Wednesday, October 14, 2009

Konfrontasi Indonesia Terhadap Malaysia : Antara Peranan “Hidden Hand” dan Kebebalan Chauvinist

Hari ini, 14 Oktober 2009, Malaysia masih lagi aman. Kalau diikutkan pernyataan yang dibuat oleh segelintir chauvinist (pelampau) Indonesia yang menggelarkan diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA), hari ini adalah tarikh sepatutnya mereka sampai ke Malaysia untuk berperang setelah ‘bertolak’ pada 8 Oktober yang lalu. Sebelum ini, kumpulan ini telah mempamerkan latihan mereka termasuklah ilmu kebal dan bersenjatakan parang dan buluh runcing selain mengumpulkan sukarelawan sebagai persediaan untuk melancarkan perang terhadap malaysia. Pengisytiharan untuk menyerang Malaysia dibuat selepas beberapa hari mereka membuat sekatan di Jalan Diponegoro, Menteng, Jakarta, kononnya untuk menyapu (sweeping) rakyat Malaysia dari Indonesia. Apa yang melucukan, dalam tempoh sejam aktiviti itu dilakukan, tiada seorang pun rakyat Malaysia dijumpai. Mungkin puak-puak Indon yang kurang akal ni perlu berjalan-jalan di kotaraya Kuala Lumpur dan saksikan sendiri berapa ramai rakyat mereka termasuk yang berstatus pendatang haram merayau-rayau dan melepak di sana. Tak perlu satu jam, satu minit pun pasti berjumpa seorang.




Penulis sebelum ini tidak pernah mempunyai sentimen negatif terhadap Indonesia. Apatah lagi, penulis masih mempunyai saudara mara di negara seberang itu terutamanya di Jakarta dan Banten. Namun, peristiwa yang berlaku akhir-akhir ini membuatkan kata-kata seorang senior kepada penulis kembali teringang-ingang iaitu “Never trust Indonesian”.





Ganyang Malaysia???

Penulis tidak pernah menyangka kempen di atas akan kembali bergema di negara seberang selepas puluhan tahun ia dilancarkan dan kemudiannya mati. Jika ditinjau dari sudut sejarah, permulaan hubungan Malaysia-Indonesia bermula dengan sangat buruk. Cadangan penubuhan sebuah Persekutuan yang melibatkan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Brunei dan Sabah nyata telah memusnahkan sama sekali ‘impian’ Presiden pertama republik itu iaitu Soekarno untuk menubuhkan sebuah kesatuan Indonesia Raya yang menggabungkan bekas jajahan Belanda dan British di Nusantara. Negara kita bernasib baik kerana tidak menyertai gagasan tersebut kerana jika tidak, kita di semenanjung dan wilayah utara Borneo pada hari ini mungkin sama sahaja nasib menjadi ‘jajahan’ bergelar propinsi kepada pemerintahan chauvinist Jawa yang berpusat di Jakarta yang mengawal dan menguasai segala hal termasuk sumber kekayaan alam semulajadi.

Soekarno melakukan pelbagai perkara untuk menghina negara kita, termasuklah memburuk-burukkan gagasan Malaysia di luar negara hinggalah tindakan ekstrim menghantar tentera untuk menyerang Malaysia. Walaubagaimanapun, Indonesia tewas dalam serangan tersebut, walaupun kelengkapan tentera Malaysia pada masa itu jauh lebih kurang berbanding dengan kelengkapan tentera Indonesia. Soekarno akhirnya dijatuhkan oleh Jeneral Soeharto yang kemudian menjadi Presiden Indonesia kedua. Apa yang menarik, kempen ganyang Malaysia ini kembali bergemas selepas puteri kepada Soekarno iaitu Megawati tewas dalam perebutan untuk kembali menjadi Presiden Indonesia.


Malaysia Mencuri Pulau???

