Featured Post

Peringatan Kepada Laman OhMyMedia dan Page-page Hiburan Kaki Copy Paste

Ketika penulis memulakan penulisan di blog kira-kira sembilan tahun yang lalu, ada tiga (3) niat utama yang terlintas di fikiran pen...

Thursday, December 12, 2013

Anugerah Darjah Kebesaran Dato’ Dari Luar Negara –Siri 2-

Sebelum ini, penulis pernah paparkan mengenai penganugerahan ‘Darjah Kebesaran’ yang membawa gelaran “Dato’” oleh individu yang mengaku sebagai “Sultan Sulu” dan “Raja Surakarta” kepada rakyat negara kita. Ada juga komen-komen yang bermati-matian mempertahankan tindakan kedua-dua individu berkenaan. Artikel ini dikeluarkan kerana masih banyak komen-komen yang diberikan berkenaan dengan artikel yang telah dikeluarkan dahulu. Dan artikel ini juga adalah artikel yang terakhir membicarakan mengenai isu anugerah Dato’ dari luar negara kerana sesungguhnya isu ini amatlah membosankan khususnya kepada mereka yang masih lagi ingin menegakkan benang yang basah. Oleh itu, artikel ini akan cuba disampaikan seringkas yang mungkin supaya mudah difahami pembaca.

Kepada para pembaca khasnya yang baru mengikuti blog ini, ingin penulis maklumkan bahawa salah satu cabang yang penulis khususkan adalah mengenai kajian sejarah Kerajaan dan Kesultanan yang pernah wujud di Nusantara, terutamanya Negeri-negeri Melayu yang telah terkubur. Cuba semak, adakah terdapat blog-blog tempatan sebelum ini yang pernah memaparkan kisah mengenai Negeri-negeri Melayu dan Rajanya di luar Malaysia seperti Deli dan Serdang di Sumatera atau Sambas dan Pontianak di Kalimantan?

Penulis bukan setakat mengkaji, malahan juga berhubung secara langsung dengan kebanyakan waris Kerajaan dan Kesultanan tersebut, terutamanya kepada waris yang bertindak sebagai Pemangku Adat iaitu Raja/Sultan simbol warisan Kerajaan nenek moyang mereka, biarpun tidak lagi berdaulat. Namun begitu, lama kelamaan minat untuk mengkaji Kerajaan dan Kesultanan yang ada kadang kala menurun bila melihat perangai sesetengah waris (tetapi tidak semua) yang beriya-iya mahu mengangkat diri sendiri menjadi Raja dan menghentam waris yang lain, padahal sesiapa juga yang naik, tetap juga tidak berdaulat dan tetap juga tidak memiliki kuasa pemerintahan. Jadi, apa sebenarnya yang dikejar oleh mereka?

Penulis berikan satu contoh klasik seperti di bawah. Sebelum ini, individu di bawah ini berapi-api mendedahkan sindiket penjualan gelaran Dato’ pada harga tertentu oleh individu yang mengaku sebagai “Sultan Sulu”.


Hari ini, dia dengan bangganya mengangkat dirinya sendiri sebagai “Sultan Sulu” dan turut menganugerahkan “Darjah Kebesaran”nya sendiri pula! Manusia oh manusia...



Contoh kedua adalah kisah mengenai “Raja Surakarta”. Mungkin ramai yang tidak mengetahui, selepas kematian Paku Buwono XII (Raja Surakarta/Solo) pada tahun 2004 yang lalu, dua daripada anaknya (tetapi berlainan ibu) telah berebut untuk menjadi Raja Surakarta yang seterusnya, iaitu antara Pangeran Hangabehi dan Pangeran Tejowulan. Pangeran Tejowulan kemudian akhirnya beralah dan membolehkan Pangeran Hangabehi mengisytiharkan dirinya sebagai Paku Buwono XIII. Paku Buwono XIII inilah kemudian yang banyak memberikan “Darjah Kebesaran” yang membawa gelaran “Dato’” kepada rakyat Negara kita. Sebenarnya gelaran Dato’ adalah asing bagi Keraton Jawa, kerana ianya lebih banyak digunapakai oleh Istana Melayu. Seperti “Sultan Sulu”, terdapat sindiket yang menguruskan permohonan rakyat Malaysia yang menginginkan gelaran Dato’ dari “Raja Surakarta” ini.



