Featured Post

Peringatan Kepada Laman OhMyMedia dan Page-page Hiburan Kaki Copy Paste

Ketika penulis memulakan penulisan di blog kira-kira sembilan tahun yang lalu, ada tiga (3) niat utama yang terlintas di fikiran pen...

Thursday, August 26, 2010

Rasiskah Kita? -Siri 1-

Wajarkah jika kita terus menyalahkan seseorang yang telah dituduh atas satu kesalahan yang belum dibuktikan kebenarannya? Itulah yang berlegar di kepala penulis apabila melayari beberapa laman sesawang beberapa hari sebelum kita menyambut Hari Kebangsaan pada minggu hadapan. Boleh dikatakan amat kurang sekali laman yang membicarakan mengenai perpaduan dan semangat untuk menyambut Hari Kebangsaan. Kebanyakannya, terutamanya blog yang cenderung kepada Ultra Kiasu, lebih banyak membicarakan (atau lebih tepat, menghentam, menghina dan mencerca tanpa usul periksa) mengenai isu seorang Pengetua cemerlang di sebuah sekolah di selatan tanah air yang didakwa telah menghamburkan kata-kata kesat berunsur perkauman kepada para pelajarnya.

Apa yang penulis kesalkan, ianya hanya bersandarkan kepada laporan polis yang dibuat oleh seorang pelajar berumur 16 tahun dengan disokong oleh tangan-tangan ghaib dibelakangnya yang belum dapat dipastikan kesahihan dakwaan tersebut kerana siasatan masih berjalan.





Tetapi pada masa yang sama, kebanyakan komen-komen dari Ultra Kiasu ini berubah apabila membicarakan mengenai seorang rapper yang pernah menghina seluruh rakyat dengan mempermain-mainkan lagu Negaraku (tak tahulah jika mereka anggap lagu Negaraku ni milik orang Melayu sahaja) dan lebih teruk, menghina Islam dalam lirik lagu yang digubahnya. Rapper ini kemudian meminta maaf sekadar untuk memenuhi tuntutan, dan kemudiannya kerana tidak dijatuhkan sebarang hukuman, dia terus bebas dan terus bangga menghina Bangsa Melayu dan Islam. Bagi puak Ultra Kiasu, inilah contoh kebebasan bersuara yang patut ada dan menyanjung tinggi keberanian rapper tersebut. Adakah gejala ala Islamophobia (Baca : Malayophobia) dan Anti-Semitik (Baca : Anti-Sino) dah menular dalam negara kita? Kalau satu pihak menghina, dikecam melangit. Tapi jika satu pihak lain yang buat, dikatanya hak asasi dan kebebasan???








Penulis berasa amat kesal kerana terpaksa mengeluarkan artikel ini disaat kita semua sepatutnya bersatu untuk menyambut Hari Kebangsaan. Namun tidak mengapa, penulis yakin Kementerian Dalam Negeri pasti akan mengambil tindakan, ya, macam biasa, tindakan untuk SEKADAR MEMBERI AMARAN KERAS. Hasilnya??? inilah yang boleh kita jumpa dalam laman-laman sosial milik rakyat tempatan.





























Siapakah harapan kita untuk mempertahankan maruah agama dan bangsa kita???

Parti Keris??? Oh, kita kena jaga sensitiviti antara kaum. Tindakan kena berhati-hati, jangan bagi nampak rasis. Jika tidak, undi kita akan merosot.

Parti Bulan??? Oh, hal bangsa ni nombor dua. Semangat kebangsaan ni semua Asabiyah, sesat. Lagipun nanti takut ada parti lain marah, pakatan kita akan hancur semula.

Parti Mata Dajal??? Lagi la tak payah harap apa-apa.



Hanya ada satu tempat sahaja di negara kita yang penulis rasakan boleh jumpa perpaduan antara kaum yang tulen di satu kawasan kejiranan yang sama.

Nak tahu di mana?


...........................

.......................

...................

...........

.....


Di TV9!!!!




SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-53 & ULANGTAHUN PENUBUHAN MALAYSIA YANG KE-47

19 comments:

  1. Upin & Ipin!!! part yg last tu paling lawak.. Hahahaha!!!!

    ReplyDelete
  2. rapper yg dinyatakan dlm artikel ni adelah wee meng chee a.k.a namewee. sume org pun tahu psl apek rasis tu...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum semua... jika ada kesempatan berkunjung la ke blog rasmi suara pewaris kedua kesultanan sulu di url www.suara-adinda.blogspot.com.
    salam ramadan almubarak

    ReplyDelete
  4. ehem! sape la tuan punyer blog nih...teruk...jangan senang2 nk sindir parti islam... sesungguh nya
    ALLAH itu ada.. kenali parti islam dahulu

    ReplyDelete
  5. huh, ada jugak penyokong PAS karat yang baca blog nih??? apesal ko tak pegi baca tranungkite or malaysiakini jek???

