Featured Post

Peringatan Kepada Laman OhMyMedia dan Page-page Hiburan Kaki Copy Paste

Ketika penulis memulakan penulisan di blog kira-kira sembilan tahun yang lalu, ada tiga (3) niat utama yang terlintas di fikiran pen...

Monday, April 25, 2011

Pilihanraya Singapura : Kuasa Politik Pribumi & Isu Pendatang

Sejarah Melayu telah mencatatkan bahawa Singapura diasaskan oleh Sang Nila Utama yang juga anak Raja Melayu Palembang. Umum juga mengetahui bahawa nama asal pulau tersebut adalah Temasek sebelum ditukarkan kepada Singapura yang bermaksud ‘Kota Singa’. Walaubagaimanapun, jika kita merujuk kepada maklumat arus perdana pada hari ini, Stanford Raffles lebih ditonjolkan sebagai Bapa Singapura sementara Lee Kuan Yew dipaparkan sebagai Bapa Singapura Moden. Hakikat bahawa sejarah silam Singapura adalah sejarah Melayu cuba digelapkan. Seboleh mungkin Pemerintah Singapura cuba menggambarkan bahawa semua rakyat Singapura pada hari ini merupakan keturunan pendatang yang datang sama ada dari tanah besar China, India mahupun dari Indonesia dan Malaysia. Malahan, penulis dapat mengesan terdapat usaha untuk menggambarkan seolah-olah Sang Nila Utama merupakan pendatang dari Indonesia yang cuba merampas Temasek yang merupakan wilayah Ayuthia milik Siam, bukannya milik orang Melayu. Namun begitu, sejarahwan muda seperti Srikandi telah menyanggah maklumat tersebut dengan menegaskan ‘Siam’ yang dimaksudkan pernah berkuasa di seluruh tanah semenanjung termasuklah di Singapura bukanlah Ayuthia, tetapi Negara Sri Dharmaraja, yang juga merupakan sebuah Kerajaan Melayu!



Gambaran Sang Nila Utama, pengasas sebenar pulau Singapura


Semasa Singapura masih di dalam Malaysia, Perdana Menterinya, Lee Kuan Yew, sebagaimana yang dicatatkan di dalam akhbar Strait Times bertarikh 5 Mei 1965, telah mencabar kedudukan dan hak istimewa orang Melayu di Malaysia sebagaimana yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan dengan mengatakan bahawa taraf pribumi orang Melayu tidak ada lebihnya jika dibandingkan dengan orang Cina, India dan masyarakat pendatang yang lain. Di dorong sama ada oleh agenda politik yang menjurus untuk memajukan kepentingan politik Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah Singapura ataupun kerana memang betul-betul jahil tentang sejarah, budaya, dan penduduk pribumi di rantau ini, Lee mengaitkan orang Melayu Malaysia dari keturunan Indonesia sebagai pendatang yang sepatutnya setaraf dengan masyarakat pendatang yang lain. Kesimpulan serupa yang meragui kepribumian orang Melayu terus dilakukan oleh orang bukan Melayu di Singapura dan sesetengah ahli politik bukan Melayu di Malaysia, sama ada oleh pihak pembangkang mahupun parti pemerintah. Perkara ini dapat dilihat melalui contoh kenyataan yang diberikan oleh Tan Lian Hoe (Parti Gerakan Rakyat Malaysia) ataupun Chong Eng (DAP).

Selepas Singapura ditendang keluar dari Malaysia, Pemerintah Singapura telah menjalankan pelbagai usaha untuk melemahkan kuasa politik Melayu yang merupakan kaum asal di negeri ini. Antara usaha yang dilakukan adalah mengekalkan taraf minoriti penduduk Melayu di Republik tersebut. Dalam akhbar Straits Times bertarikh 15 Disember 1986, Lee Kuan Yew dalam forum di Universiti Nasional Singapura telah mendedahkan niat Pemerintah Singapura untuk mengekalkan dominasi penduduk Cina Singapura kerana bimbang dengan kemerosotan kadar kelahiran penduduk keturunan Cina. Isu ini telah dinyatakan sebagai salah satu masalah negara di dalam Hari Kebangsaan 1988 dan Lee Kuan Yew mendedahkan Pemerintah Singapura akan meningkatkan bilangan penduduk Cina dengan membawa masuk orang Cina dari luar negara terutamanya Hong Kong. Etnik minoriti terutamanya Melayu sedar dasar ‘Mengekalkan Imbangan Kaum’ di Singapura sebenarnya lebih kepada mengekalkan Ketuanan Cina.

