Featured Post

Peringatan Kepada Laman OhMyMedia dan Page-page Hiburan Kaki Copy Paste

Ketika penulis memulakan penulisan di blog kira-kira sembilan tahun yang lalu, ada tiga (3) niat utama yang terlintas di fikiran pen...

Tuesday, October 26, 2010

Jangan Sekadar Wajib, Rombak Kandungan!

Penulis mengalu-alukan cadangan Kerajaan agar subjek sejarah dijadikan subjek wajib lulus dalam peperiksaan nasional dan mula diajar di peringkat sekolah rendah lagi. Subjek sejarah sepatutnya menjadi serampang dua mata kepada anak-anak bangsa kita, iaitu berperanan dalam membangkitkan jati diri individu, serta memperkukuhkan lagi semangat kecintaan kepada agama, bangsa dan negara. Bagi mencapai hasrat tersebut, kandungan subjek sejarah perlulah dirombak terlebih dahulu.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Prof Emeritus Dr. Ahmat Adam, Fellow Penyelidik Kanan, dari Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, subjek sejarah yang diajar di sekolah-sekolah perlukan penambahbaikan dari segi ketepatan fakta, bukannya mengekalkan unsur propaganda. Propaganda keterlaluan yang diselitkan dalam akademik terutamanya subjek Sejarah akan menyebabkan orang tidak suka atau tidak yakin hingga menyebabkan penolakan kepada subjek tersebut. Sebagai contoh, di saat Parti-parti Melayu berhaluan kanan melaungkan slogan ‘Hidup Melayu’ pada era pasca Perang Dunia Kedua, Parti-parti Melayu berhaluan kiri telah lama melaungkan slogan ‘Merdeka’ sebelum Perang Dunia Kedua lagi! Tetapi apapun, sejarah ditulis oleh mereka yang menang. Dan inilah dilema yang dihadapi untuk merangka subjek sejarah di negara-negara yang merdeka pasca Perang Dunia Kedua seperti Malaysia dan Singapura.

Penulis lebih tertarik untuk mengulas pandangan Srikandi, penulis tetap blog Mistisfiles dan Riwayat Melayu, yang menyatakan bahawa misteri tanah Punt yang disebutkan dalam kesusasteraan Mesir purba sebenarnya merujuk kepada ‘Poni/Puni’, nama panggilan oleh masyarakat Cina pada masa dahulu yang merujuk kepada Pulau Borneo. Merujuk kembali kajian yang telah dijalankan oleh Dr. Zafarina Zainuddin dari Sekolah Sains Kesihatan dan Pergigian, Universiti Sains Malaysia, masyarakat Melayu pada dahulu kala yang berhijrah dari Indochina telah sampai ke pantai pulau Borneo terlebih dahulu di mana bangsa dan bahasa masyarakat Malayo-Polinesia ini berkembang. Dari pulau Borneo inilah mereka kemudiannya berhijrah ke Taiwan, Kepulauan Filipina, pulau-pulau di Nusantara hinggalah sejauh Madagascar dan pulau-pulau Pasifik.





Menyokong teori Nusantara bahawa rumpun Melayu sememangnya berasal dari kepulauan Melayu, bukan dari Yunnan dan sebagainya, sejarah ketamadunan orang Melayu telah menyaksikan kebangkitan dua buah empayar agung iaitu Champa di Indochina, dan Sriwijaya di kepulauan Melayu. Dan tingkat ketamadunan ini yang berlaku seawal abad ke-7 hingga 9, hanya dapat dicapai selepas proses perkembangan budaya bagi sesuatu bangsa yang menetap dalam tempoh yang cukup lama di sesebuah kawasan.



Menara Po Sa Nu, tinggalan Kerajaan Melayu Champa di Indochina


Sejarah negara sepatutnya tidak disempitkan dalam ruang lingkup sempadan politik pada hari ini, iaitu hanya dari Perlis hingga ke Sabah. Atau bermula dari penubuhan Kesultanan Melayu Melaka. Sejarah negara sepatutnya memberi kefahaman mengenai apa yang dikatakan sebagai ‘Alam Melayu’. Jika diikutkan, Alam Melayu ini terbentang luas dari Madagascar hinggalah ke Taiwan. Semenanjung Tanah Melayu bukan hanya dari Perlis hingga ke Johor, tetapi dari segenting Kra hingga ke Singapura dan Kepulauan Riau-Lingga! Penekanan sepatutnya turut diberikan kepada Kerajaan Champa, Sriwijaya serta Langkasuka. Kerana di Champalah, terdapatnya binaan-binaan purba yang melambangkan kehebatan tamadun silam orang-orang Melayu, di era Sriwijayalah, orang-orang Melayu terkenal sebagai pelayar yang hebat sehingga mampu menjelajah hingga ke Pulau Formosa (Taiwan) dan pulau Malagasi (Madagascar) serta diiktiraf sebagai penduduk pribumi di sana.



