Featured Post

Kenapa Singapura Lebih Maju?

Sudah beberapa hari berlalu sejak negara jiran kita iaitu Singapura menyambut Hari Kemerdekaannya yang ke-50 pada 9 Ogos yang lalu. Nam...

Wednesday, November 16, 2011

Catatan Zainal Al-Johan Siri 2

Petikan sebahagian laporan oleh wartawan Desi Ernita Dahnin yang telah disiarkan di dalam Mastika edisi November 2011





Hamba ini berbangsa Melayu. Bangsa yang satu ketika dulu adalah bangsa yang jauh peradabannya ke hadapan, meninggalkan bangsa-bangsa lain di seluruh dunia. Bangsa Melayu kaya dengan kepakaran dan teknologi.

Tunggu! Jangan mencebik, jangan mencemuh! Tuan hamba sekalian mungkin tidak tahu. Benar, generasi kita hari ini tidak tahu akan fakta kehebatan bangsa Melayu zaman dahulu. Dek kerana segala fakta itu telah dimusnahkan oleh sang penjajah keparat. Penjajah tidak mahu bangsa Melayu menjadi bangsa berkuasa di dunia. Mereka tidak mahu generasi Melayu akan datang tahu kehebatan nenek moyang mereka dahulu kala. Inilah muslihat penjajah keparat!


Meriam Terbesar Melayu Dilarikan ke India

Bangsa kita dimomokkan bahawa Melayu dahulu kala hanya berperang dengan keris dan lembing sahaja. Tidak! Tahukah tuan hamba sekalian, bangsa kita telah mencipta meriam, sudah lama sebelum kedatangan para penjajah lagi.

Ya, ketika itu, terdapat sebuah meriam terbesar di dunia yang dicipta oleh Bangsa Melayu. Meriam tersebut diletakkan di dalam mahligai istana Sultan Melaka. Dan apabila Melaka ditakluk, meriam itu telah dirampas oleh penjajah lalu di bawa berlayar ke Goa, India. Untuk pengetahuan tuan hamba, meriam itu masih ada sehingga kini di Goa. Namun, untuk membawa artifak bukti keagungan tamadun Melayu itu bukan mudah. Bahkan kosnya mencecah berbilion ringgit. Lihat betapa licik dan jahatnya sang penjajah!


Melayu Pelayar Terulung

Bangsa Melayu sudah boleh menghasilkan jam yang digunakan oleh Panglima Awang dalam pelayarannya sewaktu mengelilingi dunia. Dua abad lebih awal sebelum bangsa Eropah mampu mencipta jam. Bangsa Melayu juga boleh belayar di lautan tanpa menggunakan kuasa enjin dan layar, malah tidak pernah sesat dari arah tujuannya. Dan kepakaran belayar ini telah wujud lebih lama sebelum Bangsa Eropah mampu menggerakkan bangsa mereka untuk belayar mengelilingi dunia.

Tahukah juga tuan hamba, Panglima Awang yang berbangsa Melayu itu sebenarnya adalah orang pertama mengelilingi dunia dan hasil pelayarannya itu, dialah yang mengesahkan bahawa bumi ini bulat, bukannya mendatar seperti didakwa bangsa Eropah sebelum itu. Panglima Awang tidak pernah tersesat dalam pelayarannya, sedangkan Captain Columbus berbulan-bulan tersasar dalam pencariannya mencari tanah datar Amerika. Begitulah hebatnya bangsa kita!


Teknologi Mistik Melayu

Sewaktu zaman kegemilangan empayar Melayu Melaka, bangsa Melayu sedang dalam eksperimen untuk membina tentera bukan dari kalangan manusia, tetapi daripada haiwan yang boleh diseru, disuruh dan dipandu arah. Takjub bukan?

Tetapi sayang, belum sempat teknologi tentera haiwan itu dikembangkan, ia telah ‘dilarikan’ oleh penjajah setelah mereka berjaya menakluk Tanah Melayu. Lalu teknik itu mereka kaji dan mereka guna pakai untuk kepentingan bangsa mereka. Melalui teknologi seru itulah pihak Portugal melepaskan seekor ketam untuk membawa naik salib yang dicampakkan ke laut oleh seorang Paderi sebelum memijak bumi Melaka. Hamba bukan sengaja mereka-reka cerita ini, malah cengkerang ketam itu masih berada di Lisbon, Portugal sebagai bukti!


Khazanah Melayu Dihapuskan

Dek kerana hebatnya ilmu pengetahuan bangsa Melayu inilah, penjajah sentiasa mahu menawan tanah bertuah ini. Beribu-ribu dokumen, buku, persuratan dan khazanah bangsa kita telah dirampas oleh mereka. Salah satu darinya seperti usaha Raffles yang membawa ribuan catatan dan buku Melayu di dalam kapal The Fame yang akhirnya terbakar di tengah lautan.

Kita dijajah bukannya kerana rempah ratus seperti yang tercatat dalam sejarah yang digubah sesuka hati oleh sang penjajah. Kita dijajah kerana kehebatan tamadun bangsa Melayu. Inilah sejarah yang tidak diketahui oleh anak Melayu sendiri.

Hamba bangga menjadi anak Melayu. Bukan hanya kerana pengetahuan dan fakta yang hamba ada dan selidiki. Kata-kata hamba bukan omongan kosong. Jika tidak, hamba tidak akan bersusah payah mengumpul pelbagai artifak keagungan bangsa kita satu ketika dulu!





Pakaian Melambangkan Bangsa

Kata mereka, pakaian hamba sudah ketinggalan zaman, tidak relevan. Jika begitu, tidak relevanlah bangsa Arab yang berjubah dan berserban? Tidak relevankah bangsa Ghana dengan baju tradisi ala selimutnya? Tidak relevankah bangsa India dengan sarinya?

Apa yang hamba pakai ini adalah salah satu simbolik bangsa Melayu. Jika kita berjumpa di Melaka 500 tahun yang lampau, inilah pakaiannya. Namun, hamba sesuaikan dengan zaman sekarang. Hamba tempah khas baju ini agar diperbuat daripada kain kapas yang lebih selesa dipakai. Yang penting, identiti pakaian ini yang harus dikekalkan kerana inilah identiti bangsa kita.


Hamba Lebih Afdal Dari Sahaya

Ada yang bertanya, mengapa gunakan perkataan ‘hamba’ dan ‘tuan hamba’ dalam perbualan harian? Mengapa berasa pelik sedangkan itulah pertuturan bangsa kita sejak dulu kala. Malah, ada yang berkata, teruk benar gunakan perkataan hamba kerana ia hanya sesuai antara manusia dengan tuhan.

Tetapi mereka lupa, bila kita menyebut diri kita sebagai hamba, secara tidak langsung ia sentiasa mengingatkan bahawa kita ini adalah hamba Allah. Itukan lebih baik?
Mereka lupa penggunaan perkataan ‘saya’ itu bermula dari ‘sahaya’ yang bermaksud hamba sahaya yang tidak boleh ditebus., secara tidak langsung menjatuhkan diri kita serendah-rendahnya. Bermakna secara tidak langsung kita berdoa menjadi seperti itu. Akhirnya, seperti yang tuan hamba lihat hari ini, bangsa kita menjadi bangsa yang hina sekarang. Bahasa tu menunjukkan bangsa. Pada firasat hamba, perkataan hamba lebih afdal dari saya (sahaya).





Hargailah Khazanah Melayu

Apa yang hamba sampaikan mungkin susah diterima akal, tetapi buktinya ada. Jika tidak percaya, datanglah bertemu hamba. Teratak hamba di Rembau ada menyimpan lebih 200 artifak dan khazanah bangsa kita.

Bukan mudah untuk hamba kumpulkan segala artifak bangsa Melayu ini. Ia memerlukan kos jutaan ringgit dan tenaga pakar saintifik dan spiritual. Kebanyakan artifak ini gagal dikesan oleh pencari gali dari Barat walaupun menggunakan teknologi moden. Ini kerana harta-harta ini telah disimpan di alam mistik oleh orang-orang terdahulu.

Contohnya, 50 tahun lalu, pihak Inggeris ada menghantar ahli arkelogi mereka bagi mengesan Keris Penyalang, iaitu sebilah keris yang digunakan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka bagi menghukum pembesar istana yang bersalah. Pembesar itu akan ‘disalang’ menggunakan keris tersebut. Caranya, pesalah akan melutut lalu keris penyalang akan ditusukkan dari engkuk menembusi paru-paru, jantung hinga ke perut. Hebatnya keris penyalang, hanya setitis darah akan keluar melalui satu lubang di hulu keris, menandakan si pesalah sudah mati. Keris inilah yang cuba dicari ahli cari gali Inggeris itu tetapi setelah berbulan-bulan mencuba, mereka pulang dengan hampa.

Mengapa? Ini kerana keris itu disimpan pewarisnya di alam mistik dan semoden manapun orang Barat, mereka tidak dapat menandingi kemahiran bangsa Melayu ‘menyelam’ ke dunia mistik. Dan kini, Keris Penyalang itu sudah ada dalam simpanan hamba!


Akhir kata

Banyak artifak lain yang amat diinginkan oleh bangsa penjajah sudah berada dalam simpanan hamba. Dan pencarian hamba tidak akan terhenti di sini. Ini adalah khazanah bangsa kita, dan wajib kita menjaga dan menghargainya.

Tujuan hamba hanya satu, hamba mahu buktikan kehebatan bangsa kita satu ketika dahulu dan ia boleh dijadikan rujukan anak cucu kita kelak. Hamba mahu sedarkan bahawa kitalah bangsa yang hebat dan mencipta pelbagai penemuan pada zaman dahulu.

Tuan hamba, marilah kita sedarkan bangsa kita. Janganlah kita berpecah belah, bermusuhan sesama sendiri hanya kerana fahaman yang berbeza. Sepatutnya, kehebatan nenek moyang kita dahulu mampu menyatukan bangsa Melayu agar bangkit menjadi bangsa yang dihormati dan disanjung seantero dunia.

Takkan Melayu Hilang Di Dunia!


Nota : Zainal Al-Johan kini juga merupakan pensyarah Pengajian Melayu di Kolej Komuniti Tangga Batu, Pantai Klebang, Melaka. Mereka yang berminat dengan pengajian yang dijalankan beliau boleh menghubungi Kolej Komuniti di talian 03-3152952


Lihat juga catatan lama :


Zainal Al-Johan Gigih Kumpul Artifak Melayu

Monday, October 10, 2011

Ultra-Kiasu Terus Memprovokasi

Laporan dari akhbar-akhbar perdana telah menyebut bahawa sebuah parti chauvinist telah menarik kembali penggantungan selama 6 bulan yang dikenakan terhadap seorang ahlinya yang berketurunan India, iaitu M. Manoharan, yang sebelum ini secara terbuka telah menghina bendera negaranya sendiri (kalau dia anggap Malaysia ini sebagai negara dialah!). Penarikan balik penggantungan tersebut dikatakan dilakukan bagi ’menyelamatkan’ kedudukan Setiausaha Agung parti tersebut yang berketurunan Cina, iaitu Lim Guan Eng, daripada dikenakan tekanan untuk turut diambil tindakan disebabkan keceluparannya menghina Negeri Johor dalam sebuah majlis di Singapura sebelum ini (oit Namewee, lu talak mahu buat video ka untuk hantam ini apek yang dah hina lu punya negeli? Oh, wa lupa, lu pun sama saja chauvinist ultra-kiasu maa).





