Featured Post

Peringatan Kepada Laman OhMyMedia dan Page-page Hiburan Kaki Copy Paste

Ketika penulis memulakan penulisan di blog kira-kira sembilan tahun yang lalu, ada tiga (3) niat utama yang terlintas di fikiran pen...

Wednesday, February 27, 2013

Pejuang atau Pelingkup Islam?


Seorang rakan yang juga seorang pengkaji pernah memberitahu penulis, orang Melayu mudah lembut hati dan bersimpati kepada bangsa Asing (bukan Islam) yang menunjukkan minat terhadap Islam. Perkara itu tidaklah menghairankan kerana rata-ratanya orang Melayu sememangnya dikenali sebagai kaum yang mengutamakan agama. Malangnya, sesetengah pihak menggunakan aspek psikologi Melayu ini sebagai satu titik kelemahan dan senjata untuk mengugat kesucian Islam. Justeru itu, jangan dihairankan jika diteliti kepada sesetengah kes Melayu murtad (terutamanya di kalangan wanita) bermula dengan pasangan bukan Islamnya berpura-pura berminat untuk mengenali Islam sebelum meracuni kembali pemikiran pasangan Islamnya.

 
Dewasa ini juga, dapat kita lihat sesetengah politikus bukan Islam di hadapan hadirin beragama Islam, ghairah untuk menunjukkan kononnya mereka mesra-Islam. Maka sesetengah umat Melayu-Islam juga mudah terpesona apabila ada dikalangan politikus bukan-Islam ini dihadapan mereka ini tampil berbaju kurung dan berselendang, berbaju Melayu dan bersongkok, berceramah sambil memetik satu dua ayat Al-Quran (walaupun salah dan tunggang langgang), walaupun niat mereka sebenarnya hanya untuk memancing undi umat Islam semata-mata.


Kemuncaknya adalah apabila Lim Guan Eng secara terbuka menyatakan bahawa parti DAP pimpinannya turut memperjuangkan Islam di Negara ini, sedangkan hakikatnya, belum reda lagi isu dia mendesak supaya kalimah Allah dibenarkan untuk digunapakai dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu. Kepada Melayu-Islam yang terlalu lurus dan naïf, mereka boleh pula berbangga dengan saranan tersebut dan menyatakan bahawa tindakan tersebut adalah salah satu kaedah untuk berdakwah kepada orang Kristian untuk mengenal tuhan yang sebenar. Kepada Melayu-Islam yang celik dan tidak terkongkong dengan politik kepartian sempit, mereka sedar bahawa tindakan tersebut merupakan satu jarum halus untuk mengelirukan orang Melayu-Islam dalam hal ketuhanan khususnya kepada anak-anak muda kita yang cetek pengetahuan agama.


Penulis tidak menafikan bahawa sememangnya umat Kristian terutamanya di Sabah telah lama menggunakan kalimah Allah dalam kitab Bible mereka, kerana penulis sendiri pernah tinggal di Malaysia timur (Sabah & Sarawak) untuk satu tempoh yang agak lama. Tetapi tidakkah para pembaca sekalian merasa pelik apabila parti chauvinis yang sering memperlekehkan dan mengabaikan kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tiba-tiba sahaja beriya-iya mendesak supaya nama Allah dibenarkan dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu yang mereka sendiri tidak gunakan? Sedangkan para pemimpin politik Kristian dari Sabah dan Sarawak sendiri tidak mempolitikkan isu ini kerana ia telah diselesaikan secara berhemah demi menjaga keamanan Negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.


Kepara para pembaca Melayu-Islam yang terlalu 'sayangkan' DAP dan masih beriya-iya ingin mempertahankan mereka kononnya 'mesra Islam', cubalah teliti tindakan-tindakan anti-Islam mereka seperti di bawah ini setelah mendapat kuasa pasca PRU-12 sebelum ini :


1) Kerajaan DAP Pulau Pinang dikatakan cuba menghalang perarakan sambutan Maulidur Rasul di Pulau Pinang pada 13 Februari 2010 namun akhirnya dibatalkan setelah mendapat kecaman ramai.


2) Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP telah menyelar dan memarahi Nasruddin Hassan Tantawi, Ketua Pemuda PAS, kerana menggesa Pihak Berkuasa Agama di empat buah negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat untuk menguatkuasakan dan mengadakan operasi cegah khalwat dan zina sempena Hari Valentine pada 14 Februari.


3) Ronnie Liu Tian Khiew, EXCO DAP Selangor telah memarahi dan mengecam Dato’ Dr. Hassan Ali, EXO PAS Selangor dan mengarahkan supaya bekalan arak yang dirampas daripada Kedai 7-11 di Shah Alam, yang merupakan sebuah kawasan majoriti penduduk Melayu-Islam, dipulangkan semula.


4) Teresa Kok Suh Sim, EXCO DAP Selangor berdolak dalik tentang isu petisyen memperlahankan bunyi azan bagi surau di Puchong dengan akhirnya mengakui penduduk yang membantah tentang bunyi azan tersebut pernah menghantar salinan petisyen tersebut ke pejabatnya dan minta bekas pembantunya untuk "acknowledge receipt" dengan cop pejabatnya dalam surat mereka;


5) Teo Nee Ching, Ahli Parlimen Serdang dari DAP menghina rumah ibadat umat Islam apabila memasuki Surau Al-Huda di Kajang dengan memakai pakaian yang tidak menutup aurat dan menampakkan susuk badan serta memijak tempat sujud umat Islam untuk bersolat kepada Allah. Perkara ini telah mendatangkan murka Sultan Selangor sebagai pemimpin Islam negeri dan baginda telah memberi teguran.



6) David Nga Kor Ming, Ahli Parlimen Taiping dari DAP yang mengaku dirinya seorang Kristian mempermainkan kesucian Al-Quran dengan membaca Surah Al-Aura yang tidak pernah wujud di dalam al-Quran.


7) Jeff Ooi, Ahli Parlimen DAP Pulau Pinang merangkap Ketua Staf kepada Ketua Menteri Pulau Pinang disiarkan di dalam akhbar The Sunday STAR bertarikh 2 Ogos 2009 di mukasurat N.12 menuduh Mohd. Razali bin Abdullah, Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Pulau Pinang daripada PKR sebagai "Muslim extremist" hanya kerana menjadi ahli Jemaah Islah Malaysia (JIM) yang merupakan sebuah NGO Islam. Jeff Ooi telah diarah membayar denda RM150,000 kepada Mohd. Razali Abdullah oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 23 Mei 2011 atas tuduhan tersebut termasuk mendakwa Mohd. Razali Abdullah sebagai “Mad Man”.


8) Jeff Ooi, Ahli Parlimen DAP Pulau Pinang menggelabah dan berdolak dalik dalam isu Majlis ikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Negara dan melantik Perdana Menteri Malaysia dari kalangan Kristian. Dia kemudian mendesak seorang saksi ahli DAP beragama Islam, Mohamed Razali Abdul Rahman, yang turut berada dalam majlis tersebut supaya mendedahkan kandungan laporan polis yang telah dibuat. Mohamed Razali Abdul Rahman kemudian sekali lagi membuat laporan Polis apabila menerima ugutan yang mengancam nyawanya sebelum dipecat terus keanggotaannya tanpa bicara dari DAP.



9) Ronnie Liew, EXCO Kerajaan DAP Selangor telah membekukan arahan Majlis Daerah Kuala Selangor yang telah mengarahkan pasangan Muslim yang belum berkahwin supaya duduk berasingan di dalam pawagam.


10) James Ngeh Koo Ham dalam twitternya telah memperlekehkan umat Islam apabila menyatakan umat Islam telah membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk membantah penayangan filem yang menghina Islam oleh Sam Basile.


