Ratusan tahun sebelum Bangsa Melayu menangisi kehilangan pulau Singapura, kita telah lama kehilangan satu wilayah yang cukup luas, iaitu hampir meliputi keseluruhan pantai timur Indochina. Lebih menyakitkan, wilayah tersebut menyimpan seribu satu rahsia dan bukti tamadun awal rumpun Melayu yang pernah menguasai hampir keseluruhan kawasan daratan dan perairan Asia Tenggara. Negara tersebut, tidak lain dan tidak bukan, adalah Champa, yang telah berhadapan dengan serangan dan migrasi besar-besaran secara berterusan selama ratusan tahun daripada satu kaum yang berasal dari selatan Negara China iaitu Dai-Viet. Kehilangan Champa sama seperti kehilangan Patani yang mewarisi keagungan Langkasuka juga akibat serangan dan migrasi berterusan daripada kaum Thai (Sukotai, Ayutthaya dan Chakri) yang juga berasal dari selatan China. Champa, atau apa jua panggilan kepadanya, seperti Lin Yi dan Houan-Wang (catatan China), Kembayat Negara (Syair Siti Zubaidah – Perang China), dan Tawalisi (catatan Ibnu Battutah) kini hanya tinggal sejarah dan penduduknya hidup bertaburan terutamanya di Vietnam serta Kemboja dan menjadi kaum minoriti di bumi sendiri.

Kali terakhir Champa berjaya bangkit membela nasib sendiri adalah semasa di bawah pemerintahan Raja teragung mereka iaitu Che Bo Nga, yang dinyatakan dalam lagenda Cham sebagai Binasuar, manakala Sejarah Dinasti Ming mencatatkan namanya sebagai Ngo-Ta-Ngo-Tcho, memerintah mulai sekitar tahun 1360 Masihi. Malangnya, kebangkitan Che Bo Nga ibarat seperti ‘sinar matahari yang penghabisan sebelum terbenam’. Di bawah pimpinan baginda, Champa kembali bangkit dari tahun 1361 hingga 1390 Masihi dengan melancarkan beberapa serangan balas kepada pihak Dai-Viet dan memenanginya. Malangnya, baginda akhirnya mangkat pada bulan Februari 1390 Masihi akibat pengkhianatan daripada salah seorang pengawalnya sendiri yang menyebabkan perahu baginda dikepung oleh tentera Vietnam. Apa yang menarik, kebanyakan pengkaji sejarah bersepakat bahawa Sultan Zainal Abidin, tokoh yang dinyatakan di dalam sebuah hikayat Melayu lama iaitu Syair Siti Zubaidah merujuk kepada Che Bo Nga itu sendiri, sedangkan kebanyakan pengkaji sejarah Barat bersetuju Raja-raja Champa hanya mula memeluk Islam bermula pada abad ke-17 iaitu berdasarkan catatan seorang paderi bernama M. Mahot yang bertugas di Champa pada tahun 1676 hingga 1678 Masihi dan mengatakan bahawa Raja dan sebahagian besar penduduk Negara Champa telah menerima agama Islam yang disebarkan oleh orang Melayu yang telah ramai berhijrah dan menetap di sana. Laporan Mahot ini telah disahkan oleh seorang paderi lain bernama M. Freet apabila dia menyaksikan sendiri keIslaman Raja Champa dan telah dihadiahkan sebuah Al-Quran.

Mahkota Kebesaran Champa
Maklumat mengenai Raja-raja Champa khususnya daripada riwayat tradisi Kelantan pula memberikan perspektif yang berbeza daripada sejarah umum kerana dinyatakan bahawa kebanyakan Raja-raja Champa semasa era Pandurangga (Phan Rang) sebagai ibukota telah beragama Islam dan mempunyai hubungan kekerabatan dan persaudaraan yang erat dengan Negeri-negeri Melayu di pantai timur semenanjung Tanah Melayu. Sebagai contoh, Raja Bo Tri Tri dikatakan adalah Wan Bo, anak kepada Ali Nurul Alam (Patih Majapahit Barat yang berpusat di Kelantan) serta cucu kepada Sayyid Hussein Jamadil Kubra, tokoh terulung penyebar syiar Islam di Nusantara. Wan Bo dikatakan telah meninggalkan Patani dan pergi ke Champa menjadi panglima perang untuk membantu bapa mertuanya iaitu Raja Chandranekalawa atau Ban-La-Tra-Toan menentang Dai-Viet. Selepas mengalami kekalahan dalam peperangan pada tahun 1471 Masihi, Wan Bo bersama-sama rakyat Champa yang lain telah berundur ke kawasan selatan yang berpusat di Pandurangga. Baginda kemudian diisytiharkan sebagai Raja Champa dengan gelaran Sultan Wan Abu Abdullah untuk menggantikan bapa mertuanya iaitu Ban-La-Tra-Toan yang telah ditawan dan mangkat dalam tahanan musuh. Pemerintahannya berakhir sehingga tahun 1478 Masihi dan digantikan oleh dua orang anak saudaranya iaitu Wan Abu Yusof dan kemudiannya Wan Abdul Kadir atau Kou Lai (1478-1515 Masihi).
