Featured Post

Peringatan Kepada Laman OhMyMedia dan Page-page Hiburan Kaki Copy Paste

Ketika penulis memulakan penulisan di blog kira-kira sembilan tahun yang lalu, ada tiga (3) niat utama yang terlintas di fikiran pen...

Friday, July 2, 2010

Penggunaan Pistol & Senapang Oleh Pahlawan Melayu Dahulukala

Membaca artikel Al Semantani dari blog Melayu Nusantara serta Srikandi dari blog Mistisfiles mengenai senjata-senjata Melayu yang digelapkan membuatkan saya menonton semula filem Queen of Langkasuka (judul asalnya Queen of Pattani). Ada sesuatu yang menarik mengenai filem tersebut.





Memanglah filem tersebut dipenuhi fantasi dan jalan ceritanya pula menyeleweng daripada fakta sejarah. Tambahan pula, sejarah Kerajaan Melayu Patani tidak diajar di sekolah pada hari ini kerana dianggap sebagai sejarah Thailand! Pada mulanya, saya ketawa besar apabila salah satu watak utamanya, Prince of Pahang, yang berpakaian Melayu lengkap dengan samping dan tengkoloknya, dengan selamba menggunakan senjata seakan pistol dalam filem tersebut. Pengawal kepada Prince of Pahang pula dengan megah dan segak memegang senjata seakan senapang mengiringi Putera tersebut.








Kini barulah jelas kepada saya bahawa penggunaan senjata tersebut dikalangan orang Melayu pada masa dahulu bukanlah satu fantasi. Hanya berbeza nama sahaja. Orang Melayu pada masa dahulu mengenali senjata jenis pistol dengan nama Pemuras dan Terakol sementara senjata jenis senapang dikenali dengan nama Istinggar.








Setakat ini, hanya filem Queen of Langkasuka sahajalah satu-satunya filem Melayu di dunia yang memaparkan orang Melayu dahulu kala sudah cekap dan biasa menggunakan pistol dan senapang khususnya dalam peperangan. Malahan juga, ilmu ketenteraan dan strategi peperangan Kerajaan Melayu turut meliputi penggunaan baju besi dan penggunaan meriam gergasi.





Ironinya, filem tersebut dikeluarkan oleh sebuah negara yang bukan berbudaya Melayu dan masih lagi menjajah wilayah salah sebuah Kerajaan Melayu yang utama, malahan filem tersebut hampir keseluruhannya menggunakan Bahasa Thai dan tidak ada langsung Bahasa Melayu yang dipertuturkan.





Adakah kita masih ingin berpegang kepada fakta yang telah lama di'brainwash' dalam minda kita selama ini bahawa tentera Melayu dahulu kala hanya berkaki ayam sambil memegang keris dan tombak semata-mata, tumbang sebelum sempat bertempur akibat ditembak oleh pasukan bersenjata tentera penjajah dan hancur berkecai akibat dibom oleh meriam lawan?


...

...




Sama-samalah kita fikirkan...

50 comments:

  1. cam kelakar pun ada tengok gambo filem tu. hehehe...

    ops, sori, jangan salah faham ek. cuma janggal tengok org dulu2 pegang senapang. tapi jangan ingat saya tak setuju dengan sedara... =)

    ReplyDelete
  2. Walaupun wujud istilah istinggar, pemuras, terakul, lela rentaka dan lela yang menunjukkan penguasaan tamadun Melayu terhadap teknologi serbuk api, persoalan yang timbul ialah adakah Pendekar Legenda Berlima: Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pandai senjata api?

    M_M

    ReplyDelete
    Replies
    1. hang tuah hang jebat dan lain2 adalah gelaran ataupun nama jawatan yang di pegang berterusan yakni mereka yang ada kepakaran pada masa itu cth jurutera, pilot, navigator dll

      Delete
    2. Apa yg Tun Sri Lanang tulis dlm Sejarah Melayu merujuk kiasan seperti cerita Nabi dlm al-Quran, cerita dikiaskan menurut waktu dan keadaan.

      Delete
  3. Salam.. posting yang sungguh menarik pada kali ini. Mengingatkan pahlawan Melayu dahulu hebat menggunakan pemuras, meriam dan sebagainya. Sayabas tuan.. Teruskan usaha membongkar khazanah Melayu Islam ini..