11) DAP Kedah menegaskan mereka akan menentang pelaksanaan Garis Panduan papan iklan yang ingin dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar antaranya menggunakan model berpakaian sopan dan bertudung jika beragama Islam.


Selepas ini, tidak mustahil mungkin DAP akan mengaku pula mempertahankan hak Istimewa orang Melayu dan memperjuangkan hak kaum-kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak! Maka pada waktu itu bolehlah para Melayu-Islam yang lurus bendul ini bersujud syukur beramai-ramai dan mendoakan lagi para pemimpin kuffar ini dalam khutbah Solat Jumaat mereka.

40 comments:

  1. org kapir tak heran sgt..
    bagaimana pemimpin melayu sendri mempelekehkan islam sendri?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saper?namakan kalo berani...

      Delete
    2. tulah, aku heran dengan pemimpin Melayu sendri memperlekehkan Islam. Contohnya Anwar Ibrahim...

      Delete
    3. AnonymousFebruary 27, 2013 at 3:20 PM...

      Gamaknya ko belum lahir atau masih kanak-kanak belum mumaiyiz semasa pemerintahan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed (sekarang Tun)...

      Oleh itu sesia sahaja kalau AnonymousFebruary 27, 2013 at 3:09 PM nak beritau kat ko saper...


      Delete
    4. yang kau listkan tu semua kapir.kau tak citer plak melayu islam yg kutuk n tindas islam kan??org mgkin maafkan,tp mereka tak lupa.tp ak mmg xmaafkan.mahathir peleweng agama yg sbnr.siap kutuk Nabi Muhammad saw.mcm la si kutty tu hebat.
      tggu nasib dia sama dgn musatafa kamal attartuk

      Delete
    5. bangang agaknya anon kat atas ni. aku rasa penulis blog ni memang dah tulis artikel kat atas tu memang nak dedahkan penipuan kapir dap yang ngaku perjuangkn islam. ko ni bodoh ke bahalol?

      teruk2 mahathir, takde la sampai dia sanggup gadaikan kalimah Allah pada kristian macam yg pemimpin PAS & PKR buat...

      Delete
    6. eleee... Yang umngok perintah sampai 50 tahun satu draf hudud pun xde. bongok.. gadai kalimah konon... yang berkuasa tu sape nape tanya kat PAS ngan PkR atau Dap. ko tanyelah menteri ko. tu semua bawah dia le bodoh. ni le makan duit haram byk sgt dah boleh beza yg benar ngan salah.

      Delete
    7. korang ni sebok la nak HUDUd...penghayatan islam pon belum tentu korang dapt...

      Delete
    8. Kalau kau tak nak "HUDUD"baik kau istihar kekafiran/keingkaran kau. Sebab jelas tolak hukum Allah jadi Kafir dalam bentuk MUNAFIK (lebih keparat dari kapir original)
      Segala ibadat tak berguna langsung, walau solat wajib + sunat tak pernah miss.
      Utk makluman kau hukum hudud jelas ada dalam Al-Quran agama Islam kami. Kau jangan nak menyamar jadi Islam. Baik kau tampil dgn wajah sebenar agama kapir kau. Sebenarnya Hudud tak wajib bagi orang macam kau kalau memang kapir ori.

      Delete
  2. oo.. orang kafir ko tak heran ye?

    tapi kenapa orang Kafir yang terang2 hina & menentang Islam ni ko tergamak angkat jadi pemimpin & khalifah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni seko lagi makan duit haram byk sgt. org kapir sifatnye x tahu islam jahil boleh ditegur dan diajar atau di dakwah. org umno ngaku islam ( entah solat entah tidak)tapi makan rasuah, khianat, dan semua sifat yang buruk 2 ade padenye. tu sebab pemimpin kaki betina, tahik judi, kaki togang, kaki klentong tu yg korang angkat.

      Delete
    2. Sekurang2nya UMNO tu satu akidah dengan ko, masih lagi boleh solat berjemaah dengan ko. daripada ko angkat Kristian yang sokong murtad tu daripada jadik Khalifah ko.

