Featured Post

Peringatan Kepada Laman OhMyMedia dan Page-page Hiburan Kaki Copy Paste

Ketika penulis memulakan penulisan di blog kira-kira sembilan tahun yang lalu, ada tiga (3) niat utama yang terlintas di fikiran pen...

Wednesday, November 16, 2011

Catatan Zainal Al-Johan Siri 2

Petikan sebahagian laporan oleh wartawan Desi Ernita Dahnin yang telah disiarkan di dalam Mastika edisi November 2011





Hamba ini berbangsa Melayu. Bangsa yang satu ketika dulu adalah bangsa yang jauh peradabannya ke hadapan, meninggalkan bangsa-bangsa lain di seluruh dunia. Bangsa Melayu kaya dengan kepakaran dan teknologi.

Tunggu! Jangan mencebik, jangan mencemuh! Tuan hamba sekalian mungkin tidak tahu. Benar, generasi kita hari ini tidak tahu akan fakta kehebatan bangsa Melayu zaman dahulu. Dek kerana segala fakta itu telah dimusnahkan oleh sang penjajah keparat. Penjajah tidak mahu bangsa Melayu menjadi bangsa berkuasa di dunia. Mereka tidak mahu generasi Melayu akan datang tahu kehebatan nenek moyang mereka dahulu kala. Inilah muslihat penjajah keparat!


Meriam Terbesar Melayu Dilarikan ke India

Bangsa kita dimomokkan bahawa Melayu dahulu kala hanya berperang dengan keris dan lembing sahaja. Tidak! Tahukah tuan hamba sekalian, bangsa kita telah mencipta meriam, sudah lama sebelum kedatangan para penjajah lagi.

Ya, ketika itu, terdapat sebuah meriam terbesar di dunia yang dicipta oleh Bangsa Melayu. Meriam tersebut diletakkan di dalam mahligai istana Sultan Melaka. Dan apabila Melaka ditakluk, meriam itu telah dirampas oleh penjajah lalu di bawa berlayar ke Goa, India. Untuk pengetahuan tuan hamba, meriam itu masih ada sehingga kini di Goa. Namun, untuk membawa artifak bukti keagungan tamadun Melayu itu bukan mudah. Bahkan kosnya mencecah berbilion ringgit. Lihat betapa licik dan jahatnya sang penjajah!


Melayu Pelayar Terulung

Bangsa Melayu sudah boleh menghasilkan jam yang digunakan oleh Panglima Awang dalam pelayarannya sewaktu mengelilingi dunia. Dua abad lebih awal sebelum bangsa Eropah mampu mencipta jam. Bangsa Melayu juga boleh belayar di lautan tanpa menggunakan kuasa enjin dan layar, malah tidak pernah sesat dari arah tujuannya. Dan kepakaran belayar ini telah wujud lebih lama sebelum Bangsa Eropah mampu menggerakkan bangsa mereka untuk belayar mengelilingi dunia.

Tahukah juga tuan hamba, Panglima Awang yang berbangsa Melayu itu sebenarnya adalah orang pertama mengelilingi dunia dan hasil pelayarannya itu, dialah yang mengesahkan bahawa bumi ini bulat, bukannya mendatar seperti didakwa bangsa Eropah sebelum itu. Panglima Awang tidak pernah tersesat dalam pelayarannya, sedangkan Captain Columbus berbulan-bulan tersasar dalam pencariannya mencari tanah datar Amerika. Begitulah hebatnya bangsa kita!


Teknologi Mistik Melayu

Sewaktu zaman kegemilangan empayar Melayu Melaka, bangsa Melayu sedang dalam eksperimen untuk membina tentera bukan dari kalangan manusia, tetapi daripada haiwan yang boleh diseru, disuruh dan dipandu arah. Takjub bukan?

Tetapi sayang, belum sempat teknologi tentera haiwan itu dikembangkan, ia telah ‘dilarikan’ oleh penjajah setelah mereka berjaya menakluk Tanah Melayu. Lalu teknik itu mereka kaji dan mereka guna pakai untuk kepentingan bangsa mereka. Melalui teknologi seru itulah pihak Portugal melepaskan seekor ketam untuk membawa naik salib yang dicampakkan ke laut oleh seorang Paderi sebelum memijak bumi Melaka. Hamba bukan sengaja mereka-reka cerita ini, malah cengkerang ketam itu masih berada di Lisbon, Portugal sebagai bukti!


