Featured Post

Kenapa Singapura Lebih Maju?

Sudah beberapa hari berlalu sejak negara jiran kita iaitu Singapura menyambut Hari Kemerdekaannya yang ke-50 pada 9 Ogos yang lalu. Nam...

Wednesday, February 2, 2011

Melayu Dituduh Pendatang?

IKARMAN Wagino, 54 dari Rengit, Johor mengaku datuknya berasal dari Jawa Tengah dan merantau ke negara ini pada 1905 dan berkahwin dengan orang tempatan.

Daeng Salim Daeng Kechik, 48 yang kini menetap di Kuala Lumpur juga mengesahkan ayah dan datuknya berketurunan Bugis yang berhijrah ke Johor.

Seorang lelaki dari Tumpat, Kelantan yang kini berusia 65 tahun pula menyatakan datuk dan neneknya adalah Melayu Champa dari Kemboja sebelum berhijrah ke Kelantan pada awal 1930-an manakala Mohd Mirza Gulam, 56 pula mengatakan datuknya berasal dari Pakistan dan berkahwin dengan rakyat tempatan.

Kini semua mereka adalah orang Melayu berwarganegara Malaysia. Cuma ada sesetengahnya berwajah kacukan dan campuran Cina, Mamak, Pakistan, India dan Arab. Malah rata-rata orang Melayu apabila ditanya asal-usul dan keturunan nenek moyang, mereka mengatakan adalah pendatang dari Indonesia, India, China, Kemboja malah dari Arab. Mereka seolah-olah tidak mahu mengatakan anak jati negara ini kerana dikhuairi dituduh keturunan Orang Asli.

Jika begitu andaiannya, Melayu yang menjadi penduduk majoriti negara ini bukanlah anak jati atau penduduk asal negara ini atau mereka juga mungkin layak dikatakan sebagai pendatang seperti Cina dan India. Jadi, siapa penduduk asal negara ini? Adakah Orang Asli boleh dikategorikan sebagai penduduk asal.






Petikan di atas sebenarnya adalah kata-kata pembuka untuk artikel di dalam Majalah Milenia Muslim keluaran September 2010 yang lalu. Saya tidak menyalahkan editor majalah tersebut yang memulakan artikelnya dengan petikan yang agak provokatif (biasalah, nak jual majalah!), kerana artikel tersebut sebenarnya sepanjang tiga muka surat, dan ia menerangkan justifikasi bahawa Melayu bukanlah pendatang di Tanah Melayu. Tetapi malangnya, petikan awal di atas ini telah digunakan sepenuhnya oleh sesetengah blogger Ultra-Kiasu yang sengaja ingin mengapi-apikan sentimen perkauman tanpa menyentuh langsung isi kandungan keseluruhan artikel tersebut.

Tidak terhad kepada blog-blog Ultra-Kiasu tersebut, sebenarnya bersepah-sepah komen oleh golongan tersebut, sama ada di dalam laman Facebook, Youtube, Blog dan pelbagai lagi yang memperlekehkan orang Melayu. Termasuklah yang ditulis bukan dalam Bahasa Malaysia (yang sudah pasti hanya boleh dibaca dan difahami oleh orang Melayu yang memahami Bahasa tersebut). Perkara biasa yang kita akan jumpa, Melayu di negara kita dituduh pendatang dari Sumatera, Jawa, Sulawesi dan lain-lain (terutamanya bila merujuk kepada sejarah pengasas Kesultanan Melaka iaitu Parameswara berasal dari Sumatera), dan kaum asal di Tanah Melayu adalah Orang Asli.