Riwayat Kelantan juga menyatakan bahawa Datu wilayah Jambu yang juga pemangku Sultan Patani iaitu Datu Nik Musthapa telah kembali ke Champa bagi membebaskan bumi Melayu-Islam tersebut daripada pencerobohan rejim Nguyen pada tahun 1570. Raja Champa, Sultan Yaakub Syahibuddin yang sudah sangat lanjut usianya telah ditawan dan mangkat dalam kurungan sangkar besi semasa diarak ke Kota Hue. Pada tahun 1577, Datu Nik Mustapha membawa 10,000 orang tentera Patani dan bersama anak saudaranya Sultan Adiluddin yang membawa 5,000 orang tentera Kelantan bertolak dari kota Pengkalan Datu, Kelantan dan menyerang Dai-Viet untuk merebut kembali Pandurangga. Sebahagian besar dari bumi Champa yang telah jatuh ke tangan Dai-Viet sejak tahun 1471 Masihi telah dapat dikuasai semula sehingga hampir ke Kota Hue. Setelah peperangan tamat dalam tahun 1580, Datu Nik Mustapha telah ditabal menjadi Raja Champa dengan gelaran Sultan Abdul Hamid Syah. Di kalangan orang-orang Cham dan Vietnam, baginda lebih dikenali degan pangilan Po Rome, manakala orang-orang Kemboja memanggil baginda Ong Tpouo.
Walaubagaimanapun, dalam tahun 1684 Masihi, Champa telah kalah dalam peperangan dengan Dai-Viet dan Negeri Kelantan telah dibanjiri oleh pelarian dari Champa termasuklah rajanya sendiri iaitu Po Ibrahim (Po Nrop). Po Ibrahim kemudian telah berangkat bersama pengikutnya meninggalkan Kelantan dan berpindah ke Kampong Brek Bak di dalam wilayah Cham di Kemboja untuk meneruskan penentangan terhadap Dai-Viet. Putera kepada Po Ibrahim iaitu Wan Muhammad telah diangkat oleh Dai-Viet menjadi Raja Champa bergelar Po Jatamuh setelah baginda bersedia mengakui untuk membayar ufti kepada Kerajaan Nguyen.
Setelah Po Jatamuh mangkat, kekandanya iaitu Wan Daim yang sebelum itu merupakan Datu Negeri Jambu telah diangkat menjadi Raja Champa bergelar Po Top. Dalam tahun 1692, baginda cuba memberontak terhadap regim Nguyen setelah membuat pakatan dengan ayahandanya Po Ibrahim yang sedang berada di Kemboja dan kemudian terjadilah serangan serentak di dalam negeri dan perbatasan Kemboja. Walaubagaimanapun, Wan Daim tewas dalam peperangan tersebut dan berundur kembali bersama keluarganya ke Patani, sementara ayahandanya Po Ibrahim yang telah tua mangkat di Kemboja dan dimakamkan di Kampong Brek Bak. Raja-raja Champa selepas itu tidak lagi memiliki kedaulatan sehinggalah Kerajaan Champa dihapuskan sepenuhnya di bawah pemerintahan rajanya yang terakhir iaitu Po Chong Chan.

Sejarah kemegahan dan tamadun Champa yang cukup panjang iaitu memakan masa ratusan tahun tidak cukup untuk diulas dan dimuatkan semuanya dalam ruangan artikel yang terhad ini. Namun begitu, ianya bagaikan tidak bermakna pada hari ini kerana hanya tinggal sisa-sisa sejarah. Wilayah kekuasaannya telah menyusut sedikit demi sedikit sebelum hilang sepenuhnya dan kini seolah-olah menjadi tanahair asal untuk kaum Dai-Viet. Negara Champa telah merakamkan sisi gelap yang sering menyebabkan kejatuhan sesebuah Kerajaan di Nusantara, terutamanya disebabkan perpecahan di kalangan pembesar negara dan rakyatnya serta pengkhianatan yang dibuat oleh orang kepercayaan sendiri disebabkan sifat tamakkan ganjaran dunia. Malahan, kebanyakan orang Melayu sendiri pada hari ini tidak kira di negara kita, Singapura, Brunei dan Indonesia pun kadang kala tidak tahu mengenai kewujudan negara Champa.
