Featured Post

Kenapa Singapura Lebih Maju?

Sudah beberapa hari berlalu sejak negara jiran kita iaitu Singapura menyambut Hari Kemerdekaannya yang ke-50 pada 9 Ogos yang lalu. Nam...

Wednesday, March 3, 2010

Mengenang Kembali Kejatuhan Kerajaan Melayu di Sumatera Timur

Definisi Melayu di Indonesia adalah berbeza dengan definisi Melayu di negara kita, Malaysia. Di Indonesia, kelompok Melayu dibahagikan kepada dua, iaitu Melayu pesisir (Coastal Malays) yang mendidiami sepanjang pantai barat Sumatera, serta Melayu Kalimantan (Borneo Malays), yang bertaburan di seluruh Pulau Borneo. Lain-lain rumpun Melayu tidak dianggap sebagai ’Melayu’, melainkan dikenali dengan nama etnik masing-masing. Ini termasuklah Acheh, Minang, Jawa, Mandailing, dan sebagainya.

Salah satu wilayah yang diakui sebagai wilayah bagi etnik Melayu dan mempunyai hubungan yang rapat dengan tanah semenanjung ialah Sumatera Timur. Di wilayah ini, terdapat empat buah Kerajaan Melayu utama yang pernah wujud, iaitu Kesultanan Langkat Darul Aman, Kesultanan Deli Darul Maimon, Kesultanan Serdang Darul Arif, dan Kesultanan Asahan. Bukti hubungan rapat antara Sumatera Timur dengan tanah semenanjung adalah apabila dialek yang digunakan di sini adalah lebih mirip dialek yang digunakan di tanah semenanjung. Malahan, para Kerabat Diraja Melayu Sumatera Timur pada masa dahulu sering melangsungkan perkahwinan dengan Kerabat Diraja Melayu di negeri-negeri di semenanjung.



Peta wilayah Kesultanan-kesultanan Melayu di Sumatera Timur





Selepas perang dunia ke-2, Kerajaan-kerajaan Melayu di Sumatera Timur ini muncul sebagai wilayah yang kaya dan makmur hasil daripada perkembangan sektor perladangan. Perkara ini dapat dilihat daripada binaan istana-istana Sultan yang sebahagiannya masih lagi dapat dilihat hingga ke hari ini. Kemakmuran wilayah ini turut menarik kehadiran pendatang-pendatang dari tanah Jawa untuk menginap di wilayah ini bagi bekerja di ladang-ladang. Walaubagaimanapun, amat malang apabila dikalangan Kerajaan-kerajaan Melayu ini tidak membentuk perikatan atau kerjasama sesama mereka, sebaliknya bersaing sesama sendiri.





Pada masa tersebut, keadaan politik di Hindia Timur Belanda berada dalam kacau-bilau. Pengisytiharan kemerdekaan Indonesia secara sepihak oleh Soekarno dicabar keabsahannya oleh penjajah Belanda, memandangkan pengaruh dan kuasa Soekarno pada masa itu hanya meliputi Pulau Jawa sahaja. Kelekaan Kerajaan-kerajaan Melayu di Sumatera Timur dengan kemewahan hasil pembangunan ladang-ladang bagi tujuan tanaman menyebabkan mereka tidak menyedari jumlah ’pendatang’ yang bekerja di wilayah kekuasaan mereka telah melebihi jumlah penduduk tempatan sendiri. Kehidupan para pendatang dari Jawa di Sumatera Timur ini berada dalam keadaan yang menyedihkan dan tidak terurus. Raja-raja Melayu di Sumatera Timur enggan menganggap para pendatang Jawa ini sebagai ’Melayu’ kerana amalan agama Islam mereka yang berbeza dengan amalan penduduk Islam tempatan. Sementara para pendatang Jawa juga tidak mahu mengaku mereka adalah rakyat (subject) kepada Raja-raja Melayu di wilayah yang mereka duduki.

Raja-raja Melayu menganggap pengisytiharan kemerdekaan Indonesia tidak akan menguntungkan kerajaan masing-masing, kerana ia didominasi oleh kaum Jawa yang berpusat di Pulau Jawa sendiri dan menyokong pemerintahan bercorak Republik. Kerana tersepit antara kebangkitan semangat nasionalisme Indonesia dengan kewajipan untuk mempertahankan Kerajaan dan takhta masing-masing, Raja-raja telah melakukan kesilapan (mungkin kerana terpaksa, tiada pilihan) dengan menghantar surat menyatakan kesetiaan kepada Ratu Belanda.