Andry Rajoelina, Presiden Madagascar dari etnik Merina, bangsa yang berasal dari Nusantara yang merupakan pelayar-pelayar di zaman Srivijaya. Perhatikan fizikalnya, mirip orang Afrika atau Nusantarian?


Malangnya, kita dengan mudah menolak semua itu atas alasan bahawa Champa adalah sejarah Indo-China, Sriwijaya adalah sejarah Indonesia, sementara Langkasuka adalah sejarah Thailand. Maka janganlah dihairankan apabila sesetengah masyarakat Bukan Melayu di negara kita termasuklah yang bertaraf Timbalan Menteri pada hari ini dengan selamba menyatakan yang kumpulan-kumpulan Melayu Anak Dagang seperti Jawa, Bugis, Minang dan Rawa adalah pendatang dari Indonesia sementara kumpulan-kumpulan Melayu Anak Negeri seperti Melayu Kedah dan Melayu Kelantan pula pendatang Thailand, Vietnam dan Kemboja! Siapa yang patut dipersalahkan??!!

Hari ini, generasi baru akan ternganga-nganga apabila kita menyatakan bahawa nenek moyang kita dahulu merupakan para pelayar yang menguasai samudera yang terbentang luas dari lautan Hindi hingga ke lautan Pasifik. Apa yang mereka lihat, apabila pulang ke kampung terutamanya semasa Hari Raya, rata-rata masyarakat Melayu bekerja sebagai petani, dan ramai pula yang masih dihimpit kemiskinan. Justeru itu, bagaimana pula kita boleh meyakinkan mereka bahawa kita pada masa dahulu merupakan sebuah Bangsa pelayar yang ulung?

Disinilah terletaknya kepentingan pemahaman sejarah. Mengambil maklumat Dr. Inyo Yos Fernandes, dari Masyarakat Sejarahwan Indonesia (MSI) semasa persidangan ‘Memori Kolektif Malaysia Indonesia’ pada bulan Oktober yang lalu, orang Melayu di kawasan barat kepulauan Melayu seperti Tanah Melayu dan Sumatera telah berhijrah ke kawasan sebelah timur sejak sebelum Sriwijaya lagi. Para pedagang Melayu mengambil tindakan yang amat berani demi kelangsungan perdagangan rempah yang dihasilkan di kawasan timur Indonesia. Hasilnya, hingga ke hari ini kita boleh jumpa Bahasa Melayu dalam pelbagai varian di Kepulauan Maluku, Nusa Tenggara dan Pulau Timor di dalam negara Indonesia. Namun begitu, penjajahan kuasa-kuasa Barat yang kemudiannya memonopoli perdagangan rempah telah memaksa Bangsa Melayu menamatkan bidang perdagangan dan mengubah kehidupan sebagai petani di darat kerana seluruh terusan perdagangan seperti Selat Melaka, Selat Sunda dan lain-lain terusan di Alam Melayu sudah dikuasai orang Eropah. Penjajahan telah mengubah mereka daripada pedagang maritim kepada kehidupan tani, termasuklah mengubah mentaliti orang Melayu menjadi rendah diri dan tak berkeyakinan!

Selagi subjek sejarah hanya menekankan kepada aspek penghafalan tarikh, pemilihan jawapan secara objektif, dan hanya menekankan propaganda Pemerintah, selagi itulah subjek sejarah akan terus menjadi seperti peribahasa Melayu, ‘Hidup Segan, Mati Tak Mahu’.

31 comments:

  1. terus terang cakap, subjek sejarah adalah subjek yg paling mmbosankn time zaman sekolah dulu. tapi sejak adanya srikandi, hari2 blajar sejarah pun takpe. hahaha!

    ReplyDelete
  2. benar...sy belajar sejarah tingkatan 6 dulu pun pening bila ada fakta yang bercanggah...rombak semula silibus sejarah...