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya sebelum filem ini dibuat lagi saya dah rasa kemaruk dan tertunggu-tunggu penerbit dan pengarah tempatan untuk hasilkan filem zaman silam yg memaparkan penggunaan senjata api.Namun hampa. Tiba2 suatu hari saya terlihat iklan mengenai filem tersebut dalam sebuah laman web thai. saya kagum sebb saya dapat lihat prop dan costume mereka. Bila dah tengok saya masih lagi kagum dengan usaha mereka untuk memaparkan penggunaan senjata api oleh masayrakat kita. tapi malangnya mereka bukan kita( melayu).Nantikan hasil kajian susulan saya mengenai ilmu perang melayu. saya akan sentuh banyak tentang ilmu senjata api melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. teruskan usaha saudara, semoga allah mengurniakan istiqomah pada saudara sehingga menemui titik noktahnya atau setidak-tidaknya menjadi perintis semangat kepada anak-anak cucu kita untuk terus menggali khazanah bangsa. Sejarah yang digelapkan

      Delete
  5. Salam terima kasih tuan telah membuatkan saya terpanggil utk memberi pandangan....Saya telah menonton filem ini beberapa kali....lalu teringat saya hanya ada satu saja Filem Melayu yg ada memperlihatkan penggunaan meriam ia-itu diera 80an....lakonan utama Rahim Razali...sedutan dari Peperangan Kedah Siam 1821-1842..tajuknya Sumpah di Bumi Merkah...itu pun digambarkan meriam oleh tentera Thai...tapi faktanya Tentera Kedah juga ada pasukan meriamnya....lalu saya cabar Pengarah-Pengarah Filem Melayu sekarang termasuk kementerian Warisan ,Kebudayaan ...apa yg kamu buat utk sejarah warisan bangsa kamu!!!???? Tarak apa ka! asyik cerita hantu saja...setakat tukah pemikiran Pengarah Filem Melayu kini!
    Banyak sekali boleh di buat filem....Dimana Cerita Peperangan Kedah Siam yg hebat itu!...Pelayaran Panglima Awang Mengelilingi Dunia...Orang Melayulah bangsa pertama mengelilingi dunia...mana filemnya???? Kesian ahliu sejarah,budaya,perfileman melayu begitu lesu ....Filem Raja Haji berperang dgn Belanda dimana????Tiada! Filem Tok Janggut! Mat Kilau! Syeikh Abdu Samad Al Falimbani!...JAWABNYA TIADA!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sokong... mana pengarah2 filem yang berani menonjolkan imej sebenar melayu. kekuatan sebenar melayu... ambo tau..selagi finas dipegang oleh umnongok...sejarah melayu akan terus dikuburkan. bagi mu agama mu bagi ku agama ku.

      Delete
  6. saudara Al-semantani, teruskan usaha anda mengetengahkan senjata-senjata api melayu.saudara dahalan, betul tu... peperangan pejuang2 melayu seperti tok janggut, mat kilau dan lain2 pastinya menggunakan senjata api.. tapi kita terus dibohongi oleh sejarah2 palsu. kalaulah ada karyawan filem yang sanggup memaparkan perjuangan orang melayu menggunakan senjata api melawan penjajah.. saya tabik 150%...

    ReplyDelete
  7. pahlawan melayu dahulu kala.....

    ReplyDelete
  8. orang yang emiliki keris dan menggunakannya...adalah orang yang bukan sembarangan.....ilmu kebatinan yang dimiliki bukan tandingan........itu perbezaan orang melayu yang menggunakn keris