Seteruk-teruk pembangkang di Singapura, dan sebenci mana pun mereka kepada parti pemerintah iaitu PAP, tak pernah pula kedengaran mereka berhasrat untuk menukar bendera nasional negara mereka jika berkuasa kelak. Tetapi begitulah berbeza dan hebatnya sikap ’patriotik’ dan ’cinta’ kepada negara oleh para Ultra-Kiasu parti chauvinist ini yang disanjung pula oleh sesetengah Meleiz yang dungu sebagai pemimpin mereka. Hal bendera yang hampir sama pun boleh dijadikan isu politik? Tidakkah di dunia ini banyak negara lain juga mempunyai bentuk dan warna bendera yang hampir sama? Cuba lihat tiga contoh di bawah ini :




Itu hal bendera, kita lihat pula sikap angkuh Ultra-Kiasu ini yang hendak berlagak pula seolah-olah seorang pakar dalam bidang Bahasa Melayu dengan mempersoalkan ketepatan nama negara Amerika Syarikat sebagai terjemahan kepada ’United States of America’. Untuk makluman, berdasarkan sejarah, istilah ’syarikat’ (yang diambil dari perkataan Arab bermaksud pakatan atau persekutuan) digunapakai berlanjutan daripada pemakaian istilah Sarekat atau Serikat yang digunakan di Hindia Timur Belanda (Indonesia kini) yang ketika itu mempelopori penggunaan Bahasa Melayu Baku bertulisan rumi. Perkataan syarikat digunakan untuk merujuk kepada apa jua bentuk persatuan, pertubuhan, pakatan dan kerjasama. Ianya tidak semestinya merujuk sebagai terjemahan kepada ’Company’ sahaja. Memandangkan tidak ada kesilapan terhadap terjemahan tersebut di samping pertimbangan faktor sejarah, maka nama Amerika Syarikat sebagai sebuah negara persekutuan masih lagi digunapakai sehingga sekarang. Di Indonesia pun, mereka menyebut U.S.A sebagai Amerika Serikat. Jadi, mengapa Ultra-Kiasu ini hendak berlagak pula seperti seorang ahli dalam bidang Bahasa Melayu?





Tidak dilupakan, Ultra-Kiasu yang sama ini juga pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini dengan menuntut supaya pihak Kerajaan memberikan taraf ’Bumiputera’ kepada masyarakat Bukan Melayu di negara kita atas alasan kesamarataan. Ini satu lagi sindrom penyakit ’inferiority complex’ yang sering menyerang para Ultra-Kiasu ini. Seolah-olah disebabkan kewujudkan status ’Bumiputera’, masyarakat yang tidak memiliki status tersebut ditindas. Adakah Ultra-Kiasu ini lupa bahawa Malaysia merupakan sebuah negara Persekutuan yang dibentuk atas dasar persetujuan dan persefahaman? Menjadi seorang ’Melayu’ dan memiliki status ’Bumiputera’ belum tentu bermakna seseorang itu memiliki semua hak mutlak di negara kita. Lihat sahaja kepada Melayu dari semenanjung yang bertugas di Sabah dan Sarawak. Walaupun mereka mungkin dilahirkan di sana, atau telah lama bertugas di Sabah dan Sarawak, atau sebesar mana jua jasa yang mereka telah taburkan terhadap pembangunan kedua-dua buah negeri tersebut, mereka tetap tidak akan diiktiraf sebagai ’Native’ di Sabah dan Sarawak. Mereka masih perlu menunjukkan kad pengenalan dan diberikan pass masuk apabila datang ke kedua-dua buah negeri tersebut, memerlukan Passport jika ingin bertugas dalam tempoh yang lama, serta tidak boleh membeli Tanah Adat Bumiputera yang dikhaskan untuk Anak Negeri sahaja. Tetapi adakah semua ini bermaksud mereka didiskriminasi dan ditindas oleh masyarakat tempatan di Sabah dan Sarawak? Tidak! Mereka masih lagi sama-sama rakyat Malaysia. Itulah keunikan masyarakat kita yang majmuk dan perbezaan ini perlu sentiasa dihormati berasaskan kepada persetujuan yang dicapai semasa pembentukan negara kita dahulu

Begitu jugalah halnya kepada masyarakat bukan Bumiputera (Ultra-Kiasu khususnya!) di semenanjung yang sepatutnya menghormati hak dan keistimewaan masyarakat Bumiputera semenanjung (Melayu, Orang Asli, Siam dan lain-lain). Hak istimewa Bumiputera pun berbeza-beza mengikut negeri. Contohnya, orang Melayu Johor sendiri belum tentu boleh membeli tanah Rezab Melayu di Kelantan. Kerana apa? Kerana kesamarataan tidak semestinya bermaksud keadilan. Adakah kerana kewujudan status Bumiputera, masyarakat Cina dan India di negara kita hidup melarat? Lihat siapakah 10 individu terkaya di negara kita? Siapakah yang menguasai ekonomi negara? Berjalan-jalan di Pulau Pinang pun kadangkala terasa seperti di Hong Kong! Mereka sama sekali tidak pernah belajar bersyukur jika dibandingkan dengan nasib rakan sebangsa mereka di Indonesia atau Thailand yang mengamalkan dasar asimilasi bagi menghapuskan sama sekali identiti para kaum pendatang di negara tersebut.

Selepas mempersoalkan hal asas perlembagaan seperti status ’Bumiputera’, bersikap kurang ajar terhadap simbol negara serta memperlekehkan sebuah Negeri yang majoriti penduduk dan pemimpinnya adalah Melayu-Islam, apa agaknya lagi provokasi yang akan ditimbulkan oleh Ultra-Kiasu pada masa-masa akan datang? Perkara ini bukan mustahil untuk terus berlaku kerana umat Melayu-Islam di negara kita telah menjadi lemah, bisu dan pengecut akibat percakaran perbezaan politik sempit antara UMNO dan PAS.

Friday, July 1, 2011

Negeri-negeri Melayu di Tengah dan Selatan Sumatera

Sebelum ini, penulis telah dedahkan mengenai kehancuran Kesultanan-kesultanan Melayu di wilayah Sumatera Timur iaitu Langkat, Deli, Serdang Darul Arif dan Asahan. Artikel ini merupakan siri terakhir bagi ‘Negeri-negeri Melayu di luar Malaysia’, iaitu dengan menyusuri pula ke beberapa buah negeri Melayu di kawasan wilayah tengah dan selatan pulau Sumatera. Untuk makluman, artikel ini tidak akan memasukkan Kerajaan Minangkabau dan Kesultanan Acheh Darussalam kerana di Indonesia, suku Minang dan suku Acheh dianggap sebagai dua etnik yang berbeza dengan suku Melayu.





Wilayah Melayu di pulau Sumatera terbentang luas daripada Temiang di sebelah utara yang bersempadan dengan Acheh, hinggalah ke Palembang di sebelah selatan yang bersempadan dengan Lampung. Selain daripada negeri-negeri Melayu di Sumatera Timur, terdapat juga enam buah negeri Melayu di kawasan tengah dan selatan pulau Sumatera iaitu bermula dengan Kesultanan Lingga (termasuk kepulauan Riau), Kesultanan Siak Sri Indrapura, Kesultanan Pelalawan, Kesultanan Indragiri, Kesultanan Jambi dan Kesultanan Palembang. Daripada enam Kesultanan Melayu tersebut, sebanyak empat daripadanya mempunyai kaitan rapat dengan Kesultanan Melaka dan pewarisnya iaitu Kesultanan Johor yang berpusat di semenanjung Tanah Melayu.

Paling menarik minat penulis, adalah mengenai asal kewujudan Kesultanan Indragiri. Sejarah umum menyatakan bahawa Kerajaan ini berdiri pada tahun 1298 dan didirikan oleh Putera Mahkota Kerajaan Melaka yang bernama Raja Merlang I. Ketika tempoh awal penubuhannya, Raja-raja Indragiri dikatakan masih berkedudukan di Negeri Melaka. Perhatikan tarikh penubuhan Kerajaan ini yang dikatakan bermula pada tahun 1298, sedangkan persepsi umum menerima bahawa Kesultanan Melaka hanya mula didirikan sekitar tahun 1400-an Masihi.

Semasa berbincang dengan waris Raja Indragiri, penulis mengusulkan bahawa ‘Melaka’ yang dinyatakan disini sebenarnya merujuk kepada Kerajaan Singapura Tua. Penulis memberi hujah, isu ini sama seperti kisah Raja Brunei iaitu Awang Alak Betatar @ Sultan Muhammad Syah yang telah memeluk Islam pada tahun 1363 hasil perkahwinannya dengan Puteri Pingai, puteri Sultan Iskandar Syah dari Negeri Johor, sedangkan Kesultanan Johor hanya bermula selepas kejatuhan Kesultanan Melaka pada tahun 1511 Masihi. Maklumat dari Pusat Sejarah Brunei bersepakat menyatakan bahawa Puteri ‘Johor’ yang dinyatakan disini adalah Kerajaan Singapura Tua iaitu waris daripada Sang Nila Utama. Waris Raja Indragiri itu tidak menolak kemungkinan tersebut. Walaubagaimanapun, beliau juga menegaskan tidak mustahil juga Raja Indragiri yang pertama ini merupakan zuriat langsung dari Maharaja Srivijaya yang berpusat di Palembang.



Lambang Kesultanan Siak dan Kesultanan Pelalawan berbentuk naga beralih (dua naga saling mengadap). Dikatakan lambang Kesultanan Indragiri juga berbentuk begini sebagaimana yang terdapat di istana asal Indragiri yang telah runtuh ke dalam sungai pada tahun 1960-an.


Kesultanan Siak Sri Indrapura dan Kesultanan Pelalawan pula merupakan dua buah Kerajaan Melayu bersaudara. Kesultanan Siak diasaskan oleh Raja Kecil, yang dibesarkan di Pagaruyung (Minangkabau) dan mendakwa dirinya sebagai pewaris yang sah bagi Sultan Mahmud Syah II, Sultan Johor lama yang telah mangkat tanpa meninggalkan sebarang waris. Raja Kecil kemudiannya berjaya menduduki tahkta Johor lama dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah I, tetapi tidak lama kemudian disingkirkan oleh bangsawan Bugis sebelum berundur ke Siak dan mendirikan Kerajaan baru. Kesultanan Pelalawan pula didirikan pada awal abad ke-19 oleh Syarif Abdul Rahman, saudara kepada Sultan Ali, Raja Siak. Baginda telah mengambil alih kedudukan Pelalawan dan menjadi penguasa di kawasan tersebut, dengan mendapat perkenan daripada Sultan Siak dan diakui oleh penjajah Belanda.



Tokoh korporat negara, Tan Sri Syed Yusuf bin Tun Syed Nasir, yang berketurunan Sultan Siak, menerima Anugerah Adat Kesultanan Siak.