Tindakan tersebut telah diambil kesempatan oleh para Nasionalis Indonesia yang didominasi etnik Jawa untuk mengecap para Raja-raja Melayu di Sumatera Timur ini sebagai boneka dan talibarut penjajah Belanda. Kemuncak kepada persengketaan ini adalah apabila para pendatang Jawa di Sumatera Timur bertindak dengan menyerang dan membakar kediaman di Raja, merogol, memenggal kepala dan membunuh para kerabat di raja Melayu hanya dalam tempoh satu malam iaitu pada 3 Mac 1946. Antara yang terkorban termasuklah Tengku Amir Hamzah, pujangga Melayu yang terkenal. Para nasionalis Indonesia cuba menyelindungkan perkara ini dengan mengatakan berlaku ’Revolusi Sosial’ rakyat bangun menentang pemerintahan monarki. Sedangkan realitinya, yang bangkit menyerang adalah hanya para pendatang dari Jawa yang terdiri daripada para penyamun, perompak, perogol dan penjenayah yang mengambil kesempatan daripada situasi yang berlaku.

Apa yang menarik, selepas kejadian tersebut, kebanyakan rakyat tempatan seboleh mungkin menyembunyikan identiti ’Melayu’ mereka bagi mengelakkan diserang oleh para ’Nasionalis Indonesia’. Malahan, sebahagian kaum Batak Karo dan Simalungun yang telah memeluk Islam dan mengamalkan cara hidup Melayu, kembali memakai nama asal Batak mereka dan mengelakkan dilihat sebagai Melayu. Satu persekutuan yang meliputi wilayah Kerajaan-kerajaan Melayu kemudian ditubuh, dengan nama Negara Sumatera Timur, dengan harapan untuk menyertai Republik Indonesia Serikat sebagai salah sebuah negeri di dalamnya. Namun, Negara Sumatera Timur ini mengelak daripada melibatkan Raja-raja Melayu yang seolah-olah telah menjadi satu taboo yang memalukan pada masa tersebut.

Negeri-negeri yang termasuk di dalam Republik Indonesia Serikat


Lambang dan Bendera Negara Sumatera Timur



Akhirnya? Jangka hayat Negara Sumatera Timur ini juga tidak lama dan kemudian dibubarkan. Republik Indonesia Serikat juga akhirnya dibubarkan dan digantikan sepenuhnya dengan Republik Indonesia yang bercorak negara kesatuan yang berpusat di pulau Jawa. Bagi melemahkan pengaruh Raja-raja Melayu dan kekusaan etnik Melayu (yang dibimbangi lebih cenderung untuk bergabung dengan Malaysia), wilayah Sumatera Timur ini kemudiannya digabungkan dengan wilayah Tapanuli yang didiami majoriti suku kaum Batak untuk menjadi Propinsi Sumatera Utara. Kini, etnik Melayu hanya menjadi kaum minoriti yang tidak berkuasa di negerinya sendiri di dalam Propinsi Sumatera Utara. Para waris Raja-raja Melayu pada hari ini cuba menghidupkan kembali warisan dan takhta Kerajaan mereka yang hilang, namun hanya atas dasar melestarikan kebudayaan tempatan semata-mata, iaitu bagi mengelakkan salah faham daripada Pemerintah Indonesia.



Sri Paduka Tuanku Sultan Azwar 'Abdu'l Jalil Rahmad Shah al-Haj ibni al-Marhum Tengku Maimun, Raja Langkat, bersama para pembesarnya.






Paduka Sri Sultan Mahmud Aria Lamanjiji Perkasa 'Alam Shah ibni al-Marhum Sultan Otteman Mahmud Ma'amun Padrap Perkasa 'Alam Shah, Raja Deli, yang masih kanak-kanak, ditabalkan bagi menggantikan ayahandanya, seorang pegawai tentera yang terkorban semasa bertugas di Acheh.



Tuanku Luckman Sinar @ Sultan Bashar Shah II, Raja Serdang, bersama keluarga dan hulubalangnya.



Sri Paduka Tuanku Sultan Dr. Kamal Abrahim 'Abdu'l Jalil Rahmad Shah ibnu al-Marhum Sultan Sha'ibun 'Abdu'l Jalil, Raja Asahan


Apa pengajaran yang kita boleh pelajari daripada sejarah Sumatera Timur ini?