    ReplyDelete
  3. dulu pernah tgk dokumentari, psl kmahirn org2 terengganu bina perahu kalau tak silap. tapi heran ye, tak ramai org2 melayu ada ilmu pelayaran skrg...

    ReplyDelete
  4. salam sume.
    senang cerita macam ni laa..
    kepada mereka-mereka yang sekarang ni tengah dok godeh2 sejarah kita dan tengah dok menyesuaikan dengan taste 'orientalis' dan mangkok hayun yang seangkatan dengannya.. kite 'cantas' terus.ada ide cara mana yang sesuai..zink 10 keping???
    gantikan sahaja dengan 'mereka' yang pakar dalam 'sejarah bangsa'yang telus untuk perjuangkan jati diri bangsa.biar sehingga anak bangsa kenal dengan diri mereka sendiri..
    wasallam.

    ReplyDelete
  5. Baru saya tahu,di semua sekolah aliran cina,bangsa ini tidak mengajarkan sejarah negara pada anak-anak mereka! Teruk betul!

    ReplyDelete
  6. siapa yang menidakkan sejarah negara ini tak layak duduk di negara ini,
    nyah jauh-jauh!
    pergi ke negara yang sudi mengambilmu!

    ReplyDelete
  7. Saudara Ibnu rusydi
    Mohon saudara membaca buku Tamadun Alam Melayu karya Mohd Arof Ishak,memang buku yang bagus...tapi tak taulah samada saudara dah baca ke belum.

    ReplyDelete
  8. Salam semua,

    cuba baca artikel di http://ridhuantee.blogspot.com/2010/10/sejarah-bagaimana-yang-kita-mahu.html

    Pandangan Dr. Mohd. Ridhuan Tee Chuan Seng tentang tuntutan parti2 politik Cina yang mahukan subjek sejarah dirombak & lebih menekankan peranan pelbagai kaum (konon!) dalam menuntut kemerdekaan negara.

    It's a good read!

    ReplyDelete
  9. adakah org melayu sanggup terima kenyataan keagungan rumpun bangsanya? adakah org cina dan india sanggup terima kenyataan keagungan bangsa melayu?

    ReplyDelete
  10. Rombak kandungan yang palsu dan titipan palsu dari penulis sejarah palsu zaman ortodok tu memang bagus....aku setuju!!!

    Tapi isi kandungan yg dah si rombak tu,atau terjumpa fakta2 baru.... kalau kau nak tau...kena jugak dapatkan pengesahan ahli2 sejarah barat yg kononnya ahli tentang sejarah org timur.

    Bayangkan berapa lama nak tunggu tandatangan diorang.Aku rasa di timur ni perlu ada team yang memberi nilai atas ratio dan standard sejarah tersendiri.Sampai bila nak dapatkan COP lulus orientalis barat memanjang.

    Kalau diorang guna kuasa VETO penafian,langsung telan air liur jerlah...sedangkan bertahun-tahun buat kajian,kos pun semua nak tanggung...tak ke sesia jer kerjanya tu...

    adiosss...

    ReplyDelete
  11. a'ah..saya setuju..time kasih lah berjuta2 lemon pd sri kandi..klau la sy tau betapa best nya sejarah ni..mesti sy dah jadi ahli arkeologi yg berjaya! sy pon setuju dngan
    "terus terang cakap, subjek sejarah adalah subjek yg paling mmbosankn time zaman sekolah dulu. tapi sejak adanya srikandi, hari2 blajar sejarah pun takpe. hahaha!"

    ReplyDelete
  12. betul3....setuju ngan anon...saya cam dah addict plak ngan sejarah...

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  14. diam ah kau mahadaya sesat.

    ReplyDelete
  15. ye sy sokong sangat sejarah malaysia ni perlu dirombak semula. sejarah kita adalah versi penjajah. sejarah sebenar harus dicetak semuala walaupun agak berat bila bab-bab mengapa barat menjajah kita kerana kegilaan merebut kuasa&kekayaan sesetengah pemerintah yg bergelar r.... sampaikan penjajah menulis sejarah kita kononnya tok janggut adalah penderhaka, sy cukup marah bila sejarah sebenar terbongkar. yuhhh bongkar sejarah bongkar sejarah yang benar....amin.

