Taiwan tidak lagi boleh dipercayai. Ini kerana saintis mendapati gen yang ditemui dikalangan orang Polinesia (Hawaii) tidak dijumpai pada Orang Asli Taiwan. Ini menunjukkan ‘hubungan’ tersebut telah hilang.

Sebaliknya teori yang dikemukakan adalah masyarakat Melayu pada dahulu kala yang berhijrah dari Indochina telah sampai ke pantai pulau Borneo terlebih dahulu di mana bangsa dan bahasa masyarakat Malayo-Polinesia ini berkembang. Dari pulau Borneo barulah mereka berhijrah ke Taiwan, Kepulauan Filipina, pulau-pulau di Nusantara hinggalah ke Pasifik dan Madagascar.

Menurut para pengkaji, penduduk asli atau pribumi di Taiwan sebenarnya bukannya orang China, sebaliknya rumpun bangsa Austronesia, kerana pada abad ke-14 Masihi barulah masyarakat Han (China) datang menduduki Taiwan.





Penduduk asli Taiwan terbahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama terdiri daripada sekitar 12 etnik dan tinggal di pedalaman Taiwan. Mereka menolak untuk berasimilasi dengan orang China. Golongan kedua, Pingpu, sekitar 10 etnik telah bercampur baur dengan orang-orang China. Bahasa dan budaya asli mereka telah punah disebabkan mereka tidak lagi menyedari bahawa mereka adalah keturunan pribumi Taiwan.


Antara etnik dari kumpulan pertama adalah Atayal, Paiwan, Rukai, Saisiat, Tsao, Amis, Puyuma, Bunun, dan Yami (Tao). Hasil penelitian para pengkaji mengenai penduduk asli daripada kumpulan pertama itu dapat disimpulkan seperti berikut :

i. Sebahagian besar etnik-etnik ini memiliki adat-istiadat seperti etnik-etnik Dayak di pedalaman Borneo. Sebagai contoh, wujudnya tradisi memburu kepala sebagai bukti keberanian.
ii. Mereka memiliki bahasa yang secara linguistik digolongkan dalam bahasa Austronesia. Meskipun setiap etnik memiliki dialek yang sangat berbeza antara satu sama lain, terdapat sejumlah kosa kata dalam bahasa mereka yang berkaitan dengan rumpun bahasa Melayu-Polinesia, seperti dialek Jawa dan Sunda. Maka dapat digolongkan bahasa mereka dalam rumpun bahasa Melayu.

iii. Beberapa etnik memiliki adat yang sama seperti Adat Perpatih yang diamalkan masyarakat Minangkabau, iaitu pewarisan keluarga melalui kaum wanita, tetapi urusan kemasyarakatan dipegang oleh lelaki.

Kemiripan bahasa masyarakat pribumi di pulau Taiwan dengan berbagai dialek Melayu terutama dialek para pribumi di pulau Jawa (termasuk Sunda, Madura, dan sebagainya) sangat jelas dalam istilah-istilah angka. Sebagai perbandingan :

Melayu : 1-satu, 2-dua, 3-tiga, 4-empat, 5-lima, 6-enam, 7-tujuh,8-lapan, 9-sembilan, 10-sepuluh

Jawa : 1-siji/sitok, 2-loro, 3-telu, 4-papat, 5-gangsal/limo, 6-enem, 7-pitu,8-wolu, 9-songo, 10-sepuluh

Atayal : 1-kingan, 2-taha, 3-telo, 4-seqpat, 5-lima, 6-matalu, 7-putu,8-meseqpat, 9-mengali, 10-maxen

Paiwan : 1-ita, 2-dusa, 3-chelu, 4-sepat, 5-lima, 6-unem, 7-picu,8-alu, 9-siva, 10-puluq

Puyuma : 1-sa, 2-tua, 3-teli, 4-pat, 5-lima, 6-enem, 7-putu,8-walu, 9-iwa, 10-puluh