    ReplyDelete
  9. entah mengapa saya langsung tidak terkejut melihat org melayu dgn baju tradisi melayunya menggunakan senjata api dan meriam,jgn sesekali berasa pelik atau kelakar melihat org melayu bersenjata api,org yg ketawa itu hanya menunjukkan kebodohannya dan perasaan terlalu merendah diri tahap kronik.tak perlu bertanya betulkah org melayu dulu mcm tu,fikir dgn akal bukak mata hati anda akan dpt jawapannya, utk mendptkan jawapan pertama sekali kita kene buang jauh2 dlm kepale otak kita yg melayu ni mcm org asli,org asli tau ke nak bukak pelabuhan,nak bina empayar? mereka tau ke nak bina kapal2 besar? mereka ada ke menghantar utusan utk hubungan diplomatik dgn negara lain? mereka ada ke undang2 ? jawapannye takde,mereka hanya hidup dlm puak masing2 tanpa perdulikan dunia luar. tak mcm melayu bukan setakat reti bina negara malahan tau pulak nek menjalankan hubungan diplomatik dgn negara lain. lagi satu cuba fikir mengapa negara malaysia hari ini tidak ketinggalan dgn negara2 lain dlm pembelian senjata utk perang? adakah tiba2 saja bangsa melayu ni mengikut perkembangan semasa? adakah manusia yg berasal dari zaman paleolik tiba-tiba pandai mengikut perkembangan semasa? jawapannya tentulah bangsa melayu sememangnya dari dulu bangsa yg mengikut perkembangan semasa ! lagi satu ingat balik cerita pirate of the carribean, lanun yg bodoh mcm jack sparrow pun reti guna senapang dan meriam,apatah lagi sebuah negara yg mempunyai keluasan empayar yg besar mcm melaka,kalau kita kata melayu tak reti guna meriam dan senapang ini bererti satu penghinaan yg besar kpd org melayu!adakah melayu ni lebih bangang dari lanun yg hanya tahu merompak? bodoh sgtkah melayu ni? kenapa org melayu hari ni boleh terima lanun2 dlm cerita pirate of the carribean reti guna senapang dan meriam,dan mengapa mereka tak boleh terima pulak bangsa melayu menggunakan senapang dan meriam? fikir,fikir,fikir wahai bangsa ku, kpd org melayu yg masih tak percaya bangsa dia menggunakan meriam dan senapang secara berleluasa pada zaman dahulu,tunggulah kalau aku jumpa meriam org melayu zaman dahulu, lalu aku kedebomkan meriam tu kat tubuh dia biar dia tahu dasyat tak dasyat meriam buatan melayu. melayu adalah bangsa yg hebat namun cuba dipadamkan sejarahnya

    ReplyDelete
  10. @nusantara sy umo 15 tahon dan bila sy bace artikel ni, sy tak percaye. sbb fakta dlm buku sejarah menggambarkan yg pahlawan melayu kalau berlawan hanya mgunakan keris, tombak dll. tp skrg sy rase dgn pjelasan awak tu,baru la sy pcaye krna ade logiknye disitu. time kaseh ye! (:

    ReplyDelete
  11. Negara kita dan sejarah kita dikuasai sepenuhnya oleh ahli freemason. Mereka seboleh-bolehnya hendak memadam sejarah Melayu dan Islam dari pengetahuan kita. Dahulu kala ketika Mahathir dibuang drp UMNO dan Kabinet, Mahathir pernah tinggal di Australia dgn dibiayai sepenuhnya oleh organisasi perisikan CIA. Ketika di Australia, Mahathirlah yg memburuk-burukkan Melayu di pentas antarabangsa dgn mengatakan Melayu tidak pandai buat jarum dan merupakan bangsa yg paling pemalas di dlm dunia.

    Ironinya ketika beliau menjadi PM, beliau pula yg menghentam orang-orang Barat kerana menuduh Melayu sebagai pemalas dan tidak pandai buat jarum. Sedangkan orang-orang Barat tidak pernah menuduh Melayu sebegitu. Yg menuduh Melayu sebegitu adalah Tun Dr Mahathir sendiri.

    Begitu juga dgn sejarah 13 Mei. Di kalangan bekas veteran UMNO, Mahathirlah yg pernah menjadi bapa segala konspirasi bagi peristiwa hitam 13 Mei. Beliau telah merasuah ramai orang bagi mewujudkan 13 Mei. Bukan itu shj, beliau juga membuat surat-surat layang dgn menuduh Tunku Abdul Rahman mabok ketika peristiwa hitam 13 Mei terjadi.

    Namun di dalam sejarah negara kita, beliau menjadi Bapa Pembangunan. Bukankah itu suatu penipuan dari segi sejarah negara. Saya tidak nafikan tentang kewujudan projek mega beliau Namun yg saya cuba sampaikan ialah mengikut kata Morgan Stanley International yg berpusat di Hongkong. Selama 20 tahun (ketika pemerintahan Mahathir), pelabur-pelabur asing sudah merasuah sebanyak RM320 billion kpd VVIP Malaysia bagi menjalankan projek di dlm negara kita. Jadi mesej pembangunan diwar-warkan , namun amalan rasuah dirahsiakan.