Apa yang pasti, sentimen negatif rakyat Indonesia mula diapi-apikan sebaik sahaja Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan Pulau Sipadan dan Ligitan adalah sah milik negara kita. Penulis tidak berminat untuk mengulas mengenai hujah dan sejarah mengenai kedua-dua pulau ini. Sudah pasti pihak Indonesia yang membaca artikel ini juga akan membalas dan mengemukakan semua ‘hujah’ mereka. Apa yang ingin penulis tekankan di sini adalah, sebelum sesuatu kes atau perbalahan di bawa ke ICJ, persetujuan kedua-dua negara atau pihak-pihak yang terlibat mestilah diperolehi. DIULANGI!!! kedua-dua negara perlu bersetuju untuk membawa kes tersebut untuk diadili oleh hakim antarabangsa yang berkecuali, bukannya negara kita bertindak unilateral untuk membawa kes tersebut. Semasa perbicaraan, wakil kedua-dua negara telah diberi peluang sama rata untuk mengemukakan hujah dan bukti atas tuntutan kedua-dua pulau tersebut. Dan pihak hakim kemudian membuat keputusan muktamad bahawa kedua-dua pulau tersebut sah milik negara kita. Jadi, kenapakah segelintir puak chauvinist Indon ini terlalu susah untuk menerima hakikat tersebut? Apa jenis bangsa Indon ini yang mengaku sebagai berdaulat dan merdeka, tetapi tak dapat menerima keputusan pengadilan yang mereka sendiri setuju bawa untuk diketengahkan dan diputuskan oleh pihak berkecuali? Apakah semua kes antarabangsa yang diputuskan perlu mereka menangi, baru mereka menerima keputusan mahkamah?




Negara kita juga pernah kalah dalam tuntutan wilayah seperti Pulau Batu Puteh yang dituntut oleh Singapura sebagai Pedra Branca, juga diputuskan oleh pihak ICJ. Biarpun pulau tersebut jelas milik kita dan termasuk dalam wilayah negara kita, rakyat Malaysia akur dengan keputusan tersebut biarpun terlalu pedih untuk diterima. Rakyat Malaysia terutamanya anak Johor seperti penulis tidak pula bertindak mengancam rakyat Singapura yang setiap hari membawa kenderaan macam ‘Anak Haram’ dan berlagak tak tentu hala di jalan-jalan raya di Johor Bahru, sebaliknya menyokong titah DYMM Baginda Sultan Johor untuk mengumpul dan mencari bukti baru bagi mengemukakannya semula di ICJ. Inilah perbezaan mentaliti rakyat kita yang lebih berpelajaran jika dibandingkan dengan rakyat negara seberang.


Amah Indon Didera dan Dibunuh???

Kes-kes pembantu rumah warga Indonesia di dera ini bukanlah hanya berlaku di negara kita, malahan berlaku juga di negara-negara lain seperti Singapura dan Arab Saudi. Namun, berita tentang amah Indon ini didera di negara lain tidaklah terlalu ‘panas’ dan boleh ‘dijual’ di koran (akhbar) jika dibandingkan kes tersebut berlaku di negara kita. Media massa dan media cetak negara tersebut akan terus mencanangkan perkara tersebut ke seluruh pelosok negara itu, seolah-olah semua rakyat Malaysia kejam dan tidak berperikemanusiaan. Sedangkan kes-kes ini adalah terpencil dan kebanyakannya berlaku dikalangan majikan Cina yang mempunyai amah beragama Islam (Ironinya, masyarakat cina terus menolak kehadiran pembantu rumah dari China dan Vietnam) dan semua rakyat negara kita membantah penderaan tersebut dan yang bersalah telah menjalani hukuman. Puak-puak chauvinist Indon ini cuba melemparkan imej bahawa amah-amah dan pekerja mereka disini sentiasa diancam bahaya dan berlaku pembunuhan pada setiap bulan. Tetapi nampaknya propaganda mereka itu boleh dikatakan gagal apabila ribuan amah baru masih menunggu dan berharap untuk bekerja di negara kita, termasuklah yang masih dan terus datang secara haram.