    ReplyDelete
  16. slm,sbg makluman kepada bro sume,segala bukti bahan sejarah,dokumen,catitan serta catatan yang berkaitan dengan "sejarah tamadun bangsa MELAYU", bangsa kite laa tu..
    ada berlambak-lambak tersimpan kemas dan rapi didalam gedung-gedung ilmu di barat (eropah khususnya).senang kata,ilmuan barat sangat2 menyanjung tinggi dan sangat2 teruja dengan khazanah ketinggian ilmu datuk moyang kite dahulu...
    beb,tak payahlah kite sibuk2 nak minta approval,tandatangan,declare dan apa kebenda pun dari dia org tentang sejarah kite,sebabnya? lu org pun dah tahu jawapannya.
    ketemu mneh.

    ReplyDelete
  17. Salam semua,

    Selama ni sy lebih suka jadi silent reader je. Tp hr ni gerak hati sy seakan2 menyuruh sy memberi komen.

    Mengulas isu ‘sosial kontrak’ skang ni, kata muktamad PM sy kira memang bertepatan. Sy harap pegangan itu tetap x berubah. Bangsa lain sudah berani menunjukkan kukunya. Sbb itulah sy merasakan sudah sampai masanya sejarah buku teks sekolah dirombak!

    Teringat mase pegi India time dulu-dulu, penah ada kenalan sana menyatakan yg asal usul Melayu berasal dr Himalaya. Masa tu sy sanggah. Sy blurred sbb x cukup knowledge. .Now...bila baca hasil kajian Srikandi sy terkedu...
    Tengok org luar tau fakta mengenai kita. Tp mengapa kita sendiri x tau ?
    Aneh btul Dlm buku teks, kerajaan melayu melaka je. Lelain sej. x banyak di concludedkan. Sy pun heran>>sape yg buat buku teks ni ?!! ...

    Malam smalam, sy tengok History chnl – Astro, pasal dokumentari yg dibuat kat Msia tajuknya Hidden Cities. Ada masukkan skali pasal Lembah Bujang. Last conclusion – ada sorang prof Chinese tu yg bg conclusion lebeh kurang cam ni – mereka yg pakar buat besi ni dtang dr luar dan kemudian mengajarkan cara buat besi ni kepada penduduk yg ada di situ dgan mengambil mereka sbg pekerja. Kemudian last conclusion – mamat omputih ni melahirkan rasa kagum dan berharap agar lebih banyak rahsia yg dpt dirungkaikan di Msia nih.. Lpas tengok, tak dpt tidur sbb asyik pikir psl kajian Srikandi ngan dokumentari nih.. ada persamaan!

    Anak melayu sulung

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum semua!

    Terima kasih kepada semua rakan2 yg telah memberikan pandangan.

    Buat saudaraku Muhammad Fadzuan bin Razali, ya, saya tahu buku tu. =) Cuma belum sempat abis baca je. busy lately.

    Salam hormat,

    ReplyDelete
  19. Salam,
    Saya setuju dengan saranan ini tetapi apakah ada kumpulan pelobi yang dapat menumpaskan kuasa lobi mereka yang menuntut 'sumbangan' penjajah Inggeris dan tenaga buruh yang dibawa masuk dari Cina dan India dicatatkan seiring dengan penduduk tempatan yg menentang penjajahan?
    Saya berdoa agar sarjana sejarah spt sdr, Srikandi dan pasukannya berjaya mengetengahkan penemuan kajian tamadun Melayu sebagai teras kandungan mata pelajaran sejarah dari peringkat rendah hingga menengah.
    (Pemandu pelancong dan muzium juga perlu diberikan maklumat yang tepat). Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  20. Salam,
    Bawa bertenang semua.
    -{Kembalikan 'diri' pada "khaliq" sebelum 'diri' dikembalikan}-
    Ternyata benar sekali,kita semakin digeruni dan ditakuti..
    Bangsa yang akan 'merajai' akhir zaman.

    ReplyDelete
  21. Salam semua,

    Ya memang betul ! Ikutkan hati mati, ikut rasa binasa. X sangka bangsa Melayu bnyk rahsia terpendam..mmm..Kekadang terpikir..kenapa mesti aku dijadikan sbg melayu? Sama soalan ngan Srikandi. He..he..

    bila teringatkn sej. yg caca marba sy rasa marah sesangat....tepaksa sabarkan diri sendiri.

    Akhir kata tahniah diucapkan kepada mereka ini semua! Semoga anda hidup anda semua diberkati dan dilindungi Allah..