Kesultanan Lingga pula wujud selepas perpecahan empayar Johor lama yang pada asalnya merangkumi Negeri Pahang moden, Johor moden, pulau Singapura, serta kepulauan Riau, tetapi telah berpecah kesan daripada perjanjian Anglo-Dutch Treaty 1824. Putera tertua kepada Sultan Mahmud Syah III dari empayar Johor lama, iaitu Tengku Hussein dilantik menjadi Raja Johor dengan berpusat di Singapura yang di bawah pengaruh Inggeris, sementara kekanda tirinya, Tengku Abdul Rahman pula yang sebelum itu mewarisi takhta Johor lama, menjadi Raja Lingga yang menguasai kepulauan Riau yang di bawah pengaruh Belanda. Perjanjian inilah yang telah memecahkan hubungan erat antara negeri-negeri Melayu di semenanjung Tanah Melayu dengan negeri-negeri Melayu di Sumatera dan membentuk sempadan politik Malaysia-Indonesia seperti yang wujud pada hari ini. Kesultanan Lingga telah dihapuskan oleh penjajah Belanda tanggal 3 Februari 1911, dan sebelum itu, penjajah Belanda juga telah menghapuskan Kesultanan Palembang pada tahun 1825 dan Kesultanan Jambi pada tahun 1906.

Menjelang fasa kemerdekaan Republik Indonesia, hanya tiga buah negeri sahaja yang masih diperintah oleh Raja-raja Melayu iaitu Siak, Pelalawan dan Indragiri. Walaubagaimanapun, berbeza dengan pendirian Raja-raja Melayu di Sumatera Timur yang masih berkeras mempertahankan kuasa dan negeri mereka, Raja-raja Siak, Pelalawan dan Indragiri pula bersedia untuk turun daripada takhta dan menyerahkan kekuasaan mereka kepada pihak Republik yang berpusat di Jakarta. Sejarah kemudian telah mencatatkan nasib dan tragedi yang menimpa Raja-raja Melayu serta kerabat mereka di Sumatera Timur.

Pada hari ini, para pewaris dan kerabat Kesultanan Melayu di wilayah tengah dan selatan Sumatera juga tidak ketinggalan untuk membangunkan kembali institusi Raja Melayu untuk melestarikan warisan dan kebudayaan negeri mereka. Terdapat sebilangan dari mereka yang sangat aktif dengan menyertai Festival-festival Keraton yang diadakan di Indonesia.



Tengku Abdul Rahman, waris Kesultanan Lingga



Tengku Mukhtar Anum, Raja Siak



Tengku Kamaruddin Haroen, Raja Pelalawan



Tengku Arief ibni Sultan Mahmud Syah, Raja Indragiri



Tengku Abdul Rahman Thaha Syaifuddin, waris Kesultanan Jambi



Sultan Iskandar Mahmud Badaruddin, Raja Palembang bersama isterinya


Lihat juga catatan lama :

Negeri-negeri Melayu di Sumatera Timur


Nota : Dengan selesainyanya siri ‘Negeri-negeri Melayu di luar Malaysia’, penulis ingin memohon kemaafan kerana akan berehat panjang dari menulis. Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ‘follower’ dan pengunjung atas sokongan dan minat yang telah diberikan terhadap blog ini. Segala yang baik datang dari Allah, yang buruk dari kelemahan penulis sebagai insan biasa. Salam hormat.

Wednesday, June 22, 2011

Seperti Dijangka, Ultra-Kiasu Tunjuk Belang di Sarawak




Seperti yang telah penulis jangkakan sebelum ini, para ultra-Kiasu yang memenangi beberapa kerusi DUN Sarawak baru-baru ini terus menunjukkan penentangan secara halus terhadap budaya Malaysia yang berteraskan Melayu dan agama Islam. Dan perkara ini terbukti berlaku pada pembukaan sidang DUN Sarawak yang diadakan pada hari semalam apabila Wakil Rakyat dari DAP enggan memakai pakaian istiadat rasmi DUN.





Paling pelik, apabila Ketua DAP Sarawak, Wong Ho Leng, dilaporkan telah mempersoalkan pemakaian seragam rasmi dan songkok pada upacara pembukaan persidangan kerana menyifatkan ia sebagai menafikan kebebasan beragama dan hak asasi manusia. Artikel terdahulu penulis telah menerangkan secara panjang lebar bahawa bersongkok tidak semestinya melambangkan Islam. Apakah semua ADUN DAP Sarawak ini telah dijangkiti sindrom Islamophobia? Jika memakai songkok pun dikatakan menafikan hak asasi manusia, apakah selepas ini penggunaan Bahasa Melayu di DUN dan Parlimen juga akan dikatakan menafikan hak asasi manusia?

Jika penulis tidak silap, di Indonesia, songkok merupakan salah satu daripada komponen pakaian rasmi yang wajib dipakai oleh ahli Majelis Permusyawaratan Rakyat (MPR) pada majlis-majlis rasmi tertentu. Di Thailand pula, mereka turut mempunyai pakaian istiadatnya sendiri di Parlimen bagi menghormati Raja mereka yang hadir merasmikan sidang Parlimen negara mereka. Mantan Perdana Menteri Thai seperti Thaksin Shinawatra yang berdarah campuran Cina pun tidak pernah membuat tindakan bodoh menentang pemakaian istiadat itu. Pernahkah orang Melayu Muslim memboikot beramai-ramai pemakaian jubah pada majlis Konvokesyen universiti-universiti dalam negara atas alasan ia menyerupai jubah Paderi Kristian? Penulis memuji sikap matang 3 ADUN dari PKR dan seorang bebas yang tidak terikut-ikut dengan perangai hodoh para Ultra-Kiasu dari DAP ini.



Pakaian istiadat rasmi di Thailand


Selain daripada itu, penulis juga ingin menyentuh tentang tahap pemikiran beberapa pengunjung blog ini. Setiap kali penulis menyiarkan artikel yang menyentuh mengenai sikap angkuh golongan Ultra-Kiasu, mesti ada ‘Meleis’ yang terasa. Pelik sungguh, yang kena tegur, golongan Ultra-Kiasu. Yang kena marah, ahli DAP. Tetapi yang tiba-tiba melenting, segelintir ‘Meleis’. Apa kes ni? Bangga sangatkah para ‘Meleis’ ni menjadi manusia berjiwa pencacai? Lepas itu, tiba-tiba akan keluarlah segala komen yang berkaitan dengan konflik UMNO-PAS. Apakah kerana penulis menghentam DAP, maka segelintir pembaca terus membuat konklusi singkat, “Oh... Ibnu Rusydi ni agent penulis parti pemerintah kot?”. Para ‘Meleis’ ni memang sepanjang masa asyik berpolitik sahaja ke? Tidak bolehkah dalam masa satu minit, berfikir secara matang tentang artikel penulis dan keluar sebentar dari kepompong pemikiran UMNO-PAS? Penulis teringat pengalaman di Miri dan Sibu pada pilihanraya negeri yang lalu apabila berjumpa dengan segelintir Bumiputera Islam yang beriya-iya berkempen untuk calon-calon Ultra-Kiasu. Malangnya, mereka sendiri mengeluh dan merungut apabila golongan Ultra-Kiasu ini langsung tidak mahu membantu kempen calon-calon Bumiputera Islam yang turut bertanding. Apakah kita hanya berbangga menjadi pencacai dan pak turut kepada golongan Ultra-Kiasu ini?





Apa pun, penulis terus mengucapkan syabas kepada Tuan Speaker DUN Johor kerana hanya dia sahaja di Malaysia yang masih mempunyai keberanian untuk menegur dan bertindak tegas terhadap sikap golongan Ultra-Kiasu ini yang dengan sengaja tidak mahu menghormati majlis di DUN.

Saturday, June 11, 2011

Champa : Negara Melayu Yang Hilang Dari Peta Dunia




Ratusan tahun sebelum Bangsa Melayu menangisi kehilangan pulau Singapura, kita telah lama kehilangan satu wilayah yang cukup luas, iaitu hampir meliputi keseluruhan pantai timur Indochina. Lebih menyakitkan, wilayah tersebut menyimpan seribu satu rahsia dan bukti tamadun awal rumpun Melayu yang pernah menguasai hampir keseluruhan kawasan daratan dan perairan Asia Tenggara. Negara tersebut, tidak lain dan tidak bukan, adalah Champa, yang telah berhadapan dengan serangan dan migrasi besar-besaran secara berterusan selama ratusan tahun daripada satu kaum yang berasal dari selatan Negara China iaitu Dai-Viet. Kehilangan Champa sama seperti kehilangan Patani yang mewarisi keagungan Langkasuka juga akibat serangan dan migrasi berterusan daripada kaum Thai (Sukotai, Ayutthaya dan Chakri) yang juga berasal dari selatan China. Champa, atau apa jua panggilan kepadanya, seperti Lin Yi dan Houan-Wang (catatan China), Kembayat Negara (Syair Siti Zubaidah – Perang China), dan Tawalisi (catatan Ibnu Battutah) kini hanya tinggal sejarah dan penduduknya hidup bertaburan terutamanya di Vietnam serta Kemboja dan menjadi kaum minoriti di bumi sendiri.





Kali terakhir Champa berjaya bangkit membela nasib sendiri adalah semasa di bawah pemerintahan Raja teragung mereka iaitu Che Bo Nga, yang dinyatakan dalam lagenda Cham sebagai Binasuar, manakala Sejarah Dinasti Ming mencatatkan namanya sebagai Ngo-Ta-Ngo-Tcho, memerintah mulai sekitar tahun 1360 Masihi. Malangnya, kebangkitan Che Bo Nga ibarat seperti ‘sinar matahari yang penghabisan sebelum terbenam’. Di bawah pimpinan baginda, Champa kembali bangkit dari tahun 1361 hingga 1390 Masihi dengan melancarkan beberapa serangan balas kepada pihak Dai-Viet dan memenanginya. Malangnya, baginda akhirnya mangkat pada bulan Februari 1390 Masihi akibat pengkhianatan daripada salah seorang pengawalnya sendiri yang menyebabkan perahu baginda dikepung oleh tentera Vietnam. Apa yang menarik, kebanyakan pengkaji sejarah bersepakat bahawa Sultan Zainal Abidin, tokoh yang dinyatakan di dalam sebuah hikayat Melayu lama iaitu Syair Siti Zubaidah merujuk kepada Che Bo Nga itu sendiri, sedangkan kebanyakan pengkaji sejarah Barat bersetuju Raja-raja Champa hanya mula memeluk Islam bermula pada abad ke-17 iaitu berdasarkan catatan seorang paderi bernama M. Mahot yang bertugas di Champa pada tahun 1676 hingga 1678 Masihi dan mengatakan bahawa Raja dan sebahagian besar penduduk Negara Champa telah menerima agama Islam yang disebarkan oleh orang Melayu yang telah ramai berhijrah dan menetap di sana. Laporan Mahot ini telah disahkan oleh seorang paderi lain bernama M. Freet apabila dia menyaksikan sendiri keIslaman Raja Champa dan telah dihadiahkan sebuah Al-Quran.