Yang terbaru, muncul pula “Darjah Kebesaran Dato’” yang dikurniakan oleh Sultan Palembang. Untuk makluman, Kesultanan Palembang telah lama terbubar iaitu pada tahun 1823 (hampir 190 tahun dahulu!) dengan pemerintah terakhirnya ialah Sultan Ahmad Najamuddin III. Jika ditelusuri sejarah Kesultanan ini, terdapat pemerintahnya yang amat disegani iaitu Sultan Mahmud Badaruddin II kerana keberaniannya berjuang menentang penjajahan Belanda. Sultan Mahmud Badaruddin II ini telah diangkat sebagai salah seorang Pahlawan Nasional Indonesia dan wajahnya turut diabadikan pada wang kertas Rp 10.000 Rupiah Indonesia.

Pada hari ini, terdapat dua waris yang mengangkat diri mereka sebagai Sultan Palembang. Pertama, Sultan Mahmud Badaruddin III dan kedua, Sultan Iskandar Mahmud Badaruddin, kedua-duanya pun mengambil nama sempena nama Sultan Mahmud Badaruddin II. Walaupun begitu, sebenarnya terdapat ratusan waris Kesultanan Palembang yang boleh mengaku diri mereka sebagai “Sultan Palembang” memandangkan warisan Sultan Palembang telah lama terputus. Mungkin “belajar” daripada Raja Surakarta, Sultan Mahmud Badaruddin III ini kemudian turut menganugerahkan “Darjah Kebesaran Dato’” yang turut diberikan kepada rakyat Malaysia. Dan seperti biasa, permohonan untuk mendapatkan “Dato’ Palembang” juga boleh dipohon di internet.



Untuk memendekkan cerita, penulis menjawab dua soalan utama yang sering ditimbulkan oleh penerima “Dato’” oleh “Raja-raja” dari luar negara ini :

1. Kenapa Darjah Kebesaran Dato’ dari Sultan Brunei diiktiraf pula oleh Kerajaan sedangkan ianya juga dari luar negara?

Satu soalan bodoh yang sering dikemukakan. Jawapannya mudah sahaja, kerana Sultan Brunei adalah pemerintah yang berdaulat dan diiktiraf bukan sahaja di negara beliau, malahan di dunia. Perlembagaan Negara Brunei Darussalam dengan jelas meletakkan Raja mereka sebagai pemerintah tertinggi, malahan memiliki kuasa mutlak. Cuba bandingkan pula dengan individu yang mengaku diri mereka sebagai “Sultan Sulu”, “Raja Surakarta” atau “Sultan Palembang” ini. Adakah Undang-undang Dasar Negara Republik Indonesia ada menyatakan yang republik tersebut mengiktiraf monarki berkenaan? Seperkara lagi adakah mereka memiliki wilayah yang ditadbir dan dikuasai? Mengapakah “Sultan Palembang” menganugerahkan “Darjah Kebesarannya” di hotel-hotel? Bukankah Kesultanan Palembang mempunyai keratonnya sendiri seperti Museum Sultan Mahmud Badaruddin II atau Kuto Besak yang masih berdiri hingga ke hari ini? Adakah individu-individu yang mengaku sebagai Raja ini boleh mengarahkan Gabenor Wilayah Autonomi Mindanau, Gabenor Sumatera Selatan atau Wali Kota Surakarta untuk mengubah hari cuti hujung minggu seperti yang dilakukan oleh Sultan Johor?