1) Sebahagian besar rakyat Indonesia, khususnya yang berketurunan atau berasal di Pulau Jawa, masih mempunyai pandangan skeptikal terhadap Bangsa Melayu. Justeru itu, usahlah hairan apabila setiap kali timbul isu berkaitan Malaysia, mereka terus menjadi beruk dengan terkinja-kinja di jalan raya mahu menganyang negara kita dan menghina Raja-raja kita. Itulah ’warisan’ yang masih terpahat di kepala lutut mereka apabila mereka menyamakan situasi negara kita dengan Raja-raja Melayu di Sumatera Timur dahulu.

2) Institusi Kesultanan Melayu (diulangi, institusi! Bukannya mengenai peribadi Raja secara personal) mempunyai kepentingannya yang tersendiri sebagai simbol penyatuan dan pertahanan warisan kebudayaan Bangsa Melayu. Mesti mempunyai sebab tertentu Allah mentakdirkan Bangsa Melayu ini berdiri atas wilayah yang didirikan oleh Raja-raja mereka, bukannya memiliki sempadan dan wilayah tertentu bagi setiap bangsa sebagaimana di Eropah. Cuba lihat mengapa penjajah berusaha bekerjasama dengan pemerintah Thailand dan Filipina menghapuskan institusi di Raja bagi Kesultanan Patani Darul Makrif dan Kesultanan Sulu Darul Jambangan. Hingga kini perjuangan kemerdekaan di selatan Siam dan Moro (selatan Filipina) masih lagi gagal dan berpecah-belah disebabkan kemunculan pelbagai kumpulan pejuang dengan pelbagai ideologi yang berbeza.

3) Pemakaian maksud Kerajaan pada hari ini telah berubah daripada ’Kingdom’ kepada ’Government’. Pada hari ini, kemakmuran negara kita dilihat tidak selari dengan keadaan Bangsa Melayu yang berpecah belah. Sebagaimana di Sumatera Timur pada tahun 1940-an dahulu, kita berpecah, bersaing dan tikam-menikam sesama sendiri antara negeri ’Kerajaan BN’, negeri ’Kerajaan PAS’ dan negeri ’Kerajaan PKR’. Para penduduk dari kalangan keturunan bukan penduduk asal pula telah berani mempertikaikan kedudukan dan hak istimewa Raja-raja dan penduduk Bumiputera. Jika kita tidak berwaspada dan insaf, jangan menyesal pula jika kita mewariskan kepada anak cucu kita sejarah dan keadaan sebagaimana yang berlaku di Sumatera Timur ini.

4) Renungan untuk mereka yang menyokong dasar tak rasmi ’Memelayukan’ Bumiputera bukan Melayu serta bukan Bumiputera yang memeluk Islam, supaya menggunapakai nama Melayu dan ditonjolkan kebudayaan Melayu apabila para saudara mualaf baru ini berkahwin, inilah kata-kata kaum Batak Karo dan Simalungun apabila berlaku serangan terhadap kaum Melayu di Sumatera Timur dahulu, ”Jika kami boleh ’masuk’ Melayu, maka apa pula yang menghalang kami untuk ’keluar’ Melayu?”. Oleh yang demikian, biarkanlah para saudara baru kita ini dengan nama dan kebudayaan asal kaum mereka apabila telah memeluk Islam, asalkan sahaja ianya tidak menyimpang daripada ajaran Islam. Bukankah lebih elok ditonjolkan Islam ini milik semua kaum, daripada menonjolkan memeluk Islam seolah-olah ’masuk Melayu’, hingga mendatangkan persepsi negatif dikalangan keluarga bukan Islam?


Rujukan :

1) Arifin Omar (1999) ”Revolusi Indonesia dan Bangsa Melayu : Runtuhnya Kerajaan-kerajaan Melayu Sumatera Timur Pada Tahun 1946” Penerbit Universiti Sains Malaysia.

2) Prof. Anthony Milner (2008) ”The Malays” Blackwell

37 comments:

  1. Paduka Sri Sultan Mahmud Aria Lamanjiji Perkasa 'Alam Shah ibni al-Marhum Sultan Otteman Mahmud Ma'amun Padrap Perkasa 'Alam Shah, Raja Deli, yang masih kanak-kanak, ditabalkan bagi menggantikan ayahandanya, seorang pegawai tentera yang terkorban semasa bertugas di Acheh.