Rasanya telah penulis tekankan sebelum ini, untuk meneliti sejarah Malaysia perlu melihat kepada keseluruhan alam Melayu (Nusantara), jangan hanya terhad dari Perlis hingga ke Sabah semata-mata. Sempadan politik pada hari ini sebenarnya diwarisi daripada pecahan kawasan jajahan penjajah Barat terutamanya Inggeris dan Belanda. Kajian mengenai penduduk Bumiputera di sini pula perlu melihat dari aspek keseluruhan Ras (race) Austronesian, bukannya terhad kepada sesuatu suku atau etnik sahaja. Logikkah jika kita mengatakan (contoh sahaja ya!) bahawa Bumiputera Sarawak sebenarnya adalah orang Penan, sementara orang Iban dan Bidayuh pendatang dari Kalimantan Indonesia, Melayu Sarawak pendatang dari Sumatera, sementara Melanau pendatang dari suku Maranao di Filipina? Ataupun jika di Sabah (contoh juga ya), kita mendakwa Kadazan-Dusun pendatang dari Filipina, Bajau dan Bugis pendatang dari Sumatera dan Sulawesi, sementara hanya Murut sahaja Bumiputera asal Negeri Sabah?





Berbeza dengan kawasan lain di dunia, ambil contoh semenanjung Korea misalnya, penduduk asalnya adalah homogeneous, iaitu hanya terdiri dari satu kaum sahaja. Berbeza dengan wilayah Nusantara di mana penduduk asalnya adalah terdiri daripada pelbagai suku/etnik. Mengapa ini terjadi? Lihatlah kepada keadaan geografi Nusantara itu sendiri! Di Pulau Jawa, selain daripada kaum Jawa, Sunda, Betawi dan Madura, ada juga kaum asli iaitu Baduy dan Tengger. Adakah ini bermakna kaum Jawa, Sunda dan lain-lain adalah pendatang di Pulau Jawa? Di Sumatera pula, ada kaum Acheh, Minang, etnik-etnik Batak seperti Karo, Simalungun, Mandailing, dan tidak terkecuali juga, kaum Melayu dan Orang Asli. Ya, diulangi, Melayu dan Orang Asli juga ada di Sumatera. Jika di semenanjung Tanah Melayu, orang Melayu dikatakan pendatang dari Sumatera hanya kerana wujudnya masyarakat Orang Asli. Maka bagaimana pula halnya Melayu di Sumatera yang wujud juga masyarakat Orang Asli seperti Talang Mamak, Sakai, Akit dan lain-lain? Melayu Sumatera itu pendatang dari mana pulak? Planet Zargus??? (Pinjam ayat Srikandi, tanpa izin).



Orang Asli dari suku Talang Mamak di Pulau Sumatera


Apa istilah yang digunakan oleh pengkaji Barat terhadap orang Melayu dan Orang Asli? Orang Asli dipanggil ‘Proto-Malay’, sementara Melayu adalah ‘Deutro-Malay’ (lihat, nama MELAYU juga yang digunapakai!). Hanya kerana Melayu memegang kuasa di semenanjung Tanah Melayu, maka untuk melemahkan kuasa kaum melayu, dituduhlah Melayu pendatang dari Sumatera, penduduk asal adalah Orang Asli. Jika telah memegang kuasa kelak, mungkin Orang Asli nanti pun dikatanya pendatang dari Burma atau Kemboja, disebabkan bahasanya (contohnya dari suku Mah Meri dan Semai) yang mirip kepada bahasa Mon-Khmer. Ataupun Orang Asli nanti pun dituduhnya juga pendatang dari Sumatera. Maka jadilah sejarah negara kita nanti seperti sejarah arus perdana Republik Singapura, kaum Cina pendatang dari Tanah Besar Cina, kaum Tamil pendatang dari India, sementara kaum Melayu pendatang dari Malaysia (pelik tak?).