Tindakan kedua yang dilakukan adalah dengan menghapuskan kawasan kubu majoriti Melayu terutamanya kampung-kampung menerusi program mega penempatan semula bandar dan Dasar Perumahan Awam dengan menempatkan masyarakat Melayu ke merata kawasan perumahan baru. Perkara ini telah diakui oleh James Fu dalam kenyataan di akhbar Straits Times bertarikh 4 Mac 1988. Tindakan ini telah menjejaskan undi kolektif masyarakat Melayu dan menghalang mereka untuk bertindak sebagai gerakan penting dalam menentukan keputusan pilihanraya.



Kenangan kampung di Singapura sekitar tahun 1960-an


Tidak cukup dengan itu, Pemerintah Singapura telah memperkenalkan pula sistem Kuota Kediaman Etnik pada tahun 1989 untuk kawasan perumahan awam bagi memastikan jumlah orang Melayu tidak melebihi 20% daripada jumlah penduduk di mana-mana kawasan pilihanraya dan tidak melebihi 22% daripada penduduk blok perumahan awam, kerana dikatakan menjadi tumpuan perkauman. Sedangkan yang peliknya, bagi masyarakat Cina, kuota mereka dibiarkan sehingga melebihi 80% di kawasan pilihanraya dan 87% di blok perumahan awam, atas alasan untuk memastikan ‘percampuran kaum yang seimbang’.

Bagi melemahkan lagi kuasa politik masyarakat Melayu terutamanya Parti Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS), sistem Kawasan Undi Perwakilan Kumpulan (GRC) telah diperkenalkan. Melalui sistem ini, sesebuah kawasan / wad akan dipertandingan secara berkumpulan, bukannya secara individu. Sistem ini telah melemahkan mana-mana calon etnik minoriti termasuk Melayu daripada menyuarakan sebarang isu sensitif yang menjurus kepada etniknya kerana akan dituduh sebagai perkauman dan seterusnya melemahkan sokongan etnik dominan untuk pasukan GRCnya.



Peta pembahagian kawasan Pilihanraya di Singapura


Mungkin kerana hukum karma sudah tiba, kini masyarakat Cina dan India di Singapura pula yang mempersoalkan kebanjiran begitu banyak pendatang seperti dari China, Hong Kong, India dan sebagainya. Mereka mendakwa para pendatang ini telah diberikan terlalu banyak keistimewaan oleh Pemerintah Singapura dan mendakwa hak mereka seperti untuk penempatan kediaman dan peluang pekerjaan telah banyak dirampas oleh golongan pendatang ini. Mereka bertambah marah apabila golongan pendatang ini mula membuat tuntutan tambahan seperti menuntut agar bahasa mereka turut diajar di sekolah sedangkan bilangan mereka adalah minoriti. Ironinya, pertentangan antara kaum dominan di Singapura dengan golongan pendatang ini melibatkan kaum yang sebangsa! Bayangkan betapa bertoleransinya masyarakat Bumiputera di Malaysia kepada kaum keturunan pendatang. Tetapi bagi sebuah negara Kapitalis dengan hati komunis seperti Singapura, ketidakpuasan hati mereka hanya dapat diluahkan dalam laman sesawang seperti The Citizen Online dan Temasek Review. Satu lagi perkara yang patut ‘disyukuri’ oleh golongan Ultra-Kiasu di Malaysia kerana mereka boleh menghentam Kerajaan dan masyarakat Bumiputera/Islam di negara kita secara bebas dan terang-terangan!

