Featured Post

Peringatan Kepada Laman OhMyMedia dan Page-page Hiburan Kaki Copy Paste

Ketika penulis memulakan penulisan di blog kira-kira sembilan tahun yang lalu, ada tiga (3) niat utama yang terlintas di fikiran pen...

Thursday, December 28, 2017

Catatan Perjalanan : Thailand

 Di hadapan Royal Mausoleum di tengah-tengah kota Bangkok

Ketika kecil, lagu ‘Made in Thailand’ yang menjadi lagu latar sebuah filem tahun 80-an iaitu Keluarga 99 iaitu dalam babak melancong ke kota Bangkok menjadi pengenalan kepada penulis mengenali negara Thai. Ketika di bangku persekolahan, penulis pernah salah faham dengan menyangka nama ibu negara Thai diambil dari perkataan Melayu iaitu ‘bengkok’. Ketika di Sekolah Menengah, baru penulis sedar bahawa pernah wujud sebuah negeri Melayu-Islam di luar sempadan semenanjung Malaysia iaitu Negeri Patani Darussalam. Dan minat untuk menyelami sejarah Thailand semakin memuncak apabila mengetahui sejarah Chaiya (Jaya / Cahaya) dan Nakhon Si Thammarat (Negara Sri Dharmaraja / Tambralinga / Ligor) berkait dengan sejarah Melayu. 

Namun rezeki untuk ke Thailand hanya dapat direalisasikan baru-baru ini apabila penulis mempunyai urusan di Chulalongkorn University (CU), universiti tertua dan terbaik di Thailand. Usai tugas, penulis mengambil kesempatan untuk menjelajah kesan-kesan sejarah di dua (2) buah kota bersejarah yang penting di Thailand iaitu Bangkok dan Ayutthaya.

Bergambar di atas sebuah candi di Ayutthaya

Thailand baru sahaja mengadakan majlis pembakaran mayat mendiang Raja mereka iaitu mendiang Raja Bhumiphon Adulyadej. Di tengah-tengah bandar Bangkok, iaitu berhampiran dengan Grand Palace dan National Museum of Bangkok, didirikan satu binaan yang pada pandangan penulis amat gah bagi tujuan upacara tersebut, yang dapat menggambarkan betapa hormatnya rakyat Thai yang amat-amat memuliakan raja mereka.

Tentera Thai berpakaian seragam bermain peralatan muzik seakan-akan gamelan di perkarangan kawasan Royal Mausoleum

Thailand mempunyai undang-undang yang amat ketat terhadap mana-mana individu yang didapati menghina Raja Thai atau kerabatnya menerusi undang-undang yang dikenali sebagai Lese-majeste. Perkara ini memang diketahui umum. Namun ketika kunjungan penulis ke sana, penulis dapat menemui sisi lain mengapa rakyat Thai amat-amat menghormati raja mereka, lebih spesifik lagi, Raja Bhumiphon Adulyadej.

Mendiang Raja Bhumiphon Adulyadej rupa-rupanya amat-amat mengambil berat hal berkaitan pertanian, yang merupakan sektor utama penduduk Thai khususnya di kawasan luar bandar. Perkara ini berkait rapat dengan wasiat ibunya, yang diterjemah dalam bahasa Inggeris sebagai “Actually, your name is Bhumiphon, which means ‘strength of the land’. I would like you to stay grounded”. Kata-kata inilah yang menjadi pegangan mendiang Raja Thai agar sentiasa merendah diri dan bekerja keras untuk rakyatnya. Beliau dilihat kerap turun padang untuk meninjau sendiri kesusahan dan keadaan pembangunan sektor pertanian yang diusahakan oleh rakyatnya dan perkara ini amat-amat disanjungi oleh rakyat Thai.

Thailand juga mempunyai populasi masyarakat Cina yang agak besar. Tetapi sukar untuk mengenalpasti dan membezakan mereka daripada masyarakat Thai. Menurut Mohamed Mustafa Ishak (2014), masyarakat Cina mudah untuk berasimilasi menjadi masyarakat Thai sepenuhnya kerana mereka mempunyai persamaan agama dengan masyarakat Thai, iaitu agama Buddha. Disebabkan itu jugalah, amat-amat mustahil untuk menemui lagi ‘Isthmian Malay’ yang beragama Buddha di kawasan segenting Kra/selatan Siam. Berdasarkan pengamatan penulis, benarlah apa yang di baca sebelum ini bahawa agama Buddha amat penting kepada masyarakat Thai sebagaimana agama Islam amat penting kepada masyarakat Melayu.