Apa yang ingin ditekankan disini, media massa dan media cetak disana tidak pernah mahu menyiarkan mengenai kes-kes jenayah yang dilakukan oleh para Indon di negara kita, terutamanya yang masuk secara haram. Mungkin rakyat Indon yang tidak berpelajaran dan singkat akalnya tidak pernah membaca berita dua rakyatnya yang masuk secara sah, DIULANGI, masuk secara sah!!!, ditembak mati apabila cuba merompak rumah penyanyi ‘terkenal’ Malaysia iaitu Mawi, sementara dua yang lain pula diburu Polis. Itu belum ditambah dengan sikap segelintir amah Indon di sini yang bertindak mendera anak majikan, mencuri harta benda majikan, menggunakan telefon dan melarikan diri dengan pacar dan pelbagai lagi kes jenayah dan sosial. Adakah mereka ingat semua rakyat mereka disini baik-baik dan bersopan santun belaka? Adakah rakyat Indonesia sedar perkara ini dan bersediakah media massa kamu menyiarkan semua berita ini?


Tarian Pendet

Ada banyak lagi isu yang boleh diceritakan, namun, para “Hidden Hand” yang berpangkalan di Singapura bijak mengambil kesempatan semasa sentimen kebencian rakyat Indonesia terhadap Malaysia sedang memuncak naik. Secara tiba-tiba, kecoh apabila Discovery Channel yang berpangkalan di Singapura menyiarkan secara lintasan beberapa saat sahaja Tarian Pendet dalam iklan pelancongan negara kita. Dalam sekelip mata, media massa Indonesia mendapat maklumat tersebut dan terus sebagaimana biasa, tanpa semakan dan usul periksa, menyebarkan fitnah mendakwa Tarian Pendet dicuri Malaysia seterusnya mengapi-apikan perasaan rakyat Indonesia, terutamanya yang berpendidikan rendah.




Majoriti rakyat Malaysia terpinga-pinga dengan dakwaan tersebut, malahan saya percaya mungkin ini kali pertama kita mendengar mengenai Tarian Pendet. Setelah semakan dibuat, didapati ‘kesilapan’ tersebut telah dilakukan oleh pihak Discovery Channel (tak tahu sengaja atau tidak sengaja!), dan langsung tidak melibatkan Pemerintah Malaysia. Malahan, turut dinyatakan bahawa iklan yang sama pernah disiarkan sebelum ini dan pernah memenangi satu festival yang diadakan di Bali (di Indonesia sendiri!). Kenyataan maaf kemudian dibuat oleh pihak Discovery Channel dan telah dimajukan kepada Pemerintah Malaysia dan Indonesia. Walaubagaimanapun, media massa Indon yang sememangnya diketahui pekak dan tiada budi pekerti, terus memainkan isu tersebut sehingga kini dan diambil kesempatan oleh segelintir politikus untuk mempergunakan rakyat bawahan mereka yang sememangnya mudah dipengaruhi dengan sentimen kebencian ini. Pihak Discovery Channel pula hanya mendiamkan diri membiarkan pihak Malaysia terkebil-kebil apabila dicemuh suku sakat Indon yang kurang akal dan telah mengenai jerat yang mereka pasang.

Apa yang kelakar, mereka cuba memprovokasikan rakyat negara kita dengan panggilan Malingsia (Maling bermaksud pencuri), sedangkan perkataan ‘Maling’ itu sendiri amat asing bagi rakyat negara kita hinggakan tiada siapapun ambil peduli dengan panggilan tersebut. Begitu juga apabila mereka membalas panggilan ‘Indon’ yang diberikan dengan memanggil rakyat kita sebagai ‘Malay’, sedangkan tiada yang rasa terhina dengan panggilan itu, terutama jika individu itu sendiri sememangnya Melayu. Jika puak-puak chauvinist Indon ini tidak mahu mengaku merekalah sebenarnya bangsa penciplak, cuba dengarkan lagu-lagu pop terbaru mereka. Penulis ambil contoh, dengarkan lagu Tobat Maksiat dari Wali Band dan bandingan dengan lagu Demam dari Candy AF5 (Malaysia). Belum cukup? Dengar lagu-lagu band Vierrea dan bandingkan beberapa lagu oleh Lost Prophet, Ayumi Hamasaki dan Westlife. Ataupun lagu-lagu band D’Masive dengan lagu daripada Switchfoot, My Chemical Romance dan Incubus. Dengar dan nilaikan sendiri!!!