Nota : Sebagaimana segelintir rakyat Melayu yang lain di negara kita, Singapura adalah jauh di mata, tetapi amat dekat di hati penulis. Kerana Singapura adalah tempat asal keluarga penulis sebelah bapa (OK, selepas ini para Ultra-Kiasu dan para pengampunya dari kalangan Meleiz sendiri boleh berkokok penulis adalah pendatang dari luar, ye, pendatang dari Singapura). Jika ada yang menuduh blog ini adalah anti mana-mana kaum, penulis ingin tegaskan bahawa penulis hanya menghentam golongan Ultra-Kiasu, berdasarkan pengalaman lampau nasib yang menimpa keluarga dan masyarakat penulis di Singapura. Kalau nak kenal betul-betul sikap dan perangai golongan ini, jangan hanya selesa duduk di negeri yang ramai orang Melayu. Dipersilakan dan dicabar kalian untuk tinggal dan bekerja di Singapura!


Rujukan : Dr. Lily Zubaidah Ibrahim (2004) “The Singapore Dilemma : The Educational and Political Marginality of the Malay Community” Oxford University Press

39 comments:

  1. bukan takat tu jek. ari tu nengok Piala AFF yang kita menang pun, Sinkapork banyak import player luar. cam hampeh.. tak menang jugak... kahkahkah!!!

    ReplyDelete
  2. Itulah hukuman yang terpaksa orang melayu terima apabila tidak mahu bersatu...Orang melayu singapura sudah memilih LKY suatu masa dulu...sekrang terimalah padahnya...yang kesian adalah anak cucu mereka yang tidak bersalah terpaksa menelan keperitan dan kezaliman pemerintah singapura

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum Ibnu Rusydi

    terima kasih diatas pendedahan diatas.
    lebih2 lagi menjelang pilihanraya singapura.
    nampaknya mereka perlu mengemaskinikan barisan kepimpinan mereka sebelum pilihanraya malaysia yg ke 13...utk apa ya?...tak tahulah...sudah semestinya PRU 13 bukan saja siknifikan kpd rakyat malaysia, tetapi ia terlalu penting utk singapura juga. ia akan menentukan sama ada barisan kepimpinan malaysia selepas PRU 13 nanti adalah yg pro singapura, yang boleh menjadi kuda tunggangan mereka atau sebaliknya iaitu akan lebih memakmurkan malaysia. jgn hairan, singapura pun akan "turut serta" dlm PRU 13 nanti.
    yup...ramai dr kawan2 cina saya ni gemar sungguh bekerja di singapura, nampak senang sangat mereka mendapat pekerjaan disana, rupa2nya memang digalakkan oleh pemerintah singapura.
    fakta sejarah adalah tetap, company kepunyaan dinasti LKY pun namanya temasek holding....hhmmm..apa maksud temasek ni dlm bahasa cina ya? kalau adalah...kalau nak tolak fakta bhw dulunya pulau tu kepunyaan melayu.
    ramai juga orang marah dgn Tunku Abdul Rahman - TAR kerana dikatakan TAR lah yg telah memberi singapura dgn senangnya kepada LKY. tetapi saya ada baca dr satu sumber bahawa dgn kebijaksanaan TAR lah, beliau berjaya menendang keluar LKY-(singapura) dr terus berada dlm persekutuan tanah melayu, maksudnya utk tidak terus menggadaikan tanah melayu dan membenarkan LKY bermaharajalela, maka terpaksa korbankan singapura - sila betulkan andai perkara ni tak betul. kadang2 ada strategi dr pemimpin2 kita yg terdahulu tidak dpt difahami oleh kita. seperti cadangan pembinaan jambatan bengkok oleh Tun M. ramai org tak suka dan akhirnya singapura berjaya juga meracuni pemikiran rakyat malaysia menolak cadangan Tun M dizaman Pak Lah. akhirnya kita juga yg berputih mata tak dpt jambatan bengkok demi mengukuhkan pertahanan negara.
    saya bekerja dikelilingi org2 cina, hq company saya pun dr singapura. satu perkara yg pelik - ada sesetengah cina singapura pun sebenarnya tak suka dgn cina dr malaysia walaupun mereka ni satu bangsa. betullah org kata - cina singapura sudah terkena penyakit "ketakutan terlampau" iaitu ultra-kiasu. nampak je gah, tapi jiwa tak tenang. jika fikiran sentiasa mencari jalan macamana nak jatuhkan org lain, mana ada ketenangan.
    tapi satu yg saya suka, maqam Yang Mulia Habib Noh tersergam dgn megahnya di atas bukit di singapura. bukti bahawa Allah SWT Maha Berkuasa memberi kemuliaan kepada hambaNya yang bertaqwa walau dimana shj mereka berada hatta dlm negara yg diperintah oleh ultra-kiasu, walaupun mereka telah meninggal dunia. LKY pun tak boleh nak tolak fakta yg satu ini.