      Sape yang kaki betina? sape yang tibai bini orang? meh sini aku bagitau :

      1) Video yang telah dipasang oleh perisik Negara asing yang kemudiannya ditemui oleh rakan baik Anwar sendiri iaitu Dato’ Shazril Eskay telah mendedahkan hubungan terlarang Anwar dengan seorang ‘China Doll’ tetapi ditolak mentah-mentah oleh PAS atas alasan kotak besi tak boleh dijadikan bukti walaupun kajian pakar luar negeri mengesahkan individu di dalam video tersebut 99.9% mirip Anwar.

      2) Helmi Malik, seorang Melayu-Islam yang merupakan kekasih kepada Elizabeth Wong, ADUN Bukit Lanjan yang juga EXCO Alam Sekitar Negeri Selangor telah ditangkap kerana menyebarkan gambar bogel kekasihnya itu. Tetapi langsung tidak kedengaran kecaman daripada PAS mengenai hubungan persedudukan Islam dengan Bukan Islam ini kerana melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat.

      3) Dr. Badrul Amin, Pengarah Komunikasi MB Selangor telah ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Pahang bersama isteri orang di Hotel Swiss Garden Kuantan pada jam 3 pagi walaupun dia telah mempunyai 2 orang isteri! Kononnya pertemuannya dengan isteri orang tersebut adalah untuk memberi sesi kaunseling.

      4) Azmin Ali telah terkantoi apabila videonya bersama seorang wanita sedang membuat aktiviti ‘Aiskrim’ di tandas telah disebarkan oleh kumpulan yang pro kepada Tan Sri Khalid Ibrahim. Walaupun menafikan gambar lelaki tersebut adalah dirinya, sehingga kini Azmin Ali tidak berani membuat laporan polis mengenai kes tersebut.

      5) Anuwar telah Anwar telah meliwat Sukma, Mior, Azizan, Ismail Harun, Ahmad Hairani, Saiful Bukhari dan ramai lagi, namun beliau tak pernah merasa aib malah masih cuba menegakkan benang yang basah walaupun spermanya dijumpai dalam rektum Saiful.

      6) Mat Sabu, yang menggelarkan Anwar Ibrahim sebagai Al-Juburi, telah ditangkap khalwat di bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan. Hari ini Mat Sabu telah diangkat sebagai Timbalan Presiden PAS.

      7) PAS masih meletak semula Saiful Bukhari sebagai ADUN Selising walaupun Saiful sebelum ini pernah ditangkap dalam bilik VVIP 1 gerabak keretapi KTM bersama isteri orang. Yang menangkap mereka Pembantu Nik Aziz sendiri dan dalam keadaan isteri orang itu hanya memakai tuala merah dan Saiful hanya berseluar dalam.

      In before : semua kat atas ni adalah fitnah dan konspirasi Kerajaan buruk2kan pemimpin PAS & PKR!

      Delete
    3. UMNO dgn PAS sama agama Islam tapi akidah berbeza, ideologi tak sama. Macam Qadiani dgn Islam. Mcm Islam 3/4 vs Islam 100%. Sebab UMNO dah buang 1 rubuk dr 4 rubuk yg melengkap seseorang utk diiktiraf sbg Islam. :-
      (1) Ibadah.
      (2) Munakahat.
      (3) Muamalat.
      (4) Jenayah. (Bab ini kau punya parti UMNO tolak wahai IBNU RUYSD)
      4 Rubuk lengkap jadi satu. Ini jelas dalam Quran. Huraiannya jgn tanya aku, pegi tanya kau punya ulamak dan pakat bincang cara untuk tolaknya (eg ini zaman moden @ nanti orang hilang tangan @ ini masyarakat majmuk atau apa2lah kau reka)
      TAPI INGAT - ALLAH ADALAH TUHAN SERU SEKELIAN ALAM YG AMAT MENGETAHUI DETIK HATI KAU WAHAI IBNU RUSYD.
      SEBAGAIMANA ALLAH TAHU ISI HATI BANI ISRAEL YANG MENIPU ALLAH SEMASA LARANGAN MENANGKAP IKAN PD HARI SABTU YG MENYEBABKAN MEREKA DILAKNAT MENJADI KERA.
      INGAT - ALLAH AKAN KUNCI HATI ORG YG TAHU TAPI CARI DALIH.