Adalah amat mustahil untuk sebuah negara Champa wujud semula pada hari ini. Kadang kala penulis berfikir, mungkin kemusnahan Champa sebagaimana yang telah ditakdirkan boleh dijadikan iktibar untuk renungan kita semua pada hari ini bahawa kegemilangan dan tingkat tamadun bukanlah satu jaminan untuk sesebuah negara itu akan kekal selamanya, melainkan dengan izin Allah jua. Begitu juga dengan kehilangan pulau Singapura, dapat kita pelajari bagaimanakah bentuk dan corak negara kita pada masa akan datang jika kita terus tertipu dengan permainan golongan Ultra-kiasu. Penulis hanya ingin menekankan kepada dua aspek iaitu bersatu dan amanah kepada pembaca sekalian. Kita boleh berbeza fahaman seperti fahaman politik antara UMNO-PAS, tetapi jangan sesekali menggadaikan kepentingan agama, bangsa dan tanahair sendiri. Pada hari ini, ada berpuluh blog dan laman sesawang yang diwujudkan hanya untuk menyerang mereka yang berbeza fahaman politik sesama kita, walaupun kadangkala ianya berlebihan hingga 'melondehkan' keaiban kita semua sendiri kepada 'pihak luar', tetapi boleh dibilang dengan jari bilangan blog yang menyeru kepada mencari titik persamaan dan persefahaman dan menggalakkan penyatuan disebalik perbezaan yang wujud.
Jangan menyesal jika anak cucu kita pula kelak pada masa akan datang yang akan menangisi ‘kehilangan’ negara mereka dan menyalahkan serta mengutuk tindakan yang telah kita semua buat pada hari ini.
Lihat juga catatan lama :
Kaum Utsul di Pulau Hainan, China

Mohon maaf kepada Wangsa dan pembaca lain atas masalah penyiaran artikel ini. Tak perasan pula sebelum ini.
ReplyDeleteSalam hormat,
IBNU RUSYDI
Kerajaan Champa memang ada tersebut dalam sejarah kita...cuma tak di popularkan kerana fakta dan maklumat yang sangat sedikit...mungkin dah dibumi hanguskan dek pendatang Veit,termasuk istana,balai rong yang ada mural wall bertulis,masjid dlln artifak bersejarah lesap begitu sahaja......tapi orang Viet pun teruk juga di lanyak olih US...(aku rasa ada sesuatu lah dalam kes US turun ke Veit ni dulu)
ReplyDeleteTang sejarah Champa ni,lupa pulak kat buku tek mana tah aku jumpa hari tu...tapi kalau tak salah dikaitkan dengan Daerah Pangkalan Chepa Kelantan...nama daerah itu datang dari ramainya orang Champa yang bermukim di situ...lebih kurang begitulah yang aku ingat...dan ramai pembesar champ yang jadi ketua di pengkalan chepa ni dulu...
Jadi agaknya, orang Pangkalan Chepa tu ramai yang berdarah Champa...wallahualam..:)
as salam Ibnu Rusydi
ReplyDeleteterima kasih diatas perkongsian ttg "negara champa"
dr tulisan sdr, saya dpt melihat bhw hidup orang melayu ni penuh dgn perjuangan. dlm hati ada taman...he...he..sorry sebenarnya dlm hati ada jiwa pejuang. ttp lord reid telah mengikat semua kaki, tangan dan jiwa kita dan kita dah jadi bangsa yg berjiwa tido je.
Che Bo Nga - bunyi macam Che Bunga
wow....negara champa dah bertukar menjadi negara vietnam. rakyat asal orang cham dah menjadi golongan minoriti dikalangan orang vietnam...
perang vietnam adalah utk menyembelih saki baki orang melayu islam cham di sana - penghapusan etnik
ini sama seperti isu terkini seorang anak cindia yg nak dibangsakan sbg bangsa Malaysia. jika ini benar2 terjadi, tak hairan nanti semua warga negara akan berbangsa malaysia dan akan lenyaplah nama bangsa melayu dari muka bumi.