Apa nak dihairankan jika pengasas Kesultanan Melaka iaitu Parameswara berhijrah dari Sumatera? Lihat pula beberapa contoh lain, Kesultanan Banten dan Cirebon di Pulau Jawa diasaskan oleh anak-anak Sunan Gunung Jati yang merupakan anak pula kepada Raja Champa yang kini terletak Vietnam. Kesultanan Mempawah di Kalimantan Barat diasaskan oleh Opu Daeng Menambun yang merupakan putera Bangsawan dari Sulawesi. Raja Mambang Kecik yang merupakan Sultan Indragiri yang pertama di Sumatera adalah putera dari Kesultanan Melaka di semenanjung Tanah Melayu. Kisah naratif dari Pulau Timor pula menyebutkan pedagang dari Melaka yang dinyatakan sebagai ‘Sinan Mutin Melaka’ mengasaskan Kerajaan Wesei Weihali. Bagaimana mereka dengan mudah boleh menjadi Raja di kawasan pulau lain? Jawapannya, mereka hanya berhijrah dalam satu lingkungan kawasan atau alam yang sama, iaitu alam Melayu @ Nusantara!





Jika pada hari ini, kita lihat ramai anak-anak Melayu yang mempunyai darah kacukan seperti Arab, Pakistan, ataupun Caucasian contohnya, mereka adalah Melayu. Kerana seperti disebutkan, mereka adalah KACUKAN, bukannya Pakistan Tulen contohnya. Jika ayah mereka Pakistan, ibu mereka pula Melayu. Dan membesar pula dalam lingkungan budaya dan bahasa Melayu. Belum tentu (contoh sahaja) kacukan Pakistan-Melayu yang membesar di Malaysia ini mampu bertutur dalam Bahasa Urdu dan memahami budaya masyarakat Pashtun jika mereka melancong ke Karachi. Ini kerana mereka telah memilih identiti Melayu sebagai Bangsa mereka. Tak dihairankan jika kita lihat Kesultanan Pontianak di Kalimantan diasaskan oleh ulama’ berdarah Arab, sementara Kesultanan Deli di Sumatera diasaskan oleh pahlawan dari Delhi, India. Tetapi keturunan mereka pada hari ini adalah semestinya Melayu. Kerana mereka berkahwin campur dengan penduduk tempatan dan mengamalkan adat budaya dan bahasa tempatan.

Kadang kala terfikir juga, bagaimana agaknya jika anak kepada saudara penulis yang lahir dan membesar di England dan kini merupakan rakyat Britain mempermain-mainkan sejarah negara itu. Mendakwa orang-orang Inggeris adalah pendatang di England, kerana suku Angles memang diketahui pendatang dari Jerman, dan mempermainkan sejarah Raja-raja England, dengan mengatakan King Athur itu adalah sepenuhnya mitos dan fantasi misalnya. Semata-mata mahukan kesaksamaan taraf kaum Melayu dengan kaum Inggeris di Britain. Mungkin dah lama Kerajaan Britain tarik balik taraf warganegaranya kot? Sekurang-kurangnya, seorang apek Ultra-Kiasu yang penakut gunakan pelbagai identiti macam Micheal Chick atau John Doe dan gemar memutarbelitkan sejarah Melayu dan negara perlu bersyukur sebab dilahirkan dan memegang kerakyatan Malaysia!








19 comments:

  1. Micheal Chick = John Doe

    Me also feel they r d same person!

    ReplyDelete
  2. Artikel yg sgt bagus....

    serangan2 pada blog Ultrakiasu perlu dilakukan...
    dan pemahaman serta penjelasan perlu di lebarkan jajahan keluasannya....

    kerana dari 27 juta rakyat malaysia.... mungkin hanya 2% melayu yg sedar jati dirinya dan selebihnya dengan mudah menerima tuduhan ultrakiasu atas kesan inferior complex....

    malah lihatlah kes dimana seorang Ustaz terpelajar dan berjaya didlam bidang politik demokrasi yg bersetuju dan mencanangkan bahawa Hang Tuah bersaudara adalah orang Cina!

    apalagi yg bergelar mat dan minah lepak?

    ........

    -abuhakeem-

    ReplyDelete
  3. siapa ultar kiasu??..
    sejenis spesis manusia pendatang terang-terangan yang bersikap ala juara menuntut hak sama rata peribumi...sebenarnya dia org ni terlebih makan 'LEMBU PENDEK' dan perangai yang ditunjukkan adalah kesan jangka langsung apa yang dia orag makan..sampai masa nanti semuanye kene sembelih cam lembu pendek juga..cian..