      Delete
  3. ini pendirian saya,selagi melayu di atas,menjadi peminpin, saya okay, tetapi jika bukan BUMIPUTERA yang menjadi perdana menteri, akan aku tentang!! walaupun yang meyokong mereka itu ayah aku. dan jangan bermain dengan api, selain aku ramai lagi berfikiran seperti aku,

    ReplyDelete
  4. macam mana pula pemimpin melayu islam yg kata hudud xrelevan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Macam Anuar Ibrahim & Azmin Ali kan? Ada ke patut depa kata hukum Hudud tu dah ketinggalan zaman. Ish ish ish... Apa la nak jadi dgn pemimpin Melayu dalam pakatan nih..

      Delete
    2. Nizar Jamaluddin, x-MB perak dari PAS pun depan pengundi Cina cakap hukum hudud tak akan dilaksana kalau PR menang.

      Blah lah korang! Depan orang Melayu berdegar2 cakap psl Islamlah, hukum hududlah. Depan cina bukan main boleh tukar tune 180°.

      Hipokrit nak mampus!

      Delete
    3. Sebenarnya, ada pemimpin yang mengaku Islam, tetapi berfahaman liberal. sebab tu depa kata hukum hudud tu tidak relevan. Dan banyak lagi hukum islam yg depa pertikaikan. Mungkin selepas ni ibnu Rushdi boleh dedahkan mengenal liberalisme pula. Sebab pemikiran yang seperti ini seola-olah jarum yg sangat halus dan tajam untuk merosakkan pemikiran umat Islam (ghazwul fikr). Semoga kita sentiasa diberi petunjuk oleh Allah azzawajalla dalam meraih keredhaan-Nya.

      Delete
    4. Kepada brader ibnu Rusyd.
      Sebelum kita bincang pasal orang kafir, baik kita bincang pasal batas2 iman dan kufur dikalangan Melayu dulu. Macam mana nak jadi Islam sejati, macam mana seseorang itu di cas sbg Munafik yg lebih teruk dari kafir.
      Encik Ibnu Rusyd boleh pakat bincang dgn Dr.Mahathir, Kassim Ahmad,Pak pedana Menteri, Fathul Bari, Nakhaie, Masitah Jamil Khir dan sapa2 ideologist sekular spt mereka.

      Delete
  5. Balik2 kata orang Islam yg tolak hukum hudud lebih teruk dari kafir DAP, tu jelah modal korang yek?

    Tapi bila ada pemimpin Melayu-Islam dari PKR & DAP, even penceramah PAS sendiri kata hudud tak sesuai dilaksanakan, apesal korang diam membisu?

    PAS sendiri dah gadaikn perjuangan Negara Islam jadi negara kebajikan, hasil usaha dakwah DAP. Ni siapa yg tarbiah siapa ni?

    ReplyDelete
  6. penulis blog ni adalah penyokong umno, dan 1 malaysia, ni nak tanya sikit klu islam tapi munafik boleh ke kita sokong org tu?akhir zaman skrg ni, skrg ni zaman perang antara islam tulen dgn islam munafik,nak tanya lagi kenapa anti sgt dgn DAP?ingat umno tu bagus sgt ke? sampai tanah rizab melayu pun dah jual kat cina , cth pulau pangkor dan genting dan juga tanah2 di negeri2 melayu yg ada sultan, tanah dijual atas nama pembangunan,Pulau Pinang,Melaka dan Singapura mmg bkn tanah rizab melayu,siapa yg bersalah dlm perkara ni ialah penjajah british dan anak didik british iaitu umno.dan siapa yg membawa masuk cina dan juga india ke tanah melayu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bang,jgn menjadi spt tong kosong..
      Bunyinya melengking tetapi...nol.
      Buatlah homework dlu kalaupun nak berbicara.
      Tulisan tuan rumah,kalau tak faham baca sekali..bacalah berkali-kali.
      Maklumlah,bangsa kita ni tinggi bahasa,adab dan budi.

