Featured Post

Kenapa Singapura Lebih Maju?

Sudah beberapa hari berlalu sejak negara jiran kita iaitu Singapura menyambut Hari Kemerdekaannya yang ke-50 pada 9 Ogos yang lalu. Nam...

Thursday, June 17, 2010

Raja Melayu Singapura Yang Dilupakan

Singapura pernah beraja? Mungkin agak asing didengar pada hari ini, memandangkan Singapura kini merupakan sebuah negara-kota bercorak republik dan majoriti penduduknya berbangsa Cina. Tetapi hakikat bahawa sejarah Singapura yang pernah dibuka dan diperintah oleh Raja-raja Melayu tidak boleh dinafikan biarpun cuba digelapkan oleh pihak-pihak tertentu.




Peninggalan Kesultanan Singapura : Dua pending, iaitu perhiasan emas berkerawang yang dipakai di dada atau pinggang, antara pusaka Sultan Hussain Shah



Sebenarnya, sejarah Raja-raja Melayu yang memerintah Negeri Singapura telah bermula lebih kurang sejak 700 tahun yang dahulu. Memetik buku Kisah Raja-raja Melayu Singapura oleh Agus Salim terbitan Dewan Bahasa & Pustaka (DBP), senarai Raja-raja Melayu dahulukala yang pernah memerintah Singapura adalah seperti beikut :


1) Sri Tri Buana @ Sang Nila Utama (memerintah 1299-1347 M)

2) Raja Kecil Besar @ Paduka Seri Pikrama Wira (1347-1362 M)


3) Raja Muda @ Seri Rana Wira Kerma (1362-1375 M)


4) Dasia Raja @ Paduka Seri Maharaja (1375-1388 M)


5) Raja Iskandar Shah @ Sri Parameswara (1388- 1391 M)


*Tahun-tahun pemerintahan raja-raja Singapura ini dipetik Agus Salim daripada kajian Dr. W. Linehan, 1947, The King of 14th Century Singapore, JMBRAS 20(2).




Apa yang menarik, Munsyi Abdullah juga pernah mencatatkan penemuan sebuah Batu Bersurat di pulau tersebut yang telah dipecahkan oleh pegawai Inggeris sebelum sempat dibuat kajian ke atasnya. Mungkinkah Batu Bersurat tersebut ada menyimpan rahsia besar mengenai Bangsa Melayu?

Singapura kembali diperintah oleh Raja-raja Melayu pada penghujung hayat empayar Negeri Johor. Pada masa lalu, Johor merupakan sebuah negeri yang luas iaitu wilayahnya meliputi negeri Pahang, Johor, Singapura dan kepulauan Riau-Lingga pada hari ini. Ketika Sultan Johor ke-16 iaitu Sultan Mahmud Riayat Shah III (1761-1812) mangkat di Pulau Lingga, yang merupakan Ibunegeri Johor pada waktu tersebut, anakanda sulung baginda yang bernama Raja Hussain Syah atau Tengku Long berada di Pahang. Justeru itu, baginda tidak sempat menghadiri upacara pengebumian ayahandanya. Memandangkan Adat Melayu menyatakan pengganti Sultan perlu dimasyhurkan sebelum jenazah almarhum Sultan dapat dikebumikan, maka adinda Raja Hussain Syah yang bernama Raja Abdul Rahman telah ditabal sebagai Sultan Johor yang baru dengan gelaran Sultan Abdul Rahman Muadzam Syah.

Terdapat juga maklumat lain yang menyatakan Raja Hussain Syah tidak ditabalkan sebagai Sultan kerana bondanya, Cik Makoh binti Daeng Maturang merupakan orang kebanyakan.

