Menara Eiffel Tower, Paris
Setelah sehari di
Belgium, keesokan harinya penulis bertolak ke Paris, France, juga menerusi perkhidmatan
Thalys Train dari Brussels, Belgium. Paris seperti diketahui amat terkenal
sebagai sebuah ibukota romantis menerusi simbolnya yang terkenal di serata
dunia iaitu Eiffel Tower. Ketibaan penulis tiba France bermula di Stesen Gare
Du Nord. Agak mengejutkan apabila melihat wajah pelbagai bangsa di stesen
berkenaan, terutamanya masyarakat berkulit hitam yang agak ramai di sana.
Salah satu perkara
yang perlu diberikan perhatian di kota ini adalah hal keselamatan, khususnya
jika anda hadir berseorangan. Selalunya anda akan menjadi sasaran dengan
ditegur oleh seseorang dengan sapaan “excuse
me” atau “Hello, English sir?”,
seolah-olah ingin bertanyakan sesuatu atau untuk mengisi kertas oleh seseorang
yang tidak dikenali. Jika dilayan, dalam sekelip mata tiba-tiba anda akan
dikerumuni oleh sekumpulan orang dan tanpa disedari, beg atau barang-barang
berharga anda boleh hilang dalam sekelip mata tanpa anda mampu mengenalpasti
siapa yang mengambilnya.
Berdasarkan wajah
mereka yang tidak terlalu Caucasian,
penulis merasakan golongan ini mungkin merupakan pendatang tanpa izin yang
berada di kota ini tetapi terpaksa melakukan jenayah tersebut demi kelansungan
hidup. Seperti di Britain, isu kedatangan pendatang yang tidak terkawal hingga
mengubah landskap wajah Paris dan France menjadi negatif ini merupakan salah
satu hujah yang digunakan oleh pihak-pihak tertentu yang menginginkan agar
France menuruti jejak langkah Britain dengan keluar dari Kesatuan Eropah (EU).
Arc De Triomphe
Selain masalah
jenayah seperti di atas, satu lagi masalah yang dihadapi oleh penulis adalah
untuk berkomunikasi dengan masyarakatnya. Sesetengah masyarakatnya mempunyai
persepsi yang tinggi terhadap bahasa ibunda mereka (Bahasa Perancis) dan tidak
akan melayan sekiranya anda bertutur dalam bahasa Inggeris. Jadi apa yang harus
dilakukan sekiranya mengalami situasi seperti ini? Maka bercakaplah dalam
bahasa ibunda anda sendiri. Jika Melayu, ucapkan ‘Bonjour!’ terlebih dahulu dan kemudian bertanyalah dalam Bahasa
Melayu, jika pandai ngomong Jawa, maka bercakaplah bahasa Jawa. Kebiasaannya,
selepas itu baru mereka akan membalas dan bertanya kembali dalam bahasa Inggeris
kepada anda.
Bercerita mengenai
bahasa, walaupun France tidak pernah menjajah negara kita, namun mereka tetap
terkait dengan sejarah di semenanjung yang mungkin tidak diketahui umum.
Menurut Claude Guillot, sewaktu Phya Thaksin merampas kuasa di Siam pada tahun
1799, sekumpulan missionari Kristian berbangsa Perancis terpaksa melarikan diri
ke semenanjung dan mereka kemudian telah dijemput oleh Francis Light untuk
tinggal di Pulau Pinang, sebuah pulau yang dirampas dari Kesultanan Kedah
secara tipu muslihat. Di sana, mereka memulakan perancangan untuk menyebarkan
dakyah Kristian di kalangan masyarakat tempatan. Salah satu usaha yang cuba
dilakukan adalah dengan menerbitkan bahan-bahan bacaan Kristian dalam bahasa
Melayu.
Kumpulan missionari
Kristian berbangsa Perancis ini telah berusaha untuk mempelajari Bahasa Melayu
serta menerbitkan kamus bagi memudahkan dakyah mereka. Apa yang menarik,
menerusi kajian surat-menyurat yang dikirimkan ke Paris, para missionari ini
mengakui kelebihan dan kepentingan bahasa Melayu sebagai lingua-franca di rantau Nusantara serta mudah untuk dipelajari
berbanding dengan bahasa Latin. Kamus Melayu-Perancis yang bermutu akhirnya
dapat juga dihasilkan tetapi agak lewat iaitu pada tahun 1875 oleh Pierre Favre,
seorang Profesor yang juga bekas missionari Kristian.
Louvre Museum
Misi utama penulis di
kota Paris ini pada asalnya adalah untuk meninjau artifak-artifak dari
Nusantara yang mungkin tersimpan di Louvre Museum, muzium yang terkenal kerana
menempatkan lukisan Monalisa serta antara yang terbesar. Namun atas sebab-sebab
tertentu, hasrat tersebut terpaksa dibatalkan dan penulis kemudian mengubah
haluan menuju ke Grand Mosque Paris.
France merupakan
negara terakhir di Eropah dalam rangka lawatan penulis pada kali ini. Penulis
kemudian menaiki Eurostar Train untuk kembali ke London untuk pulang semula ke
tanahair menerusi penerbangan MAS di Lapangan Terbang Heathrow. Sesungguhnya
benua Eropah ini sebenarnya menyimpan banyak bahan-bahan khazanah sejarah
negara dan Nusantara yang masih boleh digali dengan mendalam. Namun kekangan
masa dan kos banyak membantutkan hasrat penulis.
Untuk catatan
bergambar di Masjid Agung Paris, sila rujuk pautan di FB :
Grand Mosque of Paris
Akan datang, Catatan
Perjalanan : Thailand
شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة
ReplyDeleteشركة المثالية للتنظيف
شركة المثالية للتنظيف بالدمام
شركة المثالية للتنظيف بالخبر
Saya ibu EVA FIORENTINA APRILA dari palembang mengucap syukur kepada allah,karna melalui bantuan dari aki abdul jamal yg sebesar 20m kini saya sudah bisa menjalankan usaha saya lagi.Puji syukur saya panjatkan kepada Allah yang telah mempertemukan saya dengan Aki Abdul Jamal dan melalui bantun pesugihan putih beliau yang sebar 5M inilah yang saya gunakan untuk membuka usaha selama ini,makanya saya sengaja memposting pesang sinkat ini biar semua orang tau kalau Aki Abdul Jamal bisa membantuh kita mengenai masalah ekonomi dengan bantuan pesugihan putihnya yang tampa tumbal karna saya juga tampa sengaja menemukan postingan orang diinternet jadi saya lansun menhubungi beliau dan dengan senang hati beliau mau membantuh saya,,jadi bagi teman teman yang mempunyai keluhan jangan anda ragu untuk menghubungi beliau di No Wa 085-254-384-488- rasa senang ini tidak bisa diunkapkan dengan kata kata makanya saya menulis pesan ini biar
ReplyDeleteSemua orang tau,ini sebuah kisa nyata dari saya dan tidak ada rekayasa sedikit pun yang saya tulis ini,sekali lagi terimah kasih banyak ya Aki dan insya allah suatu hari nanti saya akan berkunjun ke kediaman Aki untuk silaturahmi.Wassalam dari saya ibu Sartika dan untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Aki disini PESUGIHAN UANG GAIB TANPA TUMBAL