Apa Akhirnya???

Negara kita dan Indonesia sama-sama rugi dalam hal ini. Sekalung ‘tahniah’ untuk para “Hidden Hand” yang berpangkalan di Singapura yang telah “bersusah payah” selama ini untuk terus mengapi-apikan sentimen kebencian diantara rakyat kedua-dua negara ini, termasuk ‘membeli’ media massa negara seberang. Biarpun hubungan secara amnya masih baik terutama bagi kebanyakan rakyat kedua-dua negara yang masih lagi mampu berfikir dengan waras, tetapi perangkap yang dipasang oleh para penggerak “Hidden Hand” ini telah mengena apabila sedikit sebanyak, perasaan curiga dan syak wasangka telah berjaya menyelinap dalam diri masing-masing, termasuklah penulis sendiri (amat sedih sebenarnya). Pastinya banyak perjanjian dan kerjasama yang telah dirangka sebelum ini akan terjejas, atau lebih teruk lagi dibatalkan. Kerjasama Indonesia yang merupakan negara yang mempunyai umat Islam paling ramai dengan pihak Malaysia yang mempunyai potensi dan kepakaran tinggi (belum dicampur dengan Brunei yang mempunyai kekayaan sumber), sangat menakutkan Singapura, yang menjalin kerjasama ketenteraan dengan Israel, kerana sedikit sebanyak ia akan tersepit di tengah-tengah. Mereka tidak pernah melihat Malaysia/Brunei sebagai negara Melayu sementara Indonesia sebagai negara Jawa, sebaliknya melihat kedua-dua buah negara ini sama sahaja iaitu negara majoriti umat Islam yang tidak boleh dibiarkan terlalu rapat dan mesra demi survival mereka sendiri, terutamanya bagi tujuan sumber air dan belian tanah untuk memperbesarkan lagi wilayah mereka yang sememangnya terhad. Indonesia telah memulakan api, “Hidden Hand” ini hanya menunggu masa kita menyambutnya dengan menyimbah minyak bagi memulakan satu lagi perang saudara, sebagaimana Korea Utara-Selatan dan China-Taiwan. Alhamdulillah, rata-rata rakyat negara kita masih lagi mampu berfikiran waras dan bertindak rasional.




Bagi segelintir chauvinist Indon pula, mereka telah berjaya melahirkan satu generasi baru yang telah dipupuk bersama sentimen kebencian terhadap Malaysia. Oleh yang demikian, tidaklah pupus generasi lama yang dibentuk oleh Soekarno pada masa melancarkan konfrontasi Ganyang Malaysia pada awal pra-kemerdekaan dahulu. Kita mungkin merasa pelik apabila melihat puak Bendera yang tak cukup akal ini sibuk mengisytiharkan perang di saat rakyat senegara mereka di Padang terjejas dilanda gempa bumi. Tetapi bagi penulis, bukanlah sesuatu yang pelik kerana tidak seperti di Malaysia, segelintir mereka di seberang masih lagi fanatik dengan suku (etnik) masing-masing. Disebabkan bencana yang terjadi berlaku di wilayah yang majoritinya suku Melayu Minangkabau, segelintir chauvinist Jawa merasakan perkara ini tidaklah berkaitan sangat dengan mereka. Apatahlagi, wilayah Sumatera Barat ini pernah melancarkan negara mereka sendiri iaitu Pemerintah Revolusioner Republik Indonesia (PRRI) pada tahun 1958 untuk mencabar pemerintahan yang dikuasai chauvinist Jawa berpusat di Jakarta, dan berakhir dengan peristiwa berdarah bagi kebanyakan rakyat setempat. Tidak menghairankan rakyat negara kita lebih bersimpati dengan nasib yang menimpa mereka apabila masih terus menghulur bantuan dan menghantar sukarelawan untuk membantu. Apatahlagi negara kita juga mempunyai ramai rakyat berketurunan Minangkabau terutamanya di Negeri Sembilan yang bersaudara dengan rakyat Minangkabau di Sumatera Barat. Bagi media massa tempatan terutamanya di Jakarta, lebih baik mengeluarkan fitnah Malaysia membawa bahan makanan yang telah luput tarikh supaya akhbar terus dapat dijual dan berita terus ditonton.