      Delete
    2. Tong Kosong apanya.. ok antara bukti..

      1)kg Abdullah Hukum, Kg Kerinci, Kg Berembang, kg Semarak DLL semau kg. Melayu dh habis bg pd org cina SP Setia, UOA DLL.. Siapa bg pd mereka? bkn pemimpin pusat UMNO?

      2)Tanah2 wakaf kat Penang banyak diberi pd org Cina.. Siapa bg? LGE ke? Salah.. semau2 geng mamak UMNO ambik dan jual kat org cina develop..

      3) IskandaR Waterfront Holding (IWH) sapa punya? org cina pegang 60% share.. Untuk apa? ambik tanah persisir sungai/laut cth di Danga Bay untuk develop dgn byr premium tersangat lah murah,,

      4)Genting Highland? bg kat Lim GohTong.. Pangkor LAut bg pd YTL.. tanah keretapi TANAH MELAYU di Sentul semua bg pd YTL sampai habis nk sapu Kg, Chubadak milik melayu..

      5) Melaka sekarang tambak laut habis area Melaka Raya, Pantai Kelebang bg pd Cina Singapura.. Di Port Dickson pun sama..

      6) Siapa bg air murah kat Singapura lepas sampai ada loji milik Singapura kat Johor? Siapa nk wujudkn zon perdagangan org Singapura blh beli harta dan keluar/masuk sesuka hati di Wilayah Iskandar

      Banyak lg contoh2 yg sy blh bg untuk menunjukkan hipokrit perjuangan org2 UMNO pertahnkan melayu..

      Delete
    3. Point sy seperti di atas pilih pemimpin untuk tadbir negara kita sebaik mungkin.. Xsemestinya kerana konon nya org UMNO pertahankan hak melayu (sedangkan bnyk pemimpin semua nk kaut kekayaan je)kita terus sokong dan terus nk hentam PKR n PAS seolah2 mereka x pertahankan org Islam (rujuk Islam bkn melayu krn sy lebih suka perjuangan berteraskan agama bkn bangsa semata).

      Delete
    4. Seperti yang saya nyatakan, bukan tujuan blog ni nak suruh pembaca sokong UMNO atau PAS. terpulanglah kepada kebijaksanaan dan kematangan para pembaca sendiri nak sokong PAS atau UMNO.

      Tapi yang nyata, saya memang tak sokong DAP disebabkan tindakan2 yang telah mereka buat pasca PRU-12 sebelum ini. Ini pendirian saya.

      Salam hormat,

      Delete
  7. Untuk makluman saudara samsulnazri, saya bukan orang UMNO. Saya tak pernah terlibat pun dengan mana2 parti politik. Hairan saya dgn perangai orang Melayu ni, bila saya dedahkn wajah sebenar DAP, terus cop penyokong UMNO. Sayang benar saudara dgn DAP tu ye?

    OK lah, lepas ni saya buat artikel supaya orang Melayu supaya sokong doakn guan eng dalam khutbah jumaat. Lepas tu saudara nak cop saya apa pula, penyokong PAS & Negara Kebajikan?

    ReplyDelete
  8. Cuba baca balik artikel saya di atas tu, ada saya sebut nama UMNO? Cuba la fikiran tu terbuka sikit. Ni sikit2 cop orang tu UMNO lah, PAS lah. Salah ke kalau orang tu pilih nak jadi bebas dari UMNO atau PAS?

