Featured Post

Kenapa Singapura Lebih Maju?

Sudah beberapa hari berlalu sejak negara jiran kita iaitu Singapura menyambut Hari Kemerdekaannya yang ke-50 pada 9 Ogos yang lalu. Nam...

Tuesday, May 26, 2015

Keturunan Makassar, Bukan Bugis

Sebatang jalan yang menghubungkan Kota Makassar dengan Kabupaten Gowa di Sulawesi Selatan mengabadikan nama Tun Abdul Razak. Papan tandanya turut ditulis dalam ejaan Lontara




Jika ditanya pada kelompok generasi emas di negara kita berkenaan dengan mantan Perdana Menteri yang ke-2, majoriti daripada mereka akan menyanjung tinggi kepimpinan Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein. Allahyarham Tun Abdul Razak dikenali sebagai seorang pemimpin yang sangat teliti dan cermat dalam membelanjakan peruntukan Kerajaan semasa menjadi Perdana Menteri. Selain daripada itu, beliau juga dihormati di kalangan penjawat awam kerana tidak akan sewenang-wenangnya menyalahkan mana-mana pihak sebagai ‘kambing hitam’ sekiranya berlaku sebarang kelemahan dalam urus tadbir negara. Sifat tegas tetapi mesra dan down to earth beliau dalam berurusan dengan rakyat jelata inilah yang menyebabkan beliau mendapat sokongan meluas sehingga digelar sebagai Bapa Pembangunan. 
 
Sikap prihatin Allahyarham Tun Abdul Razak terhadap situasi sebenar kesusahan rakyat sewaktu negara masih diperingkat awal kemerdekaan dahulu sebenarnya telah dibentuk sejak beliau kecil lagi. Dikhabarkan sewaktu masih bersekolah, beliau sanggup berkaki ayam daripada berkasut agar rakan-rakannya yang rata-ratanya datang daripada kalangan keluarga miskin dan berkaki ayam ke sekolah tidak berasa terasing dengannya. Walaupun sebenarnya allahyarham Tun Abdul Razak berkemampuan kerana merupakan anak kepada Orang Kaya Indera Shahbandar ke-9 iaitu Allahyarham Dato’ Hussein bin Muhammad Taib. 
 
Gelaran Orang Kaya Indera Shahbandar merupakan satu gelaran bangsawan di Negeri Pahang yang boleh dilantik secara turun temurun kepada pewarisnya. Selain itu, allahyarham Tun Abdul Razak juga dikatakan waris keturunan Raja Gowa ke-19 iaitu I Mappadulu Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone Sultan Abdul Jalil Tuminanga ri Lakiyung, yang memerintah Kerajaan yang berlokasi di Sulawesi Selatan pada tahun 1677-1709.  
 
Berhubung status beliau yang berketurunan daripada Raja Gowa inilah yang menyebabkan penulis ingin memberikan pandangan berbeza bahawa Allahyarham Tun Abdul Razak sebenarnya berdarah campuran Makassar, dan bukannya Bugis. Ini kerana Kerajaan Gowa merupakan salah sebuah Kerajaan etnik (atau suku dalam Bahasa Indonesia) Makassar. Di Sulawesi Selatan, Kerajaan suku Makasar adalah Gowa dan Tallo, sementara Kerajaan-kerajaan suku Bugis yang pernah wujud pula adalah seperti Bone, Soppeng, Wajo dan Luwu. Di negara kita, masyarakat secara umumnya memang akan melabel semua keturunan Melayu Anak Dagang yang mempunyai darah campuran dari Sulawesi sebagai Bugis. Namun begitu, di Indonesia, Bugis dan Makassar merupakan dua kelompok etnik yang berbeza. Rujukan ini juga boleh dibuat dalam buku Ensiklopedi Suku Bangsa di Indonesia susunan Zulyani Hidayah (1997) terbitan LP3ES.