    Memadam sejarah benar adalah satu jenayah bangsa. Sejarah kita sengaja diputar belitkan oleh freemason . Jgn percaya 100% kpd sejarah negara versi Universiti tempatan dan Antarabangsa. Itu semua sudah di putar belit oleh freemason.

    ReplyDelete
  12. adik pandabear, ka;au nak tahu lebih lanjut tentang kehebatan bangsa melayu yang sebenar-benarnya, eloklah adik pergi ke blog yang disebutkan di atas. dan ambil tahu tentang penemuan tapak arkeologi di sg batu, lembah bujang kedah yang dipercayai adalah tamadun terawal asia tenggara iatu seawal tahun 110 masihi.

    ReplyDelete
  13. salam

    untuk mengetahui hebatnya melayu islam sila link ke sinihttp://mymanuskrip.fsktm.um.edu.my/Greenstone/cgi-bin/library.exe?e=d-00000-00---off-0publishe-dewanbah,publishe,umlibrar,othercol-01-1--0-10-0---0---0prompt-10---4-------0-1l--11-en-50---20-home---00-3-1-00-0-0-11-1-0utfZz-8-00&a=d&c=publishe&cl=CL1&d=DPeluru%20Petunang.1


    peluru betunang adalah ilmu senjata api
    takkan dapat disangkal lagi,namun jangan pula dibaca atau diamalkan cara-caranya kerana kita perlu tahu asal dan berguru adakah ilmu itu sampai salahsilahnya kepada nabi muhamad saw, takut lain jadinya.

    -ibnu fathoni-

    ReplyDelete
  14. @abang/kakak anonymous maceh. huhu ;p
    @Wau aka Layang-layang maceh juge :)

    ReplyDelete
  15. nak berkongsi dengan semua. semalam saya visit blog themalaypress (agak lama tak jengok sejak ada cerita sejarah srikandi kat mistisfiles) =) penulis tu promosikan majalah realiti edisi 4 yang diorang keluarkan. dalam artikel tu, penulis blog tu sendiri mengaku yang dua buah pulau di segenting kra, iaitu Ko Panyee & Ko Similan, asalnya dalam bahasa Melayu, iaitu Pulau Panji & Pulau Sembilan, tapi telah di'Siam'kan ikut sebutan orang Thai.

    so, saya pun tergeraklah untuk bagi komen (nak bertanya sebenarnya), kalau begitu, blog sejarahnagarakedah selama ni menipu pembaca lah. sebab diorg cakap, nama2 tempat kita semuanya berasal dari nama Siam, bukannya Melayu. ikut kebiasaan, kalau nama ko Panyee mesti ada maksud ikut Pan-Yee dalam Bahasa Siam, kalau Similan mesti ada maksud ikut Si-Mi-Lan dalam bahasa Siam. ni alih2, mengaku pulak asal nama tempat dalam Bahasa Melayu ialah Panji & Sembilan.

    tau apa jadik? setengah jam lepas tu, saya tengok isi kandungan artikel tu terus bertukar. komen saya pun tak keluar, hilang entah ke mana.

    geram betul saya dengan diorg ni. tulis artikel macam yeye jek, tapi bila ajak diskusi (berbincang, bukannya nak berdebat pun) penakut macam pondan. dengan orang yg tak berapa mahir sejarah cam saya pun takut. entah apa-apa. promosi majalah dah macam tahap pakar yg tahu everything.. =(

    saya harap semua blog sejarah, perbanyakkan & terus bongkar penipuan puak siam yang mengaku melayu tu. tu la 1st & last saya akan comment kat blog themalaypress...

    ReplyDelete
  16. Teringat cerita Pirate Of Caribean yang belayar dihujung dunia singgah kat singapore.

    Kiranya org barat pun tahu kat belah2 sini dah lama menggunakan senjata api.Dah ada tamadun tinggi.

    Tak bolih ke, jadikan keris tu macam "jet super sonic" ke,lengkapkan dengan laser blade ke? Nanti baru org tahu keris kita pun bolih naik taraf,bukan setakat tunjuk2 kat muzium dengan masuk pertandingan keris cantik.

    ReplyDelete
  17. hehehe...hebat betul imaginasi kau Man.