2. Ramai VVIP dan VIP dari Malaysia juga menerima Dato’ dari Raja-raja di Indonesia

Ya, ini adalah taktik lapuk yang digunakan bagi mengangkat prestij Darjah Kebesaran yang mereka kurniakan. Malahan jika boleh, mungkin Presiden Barrack Obama atau Ban Ki-moon pun mereka berikan pingat Dato’ mereka dan kemudian cetak gambar bersama banyak-banyak. Untuk makluman, ramai VVIP dan VIP yang bersetuju menerima darjah kebesaran mereka atas dasar diplomasi politik dan persahabatan antara dua negara. Tetapi para VVIP dan VIP ini tetap menggunakan gelaran kebesaran Dato’ yang telah diterima dari dalam negara sahaja. Cuba semak, adakah terdapat VVIP dan VIP yang dengan bangganya meletakkan singkatan nama anugerah yang diterima daripada para “Raja” di Indonesia ini di dalam urusan-urusan rasmi?


Sudah tiba masanya Kerajaan bertegas dengan menguatkuasakan peruntukan di bawah pindaan Akta Nama dan Lambang (Pencegahan Salah Laku) 1963 iaitu penjara 5 tahun kepada individu-individu yang menggunakan gelaran Dato’ palsu atau gelaran yang diterima daripada individu yang tidak diiktiraf di sisi undang-undang (termasuklah tindakan kepada individu di dalam negara yang mengangkat diri sendiri sebagai “Sultan” dan turut sama memberi anugerah) demi mengelakkan penyalahgunaan dan penipuan daripada terus berlaku. Untuk makluman, di Indonesia, terdapat ratusan “Raja” dan “Sultan” yang muncul pasca kejatuhan Presiden Soeharto, dari Sumatera hinggalah ke Sulawesi dan Maluku. Hari ini hanya dua atau tiga sahaja individu dari sana yang menawarkan Darjah Kebesaran Dato’. Esok atau lusa mungkin puluhan individu lain pula yang berlumba-lumba menawarkan Darjah Kebesaran mereka. Dan kepada individu yang masih lagi ingin mempertahankan “Dato’” yang mereka terima daripada “Sultan Sulu”, “Raja Surakarta” atau “Sultan Palembang” ini, satu sahaja dokumen yang penulis minta, iaitu surat pengesahan daripada Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri, bahawa Darjah Kebesaran yang mereka terima itu diiktiraf dan boleh digunakan di dalam Negara.

44 comments:

  1. buat apalah habiskan duit beribu2 ringgit semata2 nak dapatkan title datuk tu? tak dapat dalam negara, apply pulak kat luar negara?

    ingat title datuk tu boleh jamin dalam kubur nanti? bole confirmkan tolong masuk syurga?

    ReplyDelete
  2. Salam admin,
    Kalau Melayu tidak mengiktiraf Raja-Raja Melayu atau memperkukuhkannya. Lama-kelamaan raja-raja Melayu itu sendiri akan pupus.Sejarah menjadi saksi bagaimana kedaulatan mereka di rampas atau dihapuskan oleh penjajah dan pengkhianat . Namun sebahagian besar kesultanan Melayu boleh bertahan hingga ke hari ini. Berebut takhta ni pun dah almaklum dalam sejarah, cuma Majlis Raja-Raja belum kedengaran mengeluarkan titah atau garis panduan untuk menyelesaikan isu-isu dan polemik berkaitan raja-raja sesama mereka.Apatah lagi dalam situasi negara dan politik zaman sekarang. Sememangnya keberadaan,kepentingan, peranan, institusi Raja-raja Melayu adalah satu kajian yang menarik. Samada untuk pengukuhan atau... berakhirnya satu warisan bangsa Melayu sejak zaman berzaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raja2 melayu kita iktiraf, tpi utk raja2 melayu dlm negara kita saja dan juga Brunei yg ada kuasa pemerintahan.. Knapa kita harus pergi beli darjah title datuk kat luar dari Negara kita yg mereka pun dah tak ada kuasa pemerintahan dlm negara/negeri tidak seperti sultan2 di Malaysia yg masih ada kuasanya walau tak menyeluruh.. Kita kena beza kn antara pengiktirafan dn juga kebodohan kita. Di indonesia ada kah pembesar mereka atau menteri mereka yg guna title datuk atau datuk sri, apa lgi utk beli ?. Mereka tidak akn sanggup sama sekali utk beli kebodohan.

      Delete
  3. Terima kasih atas pandangan tuan.