Tiada siapa yang dapat mengubah sikap dan mentaliti segelintir chauvinist Indon ini daripada terus membenci Malaysia yang dianggap negara adik, tetapi telah ‘Melawan Taukey’ apabila terbukti lebih maju daripada mereka pada hari ini. Apa yang berlaku pada hari ini seolah-olah gambaran ketika para pendatang Jawa di wilayah Sumatera Timur pada tahun 1940-an merasa cemburu dengan kekayaan dan kesejahteraan Kesultanan-kesultanan Melayu di sana. Mereka tergamak berbohong dengan pengatakan berlaku kebangkitan rakyat yang menolak feudalisma, sedangkan realiti yang berlaku adalah keinginan untuk merampas kekayaan setempat, merogol dan membunuh para Raja dan kerabat Kesultanan Melayu Deli, Langkat, Serdang, Asahan, dan lain-lain supaya tidak memberontak terhadap pemerintahan pusat di Jawa, kemudiannya menghapuskan pengaruh kekuasaan Melayu sama sekali dengan menggabungkan Sumatera Timur dengan wilayah Tapanuli yang majoritinya berketurunan Batak menjadi Sumatera Utara. Begitulah juga pandangan mereka terhadap kemakmuran Malaysia dan Raja-raja Melayu yang memerintah di negara kita. Pada mereka, institusi Di Raja inilah yang menjadikan kita kolot dan mundur berbanding mereka (yakah?), sedangkan jelas hipokrasi mereka, apabila masih juga mengekalkan kuasa dan wilayah dua Raja Jawa iaitu Yogyakarta dan Surakarta. Yang sebenarnya, mereka ingin memusnahkan tiang asas kekuatan bangsa kita.

Oleh yang demikian, usahlah dilayan provokasi yang ditimbulkan kerana segelintir chauvinist Indon ini akan terus berfikiran dan bersikap seperti ini. Jika sukar untuk memahami mereka, lihat sahaja di saat satu demi satu bencana menimpa negara mereka, mereka masih sibuk menjemput bintang lucah iaitu Maria Ozawa @ Miyabi untuk membintangi filem terbaru mereka.

16 comments:

  1. lucunya kalau malaysia selalu mengatakan indonesia cauvinisme, boleh saja mereka bilang begitu, tapi jangan lupa, siapa yang lebih cauvinisme, sampai hari ini saat mereka menyebut melayu, mereka tidak pernah mengakui orang-orang melayu diluar wilayah mereka, apa mereka pernah mengakui orang riau, aceh, melayu kalimantan, dan sebagainya sebagai melayu? tidak sama sekali!, tapi mereka begitu mau mengklaim, mereka sebut2 orang riau, aceh, dan sebagainya sebagai melayu untuk memuluskan klaim mereka terhadap budaya indonesia, sungguh kotor sekali permainan seperti itu.
    contohnya saja tari pendet, naskah riau lingga, reog ponorogo diklaim sebagai bagian budaya mereka, apa tidak kurang mengambil arsitek angkor wat sebagai bentuk menara petronas, hoho sekarang siapa yang cauvinisme?

    ReplyDelete
  2. memang melayu cuma malaysia, picik betul rupanya orang-orang malay nie, apa mereka tidak tau lagu-lagu macam wali, dengan nuansa melayu seperti itu sudah lama dikenal di indonesia, heh! begini ni yang cauvinisme, seolah-olah sedikit saja irama lagu melayu punya malaysia, sekali lagi ini membuktikan malaysia lebih cauvinisme, kalau mau dengan lagu malaysia, tuh dengar lagu-lagu slow rok yang membengkak telinga itu, kalau memang indonesia mencaplok, kenapa lagu-lagu macam tu baru muncul setelah biduan-biduan indonesia mengenalkannya di telinga generasi muda malaysia, silakan pikir sendiri

    ReplyDelete
  3. bukan lagu menjadi persoalan,tetapi identiti sebagai melayu sudah mula menghilang.kalau sdh majoriti indonesia ialah melayu,apakah sbb menjatuhkan Malaysia walhal majoritinya juga adalah melayu.adakah dengki dengan kemakmuran malaysia selama ini??