Khazanah Melayu Dihapuskan

Dek kerana hebatnya ilmu pengetahuan bangsa Melayu inilah, penjajah sentiasa mahu menawan tanah bertuah ini. Beribu-ribu dokumen, buku, persuratan dan khazanah bangsa kita telah dirampas oleh mereka. Salah satu darinya seperti usaha Raffles yang membawa ribuan catatan dan buku Melayu di dalam kapal The Fame yang akhirnya terbakar di tengah lautan.

Kita dijajah bukannya kerana rempah ratus seperti yang tercatat dalam sejarah yang digubah sesuka hati oleh sang penjajah. Kita dijajah kerana kehebatan tamadun bangsa Melayu. Inilah sejarah yang tidak diketahui oleh anak Melayu sendiri.

Hamba bangga menjadi anak Melayu. Bukan hanya kerana pengetahuan dan fakta yang hamba ada dan selidiki. Kata-kata hamba bukan omongan kosong. Jika tidak, hamba tidak akan bersusah payah mengumpul pelbagai artifak keagungan bangsa kita satu ketika dulu!





Pakaian Melambangkan Bangsa

Kata mereka, pakaian hamba sudah ketinggalan zaman, tidak relevan. Jika begitu, tidak relevanlah bangsa Arab yang berjubah dan berserban? Tidak relevankah bangsa Ghana dengan baju tradisi ala selimutnya? Tidak relevankah bangsa India dengan sarinya?

Apa yang hamba pakai ini adalah salah satu simbolik bangsa Melayu. Jika kita berjumpa di Melaka 500 tahun yang lampau, inilah pakaiannya. Namun, hamba sesuaikan dengan zaman sekarang. Hamba tempah khas baju ini agar diperbuat daripada kain kapas yang lebih selesa dipakai. Yang penting, identiti pakaian ini yang harus dikekalkan kerana inilah identiti bangsa kita.


Hamba Lebih Afdal Dari Sahaya

Ada yang bertanya, mengapa gunakan perkataan ‘hamba’ dan ‘tuan hamba’ dalam perbualan harian? Mengapa berasa pelik sedangkan itulah pertuturan bangsa kita sejak dulu kala. Malah, ada yang berkata, teruk benar gunakan perkataan hamba kerana ia hanya sesuai antara manusia dengan tuhan.

Tetapi mereka lupa, bila kita menyebut diri kita sebagai hamba, secara tidak langsung ia sentiasa mengingatkan bahawa kita ini adalah hamba Allah. Itukan lebih baik?
Mereka lupa penggunaan perkataan ‘saya’ itu bermula dari ‘sahaya’ yang bermaksud hamba sahaya yang tidak boleh ditebus., secara tidak langsung menjatuhkan diri kita serendah-rendahnya. Bermakna secara tidak langsung kita berdoa menjadi seperti itu. Akhirnya, seperti yang tuan hamba lihat hari ini, bangsa kita menjadi bangsa yang hina sekarang. Bahasa tu menunjukkan bangsa. Pada firasat hamba, perkataan hamba lebih afdal dari saya (sahaya).





Hargailah Khazanah Melayu

Apa yang hamba sampaikan mungkin susah diterima akal, tetapi buktinya ada. Jika tidak percaya, datanglah bertemu hamba. Teratak hamba di Rembau ada menyimpan lebih 200 artifak dan khazanah bangsa kita.

Bukan mudah untuk hamba kumpulkan segala artifak bangsa Melayu ini. Ia memerlukan kos jutaan ringgit dan tenaga pakar saintifik dan spiritual. Kebanyakan artifak ini gagal dikesan oleh pencari gali dari Barat walaupun menggunakan teknologi moden. Ini kerana harta-harta ini telah disimpan di alam mistik oleh orang-orang terdahulu.

Contohnya, 50 tahun lalu, pihak Inggeris ada menghantar ahli arkelogi mereka bagi mengesan Keris Penyalang, iaitu sebilah keris yang digunakan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka bagi menghukum pembesar istana yang bersalah. Pembesar itu akan ‘disalang’ menggunakan keris tersebut. Caranya, pesalah akan melutut lalu keris penyalang akan ditusukkan dari engkuk menembusi paru-paru, jantung hinga ke perut. Hebatnya keris penyalang, hanya setitis darah akan keluar melalui satu lubang di hulu keris, menandakan si pesalah sudah mati. Keris inilah yang cuba dicari ahli cari gali Inggeris itu tetapi setelah berbulan-bulan mencuba, mereka pulang dengan hampa.