Raja Hussain Syah yang kecewa dengan keadaan tersebut telah membawa diri ke Kampung Bulang di Pulau Penyengat, Riau, untuk memancing ikan dan hidup dalam keadaan sederhana sahaja. Penjajah British menerusi Syarikat Hindia Timur Inggeris yang berhasrat untuk menguasai Pulau Singapura telah dapat menghidu peluang yang muncul kesan daripada krisis di Istana Johor pada masa tersebut. Thomas Stamford Raffles kemudian telah mengarahkan Kolonel William Farquhar untuk mempelawa Raja Hussain Syah untuk ditabalkan sebagai Sultan Singapura yang pertama.

Tentu sekali Raja Hussain Syah ketika itu berasa ragu untuk menerima tawaran untuk menjadi ketua bagi sebuah negeri baru. Baginda kemudian tetap pergi ke Singapura dan ditabalkan sebagai Sultan Singapura di Padang, Singapura, pada 31 January 1819 dengan gelaran Sultan Hussain Syah. Enche Yahya, pencatit untuk Kolonel William Farquhar membaca pengisytiharan yang telah dibaca dalam bahasa Inggeris oleh seorang pegawai Inggeris, “Adalah dimaklumkan bahawa Governor-General Lord Hastings di India telah melantik Yang Teramat Mulia Raja Hussain Muazzam Shah sebagai Sultan Singapura yang pertama dan semua tanah jajahanya, dengan gelaran Sultan Hussain Muazzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Mahmud pada hari ini, 31 haribulan Januari, 1819.” Sultan Hussein Shah kemudian telah mengarahkan pembinaan Istana Kampong Glam pada 1820.

Munshi Abdullah yang pernah bekerja sebagai pencatat untuk Stamford Raffles di Melaka dulu, datang ke Singapura dalam bulan Jun, 1819 untuk menyambung tugasnya. Oleh sebab itu, Munshi Abdullah tidak dapat menyaksikan upacara pertabalan yang berlangsung di Padang. Bagaimanapun, dia telah diberitahu tentang apa yang telah berlaku oleh rakan dan kenalan yang menyaksikannya. Munshi Abdullah tidak senang dengan apa yang telah dilakukan oleh pihak Inggeris. Dia tahu satu hari nanti, Sultan Singapura akan disingkirkan dan Singapura akan dikuasai oleh masyarakat bukan Melayu. Kesan pertabalan baginda amat besar kerana telah menyebabkan terpecahnya empayar Negeri Johor.

Kesan daripada Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, wilayah Johor di tanah semenanjung dan Singapura berada di bawah pengaruh Inggeris sementara Riau dan Kepulauan Lingga pula di bawah pengaruh Belanda. Di semenanjung, Negeri Pahang kemudiannya telah diperintah oleh keturunan Bendahara sementara Negeri Johor Moden pula telah diperintah oleh keturunan Temenggong sehingga kini. Di wilayah pengaruh Belanda pula, Keturunan Sultan Abdul Rahman Muadzam Syah kemudiannya menjadi Sultan-sultan Lingga sementara keturunan Yang Di-pertuan Muda menguasai Riau.





Tidak berapa lama selepas ditabalkan sebagai Sultan Singapura, Sultan Hussain Syah mula dihina dan diperlekehkan terutamanya oleh kumpulan pendatang dari China yang langsung tidak menghormatinya. Penjajah Inggeris telah mendatangkan orang Cina dan India ke Singapura semata-mata untuk menambahkan jumlah penduduk asing. Mereka tidak membawa atau menggalakkan orang Melayu dari Tanah Melayu mahupun pulau-pulau sekitar nusantara yang lain untuk tinggal di Singapura hanya untuk mengecilkan jumlah penduduk Melayu supaya hak dan kuasa Melayu di Singapura dapat disingkirkan. Jumlah penduduk asal iaitu masyarakat Melayu telah menjadi minoriti dan dengan ini kuasa politik mereka terhapus begitu sahaja. Sultan Hussain Syah menangis pada waktu malam apabila baginda sedar yang dirinya sekadar digunakan oleh penjajah Inggeris untuk menguasai Pulau Singapura.





