Featured Post

Peringatan Kepada Laman OhMyMedia dan Page-page Hiburan Kaki Copy Paste

Ketika penulis memulakan penulisan di blog kira-kira sembilan tahun yang lalu, ada tiga (3) niat utama yang terlintas di fikiran pen...

Tuesday, May 10, 2011

Kutaringin : Satu-satunya Kerajaan Melayu di Kalimantan Tengah

Sebelum ini, penulis telah paparkan artikel mengenai 12 buah Kerajaan Melayu yang terdapat di Kalimantan Barat, 5 buah Kerajaan Melayu yang ada di Kalimantan Timur, serta sebuah Kerajaan Banjar yang wujud di Kalimantan Selatan. Maka kali kini, artikel kedua terakhir mengenai negeri-negeri Melayu di luar Malaysia akan diteruskan dengan menyusuri ke wilayah Kalimantan Tengah pula.



Lambang dan bendera Kerajaan Kutaringin


Di Propinsi Kalimantan Tengah, Indonesia, pernah berdiri sebuah Kerajaan Melayu yang bernama Kutaringin. Kadang kala, nama negeri ini juga dieja sebagai Kota Waringin. Kerajaan ini merupakan satu satu Kerajaan Melayu yang bertahan agak lama di Indonesia, iaitu sejak abad ke-16 hinggalah abad ke-19, dengan 14 orang Sultan kesemuanya yang pernah memerintah. Walaubagaimanapun, nama Kutaringin ini sebenarnya telah disebut lebih awal, iaitu dalam kitab ‘Negarakertagama’, iaitu apabila Negeri Kutaringin dinyatakan sebagai sebahagian daripada wilayah Tanjung Nagara yang tunduk kepada empayar Majapahit.



Peta wilayah Kerajaan Kutaringin berwarna kuning


Pada asalnya, wilayah Kutaringin ini adalah di bawah pengaruh Kerajaan Banjar yang berpusat di Kalimantan Selatan. Sebelum wujudnya Sultan yang memerintah kawasan tersebut, Raja-raja Kerajaan Banjar yang menguasai kawasan pantai selatan dan tenggara pulau Borneo telah mengirimkan wakil-wakilnya untuk mengutip cukai termasuklah di wilayah Kutaringin. Bahkan, para Sultan Kutaringin sebenarnya adalah berketurunan dari Dinasti Banjar. Raja pertamanya, iaitu Pangeran Dipati Anta-Kasuma merupakan anak keempat kepada Sultan Banjar ke-4, iaitu Sultan Mustain Billlah. Pangeran Dipati Anta-Kasuma telah menggantikan bapa mertuanya, Dipati Ngganding yang sebelum itu merupakan Adipati (lebih kurang seperti Gabenor) untuk menjadi penguasa Negeri Kutaringin tetapi masih di bawah pengaruh Kerajaan Banjar. Disebabkan itulah, Raja-raja Negeri Kutaringin kebiasaannya memakai gelar Pangeran jika berada di Negeri Banjar, tetapi menggunakan gelaran Sultan di negerinya sendiri. Kerajaan Kutaringin ini mencapai zaman kemuncaknya ketika era pemerintahan rajanya yang ke-7 iaitu Pangeran Ratu Bengawan sekitar kurun ke-18.

Semasa fasa awal pasca kemerdekaan Indonesia, iaitu pada awal Januari 1946, Negeri Kutaringin telah diduduki oleh Belanda dan kemudiannya dimasukkan sebagai sebahagian daripada wilayah Negara Dayak Besar, sebuah negara yang disokong oleh penjajah Belanda bagi memecahbelahkan republik tersebut. Walaubagaimanapun, Negeri Kutaringin secara rasminya telah bergabung semula di dalam kesatuan Republik Indonesia pada 1 Mei 1950 dan negeri ini ditukar statusnya menjadi sebuah Kabupaten (seperti Bahagian di Sabah dan Sarawak) di dalam Propinsi Kalimantan Tengah.



Istana Kuning, lambang Kerajaan Kutaringin


Dengan berakhirnya kedaulatan Kerajaan Kutaringin, maka para bangsawan dan kerabat Di Raja Kutaringin tidak lagi memegang jawatan-jawatan dalam pemerintahan. Hanya beberapa keturunan Sultan dan bangsawan sahaja yang sebelum itu sudah bekerja sebagai pegawai pemerintahan tetap memegang jawatan di dalam pemerintahan Indonesia yang merupakan sebuah negara bercorak Republik.

Pada hari ini, sebagaimana yang berlaku di wilayah lain di Indonesia, para waris Kerajaan Kutaringin telah sepakat untuk mengangkat salah seorang zuriat kerabat mereka untuk bertindak sebagai Sultan Kutaringin yang baru bagi tujuan melestarikan budaya tempatan dan sebagai penjaga kepada pusaka Kerajaan Kutaringin, termasuklah adat istiadat dan peninggalan leluhur mereka. Pangeran Alidin Sukma Alamsyah, zuriat kanan kesultanan tersebut telah terpilih dan telah ditabalkan secara rasminya sebagai Sultan Kutaringin ke-15 dengan gelaran Sultan Alidin Sukma Alamsyah pada 16 Mei 2010 yang lalu.



Sultan Alidin Sukma Alamsyah, Raja Kutaringin ke-15 bersama keluarganya


Nota : Sebuah lagi negeri Melayu yang terdapat di Pulau Borneo adalah Negara Brunei Darussalam. Walaubagaimanapun, memandangkan semua orang telah maklum tentang negeri ini dan maklumat mengenainya juga mudah diperolehi di internet, maka rasanya tidak perlu untuk dikeluarkan artikel mengenai Brunei.

14 comments:

  1. tak apa tuan, jika ada apa2 maklumat menarik, harap masih boleh dikongsi...