Mengapa? Ini kerana keris itu disimpan pewarisnya di alam mistik dan semoden manapun orang Barat, mereka tidak dapat menandingi kemahiran bangsa Melayu ‘menyelam’ ke dunia mistik. Dan kini, Keris Penyalang itu sudah ada dalam simpanan hamba!


Akhir kata

Banyak artifak lain yang amat diinginkan oleh bangsa penjajah sudah berada dalam simpanan hamba. Dan pencarian hamba tidak akan terhenti di sini. Ini adalah khazanah bangsa kita, dan wajib kita menjaga dan menghargainya.

Tujuan hamba hanya satu, hamba mahu buktikan kehebatan bangsa kita satu ketika dahulu dan ia boleh dijadikan rujukan anak cucu kita kelak. Hamba mahu sedarkan bahawa kitalah bangsa yang hebat dan mencipta pelbagai penemuan pada zaman dahulu.

Tuan hamba, marilah kita sedarkan bangsa kita. Janganlah kita berpecah belah, bermusuhan sesama sendiri hanya kerana fahaman yang berbeza. Sepatutnya, kehebatan nenek moyang kita dahulu mampu menyatukan bangsa Melayu agar bangkit menjadi bangsa yang dihormati dan disanjung seantero dunia.

Takkan Melayu Hilang Di Dunia!


Nota : Zainal Al-Johan kini juga merupakan pensyarah Pengajian Melayu di Kolej Komuniti Tangga Batu, Pantai Klebang, Melaka. Mereka yang berminat dengan pengajian yang dijalankan beliau boleh menghubungi Kolej Komuniti di talian 03-3152952


Lihat juga catatan lama :


Zainal Al-Johan Gigih Kumpul Artifak Melayu

38 comments:

  1. saya = sahaya
    sahaya = abdi
    hamba sahaya = hamba abdi

    ReplyDelete
  2. Bolehkah kira tuan Blogger pamerkan gambar Meriam Terbesar Melayu itu yang ada kat Goa,India..Sekurangnya dapat lah jugak anak cucu melihatnya...

    ReplyDelete
  3. melayu takkkan hilang didunia..ALLAH HU ROBBI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malayu / mala/ malai / atau bangsa jawi
      Bermaksud bangsa gunung / bangsa yg bertamadun tinggi dari nabi ibrahim .

      Kita beragama Allah yg satu (masa zaman nabi ibrahim )
      Dan kemudian islam hingga kini dan hingga hari kiamat. Inyaallah.

      Delete
  4. Salam,

    Berhijrahlah dari
    1. sistem kewangan fractional banking kuffar yang berasaskan matawang fiat riba yang bernilai hanya tisu tandas dan beralih kepada emas/perak
    2. sistem perundangan sekular kuffar yang tidak berasaskan kepada tauhid/ehsan/rahmatNya dan beralih kepada dalil-dalil kitabNya dan sunnah kekasihNya
    3. sistem pemerintahan demokrasi kuffar yang sangat bersangkutan dengan dua elemen kuffar di atas yang seterusnya bersangkutan dengan bank dunia dan pertubuhan bangsa bersatu sebagai khalifah ciptaan/toghut/dajjal beralih kepada Khalifah pilihanNya.

    Anony 3.28am

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita dah masuk jauh dlm system yg direka oleh mereka. Semoga Allah swt membuka jalan yg baru.

      Delete
    2. Kita kena hati2 dgn tuhan yg direka oleh mwreka iaitu tuhan duit.

      Bersederhana dlm cari duit.
      Jika kita lalai kita akan terpesong jauh dari akidah kita Allah swt yg satu.

      Delete
  5. Salam...

    Bolehkah tuan hamba membantu bagaimana untuk menziarahi beliau ? saya amat berminat dengan usaha beliau dalam memperjuang dan mengekalkan ketamadunan melayu ini...bolehla tuan hamba email kepada saya seperti dibawah

    syaqis@gmail.com

    ReplyDelete
  6. Tuan ibnurusydi, mengapa blog riwayat melayu karangan srikandi dh dikhas utk pengunjung yg dijemput shj. Adakah ade kandungan tlarang@agenda tertentu. Kalo tak, masakan mau berahsia seolah2 takut akan kbenaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaiknya semua ini tidak dimasukkan dalam internet.
      Sebarkan melalui cara lain.