    ReplyDelete
  4. kpd balaci UMNO yg GOBLOK..
    kenapa ko lepaskan TEMASIK kt lky?
    tak de cara lain ke nak digubah?
    tapi tu cuma sejarah dan masa hadapan kita...

    AKU AKAN AMIK BALIK TEMASIK...sebab...
    tu TANAH embah2 aku!..

    ReplyDelete
  5. ko nak amik balik temasik pakai apa...? ..pakai limguaneng...hahahah smp ko mam...ko x dpt balik...

    bingai punyer boyan

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Saya akan berkunjung buat kali ke tiga ke Singapura (Temasek) hujung bulan ni. Memang terasa ada agenda untuk menghilangkan terus Melayu oleh pemerintah di sana. Ketika lawatan kali ke dua bulan Nomveber tahun lepas sempat melawat kat atas Bukit Fort Canning. Saya ketika itu sedang demam yang amat teruk tapi saya gagahi juga ke sana kerana ingin menzirahi makam Sultan Iskandar juga. Dalam keadaan yang begitu letih (saya demam hampir 2 bulan) saya gagahi dan pantang nampak bangku saya akan berhenti berehat. Saya sempat berehat di bangku betul2 di depan tapak penggalian sejarah,dalam keadaan mamai2 tidur2 ayam gitu, dgn terbaring lagik. Tiba2 dikejutkan dengan satu nama "SINGGORA!" . Adakah tapak itu ada kena-mengena dengan Singgora kerajaan Melayu lama. Teringat ada satu lagu "Itik di Senggora"..

    -anggun-

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum semua,

    To Pengikut Nabi Muhammad : tak boleh nak salahkn juga orang Melayu Singapura dahulu yang sokong PAP. PAP asalnya ditubuhkan oleh ahli pelbagai bangsa termasuk Tan Sri A. Samad Ismail, sebelum dihijack oleh Lee Kuan Yew menjadi parti chauvinist cina.

    To Wangsa : dari mula lagi Almarhum Tunku Abdul Rahman keberatan nak terima Singapura join Malaysia. Lee Kuan Yew yang beriya2 sebab nak selamatkan kareer politik dia drpd ancaman Lim Chin Siong dan Barisan Sosialis. Tentang makam Habib Noh, ada maklumat saya terima mengatakan LKY dan pesan kepada Pemerintah Singapura supaya jangan ganggu makam tu sebab takut dgn karamah makam tu..

    To anggun : Singgora tu lain. Singgora adalah Kerajaan Melayu yang terletak di utara tanah air kita. Sekarang dah jadi Provinsi Songkhla dalam Negara Thai.

    Salam hormat,

    ReplyDelete
  8. bersyukurlah , marilah kita sama 2 menjaga tanah terakhir kita ini. Melayu tersebar di seluruh dunia, tapi tanahnya hanya satu, Semenanjung Emas inilah.LIKE TO SHARE SOME THOUGHT
    http://couverv.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. Peringatan yang wajar diambil iktibar oleh orang Melayu terutama golongan muda yang terlalu ikut emosi. Sejarah sepatutnya mengajar kita membaiki keadaan bukannya dilupakan menyebabkan kesilapan lalu diulangi.

    Permainan kaum cina seberang laut sama sahaja di mana-mana. Tak berubah. Jangan terpedaya deng DAP, parti klon PAP. Tapi seperti biasa anak muda yang mempunyai darah panas senang diperdaya oleh mereka menentang kerajaan.

