
Ketika penulis
memulakan penulisan di blog kira-kira sembilan tahun yang lalu, ada tiga (3)
niat utama yang terlintas di fikiran penulis ketika itu iaitu :
i) Untuk
memastikan skill penulisan sentiasa dapat diasah dan ditambahbaik;
ii) Berkongsi pandangan tentang sesuatu isu dan
bertukar-tukar maklumat yang dimiliki pembaca; dan
iii) Sebagai amal jariah menerusi perkongsian ilmu,
memandangkan penulis mempunyai kekangan masa untuk membuat kerja-kerja
kebajikan di luar sana.
Walaupun ketika era blog
baru-baru meletus, ramai blogger yang membuat duit dengan menulis di blog, tapi
penulis sentiasa memastikan agar niat di atas tidak terpesong. Lagipun menulis artikel-artikel ilmiah tidak semudah menerbitkan artikel-artikel picisan setiap hari. Tidak pernah
peduli berapa ramai yang follow blog ini, tidak pernah kisah sama ada
artikel-artikel yang dikeluarkan dikomen atau tidak, yang penting, pembaca ada
mendapat sedikit ilmu dan manfaat daripada apa yang dipaparkan. Dan selepas era
Facebook pula meletus, penulis masih tidak membuat sebarang page rasmi di FB
sehingga kini kerana bukan jumlah like atau komen beratus-ratus yang dikejar.
Setelah agak lama
menulis, penulis dapat belajar sesuatu yang penting terutamanya daripada blogger-blogger
yang lebih otai dan terpelajar. Bahawa seorang penulis amat-amat sensitif
dengan penulisannya, terutamanya jika penulisannya dipetik dan diubah oleh orang lain sesuka hati.
Jika dikalangan comedian mempunyai satu unwritten rule bahawa
lawak yang dibuat oleh seorang pelawak tidak boleh ditiru langsung atau diulang semula oleh pelawak yang lain, begitu jugalah dengan hasil penulisan seseorang.
Kebiasaannya keizinan akan dipohon terlebih dahulu. Jika ada mana-mana artikel
yang diminati termasuk oleh rakan-rakan blogger yang lain, mereka akan linkkan
terus di FB masing-masing. Bukannya copy paste dan kemudian
buat seolah-olah artikel berkenaan ditulisnya sendiri. Blogger-blogger ilmiah terdahulu amat-amat menghormati prinsip ini.
Ada beberapa sebab
mengapa penulis tidak mengizinkan penulisan artikel di blog ini dicopy paste sesuka
hati. Perkara paling utama adalah kerana kebanyakan maklumat yang dipaparkan
merupakan maklumat ilmiah. Kadang-kala sesuatu artikel mengambil masa
sehingga hampir setahun sebelum dapat dikeluarkan. Penulisan di blog ini bukannnya
mengenai cerita artis perempuan tak cukup kain atau mengenai status update artis lelaki yang dijadikan buku! Tetapi perangai dan sikap laman-laman sesawang generasi baru terutamanya page-page hiburan amat menjengkelkan apabila dengan sesuka hati boleh mengambil artikel-artikel di blog orang lain dan
kemudiannya dipaparkan seolah-olah ditulis sendiri. Apabila ada pembaca
yang membuat pertanyaan lanjut diluar daripada maklumat yang dipaparkan, mereka terus
diam dari menjawab kerana mereka sememangnya sedia bodoh dan hanya tahu untuk copy paste semata-mata tanpa ada langsung pengetahuan atau sumber rujukan maklumat berkenaan.
Selama ini penulis
menegur secara lembut kepada page-page yang sesuka hati mengambil artikel di
blog ini. Tetapi salah satu sikap mengecewakan orang Melayu kita ialah mereka
akan mengambil sikap endah tak endah apabila teguran diberikan secara baik dan
berhemah. Sebagai manusia biasa, kadang kala penulis hilang
kesabaran juga dan terpaksa menegur secara kasar kerana selepas itu baru respon akan diberikan.
Namun begitu, ada
juga page yang masih menunjukkan rasa hormat walaupun ditegur agak kasar.
Mereka masih tenang dan memohon maaf secara jujur apabila menyedari kesilapan
menyiarkan artikel di blog ini tanpa izin. Syabas dan berbanyak terima kasih
diucapkan kepada page Himpunan Cerita Lawak.
Namun begitu, ada
juga page yang jenis bodoh sombong dan kurang didikan agama seperti Oh My Media (OMM). Boleh pula artikel dari blog ini diambil untuk dipinda dan diedit sesuka hati tanpa langsung mengetahui sumber
sebenar. Ditegur secara baik, komen tidak keluar di page.
Ditegur secara kasar, boleh pula melenting dan berkata ‘Anda Sopan Kami Segan’.
Pulak! Siapa yang biadap sebenarnya? Kemudian sudah dinyatakan dengan jelas bahawa keizinan tidak diberikan kepada mereka untuk mengambil dan mengolah semula artikel dari blog ini, boleh pula buat bodoh dan langsung rasa tidak bersalah sampai sekarang. Ditegur
secara baik, mereka buat tak tahu. Ditegur secara kasar melenting pula dan pandai pula meminta agar lebih beradab. Jadi, anda semua sebenarnya nak ditegur
macam mana?
Di bawah ini adalah
antara page-page hiburan lain yang langsung tiada rasa malu dan bersalah mengambil
artikel dari blog ini untuk disiarkan dalam laman masing-masing. Apa yang
kalian kejar sebenarnya? Terlalu laparkan jumlah followers, komen dan like?
Terlalu mengejar rating demi duit?
www.beritahariani.com
Ditulis sumber : Ibnurusydi via OhMyMedia
Bila masa pula penulis bagi keizinan atau menulis
untuk page sampah macam OMM ni?
www.sentiasapanas.com
Page suam-suam kuku yang terpaksa copy paste segala yang ada untuk kekal panas (konon!)
Page suam-suam kuku yang terpaksa copy paste segala yang ada untuk kekal panas (konon!)
Viral Media yang tak tular sampai terpaksa copy paste artikel orang lain