    PAS parti islam konon... uwekkk!!! baca kenyataan pemimpin ko tu Dr. Zulkifli Ahmad, PAS tu parti islam demokratik. Oo... selama ni aku ingat Islam tu satu jek. rupanya2 Islam ni ada Islam Liberal la, Islam demokratik la, dll..

    patut la PAS dah tak berani sebut pasal hudud. non-muslim main2kan ayat Al-Quran pun, takpe, konon2 derang nanti akan peluk Islam. Gereja nak guna nama Allah pun, takpe... Lim Guan Eng agihkan & nak guna duit zakat pun, takpe... buang nama agong ganti nama Kristian dalam doa khutbah jumaat pun takpe...

    APESAL KO TAK MINTAK DOAKAN JE TERUS GEORGE BUSH DALAM KHUTBAH JUMAAT KO!!!!

    p/s : owner blog pun, jgn terlalu hina UMNO. kita btindak kena rasional... kalau tak kerana tolak ansur BN, dah lama Malaysia lenyap...

    ReplyDelete
  6. ada jugak juak pasrti keris berkarat kat sini.
    macam mana nak suruh kafir hormat Islam, kalau bini sendiri pun kita takut utk suruh tutup aurat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. komen bodoh... sibuk sangat bab aurat.. ko je yg takut suh bini ko tutup aurat...
      Baca la sejarah Nabi2... tgk bini Nabi Allah Luth mcm mana? Tgk bini Nabi Nuh n anak nya mcm mana?

      Blajar lagi sebelum nak komen bab agama.... ko tu aper pun takder... takat dgr cakap2 org baik tak payah nak komen...

      Delete
  7. salam tuan blog...

    pendedahan yg bagus... yg sgt bagus... namun amat menyedihkan. Guru saya pernah berkata, silap org jawa tak menghabiskan mereka dahulu.... (pasti ada yg faham).... kerana melayu ini terlalu murah hati...

    kepada yg masih pekat dengan amalan dan politik demokrasi, tinggalkanlah...

    ini pengalaman bekas pengikut demokrasi :
    http://abu-hakeem.blogspot.com/2010/08/umno-pas-pengalaman-hidup-ini-yang.html

    dan

    http://muhammadghazi.wordpress.com/2010/08/23/renungan-buat-saudara-seperjuanganku-dalam-pas-dan-kaum-muslimin-amnya/


    -abuhakeem-

    ReplyDelete
  8. nilah mentaliti penyokong parti ajaran sesat. balik2, tu jelah hujah lapuk ko. abis tu, berani sangat ke ko nak nasihatkan pemimpin2 pmpuan2 muslim yg tak pakai tudung dalam parti mata dajal (pinjam ayat owner blog) supaya tutup aurat???

    pasni ko nak bawak hujah ape lak? dulu bukan main hentam selangor ada kilang arak. ni dah dapat kuasa, sekoq PAS tu takde yg berani buat usul tutup kilang tu. buat cadangan bodoh pindahkan kilang tu ke kawasan melayu ada lah. nak buat apa??? nak lagi ramai budak2 melayu mabuk???

    la ni yg latest, kristian DAP leh masuk masjid tak tutup aurat, nampak rambut, baju ketat. siap bagi tazkirah masa tgh terawih lagi. pak2 masjid PAS tu sengih je la stim tgk amoi tu kat dalam masjid.

    ni apa pulak komen ko???!!!

    ReplyDelete
  9. tau pun diam ko puak2 PAS nih. taklid membabi buta! ikut jelah apa yg pemimpin parti ko cakap betul, angguk jek. macam lembu kena cucuk hidung. sampai benda yg betul ngan salah pun dah tak tahu nak beza. bila orang UMNO cam aku ni tegur, melenting. tapi tak nak pulak pikir apa yg orang lain cakap.. BONGOK!!!

    ReplyDelete
  10. tengok da gaduh da...ni la kita org melayu...
    pintar bersosial tapi sekali hasad dengki trus tak ingat dunia...

    hentila bgado...

    -pemudatimur-

    ReplyDelete
  11. takde butang "like" la pulak nak klik :)