    ReplyDelete
  4. Salam Abg Ibnu Rusydi,

    Buang negara aje diorang aka golongan ultra-kiasu ni. Tapi malangnya, ahli politik Melayu kita berdiam diri. Kerajaan pun berdiam diri... agaknya gemuk sebab makan rezeki haram rasuah diorang kot.

    Senangnya bangsa Melayu kita boleh dibeli dgn wang ringgit. Maruah dijual, agama dijual, hak bangsa dijual... lepas ni apa? Bini pun sanggup dijual agaknya.

    AkuAnonJugak

    p/s - Marah ni. John Doe dan Lim Kit Siang dok paku orang Melayu dari segenap penjuru, tapi tiada siapa yang bangkit pertahankan hak kita. Berita sensasi pulak bukan nak highlight pasal perjuangan bloggers Melayu Islam pertahankan hak kami di bumi Malaysia nih... citer artis sana, artis sini ada la. Dah muak cek oii.

    ReplyDelete
  5. Salam Ibnu Rusydi,

    Apa yang akan saya katakan adalah diluar topik artikel "MELAYU DITUDUH PENDATANG?".

    Saya ada permohonan di mana setelah saya fikir banyak kali, kamu adalah orang yang memiliki kelebihan tersendiri dalam memunuhi permohonan saya yang tidak seberapa.

    Saya memohon jasa baik kamu untuk mengkaji secara khusus dan memaparkan ARTIKEL EKSLUSIF berkaitan FESTIVAL KERATON NUSANTARA I-VII yang selalu berlangsung di Negara Kesatuan Republik Indonesia. Maklumat yang dapat saya selidik dan tahu pun adalah teramat sedikit sekali disebabkan maklumat-maklumat sediada dan berita-berita tempatan mengenai festival ini selalunya pendek dan ringkas.

    Dalam banyak-banyak pengkaji sejarah Melayu, kamulah yang saya lihat memiliki kelebihan akses terhadap warisan sejarah Melayu TERKINI samada di Indonesia, Filipina atau pun Thailand (Indochina?) berbanding Srikandi, Sang Tawal dan Al Semantani.

    Bagaimana pendapat kamu mengenai permohonan saya ini?

    M_M

    ReplyDelete
  6. setuju dengan kata anon yg 1st bubuh komen kat atas tadi..

    John Doe dan Michael Chick adalah sememangnya orang yang sama. Sebab apa, gaya bahasa dan penulisan mereka tiada bezanya. Ada pendapat mengatakan bahawa mereka ini diupah oleh negara jiran (bukan thailand, indonesia dan brunei) dan anda semua tau lah negara apa yang saya maksudkan itu. Selain itu MC/JD ini akan bergerak dalam organisasi dan parti politik boneka yang diupah pemerintah negara berkenaan untuk mengkucarkacirkan negara ini.

    Antara cara yang mereka lakukan adalah dengan mengambil kesempatan terhadap lompong2 yang terdapat dalam sejarah kita. Akibat dari fitnah mereka, ramailah anak2 Melayu Islam akan gayat dengan 'statement' mereka tu disebabkan penyakit buta sejarah mereka sendiri.

    Saya percaya, golongan ultra kiasu ini mempunyai sejarah yang panjang lebih lama dari PKM dan PAP. Semasa menelaah sejarah mengenai kerajaan2 di Kalimantan, saya terjumpa satu nama satu kerajaan yang digelar 'Lanfang Republic' dan mereka pernah berperang dengan orang Melayu Patani dan Bugis di Mempawah. Mengikut sejarah hidup Gusti Jamiril, mereka sebenarnya mengambil kesempatan di atas peperangan orang Melayu Riau terhadap Belanda dengan cubaan untuk menggulingkan Sultan Mempawah dan Sultan Pontianak!! Jika ini benar atau tidak saya mohon saudara mengkajinya kalau berkesempatan.