    ReplyDelete
  2. Tahniah tuan di atas pendedahan yang diberikan. Terima kasih

    ReplyDelete
  3. Kutaringin ni dulu dalam wilayah Kerajan Melayu Jambi ke Bro??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Km dapat informasi dari mana kalau kutaringin dalam wilayah kerajaan melayu jambi? Bisa membuktikannya tidak

      Delete
  4. Assalamualaikum,

    Kerajaan Melayu Jambi terletak di tenggara pulau Sumatera. Kerajaan Melayu Kutaringin pula terletak di selatan pulau Borneo.

    Setakat yang saya tahu, tak ada pula Kerajaan Kutaringin ni di bawah Kerajaan Jambi.

    Salam hormat,

    ReplyDelete
  5. Boleh cerita tentang kerajaan haram cina, republik Lanfang (Lanfang Repulik) di Kalimantan Tengah semasa kehadiran Belanda? Macam mana republik tersebut boleh ditubuhkan di tengah-tengah kewujudan kesultanan dan kerajaan tempatan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagaimana kerajaan yang ditubuhkan pendatang cina jadi haram dan kerajaan yang ditubuhkan oleh pendatang Jawa pula jadi tidak haram?

      Delete
  6. terima kasih atas cadangan. sebenarnya saya tak berapa berminat dengan cerita republik lanfang tu. ia bukan kat kalimantan tengah, tapi kat kalimantan barat & pernah berperang dgn bbrp kerajaan Melayu. pada saya, ia sebenarnya hanya kongsi gelap, tak layak dipanggil pun sebuah negara.

    Anyway, jika ada maklumat menarik tentang republik lanfang ini nanti, Insya Allah saya akan siarkan.

    Salam hormat,

    ReplyDelete
  7. Kenapa agaknya orang Kotawaringin, orang Banjar dan seumpamanya di Kalimantan boleh di dipanggil Melayu, tetapi orang Minangkabau di Sumatra tidak mahu dikategorikan ke dalam kelompok Melayu? Orang Sambas pula telah dikeluarkan daripada Melayu. Kini mereka mempunyai suku tersendiri iaitu suku Sambas.

    ReplyDelete
  8. Kepada saudara anon 9:01,

    Di Kalimantan, Banjar dan Melayu dianggap dua etnik berbeza. Ada juga yang memilih kedua2 identiti kerana percampuran darah akibat perkahwinan dan budaya kedua2 etnik yang hampir sama.

    Di Sumatera, memang suku Minang dianggap berbeza dengan Melayu, begitu juga dengan suku Acheh dan suku Batak-Muslim seperti Mandailing.

    Dalam sensus tahun 2000 di Indonesia, memang ada suku Melayu yang memilih identiti suku yang lebih spesifik di Kalimantan, seperti suku Sambas dan suku Kutai. Namun secara umumnya, mereka adalah Melayu Kalimantan. Harap dapat membantu.

    Salam hormat,

    IBNU RUSYDI

    ReplyDelete
  9. Assalamu,alaikum, Saya adalah asli orang Banjar dan berbudaya Melayu, bahasa yg kami pakai adalah Bahasa Melayu Banjar, yg sangat mirip dgn Bahasa yg di pakai di Serawak dan Brunei, dan kami pun saat ini telah mempunyai Seorang sultan Diraja Banjar, yaitu: Pangeran Haji Khairul Shaleh yg bergelar Raja Muda,

    ReplyDelete
  10. Penobatan Raja Muda
    Kesultanan Melayu Di
    Raja Banjar Martapura, Pangeran Haji
    Gusti Khairul Saleh,
    Minggu (12/12/2010)
    siang, resmi dinobatkan
    sebagai Raja Muda
    Kasultanan Melayu Banjar dalam acara Penobatan,
    Penganugerahan Gelar
    Bangsawan, dan Gelar
    Budaya. Yang
    bersangkutan mendapat
    gelar Raja Muda Pangeran Haji Khairul Saleh.
    Penobatan yang dihadiri
    raja dan wakil dari 23
    kerajaan di Nusantara itu
    berlangsung di Gedung
    Mahligai Sultan Adam, Martapura, Kabupaten
    Banjar , Kalimantan
    Selatan. Tampak hadir,
    antara lain, Para
    Bangsawan Banjar di luar
    negeri, Ketua Forum Silaturahmi Keraton
    Nusantara (FSKN) Paku
    Buwono XIII Tejo Wulan
    dan Sekretaris Jenderal
    FSKN Kanjeng Pangeran
    Haryo Kusumadiningrat. Hadir pula perwakilan dari
    Kementerian Pariwisata,
    dalam hal ini Staf Ahli
    Pranata Sosial Surya
    Yoga. Acara diawali
    dengan masuknya para raja Nusantara ke dalam
    mahligai, setelah didahului
    tari Sinoman Hadrah dan
    tari Putri Junjung Buih.
    Setiap raja yang masuk
    balai langsung disambut dengan taburan beras
    kuning dan pekikan
    salawat, sedangkan dari
    kejauhan terdengar suara
    gamelan Banjar . Khairul
    Saleh duduk di lamin didampingi para
    bangsawan, guru besar,
    dan ulama kharismatik KH
    Anang Zajouly Seman dan
    Gubernur Kalsel. Khairul
    Saleh sendiri saat ini menjabat sebagai Bupati
    Banjar periode
    2010-2015. Sumber:
    www.banjarmasinpost.co.
    id

    ReplyDelete
  11. kutaringin yang jelas sejarah di jurat.org..mereka lah asli keturunan yanga sebenar-benarnya dan sejarah yang ada

    ReplyDelete
  12. terima kasih atas info, sangat berguna.

    ReplyDelete