      Mereka tengah perhatikan kita
      Hope kita paham dan berhati2

      Delete
  7. Kalaulah kita dapat bawak bali ke sini bahan2/fakta sejarah kita yg ada kat luar sana; barulah naik semangat untuk kedepan.

    Kenapa dorg nk simpan sgt harta2 kita ya?

    n9442@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerana harta2 kita tersangat bernilai. mereka memanfaatkan harta kita, sedangkan kita, x dpt apa2...

      Delete
    2. Sebab mereka tak mahu kita tahu asal usul kita .
      Mereka buat kita rasa rendah diri
      Kita ada ramai hero
      Mereka x ada hero

      Mereka dengki dgn kemajuan tamadun kita lebih tunggi dari tamadun erope india dan cina.

      Bila kita dah tahu asal usul kita dari bangsa yg hebat . Jati diri kita hebat . Kita tidak lagi rasa rendah diri .kita yakin kita mampu buat dan reka teknology baru dgn pertolongan allah swt.

      Basic balik pada allah yg satu
      Dan muhammaad . Kita mampu pergi jauh semula .inyaallah . Itu yg allah anugerah kat kita.

      Dan rajinlah kita minta ampun dgn allah setiap hari . Kalau bole 24 tak lupa istifar zikir dan selawat.
      Ini kekuatan kita.yakinlah tiada satu teknology tinggi pun kat dunia
      Bole lawan teknology istifar zikir dan selawat . Inyaallah .

      Delete
  8. Salam Perjuangan saudara Ibnu Rusydi.

    semoga selamat berpijak jalan diperjalankan.

    wassalam.

    ReplyDelete
  9. Panglima Awang was a very high ranking official in the Malacca sultanate. At the same time he was also a Portuguese collaborator. He had never been a slave throughout his life except for being the subject of the Malacca Sultan to whom Panglima Awang had served loyally. Panglima Awang changed his allegiance to Alfonso de Albuqueque and thus become another King of Portugal's subject on 16 July 1511. Panglima Awang fought on Portugal's side and eventually help Alfonso de Albuquerque capture Malacca in late August 1511.

    ReplyDelete
  10. To: anonymous Jan13,2012@07:00pm.

    I've believed your statement are wrong and cannot be believed as the truth. for the reason why you makes the statement, I don't really know. but, it does bringing uncertainty about Panglima Awang himself and you does put lies on him.

    Because, the differences is quite clear. Panglima Awang did not help Portuguese in the era of Alfonso de Albuquerque, and did not sail with him. but, he did sails with Christoper Columbus (1451-1506) in searching of a new land for the Monarchs of Spain and has found American continents (New World) in order to create the so called "New World Order" by the The West or The Europeans.

    I've believed, you're trying to set a new uncertainty here. if that's your intention, please stop doing it.


    ampuzzler.

    ReplyDelete
  11. utk kedua2 Anonymous kt atas

    apa korang merepek ni syaiton

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. betul, merepek tak tentu pasal..

      Delete
  12. Salam... boleh sy dptkan Alamat Tempat tinggl tuan zainal?

    ReplyDelete
  13. Salam tuan hamba Ibnu Rusydi, hamba Malek dari Gayong Ma'arifat. Boleh bagi hamba emel tuan hamba? ni emel hamba mrh_85@yahoo.com atau hp:013-2788675..terima kasih

    ReplyDelete
  14. To AnonymousJan 17, 2012 07:14 AM

    "..but, he did sails with Christoper Columbus (1451-1506) in searching of a new land for the Monarchs of Spain and has found American continents (New World).."

    i found your statement quite interesting. care to share your source? wasn't him the one who was captured by Alfonso, brought back to Goa, India..supposedly to be sold as a slave..but during his journey from Malacca to goa..he became close and bond with the captain himself, Magellan. Magellan decide to take him along to Portugal in 1513/14 & start again the journey to the west & back to Malacca circa 1519.

    Magellan took him sailed around the world which actually start in Malacca way back in 1512 and resume again from Portugal in 1519, and during his journey .. his captain Magellan was died (1521)in Mactan. He then decide instead of going back to Portugal with his men, he freed himself from Elano, seek for a ferugee from Brunei Kingdom &..he set sail for Malacca & reunited himself again with his wife, Melati Sari in 1521.

    So the 1st journey around the world actually start in Malacca & ended in Malacca as well. that's what i lern before..

    I wonder how come & where did you found Panglima Awang ever sail with Cristopher Colombus?? so, does it mean was here 1st (in south east asia) before Portugal and Panglima Awang was not Malaccan, instead he might be Sulu???