    Pada saya, untuk orang Melayu kembali sokong sistem beraja sepenuhnya, Raja-raja Melayu sendiri kena kembali kpd peranan utama mereka sbg pelindung & kubu terakhir agama Islam & hak istimewa Bumiputera.

    Kepada Raja-raja Melayu di Indonesia pula, apa yg saya tak setuju ialah bila mereka ambil kesempatan, macam kes 'Sultan Palembang' di atas ni. berani bersumpah atas nama Allah & Rasul mereka tak jual pingat?

    Salam hormat,

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ibnu rusydi, mohon bertanya
      Apakah darjah bintang kebesaran kerajaan aceh

      Delete
  4. Mahu datuk murah senang je. Kahwinkan anak kita. Lepas setahun kemudian dapatlah cucu. Automatik kita jadi DATUK.

    ReplyDelete
  5. terkini yg mengaku sultan notobroto(Pengeran johari mansor) sebagai sultan nusantara yang lebih besar dari malaysia,mengaku kurnianya telah diiktiraf di malaysia..betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Johari Mansor tu memang penipu maha agung....

      Delete
  6. Setahu saya Sultan Solo Surakarta menganugerahkan darjat kebesarannya diistana penuh dengan istiadat diraja, bukan macam sultan yg lain hanya dihotel.

    Sultan Solo juga pernah menganugerah darjat kebesaran kepada kesultanan diMalaysia. Kalau kesultanan Zulu Filipina boleh dipertikaikan tapi diIndonesia raakyatnya mengiktirafnya, tapi oleh kerana perlembagaan republik yg tidak membenarkan.

    Sama diMalaysia adakah Dato itu berkualiti? Setakat nyanyi satu dua lagu, lakon drama dan masak siciput pun oleh dapat Dato.

    Tiap tahun beratus Dato dianugerahkan termasuk mamak goreng mi berbanding Dato kesultanan Solo yg ada badan dan jawatan kuasa yang ketat memantau mereka yg berkhidmat secata sosial dan perniagaan dengan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Hanya kesultanan Jogjakarta dan Surakarta yg di terima oleh Kerajaan Indonesia walau pun perlembagaan republik tidak menerimanya. Yang lain2 dah lama dimansuhkan.

      Kalau baling batu dalam kumpulan orang ramai mesti jatuh keatas Dato Malaysia.

      Biarlah hak Sultan tu nak taruk gelaran Dato.

      Delete
  7. Apabila anda menampah di mana-mana satu artikel, di depan nama penulis pen-nam ada perkataan "Tun". Saya menasihat anda menggunakan otak tanyak ini perkataan Bahasa Malaysia atau Inggeris. Jagan fikir pa ada misai, orang ini ada misai pun pa. Jagan fikir emak ada titi dan susu, lembu ini ada titi dan susu juga emak pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Definisi "Tun" di bahasa Inggeris ialah a large beer or wine cask. Di dalam bahasa Malaysia pangkat besar.

      Delete
  8. Sultan noorjan sultan palembang sultan kutai dan sultan demak didalangi johari mansor and the gang. Penjualan datok ni menguntungkan pihak mata sepet ini dimana mereka mencipta anugerah sendiri dan mjmput Raja ini sbgai VVIP. Ramai businessman dari taiwan dan china membeli dato ini untuk memudahkn mreka mndapt projek di nusantara ini

    ReplyDelete
  9. salam ibnu rusydi, apakah status darjah kebesaran kerajaan negeri aceh? adakah gelara dato boleh digunapakai di malaysia? adakah ia diiktiraf? Apakah hukuman undang2 sekiranya ia digunakan?

    ReplyDelete
  10. Bagaimana pula dengan kerajaan Pagaruyung Darul Qarar yang mana susur galurnya berasal dari minangkabau yang juga sama dengan keturunan yang dipertuan besar n.s?(maafkan saya jika tersalah). Jika dilihat kerajaan paguruyung mempunyai istananya tersendiri dan isteri perdana menteri sendiri pernah mendapat Darjah Kebesaran Kerabat Yang DiPertuan Gadih Minang' di Istana Adityawarman. Mohon penjelasan

    ReplyDelete
  11. Jika kalian baca dan fahamkan artikel yang ditulis panjang lebar di atas, jawapannya dah ada di situ. Tak perlu ditanya satu per satu.