    --> Almarhum bekerja di bawah Jeneral Jawa untuk kelangsungan hidup. Ini fakta.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum saudara Melayu Bersatu,

    Boleh saudara terangkan dengan lebih terperinci apa yang saudara maksudkan dengan Almarhum Sultan Deli tu berkerja di bawah Jeneral Jawa?

    Kita kena lebih adil untuk melihat situasi masyarakat Melayu di Indonesia ini. Raja-raja Melayu dah tak ada lagi kuasanya sebagaimana kita pada hari ini di Malaysia. Tambahan pula, etnik Jawa sahaja dah hampir 45%. Belum ditambah lagi dengan etnik2 dari Pulau Jawa yang lain seperti Sunda, Madura dan Bali.

    Justeru itu, usahlah dihairankan jika etnik Jawa mendominasi negara tersebut. Raja-rajanya sekarang hanyalah simbol sahaja, dan mempunyai pekerjaan yang lain termasuk berkerja kepada pihak Pemerintah Indonesia.

    Apa pun, kemangkatan Sultan Deli itu pada saya adalah terhormat, ketika baginda terkorban untuk membantu para mangsa2 tsunami di Acheh...

    Salam hormat,

    ReplyDelete
  3. assalamualaikiu....
    maaaf sekiranya soalan saya agak rumit dan dalam...
    ada tak sejarah di bukit tinngi,indonesia.t.semasa pemerintahan di sana,2 orang beradik perempuan ank raja dan adknya lari ke negara malaysia ..mungkin akibat merajuk..tp tak pasti..sipakah pemerintah pd masa itu dan nma dia...sy trlalu mnghrapkn jwapan trsbut..skiranya ia bnar brlaku....wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam, saya ingin merujuk kepada komen anonymous, bertarikh 2 may 2010, 8:17pm.

      saya di ceritakan perkara 2 beradik bergaduh dan adik nya membawa diri ke Malaysia. itu benar.. saya keturunan generasi nya yang ke-8. cerita ni di cerita kan dari mak saya, yg mana generasi ke-7. apa yg saya tahu, bila dia telah berada di tanah melayu, beliau telah bersumpah takkan jejak kan kai kembali ke tanah sumatera selama 7 keturunan dan nama gelaran 'Tengku' nya di 'buang'. ada yang menyampaikan saya generasi ke-8 ni hendak lah kembali atau sekurang-kurang nya menziarah ke tanah sumatera untuk memecah kn 'sumpahan' tersebut.. sejauh mana kebenaran nya, wallahualam. tetapi, itulah yg dicerita kan mak dan datuk saya.. saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkara ini. harap pihak tuan punya blog ini dapat membantu mengumpul fakta mengenai perihal ini.. sekian.. terima kasih..

      Delete
  4. Walaikumussalam,

    Insya Allah, saya akan cuba cari info tersebut. Jika telah dijumpai, saya akan maklumkan kemudian.

    Salam hormat,

    ReplyDelete
  5. Salam nusantara,

    Bolehkah saudara dapatkan salasilah dan keturunan raja mataram. Benarkah rajanya wanita bergelar Ratu Mataram dan kemana menghilang warisan ini?

    ReplyDelete
  6. W'salam anon 3:15,

    Cuba rujuk buku Royal Families of South-East Asia terbitan Shahwira.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. hamba amat bersetuju dgn pendapat pengarang........takkan Melayu hilang didunia....hanya bangsa Melayu yang boleh tolong org Melayu.

    Alhamdulillah..........masih ada pendekar Melayu yg setajam mata pedang 13 Mei akalnya......syukur pada Allah.................

    nasib baik org keturunan Jawa di tanah Melayu (malaysia) ini memahami dan mengakui kita ada serumpun.

    maksud Melayu ialah dia berdarah keturunan Melayu, pandai pasal keris, pandai pasal silat dan boleh bersilat............mempunyai raja, mempunyai Tanah air sendiri.............dan yg paling penting bersemangat Melayu.........

    ITU LAH PENDEKAR MELAYU...........
    ORG MELAYU MESTI TAAT PADA SULTAN.
    JIKA SULTAN KECUNDANG, ORG MELAYU AKAN KECUNDANG,
    JIKA SULTAN MURTAD SATU MELAYU AKAN MURTAD.
    JIKA SULTAN ISLAM, SATU MELAYU AKAN ISLAM.
    JIKA SULTAN PENDEKAR, SATU MELAYU AKAN PENDEKAR.
    JIKA SULTAN KEBAL, SATU MELAYU AKAN KEBAL.
    JIKA SULTAN HEBAT, SATU MELAYU AKAN HEBAT.
    PERCAYALAH.......................