    Republik kongsi gelap Lanfang ini hanya bertahan kurang 100 sahaja selepas dihancurkan Belanda dan ramai keturunan mereka lari ke Sumatera. Semenanjung, Sarawak dan Singapura. LKY juga adalah satu dari keturunan kongsi Lanfang ini. Jadi nenek moyang mereka sendiri sudah berabad lamanya membenci Melayu. Tidak hairanlah

    http://shacklesmith.blogspot.com/2011/01/memahami-kepala-otak-si-ultra-kiasu.html

    ReplyDelete
  7. feberet atok artikel mcm ni..artikel mcm ni atok rase perlu perbanyakkan dan diperluaskan..bagus utk canggah artikel2 dr ultrakiasu & bagus utk menyedarkan bangsa melayu sendiri..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum semua,

    terima kasih kpd semua yang memberikan pandangan.

    kepada saudara DiRaja, Festival Keraton Nusantara? Hmm.. apa maklumat yang saudara mahukan ye? Anyway, Insya Allah, saya akan sentuh tentang festival itu nanti...

    kepada Shacklesmith, ya, memang pernah wujud Republik Lanfang yang cuba mengambil kesempatan terhadap Kerajaan/Kesultanan Melayu di Kalimantan Barat. Namun ianya hanya sebuah organisasi kecil yang singkat jangka hayatnya.

    Salam hormat,

    ReplyDelete
  9. Berkenaan Festival Keraton Nusantara (FKN) I-VII, perkara yang PALING SAYA MAHU TAHU ialah berapakah jumlah kesemua KERAJAAN/ KINGDOM NUSANTARA yang telah pun hadir ke FKN tersebut? Di manakah kedudukan setiap Kerajaan tersebut? Apa benderanya? Siapakah ketua bagi setiap kerajaan tersebut?

    Maklumat ini penting untuk pembesaran ahli Majlis Raja-Raja Melayu... alamak terbuka rahsia!

    P/S: Di Indonesia, Kingdom diterjemahkan sebagai Kerajaan dan Government diterjemahkan sebagai Pemerintahan.

    M_M

    ReplyDelete
  10. Oh... untuk makluman saudara DiRaja, jumlah keseluruhan Kerajaan/Kesultanan di Indonesia adalah hampir 300. Namun kebanyakannya telah terbubar, malah ada sebahagiannya dah lama hancur.

    Tak semua Kerajaan/Kesultanan hadir ke festival tersebut. Malah, dimaklumkan kpd saya, organizer FKN tu pun sebenarnya ada beberapa kumpulan yang berbeza. Dan Kerajaan/Kesultanan yang dianggap Melayu hanya di pantai timur Sumatera dan pesisir Kalimantan sahaja. Dan tak semua Raja2 di Indonesia tu Islam. Raja2 Bali beragama Hindu, sementara Raja2 Batak, Nusa Tenggara Timur, Timor Leste, Sulawesi Utara beragama Kristian.

    Artikel mengenai Kerajaan/Kesultanan Melayu di Sumatera Timur dan Kalimantan Barat dah saya siarkan sebelum ini. Insya Allah, ada bbrp lagi akan menyusul. Berkenaan lokasi setiap Kerajaan, ada saya lampirkan peta dalam artikel tsbt. Bendera dan ketua Kerajaan pula, jika ada, saya akan siarkan. Tak semua waris Kesultanan Melayu di Indonesia pada hari ini mempunyai pemangku adat, malahan, bendera dan lambang Kerajaan sendiri pun ada setengahnya mereka sendiri tidak tahu kerana rekod telah musnah.

    p/s: Sedikit pembetulan, 'Government' dalam Bahasa Indonesia bermaksud 'Pemerintah', bukan Pemerintahan.

    Salam hormat,

    ReplyDelete
  11. Inilah kehebatan Melayu sebenarnya kerana terlalu bersimpati dgn keturunan pendatang sanggup menafikan sejarah bangsa sendiri.
    Sejarah nusantara dan kepulauan Melayu amat jelas dan mencukupi utk menyangkal dakwaan DAP dan PAP.
    Melayu kalau cerdik tak bolih diikut dan kalau bodoh memang tak bolih diajar.