Sultan Hussain Syah kemudiannya telah dipaksa untuk menandatangani “Treaty of Singapore” pada tahun 1824 untuk menyerahkan seluruh kekuasaannya di Singapura kepada penjajah British. John Crawford, Residen British telah mengherdik baginda dengan berkata “Tuan bukan Sultan lagi, tidak perlu tinggal disini”. Baginda berasa amat sedih hinggakan terpaksa berpindah ke Melaka dengan menaiki kapal bernama ‘Julia’ yang dimiliki oleh Sultan Kedah ketika itu pada 5 Jun 1834. Beliau tiba di Melaka lima hari kemudian. Baginda menetap di Melaka kerana dia mempunyai ramai keluarga di sana. Sultan Hussain Syah dihormati dan dihargai oleh penduduk Melayu di Melaka walaupun penduduk bukan Melayu tidak mengendahkan kehadirannya. Bagaimanapun, kehidupan baginda di Melaka tidak seperti di Singapura di mana baginda mempunyai pembantu dan pengawai kanan. Ditambah pula dengan kerisauan yang dialami yang akhirnya menyebabkan kemangkatan baginda lima belas bulan kemudian iaitu pada 5 September, 1835.





Jenazah baginda telah disemadikan di sebuah makam sederhana di penjuru tanah perkuburan dalam kawasan Masjid Trengkerah di Melaka, terbiar dan kurang dikenali oleh sesiapa. Cuma sebuah papan tanda sahaja yang menulis tentang riwayat hidupnya. Sedangkan baginda adalah watak penting dalam sejarah moden Singapura.



Makam Sultan Hussein Syah, Raja Singapura-Johor, di Melaka


Anak sulung Sultan Hussain Shah, Tengku Ali yang baru berumur 10 tahun kemudian ditabal untuk menggantikan ayahandanya sebagai Sultan Singapura dalam sebuah acara yang sederhana di Istana Kampung Glam pada 10 Mac 1855 dengan gelaran Sultan Ali Iskandar Syah. Dan kehidupan baginda juga melarat disebabkan baginda tidak diberikan wang oleh pihak Inggeris yang telah menyekatnya apabila Resident Inggeris di Singapura selepas William Farquhar Raffles digantikan oleh John Crawfurd yang mempunyai sikap anti atau membenci Melayu. Sultan Ali kemudian turut mangkat di Melaka pada 21 Jun 1877 dan dimakamkan diperkarangan Masjid Jamek Kampung Umbai.



Sultan Ali Iskandar Syah, Raja Singapura-Johor. Baginda berkuasa di wilayah Kesang-Muar



Selepas kemangkatan baginda, anakandanya yang bernama Tengku Alam Syah menaiki takhta dengan gelaran Sultan Alauddin Mansur Syah. Walaubagaimanapun, pihak British tidak melantik baginda sebagai Sultan sebaliknya hanyalah sebagai Ketua Keluarga Di Raja Singapura. Baginda mangkat pada 26 Ogos 1891 dan disemadikan di Makam Di Raja Teluk Belanga, Singapura.





Anakanda baginda yang bernama Tengku Ali kemudiannya menggantikan ayahandanya sewaktu berusia 34 tahun tetapi tidak lagi memakai gelaran Sultan. Tengku Ali mangkat di Istana Kampung Glam pada 2 November 1918 dan digantikan oleh puteranya yang bernama Tengku Hussein yang mengambil alih jawatan Ketua Di Raja Singapura hingga tahun 1930-an.





Walaupun Kesultanan Singapura tidak secara rasmi terkubur, ia telah dilupakan hinggalah simbolnya yang terakhir, Istana Kampung Gelam yang ketika itu masih didiami oleh Kerabat Di Raja Singapura, diambil alih (atau lebih tepat, dirampas!) oleh pemerintah Singapura untuk diubahsuai dan dijadikan Pusat Warisan Melayu pada tahun 2002. Ada pernyataan lisan yang menyatakan tragedi tersebut berlaku kerana sumpahan yang menyatakan jika Kerabat Di Raja Singapura berpecah belah dan bermusuhan sesama sendiri, mereka akan kehilangan istana tersebut. Dengan hilangnya simbol terakhir Kesultanan Singapura itu, maka berakhirnya sisa-sisa Raja-raja Melayu yang pernah memerintah Singapura sejak dahulu kala.