    Jawapan panjang :

    Mengikut dasar dan peraturan semasa,Kerajaan hanya mengiktiraf penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat seperti berikut:

    i. Penganugerahan di peringkat Persekutuan yang dikurniakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong;

    ii. Penganugerahan di peringkat negeri yang dikurniakan oleh KDYMM Sultan-Sultan/DYMM Raja-Raja dan TYT Yang di-Pertua Negeri daripada 13 buah negeri di Malaysia;

    iii. Penganugerahan di peringkat Wilayah Persekutuan yang disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong; dan

    iv. Penganugerahan daripada Ketua-ketua Negara yang berdaulat (Sovereign Heads) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

    Penganugerahanselain daripada yang dinyatakan di atas adalah tidak diiktiraf dantidak boleh digunakan dalam sebarang urusan rasmi.

    Seksyen Protokol dan Istiadat

    Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa


    Jawapan pendek :

    Keyword : Raja yang berdaulat.

    Sekian,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sultan Surakarta pun berdaulat juga. Masih ada wilayah.

      Delete
    2. Mana wilayahnya?

      Delete
    3. Surakarta pakai title Sunan la badul! Bukan Sultan. Apa la benda ni pun salah..

      Delete
    4. Setahu saya Kerajaan Pagaruyung di Indonesia mempunyai istana, wilayah dan daulatnya sendiri di mana Sultan Muhamad Taufik jika mahu ke mana2 akan di escort oleh Polis Indonesia. Mohon pencerahan secara direct. Jika tidak diiktiraf di Malaysia, sila nyatakan secara jelas. Terima Kasih.

      Delete
    5. Kalau Sultan Pagaruyung, bukan setakat Pak Polisi Indon saja yang escort, malah tentera pengaman PBB pun akan ikut escort jika mahu ke mana-mana.

      Darjah kebesarannya juga diiktiraf diseluruh dunia. Nah, kamu mahu pingat apa? Dato'? Dato' Sri? Tun? Profesor? Semua pun bisa diberi pak!

      Delete
    6. Ramai yg tak faham istilah berdaulat di sini. Berdaulat tu erti kata bgi pihak kerajaan malaysia utk iktiraf ialah raja tersebut punya kuasa dalam negara atau negeri. Contoh nya raja tersebut punya kuasa ubah undang undang dlm negara atau negeri. Contoh mudah seperti yg artikel bagi, sultan setiap negeri di malaysia ada kuasa untuk ubah cuti minggu setiap negeri, dan kerajaan pusat tak boleh cabar atau tak boleh batalkan. Begitu juga Sultan negeri di Malaysia ada kuasa lantik menteri Besar dlm negeri masing2. Raja di indonesia boleh buat begitu ke?
      Kalau kerajaan Indonesia sendiri yg tak iktiraf dn tak beri kuasa pada raja mereka, kenapa kita yg cetek akal pergi beli title di sana..? Dan mereka pun satu sama lain mengaku raja, walhal kerajaan mereka dh tak beri kuasa pda mereka.. Mereka berebut nak mengaku raja sebab dpt duit byk dari org malaysia yg perbodohkn diri pergi beli title di sana

      Delete
  12. Kalau nak ikut sindiket diMalaysia pun ada. Dato boleh guna tapi tidak rasmi. Sekarang kesultanan Naning pun beri anugerah juga. Setahu aku Sunan Surakarta tidak beri begitu. Dia pun ada maruah juga. Penganugerahannya dibuat diistana bukan dihotel

    Masaalahnya kenapa disekat orang dapat title Dato. Dia pun berhak menganugerah darjah kebesaraan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg dia berhak bg penganugerahan tapi biarla pada org yg betul2 layak...bkn pada org yg bole bg dia sumbangan tiap2 tahun

      Cuba cari kat internet...bole download borang nak dptkan darjah kebesaran

      Ada duit sume bole jadi...janji ada duit

      Delete
  13. Bagaimana pula dengan waris dari Sultan Mahmud Badaruddin II ? Setahu saya waris dari Sultan ni masih berada di Malaysia.