    ReplyDelete
  8. KALAU TAK TAHU PASAL PERSILATAN DAN TAK SIMPAN WALAU SEBILAH KERIS DIRUMAH BAIK JGN JADI ORG MELAYU....

    ReplyDelete
  9. MAKSUD MELAYU IALAH SATU KETURUNAN CIPTAAN ALLAH YG DARAH KETURUNANNYA BERJIWA PENDEKAR MELAYU YANG BELAJAR SILAT, BUKAN SENIBELA DIRI BANGSA ASING SPRT KARATE, KUNGFU , KALARIPAYAT, TAEKWONDO DAN SEBAGAINYA...........TAK SALAH NAK MEMPELAJARI YG LAIN,,,,,,,,TAPI MESTI MAHU TAHU ATAU KHATAM SILAT JUGA.............BARU LULUS JADI MELAYU..................KEMUDIAN BEL;AJAR GUNA KERIS DGN BETUL............
    SETAKAT DNA DARAH ORG MELAYU JE TAK CUKUP JIKA TAK TAHU KEHEBATAN ORG MELAYU............

    DIDALAM DUNIA HANYA ADA SATU HANG TUAH
    DIDALAM DUNIA HANYA ADA SATU KERIS TAMING SARI
    NAMUN BEGITU AKAN LAHIR LEBIH RAMAI LAGI PENDEKAR MELAYU YG UNGGUL YG TIDAK MENDABIK DADA BONGKAK SEPERTI BRUCE LEE....MENCABAR SELURUH DUNIA..................TAPI HARUS DIINGAT KITA MESTI WASPADA TERHADAP PEMBELOT........YG MESTI KENA BUNUH DULU IALAH PENGKHIANAT..........(YG TERDIRI DARI KALANGAN KITA SENDIRI.....) INI FAKTA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...duri dalam daging lah yang membuatkan melayu hilang segala-galanya. siapa lagi yang boleh menolong melayu kalau tak bangsa itu sendiri?? sapa lagi yang boleh mempertahankan melayu kalau tak melayu? kalau sesama melayu pun tidak sepakat...faham faham saja lah..

      Delete
  10. RAMAI YG SALAH TAFSIR PASAL SILAT.....KERANA MEREKA INGAT DEPAN MUSUH MASIH NAK BUAT BUNGA SILAT......SALAH, MEREKA SILAP..............BILA DEPAN MUSUH BUKAN BUNGA SILAT.....TAPI BUAH PUKUL..........................YG WAJIB DIGUNAKAN..........BUNGA SILAT NI MAKSUDNYA IALAH MENGHAYATI SENI PEMBUNUHAN............IA SEPERTI TARIAN YG MANA HANYA DIFAHAMI OLEH SI PELAKUNYA SENDIRI SHJ..........DAN BILA SUDAH DINAMAKAN SBG TARIAN ....MAKA IA SEPATUTNYA PERLU DIFAHAMI PERLU DILAKUKAN PADA WAKTU PERSEMBAHAN ATAU LATIHAN SHJ. SEKIAN......

    BUNGA SILAT= MENGHAYATI SENI PEMBUNUHAN

    ReplyDelete
  11. KETURUNAN SI KUNTUM (yg membunuh JWW Birch) di Pasir SalakJune 27, 2010 at 2:53 AM

    BERGADUH , BERTUMBUK DAN BUNUH TAK PERLU BELAJAR SBB SEMUA ORG BOLEH TAHU SENDIRI......LUMRAH ALAM KITA ADA SIFAT KEBINATANGAN,......(KISAH ANAK NABI ADAM) TETAPI MENGAPA KITA MESTI BELAJAR SILAT SBB KITA NAK MENGHAYATI SENI PEMBUNUHAN................, MENGELAKKAN DIRI DARI MENJADI SALAH SATU STATISTIK MATI KENA BUNUH OLEH MUSUH ISLAM , DAPAT MEMPERTAHANKAN DIRI, AGAMA , BANGSA DAN NEGARA.......

    PETIKAN DARI KATA PANGLIMA DATUK BAHAMAN KETIKA MENGAJAR ANAK MURIDNYA BERSILAT.....