Istana Kampung Gelam, kediaman rasmi Raja Singapura. Kini diubah menjadi Malay Heritage Centre

42 comments:

  1. kesian... so, ape nasib kerabat2 singapore skang ni? ape pun, info ni agak lengkap & menarik. tahnia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada je yg duduk di rumah kedai kawasan sekitar istana kg glam tu.. kesian

      Delete
  2. tak sangka!!!

    macamana nak naikkan balik institusi beraja di s'pore? pasti ia satu misi yg amat sukar dan mencapai status hampir mustahil!

    apa-apa hal tahniah Ibnu Rusydi. ia sgt bermanfaat!

    -abuhakeem-

    ReplyDelete
  3. Menjadikan istana kg gelam sebagai malay heritage centre adalah satu penghinaan secara rasmi kepada bangsa melayu. apa yg lebih malang lagi segala nasib buruk ini didalang oleh orang melayu sendiri dan disempurnakan oleh musuh-musuhnya. semoga Allah memelihara raja-raja yang masih ada supaya nasib yang serupa ini ini tidak tertimpa kepada lagi.

    ReplyDelete
  4. Terima Kasih Ibnu Rusydi atas artikel sejarah ini.Kalau masih ada keturunan raja Singapura,smoga Allah SWT menjaga keturunannya agar satu hari nanti keturunannya akan bangun mendapatkan haknya semula.

    Mungkin ramai anak Melayu Singapura hari ini tidak mengetahui sejarah rajanya.

    ~NB
    nusantarabersatu.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Salam. Semoga sihat sejahtera!

    Ibnu Rusydi, teruskan pembongkaran dan penulisan saudara terutama berkenaan sejarah yg 'pelik'2 sebegini. Pelik tapi benar! Serta sedih dan sebak bila membacanya!
    Dalam MF, ada pembaca sebut ttg wasiat Yang Mulia Habib Noh supaya dimaqamkan di atas bukit. Saudara tahu apa2 ke ttg perkara ini? Atau saudara boleh kongsi dgn kami lebih mendalam lagi peranan Habib Noh dlm penyebaran Islam di Singapura.

    Terima Kasih!

    ReplyDelete
  6. Apa yang menarik, Munsyi Abdullah juga pernah mencatatkan penemuan sebuah Batu Bersurat di pulau tersebut yang telah dipecahkan oleh pegawai Inggeris sebelum sempat dibuat kajian ke atasnya. Mungkinkah Batu Bersurat tersebut ada menyimpan rahsia besar mengenai Bangsa Melayu?

    Sila lihat, semak, kaji dan tambahkan maklumat di dalam blog ini berdasarkan maklumat seperti di alamat:

    (1)http://ms.wikipedia.org/wiki/Batu_bersurat_Singapura; dan

    (2)http://en.wikipedia.org/wiki/Singapore_Stone

    ReplyDelete
  7. InsyaAllah.. suatu hari nanti Singapura akan kembali ke tangan orang-orang Islam Nusantara. Amin......

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..kalu dapat pelihara sultan kt negara kita sampai kiamat rasanya dah ok.

      Delete
  8. salam...
    boleh saya berhubung dengan anda
    mikhail..0127960627...jb

    ReplyDelete
  9. tahniah atas artikel saudara , sayu ..geram , sedih segalanya bercampur dalam diri membaca tulisan saudara , aduhai bangsaku kemanakah akhirnya ?

    malaysia , satu2nya tanah melayu yg ada didunia , mari kita bersama berganding bahu memeliharanya dari direbut pihak lain , hanya inilah saja harta yang kita ada , kalau terlepas ketangan yg lain , seribu tahun belum tentu kita mampu merebutnya kembali ,

    Jika benar kita bangsa berdaulat , jangan sampai kesilapan lalu berulang kembali , kita tidak mampu kehilangan lagi ,

    bersatu kita teguh ..