    ReplyDelete
  18. yer... mmg snapang ngan meriam di"pioneer" oleh orang arab n diguna meluas di timur tengah, india ngan tanah melayu... tapi doctrine gunpower warfare yg effective macam mass volley, bayonet, artillery support, semer tu tak masok dalam kamus peperangan melayu... tamadun melayu, tak pernah ada "standing army". yang ada cuma militia2 tak terlatih ngan askar2 upahan. so, sebab tu la time penjajah datang... senang je kerajaan2 islam khususnye kat tanah mlayu ni jatuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salah tu tuan hamba. bukan kerana kalah senang dijajah oleh senjata canggih barat. tetapi melayu ketika itu lemah kerana berlaku porak peranda hasd dengki sama lah yang berlaku zaman ni melayu berpecah belah. tulah senang penjajah mula masuk

      Delete
  19. @nusantara: melaka satu empayar yg luas ke? melaka membayar bunga emas as tribute tu dinasti ming... ini membuktikan melaka ada lah vassal empayar ming china... macam mane; satu negara vassal, boleh jadi empayar?... maaf, saya bukan nak merendah2kan empayar melayu melaka... tapi, sejarah melaka adalah terlalu overatted... yer, melaka merupakan kuasa maritim yg hebat, tapi tade la sampai satu tahap empayar yg luas... venice pon kuasa maritim yg hebat, tapi tade la diorang claim as venetian empire...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika kite perhatikan pade cacatan albuquerque apabila sampai di melaka,beliau mengatakan :jika melaka jatuh maka moors, mekah dan cairo akan jatuh dan venice tak akan ade bekalan rempah kecuali sedikit dari portugal. jelas ayat beliau mengambarkan penting nye melaka dalam dunia islam ketika itu. kene igt yang kerajaan ayutthaya ketika itu tributary china. dalam catatan De Barros ketika perang portugal dengan melaka, " when‘ they first arrived, found the most advanced of the Malayan nations in possession of firearms. And of artillery,” says he, “we found no more than 3000 out of 8000 pieces, which Ruy de 'Arajo (a prisoner of SequieraVs fleet) had stated to be in the city" dalam Book vi. c. 2. De Barros ade menyebut existence of match-locks di gunekan dalam pertahanan melaka. jadi tak jadi masalah untuk menerima melaka sebagai empayar kerana dalam catatan Magellan di filipina ade meriam dan senapang yang secara jelas di ajar oleh melaka. ni bukti melaka negara yang kuat.

      Delete
  20. Melaka memang satu empayar, wilayahnya luas, bukan macam negeri Melaka sekarang. kan ke wilayah jajahan dia merangkumi seluruh semenanjung (sampai ke segenting Kra) & sebahagian besar pantai barat Pulau Sumatera. Tribute yang dia bagi pada Dinasti Ming tu hanya untuk permulaan je, memandangkan Kerajaannya baru ditubuhkan & ada ancaman dari Kerajaan Ayutthaya Siam (nenek moyang kepada Nai Long Mazlan dari blog sejarahnagarakedah & Herman Abdullah dari blog themalaypress).

    selepas tu, taraf Melaka telah berubah dari negara naungan kepada negara sahabat yang sama level. pemberian yang dihantar adalah lambang kepada persahabatan, bukannya sebagai negeri jajahan..

    ReplyDelete
  21. saya bersetuju sgt tentang artikel kemelayuan ni ataupun NUSANTARA ini. diharap semua pihak yg berkuasa dapat melakukan sesuatu agar sejarah dim'sia ini dapat di'clear'kan balik...

    ReplyDelete
  22. Kerajaan melaka ada connection dgn kerajaan nusantra yang lain sebab itulah dgn mudah menjadi satu empire, ats sokongan kerajaan yang bersekutu dgn melaka. venice sebenarnya hanya indah khabar dari rupa, mmg sepatutnya tak digelar empayar, mereka hanya memanipulasi sejarah bangsa lain untuk dijadikan sejarah mereka.

    ReplyDelete
  23. Tentang senjata api pada masa dahulu, memang benar orang melayu ada menggunakan senjata api, cuma sejarah tu dah dihilangkan supaya fikiran orang melayu sekarang hanya tau keris, lembing, pedang, dan secara psikologi semangat bangsa akan hilang beransur ansur, dan memegahkan bangsa lain. inilah perang psikologi, menghapuskan sesuatu bangsa dgn menghapuskan sejarah bangsa itu sendiri.