    " USAH BICARA UNTUK MEMPERTAHHANKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA JIKA DIRI SENDIRI TIDAK DAPAT DIPERTAHAN KAN......HA HA HA HA".......HA HA HA ..."

    ReplyDelete
  12. PANGLIMA HARIMAU BERANTAIJune 27, 2010 at 3:03 AM

    dalam TANAH MELAYU ini hanya saorang shj yg kan jadi Pendekar.......ADAT BERTARUNG SALAH SATU PASTI AKAN MATI.......

    SAMAADA 1) PENDEKAR MELAYU (ISLAM)
    2) PENDEKAR INDIA (KAFIR ATAS AYAT ALLAH)
    3) PENDEKAR CINA (YG KAFIR)
    4) PENDEKAR INDIA MUSLIM
    5) PENDEKAR CINA MUSLIM
    6) PENDEKAR PENDATANG...
    7) DAN SEBAGAINYA........

    PILIH YG MANA SATU.
    JUST THINK ABOUT IT.

    ReplyDelete
  13. Kalo gitu dibuang aja gelaran Sultan atau Raja atau Tengku...

    Bikin malu aja..malu ama anak cucu...

    ReplyDelete
  14. indon gila sial menyamar guna nama Melayu Bersatu. menyamar la macam mana pun, ke'indon'annya tetap akan terserlah. hahahaha!!!

    ReplyDelete
  15. Hak3..
    menyamor sungguh..tengok ayat pun tahu dah.adeh~

    ReplyDelete
  16. Salam,

    Orang-orang Melayu dari Sumatera Timur mesti kena kerja kuat,hidupkan kembali institusi raja melayu. Sangat sedih sekali bila kita lihat selepas WW2 Malaysia masih lagi mempunai raja yang berdaulat tetapi tidak di Indonesia.

    Anak Melayu Melaka
    Takkan Melayu hilang di dunia.

    ReplyDelete
  17. Assalaamualaikum.
    Salam dari negeri seberang, North Sumatera.
    Nice article. Melayu atau bukan, tetaplah sama-sama manusia. Siapa yang bersifat buruk atau baik, maka walau sebesar dzarrah akan tetap dihitung.

    ReplyDelete
  18. mungkin malaysia akan senasib peristiwa berdarah di sumatera timur lihatlah kebanjiran rakyat warga asing dari indonesia semakin meningkat,belum termasuk PATI dan warga asing dari negara lain. jika di kaji dan di amati sama sahaja cara zaman itu dan sekarang. apabila rakyat indonesia melebihi rakyat tempatan kemungkinan akan terjadi seperti sumatera timur dahulu.

    ReplyDelete
  19. Izinkan hamba memberi pendapat:

    Dalam menghadapi sebarang cabaran/ancaman, yang pertama patut kita sedari adalah: TIDAK MUSTAHIL kita tersungkur. Ini paling utama, agar kita tidak terlalai walau seketika. Lihat saja dimana-mana, hakikatnya, orang/pihak yang sentiasa memperoleh kejayaan/kemenangan rata-rata adalah mereka yang menghayati dan berpegang teguh kepada falsafah ini.

    Dengan itu sebagai titik mula, langkah seterusnya ialah membuat PERSEDIAAN DEMI PERSEDIAAN, saban hari, saban minggu, saban tahun, untuk mengekalkan diri pada tahap PALING GAGAH dan PALING PERKASA yang termampu oleh kita.

    Supaya diri sentiasa berupaya bertindak tegas serta sebaiknya, untuk terus memupuk apa yang baik, atau segera memusnahkan apa yang buruk, bila-bila saja diperlukan. Sama ada di peringkat individu, mahupun di peringkat kolektif, misalnya bangsa atau negara.

    Sebarang keadaan, sebarang amalan atau sebarang perkara yang mengandungi sebarang kemungkinan boleh membuat kita (atau bangsa kita, atau negara kita) kecundang hendaklah DIHAPUSKAN SEGERA.

    Ini adalah sebahagian daripada ilmu panglima. Bacalah sastera mana yang diri gemari, intisarinya tetap serupa.

    Jatuh bangun setiap bangsa dalam sejarah adalah ditentukan oleh para panglima. Raja juga asalnya adalah panglima. Marilah kita ikuti golongan panglima berwibawa yang telah terbukti selama ini berkemampuan menakhodai bahtera nusa dan bangsa dengan sepenuh gemilangnya.