Mahkota Kebesaran Champa


Maklumat mengenai Raja-raja Champa khususnya daripada riwayat tradisi Kelantan pula memberikan perspektif yang berbeza daripada sejarah umum kerana dinyatakan bahawa kebanyakan Raja-raja Champa semasa era Pandurangga (Phan Rang) sebagai ibukota telah beragama Islam dan mempunyai hubungan kekerabatan dan persaudaraan yang erat dengan Negeri-negeri Melayu di pantai timur semenanjung Tanah Melayu. Sebagai contoh, Raja Bo Tri Tri dikatakan adalah Wan Bo, anak kepada Ali Nurul Alam (Patih Majapahit Barat yang berpusat di Kelantan) serta cucu kepada Sayyid Hussein Jamadil Kubra, tokoh terulung penyebar syiar Islam di Nusantara. Wan Bo dikatakan telah meninggalkan Patani dan pergi ke Champa menjadi panglima perang untuk membantu bapa mertuanya iaitu Raja Chandranekalawa atau Ban-La-Tra-Toan menentang Dai-Viet. Selepas mengalami kekalahan dalam peperangan pada tahun 1471 Masihi, Wan Bo bersama-sama rakyat Champa yang lain telah berundur ke kawasan selatan yang berpusat di Pandurangga. Baginda kemudian diisytiharkan sebagai Raja Champa dengan gelaran Sultan Wan Abu Abdullah untuk menggantikan bapa mertuanya iaitu Ban-La-Tra-Toan yang telah ditawan dan mangkat dalam tahanan musuh. Pemerintahannya berakhir sehingga tahun 1478 Masihi dan digantikan oleh dua orang anak saudaranya iaitu Wan Abu Yusof dan kemudiannya Wan Abdul Kadir atau Kou Lai (1478-1515 Masihi).

Riwayat Kelantan juga menyatakan bahawa Datu wilayah Jambu yang juga pemangku Sultan Patani iaitu Datu Nik Musthapa telah kembali ke Champa bagi membebaskan bumi Melayu-Islam tersebut daripada pencerobohan rejim Nguyen pada tahun 1570. Raja Champa, Sultan Yaakub Syahibuddin yang sudah sangat lanjut usianya telah ditawan dan mangkat dalam kurungan sangkar besi semasa diarak ke Kota Hue. Pada tahun 1577, Datu Nik Mustapha membawa 10,000 orang tentera Patani dan bersama anak saudaranya Sultan Adiluddin yang membawa 5,000 orang tentera Kelantan bertolak dari kota Pengkalan Datu, Kelantan dan menyerang Dai-Viet untuk merebut kembali Pandurangga. Sebahagian besar dari bumi Champa yang telah jatuh ke tangan Dai-Viet sejak tahun 1471 Masihi telah dapat dikuasai semula sehingga hampir ke Kota Hue. Setelah peperangan tamat dalam tahun 1580, Datu Nik Mustapha telah ditabal menjadi Raja Champa dengan gelaran Sultan Abdul Hamid Syah. Di kalangan orang-orang Cham dan Vietnam, baginda lebih dikenali degan pangilan Po Rome, manakala orang-orang Kemboja memanggil baginda Ong Tpouo.

Walaubagaimanapun, dalam tahun 1684 Masihi, Champa telah kalah dalam peperangan dengan Dai-Viet dan Negeri Kelantan telah dibanjiri oleh pelarian dari Champa termasuklah rajanya sendiri iaitu Po Ibrahim (Po Nrop). Po Ibrahim kemudian telah berangkat bersama pengikutnya meninggalkan Kelantan dan berpindah ke Kampong Brek Bak di dalam wilayah Cham di Kemboja untuk meneruskan penentangan terhadap Dai-Viet. Putera kepada Po Ibrahim iaitu Wan Muhammad telah diangkat oleh Dai-Viet menjadi Raja Champa bergelar Po Jatamuh setelah baginda bersedia mengakui untuk membayar ufti kepada Kerajaan Nguyen.

Setelah Po Jatamuh mangkat, kekandanya iaitu Wan Daim yang sebelum itu merupakan Datu Negeri Jambu telah diangkat menjadi Raja Champa bergelar Po Top. Dalam tahun 1692, baginda cuba memberontak terhadap regim Nguyen setelah membuat pakatan dengan ayahandanya Po Ibrahim yang sedang berada di Kemboja dan kemudian terjadilah serangan serentak di dalam negeri dan perbatasan Kemboja. Walaubagaimanapun, Wan Daim tewas dalam peperangan tersebut dan berundur kembali bersama keluarganya ke Patani, sementara ayahandanya Po Ibrahim yang telah tua mangkat di Kemboja dan dimakamkan di Kampong Brek Bak. Raja-raja Champa selepas itu tidak lagi memiliki kedaulatan sehinggalah Kerajaan Champa dihapuskan sepenuhnya di bawah pemerintahan rajanya yang terakhir iaitu Po Chong Chan.





Sejarah kemegahan dan tamadun Champa yang cukup panjang iaitu memakan masa ratusan tahun tidak cukup untuk diulas dan dimuatkan semuanya dalam ruangan artikel yang terhad ini. Namun begitu, ianya bagaikan tidak bermakna pada hari ini kerana hanya tinggal sisa-sisa sejarah. Wilayah kekuasaannya telah menyusut sedikit demi sedikit sebelum hilang sepenuhnya dan kini seolah-olah menjadi tanahair asal untuk kaum Dai-Viet. Negara Champa telah merakamkan sisi gelap yang sering menyebabkan kejatuhan sesebuah Kerajaan di Nusantara, terutamanya disebabkan perpecahan di kalangan pembesar negara dan rakyatnya serta pengkhianatan yang dibuat oleh orang kepercayaan sendiri disebabkan sifat tamakkan ganjaran dunia. Malahan, kebanyakan orang Melayu sendiri pada hari ini tidak kira di negara kita, Singapura, Brunei dan Indonesia pun kadang kala tidak tahu mengenai kewujudan negara Champa.

Adalah amat mustahil untuk sebuah negara Champa wujud semula pada hari ini. Kadang kala penulis berfikir, mungkin kemusnahan Champa sebagaimana yang telah ditakdirkan boleh dijadikan iktibar untuk renungan kita semua pada hari ini bahawa kegemilangan dan tingkat tamadun bukanlah satu jaminan untuk sesebuah negara itu akan kekal selamanya, melainkan dengan izin Allah jua. Begitu juga dengan kehilangan pulau Singapura, dapat kita pelajari bagaimanakah bentuk dan corak negara kita pada masa akan datang jika kita terus tertipu dengan permainan golongan Ultra-kiasu. Penulis hanya ingin menekankan kepada dua aspek iaitu bersatu dan amanah kepada pembaca sekalian. Kita boleh berbeza fahaman seperti fahaman politik antara UMNO-PAS, tetapi jangan sesekali menggadaikan kepentingan agama, bangsa dan tanahair sendiri. Pada hari ini, ada berpuluh blog dan laman sesawang yang diwujudkan hanya untuk menyerang mereka yang berbeza fahaman politik sesama kita, walaupun kadangkala ianya berlebihan hingga 'melondehkan' keaiban kita semua sendiri kepada 'pihak luar', tetapi boleh dibilang dengan jari bilangan blog yang menyeru kepada mencari titik persamaan dan persefahaman dan menggalakkan penyatuan disebalik perbezaan yang wujud.

Jangan menyesal jika anak cucu kita pula kelak pada masa akan datang yang akan menangisi ‘kehilangan’ negara mereka dan menyalahkan serta mengutuk tindakan yang telah kita semua buat pada hari ini.


Lihat juga catatan lama :

Kaum Utsul di Pulau Hainan, China

Friday, June 3, 2011

Melayu Islam Beraja

Penulis suka mengikuti tulisan artikel dan buku serta ceramah yang disampaikan oleh saudara-saudara kita yang bukan Melayu, khususnya oleh ahli MACMA seperti Tuan Haji Ann Wan Seng dan Dr. Mohd. Ridhuan Tee Chuan Seng. Pada awal tahun ini juga, penulis turut diundang untuk mengikuti ceramah yang telah disampaikan oleh Mr. Ridzuan Wu, seorang Cina Muslim dari Singapura yang juga merupakan Timbalan Presiden bagi Regional Islamic Da'wah Council for Southeast Asia & the Pasific (RISEAP). Maklumat yang disampaikan, biarpun ringkas, tetapi amat penting dan berguna khususnya untuk kita memahami corak pemikiran kaum Cina yang sangat berbeza dengan masyarakat Melayu termasuklah bagi tujuan menyebarkan dakwah.

Kaum Cina adalah sebuah kaum yang bersifat 'ethnocentric'. Mereka amat-amat mementingkan budaya kaum mereka yang mereka anggap bertaraf lebih tinggi daripada kebudayaan kaum lain. Di bidang perniagaan yang menjadi darah daging mereka pula, mereka bersikap monopoli. Mereka lebih terbuka dalam hal agama, tetapi sayangnya sesetengah daripada mereka agak prejudis dengan Islam kerana kesilapan kita yang sering memomokkan memeluk Islam sama seperti masuk (menjadi) Melayu, dan seterusnya dikhuatiri akan menghakis ke’Cina’an generasi anak cucu mereka. Di Malaysia, terdapat tiga tiang tonggak kekuatan kaum Cina yang mesti dipertahankan oleh setiap orang Cina, iaitu Sekolah Cina ((1,291 SRJK(C) and 60 sekolah persendirian), Persatuan-persatuan Cina atau Hua Zong (7,000 persatuan puak/keluarga dan Badan-badan Perniagaan) serta akhbar media Cina (enam di semenanjung Malaysia dan lapan di Sabah dan Sarawak).

Dari segi politik pula, tidak seperti masyarakat Melayu yang menyandarkan harapan dan kekuatan mereka kepada parti politik Melayu seperti UMNO dan PAS, yang berkuasa untuk mempengaruhi pola pengundian masyarakat Cina adalah Persatuan-persatuan Cina sebagai contoh Dong Jiao Zong. Disebabkan itulah, walaupun Bapak chauvinist seperti Lim Kit Siang dengan lantang menyatakan di Parlimen bahawa dia adalah “Malaysian First, Chinese Second”, dia tidak akan sekali-kali membuat kerja gila dengan meminta supaya masyarakat Cina menyokong Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Wawasan dan memansuhkan pembukaan Sekolah Cina baru, walaupun kajian yang dijalankan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) jelas mendapati Sekolah Cina menjadi penyebab kepada ketidakfasihan penuntut Cina untuk bertutur dalam Bahasa Kebangsaan dan menjadi penyebab kepada masalah berlakunya polarisasi kaum di negara ini. Parti-parti politik Cina hanya berani membangkitkan isu-isu kecil dan remeh seperti usaha untuk menghapuskan ruang pengenalan kaum dalam Borang-borang Jabatan Kerajaan daripada membangkitkan isu yang lebih penting seperti pendidikan Cina dalam konteks integrasi nasional, satu tindakan yang jika dibuat sama seperti membunuh hayat politik mereka sendiri.