    ReplyDelete
  12. Mungkin elok disarankan bahawa sebenarnya orang yang berpindah dari Beijing ke Shanghai adalah pendatang juga dalam konteks negeri Cina, walaupun mereka adalah dari keturunan yang sama.

    ReplyDelete
  13. Bukan dari Beijing ke Shanghai, tetapi Beijing ke Taipei.

    M_M

    ReplyDelete
  14. Salaam,

    Hahahaha.. nak buek camno geng sesumer... Meraka ada Perlembagaan dan undang² yang di iktiraf Parlimen Malaysia untuk diamalkan..

    Kita pulak, Kononnyer xnak pakai undang² kuffar tuh.. Kita nak pakai Al-Quran la.. Ada kelas tertinggi sikit.. Tapi, Al-Quran ni pulak takder disebutpun dalam perlembagaan dan Undang² yang dah di iktiraf parlimen Malaysia tuh.. Macamana pulak tuh? memang kalah sentiasa jer la.. huhuhu..

    Apa Tugas Kementerian yang terlibat dengan Agama Islam kat Malaysia nih? Apa tugas dia yang sepatutnya ye?? Tak faham ataupun REDHA yang melampaui batas?

    p/s: Kita memang perlukan seorang pemimpin yang baik.. tapi Pemimpin yang ini tak akan menang sebab.. Internal Akidah di setiap Individu pun masih tak betul lagik...

    Saya sokong "1 sekolah Untuk semua" nih.. Boleh la bukak satu topik lain yang isi kandungannya adalah "apa subjek yang wajib" dan "kokurikulum yang sesuai" digunakan oleh "1 Sekolah untuk semua" nih

    ReplyDelete
  15. apa kebendanye yg ko meapu-rapu kat atas neh? x paham aku komen ko neh...

    ReplyDelete
  16. layarilah www.freemalaysiakini.com

    ReplyDelete
  17. dorg x sedar atau wat2 x sedar...
    tengah2 pulau melayu tiba2 ada dorg yg bangsa lain..pastu nk ngaku tmpt die..dah la dtg naik tongkang..geram..tggu la..dorg saje men api..tggu ank2 melayu kg pertahankan bangsa dan agama..

    ReplyDelete
  18. artikel ibnu rusydi membuatkan sy tertanya dari mana asal keturunan sy sendiri. sy org negeri sembilan, maklumat yang diketahui keturunan moyang orang champa agak mengelirukan kerana mengikut yang sy dapat bahawa kononnya semasa dalam pelayaran ke semenanjung mereka memjumpai pauh janggi dan menjadi warisan keluarga hingga sekarang. pauh janggi itu ahj petunjuk keturunan kami dari champa adakah melayu champa ini merantau shingga ke seluruh semenanjung dan bercampur juga dengan penduduk tempatan?

    ReplyDelete
  19. kepada semua pembaca blog,kita perlu sedar bahawa pada zaman dahulu,tiada negara malaysia,indonesia dan lain-lain lagi.yang ada hanya nusantara yang terdiri daripada tanah melayu,sumatera dan lain-lain.perlu diingat,kalau orang jawa yang berasal daripada kepulauan jawa dan menetap di tanah melayu,dia tidak dikira sebagai kaum pendatang kerana ia masih dalam skop nusantara.
    sebagai contoh,bangsa anglo saxon iaitu bangsa yang menetap di eropah,bagaimana anda ingin membezakan bahawa orang itu ialah orang england,orang perancis atau orang sepanyol.bukan mereka semua hampir sama sahaja dari segi raut wajah mereka.adakah orang perancis boleh dikatakan sebagai pendatang jika mereka menetap di england.walhal negara mereka dipisahkan dengan selat england sahaja.

    Jadi,bagi isu sama orang melayu adalah pendatang tidak timbul kerana bangsa melayu adalah bangsa yang sangat luas skopnya.

    renungkan dan selamat beramal..

    ReplyDelete