    Semoga Malaysia terselamat dari tipu daya zionis timur yang semakin ramai di Malaysia, Melayu tak sepatutnya lupa apa yang berlaku pada Singapura. Terima kasih atas artikel yang baik ini.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum saudara tuan blog

    Saya pasti tuan ada peta kerajaan2 seluruh nusantara yg tuan sebelum2 ni paparkan warna warni tu..

    saya nak minta jasa baik kalau2 tuan boleh e mail saya di timur_syah@yahoo.com

    Terima kasih dan Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,
    Setinggi-tinggi penghargaan ke atas peringatan ini.
    Anak muda, dan yang sudah berumur pun, mudah terpedaya dengan retorik 'multiculturalism' dan meritokrasi yang dikemukakan dengan begitu licik.
    Kebetulan, saya pun sedang mencari dan mengumpul bahan tentang Singapura dari 1920an hingga penyingkirannya pada 1965.
    Oleh itu, tolong rujukkan kepada peta jalan tentang kawasan Geylang Serai dan Kampong Melayu pada era itu.
    Terima kasih

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum semua,

    To couverv : Thanx, nice articles =)

    To aliffmy : thanx juga. amat menyedihkan pada hari ini kita tak dapat lihat lagi slogan2 Islam. Negara Islam dah ditukar jadi Negara Kebajikan. Membangun Bersama Islam dah menjadi PAS for All. Parti Islam sendiri dah takut dengan slogan 'Islam'. betapa liciknya mainan politik ultra-kiasu memperdayakan kita.

    To pemudatimur : setakat ni, saya tak jumpa lagi peta yang tunjukkan seluruh kerajaan di Nusantara. Peta yang saya gunakan tu diberikan oleh seorang kenalan internet saya, Mr. JoaquĆ­n de Salas Vara de Rey, dengan sedikit penyesuaian yg saya buat. Saudara boleh lawati websitenya di http://www.terra.es/personal7/jqvaraderey/194102in.gif ada banyak peta berkaitan di sana.

    To BaitiBadrudin : Insya Allah, jika ada atau saya dah jumpa nanti, saya maklumkan kelak.

    Salam hormat,

    ReplyDelete
  13. Ada pertuduhan yg mengatakan, Tunku "serahkan" singapura kpd LKY kerana banyak hutang judi kuda..dgr cita ramai veteran umno tau hal nie..tu salah satu sbb Tun Rzak ambil alih jwtn PM.. ada sapa bleh verify?

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum,

    Kepada anon di atas, saya harap saudara pada masa hadapan lebih teliti untuk menilai khabar2 angin yang ada. Apatah lagi saudara sendiri mengaku yang saudara nyatakan di atas adalah 'pertuduhan'.

    Untuk makluman saudara, dari awal lagi Tunku Abdul Rahman keberatan untuk menggabungkan Singapura ke dalam Malaysia. Antara sebab utamanya ialah penyertaan Singapura akan menyebabkan keseimbangan komposisi kaum di Malaya akan terjejas, disamping faktor politik pulau tersebut yang berbeza dengan semenanjung.

    Lee Kuan Yew sendiri menangis dan kecewa bila Tunku tendang keluar Singapura.

    Saya akui Tunku sebagai manusia biasa, punyai banyak kelemahan dalam mentadbir. Tapi apa gunanya ditimbulkan pertuduhan macam di atas? hanya memalukan kita sendiri sebagai umat Islam. Apatah lagi orang yang kita tuduh itu dah lama meninggal dunia.

    Salam hormat,

    ReplyDelete
  15. Ini pendapat rakyat singapura mngenai Cina Malaysia pro PAP\dap yg datang kat sana untuk bekerja ( diambil dari tamasek review )

    Angeline Goh:
    February 10, 2011 at 10:09 pm
    Kuan Yew fears that Malaysia will attack Singapore. For all he knows it is the influx of Malaysian Chinese into Singapore that is going cause racial/nationality tension that will result in street battles. If ever riots were to erupt it will be between Singaporeans of all races against the Malaysian Chinese.
    We already know too well about these fucking Malaysian Chinese scums including the fucking Ministers and MPs who were former Malaysians.
    Like or Dislike: 47 3

    ReplyDelete
  16. hahaha...menarik tu.

    Aku tak lah pandai sangat nak mengomen.Yang aku selalu dengar Singapore for Singaporeans.Lebih kurang cam tulah.