    ReplyDelete
  4. Bagi saya artikel ini hanya menambah buruk orang Melayu Malaysia di mata saudara kita di Indonesia.. Kita semua patut faham dan sedar Indonesia - Malaysia merupakan satu "negara" besar seperti juga Tanah Besar China, andailah satu hari kita bergabung menjadi satu "negara", harus ada pemerintahan setempat seperti Shanghai, Beijing, Nanjing dan Gungzhou/Shenzen. Kita ada Melayu di Semenanjung Malaysia, Sumatera,Sarawak, Jawa di Tanah Jawa dan sebilangan mereka ada di Johor, Selangor dan Perak, serta suku2 lain-lain, kita tetap saja rumpun Melayu/Jawa..jadinya kenapa nak gaduh2? d

    ReplyDelete
  5. adoi la tuan punya blog! tak guna la kamu cerita pasal kesultanan banjar, melatu deli, paku buwono lah segala mcm, tapi kamu masih tak faham situasi konflik indonesia malaysia.. yg ada pada diri kamu itu jiwa negara, bukannya jiwa bangsa..

    ReplyDelete
  6. untuk pengetahuan saudara sebangsa di Indonesia... yang memburukkan situasi hubungan antara Malaysia dan Indonesia hanyalah kelompok kecil yang berkuasa di Malaysia , mereka ini ahli parti nasionalis UMNO... sangat kuat asobiah melayu mereka, mereka ini berfikiran seperti Arab Jahiliyyah.. termasuklah pemilik blog ini.

    ReplyDelete
  7. Kenapa tak pasal-pasal nak memburukkan UMNO pula?mereka takda kena-mengena dalam soal ini.Apa faeadahnya yang anda dapat dengan memburukkan saudara sendiri kepada pihak luar?manusia jenis apa anda ini?manusia jenis andalah yang memudahkan pihak luar menjajah tanah air ini..cublah rasional sikit bila berfikir asobiah konon kalau UMNO tak memperjuangkan hak orang-orang melayu dulu,tak taulah apa nak jadi pada orang melayu hari ini.harapkan PAS poorah!! cakap boleh lah.

    ReplyDelete
  8. "lucunya kalau malaysia selalu mengatakan indonesia cauvinisme, boleh saja mereka bilang begitu, tapi jangan lupa, siapa yang lebih cauvinisme, sampai hari ini saat mereka menyebut melayu, mereka tidak pernah mengakui orang-orang melayu diluar wilayah mereka, apa mereka pernah mengakui orang riau, aceh, melayu kalimantan, dan sebagainya sebagai melayu? tidak sama sekali!, tapi mereka begitu mau mengklaim, mereka sebut2 orang riau, aceh, dan sebagainya sebagai melayu untuk memuluskan klaim mereka terhadap budaya indonesia, sungguh kotor sekali permainan seperti itu.
    contohnya saja tari pendet, naskah riau lingga, reog ponorogo diklaim sebagai bagian budaya mereka, apa tidak kurang mengambil arsitek angkor wat sebagai bentuk menara petronas, hoho sekarang siapa yang cauvinisme?"
    "Anonymous" kalau tak tahu Melayu, jangan bicara tentang Melayu. Baca dulu buku Sejarah Tentang Melayu, ikuti perkembangan tentang Melayu, baru bicara tentang Melayu.

    Sukses selalu untuk Ibnu Rusydi dari Puak Melayu Kayong Kalimantan Barat Indonesia.