    Pengduga Arus

    ReplyDelete
  15. a,kum Tuan Ibnu Rusydi.bole saya hubungi Tuan? samsul.saidin@yahoo.com

    ReplyDelete
  16. Salam.

    Saya baru je menghabiskan buku tulisan beliau "Aku penyudah tugas Kapten Magellan & Laksamana Hang Tuah" dalam masa kurang dari 3 jam.

    Gaya penulisan yang santai & dapat membawa saya menyelami ke dalam 'alam' tersebut.

    Meremang-remang batang tubuhku dibuatnya...

    Banyak rahasia yang perlu dirungkaikan...

    Sir-Al-Alamin

    ReplyDelete
  17. Macamana melayu tak hilang di dunia..klu malay kahwin ngan orang lain....heheh..lagipun melayu banyak bodoh sombong macam anonymous itu..tak da nama..itu pengecut namanya...hahahah...

    ReplyDelete
  18. En.Zainal al-johan..memang pakar penyelidikan/kajian sejarah tapi u..gagal menyelidik/membuat kajian tentang kesultanan sulu & kaitannya ngan Brunei...pertama..cucu-cucu tajulmuluk..2.anak siapa ?..apakah benar sultan Jamalul Kiram ll..tak da anak? mandul ?..dan Sultan Jamalul Alam ll dari Brunei pernah ke Mindanao..pernah kahwin dan ada anak..siapa ?...sila tuan buat kajian tentang ini..jika tuan jumpa..mungkin kerajaan Malaysia akan untung atau orang Malaysia yang untung...

    ReplyDelete
  19. perkataan 'hamba, bagi ganti diri pertama masih lagi digunakan di negeri pantai timur, cuma dlm sebutan dialek negeri. kelantan : hamba = ambo, terengganu: hamba = ambe

    ReplyDelete
  20. To: Saudara Pengduga Arus

    Your arguments are hardly to defined. There are factual on it. To replied on this, I would just say.. One who's sailed with Christopher Columbus is Panglima Awang Hitam, to find the 'New World'. But, Christopher Columbus never sat sail to herein The Land of The East. Perhaps met up elsewhere. The mission is to find The Land of The Gods or The Promise Land, supposes to set sails to here. But, he was let to America. The facts where I know this, just put it as I know it on the back of my neck.


    ampuzzler.

    ReplyDelete
  21. hamba juga lebih senang jika menggunakan perkataan hamba dan tuan hamba dalam pertuturan seharian. jikalau 'saya', terlalu lembut, jikalau 'aku', terlalu kasar pula. sebab itu hamba berpendapat penggunaan perkataan 'hamba' dan 'tuan hamba' adalah lebih baik kerana ianya lebih bersifat kesederhanaan.

    ReplyDelete
  22. salam
    hamba berminat dengan kajian Tuan Zainal
    boleh bg alamat Tuan Zainal?
    hamba mahu melawat Tuan Zainal di terataknya

    ReplyDelete
  23. W'salam...

    Boleh cuba hubungi nombor telefon Kolej Komuniti seperti di dalam artikel di atas.

    Salam hormat,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan hanba .
      Ada baik nya semua kajian ini tidak dipublist diinternit

      Guna cara lama.

      Mereka perhatikan gerakan rahsia ini. Hati2 dan bijaksana
      Buka rahsia bangsa kita ini.

      Delete
  24. Maaf ada sesiapa yang tahu tentang Laksamana Sunan?

    ReplyDelete
  25. Salam sejahtera tuan hamba yg budiman,

    Ayahnda angkat hamba adalah cucu sebenar kpd sultan abu bakar ibni mat daeng bagi wilayah Johor Riau dan Lingga. Ayahnda angkat hamba tinggal di tangga batu adanya jua. Beliau adalah pewaris satu2nya yg masih hidup skrg ini dan penyimpan mohor diraja pemberian queen victoria kpd nindanya pd tahun 1885 yg mana queen mengiktiraf kedaulatan Sultan Abu Bakar sebagai negara yg berdaulat(soverign country).Ia juga dipanggil Sultan Abu Bakar Empire.
    Hamba berhajat utk bertemu dgn tuan hamba supaya kami dpt berkongsi sejarah yg kami simpan jua adanya.

    ReplyDelete
  26. pengkalan chepa adalah pengkalan champa

    ReplyDelete
  27. merian melayu adalah meriam usmaniah..begitu juga lela

    ReplyDelete