    ReplyDelete
  14. Pada saya menyingkir anugerah Sunan Surakarta adalah menghina instituisi raja tersebut. Kerajaan Mataram telah lama.memerintah berbanding dengan wilayah bergabenor dan DYMM Pertuan Agong.

    Kalau anugerah Sir bukan dari nusantara Melayu boleh diiktiraf mengapa Kesunan Keraton tidak boleh.digunakan.

    Ini semua hiprokrit raja2 Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ngapain menghina pula doang. Soal memerintah itu sejarah, yach itu dulu-dulu saja. Kok sekarang udah dikuburin kerajaannya, tinggal waris aja.Kedaulatan udah jadi milik republik Indonesia. Makanya memang hipokrit amat untuk dipakei untuk yang bernyawa lagi belum menjadi tanah.

      Delete
  15. Assalamualaikum wbt..pendapat peribadi saya
    1. dari beberapa web kesultanan indonesia saya mendapati kesultanan itu mengakui yg gelaran dato' tidak terpakai di Malaysia kerana kesultanan beraja di Indonesia tidak mempunyai kuasa memerintah sementelah kerajaan yg ada dewasa ini ialah republik. Bagaimanapun kesultanan ini dibenarkan terus wujud tanpa kuasa mentadbir dan memerintah wilayah kerana memandangkan sejarah dan budaya rakyat.

    2. Ada kesultanan yg berlaku konflik perebutan tahkta sehingga ada 2 individu mengaku raja. Setiap raja pula mengadakan majlis penganugerahan pingat kepada masyarakat.

    3. Kerajaan Republik Indonesia mengakui kewujudan Keraton (istana) sebagai warisan kesultanan dan budaya masyarakat.

    4. Anugerah boleh dimohon melalui laman maya internet kemudiannya dipilih oleh urusetia istana. Terdapat juga kesultanan yg amat teliti memilih calon penerima iaitu merujuk dengan rekod kerajaan Malaysia.

    4. Ramai tauke-tauke cina mendapat anugerah ini..boleh rujuk dalam youtube selain tauke-tauke dari Taiwan, Hong Kong dan lain-lain.

    5. Diakui memang terdapat istiadat penganugerahan diadakan di hotel bukan di Keraton(????)

    6..rasanya yang paling ramai dapat pingat datuk ni orang Malaysia.

    admin..tolong research dan dedahkan kegiatan ramai pembeli ijazah dan Phd palsu dikalangan ahli perniagaan dan tokoh motivasi terkenal tanah air. Sudahlah "every one can be datuk"..kini yang tinggal jd kebanggaan manusia ialah taraf pendidikan,kalau itu juga dipalsu kan tiada lagi nilai ilmu pada masyarakat.

    Tq Admin, satu huraian mantap dan berfakta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini semua hipokrit. Setahu saya Sunan Surakarta telah ditetapkan kesunannya selepas masaalah yg berlaku melibatkan pemerintah Indonesia. Masaalah siapa Sunan dah diselesaikan.

      DiMalaysia kita pun boleh mohon anugerah. Ada caranya. Itu antara Sultan nak kurnia atau tidak. Begitu juga diEngland, boleh mohon. Sama juga Kesunan Surakarta. Memang ada permohonan online tapi ada jawatan kuasa yang luluskan. Cuba mohon kalau boleh lulus.

      DiMalaysia permohonan perlu ada sumbangan tertentu pada yang benar menghendakki. Kita pun tahu negeri mana yg senang menganugerah Darjah kebesaran. Setakat nanyi satu dua lagu, berlakon satu dua drama boleh dapat Dato, apa kah maknanya tu.

      Ada orang VVIP kata dapat Anugerah dari Surakarta lebih baik dari Anugerah dari negeri2 yang senang menganugerahkan title.

      Sendiri fikirlah.

      Delete
  16. Darjah kebesaran pagaruyung sudah ada pada tahun 1683 dari catatan perjalanan thomas dias ke minangkabau,, johore? Melaka? Perak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sumbernya pak?

      Darjah kebesaran atau gelar kebesaran?