Bergambar dalam kawasan Wat Arun

Kota Bangkok juga mempunyai masyarakat Melayu, yang telah di bawa ke sana secara berperingkat sejak awal zaman Dinasti Chakri lagi. Pada awalnya, mereka di bawa sebagai tawanan perang yang berperanan sebagai buruh paksa, disamping untuk menambahkan populasi penduduk. Kebanyakan daripada masyarakat Melayu di sini berasal dari Patani. Apabila menemui wanita Thai berwajah Melayu yang bertudung terutama di kedai makan, sengaja penulis bertutur dalam bahasa Melayu. Kebanyakan yang masih boleh bertutur dalam Bahasa Melayu merupakan masyarakat Patani yang baru sahaja berhijrah ke kota ini. Sementara ada juga yang penulis temui, langsung tidak lagi boleh berbicara dalam bahasa Melayu. Mungkin mereka merupakan generasi ke-2 atau ke-3 masyarakat Melayu yang telah lama mendidiami kota ini.

Majoriti masyarakat Melayu yang penulis temui di kota ini terlibat dalam sektor sajian iaitu restoren bagi memenuhi keperluan makanan halal khususnya oleh para pelancong dari negara-negara Islam. Tetapi penulis rasakan masyarakat Melayu di Thailand boleh meneroka sektor pelancongan dengan menawarkan pakej-pakej pelancongan halal yang bersesuaian khususnya bagi memenuhi keperluan pelancong dari Malaysia dan Indonesia yang mempunyai persamaan bahasa.

Terdapat banyak kedai makan Melayu-Islam di sepanjang jalan Masjid Darul Aman ini

Ini kerana bahasa merupakan masalah utama di Thailand. Berdasarkan pengalaman penulis, majoriti rakyatnya tidak begitu fasih dalam bahasa Inggeris, bahkan untuk membaca dalam tulisan rumi juga mereka agak sukar. Sedikit tips kepada mereka yang berhasrat untuk melawat Thailand, kebiasaannya di hotel-hotel, disediakan satu kad dalam bahasa Thai bagi meminta pemandu teksi dan sebagainya untuk menghantar anda kembali ke hotel berkenaan. Pastikan anda menyimpan kad ini kerana kebiasaannya sebutan Inggeris untuk hotel tersebut berbeza dengan sebutan dalam Thai, dan kadangkala pemandu juga hanya boleh membaca dalam tulisan Thai.        
  
Boleh faham apa yang dinyatakan dalam bahasa Melayu ini?
   

Untuk catatan bergambar lain, sila rujuk ke link di FB :

1.    Siapa Sebenarnya Watak Dalam Gambar Siam Berkeris?

2.    Dua (2) Artifak Penting Melayu di Kota Bangkok

3.    Penduduk Melayu di dalam Kerajaan Ayutthaya

4.    Makassar Revolt 1686

5.    Artifak Warisan Srivijaya di National Museum, Bangkok

6.    Dua (2) Mantan Menteri Berketurunan Melayu Dalam Kabinet Thai


1 comment:

  1. Saya ibu EVA FIORENTINA APRILA  dari palembang mengucap syukur kepada allah,karna melalui bantuan dari aki abdul jamal yg sebesar 20m kini saya sudah bisa menjalankan usaha saya lagi.Puji syukur saya panjatkan kepada Allah yang telah mempertemukan saya dengan Aki Abdul Jamal dan melalui bantun pesugihan putih beliau yang sebar 5M inilah yang saya gunakan untuk membuka usaha selama ini,makanya saya sengaja memposting pesang sinkat ini biar semua orang tau kalau Aki Abdul Jamal bisa membantuh kita mengenai masalah ekonomi dengan bantuan pesugihan putihnya yang tampa tumbal karna saya juga tampa sengaja menemukan postingan orang diinternet jadi saya lansun menhubungi beliau dan dengan senang hati beliau mau membantuh saya,,jadi bagi teman teman yang mempunyai keluhan jangan anda ragu untuk menghubungi beliau di No Wa 085-254-384-488- rasa senang ini tidak bisa diunkapkan dengan kata kata makanya saya menulis pesan ini biar
    Semua orang tau,ini sebuah kisa nyata dari saya dan tidak ada rekayasa sedikit pun yang saya tulis ini,sekali lagi terimah kasih banyak ya Aki dan insya allah suatu hari nanti saya akan berkunjun ke kediaman Aki untuk silaturahmi.Wassalam dari saya ibu Sartika dan untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Aki disini PESUGIHAN UANG GAIB TANPA TUMBAL

    ReplyDelete