    ReplyDelete
  10. Salam.

    Setau aku pulak,Pulau singapura itu dah di jual awal-awal olih Sultan Johor ke Syarikat India Timur.

    Sultan yang di lantik tu cuma nak sedapkan hati orang Melayu jer,agar jangan memberontak...apa nak cakap lagi siapa yang salah....sudah jual awai-awai maaa...

    sesama kita ambil iktibar.

    ReplyDelete
  11. pencinta kebenaranJune 27, 2010 at 2:17 AM

    anon: tu setau ko..mana bukti?

    salam..sy pegi singapura..semua tmpt2 yg class x dek pon org melayu. tmpt2 yg komot2 tu la berkumpulnya org melayu...pastu sy pegi kat kawasan istana kmpg gelam..yg rs nak marah tu ada la melayu budus kata baguslah amik istana tu..nmpak maju sket..

    ReplyDelete
  12. Memang dah terjuallah pada tahun 1824.

    http://hasbullah.pit.my/2009/06/berapa-harga-sultan-johor-jual.html

    google jer lah melambak lagi bukti2 yang lain....jangan lah malas.

    ReplyDelete
  13. KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, SILA GOOGLE TAJUK-TAJUK SEPERTI DI BAWAH INI:-

    (a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
    (b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
    (c) Jom Kenali Dr Maza & Co
    (d) Ahlul Bait Yang Dicerca
    (e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
    (f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
    (g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

    FAKEH KHALIFAH SAKA

    ReplyDelete
  14. Salam semua...pengambilan istana oleh kerajaan Singapura ada baik dan buruknya pada pendapat saya. Yg buruknya ialah telah hilang satu lambang kemegahan orang2 melayu di s'pura. Yg bagus ialah sebelum kerajaan ambil balik istana tu, di kawasan itu telah lama di jadikan sarang maksiat dan juga "port" para penagih. Yg sedihnya, kegiatan itu bermaharajalela sudah bertahun di situ dan tiada tindakan yg di ambil untuk menghentikannya kerana ada di kalangan kerabat yg sekaki dgn kegiatan kurang sihat itu.

    ReplyDelete
  15. Tu lah namanya konspirasi."Thick face, black heart"....

    Teknik yg sama gak, yang org Melayu Singapore tak belajar2 lagi.

    ReplyDelete
  16. Apasal si fakeh ni sembang pasai wahabi pulak.. tau nak labelkan orang saja.. macam British jahanam tu.. Bagila info yang membina bukannya nak menempel benda yang bukan2 kat sini.

    ReplyDelete
  17. bisa saja kesultanan yg tidak diiktiraf penjajah dipinggirkan tapi haruskah pupus?Kedaulatan dlm adat dan adab masih bisa diwarisi oleh keturunannya.Kesultanan Melaka,Singapura,Riau,Lingga dan Bintan akan ujub dgn daulah beradat budaya kesultanan masing2.Dgn niat tidak mengugah kesultanan yg ada sekarang.Restu dan berkat kedaulatan almarhum2 akan mengiringi dgn nyata,Insyaallah.

    ReplyDelete
  18. Sultan Hussein dan Sultan Ali bkn sahaja sebgai Sultan Singapura tetapi Sultan Johor juga, selepas terpecahnya empayar Riau-Lingga-Johor-Pahang.

    Keturunan Sultan Johor sekarang, hanya lah berasal daripada Temenggung, akibat Temenggung akrab dgn British, maka merekalah yang menggantikan Sultan Ali sbgai sultan johor sehingga kini.