    Janganlah kita terbuai-buai oleh angan-angan & pidato kosong segelintir pak badut baru, para si kitul yang lebih perasan daripada segala, yang ghairah berlagak sebagai panglima, lebih lagaknya, namun singkat akalnya.

    Sekian, wassalam.

    ReplyDelete
  20. INGAT!>AMAL<IMAN

    lebih cepat kamu fahamkan sebr3gaa amolan yg mano, lebih cepatlah sampai kalian kepada KEBENARAN!

    AKU DOAKAN KAMU DILINDUNGI OLEH KAUM-KAUM JIN
    AKU DOAKAN MEREKA SENTIASA MELINDUNGI KAMU DARI BISIKAN SYAITAN(mungkin xkn) YANG MEMBAWA LU KA ABANG LONG KA aku TARAPAPAWEIIII!!!!

    ;P

    ReplyDelete
  21. Kawan 2x imegresen terima kasih lerana bekerja keras membendung Pati2x ini sekurang kurangnya hamba tak rasa seperti berada di luar malaysia bila berada di klcc terutama cuti hujung minggu dan hari cuti umum

    ReplyDelete
  22. yang sebenarnya mengikut sejarah sebahagian besar orang orang melayu sumatera dan melayu ditanah melayu adalah berperangai pembelot,tikam belakang,bacul,berpaling tadah,tali barut,anjing penjajah,sebilangan besar merogol anak gadis sendiri,melacurkan isteri sendiri untuk sesuap nasi dqan secawan kopi kerana pemalas dan tak boleh bersaing dengan kaum kaum lain.paling menjijikan membodohkan sebahagian besar orang melayu dan orang melayu sememangnya bodoh,bangang,bengap,bebal,tak minat berfikir,tak minat ambil tahu sejarah hanya tahu makan tidur,main dam,berjudi,tidur sampai tengahari kepetang dan membesarkan perot dan yang paling teruk sekali merompak bangsa sendiri menyamun,membelit,menipu,memusing fakta sejarah,perlembagaan,undang undang,urus tadbir,pentabiran dan menggunakan duit rakyat dan negara macam duit kepala mak bapak dia lebih teruk dari penjajah contohnya UMNO syaitan yang dikenali dan pemimpin pemimpinnya sebahagian besarnya adalah terdiri daripada keturunan talitbarut pembelot dan penghianat bangsa contohnya runtuhnya kerajaan ditemasek,melaka,negeri negeri melayu disumatera timur,selatan dan kerajaan melayu dikalimantan,betawi dijakarta,kerajaan melayu ditanah melayu iaitu menjual negeri kepada penjajah dan kemudiannya menjadi tali barut penjajah merosakan bangsa sendiri seperti yang berlaku kini seperti tanah rizab melayu,keretapi rtanah melayu,persekutuan tanah melayu,tanah melayu johor disingapura,saham melayu bumitera,bank bumiputera,air,letrik kalau nak ditulis setahun pun tak habis dan tali barut tali barut pembelot haram jadah ini telah menyorok dan bersembunyi dibelakang penjajah british dan sebahagian besarnya jadi UMNO KEPARAT contohnya yang berlaku diperak dimana pejuang pejuang menentang inggeris diperak,pahang,naning,negeri sembilan kedah,terengganu dan lain lain negeri iaitu tali barut tali barut ini telah memberitahu kepada penjajah british dimana pejuang pejuang ini berada dan diberi pangkat seperti penghulu,ketua kampung,pegawai daerah lain lain jawatan dalam kerajaan british dan diberi tanah dan apabila tertubuhnya UMNO,tali barut tali barut ini pun menyertai UMNO (KELAB PEROMPAK DAN PENYAMUN HARTA RAKYAT) setelah parti parti nasionalist yang digelar golongan kiri yang mendapat sokongan rakyat iaitu (PERLEMBAGAAN RAKYAT 1947) diharamkan oleh penjajah british pada tahun 1948 dan rompakan dan samun dilakukan dengan sewenang wenangnya bermula dari 31 ogos 1957 hingga kini seperti harta mak bapak dia diantaranya MAHAFIRAUN,QARON(SYED MOKHTAR AL BUBUR KARI),PM CAP AYAM NAJIS ALJUBURI ALLTANTUYA ALJUDILI ALBACULLI.inilah artikal yang perlu difahami dan disedari oleh sebahagian besar umat melayu yang karat pekak badak dan hanya tau makan saja.banyak makan otak boleh beku seperti ais dikutub utara dan selatan.sekian terima kasih jumpa lagi kalau tak faham rujuk sejarah.