      Delete
    2. Sekarang ramai mengaku sultan hukum mengaku keturunan baik baik sedang bukan keturunan tersebut hukumnya haram ( berdosa)

      Delete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. Apapun jua dan isu yang didedahkan di atas, semuanya berkaitan dengan masalah psikik dan kecelaruan personaliti individu, yang merupakan salah satu cabang masalah psikologi manusia.lni adalah gara-gara konflik diri dan rasa rendah diri manusia. (/)

    ReplyDelete
  19. Nampaknya Admin tidak berani menyatakan dengan jelas tentang status anugerah yg diberikan oleh Kerajaan Pagaruyung, mungkin kerana isteri PM pernah menerima anugerah tersebut?

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum.
    Maaf mencelah, jangan pertikaikan sangat gelaran yg diberikan oleh luar negara. kenapa gelaran yg diberikan Raja Noor Jan Shah ramai tidak pertikai?

    ReplyDelete
  21. Gelaran Malaysia pun tak blh diguna pakai di Indonesia, Filipina, Singapura & mana2 negara lain. Negara lain mengiktiraf Yang Dipertuan Agung & bukamnya mana2 Sultan negeri. Cuba fikir secara logik. Shah Rukh sendiri tak pakai title Datuk di India. Kenapa? Title Datuk dari Malaysia pun tak diikhtiraf di negara lain. Kalau pi Singapore pun, org Singapore pun hanya akan panggil Najib as Mr Najib & bukan Dato Sri Najib.

    ReplyDelete
  22. Nak tanya juga.macam mana pula dengan gelaran dato tu diterima dari raja arab saudi, diterima ke, dimalaysia.

    ReplyDelete
  23. 1.Tidak diiktiran tak sama maksud dengan palsu, sama juga dengan ijazah luar negara bukan juga semua diiktiraf di malaysia.
    2.jika individu dapat gelaran dato dari sultan sulu, bukan bermaksad ni dato palsu, cuma tak diiktiraf di Malaysia. Soal datuk palsu ni sensitif sebab, individu yang bergelaran datuk boleh dapat kemudahan atau layanan istimewa di airpon atau sesetengah majlis rasmi,di jemput duduk di vip seat.
    3. Maksud di sini kalau indivdu tu bergelaran datuk tak diikturaf di sini tapi menggunakan kemudahan gelaran datuk dalam keadaan tertentu ,ni satu kelakuan salah.
    4. atau pun individu menyaman telah dapat gelaran datuk dari mana mana sultan atau tyt malaysia ,ni memang satu kesalahan.
    5.Soal gelaran ini ,kadang kala walau tidak diiktiraf di negara lain,tapi atas dasar hormat ,kadang kala juga pihak lain juaga rela menyebut , macam juga Ganeral sudah bersara tapi atas dasar hormat ,pihak lain masih menyembut General di depan nama. Kadang kala berita luar negara juga guna sepenuhnya pemimpin negara kita bersama gelaran ,seperti Malaysia prime minister Datuk Seri...

    ReplyDelete
  24. Gelaran Kebangsawanan adalah suatu budaya leluhur yang diturunkan dari silsilah Kesultanan Melayu.

    Sungguh pun itu, seperti di Jawa, gelarannya tidak menyebut Dato atau Datuk, ianya disebut Kanjeng atau Pangeran atau Raden.

    Kalau di sebelah Padang, Sumatera Barat gelarnya disebut Marah atau Datuak.

    Manakala kalau di Sumatera Selatan dan Bangka Belitung pula disebut Dato Pangeran, Datuk Seri Puspo dan lain-lain gelaran yang diteruskan sebagai penghargaan budaya kepada mereka yang berjasa kepada Negerinya masing-masing.

    Di Malaysia juga diwartakan gelaran-gelaran ini, contoh semua negeri mempunyai gelaran Dato / Datuk masing-masing dan wilayah sebelum ini tidak pernah menganugerahkan gelaran namun dibuat dan diwartakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan. (YANG TAK PERNAH ADA TAPI DI WUJIDKAN)

    Jadi jangan kita memandang rendah soal gelaran yang diberi oleh penerus adat, Sultan atau Yang Dipertuan Negeri.

