Di hadapan Royal Mausoleum di tengah-tengah kota Bangkok
Ketika kecil, lagu
‘Made in Thailand’ yang menjadi lagu latar sebuah filem tahun 80-an iaitu Keluarga
99 iaitu dalam babak melancong ke kota Bangkok menjadi pengenalan kepada
penulis mengenali negara Thai. Ketika di bangku persekolahan, penulis pernah
salah faham dengan menyangka nama ibu negara Thai diambil dari perkataan Melayu
iaitu ‘bengkok’. Ketika di Sekolah Menengah, baru penulis sedar bahawa pernah wujud
sebuah negeri Melayu-Islam di luar sempadan semenanjung Malaysia iaitu Negeri
Patani Darussalam. Dan minat untuk menyelami sejarah Thailand semakin memuncak
apabila mengetahui sejarah Chaiya (Jaya / Cahaya) dan Nakhon Si Thammarat
(Negara Sri Dharmaraja / Tambralinga / Ligor) berkait dengan sejarah
Melayu.
Namun rezeki untuk ke
Thailand hanya dapat direalisasikan baru-baru ini apabila penulis mempunyai
urusan di Chulalongkorn University (CU), universiti tertua dan terbaik di
Thailand. Usai tugas, penulis mengambil kesempatan untuk menjelajah kesan-kesan
sejarah di dua (2) buah kota bersejarah yang penting di Thailand iaitu Bangkok
dan Ayutthaya.
Bergambar di atas sebuah candi di Ayutthaya
Thailand baru sahaja
mengadakan majlis pembakaran mayat mendiang Raja mereka iaitu mendiang Raja
Bhumiphon Adulyadej. Di tengah-tengah bandar Bangkok, iaitu berhampiran dengan
Grand Palace dan National Museum of Bangkok, didirikan satu binaan yang pada
pandangan penulis amat gah bagi tujuan upacara tersebut, yang dapat
menggambarkan betapa hormatnya rakyat Thai yang amat-amat memuliakan raja
mereka.
Tentera Thai berpakaian seragam bermain peralatan muzik seakan-akan
gamelan di perkarangan kawasan Royal Mausoleum
Thailand mempunyai undang-undang
yang amat ketat terhadap mana-mana individu yang didapati menghina Raja Thai
atau kerabatnya menerusi undang-undang yang dikenali sebagai Lese-majeste.
Perkara ini memang diketahui umum. Namun ketika kunjungan penulis ke sana,
penulis dapat menemui sisi lain mengapa rakyat Thai amat-amat menghormati raja
mereka, lebih spesifik lagi, Raja Bhumiphon Adulyadej.
Mendiang Raja
Bhumiphon Adulyadej rupa-rupanya amat-amat mengambil berat hal berkaitan
pertanian, yang merupakan sektor utama penduduk Thai khususnya di kawasan luar
bandar. Perkara ini berkait rapat dengan wasiat ibunya, yang diterjemah dalam
bahasa Inggeris sebagai “Actually, your
name is Bhumiphon, which means ‘strength of the land’. I would like you to stay
grounded”. Kata-kata inilah yang menjadi pegangan mendiang Raja Thai agar sentiasa
merendah diri dan bekerja keras untuk rakyatnya. Beliau dilihat kerap turun
padang untuk meninjau sendiri kesusahan dan keadaan pembangunan sektor
pertanian yang diusahakan oleh rakyatnya dan perkara ini amat-amat disanjungi oleh
rakyat Thai.
Thailand juga
mempunyai populasi masyarakat Cina yang agak besar. Tetapi sukar untuk
mengenalpasti dan membezakan mereka daripada masyarakat Thai. Menurut Mohamed
Mustafa Ishak (2014), masyarakat Cina mudah untuk berasimilasi menjadi
masyarakat Thai sepenuhnya kerana mereka mempunyai persamaan agama dengan
masyarakat Thai, iaitu agama Buddha. Disebabkan itu jugalah, amat-amat mustahil
untuk menemui lagi ‘Isthmian Malay’
yang beragama Buddha di kawasan segenting Kra/selatan Siam. Berdasarkan
pengamatan penulis, benarlah apa yang di baca sebelum ini bahawa agama Buddha
amat penting kepada masyarakat Thai sebagaimana agama Islam amat penting kepada
masyarakat Melayu.