    ReplyDelete
  17. Sungguh pelik. Di kala percubaan menuduh orang Melayu sebagai pendatang berkumandang di mana-mana, perlembagaan Singapura sendiri mengaku orang Melayu sebagai penduduk asal yang WAJIB dijaga kepentingannya, agamanya dan bahasanya... http://merahsilu.blogspot.com/2011/02/isi-perlembagaan-singapura-yang-bakal.html

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Selagi ada bulan bintang dan orang Melayu-Islam terus hidup dan tinggal di Singapura, maka jadilah ia satu pengajaran bagi umat-umat Melayu-Islam lain di Nusantara ini agar tidak lupa dan lalai menjaga tanah air masing-masing dari diperintah oleh orang lain.

    Semoga menjadi pedoman.

    ReplyDelete
  20. Banayk lagi Tanah simpanan Melayu yang sudah digadai oleh Umno di Malaysia ini yang belum diganti lagi.

    ReplyDelete
  21. TAR yg bodoh,menggadaikan hak org melayu.. Senapang dah berada betul2 kat dahi LKY...cuma tunggu perintah drp TAR yg bahalol lagi bacul tu utk melepaskannya ataupun tidak...yg Jeneral pun satu bahalol juga...,kalau akulah,aku tembak dulu baru call TAR...sebab masa tu kalau nak sapu licin semua kafir laknat tu... sekelip mata sahaja... nak takut apa dgn british...! Tapi apakan daya...org lain MERDEKA DGN DARAH.., KITA MERDEKA PAKAI SAIN..yg maknanya masih lagi dibawah telunjuk british... Alangkah sedihnya Bangsa Ku yg dipermainkan oleh bangsanya sendiri.
    ..buat penat aje PEJUANG2 KEMERDEKAAN MELAYU yg telah berkorban mempertaruhkan nyawa dan keluarga mereka pada masa tu. TAR BODOH DAN BACUL!!!

    ReplyDelete
  22. UMNO-PAS BersatuMay 9, 2011 at 3:06 PM

    Sungguh pelik apabila ku lihat, ramai penyokong pembangkang yang menyalahkan Tunku Abdul Rahman kerana menendang keluar Singapura. Macam2 tohmahan dan maki hamun serta fitnah dilemparkan kepada TAR.

    Tapi yang sungguh celakanya pada hari ini, mereka sendiri (penyokong PAS & PKR) yang menjadi pencacai kepada DAP, menjilat dan mempertahankan semua tindakan racist Ultra-Kiasu itu, termasuklah mempertahankan sumpah DAP untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian. Hipokrasi apakah ini????!!

    ReplyDelete
  23. Malas nak ceritalah tentang Singapore ni.Tak bley salahkan Tenku jer...

    Cubalah korang cek sejarah sekitar tahun 1800an dulu zaman Singapore menjadi jajahan kesultanan kita.Nanti baru korang paham nape Tunku bertindak demikian.

    Dulu aku 'maki hamun' juga Tunku siap buang2 tanah air,ada ke patut...,tapi bila baca sejarah balik ....ternyata tindakkan Tunku buang Singapore sebenarnya bukan satu keputusan yang mudah terlalu banyak faktor dia kena ambil kira.:)

    so carilah sejarah yang lalu dulu ye...Alfatihah buat Tunku..:)

    ReplyDelete
  24. Boleh ulas keputusan pilihanraya Singapura baru-baru ni dan kesan ke atas orang Melayu?

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum,

    To Radzi Sapiee, thanx 4 ur comment. =) ya, Seksyen 152, Perlembagaan Singapura memang mengesahkan taunggungjawab Pemerintah Singapura untuk melindungi hak istimewa orang Melayu sebagai pribumi asal Singapura. Tetapi hanya tinggal atas kertas sahaja. Faham2 ajelah...

    To anon 10:20, harap saudara lebih mendalami sejarah Singapura kalau nak tahu lebih lanjut. jangan hanya serkap jarang menyalahkan pihak2 tertentu. tak semudah yang dikatakan oleh saudara itu.