    ReplyDelete
  24. Sekiranya orang melayu hanya tahu menggunakan keris, lembing dan pedang kenapa ada nama khas untuk senapang, pistol, dan meriam seprti lela, rentaka, pemuras, terkol dan istinggar? mana dtang ilmu petunang? Portugis? Belanda? British? fikirkan........ bangkitlah anak melayu, dimana semangat yang nenek moyang kamu ada dulu? SEJARAH ITU SEMANGAT BANGSA, SEJARAH ITU MEMAJUKAN BANGSA. SEJARAH BUKANLAH HANYA KISAH LAMPAU, SEJARAHLAH YANG MENDIDIK BANGSA. hILANG SEJARAH, PUPUSLAH BANGSA......

    ReplyDelete
  25. Bacalah Buku Teks sejarah kat sekolah banyak2, supya pemikiran dan ideologi anda lebih mengagongkan penjajah dari bangsa sendiri, sebagai contoh melaka kalah dengan portugis disbbkan senjata orang portugis lebih canggih dari keris pedang dan lembing.

    ReplyDelete
  26. memang benar org melayu dulu pakai pistol dan senapang. nusantara mmg kaya & masyur, teknologi itu awal-awal dah sampai & bukannya janggal bagi org melayu masa itu. bahkan dalam sejarah Sarawak (Borneo pada masa itu) ketika James Brooke menyerang Melayu & Iban Saribas, angkatan Saribas memang menggunakan pelbagai senapang & meriam berbalas tembakan dengan kapal tentera British yang diguna oleh Brooke. Butir-butir tentang jenis senjata & kapal perang org tempatan ini juga terperinci didokumenkan dan maseh boleh dirujuk.

    ReplyDelete
  27. Saya sokong ape yang tuan punye boleh ini tulis.

    Artikel mengenai melayu harus diperbanyakan lagi penulisannya ibarat bak kata pepatah "pena lebih tajam daripada mata pedang".


    salam ziarah,

    http://www.gadismelayuboleh.com

    ReplyDelete
  28. salam, walaupun saya meminati keris dan senjata kombat lama, tetapi tidak pula pernah menyangkal kewujudan penggunaan senjata api oleh orang melayu dahulu.dan bukan sahaja kita kena tuntut kembali pulau batu putih, tumasik/ singapura juga yang wajib kita tuntut kerana ia sebahagian tanah melayu!!!!

    ReplyDelete
  29. Gambar terakhir itu adalah gambar panglima Aceh sewaktu era perang Aceh-Belanda (1873-1903)..

    ReplyDelete
  30. cuba ingat kembali hikayat hang tuah. walaupun ianya dikarang oleh Munsyi abdullah yang pro kepada majikannya iaitu British.

    Hang Tuah dikatakan pernah ke eropah untuk membeli meriam di sana serta pelurunya. Nampak macam ada sesuatu je kat situ. Bagaimana sebuah kerajaan islam dibenarkan membeli meriam dalam kuantiti yang banyak ketika era perang salib di eropah?

    Apakah sememangnya kita mempunyai ribuan meriam ketika itu? dan bagi melemahkan minda kita dikatakan meriam berkenaan dibeli dari luar?

    ReplyDelete
  31. yang saya pasti dari sebelum penjajahan british lagi, orang melayu sudah menggunakan meriam yang mudah alih.. Kecil dan panjangnya sedepa.. Contohnya Lela Rentaka di Pasir Salak Perak..
    Mungkin sebelum kedatangan portugis kita sudah mempunyai meriam..

    ReplyDelete
  32. jangan lupa ada juga filem melayu tahun 80an bertajuk sumpah bumi merekah ,perang menampilkan perang guna pemuras meriam kecil boleh di usung.memang tak ada langsung dalam tulisan sejarah diajar di sekolah2 tentang pengunaan meriam senapang oleh orang melayu..tapi bagi peminat peminat sejarah yang pernah baca artikel tulisan dalam jurnal terdapat di arkib potugis belanda memang tahu meriam buatan melayu setanding dengan meriam buatan terhebat di barat.