    ReplyDelete
  23. malikus solleh Malikus : komentar anda dah macam taik!!! tulis ikut sedap emosi. bongok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. komentar malikus solleh malikus menunjukkan sikap apa sebenarnya? memang lah ada pemimpin yang menyakitkan hati, tapi komen anda ni sepatutnya diluahkan dalam PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT!! bukan di sini encik malikus kus kus....

      Delete
  24. terima kasih atas informasinya. semoga Negara Sumatera Timur dapat kembali jaya seperti dahulu. kami bertutur jari sepuluh, memohon dukungan, dari encik dan puan, para petinggi negeri melayu untuk mendukung kembali negeri Melayu di Sumatera Timur. Kejayaan Masa lalu, akan tetap kami pertahankan. kami dari Nasional Sumatera Timur mengharap dukungan semuanya untuk kedaulatan Sumatera Timur. Indonesia (orang pulau jawa) telah merebut negeri kami. menindas bangsa serumpun melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tidak tahu di indonesia, tapi di selatan thai dan melayu champa di kemboja orang melayu di malaysia kerap menghulurkan bantuan dan wang ringgit

      Delete
  25. Dimana kaki ku berpijak.di situ langit ku junjung..DAULAT TUANKU!!!..tak kan hilang melayu di dunia..

    ReplyDelete
  26. Dimana kaki ku berpijak.di situ langit ku junjung..DAULAT TUANKU!!!..tak kan hilang melayu di dunia..

    ReplyDelete
  27. sedih juga aku baca tentang pembunuhan sultan2 kerabat2 melayu di sumatera timur ni..

    ReplyDelete
  28. Bismillah... Assalamualaikum... Saya yg daif ingin bertanya..! Asalusul keturunan raja solo dari mana!? Wassalam...

    ReplyDelete
  29. Info yg amat menarik dan berguna sekali.. Jarang2 kita dpt baca mengenai sejarah kesultanan melayu sumatera yg asalnya gilang gemilang akhirnya trkubur akibat ketamakan manusia2 yg busuk hati..

    ReplyDelete
  30. sejarah tetaplah sejarah, cerita tinggal cerita, yang semakin jauh itu kenangan , yang semakin dekat itu cabaran masa depan,

    dahulu, melayu sumatera mempunya kuasa dan kedudukan, malah ada negara melayu sendiri, Negara Sumatera,
    dahulu melayu sumatera gagah, jajahanya luas , negerinya kaya,
    raja Langkat
    Raja Deli

    seribu kali sayang, sekarang semuanya tinggal kenangan, luka masih berdarah dan sejarah masih terpahat, yang tinggal cuma nama , wangian sejarah hitam masih terbau diudara langkat, sedih !

    juga semakin malang, melayu tak pernah belajar dari sejarah, tak pernah sedar bahawa melayu itu terlalu gagah sekiranya bersatu,
    satu perkara yang melayu sanggat berat untuk laksanakan iaitu Bersatu !

    melaka hancur kerana tidak Bersatu
    melayu Sumatera luluh kerana Raja2 Melayu tidak bersatu..
    begitu juga melayu Deli
    melayu Aceh
    melayu Panai

    masih adakah sekelumit perasaan rindu dihati saudara untuk melihat bangsa melayu islam ini bersatu ??

    ReplyDelete
  31. Assalamu'alaykum.pilu hati ambe membaca ulasan Tuan.ambe puak melayu dari Asahan,bertinggal di Medan(Deli).secara garis besar ambe membenarkan ulasan Tuan.harapan ambe,hendak lah sedara sepuak dari semenanjung bertandang kemari sesering mungkin membantukan kami membangkitkan melayu semula.salam persedaraan utk semua.tabik.

    ReplyDelete
  32. ambe Melayu Kelantan..dialet yg berbeza di semananjung,tetapi sama dengan dialet Melayu Patani(kini dlm negara Thailand)..Melayu Kelantan..kini rajanya amat soleh,akan dilantik jadi YDP Agong(ketua Raja-raja Melayu di Semenanjung Malaysia),semoga Allah selamatkan rumpun Melayu di mana saja,"Islam Dijunjung,Raja Disanjung,Rakyat dipayung"..amin

    ReplyDelete