    Yang sebenarnya saya simpati & marah dgn DAP yg buat para pemimpin PAS macam tak ada harga diri. Tak kesian ke tengok.Ustaz Nasrudin Tantawi kena hentam dgn guan eng? Tak simpati ke pada Dato' Hassan Ali yg dah lama berbakti pada PAS kena tibai dgn ronnie liew?

    ReplyDelete
  9. Kepada pembaca yang masih tak faham main point artikel di atas ini, saya jelaskan bahawa saya menyanggah dakwaan sendiri yang dibuat oleh parti DAP yang mendakwa mereka meperjuangkan Islam sedangkan berdasarkan kepada tindakan yang telah mereka buat sebelum ini (seperti di dalam artikel) jelas menunjukkan mereka anti-Islam.

    Kepada saudara Samsulnazri, kalau tak bersetuju kerana saya menghentam DAP, sila kemukakan pula hujah2 saudara kenapa orang Melayu perlu membabi buta sokong DAP yang terang2 menentang Islam ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro...

      Pedulikan mereka...

      Sebagaimana sekalian penchachai, balachi dan baruah pendirian mereka tak kan boleh diubah dengan menyuruh mereka kemukakan hujah2 kenapa orang Melayu perlu membabi buta sokong DAP (mestilah mereka tak kan kemuka hujah, tajuknya sendiri dah berat sebelah. Kalau tajuk Kenapa Orang Melayu Perlu Sokong DAP? ok jugalah tajuknya, sekali tajuknya Kenapa Orang Melayu Perlu Membabi-buta Sokong DAP? Apa barang Bro? Aku percaya kau boleh buat lebih baik dari ini Bro. Teruskan usaha.)

      Saya sangat yakin tak ada satupun umat Melayu di Malaysia yang tercinta ini yang akan percaya kalau ada pemimpin DAP yang mendakwa partinya memperjuangkan Islam...

      Malah andaikata TDM sendiri yang membuat dakwaan sedemikian setelah mendapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai nescaya sekalian penchachai, balachi dan baruah akan mentakwil maksud yang sebaliknya pula seolah-olah mereka lebih tahu dari TDM sendiri akan apa yang diucapkannya tadi...

      Bagi saya masalah sebenar sekalian penchachai, balachi dan baruah ini ialah mereka menganggap orang lain selain dari diri mereka sebagai manusia-manusia sebangsa yang bodoh lagi mudah diperbodoh-bodohkan yang perlu mereka "selamatkan"...

      Sedangkan pada hakikatnya diri mereka sendiri tidaklah lebih bijak dari manusia-manusia sebangsa yang dianggapnya bodoh lagi mudah diperbodoh-bodohkan yang perlu "diselamatkan" tadi...

      Wallaahu a'lam bissawaab.

      Delete
    2. saya rasa untuk berlaku adil , boleh kah saudara menulis pula tentang Parti Mca yang menentang islam. Banyak ucapan ketua Parti MCA yang mentang Islam dan juga Parti umno juga tak mau hudud dilaksanakan. Kalau saudara tidak berpihak ada baik nya saudara menulis tentang parti yang lain juga. Salam.

      Delete
    3. Terima kasih. Ya, memang saya ada plan untuk ulas perangai MCA yang anti Islam. Terutamanya kenyataan Chua Soi Lek. Cuma dalam isu ni, sekurang2nya dia tidaklah hipokrit & cuba memperbodohkn kita seperti guan eng yg mengaku sendiri memperjuangkn Islam.

      Tentang hukum Hudud, pada saya dah tak ada beza antara PAS dgn UMNO. Dua2 pun sedar hukumIslam tersebut, tapi dua2 pun takut kehilangan undi bukan muslim. Lagipun dasar blog saya tak hentam PAS atau UMNO sbb akan londehkn kelemahn kita sendiri.

      Delete
  10. Ibnu Rusyd..

    Koi sangat setuju dengan aok..

