Tahun ini sudah masuk
tahun 2017, tetapi nampaknya kematangan masyarakat kita berkenaan dengan
sejarah masih lagi di peringkat statik dan mudah dimanipulasikan pihak-pihak
yang tidak bertanggungjawab. Antaranya adalah berkenaan dengan cerita bahawa
Hang Tuah sebenarnya adalah seorang Cina yang bernama Hang Too Ah yang tular
baru-baru ini.
Sebenarnya dakwaan bahawa Hang Tuah kononnya seorang Cina yang bernama Hang Too Ah ini bukanlah
benda baru. Penulis sudah mendengarnya sejak tahun 90-an lagi iaitu sewaktu
masih bersekolah. Tetapi ketika itu tiada siapa pun yang mengambil serius
kerana semua orang sedar perkara tersebut hanyalah satu gurauan dan hanya
bertujuan lawak sahaja, atau mengikut bahasa generasi kini, ianya adalah ‘troll’ semata-mata.
Perigi Hang Tuah di Melaka
Namun begitu, cerita ‘troll’ ini mula disebarkan secara meluas sekitar
tahun 2008, iaitu ketika arena politik negara sedang ‘panas’ dengan pilihanraya
dan segala yang berunsur keMelayuan termasuk sejarah Melayu sedang hebat diasak
dan diputarbelitkan oleh pihak-pihak tertentu yang merasakan mereka semakin
kuat hasil kemenangan yang diperoleh dalam pilihanraya. Seorang penulis anonymous yang menggunakan pelbagai nama
samaran dikesan mula menyebarkan cerita bahawa Hang Tuah kononnya seorang Cina
yang bernama Hang Too Ah. Untuk mensensasikan lagi dakwaan berkenaan, maka ditokok tambah lagi cerita berkenaan dengan unsur-unsur teori konspirasi iaitu kononnya sebuah persatuan di Michigan, USA, yang
menghimpunkan saintis, ahli arkeologi, sejarahwan dan sebagainya dari pelbagai
negara telah menemui dan menganalisis rangka Hang Tuah dan rakan-rakannya dan kononnya mendapati mereka sebenarnya adalah seorang Cina.
Dan kisah inilah
kemudian yang ditularkan dengan meluas pula oleh portal-portal berita atas talian yang diketahui umum bersikap anti-Melayu, Sebilangan masyarakat kita pula tanpa sebarang usul periksa terlebih dahulu dengan ghairah terus menyambut dan menyebarkan lagi dakwaan tersebut. Kebodohan ini bukan sahaja melanda rakyat kebanyakan, bahkan mencapai kemuncaknya apabila terdapat politikus-politikus Melayu sendiri termasuklah yang bergelar 'Dr.' dihadapan namanya mencadangkan agar satu seminar khas diadakan untuk membincangkan ke’Cina’an Hang Tuah memandangkan partinya pada ketika itu sedang kemaruk untuk memancing undi masyarakat bukan Melayu.
Demi politik, agama dan bangsa pun mereka sanggup gadaikan maruahnya. Tidakkah para politikus termasuklah yang berbangga memiliki kelulusan PhD ini terfikir untuk membuat semakan terlebih dahulu siapakah gerangan individu yang menularkan ‘troll’ berkenaan? Adakah mereka sedar bahawa persatuan dari Michigan, USA, yang disebutkan dalam artikel tentang ke’Cina’an Hang Tuah ini sebenarnya langsung tidak wujud? Adakah cerita yang ditularkan di internet tanpa diketahui asal usul sumbernya boleh terus diangkat sebagai satu teori?
Demi politik, agama dan bangsa pun mereka sanggup gadaikan maruahnya. Tidakkah para politikus termasuklah yang berbangga memiliki kelulusan PhD ini terfikir untuk membuat semakan terlebih dahulu siapakah gerangan individu yang menularkan ‘troll’ berkenaan? Adakah mereka sedar bahawa persatuan dari Michigan, USA, yang disebutkan dalam artikel tentang ke’Cina’an Hang Tuah ini sebenarnya langsung tidak wujud? Adakah cerita yang ditularkan di internet tanpa diketahui asal usul sumbernya boleh terus diangkat sebagai satu teori?
Universitas Hang Tuah di Surabaya, Indonesia
Penulis sudah malas dan penat untuk menerangkan hujah-hujah yang jelas sekali lagi bahawa cerita
Hang Tuah seorang Cina ini sebenarnya hanyalah ‘troll’
semata-mata yang jelas terlalu mengarut dan merepek. Para pembaca
boleh menyemak penjelasan panjang lebar berkenaan hal ini dari tulisan rakan-rakan penulis yang
lain. Penulis cuma terfikir untuk tempoh 10 tahun yang akan datang, adakah kebodohan
masyarakat kita berkenaan perkara ini akan berulang lagi?
steady tuan..
ReplyDeleteRamai jugak politikus yang ingin pancing undi bukan bumiputera bersikap demikian..Al-maklum la tengah kemaruk nak PRU14 ni.
Tak tau tapi buat² tau..
Itulah perkara yang menyedihkan. Politikus ni kadang2 langsung tak fikir kesan jangka panjang.
DeleteMenurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden. Andaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Hang Tuah ialah Orang Jakun (Windstedt, 1935). Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.
ReplyDelete