    ReplyDelete
  12. Unite for ur nation..protect Islam not malay

    ReplyDelete
  13. UMNO ni Islam ni dia guna bila perlu dan berkenan di hati saja. Yang tak berkenan di hati, kasi tutup periuk nasik dia buang jauh2... Asalnya Nusantara ni mengamalkan undan2 Islam, maka apabila dah merdeka dari British jahanam tu, baliklah semula pakai undang2 Islam dan segala yang baik milik orang nusantara. Yang hangpa dok pertahankan perlembagaan yang dirangka oleh Britsh jahanam ni apsal.. dah la faham islam cedok2 saja, lagi nak bagi orang bukan islam pening kepala. Permudahkan kefahaman bukannya lebih mengelirukan termasuklah mereka yang bergelar Islam itu sendiri.. pi ngaji sejarah balik.. kerajaan2 di Nusantara ni hebat kerana Islam, bukannya hebat sebab guna sampah sarap yang datang dari Barat.. fikir2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sori laaa.. ko tuh yg kene blajar sejarah balik... kalo tak tahu maksud tersirat penubuhan Malaysia jgn nak membebel ala2 alim ulamak celup kat sini yer....
      suruh laa puak2 pas yg mudahkan islam.. so far brapa ramai org bukan islam peluk islam sejak pas pegang kelantan????? ader statistik??? tolong cerita sikit...
      sejarah kiri kanan kan ada.. tgk la afghanistan... tgk la sudan.. kelam kabut nak laksana hukum hudud tapi langsung tiada pendekatan BERHIKMAH!!!! apa dah jadi dgn afghanistan??? Sudan???
      Hukum Islam mmg WAJIB tp kene guna otak yer... kang tak pasal2 hudud ke mana negara kemana last2 merempat di tanah sendiri.... akhirnya APA PUN TAK BOLEH

      Delete
  14. Kepada saudara Abu Hakeem,

    Terima kasih atas perkongsian maklumat berdasarkan pengalaman saudara sendiri.

    terima kasih juga kepada saudara/saudari anon2 yang lain. Tapi bagi saya, sebagaimana saudara Abu Hakeem, saya juga sudah rimas dan bosan dengan konflik UMNO-PAS-PKR ini.

    Jika orang lain, orang Cina contohnya, cubalah sentuh tentang isu Sekolah Cina, tak kira MCA, DAP, SUPP, SCA, Gerakan, senang cerita tak kira apa jua fahaman politik mereka, mereka boleh bersatu secara automatik untuk mempertahankan warisan mereka itu.

    Tapi cuba lihat kita. apa perkara yang boleh menyatukan kita??? isu bkaitan Islam??? berpecah jugak. Isu Melayu???, berpecah jugak...

    Apa perkara yang boleh menyatukan kita???

    ReplyDelete
  15. inilah isu yang cuba di jelaskan oleh Mufti Perak. orang melayu islam harus duduk semeja berbincang. Islam adalah kekuatan kita orang melayu. islam dan Melayu seiring dan sejalan. Bukanlah bermakna tak ada bangsa lain beragama Islam, tapi orasng melayu adalah majoriti bangsa di Malaysia, jadi sudah tanggungjawab orang melayu mempertahankan Islam. Contoh terdekat kita boleh tengok ialah Singapura. LIHAT SAHAJA ORANG MELAYU DISANA, DAN LIHATLAH BAGAIMANA ULTRKIASU MELAYAN ISLAM.
    Orang2 PAS dan UMNO, susah sangat kah nak duduk semeja berbincang hal ehwal agama dan bangsa kita. Tolong jawab SUSAH SANGAT KAH???

    ReplyDelete
  16. maaf sekiranya bahasa ini kasar bunyinya,
    "jangan jadi seperti babi berkokok"...
    agaknya dimana silapnya?

    ReplyDelete
  17. Tapi cuba lihat kita. apa perkara yang boleh menyatukan kita??? isu bkaitan Islam??? berpecah jugak. Isu Melayu???, berpecah jugak...

    Apa perkara yang boleh menyatukan kita???

    letakkan Polis dibawah Raja supaya dapat diambil tindakan kepada sesiapa pun yang kianat/bencana/ganggu-gugat kepada negara ini tak kira orang parti pemerintah atau orang parti pembangkang.

    kenapa polis negara ini ditadbir urus oleh menteri yang mewakili sebuah Parti Politik yang memerintah, kalau nanti PRU akan datang DAP dapat kemenangan polis sudah tentu akan mengikuti titah perintah DAP.

    Bukankah Polis itu Polis Diraja kenapa tidak mengikuti Titah Perintah Raja. Raja adalah Khalifah yang tidak berpolitik kecenderungan polis untuk menguatkuasa undang-undang secara adil akan terlaksana..

    tak perlu satukan melayu yang penting semua spices manusia dalam negara ini perlu disatukan.

    siapa yang tak impikan kedamaian,keharmonian dan kesepaduan hidup. Mungkin ada yang tak impikan itu semua iaitu golongan spices monyet.

    saya tak bermaksud mengatakan polis negara ini tidak mengikut buku undang2 tetapi kecederungan kepada bossnya itu tetap ada. semua orang2 cina dah mula bersatu samaada di semenanjung hingga ke msia timur untuk menyokong DAP. Sebarang kemungkinan akan berlaku pada PRU akan datang, sebelum terlambat selamatkan polis kita diletakkan dibawah institusi Raja yang berdaulat. Supaya kita tidak menyesal di kemudian dari apabila melihat polis kita mengikut titah perintah DAP yang dijangka lebih licik dari apa yang ada sekarang.


    Dungun

    ReplyDelete