Cerita di atas berkaitan dengan kaum Cina, bagaimana pula dengan kaum Melayu? Tonggak kekuatan kaum Melayu khususnya dalam konteks Malaysia pada hari ini berdiri di atas tiga aspek iaitu agama Islam (Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan), hak istimewa Melayu dan Bumiputera (Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan) dan Raja-raja Melayu (di 9 buah Negeri). Malangnya, tidak seperti parti politik Cina yang konsisten mempertahankan kepentingan kaum mereka tidak kira sama ada di pihak Kerajaan mahupun pembangkang, politik Bumiputera seolah-olah telah dipisahkan dengan sempadan bahawa UMNO itu rasis kerana memperjuangkan perkauman, sementara PAS pula jumud kerana memperjuangkan Islam yang tidak menggambarkan realiti masyarakat majmuk di negara kita.





Penulis berasa hairan dengan tindakan sesetengah pemimpin Melayu-Muslim dalam PR yang tergamak menyerang habis-habisan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Hak Istimewa Melayu hanya kerana bencikan UMNO dan ingin mengejar undi bukan Melayu. Penulis juga geram dengan tindakan pemimpin Melayu-Muslim dalam BN yang hanya diam membisu apabila terdapat pemimpin bukan Islam di kalangan komponen BN yang memperlekehkan negara Islam dan mempermainkan prinsip calon muslimat yang hanya akan bersalaman dengan bukan mahram secara berlapik tangan. Hak istimewa Melayu sebagaimana yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan bukanlah hak milik mutlak UMNO, begitu juga agama Islam bukanlah urusan mutlak PAS semata-mata.





Mempertahankan hak istimewa Melayu bukanlah bermaksud Melayu adalah 'Master Race' seperti fahaman Hitler sebagaimana yang dimomokkan oleh seorang pemimpin Ultra-Kiasu dari DAP. Polisi-polisi berkaitan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) juga tidak bermaksud memperlekehkan kaum bukan Bumiputera seperti dasar Apartheid di Afrika Selatan sebagaimana yang didakwa seorang pemimpin Ultra-Kiasu di Johor. Hak istimewa Melayu merupakan perkara pokok yang telah dipersetujui semasa pembentukan dan kemerdekaan negara kita sebelum ini yang perlu sentiasa dihormati oleh semua rakyat, sebagaimana hak istimewa yang dinikmati oleh Negeri Sabah dan Sarawak serta rakyat pribuminya yang perlu sentiasa dihormati khususnya bagi rakyat yang datang dari semenanjung Malaysia termasuklah orang Melayu sendiri!

Ada sesetengah pengunjung blog ini yang mencadangkan agar diutamakan Islam daripada bangsa. Penulis bersetuju penuh, sebagaimana yang dinyatakan oleh Y.B. Dato’ Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen bebas “Islam come first, the rest are second”. Cuma suka penulis ingatkan, bagi golongan Ultra-Kiasu, mereka memandang Islam dan Hak Istimewa Melayu dalam satu pakej, sebagaimana dinyatakan dalam Perkara 160(2), Perlembagaan Persekutuan. Jika mereka menyerang habis-habisan hak istimewa Melayu, tidak pula bermakna mereka secara senang-lenang pula akan menerima Islam. Berfikir diluar kotak dan bertindaklah dengan bijak, jangan mudah terbelenggu dengan sentimen konflik UMNO-PAS.





DYMM Sultan Brunei amat-amat memahami realiti sosio-politik di Nusantara ini. Disebabkan itulah, Melayu-Islam-Beraja (MIB) yang menjadi tonggak kekuatan masyarakat Melayu-Muslim sejak zaman berzaman dipilih dan dijadikan sebagai ideologi rasmi Negara Brunei Darussalam. Jangan pandang rendah kepada Brunei, biarpun negara tersebut merdeka lewat daripada kita dan mengamalkan sistem Monarki Berpelembagaan, tetapi Brunei adalah negara yang paling aman dan stabil dari segi politik di kawasan Asia Tenggara, jika dibandingkan dengan masyarakat Muslim di negara kita yang telah berpecah belah dan menjadi korban demokrasi akibat fanatik dengan fahaman sempit politik masing-masing.

Friday, May 27, 2011

Jejak Warisan Siam

Nota : Seorang pengunjung blog ini, Asri Al-Baker, telah tampil menjelaskan dakwaan yang dibuat oleh blogger TheMalayPress semasa pelancaran ekspedisi Jejak Warisan Jawi 2 di dalam blognya. Encik Asri juga telah memaklumkan bahawa “Majma Budaya dan Warisan Jawi” dan ekspedisi "Jejak Warisan Jawi 2" ini tiada kaitan dengan dakwaan yang dibuat oleh anai-anai. Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas penjelasan beliau dan dengan penuh rendah diri memohon maaf kepada “Majma Budaya dan Warisan Jawi” dan peserta ekspedisi "Jejak Warisan Jawi 2". Penulis harapkan kedua-dua gerakan ini akan terus maju demi memartabatkan agama, bangsa dan negara kita.


Segala-galanya bermula dengan keinginan untuk menuntut takhta dan mengangkat prestij keluarga sendiri. Takhta atau kuasa bisa membuatkan mata dan hati seseorang menjadi ‘buta’. Penulis yang banyak mengkaji mengenai kewujudan sejarah kerajaan di seluruh Nusantara khususnya Kerajaan-kerajaan Melayu sudah lali dengan kes individu tertentu menuntut takhta. Pada pandangan penulis, tak ada banyak beza pun golongan yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Anai-anai’ (sejenis serangga perosak) ini dengan individu yang mengangkat diri mereka sendiri sebagai Sultan Melaka lah, Sultan Sulu lah, siap ada yang tergamak beri gelaran ‘Datuk’ kepada orang lain lagi!

Kewujudan blog sejarahnagarakedah pada awalnya dilihat seolah-olah ikhlas untuk membongkar sejarah negara. Perkara pokok yang penulis bersetuju dengan para penulis blog tersebut adalah banyaknya sejarah negara yang cuba diselindungkan terutamanya sejarah kedatangan Islam ke Nusantara. Itu penulis memang setuju. Nama tokoh besar Islam seperti Syeikh Hussain Jamadil Kubra dan keturunannya yang gigih menyebarkan Islam dan menjadi raja di merata tempat di Nusantara memang tidak dinyatakan langsung dalam buku teks sejarah di sekolah. Sejarahwan negara juga nampaknya sukar untuk menerima fakta bahawa empayar Sriwijaya Mala bermula di tanah semenanjung dan kewujudan Majapahit Barat yang pernah berpusat di pantai timur semenanjung. Mereka lebih senang melihat Sriwijaya dan Majapahit sebagai sejarah Indonesia semata-mata. Malangnya, blog sejarahnagarakedah akhirnya telah tenggelam ke dalam dunia fantasi Siam ciptaan sendiri akibat daripada keghairahan untuk menuntut takhta.

Apa yang dinyatakan oleh blog tersebut hanyalah dakwaan, tidak layak lagi untuk dipanggil sebagai teori pun, apatahlagi fakta. Agak malang pula apabila sebilangan pembaca menganggap apa yang dinyatakan oleh blog tersebut sebagai fakta. Setelah penipuan blog tersebut dibongkar oleh beberapa blogger lain seperti Yadeh (sejarahnagarakedag), Al-Semantani (Melayu Nusantara) dan Srikandi (Mistisfiles), blog tersebut nampaknya tidak lagi ‘laku’. Tetapi para pengikut tegarnya, yang bukanlah berlatarbelakangkan bidang sejarah, terus fanatik untuk memperjuangkan keagungan ‘Siam-Kedah’ yang dicipta oleh blog tersebut. Antaranya, penerbitan digest bulanan ‘Realiti’ (bukan Fantasi?) yang melambakkan kembali dakwaan-dakwaan basi blog sejarahnagarakedah. Biasalah, majalah digest, nak tulis atau dakwa apa pun boleh. Masa pertengahan tahun 90-an dulu, berlambak-lambak majalah digest Melayu ala-ala Mastika diterbitkan, walaupun kebanyakan isi kandungannya sampah semata-mata. Orang yang dakwa datuk dia Hang Tuah pun boleh keluar cerita sampai tiga empat muka surat.

Kini, terdapat pula gerakan bernama “Majma Budaya dan Warisan Jawi” yang melancarkan Ekspedisi Jejak Warisan Jawi 2 secara besar-besaran pada kali ini. (Mungkin malu nak guna nama ‘Melayu’ sebab dulu mereka kata ‘Melayu’ ini ciptaan penjajah British). Maaf, dari awal ekspedisi pertama pun penulis tak berapa ghairah sangat dengan ‘tujuan’ ekspedisi ini yang kononnya hendak membongkar sejarah realiti negara. Melihat kepada senarai destinasi pun dah jelas ianya sangat terpengaruh dengan dakwaan golongan anai-anai ini. Kata empayar Siam-Kedah ini luas, pemimpinnya tahap Maharaja, siap pakai gelaran khalifah, kekuasaan sampai ke Australia lah, Albania lah. Tapi kenapa setiap artikel balik-balik pusing kat area Kedah, Perak, dan selatan segenting Kra sahaja? Kenapa tak ada pun cerita yang menyentuh tentang Kerajaan Ternate (Maluku), Goa (Sulawesi), Banjar (Kalimantan) atau Banten (pulau Jawa) misalnya. Kata empayar Siam-Kedah itu mencakupi seluruh Nusantara?

Lagi satu, seorang lagi blogger yang sentiasa sakit hati kalau komentar blog orang lain lebih banyak dari blog dia. Dah tahu macam itu, kenapa takut hendak open comment blog sendiri? Sebab takut nak berhujah? Salah satu ciri-ciri blog pengikut tegar fahaman sejarah Siam-Kedah seperti theSiampress (melawak aje, theMalaypress) dan kedahcybersyburi adalah mereka akan block atau delete terus komen-komen yang tidak menyenangkan mereka. Mari kita lihat apa komen Megat apabila membaca blog sejarah fantasi ciptaan orang lain yang mencerminkan dirinya sendiri.





Megat Al-Jefri baca blog Asreemoro rasa loya. Orang lain baca blog Megat termuntah terus! Megat nak kutuk penulis? No hal buddy, silakan (^_^) Nak terbitkan satu artikel khas untuk caci maki blog Ibnurusydi pun boleh. Tarak hal punya.





Ini pula kenyataan terbaru dari blog theSiampress bertajuk Ayuthia Adalah Kerajaan Islam Melayu :





Untuk Herman Abdullah, tak ada pun akhbar Utusan Malaysia keluarkan tajuk dan kenyataan macam di atas tu? “Fikir dengan kritis”? Soalan lama penulis pun masih masih tak berjawab-jawab lagi, nak kritis macam mana tu? Pengkaji mana pula yang ‘segan’ nak paparkan namanya sendiri? Pengkaji dalam bidang seni universiti tempatan ka? Kalau betul dakwaan pengkaji bergelar Dr. itu, penulis tak ada masalah. Boleh berikan nama dan nombor telefon pengkaji tersebut kepada penulis, dan penulis sendiri akan menghubunginya untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang dakwaannya tentang ‘fakta terbaru’ itu!