    ReplyDelete
  33. mmg benar tuan kerajaan melayu bukan sahaja dari melaka tapi seluruh tanah melayu termsuk kpulauan bornea dan banyak lagi. yang jadikan kecik dan sempitnya kerajaan melayu apabila masuk penjjah2 nak memecah belahkan keraajan melayu kita ni dan banyak lagi keturunan raja melayu yang di buang negeri dan negara dan di ganti dengan raja yang mnyokg penjjah. samalah dengan apabila dia tawan afganistan tukar kerajaan dan sesetengah daerah yang ditawan kerajaan dulu dia bahagi2 ikut suke penjajah tu

    ReplyDelete
  34. hamba harap tuan dan sesiapa yang banyak pengetahuan tentang kewujudan kerajaan melayu dan melayu silalah tonjolkan pengatuhuan anda supaya anak anak muda generasi baru kenal sapa nenek moyang mereka dulu dan takan memperlekehkan lagi orang melayu cuma yang jadi bangsat penjajah sahaja yang akan jadi penghalang

    ReplyDelete
  35. Wow, ramai yg tahu cerita Queen of Langkasuka ni dari tahun 2010 lagi & saya hanya tahu minggu ni. Sebuah filem yg sangat-sangat menaikkan semangat. Mungkin ramai yg mengatakan ilmu 'dulum' itu sebagai fantasi tp ianya realiti bagi saya kerana saya pernah melihat sendiri anak-anak Melayu zaman ini yg ditetak tak lut...Bahasa yg digunakan dalam Queen of Langkasuka adalah bahasa Siam & bukannya bahasa Thai. Orang Siam adalah rumpun Melayu seperti juga Bugis, Minang dll di Nusantara.

    ReplyDelete
  36. sebenar nya pahlawan melayu yang pakai tombak, keris dll ialah mereka yang hidup di zaman pedang dan baju besi di eropah. bila eropah dah mula gunakan senjata api, tanah melayu juga dapat teknologi yang sama. cuma lambat sikit je. masalah nya kita selalu anggap, pakai baju melayu+tengkolok, makna nya hidup di zaman pedang lagi.

    ReplyDelete
  37. selain filem siam tu, filem melayu lama keluaran tempatan pun pernah tunjukkan laksamana melayu gunakan pistol. contohnya laksamana tantari dlm enam jahanam

    ReplyDelete
  38. Salam persaudaraan atas nama seagama dan sebangsa. Saya syorkan agar pengasas blok ini menemui YdP Abjad Malaysia dan Warga Melayu Malaysia iaitu al-fadhil Ustaz Haji Ahmad Che Din untuk mengetahui sejarah keagungan bangsa Melayu. Hal ini pasti akan mengejutkan tuan kerana fakta yang diperolegi datangnya dari Syeikh Ahmad Al Fathani dan murid kesayangannya Syeikh Muhammad Yusuf Kenali Al-Kelantani @ Tok Kenali.

    ReplyDelete
  39. Asslmmkum kpd saudara skalian. Sy brsyukur krn d lahirkn dlm kluarga islam dan brketurunan melayu . Sy sngt benci kpd mereka yg merosakn sejarah sebenar ttg kdatangn islam dan kehebatan empayar islam melayu . Melayu sngt hebat bsertakn payung2 Negara di mata dunia ketika dulu . Kini sy amat sedih sngt kecewa krn khebatan empayar islam melayu dahulu bagaikn berkubur tiada batu.

    ReplyDelete
  40. saya menonton berulang kali filem ni, bangga & percaya. tetapi hairan dimana senjata2 yg saya percaya banyak jumlahnya disimpan & kenapa hanya sedikit artifak dijumpai? ada sesiapa boleh terangkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. british dah angkut bawak balik ke england

      Delete
    2. meriam sri patani ada di thailand. sri nagara jatuh dalam laut semasa siam nk angkut naik atas kapal terlampau berat sgt.

      Delete
  41. Arwah moyang hamba ade mewariskan lela rentaka kpd generasi kami....kami masih menyimpannye..

    ReplyDelete
  42. Padahal kerejaan brunei dahulu kala dalam zaman sultan bolkiah yang ke lima pernah membuat satu serangan di kerajaan tondo yang terletak di luzon. Betapa hebatnya askar- askar brunei meriam dan istinggar melancarkan serangan dashyat keatas tentera tondo dari jerak jauh apabila tentera tondo menyerang di jerak hampir baru askar brunei menggunakan keris, tombak dan pedang. Sehingga kerajaan tondo dapat ditawan oleh brunei dalam era kesultanan brunei yang ke lima.

    ReplyDelete