    Sebenarnya di akar umbi, terlalu ramai menentang kerjasama dengan DAP ini. Koi balik kulim baru ni pun pok sedara koi mati2 tak mau PKR tanding kerusi kulim lagi. Tapi kepimpinan PAS tenggelam dalam sindrom penafian. Dan tak sedar yang mereka mewujudkan sindrom tak boleh ditegur.
    Apa beza dengan UMNO kalau gitu?
    Bila ada demo deme kata UMNO bayor..
    ataupun memang pemimpin dikenalpasti bermasalah.
    Nak tunjuk setiakawan ada caranya.
    Piagam madinah islam memimpin, jadi drebar dan orang sebelah, bukan duduk dalam boot MPV jaga bekal nasik takut tumpah.
    Harakah pula mewujudkan budaya apa yang PR buat semua balik. Dan kalau sapa keluar parti tiba-tiba dia jadi orang yang paling jahat di alam semesta. Contohnya anak pak Ali yang bernama Hasan tu.
    Dulu koi 2 kali PRU koi pangkoh PAS kerana yakin tujuan mereka wujudkan negara islam. tapi kali koi ragu2, walaupun mungkin koi tak berganjak, elemen rasa wajib tu telah hilang.
    Ke gonner?

    ReplyDelete
  11. ketaksuban politik menafikan akhlak di dalam islam, artikel ini sepatutnya difahami dengan hati terbuka bukan dengan minda yang terikat dengan ketaksuban politik.

    ReplyDelete
  12. Salam,

    pernah berbual dgn kaum cina tua di Bp..
    apek2 skitar 60an keatas usianya..katanya..

    "jangan sampai itu olang pakai songkok aji tulun sama parang terbang..........nanti kita manyak susaa oo"

    ReplyDelete
  13. Tuan Ibn Rusyd.. mohon share blog tuan di blog saya..

    Tolong betulkan silap saya di:

    http://akurasacantik.blogspot.com/2013/03/blog-walking.html#more

    Terima kasih..

    ReplyDelete
  14. DAP buat baik tera mana pun saya xkan sokong.Seperti mana orang kata " Baik ada makna tu".Kadang2 rasa kecewa, sedih, nak tergelak pun ada dengan orang Melayu yang sayang sangat dengan DAP ni.hehe.Ye la, orang Melayu ni selagi mana tak terhanduk kepala bukan nak sedar.Kalau dah terhantuk. haa.baru nak ada akai.Hairan jugak,dulu pasai apa DAP keluar Barisan Altenatif, sekarang join balik sebagai PR.

    ReplyDelete
  15. Ya Allah jadikanlah aku dari golongan yang sedikit..

    ReplyDelete
  16. Haiyaa u org suma masih sama mcm dulu lg...?skrang kita mau hidup aman ma..xmau gaduh2...kita suma sudah 56 taun.,sudah cukup tua,tp knapa masih gaduh2 lg?apa pemimpin buat?takut-takutkn melayu dgn cina dan takutkan cina dgn melayu...dari dulu smpai skrang...sapa yg untung...?KRoni...sampai bila mcm ni...?knapa cukup sukar Hidayah Allah tembus kedlm dada non muslim yg hidup dibumi yg majoritinya melayu islam ini...?krn ketinggian akhlak seorg muslim tdk pernah kt contohkan pd mereka...yg ada cuma kebencian didlm hati....

    ReplyDelete
  17. saudaraku sekalian...nak gadoh blaja la syariat n nak idop tenang blaja la tasawuf......sbb itu, byk muslim dituduh kafir, n solat pun x sah...pada aku, baek aku sembah korang dari aku sembah allah...sebab korang tau kat mane aku akan ditempatkan....sudah lah, janji org melayu yg berkuasa dari golongan pendatang itu yg aku nak...politik dgn islam mmg x boleh dipisahkan, tp korang kene igt, politik di zaman rasulullah adalh politik berteraskn islam tp skang adlh politik berteraskn kepartian....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemain catur & buah catur jika kamu sedar dicaturkan segeralah keluar dr papan catur- petikan dr sebuah blog

      Delete