Akhir kata, untuk Herman Abdullah dan Megat Al-Jefri, sila tatap screen di bawah :





Aisehmen, anai-anai tok guru korang yang korang selalu kutip dakwaan fantasi dia tu pun follow blog aku daa.... Nak menyombong lagi ke?

Tuesday, May 10, 2011

Kutaringin : Satu-satunya Kerajaan Melayu di Kalimantan Tengah

Sebelum ini, penulis telah paparkan artikel mengenai 12 buah Kerajaan Melayu yang terdapat di Kalimantan Barat, 5 buah Kerajaan Melayu yang ada di Kalimantan Timur, serta sebuah Kerajaan Banjar yang wujud di Kalimantan Selatan. Maka kali kini, artikel kedua terakhir mengenai negeri-negeri Melayu di luar Malaysia akan diteruskan dengan menyusuri ke wilayah Kalimantan Tengah pula.



Lambang dan bendera Kerajaan Kutaringin


Di Propinsi Kalimantan Tengah, Indonesia, pernah berdiri sebuah Kerajaan Melayu yang bernama Kutaringin. Kadang kala, nama negeri ini juga dieja sebagai Kota Waringin. Kerajaan ini merupakan satu satu Kerajaan Melayu yang bertahan agak lama di Indonesia, iaitu sejak abad ke-16 hinggalah abad ke-19, dengan 14 orang Sultan kesemuanya yang pernah memerintah. Walaubagaimanapun, nama Kutaringin ini sebenarnya telah disebut lebih awal, iaitu dalam kitab ‘Negarakertagama’, iaitu apabila Negeri Kutaringin dinyatakan sebagai sebahagian daripada wilayah Tanjung Nagara yang tunduk kepada empayar Majapahit.



Peta wilayah Kerajaan Kutaringin berwarna kuning


Pada asalnya, wilayah Kutaringin ini adalah di bawah pengaruh Kerajaan Banjar yang berpusat di Kalimantan Selatan. Sebelum wujudnya Sultan yang memerintah kawasan tersebut, Raja-raja Kerajaan Banjar yang menguasai kawasan pantai selatan dan tenggara pulau Borneo telah mengirimkan wakil-wakilnya untuk mengutip cukai termasuklah di wilayah Kutaringin. Bahkan, para Sultan Kutaringin sebenarnya adalah berketurunan dari Dinasti Banjar. Raja pertamanya, iaitu Pangeran Dipati Anta-Kasuma merupakan anak keempat kepada Sultan Banjar ke-4, iaitu Sultan Mustain Billlah. Pangeran Dipati Anta-Kasuma telah menggantikan bapa mertuanya, Dipati Ngganding yang sebelum itu merupakan Adipati (lebih kurang seperti Gabenor) untuk menjadi penguasa Negeri Kutaringin tetapi masih di bawah pengaruh Kerajaan Banjar. Disebabkan itulah, Raja-raja Negeri Kutaringin kebiasaannya memakai gelar Pangeran jika berada di Negeri Banjar, tetapi menggunakan gelaran Sultan di negerinya sendiri. Kerajaan Kutaringin ini mencapai zaman kemuncaknya ketika era pemerintahan rajanya yang ke-7 iaitu Pangeran Ratu Bengawan sekitar kurun ke-18.

Semasa fasa awal pasca kemerdekaan Indonesia, iaitu pada awal Januari 1946, Negeri Kutaringin telah diduduki oleh Belanda dan kemudiannya dimasukkan sebagai sebahagian daripada wilayah Negara Dayak Besar, sebuah negara yang disokong oleh penjajah Belanda bagi memecahbelahkan republik tersebut. Walaubagaimanapun, Negeri Kutaringin secara rasminya telah bergabung semula di dalam kesatuan Republik Indonesia pada 1 Mei 1950 dan negeri ini ditukar statusnya menjadi sebuah Kabupaten (seperti Bahagian di Sabah dan Sarawak) di dalam Propinsi Kalimantan Tengah.



Istana Kuning, lambang Kerajaan Kutaringin


Dengan berakhirnya kedaulatan Kerajaan Kutaringin, maka para bangsawan dan kerabat Di Raja Kutaringin tidak lagi memegang jawatan-jawatan dalam pemerintahan. Hanya beberapa keturunan Sultan dan bangsawan sahaja yang sebelum itu sudah bekerja sebagai pegawai pemerintahan tetap memegang jawatan di dalam pemerintahan Indonesia yang merupakan sebuah negara bercorak Republik.

Pada hari ini, sebagaimana yang berlaku di wilayah lain di Indonesia, para waris Kerajaan Kutaringin telah sepakat untuk mengangkat salah seorang zuriat kerabat mereka untuk bertindak sebagai Sultan Kutaringin yang baru bagi tujuan melestarikan budaya tempatan dan sebagai penjaga kepada pusaka Kerajaan Kutaringin, termasuklah adat istiadat dan peninggalan leluhur mereka. Pangeran Alidin Sukma Alamsyah, zuriat kanan kesultanan tersebut telah terpilih dan telah ditabalkan secara rasminya sebagai Sultan Kutaringin ke-15 dengan gelaran Sultan Alidin Sukma Alamsyah pada 16 Mei 2010 yang lalu.



Sultan Alidin Sukma Alamsyah, Raja Kutaringin ke-15 bersama keluarganya


Nota : Sebuah lagi negeri Melayu yang terdapat di Pulau Borneo adalah Negara Brunei Darussalam. Walaubagaimanapun, memandangkan semua orang telah maklum tentang negeri ini dan maklumat mengenainya juga mudah diperolehi di internet, maka rasanya tidak perlu untuk dikeluarkan artikel mengenai Brunei.

Monday, April 25, 2011

Pilihanraya Singapura : Kuasa Politik Pribumi & Isu Pendatang

Sejarah Melayu telah mencatatkan bahawa Singapura diasaskan oleh Sang Nila Utama yang juga anak Raja Melayu Palembang. Umum juga mengetahui bahawa nama asal pulau tersebut adalah Temasek sebelum ditukarkan kepada Singapura yang bermaksud ‘Kota Singa’. Walaubagaimanapun, jika kita merujuk kepada maklumat arus perdana pada hari ini, Stanford Raffles lebih ditonjolkan sebagai Bapa Singapura sementara Lee Kuan Yew dipaparkan sebagai Bapa Singapura Moden. Hakikat bahawa sejarah silam Singapura adalah sejarah Melayu cuba digelapkan. Seboleh mungkin Pemerintah Singapura cuba menggambarkan bahawa semua rakyat Singapura pada hari ini merupakan keturunan pendatang yang datang sama ada dari tanah besar China, India mahupun dari Indonesia dan Malaysia. Malahan, penulis dapat mengesan terdapat usaha untuk menggambarkan seolah-olah Sang Nila Utama merupakan pendatang dari Indonesia yang cuba merampas Temasek yang merupakan wilayah Ayuthia milik Siam, bukannya milik orang Melayu. Namun begitu, sejarahwan muda seperti Srikandi telah menyanggah maklumat tersebut dengan menegaskan ‘Siam’ yang dimaksudkan pernah berkuasa di seluruh tanah semenanjung termasuklah di Singapura bukanlah Ayuthia, tetapi Negara Sri Dharmaraja, yang juga merupakan sebuah Kerajaan Melayu!



Gambaran Sang Nila Utama, pengasas sebenar pulau Singapura


Semasa Singapura masih di dalam Malaysia, Perdana Menterinya, Lee Kuan Yew, sebagaimana yang dicatatkan di dalam akhbar Strait Times bertarikh 5 Mei 1965, telah mencabar kedudukan dan hak istimewa orang Melayu di Malaysia sebagaimana yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan dengan mengatakan bahawa taraf pribumi orang Melayu tidak ada lebihnya jika dibandingkan dengan orang Cina, India dan masyarakat pendatang yang lain. Di dorong sama ada oleh agenda politik yang menjurus untuk memajukan kepentingan politik Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah Singapura ataupun kerana memang betul-betul jahil tentang sejarah, budaya, dan penduduk pribumi di rantau ini, Lee mengaitkan orang Melayu Malaysia dari keturunan Indonesia sebagai pendatang yang sepatutnya setaraf dengan masyarakat pendatang yang lain. Kesimpulan serupa yang meragui kepribumian orang Melayu terus dilakukan oleh orang bukan Melayu di Singapura dan sesetengah ahli politik bukan Melayu di Malaysia, sama ada oleh pihak pembangkang mahupun parti pemerintah. Perkara ini dapat dilihat melalui contoh kenyataan yang diberikan oleh Tan Lian Hoe (Parti Gerakan Rakyat Malaysia) ataupun Chong Eng (DAP).

Selepas Singapura ditendang keluar dari Malaysia, Pemerintah Singapura telah menjalankan pelbagai usaha untuk melemahkan kuasa politik Melayu yang merupakan kaum asal di negeri ini. Antara usaha yang dilakukan adalah mengekalkan taraf minoriti penduduk Melayu di Republik tersebut. Dalam akhbar Straits Times bertarikh 15 Disember 1986, Lee Kuan Yew dalam forum di Universiti Nasional Singapura telah mendedahkan niat Pemerintah Singapura untuk mengekalkan dominasi penduduk Cina Singapura kerana bimbang dengan kemerosotan kadar kelahiran penduduk keturunan Cina. Isu ini telah dinyatakan sebagai salah satu masalah negara di dalam Hari Kebangsaan 1988 dan Lee Kuan Yew mendedahkan Pemerintah Singapura akan meningkatkan bilangan penduduk Cina dengan membawa masuk orang Cina dari luar negara terutamanya Hong Kong. Etnik minoriti terutamanya Melayu sedar dasar ‘Mengekalkan Imbangan Kaum’ di Singapura sebenarnya lebih kepada mengekalkan Ketuanan Cina.

Tindakan kedua yang dilakukan adalah dengan menghapuskan kawasan kubu majoriti Melayu terutamanya kampung-kampung menerusi program mega penempatan semula bandar dan Dasar Perumahan Awam dengan menempatkan masyarakat Melayu ke merata kawasan perumahan baru. Perkara ini telah diakui oleh James Fu dalam kenyataan di akhbar Straits Times bertarikh 4 Mac 1988. Tindakan ini telah menjejaskan undi kolektif masyarakat Melayu dan menghalang mereka untuk bertindak sebagai gerakan penting dalam menentukan keputusan pilihanraya.



Kenangan kampung di Singapura sekitar tahun 1960-an


Tidak cukup dengan itu, Pemerintah Singapura telah memperkenalkan pula sistem Kuota Kediaman Etnik pada tahun 1989 untuk kawasan perumahan awam bagi memastikan jumlah orang Melayu tidak melebihi 20% daripada jumlah penduduk di mana-mana kawasan pilihanraya dan tidak melebihi 22% daripada penduduk blok perumahan awam, kerana dikatakan menjadi tumpuan perkauman. Sedangkan yang peliknya, bagi masyarakat Cina, kuota mereka dibiarkan sehingga melebihi 80% di kawasan pilihanraya dan 87% di blok perumahan awam, atas alasan untuk memastikan ‘percampuran kaum yang seimbang’.