    Anak Melayu Sulung

    ReplyDelete
  22. chua soi lek = 'ayam lembek kuat berkokok' alat rahsia tangan2 halus dari luar??..
    nama dia dan beberapa yang lain (ada ramai lagi!)dah lama berada dalam senarai kita.tunggu sahaja masa yang sesuai.

    info error:sila abaikan maklumat ini.

    ReplyDelete
  23. akhirnya keluar jugak artikel baru...

    mengulas isu ini saya rasa 2 perkara perlu dilakukan :

    1. silibus - mesti masukkan sejarah melayu sebelum masihi lebih banyak cerita. demikian juga sejarah sarawak dan sabah juga perlu seimbang dengan sejarah semenanjung.

    2. guru - mesti diajar teknik yang boleh menarik minat pelajar.

    ReplyDelete
  24. salam...

    mmg sejak dr zaman skolah dulu, saya sndri kurang minat nk tahu sejarah ni, tp sejak baca blog bermula dgn holywar-efairy dan mistisfiles, baru la timbul minat nk betul2 mendalami sejarah bangsa sndiri.

    byk peristiwa dan kisah2 menarik berlaku masa zaman kesultanan melayu dulu sampailah kpd bab2 penjelajahan/pengembaraan bangsa kita ke seluruh dunia utk tatapan generasi muda seterusnya..ada yg blh dijadikan pengajaran dan blh bangkitkan kesedaran, dr mana asal usul bangsa, dsb..

    ReplyDelete
  25. Assalam.
    Nabi suruh kita,

    mencari diri..panjang kisahnya..
    mengenal diri..dalam ceritanya..
    tahu diri..dimana duduk letaknya..

    barulah cantik cerita kita dgn tuhan..

    Wassalam.

    ReplyDelete
  26. chua soi lek = nama anjing ketot aunty sebelah umah kwn.kuat menyalak!..

    ReplyDelete
  27. Salam,
    Pada pendapat saya,pensejarahan Melayu sepatutnya bermula selepas tenggelamnya benua LeMuria,mitos asal-usul maori, hawaii dan orang asli lebih kurang sama saja mesti cerita banjir besar

    ReplyDelete
  28. "Sejarah ditulis oleh orang yang menang"
    Bukan kami (pelajar) saja yang wajib belajar sejarah ni~
    Semua pemimpin2 politik pun wajib belajar agar x jadi "duit rakyat didahulukn, kaum jadi bodoh diutamakan"

    ReplyDelete
  29. masa sekolah dulu, aku macam kebanyakkan orang lain memang menyampah dengan subjek sejarah. yg aku tahu dulu, org melayu start duduk di tanah ini dari kesultanan melayu melaka..

    tapi bila makin besau, pembacaan makin banyak, baru la tau sket2 sejarah sebenar bangsa. nak pulak sejak aku follow blog MO sejak 2 tahun yg lepas (time tu srikandi lom wujud lagi dalam MO), lagi la bertambah minat aku dengan sejarah. bila srikandi muncul, lagi aku bertambah semangat..

    aku memang kechiwa dgn kerajaan n penulis yg buat buku sejarah sekolah ni. itu bukan buku sejarah, tapi buku propaganda kerajaan. yg di titik beratkan adalah zaman pasca merdeka. sampai nak kena ingat tarikh peristiwa, kena hafal nama2 pemerintah british lak lagi..

    sampai tulisan asal bangsa melayu pun, org melayu sendiri tak tahu. buku sejarah apa ni? kita belajar org melayu dulu berperang dengan penjajah guna tombak dan keris, tak wujud pun senjata api. abis tu dari mana wujudnya perkataan LANTAKA (lela rentaka @ meriam kecil). sedih bila kerajaan dulu umpama bersekongkol dgn british menjatuhkan maruah melayu di tanah air mereka sendiri. macam melayu ni tersangat la hina dan kuno tamadunnya..

    sampai di kutuk oleh penjajah british, orang melayu nak buat jarum pun tak reti !! sambil di ketawakan oleh ahli2 politik melayu masa itu..

    memang aku tak boleh maafkan melayu pengkhianat bangsa..


    Acid Burn

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat weh.....bukan buku sejarah tapi buku BN yg betulnya....macam BTN la

      Delete
  30. kalau buku sejarah sekolah hendak ditulis semula, srikandi mesti jadi salah sorang panelnye..hehe..tp ahli panel yg lain tu mesti terdiri dari mereka yg tahan telinga la..kalo x

    ReplyDelete