    To anon 4:01, yang pastinya, jawatan speaker Parlimen, jawatan saguhati untuk orang Melayu Singapura, bukan milik Zainul Abideen Rasheed yang kalah di GRC Aljunied. Tak pasti sama ada Lee Hsien Loong masih nak beri jawatan tersebut kepada orang Melayu. Sama ada PAP atau Workers Party yang menang, tak ada banyak beza pun impaknya pada masyarakat Melayu. Tapi saya ada dengar, kemungkinan jawatan Presiden dikembalikan kepada orang Melayu. Siapa?? kita tunggu dulu... =)

    Salam hormat,

    ReplyDelete
  26. lebih baik kita membela islam kerana islam tiada sempadan bangsa dan keturunan.singapura pernah ditadbir oleh ketua menteri islam.kalau tak silap yg nombor-2 berbangsa cina.(no-1 org inggeris)masa pemerintahan dia,komunis hampir pupus di singapura.kemudian baru LKY naik. harap masa akan datang akan ada org islam yg tadbir singapura.
    zn.

    ReplyDelete
  27. setuju dgn komen penulis blog berkenaan dgn tujuan lee ky masuk msia. tunku yg selamatkan politik dia ibarat anjing tersepit gigit balik. pap hampir kalah masa pilihan raya spura dgn barisan sosialis (bs) ada dlm wiki. mamat lee ky ni mmg beragenda. pandai dia. imagine what spura will bcome if bs wins. tu pasai tunku setuju aje maklumlah sosialis tu kan adik komunis.

    kalo x silap dlm wiki pun ade citer pasai referendum masuk msia. bs is against it partly bcoz lee ky only gave 2 options a. merge with our own agenda or b. merge fully. xde yes or no. majoriti choose a. bs said boycott it x igt la brp ramai yg boikot.

    but our government pun sosialis gak hehe peoples first is a sosialis agenda. epf originated from Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei. hah apa tu? hitler la beb jgn lupa ye dia pun anti komunis ye sbb geng2 ni byk yahudi.

    our down under mmg beragenda geng2 tu. baik ada makna kata p ramli. cam sial

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum,

    Tak tahu kenapa ada komen saya yang hilang, diulas semula beberapa komen,

    to saudara Radzi Sapiee, many thanks for your comment =) Ya, sememangnya status Melayu sebagai pribumi bagi Republik Singapura diakui dalam Seksyen 152, Perlembagaan Singapura. Pemerintah Singapura perlu menjaga hak-hak istimewa masyarakat Melayu. Tapi perkara itu hanya tinggal atas kertas sahaja. Faham-faham sajalah...

    to anon 10:02 PM : tak semudah itu untuk membuat tindakan sebagaimana yang dinyatakan oleh saudara. bertindak bijak adalah lebih baik daripada bertindak melulu. Adakah saudara fikir dengan mengambil tindakan sedemikian, keadaan pada hari ini akan lebih baik? dalamilah sejarah Singapura dengan hati yang tenang dan fikiran terbuka, fahami situasi pada masa tersebut.

    to Anon 4:01 PM, yang pasti jawatan Speaker Parlimen, jawatan gula2 untuk orang Melayu masih tidak pasti lagi sama ada kekal milik orang Melayu, setelah Zainul Abidin Rasyeed kalah di GRC Aljunied baru-baru ini. Tak ada banyak impak pun sama ada PAP atau Workers Party yang menang. sebabnya orang Melayu telah dirancang untuk berpecah oleh Pemerintah Singapura. Tapi ada khabar angin yang mengatakan Abdullah Tarmugi, bekas Speaker Parlimen Singapura yang berdarah kacukan Jawa-Cina, akan dilantik menjadi Presiden Singapura pada election Ogos ini.

    Salam hormat,

    ReplyDelete
  29. fakta yg menarik utk dikongsi dgn gen muda..biasanya fakta sebegini tk di ambil peduli secara serius oleh pemimpin kita..nasib kita di bumi kita..