Bagi melemahkan lagi kuasa politik masyarakat Melayu terutamanya Parti Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS), sistem Kawasan Undi Perwakilan Kumpulan (GRC) telah diperkenalkan. Melalui sistem ini, sesebuah kawasan / wad akan dipertandingan secara berkumpulan, bukannya secara individu. Sistem ini telah melemahkan mana-mana calon etnik minoriti termasuk Melayu daripada menyuarakan sebarang isu sensitif yang menjurus kepada etniknya kerana akan dituduh sebagai perkauman dan seterusnya melemahkan sokongan etnik dominan untuk pasukan GRCnya.



Peta pembahagian kawasan Pilihanraya di Singapura


Mungkin kerana hukum karma sudah tiba, kini masyarakat Cina dan India di Singapura pula yang mempersoalkan kebanjiran begitu banyak pendatang seperti dari China, Hong Kong, India dan sebagainya. Mereka mendakwa para pendatang ini telah diberikan terlalu banyak keistimewaan oleh Pemerintah Singapura dan mendakwa hak mereka seperti untuk penempatan kediaman dan peluang pekerjaan telah banyak dirampas oleh golongan pendatang ini. Mereka bertambah marah apabila golongan pendatang ini mula membuat tuntutan tambahan seperti menuntut agar bahasa mereka turut diajar di sekolah sedangkan bilangan mereka adalah minoriti. Ironinya, pertentangan antara kaum dominan di Singapura dengan golongan pendatang ini melibatkan kaum yang sebangsa! Bayangkan betapa bertoleransinya masyarakat Bumiputera di Malaysia kepada kaum keturunan pendatang. Tetapi bagi sebuah negara Kapitalis dengan hati komunis seperti Singapura, ketidakpuasan hati mereka hanya dapat diluahkan dalam laman sesawang seperti The Citizen Online dan Temasek Review. Satu lagi perkara yang patut ‘disyukuri’ oleh golongan Ultra-Kiasu di Malaysia kerana mereka boleh menghentam Kerajaan dan masyarakat Bumiputera/Islam di negara kita secara bebas dan terang-terangan!

Nota : Sebagaimana segelintir rakyat Melayu yang lain di negara kita, Singapura adalah jauh di mata, tetapi amat dekat di hati penulis. Kerana Singapura adalah tempat asal keluarga penulis sebelah bapa (OK, selepas ini para Ultra-Kiasu dan para pengampunya dari kalangan Meleiz sendiri boleh berkokok penulis adalah pendatang dari luar, ye, pendatang dari Singapura). Jika ada yang menuduh blog ini adalah anti mana-mana kaum, penulis ingin tegaskan bahawa penulis hanya menghentam golongan Ultra-Kiasu, berdasarkan pengalaman lampau nasib yang menimpa keluarga dan masyarakat penulis di Singapura. Kalau nak kenal betul-betul sikap dan perangai golongan ini, jangan hanya selesa duduk di negeri yang ramai orang Melayu. Dipersilakan dan dicabar kalian untuk tinggal dan bekerja di Singapura!


Rujukan : Dr. Lily Zubaidah Ibrahim (2004) “The Singapore Dilemma : The Educational and Political Marginality of the Malay Community” Oxford University Press

Monday, April 18, 2011

Bermula Dengan Isu Songkok...




Bilakah orang Melayu mula bersongkok? Agak sukar juga untuk penulis memberikan jawapan. Walaubagaimanapun, berdasarkan penelitian penulis, orang Melayu mula bersongkok mungkin mulai abad ke-19. Dari mana pula asal-usul songkok? Ini adalah satu lagi persoalan yang timbul apabila membicarakan asal usul pemakaian songkok oleh orang Melayu. Terdapat pelbagai pendapat dan pandangan diberikan mengenai asal kehadiran songkok di alam Melayu ini. Ada yang mendakwa, ia berasal dari Turki. Ada yang mengatakan ia berasal dari Parsi (Iran). Ada juga mengatakan ia mungkin berasal dari benua Hindi (India). Apa yang menarik juga untuk diperhatikan, menjelang awal abad ke-20, terdapat ramai Raja-raja Melayu dirakamkan tidak memakai tengkolok, tetapi memakai perhiasan kepala seakan-akan songkok.





Adakah songkok melambangkan Islam? Tidak juga. Jika para pembaca pernah ke Indonesia, ada juga penduduk beragama Kristian yang memakai songkok (juga dipanggil Peci di sana) untuk ke Gereja pada hari Ahad. Songkok kini dianggap sebagai lambang Nasional di Malaysia, Republik Indonesia dan Negara Brunei Darussalam serta dipakai oleh Raja-raja Melayu, kerabat serta pembesar negara semasa majlis-majlis rasmi. Di negara kita, songkok merupakan sebahagian daripada pakaian kebangsaan (Baju Melayu) serta turut menjadi sebahagian daripada pakaian rasmi bagi Ahli Parlimen / Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN).



Sultan Brunei (kiri) bersama Yang Dipertuan Agong Malaysia (kanan)


Apa yang peliknya, semasa era tahun 1990-an dahulu, sudah kedengaran suara-suara sumbang daripada puak-puak Ultra-Kiasu yang menentang ‘pemaksaan’ pemakaian songkok kepada mereka yang terpilih untuk ke Parlimen mahupun DUN. Pemakaian songkok seolah-olah memaksa simbol Islam dikenakan kepada diri mereka. Yang sebenarnya adalah Melayu itu sinonim dengan Islam, dan masyarakat Melayu di Malaysia amnya dan di semenanjung khususnya memakai songkok untuk bersembahyang di masjid dan bagi menghadiri majlis-majlis bercorak keagamaan. Secara tidak langsung, puak-puak Ultra-Kiasu ini melihat songkok itu seolah-olah merupakan sebahagian lambang agama Islam.

Kemuncaknya adalah apabila puak-puak Ultra-Kiasu ini memenangi kerusi dalam jumlah yang besar pada Pilihanraya Umum dan Negeri yang lalu. Daripada isu tidak mahu memakai songkok, mereka mula menunjukkan belang yang sebenar dengan tidak mahu langsung memakai pakaian istiadat di DUN terutamanya semasa majlis pembukaan oleh Raja/Yang Dipertua Negeri. Paling jelas dilihat adalah semasa pembukaan DUN Pulau Pinang yang telah dikuasai oleh puak-puak Ultra-kiasu ini. Malahan Tuan Speaker dan para Melayu dari pakatan yang sama juga langsung tidak berani menegur perbuatan rakan-rakan mereka. Alasan yang remeh serta kelakar dinyatakan, bahawa pakaian yang mereka pakai juga kemas dan tidak melanggar peraturan dewan.

Penulis memuji ketegasan DUN Johor yang menghalau keluar Gwee Tong Hiang yang enggan memakai pakaian rasmi DUN Johor pada tahun 2008 yang lalu. Malahan dalam satu majlis pada tahun yang sama, Almarhum Sultan Johor dengan tegas juga secara terus terang mengkritik sikap ADUN tersebut. Malangnya pada tahun ini, perkara remeh ini kembali berulang. Sidang DUN Perak pada bulan ini menyaksikan Nga Kor Ming bukan sahaja tidak memakai pakaian istiadat, malahan memakai suit berwarna kelabu sedangkan yang dibenarkan adalah suit berwarna hitam. Speaker Perak yang dilantik kelihatan begitu lembik sekali dengan provokasi yang sengaja dibuat oleh Ultra-Kiasu ini. Mungkin kerana takut dikutuk oleh Speaker terdahulu yang turut berada di dalam DUN tersebut, atau parti pemerintah takut kehilangan undi Cina kerana takut dilabel sebagai perkauman. Melihat ‘kejayaan’ rakan mereka di Perak, perkara ini diulangi oleh rakan mereka di Pahang apabila dua Ultra-Kiasu di DUN Pahang, Leong Ngah Ngah dan Choong Siew Onn turut tidak memakai pakaian istiadat tersebut.








Bagi kebanyakan orang termasuk sesetengah orang Melayu, isu ini adalah isu remeh kerana menurut mereka, yang paling penting ialah para ADUN tersebut menyampaikan suara hati rakyat di DUN. Bagi penulis pula, perkara ini adalah berkaitan dengan disiplin, adab sopan, common-sense, prinsip menghormati majlis dan pemerintah, serta menyerlahkan sifat sebenar seseorang itu termasuklah sifat sombong dan bongkak. Tidakkah mereka terfikir secara halusnya, mereka ini telah berjaya menunjukkan penentangan terhadap kedaulatan Raja-raja Melayu sebagai pelindung agama Islam serta budaya Melayu yang menjadi teras kepada budaya Malaysia? Memandangkan perbuatan para Ultra-Kiasu ini tidak berani ditegur dan dikritik secara lantang oleh Speaker mahupun ADUN yang lain, maka penulis memberi jaminan perkara ini akan berulang di sidang DUN Negeri lain (kecuali Johor), termasuklah mungkin di Sarawak, dimana 15 kerusi DUN baru-baru ini telah berjaya dirampas oleh pihak pembangkang.

Apa pun, para Ultra-Kiasu ini telah memberi contoh yang cukup 'baik' kepada para anak bangsa kita agar berani melanggar peraturan. Selepas ini, adik-adik Melayu mahupun Cina sendiri yang belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina tidaklah perlu memakai pakaian seragam sekolah ataupun pakaian sukan yang telah ditetapkan. Pakai sahaja apa pun pakaian yang dimahukan, asalkan kemas. Kerana yang penting, kita datang sekolah untuk menuntut ilmu duniawi sahaja, bukannya untuk belajar adab sopan dan mematuhi peraturan sebagaimana yang dianuti oleh puak Ultra-Kiasu ini.


Nota : Penulis ada juga berjumpa segelintir Melayu pada hari ini yang berfikiran politik sempit enggan memakai songkok kerana dikatakan melambangkan parti keris. Apa pun, perkara ini juga bukanlah satu kesalahan yang mendatangkan dosa. Tidak kira songkok, kopiah atau ketayap, semoga kita mendapat pahala kerana mengamalkan sunnah. Cuma diharapkan janganlah disempitkan pemikiran semata-mata kerana politik.

Friday, April 15, 2011

Kamek Sayang Sarawak

“Apakah persamaan dan perbezaan Negeri Sarawak dan Pulau Pinang?” Tanya seorang rakan kepada saya. Jawapannya? “Melayu-Islam sama-sama minoriti di Negeri Sarawak dan Pulau Pinang. Bezanya, di Sarawak, jawatan Ketua Menteri disandang oleh minoriti Muslim.” Perbualan bersama seorang rakan kira-kira 3 tahun lalu kembali terimbas tatkala membaca betapa ligatnya para pemimpin sebuah parti Ultra-Kiasu yang datang dari Pulau Pinang begitu agresif sekali berkempen untuk Pilihanraya Negeri Sarawak ke-10 yang akan diadakan pada esok hari.





