Featured Post

Peringatan Kepada Laman OhMyMedia dan Page-page Hiburan Kaki Copy Paste

Ketika penulis memulakan penulisan di blog kira-kira sembilan tahun yang lalu, ada tiga (3) niat utama yang terlintas di fikiran pen...

Monday, February 13, 2017

Peringatan Kepada Laman OhMyMedia dan Page-page Hiburan Kaki Copy Paste


Ketika penulis memulakan penulisan di blog kira-kira sembilan tahun yang lalu, ada tiga (3) niat utama yang terlintas di fikiran penulis ketika itu iaitu :

i) Untuk memastikan skill penulisan sentiasa dapat diasah dan ditambahbaik;
ii) Berkongsi pandangan tentang sesuatu isu dan bertukar-tukar maklumat yang dimiliki pembaca; dan
iii) Sebagai amal jariah menerusi perkongsian ilmu, memandangkan penulis mempunyai kekangan masa untuk membuat kerja-kerja kebajikan di luar sana.

Walaupun ketika era blog baru-baru meletus, ramai blogger yang membuat duit dengan menulis di blog, tapi penulis sentiasa memastikan agar niat di atas tidak terpesong. Lagipun menulis artikel-artikel ilmiah tidak semudah menerbitkan artikel-artikel picisan setiap hari. Tidak pernah peduli berapa ramai yang follow blog ini, tidak pernah kisah sama ada artikel-artikel yang dikeluarkan dikomen atau tidak, yang penting, pembaca ada mendapat sedikit ilmu dan manfaat daripada apa yang dipaparkan. Dan selepas era Facebook pula meletus, penulis masih tidak membuat sebarang page rasmi di FB sehingga kini kerana bukan jumlah like atau komen beratus-ratus yang dikejar.

Setelah agak lama menulis, penulis dapat belajar sesuatu yang penting terutamanya daripada blogger-blogger yang lebih otai dan terpelajar. Bahawa seorang penulis amat-amat sensitif dengan penulisannya, terutamanya jika penulisannya dipetik dan diubah oleh orang lain sesuka hati. Jika dikalangan comedian mempunyai satu unwritten rule bahawa lawak yang dibuat oleh seorang pelawak tidak boleh ditiru langsung atau diulang semula oleh pelawak yang lain, begitu jugalah dengan hasil penulisan seseorang. Kebiasaannya keizinan akan dipohon terlebih dahulu. Jika ada mana-mana artikel yang diminati termasuk oleh rakan-rakan blogger yang lain, mereka akan linkkan terus di FB masing-masing. Bukannya copy paste dan kemudian buat seolah-olah artikel berkenaan ditulisnya sendiri. Blogger-blogger ilmiah terdahulu amat-amat menghormati prinsip ini.

Ada beberapa sebab mengapa penulis tidak mengizinkan penulisan artikel di blog ini dicopy paste sesuka hati. Perkara paling utama adalah kerana kebanyakan maklumat yang dipaparkan merupakan maklumat ilmiah. Kadang-kala sesuatu artikel mengambil masa sehingga hampir setahun sebelum dapat dikeluarkan. Penulisan di blog ini bukannnya mengenai cerita artis perempuan tak cukup kain atau mengenai status update artis lelaki yang dijadikan buku! Tetapi perangai dan sikap laman-laman sesawang generasi baru terutamanya page-page hiburan amat menjengkelkan apabila dengan sesuka hati boleh mengambil artikel-artikel di blog orang lain dan kemudiannya dipaparkan seolah-olah ditulis sendiri. Apabila ada pembaca yang membuat pertanyaan lanjut diluar daripada maklumat yang dipaparkan, mereka terus diam dari menjawab kerana mereka sememangnya sedia bodoh dan hanya tahu untuk copy paste semata-mata tanpa ada langsung pengetahuan atau sumber rujukan maklumat berkenaan.

Selama ini penulis menegur secara lembut kepada page-page yang sesuka hati mengambil artikel di blog ini. Tetapi salah satu sikap mengecewakan orang Melayu kita ialah mereka akan mengambil sikap endah tak endah apabila teguran diberikan secara baik dan berhemah. Sebagai manusia biasa, kadang kala penulis hilang kesabaran juga dan terpaksa menegur secara kasar kerana selepas itu baru respon akan diberikan.


Namun begitu, ada juga page yang masih menunjukkan rasa hormat walaupun ditegur agak kasar. Mereka masih tenang dan memohon maaf secara jujur apabila menyedari kesilapan menyiarkan artikel di blog ini tanpa izin. Syabas dan berbanyak terima kasih diucapkan kepada page Himpunan Cerita Lawak.   



Namun begitu, ada juga page yang jenis bodoh sombong dan kurang didikan agama seperti Oh My Media (OMM). Boleh pula artikel dari blog ini diambil untuk dipinda dan diedit sesuka hati tanpa langsung mengetahui sumber sebenar. Ditegur secara baik, komen tidak keluar di page. Ditegur secara kasar, boleh pula melenting dan berkata ‘Anda Sopan Kami Segan’. Pulak! Siapa yang biadap sebenarnya? Kemudian sudah dinyatakan dengan jelas bahawa keizinan tidak diberikan kepada mereka untuk mengambil dan mengolah semula artikel dari blog ini, boleh pula buat bodoh dan langsung rasa tidak bersalah sampai sekarang. Ditegur secara baik, mereka buat tak tahu. Ditegur secara kasar melenting pula dan pandai pula meminta agar lebih beradab. Jadi, anda semua sebenarnya nak ditegur macam mana?

Di bawah ini adalah antara page-page hiburan lain yang langsung tiada rasa malu dan bersalah mengambil artikel dari blog ini untuk disiarkan dalam laman masing-masing. Apa yang kalian kejar sebenarnya? Terlalu laparkan jumlah followers, komen dan like? Terlalu mengejar rating demi duit? 



www.beritahariani.com
Ditulis sumber : Ibnurusydi via OhMyMedia
Bila masa pula penulis bagi keizinan atau menulis 
untuk page sampah macam OMM ni?



www.sentiasapanas.com
Page suam-suam kuku yang terpaksa copy paste segala yang ada untuk kekal panas (konon!)


Viral Media yang tak tular sampai terpaksa copy paste artikel orang lain


www.jubahsemalam.com
Ko buat maksiat ke malam tadi sampai terpaksa pakai jubah semalam?


www.nasitambah.com
Patut pun tak pernah kenyang, tak berkat makan nasi tambah tu


toknek.com
Datuk dengan Nenek ko memang keturunan penyamun yek?


babab.net
Eloklah. Memang korang semua tak ada telur! 

4 comments:

  1. Penyakit.

    Koi yang tahap blogger bersawang ni pun ande FB mane ntoh kopi sebijik2 hampeh bete kuikui

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe tuan,

      Untuk artikel saya yang kat atas ni sahaja, saya amat mengalu-alukan page sampah macam Oh My Media untuk copy paste sebijik2.

      Haa.. apa tunggu lagi OMM? Siar la kat page ko tu. Ada berani?

      Delete
  2. ingatkan VCD jer boleh dicetak rompak..rupanya artikel pun sama...x suka betul dengan dengan geng lanun dan perompak hasil kerja orang..kalau kene batang hidung sendiri baru tau marah ke tak..ish3

    ReplyDelete
  3. Janganlah suka copypaste kerja orang. Buatlah kerja dengan hasil kerja tangan sendiri. Kan lebih baik

    ReplyDelete