Sensus (Bancian) Republik Indonesia Tahun 2010 yang mengasingkan suku Bugis dengan suku Makassar sebagai dua etnik yang berbeza

 



Sedikit kisah menarik berkenaan dengan sejarah Raja-raja Gowa. Dalam senarai Raja-raja Gowa, terdapat seorang rajanya yang pernah dipaksa untuk turun daripada takhta akibat desakan rakyatnya iaitu I Tepu Karaeng Daeng Parabbung. Raja ini menaiki takhta Kerajaan dalam usia yang amat muda. Baginda memerintah sesuka hati dengan tindakannya banyak mendatangkan kesusahan kepada rakyat serta memberikan kerugian kepada negerinya. Tindakan demi tindakan Raja Gowa berkenaan yang tidak lagi mampu diterima oleh rakyatnya menyebabkan mereka akhirnya bangun untuk melakukan pemberontakan. I Tepu Karaeng bukan sahaja terpaksa turun daripada takhtanya, malahan lebih malang turut dibuang negeri ke Luwu hingga baginda digelar sebagai Karaeng Tunipasulu yang bermaksud ‘Raja yang diusir dari negerinya’. Sementara Raja Gowa yang terkenal pula tidak lain dan tidak bukan adalah Sultan Hasanudin yang masyhur dengan keberaniannya menentang penjajah Belanda.


 

 


Oleh yang demikian, sekiranya terdapat waris Allahyarham Tun Abdul Razak yang kurang arif mengenai sejarah dan berbangga mengatakan dirinya sebagai berdarah Bugis, mungkin kita boleh menegur dan memaklumkan kepadanya bahawa keturunan Raja Gowa sebenarnya adalah dari suku (etnik) Makassar!

8 comments:

  1. Di Sulawesi bukan hanya ada suku Bugis,malah ada suku Menado dan lain2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau di Sulawesi Selatan, etnik yang ada ialah Bugis, Makassar, Toradja dan Mandar.

      Kerajaan Gowa (Makassar) pernah berperang besar dengan Kerajaan Bone (Bugis).

      Terasa kelakar pula tiba-tiba ada keturunan Raja Gowa mengaku Bugis, walhal Gowa tu etnik Makassar yang pernah berperang dengan Bugis.

      Delete
  2. Enchek, setelah dipersempadanankan atas istilah kaum/tempat kecelaruan timbul, berkenaan dengan asal usul Allahyarham Tun Abdul Razak bukan asal usul kedatangan tempat datangnya jua tapak pemerintahan aki moyang beliau, selidik garis asal usul salasilah keturunannya, mungkin juga jawapan akan permasalahan Makassar/Bugis dapat Enchek rungkaikan dengan lebih mendalam dan tepat. teliti akan asal usul raja pemerintah atau asal usul permasyarakatan yang dipermerintahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih juga atas maklumbalas Encik,

      Artikel ini sebenarnya sekadar perkongsian maklumat bahawa di Indonesia, etnik di hujung selatan Sulawesi dikenali dengan nama Makassar yang dibezakan dengan Bugis, walaupun Makassar dan Bugis banyak persamaan. Di negara kita pula, umum lebih mengenali semua dari selatan Sulawesi sebagai Bugis.

      Ada dikalangan rakan saya di Indonesia pada awal lawatan PM ke sana dulu keliru kenapa dikatakan sebagai keturunan Raja Bugis. Sedangkan Gowa dianggap sebagai Kerajaan suku Makassar.

      Salam hormat,

      Delete
  3. Setelah kerajaan makassar kalah perang dgn kerajaan bone,maka orang makassar meminjam pasir srkarang dikali.antan timur dari kesultanan banjar.disini perjanjian diikat antara kesultanan banjar dgn bugis makadsar ,waris banjar+,bugis makassar ramai dtg keperak.manakala bugis maksdsar yg.membuat perjanjian dgn kesultanan banjar disambas dan mempawah dikaimantan timur ramai kejohor.manakala bugis mskassr dikutai yg berbaur dgnkesultanan banjar tamai kejawa dan aceh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari pehak bugis dan jawa yg berbaur dgn kerabat banjar mereka membuang silisilah banjar dari keturunan meteka.sebab itu masa kini perjuangan berdasarkan etnik tidak kpd persaudaraan islam.kepimponam tidak berkat malah tulah yg datang akibat membuang darah raja nenekmoyang mereka dari silisilsh banjar yg sesama islam

      Delete
  4. Bugis makasar yg kawin dengan kerabat kesultanan banjar yg pergi keriau,johor,perak,jawa,aceh telah membuang silisilah banjar dari diri mrreka dan yg ditonjolksn cuma dari darah bugis

    ReplyDelete
  5. Bugis itu Makkasar,Makkasar itu Bugis bersaudara selamanya
    .Janji sumpah setia bersatu!

    ReplyDelete