Tsou : 1-cihi, 2-roso, 3-turu, 4-septe, 5-rimo, 6-nome, 7-pitu,8-voru, 9-sio, 10-maske

Amis : 1-cecay, 2-tosa, 3-tolo, 4-sepat, 5-lima, 6-enem, 7-pito,8-valo, 9-siwa, 10-poloq

Paiwan : 1-ita, 2-dusa, 3-chelu, 4-sepat, 5-lima, 6-unem, 7-picu,8-alu, 9-siva, 10-puluq

Bunun : 1-tasa, 2-dusa, 3-tau, 4-paat, 5-hima, 6-nuum, 7-pitu,8-vau, 9-siva, 10-macan

Yami : 1-asa, 2-doa, 3-teylo, 4-apat, 5-lima, 6-anem, 7-pito,8-wao, 9-siam, 10-poho





Antara perkataan yang digunakan oleh pribumi Taiwan yang mirip dengan Bahasa Melayu :

Mata : mata (Amis & Bunun), maca (Rukai & Paiwan)
Telinga : tagila (Amis), talinga (Puyuma), calinga (Rukai)
Kaki : kakai (Atayal)
Lidah : lidame (Rukai)
Ekor : ikur (Puyuma)
Api : apoy (Rukai), sapuy (Paiwan), apuy (Puyuma).
Jalan : djalan (Paiwan), dalan (Puyuma) – (Jawa: dalan),lalan (Amis), daan (Bunun)
Makan : mekan (Puyuma), wakane (Rukai).


Menurut para pengkaji lagi, dialek-dialek bagi 12 etnik ini diancam kepupusan memandangkan jumlah penuturnya yang semakin sedikit. Para pengkaji berharap dapat terus melakukan penelitian sebelum unsur-unsur rumpun bahasa Melayu di kalangan pribumi Taiwan ini benar-benar punah disebabkan penggunaan bahasa Mandarin yang meluas khususnya dikalangan generasi muda mereka.
Sila lihat juga artikel lama yang berkaitan :

9 comments:

  1. ha ah la... aku nengok gambar2 tu, baru aku tringat. macam sama ngan psembahan & kostum kaum2 dayak kat kampung budaya sarawak... lama dah aku pegi sarawak dulu...

    ReplyDelete
  2. Saya pernah lihat dokumentari pasal masyarakat Asli Taiwan, kalau tak salah di TV 3 atau National Geogrphic. Memang tariannya serupa dengan Bumiputera Sabah / Sarawak. Rupa dan pakaian pun hampir serupa.

    ReplyDelete
  3. salam sejahtera..
    nice blog entry....sy org sabah, n sememangnya byk prsamaan antara bangsa2 asli di Taiwan dgn bangsa2 di sabah lepas tgk gmbar2 kat atas tu...xsangka rumpun bangsa nusantara menular smpai ke taiwan...bangga mnjadi sbahagian dri bngsa nusantara~

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas pandangan anon, Encik Prudent Partner & saudara Hailey Francis Thomas Goitom.

    Sebenarnya penjelahan masyarakat rumpun Melayu Nusantara telah mengembara lebih jauh. Hingga ke pulau Madagascar. Insya Allah, jika maklumat telah lengkap, saya akan postingkan artikel tersebut.

    Salam hormat,

    ReplyDelete
  5. Suaramirza adakajian menunjukan nenekmoyang melayu dari pergunungan tibet perkataan himalaya dari penduduk situ yang bermigran ke nusantara banyakan selidik yang akhirnya menemui asal dari keturuan nabi ibrahim yang disebut nani jawi terima kasih

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. setuju dgn pengarang. Terima kasih atas pengkongsian maklumat.

    ReplyDelete
  8. setuju dgn pengarang. Terima kasih atas pengkongsian maklumat.

    ReplyDelete
  9. Wow I like it about the Study history

    ReplyDelete