anak cucu kita nanti akan bertanya - siapa bangsa melayu tu? ada ke "dizaman dulu" manusia berbangsa melayu sebab negara ni pun bernama Malaysia? kewujudan tanah melayu ni hanya sekadar fantasi ke? maka akan jenuhlah "cucu cicit" cik srikandi dimasa depan berceloteh dlm blog2 mereka utk membuktikan tanah melayu adalah realiti. menyambung legasi perjuangan nenda srikandi mereka. ini mungkin terjadi kalau kita asyik bercakaran sesama sendiri (dan agenda itu sedang berjalan sekarang ini)
Ibnu Rusydi - teruskan perjuangan anda dlm bidang dan kepakaran yg anda ceburi - "game" ini memang sungguh halus dan mengerikan
Aku setuju..Cindian dah serupa ngan orang Melayu..Risau aku..Muka melayu tapi agama bukan Islam..Risau akan mempengaruhi anak bangsa Melayu kita....
Deletesalam rakan2 seperjuangan...
ReplyDeleteseram sejuk sy membaca post di atas dan ditambah dengan ulasan saudara wangsa di atas..
bukan apa, sememangnya itulah realiti jika anak cucu cicit kita berbangsa Malaysia nanti.. mmg sedih jika nama melayu dihapuskan dari pengenalan diri kita... kronologi yg di nyatakan oleh saudara wangsa adalah amat tepat sekali...
apapun2 teruskan perjuangan wahai rakan2! terbitkan prasasti maya anda sebanyak mungkin!
Artikel Untuk Renungan Bersama : Hikayat Lubang Najis : Kita Semua Di Dalam Lubang Najis, Ayuh Bangkit!
salam...
ReplyDeletebangsa austronesian(melayu) ni akan sering dhimpit oleh bangsa mongoloid(cina)... sejarah telah membuktikan pekara tersebut dan ironi nya secara konsisten....
adakah Malaysia akan mnerima nasib yang sama? Pada ALLAH aku berserah semoga tanah tumpah darah ku ini tidak tergadai
MELAYU GELANDANGAN
Assalamualaikum semua,
ReplyDeleteto Anon 12:48 PM :
Pangkalan Chepa di Kelantan memang berasal dari nama Champa itu.
to wangsa :
Saya tertarik untuk petik artikel daripada Y.B. Dato' Zulkifli Nordin tentang isu pendaftaran anak campuran bangsa itu. Sila rujuk http://zul4kulim.blogspot.com/2011/06/anak-cindia.html
Anak berdarah campuran memang ada di mana2 negara pun, dan tak perlu dipolitikkan. Sebagai contoh, di Singapura, tak pernah berlaku pun kes anak campuran Cina dan Tamil hendak didaftarkan sebagai Bangsa Singapura. Adakah ultra-kiasu seperti Hannah Yeoh malu untuk mendaftarkan anaknya Shay Adora Ram sebagai bangsa India hingga mendaftarkan anaknya sebagai Bangsa Cina??
to Marhaen Kacak :
biasalah golongan ultra-kiasu ni. Kalau ada borang minta tanda ruangan bangsa, kecoh satu negara kononnya rasislah, tak melambangkan 1Malaysia lah. Tapi bila tiba bab Sekolah Vernakular, tetiba boleh tukar tune cakap pasal sejarah negaralah, hak asasi manusialah. Hipokrit!
to Melayu Gelandangan :
Apa yang telah terjadi, ambillah iktibar buat pedoman kita semua...
Salam hormat,
IBNU RUSYDI
menurut kajian saintist German.. http://www.blumenbach.info/_/Introduction.htmlbangsa dikelasfikasikan kepada 5 jenis yang utama berdasarkan kajian bentuk tengkorak selama kajiannya bertahun-tahun ke seluruh dunia iaitu
ReplyDeleteMonggoloid = muka pinggan, rata
Melayu = agak mancung tapi kecil.
Negroid = tengkorak otak yang kecil
Caucasian = kulit putih tetapi kasar. lubang hidung besar macam viking dll
Red American.. hidung terlalu mancung dan besar.
tetapi 5 wajah asli sesuatu bangsa tidaklah cantik melainkan sesudah dicampurkan. seperti Aryan germanic tribe adalah campuran Monggoloid dengan
caucasian dan sedikit Malay.
bangsa Arab adalah bangsa terbitan campuran caucasian+negroid+Malay.
cina moden adalah terbitan malay+ monggoloid+negroid
Ada kerajaan Annam sama dengan kerajaan champa? Setahu saya Annam diperintah oleh raja yang beragama Islam dan amat rapat hubungan dengan Patani. Pejuang Patani pernah meminta bantuan dari Annam tetapi telah dikhianati oleh Annam sendiri dengan mendedahkan rancangan perjuangan kepada siam chakri.