    Anggaplah ianya suatu nama budaya yang perlu dibanggakan semua.

    Soal iktiraf juga dibuat oleh manusia setempat, kalau ianya tidak diiktiraf ditempat orang, ianya pasti diakui oleh tempat sendiri. Jadi pakailah ditempat yang diterima oleh masyarakat. Kerana gelaran tidak boleh dibawah mati.

    Hargailah apa yang ada dengan niat yang baik.

    Sallam. TQ

    ReplyDelete
  25. Tuduh menuduh adalah budaya yang sangat tidak baik kerana ia akan menjadi musuh akhirnya antara kita melayu Nusantara, apa anugerah yang hendak diberi atau dipakai sah tidak sah itu bukan soalnya, apa yang penting hubungan antara kita dalam keadaan harmoni semua darjah kebesaran ini hak milik kerajaan atau salur galur keturunan sahaja yang memberi kepada seseorang, semua kata kata yang telah dilemparkan diruangan ini semuanya adalah benar, darjah kebesaran ini bikan boleh dibawa mati tidak disoal pun nanti nama kuta didahului dengan gelaran jadi tak payahlah kita menegakkan benang yang basah, masing masing ada hak masing masing betul kata hamba ALLAH diatas apa gelaran di Malaysia tidak juga diiktiraf di negara lain jika disebut sebagai penghormatan begitu juga di negara kita kalau rasa tidak diiktiraf yang dipanggil Dato, Dato Paduka, Dato Seri dan yang seumpamanya apa yang kita buat menguris hati dan perasaan orang lain terutama salur galur kesultanan keraton masing masing, jangan membuat kerja sia sia carilah kerja kerja yang manafaat demi manusia sejagat, kita di Nusantara ini adalah adik beradik ada hubung kait diantara kita inilah saudara mara kita. Di Indonesia anugerah di beri adalah berasaskan budaya, agama dan sosial terang dan jelas bukan sebagai pemerintah mengapa harus kita mempertikaikan semua itu, jadi tenangkan fikiran bersangka baik dengan apa yang ada di sekeliling kita, jika kita terima ambillah pemberian itu, jika kita rasa tidak bernilai pun hakta memiliki gelaran itu kita tak payah menerimanya. Tak perlu tegakkan benang yang basah, masing masing ada hak masing masing, begitu juga mengenai Kesultanan Melaka apa yang saya tahu telah dibawah ke Mahkamah Antarabangsa dimana telah diakui sah salur galur Kesultanan Melaka tetapi bukan sebagai pemerintah, jadi hormatilah hak orang lain kerana semua yang ada seisi alam ini hak kepunyaan mutlak ALLAH SWT, dengan kehendaknya apa kemegahan yang ada akan tumbang dan akan termusnah jadi bersyukur itu lebih indah dan baik. Kerana segala galanya diatas kerelaan ALLAH SWT jangan ada tiak dihati kitalah yang terbaik, baik atau sebaliknya hanya ALLAH SWT sahaja yang mengetahuinya akan niat seseorang itu.

    ReplyDelete
  26. http://www.supertopmalaysia.com/p/akta-kesalahan-anugerah.html

    Baca ni paham betul2 berkait dgn anugerah asing tidak diiktiraf

    ReplyDelete
  27. MENARIK topik ni. my friend dengan ibu dan ayah dia dapat gelaran dato seri sebab salasilah mereka adalah kerabat diraja terdekat dengan Sultan asal kerajaan sana (tak silap saya ayahnya generasi no 5 dari Sultan asal). Memang tak beli dan tak bayar apa2. pertabalan gah dalam istana siap ikut adat. diberi sebab dia adalah kerabat diraja. saya rasa pemberian macam ni tak salah cuma tak boleh digunakan dalam urusan rasmi seperti penulis huraikan di atas. tapi ke mana2 pun memang dipanggil dato seri sebab ada yang tahu dia dapat gelaran tu.

    ReplyDelete
  28. Presiden Jokowi menerima Gelar dari Kesultanan Melayu Deli.

    Artinya ia diiktiraf oleh Indonesia.

    ReplyDelete