    Keturunan Sultan Ali masih ramai di Singapura, Johor & Melaka

    ReplyDelete
  19. Sangat Disayangkan Negeri yang Berazaskan Islam dan Berasal dari Orang Melayu digusur oleh Inggris, dan sekarang negara itu dikuasi oleh orang Cina dan India, Mudah2an Negara Malaysia Tidak Begitu... Dan Juga Indonesia Khususnya Kepulauan Riau, Karena Sekarang Udah Banyak ORang Cina yang Menguasai karena Kebebasan Yang diberikan Oleh Presiden yang Ke-4....

    ReplyDelete
  20. Ribuan terimakasih Ibnu Rusybi kerana sudi mempaparkan perihal almarhum2 saya.banyak perkara yg tersirat,akan tetapi haruskah kita kegusaran dan bersengketa kerana sejarah silam?Sebaiknya langkah kedepan dgn wadah pererat ikatan persaudaraan,beradab budaya warisan dan kekal daulah agar jangan berulang sejarah silam.Reda apa yg telah terjadi dan sirahturahmi agar roh2 leluhur diterima disisiNYA.AMIN...dr 7th Keturunan SULTAN HUSSEIN,SINGAPURA,ISTANA KAMPONG GELAM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benarkah Singapura mempunyai seorang kerabat perempuan yg berkahwin dgn adik Sultan Brunei, Pengiran Sufri,,, tetapi bercerai. kemudian berkahwin dgn org Johor.

      Delete
  21. tak Melayu hilang di Singapura

    ReplyDelete
  22. Sebenarnya Kampung Glam hilang kerana Sultan Johore dan Kerajaan Malaysia tidak menghiraukan surat yang dikirim dari keluarga Sultan Singapura, malah mereka berpihak ke PAP, langsung kalah la tanah tu dan di rampas pihak kerajaan Singapura. Raja Johore menjalankan peranan penting dalam "Kematian" Keluarga Sultan Singapura.

    Tetapi Tengku dan keturunan Sultan Singapura masih ada adat istiadat Raja di Singapura dan di Bintan dan Riau.

    Their Right to Exist cannot be contested.

    ReplyDelete
  23. salam
    mengape krjaan sgpore hnya mbyar pmpasan utk bgunan shj iaitu istana.tetapi tidak utk tanah diskliling istana kg glam.msih ada hak ke waris2 ke atas tanah itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada.tp dah di jual olehnya.lu agak la sendiri

      Delete
  24. mana dorang tu nak raja atau sultan...

    ReplyDelete
  25. busyett,..!!! kog tega bener pemerintah Singapore yah!
    Gimn simbpl negara dan kebudayaan MELAYU - SINGAPORE di rampas!
    untung di INDONESIA semua raja-raja nya skrnag di aktivkan kembali. walupun kita Republic tp itu sejarah men.! jgn smpai hilng dimakan zaman! harusnya pemerintah skrng memperhatikan nasib "royal family" yg masih ada n buat simbol "melayu-singapore"

    ReplyDelete
  26. Salam Saudara,

    Jika tidak keberatan, bolehkah Saudara berikan senarai buku-buku rujukan bagi artikel ini? Terima kasih.

    Sekian,
    Wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam saudara,

      Mohon maaf lewat reply.

      Saya tak ingat senarai tajuk buku yang terlibat. Cuba check buku yang berkaitan Kesultanan Johor dari keturunan Bendahara.

      Harap dapat membantu.

      Salam hormat,

      Delete
    2. Assalamualaikum...
      Boleh kami mendapatkan no.tel Tuan Ibnu Rusydi atau alamat email bg mbicarakan sejarah dan keturunn SULTAN HUSSEIN,SINGAPURA,ISTANA KAMPONG GELAM.Terima kasih diatas kerana sudi mempaparkan perihal almarhum2.