ReplyDeleteperpecahan orang kita pada hari ini dah makin tenat.
ReplyDeleteyang sibuk2 akan turun masa perhimpunan bersih nanti dah tentu Melayu-Islam, tak kira la dari PAS ke, PKR ke, yang jadik lembu pencacai kepada Ambiga, bekas presiden majlis peguam, yg paling lantang membela Azlina Jailani dalam permohonan murtad. mana dia ustaz2 PAS? nape langsung takde bantahan bilamana penyokong murtad ni yg akan lead phimpunan bersih???
la ni pulak, PERKASA si katak lompat tu pon akan buat phimpunan sama. baguslah, Melayu lawan melayu. Cha Ya Nun Alip gelak jela tengok kita btempur sama sendiri, depa pastu amik alih kuasa...
kalau macam nilah, tak mustahil Malaysia pun nanti jadik sejarah macam Champa...
Selagi kita tidak bersatu dan masih bergantung kepada bangsa yang agamanyer bukan Islam,maka kita akan hancur suatu masa nanti..Kat Malaysia ni aku tengok masih belum ada parti politik Islam yang tak bergantung parti bangsa lain.UMNO dengan MCA&MIC..Yang PAS pulak bergabung ngan DAP & PKR yang sememangnyer bercampur baur.Harap suatu masa nanti akan ader pertubuhan atau parti yang sememangnyer dimiliki oleh orang2 Islam sahaja dan tak perlu bergabung dengan parti bukan Islam.Kalah dahulu takper,sebab ingatlah janji Allah, suatu masa nanti Islam akan kembali berkuasa di didunia ini.Selagi kita tidak bersatu, selagi itu bantuan Allah takkan tiba..Wallahu'alam...
DeleteSaya dilahirkan di Pengkalan Chepa kerana masa itu ayah saya bekerja sebagai Pensyarah di Maktab Perguruan Kota Bharu. Keluarga kami merancang untuk menetap di Kelantan setelah ayah saya bersara. Opah saya telah mewasiatkan rumahnya kepada ibu saya sebagai ganti khazanah getah. Bapa saudara saya tanpa jemu menulis surat supaya balik kampung. Akhirnya, kami sekeluarga kembali ke kampung ibu saya. Kami sekeluarga balik kampung dengan keretapi dan kereta. Setiba kami di kampung kami digelar "PELARIAN KEMBOJA". Hiduplah kami di kampung selama 7 tahun sebelum berpindah kerana FITNAH. Merempat di tanah setinggan selama 18 tahun dan terpaksa berpindah apabila orang hendak membakar rumah kami. Keputusan terpaksa dibuat kerana ibu saya mengalami keretakan tulang kerana kemalangan yang memungkin tidak sempat menyelamatkan diri daripada kebakaran.
ReplyDeleteBangsa yang membinasakan Kerajaan Champa telahpun menerima balasan Allah apabila negra itu telah diserang oleh Kaum Zalim pada tahun-tahun 60han selama kurang lebih 13 tahun
ReplyDeletedalam dunia ni hanya ada 2 suku kaum yg serang dan duduk tanah org: perhatiakan negara taiwan , australia, USA, canada....mereka ni kot kaum yajuj dan makjuj. mereka ni tak boleh duduk diam, suka ceroboh je kerjanya..manakala bangsa asal pribumi akan perang dan kalah...perang dan kalah...2 kaum yg menyerang ni agak tamak tak pernah cukup tanah yg ada..semestinya mereka tamak lagi...(tak percaya tgk sejarah mongol dan agak kalau org mongoloid ni diberi tentera mereka akan dok saja ke??)..
ReplyDeletesaya seorang berketurunan melayu champa,,,,,
ReplyDeleteterdapat warganegara malaysia yg berdarah melayu champa,,,,,dlm sistem pendaftaran negara malaysia,,,,anak2 champa ini didaftar kn sebagai seorang yg berbangsa khmer(cambodia)ia secara tidak langsung memusnah kn identiti masyarakat melayu champa khasnya dan melayu secara am ,,nya,,khmer dan cham adalah sesuatu yg berbeza,,,,diharap sesiapa yg mempunyai ruang tuk bersuara,,bole mengutarakn permasalahan ini,,''tidak melayu hilang didunia,,
ReplyDeleteThe descendant of the champ king who fled away during crisis and reside at the east coast...
ReplyDeleteFeel sorry for what has happened to this once great kingdom..
May Allah bless them..
p/s:
I'm interested to know more about this. Something regarding the said prophecy.
Kindly pm me at
dragonprince5658@live.com
Syukran..