Bergambar dalam kawasan Wat Arun
Kota Bangkok juga
mempunyai masyarakat Melayu, yang telah di bawa ke sana secara berperingkat
sejak awal zaman Dinasti Chakri lagi. Pada awalnya, mereka di bawa sebagai
tawanan perang yang berperanan sebagai buruh paksa, disamping untuk menambahkan
populasi penduduk. Kebanyakan daripada masyarakat Melayu di sini berasal dari
Patani. Apabila menemui wanita Thai berwajah Melayu yang bertudung terutama di
kedai makan, sengaja penulis bertutur dalam bahasa Melayu. Kebanyakan yang
masih boleh bertutur dalam Bahasa Melayu merupakan masyarakat Patani yang baru
sahaja berhijrah ke kota ini. Sementara ada juga yang penulis temui, langsung
tidak lagi boleh berbicara dalam bahasa Melayu. Mungkin mereka merupakan
generasi ke-2 atau ke-3 masyarakat Melayu yang telah lama mendidiami kota ini.
Majoriti masyarakat
Melayu yang penulis temui di kota ini terlibat dalam sektor sajian iaitu
restoren bagi memenuhi keperluan makanan halal khususnya oleh para pelancong
dari negara-negara Islam. Tetapi penulis rasakan masyarakat Melayu di Thailand boleh
meneroka sektor pelancongan dengan menawarkan pakej-pakej pelancongan halal yang
bersesuaian khususnya bagi memenuhi keperluan pelancong dari Malaysia dan
Indonesia yang mempunyai persamaan bahasa.
Terdapat banyak kedai makan Melayu-Islam di sepanjang
jalan Masjid Darul Aman ini
Ini kerana bahasa
merupakan masalah utama di Thailand. Berdasarkan pengalaman penulis, majoriti
rakyatnya tidak begitu fasih dalam bahasa Inggeris, bahkan untuk membaca dalam
tulisan rumi juga mereka agak sukar. Sedikit tips kepada mereka yang berhasrat
untuk melawat Thailand, kebiasaannya di hotel-hotel, disediakan satu kad dalam
bahasa Thai bagi meminta pemandu teksi dan sebagainya untuk menghantar anda
kembali ke hotel berkenaan. Pastikan anda menyimpan kad ini kerana kebiasaannya
sebutan Inggeris untuk hotel tersebut berbeza dengan sebutan dalam Thai, dan
kadangkala pemandu juga hanya boleh membaca dalam tulisan Thai.
Boleh faham apa yang dinyatakan dalam bahasa Melayu ini?
Untuk
catatan bergambar lain, sila rujuk ke link di FB :
1.
Siapa Sebenarnya Watak Dalam Gambar Siam Berkeris?
2.
Dua (2) Artifak Penting Melayu di Kota Bangkok
3.
Penduduk Melayu di dalam Kerajaan Ayutthaya
4.
Makassar Revolt 1686
5.
Artifak Warisan Srivijaya di National Museum, Bangkok
6.
Dua (2) Mantan Menteri Berketurunan Melayu Dalam Kabinet
Thai
Saya ibu EVA FIORENTINA APRILA dari palembang mengucap syukur kepada allah,karna melalui bantuan dari aki abdul jamal yg sebesar 20m kini saya sudah bisa menjalankan usaha saya lagi.Puji syukur saya panjatkan kepada Allah yang telah mempertemukan saya dengan Aki Abdul Jamal dan melalui bantun pesugihan putih beliau yang sebar 5M inilah yang saya gunakan untuk membuka usaha selama ini,makanya saya sengaja memposting pesang sinkat ini biar semua orang tau kalau Aki Abdul Jamal bisa membantuh kita mengenai masalah ekonomi dengan bantuan pesugihan putihnya yang tampa tumbal karna saya juga tampa sengaja menemukan postingan orang diinternet jadi saya lansun menhubungi beliau dan dengan senang hati beliau mau membantuh saya,,jadi bagi teman teman yang mempunyai keluhan jangan anda ragu untuk menghubungi beliau di No Wa 085-254-384-488- rasa senang ini tidak bisa diunkapkan dengan kata kata makanya saya menulis pesan ini biar
ReplyDeleteSemua orang tau,ini sebuah kisa nyata dari saya dan tidak ada rekayasa sedikit pun yang saya tulis ini,sekali lagi terimah kasih banyak ya Aki dan insya allah suatu hari nanti saya akan berkunjun ke kediaman Aki untuk silaturahmi.Wassalam dari saya ibu Sartika dan untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Aki disini PESUGIHAN UANG GAIB TANPA TUMBAL