      Delete
  27. Assalamialaikum WBT...Ya Ibnu Ya antum sekalian...
    Doakan ana berjaya dan mendapat kekayaan dalam bisnes dan ana berikrar akan beli Istana Kesang Kg.Glam walau berapa mahal sekalipun nama jua berhasrat menukar nama ke"Royal Malay Tumasik Heritage Centre"
    Amin...ALLAHumma Amin...

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum WBT...
    Saya adalah daripada salah seorang keturunan yang ke-8 daripada SULTAN HUSSEIN,RIAU dan SINGAPURA,ISTANA KAMPONG GELAM.Iaitu Ibu saya Tengku Zabedah Ibni Tengku Abdul Hamid Ibni Tengku Hussein Ibni Tengku Ali Ibni Sultan Alauddin Mansur Syah Ibni Sultan Ali Iskandar Syah Ibni Sultan Hussein Syah(Tengku Long)1819.Adalah dengan ini keturunan kami yang terpinggir di PAHANG.Dengan ini kami berharap dapat berkerjasama dengan Tuan Ibnu Rusydi bagi mendapatkan maklumat lanjut.Terima kasih diatas kerana sudi mempaparkan perihal almarhum2.Boleh kami mendapatkan no.tel Tuan Ibnu Rusydi atau alamat email bg mbicarakan sejarah dan keturunn SULTAN HUSSEIN,SINGAPURA,ISTANA KAMPONG GELAM.
    Ini no.hp saya 0112-930 8077 Faizal.

    ReplyDelete
  29. Salam semua name saya Megat Abdul Matin saya dari kerabat Sultan Hussain muazzam shah keturunan dari riau dulu saya tgl di istana kampung glam di singapore saya ada la cici kepada sultan hussain muazzam shah

    Name tok saya almarhum Tengku Alam Bin Tengku Abdullah almarhum moyang saya tg petra mohd tg hj mohd said btw saya tgh cari sedara saya yang saya tak knl atau pacik yg lain ni number saya+65 91233014

    ReplyDelete
  30. Makam Al Marhom berserta anaknye Tengku Ali & Puteri Mariam ade d tanah pusare rahsie kesultanan Singpure yg bername Bukit Kasira. Ramai org ta tahu termasok org Melayu Singapure sdn. Ia nye berdekatan (diagonally opposite) Makam Radin Mas Lower Delta Road betol2 belakang block 102. Klu nampak pasti hujan air mate. Sy consider Makam ka Melake & Tanjong Pinang tu fake sebab yg ni nampak purbe & ade name & penjage. Last yg sy tahu warith kpd tahte ia lah Tengku Yunus org yg tawadhu tp ta tau hidop ke tidak. Tengku Brahem anak Tengku Alam warith menantu Sultan Hussein dr Sultan Trengganu masih idup. Die tinggal ka Bedok North.

    ReplyDelete
  31. Salaam Encik Ibnu Rusydi,
    Saya ingin bertanya tentang gambaran "Sultan Hussein of Johore 1819." Bolehkah saya mendapat tahu asal usul (source) gambar tersebut? Di manakah boleh saya dapatkan gambaran Sultan Hussein yang lebih jelas? Terima Kasih.

    ReplyDelete
  32. Waalaikumussalam,

    Tu sekadar gambar hiasan je Encik. Gambaran pelukis. Gambar2 Sultan Johor diketahui memang start zaman Maharaja Abu Bakar.

    ReplyDelete
  33. melayu singapura tetap babgga menjafi warga singapore...maju singspura.

    ReplyDelete
  34. The mausoleum at Sultan Mosque. Who is he ? Please enlighten. Thank you all.

    ReplyDelete
  35. berdoalah semoga alloh swt memberikan kekuatan kepada bangsa melayu muslim singapore untuk merebut kembali tahta sultan singapore untuk memimpin di tanah air tanah melayu singpore, marilah berdoa dan bersatu dan siapkan anak -2 kita dari sekarang....insya Alloh swt...

    ReplyDelete