    ReplyDelete
  30. Try check siapa Freemason Melayu dan bagaimana Tanah Melayu Merdeka?Berbeza dengan Indonesia,melalui tekanan juga penentangan!Apa tujuan Freemason Inggeris(Stamford Raffles) beria2 mahukan Pulau Sekangkang Kera lalu diikuti oleh pengikut Illuminati(Keturunan Lee)?Lepas tu freemason Melayu pula nak merdekakan Tanah elayu sudah twerhutang budi dan mati akal ketika itu.Apa salahnya masukkan saja Illuminati tu dalam sel penjara atau dakwa bawah ISA.Senang,mesti agenda2 dia tersangkut2 dan para penyokong2nya takut atau diam buat seketika.Berbeza di era sekarang,masukkan Melayu dibawah ISA ntahapaapa kesalahan.Wei,mereka2 ini "Ketawa Besar" atas apa Pemimpin kita buat keatas Bangsa nya sendiri,Mereka ini tunggu peluang,hanya masa menentukan.Sedarilah wahai bangsa ku.

    ReplyDelete
  31. Senario politik di Malaysia beda dengan negara negara lain. Dari dulu, bangsa Melayu banyak bersikap bertolak ansur dan bangsa bangsa lain dapat hidup aman dan mewah kini. Terjadinya peristiwa yang tak di ingini pun oleh kerana ketamakan bangsa bangsa lain.

    Selepas berhasil kesenangan dan kemewahan, kuasa pula di tagih. Tak sedarkah kita, kerajaan Melayu yang jatuh dulu kerana pengkhianatan dan ketamakan oleh bangsa Melayu itu sendiri??

    Dan species pengkhianat tersebut masih ada di kalangan kita sekarang. Sanggup menggadai bangsa untuk sedikit habuan dan membiarkan anak anak cucu melarat di kemudiannya?

    Sanggup pula bersekongkol dengan golongan ultra-kiasu konon untuk menyelamatkan negara tercinta, atau menjerumuskan kearah yang lebih parah? fikir fikirkanlah pahlawan pahlawan kamu yang berkorban dengan titisan darah yang terakhir dulu..,sebelum merdeka!

    Kalau pemimpin sekarang tidak betul, kenapa kita yang memilihnya? Tak adakah pemimpin lain yang berwibawa? kesalahan terletak pada kita, kitalah yang membetulkannya. Tanyalah pada diri kita sendiri, adakah pemimpin yang ada sekarang zalim?

    Janganlah kita terlalu mengikut telunjuk golongan ultra-kiasu,dan agenda agenda mereka yang kita tidak ketahui, kelak negara tercinta akan menjadi sejarah..dan di hamun oleh anak cucu kita yang merempat!

    Tak ada negara di dunia, yang bangsa majoriti akan tunduk kepada golongan minoriti, walau di negara ultra-kiasu sendiri.

    Fikir fikirkanlah wahai bangsaku..

    ReplyDelete
  32. orang asli bagaimana?kami yang penduduk asal bumi malaya ni tapi pendatang dari sumatera pula yang lebih2

    ReplyDelete
  33. cARiUX-cRYpt@:wohoosterling

    u'll find me if u noe it!
    ;D

    3901

    insyaAllah, aku yakin kamu ebr3gaa mmapu...

    ReplyDelete
  34. lola,

    aii, ade jugak mata sepet terjah blog ni dan mengaku org asli?? hehehe

    klu btol anda buta sejarahlah, siapa yg mula2 bukak tamadun di sini?? :D :D :D

    ReplyDelete
  35. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  36. bukan shj org asal malah melayu tulen kelantan pun ditindas...

    bukan org melayu dr seberang tu jahat, cuma mereka tidak sedar ada melayu yg telah lama menjadi tuan di bumi malaya...

    ReplyDelete
  37. kEPADA INDIVIDU YANG INGINKAN JAWAPAN DETAIL BERKAITAN SEJARAH SINGAPURA, PAP & DAP. SILA MELAWAT KE BLOG SAYA.

    http://darah-satria.blogspot.com/

    SAYA DAH MASUKKAN BEBERAPA SUMBER YANG TEPAT DIDALAMNYA.

    ReplyDelete
  38. Salam sejahtera utk semua,

    Aku mempunyai rahsia bagaimana sesebuah negeri boleh tergadai seperti dlm cerita P.Ramlee asalkan kerajaan Msia sanggup bekerjasama dgn sokingan semua rakyat jelata.

    ReplyDelete