    ReplyDelete
  9. Ganyang Malaysia. Sebenarnya British telah masuk jarum dgn meminta kebenaran daripada Tunku Abdul Rahman utk menenggelamkan kapal milik Persekutuan Tanah Melayu di Selat Melaka. Perancangannya Tunku membuat pertuduhan ke atas Indonesia terhadap insiden tersebut. Indonesia akan menafikannya dan menyerang balas dakwaan tersebut. British akan menaguk di air keruh dengan menyerang Indonesia (Lebih kurang samalah Yahudi letupkan Menara Berkembar dan AS menyerang Iraq). Tunku walaubagaimanapun TIDAK BERSETUJU kerana memikirkan banyaknya jiwa akan terkorbankan melibatkan saudara seislam di Indonesia dengan mempertaruhkan nyawa rakyat Persekutuan Tanah Melayu dalam kapal yang ditenggelamkan oleh British.

    ReplyDelete
  10. askum pada admin. wow.good job.

    ReplyDelete
  11. tak perlu perbesarlah perkara macam ni...yang penting kita pupuk perpaduan antara 2 buah negara yang seagama..islam bila berpadu baru kuat ..muzakarah penting..apa yang direncanakan oleh kedua buah negara laksanakanlah dengan cara yang terbaik...dan saling menghormati anatar satu sama lain..penganugerahan darjah kebangsawanan oleh sultan solo merupakan satu cara untuk merapatkan hubungan kedua buah negara..tapi malangnya ada juga rakyat kita yang bodon dan suka berbuat hasad dengki...inilah orang melayu suka berhasad dengki..mungkin tak dapat gelaran kut....

    ReplyDelete
  12. Buddha, Hindu dan Kristen di Indonesia dengan dukungan Singapura selalu mengobarkan semangat kebencian diantara Indonesia - Malaysia.

    Sangat setuju dengan tulisan pada artikel ini; jika Indonesia - Malaysia terus bertikai maka fihak tetangga akan mengambil keuntungan selama pertikaian terjadi atau pun setelahnya.

    Tanpa disadari mereka terus menyusun strategi dan kekuatan diberbagai bidang yang menyebabkan mereka jauh lebih maju dibanding Indonesia - Malaysia.

    Jika Indonesia - Malaysia bersengketa, maka akan terjadi gejolak didalam negeri dan Indonesia - Malaysia menjedi lengah; dan disaat inilah mereka berbuat curang tanpa kita sadari dan deteksi.

    Kekuatan Ekonomi, Sosial, Politik, Militer dan lainnya akan beralih sepenuhnya ke negara tetangga ini disaat kekacauan terus menerus terjadi di Indonesia - Malaysia.

    Jangan percaya Buddha, Hindu dan Kristen karena sampai kiamat mereka tidak akan senang kepada kita yang beragama Islam.

    Jangan jadikan mereka pemimpin, sekutu dan teman terpercaya untuk menyuarakan kebenaran sebab disebalik manisnya belaiyan dan janji mereka terdapat niat busuk yang diselubungi kebencian.

    Termasuk aksi "BERSIH" itu, bagaimana, Pak? Saya perhatikan The Princess Ambiga begitu berani dan kebal dan menurut saya hal ini sangat disesalkan. Hindu menjadi pemimpin dalam menegakkan "kebenaran" semu.

    salam, Pak.

    ReplyDelete
  13. Sebagai seorang Melayu/Islam Singapura, saya sangat berharap rakyat Islam Indonesia dan Malaysia berbaik-baik dan bersatu kerana hanya tinggal dua negara yang besar saja di Asia Tenggara ini yang dimiliki oleh orang Islam. Kita mesti selalu ingat bahawa walaupun berlainan negara, kita tetap serumpun dan bersaudara Jangan biarkan isu kecil seperti tarian pendet menjadi persengketaan kedua dua negeri. Musuh musuh hanya menunggu untuk mengambil kuasa di negara kalian dan menjadikan Asia Tenggara ini pusat kekuasaan mereka. Mudah-mudahan Allah membantu menjadikan Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei bersatu dan dipimpin oleh seorang khalifah yang adil.

    ReplyDelete
  14. yang menang jadi arang kalah jadi abu

    Masih lagi dirasakan udara yang kita nafas melaluinya, sarat dengan abu dan bumi masih penuh lagi dengan arang...

    ReplyDelete
  15. Hidup Indonesia-Malaysia, Hidup melayu, Hidup islam

    ReplyDelete