Untuk makluman, senario di Sabah dan Sarawak, walaupun bersama-sama dalam Malaysia, adalah amat berbeza dengan semenanjung. Sama ada dari segi bahasa, budaya, komposisi kaum mahupun politik. Penulis masih ingat ketika pertama kali menjejakkan kaki ke Bumi Kenyalang ini, seorang rakan mengusik dengan bertanya “Kitak asal sine?”. Penulis sangkakan ia bertanya dalam Bahasa Iban, rupa-rupanya itulah Bahasa Melayu Sarawak yang bermaksud “Awak asal mana?”. Berbanding dengan Bahasa Melayu Sabah yang lebih mudah difahami kerana hanya berbeza dari segi sebutannya yang lebih baku, Bahasa Melayu Sarawak bukanlah satu dialek, tetapi Bahasa Melayu tersendiri yang mempunyai pengaruh Bahasa Dayak yang kuat.

Bercanggah juga dengan persepsi umum terutama dari semenanjung, Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, bukanlah seorang Melayu, tetapi berbangsa Melanau. Kaum Melanau ini hanya berjumlah 5% sahaja daripada keseluruhan penduduk Sarawak yang berjumlah kira-kira 2.07 juta orang. Biarpun budayanya hampir sama dengan kaum Melayu Sarawak, tetapi bezanya terdapat juga kaum Melanau yang beragama Kristian dan ada yang masih mengamalkan fahaman lama tempatan. Bersama-sama kaum Melayu Sarawak yang hanya berjumlah kira-kira 22%, kedua-dua kaum ini dianggap mewakili kumpulan Bumiputera Islam.



Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berpakaian tradisi Melanau merayakan Pesta Kaul, perayaan Kaum Melanau di Bahagian Mukah


Bumiputera bukan Islam pula terdiri daripada kaum Iban (29%), Bidayuh (8%) serta minoriti Dayak lain seperti Kayan, Kenyah, Kelabit, Penan dan Lun Bawang yang dikategorikan secara bersama sebagai Orang Ulu sebanyak 6%. Kaum Cina yang bukan Bumiputera merupakan kaum kedua terbesar di Sarawak selepas Iban iaitu sebanyak 26% daripada populasi keseluruhan penduduk Sarawak.

Realiti inilah yang sering mendatangkan dilema kepada pengundi Bumiputera Islam yang tidak menyokong parti pemerintah di Sarawak. Apatahlagi Ketua Menteri sendiri telah memberi jaminan bahawa beliau akan berundur selepas Pilihanraya Negeri ini. Cakap-cakap politik mengatakan, terdapat tiga tokoh pemimpin Melayu-Islam yang akan menggantikan beliau. Namun begitu, jika Parti Pemerintah kalah dan jatuh di Sarawak, jawatan Ketua Menteri Sarawak sudah pasti akan kembali disandang oleh bukan Islam.





Tidak hairanlah jika ramai rakan-rakan penulis di Sarawak yang memberikan pandangan penglibatan sebuah parti bernamakan Islam dalam Pilihanraya di Negeri ini hanya tidak lebih sebagai pencacai sahaja kepada parti-parti pembangkang lain yang lebih dominan. Dengan hanya bertanding lima buah kerusi dan mengharapkan tuah menang sebuah kerusi, kedudukan parti ini mungkin akan sama seperti apa yang terjadi di Pulau Pinang, mengharapkan ehsan parti-parti lain untuk mendapat jawatan politik seperti Menteri atau Menteri Muda yang belum tentu pun diperolehi. Memandangkan di Pulau Pinang sendiri, Ultra-Kiasu langsung tidak memberi walau sebuah pun jawatan EXCO kepada parti tersebut.

Apa pun, kepada rakan-rakan di Sarawak, penulis mengucapkan selamat mengundi dan jangan lupa menunaikan hak masing-masing. Di sudut hati ini terfikir juga, mampukah Melayu-Islam sebagai Bumiputera akan menjadi Ketua Menteri di Pulau Pinang pada masa akan datang?

Wednesday, April 13, 2011

Hubungan Kekerabatan dan Persaudaraan di Kepulauan Nusantara


“Ia menggambarkan bahawa orang Cina, orang India adalah pendatang. Dan orang Melayu adalah tuan tanah di dalam err... err... Malaysia ini. Kerana sebenarnya, ramainya err... er... Melayu pun adalah datang dari err... luar Malaysia. Yang betul-betul orang asal di sini ialah Orang Asli”

Itulah yang diungkapkan oleh Ahli Parlimen Ultra-Kiasu dari Bukit Mertajam pada 24 Mac 2011 yang lalu semasa dia mengulas mengenai isu novel Interlok. Sama ada dia ini memang buta sejarah dan geografi, atau memang sengaja membutakan mata dan hatinya tentang hakikat wilayah Nusantara ini yang serumpun. Sudahlah nak bercakap bahasa Kebangsaan pun dengan gagap dan tunggang-langgangnya (diingatkan semula si Ultra-Kiasu ini bertaraf Ahli Parlimen!). Penulis tidak berhasrat untuk mengulas panjang tentang apa yang telah diutarakan oleh si Ultra-Kiasu ini. Rasanya artikel terdahulu http://ibnurusydi.blogspot.com/2011/02/melayu-dituduh-pendatang.html telah cukup untuk menghuraikan mengenai perkara tersebut.


Apa yang ingin dikongsikan di sini adalah hakikat mengenai hubungan kekerabatan dan persaudaraan yang telah lama terjalin antara penduduk di wilayah Nusantara ini. Sudah tentu beberapa contoh yang dipaparkan ini adalah sejarah Raja-raja di Nusantara ini, memandangkan golongan Ultra-Kiasu sering memomokkan bahawa Parameswara dan orang Melayu yang mengasaskan Kesultanan Melaka adalah ‘pendatang yang datang dari Indonesia’.




1. Di Acheh, selepas kemangkatan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam pada tahun 1637, yang menggantikan baginda sebagai Sultan Acheh adalah menantu baginda iaitu Sultan Iskandar Tsani. Apa yang menariknya, Sultan Iskandar Tsani ini berasal dari semenanjung Tanah Melayu kerana baginda adalah putera Sultan Pahang. Pernah ditanya kepada Sultan Iskandar Tsani ini lebih kurang begini, "Kamu ini orang Pahang atau orang Acheh". Apa jawapan baginda? "Aku orang Melayu". Agak-agaklah kan, boleh tak seorang Ultra-Kiasu berketurunan Sino-Tibetan bukan Islam yang datang dari tanah besar China tiba-tiba diangkat menjadi Sultan di Acheh ini?




2. Di Kalimantan Barat, Kesultanan Sambas didirikan oleh Sultan Muhammad Shafiuddin I yang merupakan anak Sultan Sarawak iaitu Sultan Tengah pada sekitar tahun 1675 Masihi. Sultan Sarawak ini pula adalah anak kepada Sultan Brunei. Mesti pening kepala si Ultra-Kiasu bagaimana pendatang dari Negara Brunei boleh menjadi Raja di Malaysia (Sarawak), dan kemudiannya keturunan pendatang dari Malaysia ini menjadi Raja pula di Indonesia (Sambas).




3. Di selatan pulau Mindanao, Kesultanan Sulu diasaskan oleh seorang ulama Melayu-Arab yang datang dari Negeri Johor iaitu Shari'ful Hashem Syed Abu Bakar pada tahun 1457, sementara Kesultanan Maguindanao juga diasaskan oleh seorang Melayu dari Johor iaitu Shariff Mohammed Kabungsuwan sekitar tahun 1203 hingga 1205. Ye Ultra-Kiasu, ada juga pendatang dari Malaysia yang menjadi Raja di Republik Filipina.




4. Di Sumatera, Sultan Indragiri yang pertama iaitu Raja Kecik Mambang @ Raja Merlang I yang memerintah sekitar tahun 1298 – 1337 merupakan anak kepada Sultan Melaka yang berpusat di semenanjung Tanah Melayu. Pelikkan Ultra-Kiasu, macam mana anak rakyat Malaysia boleh menjadi Raja di Indonesia pula?




5. Di selatan segenting Kra, bermula pada sekitar tahun 1688, Kesultanan Patani telah diperintah oleh Dinasti Raja-raja yang berasal dari Kelantan. Ha, jangan main-main ye Ultra-Kiasu, ada juga pendatang dari Malaysia yang menjadi Raja di Provinsi Pattani, Thailand.




6. Di Sulawesi Tenggara, Negeri Buton telah didirikan oleh oleh empat orang bangsawan yang disebut sebagai Mia Patamiana yang datang dari semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-13 Masihi. Menurut sumber sejarah lisan Buton, nama keempat-empat individu terbabit ialah Sipanjonga, Simalui, Sitamanajo dan Sijawangkati. Keempat-empat individu ini berserta para pengikutnya telah meninggalkan tanah asal di semenanjung Tanah Melayu menuju ke kawasan timur dengan menggunakan sebuah perahu palolang pada bulan Syaban 634 Hijriyah (1236 M) dan akhirnya sampai di Buton. Kemudian mereka mengibarkan bendera Kerajaan Melayu yang disebut sebagai bendera Longa-Longa. Ketika Kerajaan Buton didirikan, bendera Longa-Longa ini dipakai sebagai bendera rasmi kerajaan Buton. Ya Ultra-Kiasu, pendatang dari Malaysia ini telah belayar hingga sejauh penghujung pulau Sulawesi dan yang peliknya, diangkat pula menjadi Raja di Indonesia.


Apa yang dipaparkan di atas ini hanyalah sebahagian contoh kecil mengenai hubungan yang terjalin antara penduduk di seluruh Nusantara ini biarpun dipisahkan oleh beberapa pulau besar dan beribu-ribu lagi kepulauan kecil. Bagaimanakah para ‘pendatang’ dari semenanjung Malaysia ini boleh menjadi Raja dengan mudah di Indonesia, Thailand dan Filipina ye Ultra-Kiasu? Jawapannya mudah, mereka bukannya pendatang! Mereka adalah saudara serumpun dan kebanyakannya seagama. Para bangsawan mahupun rakyat biasa bebas untuk berhijrah dan menetap di mana-mana kawasan pun di dalam lingkungan alam Nusantara ini yang terbentang dari Acheh di barat hinggalah Maluku dan Papua di timur, dari selatan pulau Singapura hinggalah Champa di utara Indochina. Justeru itu, janganlah dihairankan jika terdapat juga anak cucu orang Melayu di Malaysia pada hari ini yang ayah atau datuk mereka berasal dari Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, dan hatta sejauh Vietnam dan Kemboja sekalipun. Kerana pada masa dahulu, nenek moyang mereka sendiri mungkin berasal dari Tanah Melayu dan mereka bebas 'berkeliaran’ dan menjelajah di seluruh Nusantara untuk mendirikan Kerajaan/Negeri baru. Dan perlu diingat, pada masa tersebut, tidak wujud sempadan politik sebagaimana yang ada pada hari ini.

Sebelum tamat, penulis ingin bertanya dua soalan kepada Y.B. (Yang Bongok) Chong Eng sebagai Ahli Parlimen yang bertanggungjawab untuk berdebat dalam menggubal undang-undang negara kita di Parlimen, “Bila Malaysia ditubuhkan?” dan “bila orang Melayu mula datang ke semenanjung tanah Melayu?”